Anwar Ibrahim: Kalau Kita Tak Belajar Daripada Pengalaman 1MDB, Kita Tak...

Timbalan Menteri Komunikasi: Isu DNB & 5G, Janganlah Rahsia, Projek 20 B...

Pas atau Umno merosak Ummat? Lebai Tan Sri Hadi punca terbesar melayu be...

Anwar Ibrahim Menyoal & Mendesak Timbalan Menteri Kewangan Berhubung Pel...

MOGA NUSI TIDAK CEMBURU DENGAN KERAJAAN DAP PENANG


 

CELAKALAH BAGI YANG MENIPU RAKYAT

 

RAMZAN AHMAD

Dan CELAKALAH juga buat penerima DEDAK 90JOOTA dan yang mentekedarah gaji buta tanpa buat apa2 kerja dgn duit hasil cukai rakyat... CELAKAlah juga bagi yg ponteng Parlimengg sedangkan elaun diambil tiap2 bulan...

😏
*sekadar gambar hiasan tilam lain harga




MoU: PH tidak sokong BN 'membuta tuli', kekal sebagai pembangkang progresif



 


Tohmahan bahawa Pakatan Harapan (PH) telah merestuai apa sahaja dasar kerajaan BN termasuk perkauman demi mengekalkan memorandum kerjasama (MoU) yang ditandatangani dengan Kerajaan Persekutuan pada 13 September lalu adalah tidak masuk akal.


Menurut Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, tohmahan yang dilemparkan oleh Naib Presiden Warisan, Darell Leiking baru baru ini adalah sangat tidak munasabah dan lebih bersifat fitnah.


"Pertama, adalah tidak jujur ​​serta tidak profesional Darell, seorang peguam secara profesion mendakwa PH telah tunduk kepada kerajaan melalui MoU.


"Saya menasihati beliau membaca syarat-syarat MoU dengan teliti sebelum membuat kenyataan tidak bertanggungjawab. Khususnya, beliau harus membaca fasal 3.3 (a) dan (b) yang jelas memperuntukkan keputusan PH untuk menyokong atau mengelak daripada mengundi Belanjawan atau Rang Undang-undang berkaitan adalah tertakluk kepada perundingan kerajaan dan persetujuan PH.


"Selanjutnya, fasal 9.1 juga secara jelas memperuntukkan tiada apa-apa dalam MoU itu boleh menjejaskan peranan dan tanggungjawab PH sebagai pembangkang di Parlimen untuk bertindak sebagai semak dan imbang. Prosiding Parlimen yang diikuti selepas MoU ditandatangani direkodkan dalam Hansard.


"Rekod ini secara konklusif menunjukkan Ahli Parlimen PH melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pembangkang, tanpa rasa takut atau pilih kasih. Jika Darrell sendiri rajin hadir ke Parlimen, beliau akan menyaksikan sendiri kandungan ucapan dan perbahasan PH," katanya dalam satu kenyataan.


Tegas Saifuddin, terlepas daripada kritikan liar terdapat banyak sisi baik daripada MoU, terutama terkait isu Belanjawan 2022 yang dirunding secara bersama sebelum dibentangkan di Parlimen.


Hal itu, katanya, bukan sahaja bersejarah tetapi satu langkah besar ke arah perancangan fiskal yang lebih baik.


"Perundingan pra-belanjawan telah menghasilkan penambahbaikan pada Belanjawan 2022. Khususnya, MoU itu membolehkan kelulusan sebanyak RM45 bilion ditambah kepada Dana Covid-19. Perundingan bajet juga menyaksikan penekanan yang lebih besar untuk membantu IKS, penciptaan pekerjaan dan dasar kebajikan sosial yang disasarkan.


"Selepas bajet dibentangkan, rundingan selanjutnya menyaksikan peningkatan bajet untuk Jawatankuasa Pilihan Parlimen, Pejabat Ketua Audit Negara dan pengumpulan data responsif jantina. Peningkatan ini penting untuk meningkatkan ketelusan, akauntabiliti, tadbir urus yang lebih baik dan hak wanita.


"MoU itu juga telah memperuntukkan pembaharuan struktur, beberapa telah siap dan yang lain belum selesai. MoU ini membolehkan Ahli Parlimen Pembangkang mempengerusikan separuh daripada semua jawatankuasa pilihan Parlimen.


"Pembangkang juga diberi perwakilan yang adil dalam Majlis Pemulihan Negara, sebuah entiti yang diwujudkan untuk membantu negara membendung dan pulih daripada Covid-19. Fasal 2.2 MoU menyampaikan pelaksanaan penuh Undi18 baru-baru ini.


"Menjelang akhir hari ini (semalam), kita dijangka melihat pindaan perlembagaan MA63 diluluskan di Parlimen, seperti dalam fasal 5.1 MoU. Pindaan ini adalah sesuatu yang Darrell dan Warisan patut berterima kasih kepada PH. Menurut fasal 2.1 dan 3.1 MoU, dua perundangan yang sangat penting, undang-undang Anti Lompat Parti dan Akta Perkhidmatan Parlimen juga dalam proses digubal dan dijangka dibentangkan pertengahan tahun depan," katanya lagi.


Menyentuh isu MoU menyebabkan PH menyokong idea perkauman BN, tegas Saifuddin tuduhan itu amat kabur kerana PH tidak terlibat dengan hala tuju politik BN.


Katanya, tuduhan Darell itu lebih kepada ingin menonjolkan imej beliau dan Warisan yang kononnya lebih liberal berbanding mencari kebenaran.


"Adalah tidak jujur ​​Darell menyalahkan PH atas amalan berterusan politik perkauman dan agama yang sempit. Sungguh ironis apabila Warisan cuba menjenamakan semula dirinya, sekutu politik terbesarnya kekal Tun Dr Mahathir.


"Darel harus tahu bahawa ‘Ketuanan Melayu’ dan lain-lain jawatan pelampau agama adalah punca utama mengapa negara terus berpecah dan dimusnahkan oleh politik identiti kaum dan agama, bukan MoU dan pastinya bukan PH.


"Saya ingin menasihati Warisan supaya mempelajari dahulu dinamik politik identiti Semenanjung Malaysia sebelum membuat tuduhan liar terhadap PH. Warisan juga harus menawan semula Sabah terlebih dahulu dan menamatkan budaya lompat parti di sana sebagai keutamaan.


"Memandangkan Darell sendiri melompat dari KEADILAN pada 2016 ke Warisan, dia akan mempunyai pengalaman langsung tentang cara menangani perkara itu," sinis Saifuddin.


Mengenai dakwaan Darell ramai Ahli Parlimen PH tidak berpuas hati dengan MoU, Saifuddin menggesa beliau mendedahkan nama-nama mereka atau berisiko dianggap sebagai oportunis.

 


Semangat baharu pindaan MA63, rakyat Sarawak harus berani berubah - Anwar








Rakyat Sarawak yang mendapat semangat baharu selepas lulusnya pindaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) semalam seharusnya meneruskan perubahan dengan melantik Kerajaan Negeri baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 18 Disember ini.


Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pindaan MA63 tidak banyak makna sekiranya rakyat Sarawak tidak bersungguh sungguh menuntut hak hak mereka yang telah digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan.


"Dalam semangat Perjanjian Malaysia 1963 yang baru dipinda di Parlimen hari ini, saya amat berharap seluruh rakyat Sarawak terutamanya untuk berani memungkinkan reformasi dan perubahan demi kepentingan rakyat dan negeri.


"Kegagalan demi kegagalan akan berterusan sekiranya kita terus dengan tampuk lama (kerajaan lama) yang tidak menjiwai nurani dan hasrat rakyat yang dambakan keadilan dan kesaksamaan," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, Presiden KEADILAN itu juga mahu jentera parti yang berkempen di Sarawak agar benar benar menyelami permasalah rakyat dan mengajak mereka bersama sama membentuk kerajaan yang lebih baik.


"Saya berada di Sarawak untuk beberapa hari pada hujung minggu lalu menjelajah dari Beting Maro hingga ke Bekenu.


"Tersentuh dengan kerukunan yang ditonjolkan oleh pelbagai suku kaum di Sarawak tatkala turun melihat cara hidup mereka di rumah-rumah panjang dan di kawasan pedalaman, dan ini ternyata menjadi elemen yang mengikat perpaduan antara kaum tidak hanya di Sarawak malah ia mesti terus diperkukuh di seluruh negara.


"Saya beritahu kepada calon-calon kita dari KEADILAN dan jentera untuk benar-benar memahami rintihan mereka serta mengangkat hak mereka yang tidak dipedulikan dan dipandang enteng oleh sebilangan petinggi politik yang hanya sibuk memunggah khazanah dan kekayaan negeri demi tembolok sendiri sejak beberapa dasawarsa lampau," katanya.


Sehubungan itu, Anwar mahu pengundi di Sarawak keluar beramai ramai lakukan perubahan pada PRN Sabtu ini.


"Sama-sama kita milih dan ngundi calon dari KEADILAN makei masa depan sidak anak cucu kita kelak!" serunya.

 

Hentikan fitnah, berdiri teguh di belakang kepimpinan Anwar - Farhash


 

KEADILAN hanya akan memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 dengan penyatuan seluruh kepimpinan di belakang kepimpinan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak, Farhash Wafa Salvador, sebaliknya perbuatan segelintir pemimpin dan penyokong KEADILAN mahu pun Pakatan Harapan (PH) ketika ini yang kerap 'baling batu sembunyi tangan' melempar tohmahan terhadap kepimpinan Anwar tidak akan menguntungkan sesiapa, malah PH berkemungkinan besar akan menghadapi kekalahan dengan cara berpolitik tidak seia sekata itu.

"Berapa kenyataan yang tular sejak kebelakangan jelas kelihatan wujudnya usaha untuk memecah-belahkan semangat perpaduan dalam kalangan anggota KEADILAN serta beberapa usaha dilakukan secara berterusan untuk menyerang Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi surat-surat layang yang disebarkan.

"Secara peribadi, saya mengecam sekeras-kerasnya perbuatan fitnah serta tindakan segelintir pihak yang disifatkan seperti baling batu sembunyi tangan apabila memilih menyerang Presiden KEADILAN dengan dakwaan-dakwaan yang tidak berasas.

"Usaha untuk menganggu-gugat kedudukan Presiden KEADILAN hanyalah bertujuan mengalih perhatian daripada perbincangan perihal dasar kerajaan yang lebih penting pada ketika ini," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau lagi hanya dengan menumpukan kepada isu rakyat sahaja imej KEADILAN dan boleh kembali digilap.

Selain itu, kata Farhash, KEADILAN dan PH yang padu serta tidak bercakaran amat penting bagi mengembalikan keyakinan rakyat bahawa kerajaan menanti adalah lebih baik berbanding kerajaan BN sedia ada.

"Saya menyeru supaya kepimpinan tertinggi kesemua parti di dalam PH untuk berdiri teguh di belakang Pengerusi Pakatan Harapan yang juga Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar kita dapat bergerak ke hadapan bagi menghadapi PRU yang akan datang, sekaligus mengembalikan mandat rakyat yang telah dikhianati pada Februari tahun lalu," katanya lagi.

 

ADAKAH MOU MENGUNTUNGKAN PH ?

 

Satu lagi kejayaan MoU. Tapi aku tak rasa PH yang akan dapat keuntungan. Walaupun pindaan ini adalah atas desakan PH, Ismail akan kata kononnya itu atas kebaikan dirinya dan kesetiaan BN kepada janji.

Adakah Majlis Presiden bodoh kerana diperdaya sebegitu rupa?
Aku tak rasa Majlis Presiden bodoh. Tapi yakin keikhlasan mereka memperjuangkan hak rakyat Sabah dan Sarawak buatkan mereka pasrah dibuli.
PH, walaupun dikuasai oleh majoriti pemimpin dari Malaya, tapi nampak jelas usaha mereka untuk mendapatkan hak rakyat di Sabah dan Sarawak.
Manakala Warisan, lebih sibuk nak kembang sayap ke semenanjung. Lupa cerita tentang rakyat Sabah. Begitulah beza orang ada matlamat perjuangan dengan orang yang gila kuasa.

CAITOK DAN KEBODOHAN MELAYU



 Ada yang komen, tak habis serang orang tua tu (Mahathir). Tentulah. Aku dah umum Mahathir tu musuh aku. Tentulah aku serang.

Sebab aku bukan macam Mahathir. Kata Najib musuh. Tapi yang diserangnya DS Anwar. Kan boleh nampak busuk hatinya di situ.
Yang sailang dia Mahiaddin dengan Azmin. Yang kena tembak tetap DS Anwar. Yang itu chaituk tak pelik. Aku serang Mahathir dia pelik.
Pelik betul la...

Parti MUDA menang di mahkamah. ROS diminta daftarkan MUDA dalam tempoh 14 hari. Ok fine.
Aku cuma gelak tengok pemimpin PH terutama DAP yang berebut ucap tahniah kepada parti MUDA ini. Nampak sangat mereka ini naif berpolitik.
MUDA akan jadi parti yang rosakkan rancangan dan usaha untuk bentuk Malaysia baru. MUDA akan jauhkan orang muda terus daripada PH.
Yang paling teruk terjejas nanti adalah DAP juga. Sebab dalam Keadilan, ramai anak muda yang tahu MUDA ini hanya hamba abdi Mahathir. Tapi dalam DAP, masih ramai yang terpejam matanya.
Sedangkan Mahathir yang cukup jelas menghina kaum Cina pun DAP masih tergila nak sokong, apa lagi MUDA yang pandai sembunyikan operasinya.
Cuma fikirkan secara mudah dan tersurat saja. Tak perlu nak tersirat sangat. Kenapa secara tiba-tiba MUDA boleh diberikan kemenangan pula?
Kerana Pejuang dah tak nampak arah. Peluang Pejuang nak bedek rakyat dak semakin kabur. Pejuang main isu rasis pun masih tak laku.
Jadi terpaksa lepaskan MUDA dari rantainya (leash) supaya usaha merosakkan PH, dengan kerjasama Warisan, satu lagi proksi Mahathir dapat diteruskan.
22 bulan jadi kerajaan, habis pemimpin PH jadi bodoh beramai-ramai. Hahaha... Itu baru 22 bulan. Kalau Mahathir pegang satu penggal terus, agaknya ramai yang sanggup jilat kasut Mahathir. Bodoh.

KAH..KAH...KAH...TAK TAHU SEPIKING ENGGELISH-

 


MOHD MUKHLIS


Punya bangga walaun bila Tituiman berucap dalam Bahasa Melayu siap tunggang surah ArRum walaupun negeri depa kuat tebang balak.

Sekali tak ada orang pun yang faham. Hahaha. Lebai dan mewa, berpisah tiada.





















Ahli parlimen dedah Azam Baki miliki hampir dua juta saham di bursa

 

Panas! Ahli parlimen dedah Azam Baki miliki hampir dua juta saham di bursa


Sivarasa Rasiah (PH-Sungai Buloh) memfailkan usul tergempar di Dewan Rakyat hari ini.

Dia memohon parlimen membincangkan dakwaan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki memiliki saham di dua buah syarikat disenarai di bursa melebihi daripada jumlah yang dibenarkan.

Dakwanya, dia dimaklumkan bahawa Azam, antara 2015 dan 2016 sebagai pengarah siasatan SPRM, memiliki 930,000 saham dalam sebuah syarikat pada 30 April 2015, dan 1,029,000 saham lagi pada 31 Mac 2016.

Sivarasa juga mendakwa Azam, pada 21 Mac 2016, memiliki 2,156,000 waran dalam sebuah syarikat senarai awam.

Sivarasa memetik Seksyen 23 Pekeliling Perkhidmatan 3/2002 yang menyebut seseorang pegawai awam boleh membeli saham tetapi tertakluk kepada syarat-syarat, antaranya tidak melebihi lima peratus daripada modal dibayar atau RM100,000 pada nilai semasa.

“Seksyen 10 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib ) 1993 juga mewajibkan pegawai awam mengisytiharkan semua harta mereka kepada Ketua Jabatan mereka,” kata Sivarasa.

Mengambil kira keadaan tersebut, ahli parlimen PKR itu berkata terdapat persoalan berbangkit yang mesti dijawab di parlimen, sesuai dengan fungsi pengawasannya.

Antaranya, kata Sivarasa persoalan mengenai sumber dana dan pengisytiharan aset kepada pihak atasan.

MP Sungai Buloh itu juga meminta pihak berkuasa menyiasat kesahihan dakwaan pemilikan saham berkenaan.


Terkini! Rosmah gagal lagi

 Terkini! Rosmah gagal lagi


Mohamed Zaini Mazlan kekal sebagai hakim perbicaraan dalam kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai Rosmah Mansor yang bernilai RM7 juta.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu pagi ini menolak permohonan isteri bekas perdana menteri, Najib Razak yang memohon supaya dia menarik diri daripada membicarakan kes jenayah terhadapnya.

Menerusi permohonan itu, Rosmah mendakwa hakim itu mungkin berat sebelah dan prejudis terhadapnya.

Zaini bukan sahaja mendengar kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai Rosmah, yang masih belum dibicarakan, tetapi juga perbicaraan kes rasuahnya yang berterusan dikaitkan dengan projek tenaga hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Pada 21 Okt, semasa peringkat pembelaan perbicaraan rasuah projek solar Rosmah, hakim membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk mencabar kredibilitinya dengan merujuk kepada pernyataan amaran yang diberikannya kepada SPRM semasa siasatan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukainya.

Terdahulu, pada 18 Feb tahun ini, Zaini mengarahkan Rosmah membela diri dalam kes rasuah projek solar itu.

Sementara itu, Bernama melaporkan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai Datin Seri Rosmah Mansor akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes rasuahnya berkaitan projek tenaga solar untuk sekolah luar bandar di Sarawak.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan hari ini menolak permohonan Rosmah supaya beliau menarik diri daripada mendengar kes pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan cukai yang dihadapinya. Mahkamah menetapkan perbicaraan bermula pada 12 Jan 2022.

Hakim Mohamed Zaini berkata beliau akan memastikan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu, tidak akan diprejudis dalam kes pengubahan wang haram apabila rujukan dibuat kepada kenyataan dalam kes rasuah projek solar kerana hakim dikehendaki mempertimbangkan secara berasingan dan secara bebas keterangan terhadap tertuduh.

“Sebarang dapatan yang saya buat dalam kes solar kekal di sana. Lagipun adalah menjadi tanggungjawab saya atau mana-mana hakim, untuk memastikan tertuduh atau mana-mana tertuduh, dibicarakan secara adil seperti yang termaktub di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau juga memetik keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Pendakwa Raya lawan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang memutuskan bahawa seorang hakim, tidak seperti juri, dilatih dalam undang-undang untuk tidak berat sebelah.

Hakim berkata dakwaan Rosmah mungkin berlaku prejudis kerana beliau (Hakim Mohamed Zaini) akan membuat perbandingan antara kenyataan dan pembelaannya dalam kes ini, adalah tidak berasas.

“Dalam kes solar, apabila membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menerima kenyataan bagi mencabar tertuduh, saya memutuskan bahawa tiada soalan perlu ditanya berkaitan fakta kes pengubahan wang haram di sini.

“Semasa membuat keputusan itu, saya memutuskan bahawa nilai probatif bagi isu-isu yang ingin dikemukakan oleh pihak pendakwaan tidak melebihi kesan prejudis yang mungkin dialami oleh tertuduh.

“Dalam apa jua keadaan, peguam responden (Rosmah) semasa membuat penghujahan, meyakinkan saya bahawa isu yang ingin dikemukakan oleh pihak pendakwaan berhubung kenyataan dalam kes solar tidak mempunyai kaitan dengan isu dalam kes ini,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala Rosmah yang tidak hadir di mahkamah hari ini diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent.

Pada 2 Nov, Rosmah memfailkan permohonan supaya Hakim Mohamed Zaini menarik diri daripada mendengar kes pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atas alasan keterangan dan eksibit telah dikemukakan di mahkamah dalam perbicaraan kes solar itu boleh secara langsung atau tidak langsung boleh mempengaruhi hakim dalam kes pengubahan wang haram tersebut.

Rosmah, 70, berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di Kuala Lumpur dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda nilai aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan mengelakkan cukai pula dibuat mengikut Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang menuntut Rosmah mengemukakan penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 dengan tiada sebab yang munasabah yang bertentangan dengan Seksyen 112 akta sama.



RAKYAT TANGGUNG PARA PENASIHAT PM. -ZUNAR


 

Para Penasihat PM, Rakyat Tanggung!

Please share.

More cartoons @ www.zunar.my



SOKONGAN BBC TINDAKAN ‘SENGAJA CARI PASAL’, APAKAH INI AKAN MENDORONG ISMAIL SABRI SEGERA DIJATUHKAN?


Tanpa angin, tanpa ribut dan tiba-tiba saja, Kelab Penyokong Kerajaan atau BBC mengadakan sidang media menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob untuk terus mentadbir negara sehingga penggal Parlimen berakhir pada 2023.

Pengerusi BBC Tajuddin Abdul Rahman berkata, kepimpinan Ismail Sabri perlu diteruskan bagi membantu kabinet memberikan fokus kepada usaha membela rakyat dan mengatasi masalah yang berlaku akibat Covid19.

“Kami memberi kepercayaan yang tinggi kepada Ismail Sabri kerana beliau telah menunjukkan prestasi yang sangat baik dalam tempoh 100 hari sebagai Perdana Menteri.

“Beliau bersama ahli kabinet yang mempunyai fahaman politik berlainan telah dapat membuktikan kejayaan mereka dalam menangani wabak Covid19 sehingga angka kes terus menurun,” katanya pada sidang media di Parlimen petang semalam.

Persoalannya, kenapa tiba-tiba saja Tajuddin yang disebut-sebut akan dilantik sebagai Duta Besar ke Indonesia mengadakan sidang media berkenaan?

Adakah ia menunjukkan Ismail Sabri semakin berkurangan sokongannya?

Jika ada, siapa yang sekarang tidak menyokong Ismail Sabri?

Atau sidang media itu suatu “probok-probok” agar surat lantikan sebagai duta lebih cepat dikeluarkan?

Begitu pun, dengan adanya sokongan secara tiba-tiba kepada Ismail Sabri ini, ia tentu sekali mengingatkan kita kepada bagaimana Mahiaddin Md Yasin juga sebelum ini mendapat sokongan bertalu-talu untuk dikekalkan khidmatnya sehingga PRU15.

Tetapi, apa jadi akhirnya kepada beliau?

Apakah sekarang Ismail Sabri sedang menempah laluan yang sama?

Yang nyata, sokongan terbuka BBC untuk Ismail Sabri diteruskan khidmatnya sehingga tahun 2023 adalah jelas merupakan tindakan “sengaja cari pasal” terhadap kepimpinan UMNO sendiri.

Secara tersiratnya tujuan memberi sokongan kepada Perdana Menteri sehingga tahun 2023 itu adalah semata-mata agar pemilihan UMNO diadakan terlebih dahulu sebelum PRU15 dilangsungkan.

Melalui itu, dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri akan ditonjolkan untuk merebut jawatan Presiden UMNO yang kini disandang oleh Ahmad Zahid Hamidi.

Perkara itu tentu sekali bertentangan dengan pendirian MT UMNO baru-baru ini, sebagaimana disebut oleh Ketua Pemuda, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bahawa ketetapan telah dipersetujui untuk Parlimen dibubarkan selepas Julai 2022 dan sebelum pemilihan UMNO diadakan.

Makna kata, matlamat melanjutkan tempoh Perdana Menteri sehingga 2023 itu bukan untuk kepentingan rakyat, bukan untuk memulihkan ekonomi dan bukan juga untuk menangani Covid19, tetapi semata-mata kerana kepentingan kuasa.

Di sebalik yang terlihat melalui sokongan BBC itu seolah-olah Ismail Sabri sudah kurang sokongan dan mahu dijatuhkan, sebenarnya ini adalah gerakan untuk membawa Perdana Menteri mengetuai gerakan menjatuhkan kepimpinan UMNO yang sedia ada.

Cuma, sempatkah gerakan menjatuhkan itu dilakukan atau Ismail Sabri bakal lebih dulu dijatuhkan? – ShahbudinHusin 15/12/2021.



ORANG SARAWAK LEBIH TAHU APA DIMAHUKAN

 

NORMAN RADZUAN


Kata org SARAWAK... tak perlu hantar rombongan

ORANG SARAWAK LEBIH TAHU APA DIMAHUKAN
Seperti dimaklumlan sebelum ini... saya tak mahu komen PRN Sarawak sebenarnya utk mengelakkan mudah org tu buat post mortem yg hanya menyalahkan individu2 tertentu bila tewas seperti di Melaka lalu.
Artikel ini saya hanya menyampaikan apa yg ahli PKR Sarawak harapkan atau luahkan. Lepas ini tak mahu beri apa2 ruang cerita lagi mengenai PRN Sarawak🙏. Ini bukan pendapat saya tapi pendapat org Sarawak sendiri.
" Kami tidak perlu jentera yg ramai dari Semenanjung. Cukup satu kawasan satu dua org sahaja utk memantau gerak kerja kami. Kami bukan masih baru dlm politik. Adalah lebih baik bajet utk parti bawa rombongan (yg ditanggung perbelanjaan) mereka itu diberikan kpd PKR negeri atau calon2 kami sahaja utk gerak kerja kami.
"Kami dimaklumkan ramai juga yg mendapat tajaan utk hadir ke negeri Sarawak ini. Cukup pimpinan tertinggi sahaja dtg utk berkempen.
"Kami lebih tahu apa yg org tempatan mahukan. Tapi bagaimana kami ingin bergerak jika kewangan terhad. KL perlu ada rasa percaya kpd kami. Org Sarawak lebih tahu apa yg rakyat Sarawak mahukan.
"Apa guna ramai2 dtg jika sekadar memerhati. Jika sekadar ikut2 kempen sana sini kami pun ramai yg boleh lakukan di sini. Yg diperlukan kewangan utk ahli2 parti tempatan bergerak yg mana ramai pengundi2 di sini saudara mara mereka sendiri.
"Begitu juga yg dtg secara sukarela jika boleh bajet beribu ribu itu salurkan kpd parti utk bantuan kewangan. Ia perlu utk kami bergerak dgn acara2 tertentu terutama utk kwsan bandar2 kecil dan sedikit pendalaman.
"Bagaimanapun yg sudah hadir kami hargai sokongan moral tersebut. Cuma kami ingin beritahu jgn anggap kami di sini tidak tahu berkempen dan berpolitik. Jika hebat sgt kenapa kita masih kalah dgn parti tempatan Sarawak.
"Kami sentiasa bekerja di sini utk memenangi hati rakyat sejak sekian lama tetapi program2 kami terbatas masalah kewangan. Ini sekadar pandangan saya utk Tuan tuliskan dan sampaikan."
Ini antara ringkasan permintaan ahli parti PKR negeri mengenai situasi di Sarawak utk saya sampaikan ( saya tulis dlm bahasa yg mudah difahami) . Terpulanglah kpd sesiapa mahu mendengarnya atau sekadar membaca. Saya no comment... cuma berharap jgn dpt telur ayam sudah la.



KISAH NAK MENANG DI SARAWAK DAN SABAH- KENA BAWA DUIT BANYAK BANYAK KAH ?

PRN Sarawak: Pahit yang terpaksa ditelan BN - Agenda Daily


AHMAD SHAHRIL

 PRN SARAWAK jangan lah kita letak harapan tinggi untuk menang dan jangan lah ada yang menyalahkan pihak lain atas kekalahan dan aku juga setuju dengan tulisan saudara Norman Radzuan mengenai PRN ni tentang petugas-petugas dari semenanjung yang di hantar ke sana tak perlu ramai.

Berdasar pengalaman pernah bertugas di sana dan juga semasa PRN Sabah kehadiran petugas luar ni memang kurang di senangi oleh orang kita sendiri di sana.


Di Sarawak tagline SARAWAK 4 SARAWAKIAN amat dalam pd mereke,di sabah aku sendiri pernah kena maki depan orang ramai di kedai makan siap di halau balik setelah dapat keputusan kita kalah,amat mengecewakan bila orang yang maki hamun itu adalah dari orang parti sendiri yang sebelum ni nampk tiada masalah pun dikatakan kekalahan berpunca dari orang luar....siap sound lagi kami tak perlu jentera lua.

Kata mereka,jentera kami dah ada cuma perlu bantuan kewangan sahaja untuk menang....bawak 3 kontena duit pun tak cukup klu nak menang itu jea nak kabor.Ingat satu perkara walaupun dah sampai di pusat mengundi belum menjamin lagi merka akan mengundi...ada yang sanggup balik semula bila apa yang di minta takde.


Jadi pesanan aku pada semua kalu kita kalah jangan salahkan pihak mana-mana...melainkan kita setiap penyokong-penyokong parti ni setiap seorang hantar satu kontena duit ke sana.