KERAJAAN PIMPINAN PERIKATAN NASIONAL GAGAL
Kehadiran kerajaan PERIKATAN NASIONAL kini merupakan pertama kali dalam sejarah negara apabila ia bertukar menjadi pemerintah melalui langkah (syaitan) bukan Sheraton dan bukannya melalui mandat rakyat dalam pilihan raya,” tegas Mohamad, dalam ucapannya di Permatang Pauh, seperti dipetik Malaysia Dateline.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula secara sinis merujuk kepada tinjauan Merdeka Center bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat kadar sokongan 67%, yang luar biasa, buat Kerajaan PERIKATAN NASIONAL gagal sehingga Malaysia mencatat jumlah kes COVID-19 tertinggi di ASEAN dari segi per kapita, kadar vaksinasi yang rendah, berhadapan krisis ekonomi yang semakin parah dan ketidakstabilan politik setelah kehilangan majoriti Parlimen.
WANITA GAGAL BAWA AYAH KE HOSPITAL
MIHIADDIN BIN MASIN
Nak rentas negeri sebab nak bawa ayah dia pergi
hospital..akhirnya ayah dia meninggal...al fatihah untuk keluarga mangsa..
Allahuakbar allahuakbar allahuakbar
Kenapa negara malaysia sampai begini sekali jadi nya
Sebelum #hamidbador bersara bulan 5 ni...saya minta beliau
jelaskan isu ini..
kenapa wanita ini tidak di benarkan merentas negeri untuk
membawa ayah dia sakit ke hospital...?
BEGINI PULAK-MACAMERBA SUNGGUH
SHSHBUDIN HUSIN
Pelajar boleh balik kampung, tapi orang bekerja tak dibenarkan balik kampung, barangkali hanya Malaysia di era PN saja ada peraturan sebegini...
SELAGI ‘SAINS DAN DATA’ REKAAN PN JADI AMALAN, EKONOMI NEGARA AKAN TERUS JAHANAM
WALAU AKU JUGA DULU SAMUN BILLION-BILLION...TAPI.....
Malaysia sedang ketinggalan dunia dari segi ekonomi sejak PRU14 dan sejak dunia sedang memulih dari pandemik Covid.
Lain-lain pasaran saham dunia sedang merekod tahap paling tinggi dalam sejarah tapi pasaran Malaysia masih suram.
Pelabur asing masih keluarkan dana mereka dari pasaran saham kita tiap-tiap tahun sejak Mei 2018 termasuk tahun 2021 setakat ini.
Sebab itu, Malaysia perlu hentikan darurat, pulihkan demokrasi, Covid dengan sebaik-baiknya dan pulihkan sebuah kerajaan yang kuat serta kompeten.
Jangan hanya kepentingan politik dan kuasa, Malaysia dibiarkan ketinggalan dunia.
Ini sains, data dan fakta sebenar.
Bukan “sains dan data” rekaan kerajaan bahawa parlimen tidak boleh berlangsung sebab terlalu ramai orang tua yang telah divaksin dalam dewan berisko dijangkit Covid.
NAJIB RAZAK
Bekas Perdana Menteri.
TAHNIAH AMK PADANG BESAR KERANA TELAH MEMBUAT LAPORAN POLIS MENGHINA RAJA RAJA MELAYU.LEBIH RAMAI PATUT BUAT LAPORAN POLIS .
RAY HUNTER
Selesai sudah laporan
polis yang dibuat oleh AMK cabang padang besar kepada akaun Facebook Kamarul
Yusoff yang menghina Tuanku Raja Muda Perlis. Rakyat Negeri Perlis amat
terguris dengan penghinaan keatas institusi beraja di perlis.. #janganhinarajakami
MENTERI AGAMA LANTIK KE NI?
RAJA AHMAD ADRINANNE
Fuhh..teringat kata2 Salleh, Assistantnya Harun (Anak Bapak)
"Bukan Kot yang nak sembahyang, hati yang ikhlas tetap mengadap Tuhan"
NETIZEN SERANG FB RASMI UUM. UNIVERSITI SEHARUSNYA MEMECAT PESYARAH YANG TIDAK PUNYA INTEGRITI MEMECAHBELAHKAN KAUM.AYUH RAKYAT KUASA KITA KUASA KERAMAT.
Panas! Gara-gara Kamarul Yusoff, Facebook rasmi UUM diserang netizen
April 29, 2021
Akibat terlalu berdendam dengan program kebajikan yang dilakukan kaum cina non muslim, Kamarul Yusoff, seorang pensyarah UUM telah menerima ‘hukuman tunai’ Allah swt malam tadi.
Sebelum ini, dia yang lebih dikenali dengan gelaran ‘proff kangkung” itu menuduh MP Bukit Mertajam, YB Steven Sim cuba berpura-pura berlakon baik bagi tujuan meraih populariti maya ketika menyampaikan sumbangan motosikal kepada seorang pekerja rider FoodPanda baru-baru ini.
Lebih teruk lagi, dia sehinggakan sanggup menawarkan wang tunai sebanyak RM2000 kepada netizen yang dapat mendedahkan identiti budak yang menerima sumbangan dari MP tersebut bagi tujuan tersebut.
Tidak cukup dengan itu, dia mulai mengekor rapat pergerakan Steven Sim bagi meneruskan agenda jahatnya. Peluang terbaik diperolehinya ketika Steven Sim sedang berurusan menyampaikan bantuan laptop yang diusahakan bagi penduduk parlimen Bukit Mertajam untuki dikongsi bersama pelajar negeri Indera Kayangan.
Ketika Steven Sim diberi penghormatan bersama-sama Raja Muda Perlis berbasikal menyampaikan bantuan asnaf zakat sewaktu keberadaan MP dinegeri tersebut, Kamarul Yusoff tanpa berfikir panjang terus melakukan satu siri serangan berani mati melalui fbnya.
Hantaran tersebut bukan sahaja menyentuh Steven Sim, malahsecara jelas juga turut mengaitkan peribadi Raja Muda Perlis. Menyedari kesilapannya, dia bertindak pantas menurunkan hantaran tersebut.
Namun, semuanya sudah terlambat. Tanpa menyedari dirinya berada di Malaysia sekarang ini. Dunia mengiktiraf Jabatan Netizen Malaysia (JNM) antara yang terbaik melakukan kerja-kerja maya. Hantaran jeliknya menyentuh Raja Muda Perlis itu telahpun sempat dibuat tangkap layar oleh skuad khas JNM.
Melihatkan sesuatu yang buruk bakal berlaku, proff kangkung itu cuba berlaku seperti tiada apa berlaku pada awalnya. Malah siap memberi ugutan akan menyaman penama-penama yang menyiarkan tangkap layar hantaran jeliknya itu dalam hantaran fb kemudiannya.
Setelah menyedari penama-penama yang dipetik itu tidak goyang dan berani berhadapan dengannya dimahkamah, dia tiada pilihan lain terpaksa mengnyahaktifkan fb demi kemaslahatan ummah, kononnya. Ibarat pelanduk melupakan jerat, Kamarul Yusoff sangat tertekan dengan tindakannya kini.
Setelah fbnya dinyahaktifkan, proff kangkun itu berharap situasi tegang itu dapat dikendurkan seketika sebelum dia kembali mengaktifkannya semula nanti. Oh tidaklah semudah itu. Netizen punya cara lain bagi mengajar kebiadapannya itu.
Mereka berpindah pula ke fb rasmi Universiti Utara Malaysia, tempat proff kangkung itu mencari makan. Mereka melakukan serangan bertali arus dalam hantaran terbaharu UUM sempena sambutan Nuzul Quran. Pastinya serangan kemarahan netizen terhadap proff kangkun itu membhka kata pengurusan UUM bagi menilai semula kelayakan proff kangkung itu untul terus kekal di situ.
Justeru pihak UUM wajar bertindak pantas nenangani isu melibatkan kakitangannya ini. Sebarang tindakan yang dilihat menyebelahi proff kangkung itu bakal memberi.impak besar terhadap masa depan institusi pengajian tinggi awam itu. – NM
MGTV LIVE : 'Isu Bantuan Motor' Tiada Niat Mahu Sebar Agama Tertentu - S...
CELAKANYA MANUSIA MEMALUKAN BANGSA DAN AGAMA
Ketika seorang YB memberikan bantuan, tiada siapa pun menyangka bahawa bantuan beliau itu disalah anggap sebagai berpura pura dan juga untuk menyebarkan agama kristian kepada bangsa Melayu . Budak melayu yang kebetulan bukan pun anak Pulau Pinang dan datang mencari pekerjaan di Pulau Pinang yang dianggap sebagai lembah pekerjaan di kawasan utara , menjadikan ianya bukan sahaja tumpuan anak muda mencari pekerjaaan di sana.Sesungguhnya Pulau Pinang tidak mengira pun dimana awak berasal dan kebanyakkan orang luar yang menduduki jawatan walau anak negeri layak mendudukinya.
Akan tetapi bantuan itu telah dijadikan isu oleh seorang yang kononnya punya titile terpelajar dan menjadi begitu taksub dan mengacau keharmonian berbagai bangsa. Heran seorang yang dikatakan terpelajar mempunya sifat dan sikap sebegitu teruk di dalam masyarakat yang dah maju.
Selain dari suka menggangu dan menghasut dengan celakanya beliau bukan sahaja menawarkan jumlah tertentu untuk membuktikan bahawa seolah olah orangnya satu lakonan. Dia tadinya bukan sahaja tidak membantu apa apa pun, tetapi merosakkan hubungan kaum..Tidak malukah Unversiti menerima dan menggajikan seorang yang bertitle sebegini dan mengajar disebuah pusat pengajian tinggi??? Apakah Universiti mahu menempatkan orang sebegini untuk bekerja dan merosakkan namanya? Orang melihat ianya sebuah universiti yang lekeh sangat jika masih lagi meggaji manusia sebegini.
Semoga beliau diberikan pengajaran yang setimpal dengan apa yang telah beliau ucapkan dan disaman oleh rakyat.Pesyarah seorang berilmu,berakhlak,menguatkan ilmu untuk masyarakat,menunjukkan teladan keilmuan dan menaikkan maruah universiti. Jika sebegini lagaknya seorang pensyarah di Universiti, maka selayaknya lah Universiti itu tidak dikategorikan berjenama sebagaimana selayaknya kerana seorang pensyarah yang dunggu meruntuhkan nama gedung ilmu.
WRLR
AWAS, HUKUM ISLAM PERLU DIJAGA WALAUPUN DI DALAM DARURAT PANDEMIK COVID
Bulan Ramadhan adalah bulan yang diwajibkan ke atas umat Islam
untuk berpuasa. Di dalam menyempurnakan salah satu rukun Islam yang lima itu,
satu lagi kewajipan ke atas umat Islam adalah mengeluarkan zakat/fitrah.
Namun, harus diingat, di dalam fenomena baru sekarang, dengan
SOP Covid19 yang mewajibkan kita semua memakai "mask" , namun jangan
sesekali kita melanggar ketetapan dan hukum Allah. Hukum Allah lebih besar dari
SOP ciptaan manusia.
Ada beberapa fahaman di beberapa negara, mereka mengubah hukum
Islam di waktu pandemik Covid19 atas alasan kononnya 'darurat".
Maka, keluar fatwa "Atas maslahah keselamatan dan
kesihatan, dibenarkan umat Islam menggunakan "mask" (topeng muka)
sewaktu membayar zakat fitrah.
Pendapat ini jelas bertentangan di samping menghina hukum Islam.
Adalah tidak sah membayar zakat fitrah menggunakan "mask" dan Amil
wajib menolak dan menghalau sesiapa sahaja yang menggunakan "mask".
Zakat fitrah hanya boleh menggunakan beras atau duit bagi menggantikan beras.
Haram gunakan
" mask" sebagai ganti beras.
Waalahu Aklam.
Anwar bidas kenyataan Menteri Undang-undang*
Kenyataan Menteri Undang-Undang terkait sikap kerajaan PN yang mahu terus menutup Parlimen menampakkan ketidakarifan beliau terhadap prinsip asas demokrasi.
Menteri tersebut juga menyatakan kerajaan PN sedang memberi ‘keutamaan’ penuh pada usaha mengekang penularan wabak dan akan terus menutup Parlimen. Kononnya dengan penutupan Parlimen sangat penting dalam usaha melawan wabak, tetapi keadaan makin parah. Kadar warga yang menerima vaksin antara yang terendah di rantau Asia dan kadar jangkitan antara yang tertinggi di Asean.
Sebuah sistem yang menginjak aspek Parlimen adalah sistem diktator, bukan demokrasi. Kedudukan dan maruah Parlimen kini tergantung pada pemuka-pemuka yang tidak punya mandat sama sekali, dan ini jelas menunjukkan bahawa aspek semak imbang yang dijamin Perlembagaan ini terus dinodai dengan rakus.
Demokrasi mesti tertegak, meski di kala kemelut. Suara rakyat tidak boleh dipadam oleh para petinggi yang rakus dan gila kuasa.
Kenyataan bijaksana YDPA bertarikh 26 Februari yang lalu bahawa kuasa darurat yang diperuntukkan pada kerajaan tidak boleh dijadikan alasan untuk mengelak sesi Parlimen.
Kuasa dan undang-undang yang diperuntukkan darurat setakat ini tidak memberi dampak yang positif dalam usaha kita melawan wabak. Sebaliknya, ianya digunakan untuk membungkam wartawan dan media, serta memberi kuasa pada kerajaan ini untuk menggunakan dana awam tanpa hormat pada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pada Parlimen. Menggunakan hampir 50% dana dark Kumpulan Wan Amanah Negara (KWAN) untuk pemerolehan vaksin sebagai contoh.
Terdapat banyak hujah yang menampakkan pemerintah hari ini sedang meminjam dan berbelanja tanpa semak imbang, dan ini menjadi sebab ampuh mengapa Parlimen sebagai fungsi dan institusi yang dijamin Perlembagaan mesti diberi ruang untuk menjalankan amanah rakyat.
Kita tidak nampak sebarang tanda bahawa darurat ini akan tamat dalam masa terdekat. Dengan peningkatan kes penularan COVID-19 hari ini ianya akan memberi alasan kepada kerajaan PN untuk melanjutkan tempoh darurat melepasi bulan Ogos 2021. Saya yakin inilah matlamat sebenar pemerintah; memperpanjang tempoh darurat selama mana yang mungkin meski dengan jumlah jangkitan yang akan terus tinggi.
Dengan kadar vaksinasi yang ternyata rendah saat ini, saya bimbang dan yakin tidak akan ada sidang Parlimen untuk tahun ini.
Prestasi Malaysia akan terus tercorot dengan masalah pengangguran tanpa reformasi ekonomi yang menyeluruh. Persaingan di rantau ini dalam mendapatkan investasi asing nampaknya akan terus meletakkan Malaysia di barisan belakang.
Sikap kerajaan ini yang terus berhutang dan berbelanja tanpa semak imbang akan memberi dampak buruk kepada generasi akan datang.
Ekonomi tidak akan mampu pulih bilamana keyakinan kepada kerajaan dan kebijakannya tidak wujud, serta prinsip negara hukum terus diinjak tanpa belas.
ANWAR IBRAHIM
Hona Kia
Radzi Razali
Zulkifli Zulkifli
Syamsuddin Ismail
Mohd Danni
BACUL JUGA RUPANYA- SEDANG MENCARI ORANG HILANG
HAMZAH RIE NA
Hilang dari radar fb, kali terakhir dilihat beliau membuat hantaran bodow di lapangan fb adalah berkenaan tawaran 2k jika ada maklumat berkenaan penerima bantuan yb sim.
Walau bagaimana pun melalui radar2 pejuang cyber, namun tiba2 beliau membuat penjunaman terjun lalu menutup account fb beliau.
Soalan saya adakah beliau menutup account fb adalah utk mencari peluru baru atau mungkin kah beliau bertukar profession dari peratip DAP jahat setiap hari kepada seorang penanam kangkung??????
ADIK AZMIN KATA BALIK BERSIH KUBUR ARWAH EMAK
SAM LIM
Min.. adik ko suruh balik bersihkan kubur arwah mak.
Aku nyampaikan je....
Gangguan seksual di sekolah: Lebih ramai mangsa tampil bersuara berkongsi pengalaman
April 29, 2021
Hanya seminggu selepas laporan terdapat sekolah yang memeriksa pelajar bagi membuktikan dakwaan haid, beberapa lagi wanita tampil di Twitter berkongsi pengalaman mereka diganggu secara seksual.
Tanda pagar #MakeSchoolASaferPlace menyusuli dakwaan seorang pelajar berusia 17 tahun dalam satu video bahawa seorang guru sekolahnya bergurau mengenai jenayah rogol dalam kelas mengenai gangguan seksual.
FMT bercakap dengan beberapa wanita berkenaan mengenai pengalaman ngeri mereka.
Seorang gadis berusia 16 tahun, yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, mendakwa guru pendidikan jasmaninya beberapa minggu lalu berkata, perempuan yang tidak berhijab layak dirogol.
Guru itu, yang juga seorang wanita, didakwa berkata, perempuan yang tidak berhijab tidak boleh menyalahkan lelaki jika mereka tampal gambar wajah mereka pada tubuh orang lain yang tidak berpakaian.
“Ini menunjukkan guru mengajar kanak-kanak supaya berfikir seperti itu,” katanya.
“Saya juga ada dengar guru-guru membuat komen perkauman dan lucah tanpa menanggung akibat kerana pelajar takut digantung sekolah sekiranya bersuara.
“Sama ada itu (digantung sekolah) atau orang akan memburuk-burukkan kami dan reputasi kami akan hancur,” katanya.
Sementara itu, Sarah, 21, mendakwa guru agama di sekolah rendahnya pernah beberapa kali memeluknya dari belakang dan mengesel bahagian sulit pada belakang badannya.
“Dia pernah ganggu saya dan beberapa murid lain. Ini berlaku ketika saya di Tahun Tiga hingga Tahun Lima.”
Sarah sedar dia diganggu secara seksual tapi terlalu takut untuk mengadu. “Saya tak beritahu ibu bapa saya.”
Ustaz itu kemudian ditukarkan ke sekolah lain selepas guru besar mendapat tahu mengenai perbuatannya, katanya lagi.
Seorang lagi wanita, Anna, berkata dada dan alat sulitnya pernah diraba di sekolah ketika berusia 11 tahun.
Ia berlaku pada Hari Kantin sekolahnya, ketika permainan dan kegiatan lain berlangsung.
“Saya masuk ke dalam ‘Rumah Hantu’ bersama rakan tetapi saya yang terakhir dalam barisan. Keadaan sangat gelap dan saya tak nampak apa-apa, tetapi saya dapat merasakan seseorang meraba alat sulit dan dada saya.”
Anna mengadu kepada guru bertugas tetapi dia menepisnya sebagai “usikan” (prank).
“Saya tak tahu siapa ‘hantu’ dalam Rumah Hantu itu, tapi saya tahu mereka semua lelaki.
“Ini hanya salah satu contoh gangguan seksual yang saya alami di sekolah.
“Saya rasa benci melihat gangguan masih berlaku dan masalah ini mesti diambil serius. Kita perlu menghentikannya,” tambahnya.
Mengulas perkembangan ini, Setiausaha Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Harry Tan mahu polis menyiasat dakwaan-dakwaan itu.
Beliau menggesa mangsa menamakan sekolah dan guru berkenaan dan membuat laporan polis.
“Perkara ini sudah tentunya menyalahi undang-undang, tetapi undang-undang memerlukan bukti,” katanya.
KENAPA MENTERI PENDIDIKAN TAK TUTUP TERUS SEKOLAH?
Kenapa Menteri Pendidikan tak tutup terus sekolah?
Tengoklah. Sekolah sekejap buka, sekejap tutup. Bukan setakat ibu bapa, anak sekolah pun pening dan keliru. Para guru lagilah tertekan.
Tengok Menteri Undang-Undang. Sekali dia umum parlimen tutup, terus tutup. Tak ada nak main buka, tutup macam sekolah tu.
Dia tak kira dah. YDP Agong kata boleh buat sidang parlimen pun, dia hentam kata tak boleh. Nak tutup juga. Derhaka pun derhakalah.
Itu baru ketegasan. Tak mengelirukan. Kan senang begitu. Jadi rakyat pun boleh nampak dan nilaikan yang kerajaan takut bersidang.
Aku harap Menteri Pendidikan boleh belajar dari Menteri Undang-Undang bagaimana nak buat keputusan dan menjadi tegas.
Raja Gelap
PERIKSA DATANG HAID: TIDAK TERIMA LAPORAN BUKAN JAWAPAN PEMBUAT POLISI
Periksa datang haid: Tidak terima laporan bukan jawapan pembuat polisi
Oleh: Redzuan RF8 Media
KEADILAN mempertikaikan jawapan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung kes guru wanita memalukan pelajar perempuan ketika pemeriksaan ‘datang bulan’ yang tular di media massa baru-baru ini
Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti KEADILAN, Fadhlina Sidiq berkata, jawapan KPM ‘tidak menerima laporan’ maka tidak boleh mengambil tindakan bukanlah jawapan standard pembuat dasar.
Katanya, menteri boleh mengarahkan siasatan biar pun tiada sesiapa yang melaporkan kejadian.
“Saya nak maklumkan, itu bukan level jawapan pembuat polisi. Pembuat polisi tidak bergantung kepada laporan semata-mata.
“Membuat dasar dan polisi adalah untuk the best interest of the people. Ia (tiada laporan) respon yang sangat lemah. Acuh tidak acuh. Antara percaya dan sangsi.
“Ini bermakna KPM tidak peka dengan polisi Perlindungan kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Fadhlina lagi, KPM seharusnya mempunyai kebijakan polisi yang lebih meluas dalam menangani isu hak-hak wanita dan bukan hanya terhad kepada peraturan sedia ada semata-mata.
“Ini bermakna KPM tidak kuasai sepenuhnya Comprehensive Sexual Education.
“KPM tidak kuasai hukum hakam keganasan berasaskan gender dan gender sensitivity.
“Akhir sekali, KPM sepatutnya beri bola tanggung kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga Malaysia dengan soalan, Mana Rang Undang undang Akta Gangguan Seksual?” katanya lagi.
Kelmarin, Menteri Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata, laporan perlu dibuat untuk mengenal pasti sekolah yang melakukan pemeriksaan haid kepada pelajar perempuan, sebelum tindakan boleh diambil.
“Jika ia berlaku, beritahu saya di sekolah mana, supaya tindakan boleh diambil,” katanya kepada media.
PERSOAL SUMBANGAN ORANG LAIN, RAMADAN BERLALU DENGAN DOSA?
Persoal sumbangan orang lain, Ramadan berlalu dengan dosa?
Oleh: Redzuan RF8 Media
Oleh: Mohamad Saja
Bulan Ramadan, bulan barakah. Orang Islam berlumba-lumba mengerjakan kebajikan seperti sedekah dan membantu orang yang sangat memerlukan.
Tapi jikalau wujud insan di dunia yang berlumba mencari maklumat bagi menentukan status keikhlasan orang yang berbuat kebajikan. Kegilaan apakah insan seperti ini?
Apakah yang cuba dibuktikan. Lagi galak membuktikan keikhlasan orang lain, maka tambah terhakis nilai diri dan rasa hormat orang kepada dirinya, status ilmu dan institusi yang diwakili.
Rasa ikhlas hanya tuhan yang tahu. Ia bukan diukur dengan kuantiti tapi kualiti. Jika kita nilai pada kuantiti, maka sumbangan Omar lebih tinggi dari Abu Bakr dalam perlumbaan antara mereka ke jalan jihad menegak kalimah Allah.
Rasullallah tidak pernah mengajar umatnya menilai sumbangan tangan di atas kepada tangan yang di bawah. Malah untuk memarahkan peminta sedekah juga sangat dilarang.
Tidak ada kerja lainkah?
Adegan kejar mengejar dalam isu mempersoalkan sumbangan kepada seorang penerima bantuan oleh kalangan umat Islam ke atas umat bukan Islam adalah satu peristiwa yang sangat jijik bagi saya kerana seperti sudah tiada kerja untuk dilakukan.
Dari sisi lain ia seolah-olah memperlihatkan sikap suka mencari salah ke atas lain. Juga sikap sombong lebih terselah ketika tawaran wang diberikan kepada pemberi maklumat.
Lebih memalukan kita mempersoalkan sikap bukan Islam yang berlomba-lomba memberi sumbangan dalam bulan Ramadan.
Ketika umat Islam yang sepatutnya berlumba-lumba memberi bantuan. Sebaliknya kita pula berlumba-lumba mempersoalkan sumbangan bukan Islam dan keikhlasan mereka member derma kepada orang lain.
Lebih jijik lagi macam najis sifatnya mempersoalkan tingkah laku bukan Islam memberi bantuan kepada umat Islam dalam bulan Ramadan yang mulia.
Sifat itu hina dan indirectly menghina kesucian Islam. Pariah dan biadap tanpa akhlak islamiah sungguh corak sifatnya. Manusia jenis apakah yang suka mempersoalkan sumbangan orang.
Saya kenal orang yang memberi sumbangan tu. Sebenarnya, sumbangan yang baik adalah sumbangan yang tangan kiri tidak tahu apa yang dilakukan oleh tangan kanan.
Bertaubatlah kembali kepada fitrah
Bertaubatlah ketika masuk fasa kedua, fasa keampunan. Semoga kerja kebajikan kita dinilai dengan jannah ketika berada di akhirat kelak. Berlomba-lombalah membuat kebajikan ketika masih ada masa. Takut mungkin ramadhan kali ini adalah terakhir bagi kita.
Tapi Islam tidak pernah menghalang untuk tangan kanan menunjukkan pemberian kepada tangan kiri, kerana pada pemberian itu mungkin menjadi asbab kepada orang ramai berlumba-lumba memberi sumbangan.
Mungkin juga satu keperluan kerana sumbangan yang diwar-warkan adalah satu SOP ketelusan kepada pemberi sumbangan.
Saya banyak menerima sumbangan orang ramai kerana saya juga merupakan usahawan sosial (social entreprenuers) yang bertindak mengagihkan sumbangan orang lain kepada masyarakat yang memerlukan.
Kerana pada setiap rantaian sumbangan itu ada yang suka ditonjolkan kebaikan mereka dan ada yang tidak.
Kefahaman rendah terhadap Islam
Perilaku mempersoalkan tindakan orang lain yang gemar memberi sumbangan menunjukkan tahap kefahaman tahap sangat rendah serta pariah seseorang.
Mempersoalkan sumbangan orang lain adalah satu hak mutlak individu. Tetapi, menjadikan ia satu kisah awam adalah sangat tidak bertanggungjawab.
Di Barat dan negara bukan Islam. Adalah satu usaha baik jika sumbangan diwar-warkan dan menjadi satu norma dan juga satu kebiasaan.
Mungkin juga bagi tujuan percukaian, kempen mengajak orang ramai menderma dan mungkin juga cara mencucikan hati. Kerana derma dan sadaqah adalah satu kaedah paling efektif menyucikan hati yang penuh dengan dendam kesumat waja.
Penutup kisah derma adalah sepotong ayat yang cukup memberi makna:
Marilah kita baca hadis Rasulullah SAW; “Sesungguhnya Allah swt itu Maha Memberi , Ia mencintai pemurah serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.” (HR. al-Baihaqi).
Perkara itu juga dinyatakan dalam satu hadis yang bermaksud: “Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.”
Allah SWT berfirman dalam Surah Saba’, ayat 39 yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad):
“Sesungguhnya, Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia juga yang menyempitkan baginya. Dan apa saja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah juga sebaik-baik pemberi rezeki.”
Ayat di atas semua bercakap tentang kelebihan bersedeqah. Tidak pula bercakap tentang kebaikan mempersoalkan keikhlasan orang. Kerana keikhlasan hati seseorang itu adalah urusan Allah. Kerugianlah manusia dalam kegelapan kerana disebabkan hari dan amarah mereka. Mereka tengelam dalam lautan dendam.
ARTIS KENA DENDA SIKIT, PENIAGA BURGER RM50,000?
Artis kena denda sikit, peniaga burger RM50,000?
Oleh: Redzuan RF8 Media
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diminta menghentikan segera amalan dua darjat dalam pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan Covid 19 berikutan beberapa peniaga kecil-kecilan di Kelantan didenda maksimum sedangkan terdapat golongan VIP yang terlepas.
Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, kerajaan PN perlu mengkaji semula pelaksanaan SOP dan kaedah mengenakan kompaun agar rakyat tidak dizalimi dalam hal-hal kepatuhan berkenaan.
“KEADILAN Johor memandang serius golongan berstatus tinggi termasuk menteri, ahli politik, usahawan, artis atau personaliti media sosial yang dilihat terkecuali dalam pematuhan SOP bagi membendung gejala Covid-19.
“Bagi kami Menteri atau Exco kerajaan negeri yang mempunyai kuasa dan terlibat secara langsung dalam penyediaan SOP ini perlulah lebih bertanggungjawab dan digesa menyemak kembali segala SOP tersebut, supaya tidak membuka ruang penganiayaan sebegini daripada terus berlaku.
“Kita tidak mahu insiden seperti yang tular, seorang peniaga burger di Kota Bahru, Kelantan dikompaun sehingga RM 50,000 kerana meniaga melebihi tempoh ditetapkan, pukul 10 malam, walaupun di hadapan rumah sendiri berlaku lagi. Sekiranya berlaku pelanggaran SOP sekalipun, kompaun sehingga RM 50,000 amat tidak masuk akal kepada rakyat marhaen yang hanya meniaga burger di hadapan rumah,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ahli Parlimen Ledang itu lagi, kerajaan juga perlu ‘berhati perut’ dalam membuat peraturan penguatkuasaan.
Katanya, pihak penguatkuasa harus membezakan antara syarikat besar, golongan VIP dan peniaga kecil-kecilan yang terpaksa bersusah payah mencari rezeki dalam suasana pandemik dan darurat.
“Malangnya terdapat selebriti dan keluarga dikenakan denda hanya RM60,000, manakala peniaga burger seorang dikenakan RM50,000. Ini jurang yang sangat jauh melihatkan status dan kedudukan ekonomi kedua belah pihak, yang perlukan kajian lebih mendalam dalam melaksanakan penguatkuasaan.
“Kerajaan hari ini wajar mempunyai hati nurani dan ‘empathy’ dalam melihat keperitan ekonomi rakyat dan amalan dua darjat wajar dihentikan bagi memberikan keadilan untuk semua, dalam usaha kita membendung Wabak Covid-19,” katanya lagi.
Syed Ibrahim juga mempersoalkan genap 100 hari darurat dikuatkuasakan namun kes positif Covid masih berada pada paras 3,000 kes sehari.
Beliau mempersoalkan tujuan darurat yang tidak berjaya membendung Covid sebaliknya telah memerosotkan ekonomi sehingga banyak rakyat yang sensara.
RENDAHNYA TARAF PROFF SEBEGINI....UNIVERSITI TAK MALUKAH SIMPAN ORANG YANG SERENDAH INI TARAFNYA.
Faezuddin Puad
Saja nak tanya, siasat maklumat pendaftaran kenderaan orang lain memang tugas seorang professor/pensyarah kanan ke?
Hari ini YB Steven Sim Chee Keong 沈志强 terpaksa buat satu sidang media bagi menjernihkan suasana.
Bagi menjawab fitnah yang sengaja direka.
Bagi meredakan keadaan yang sedang kecoh.
Penerima motosikal yang didakwa tidak wujud, sebenarnya benar-benar wujud dan nama beliau ialah Anas Hazmi.
Motosikal yang dibeli dengan harga RM4500 juga benar.
Nama yang didaftarkan ke atas motosikal adalah nama Anas Hazmi bukan nama seorang lelaki cina seperti didakwa sang pemfitnah
Kesimpulannya, tolonglah jangan jatuhkan taraf dan imej seorang yang bergelar professor/pensyarah kanan serendah ini.
Bukanlah tugas seorang professor/pensyarah kanan risik, siasat atau timbulkan rasa sangsi dikalangan masyarakat tentang kerja kebajikan orang lain.
Semua ni kerja yang sia-sia.
Sepatutnya, seorang professor/pensyarah kanan galakkan lagi orang lain buat kerja amal.
Satu lagi, kita semua ni jangan sesekali jadi balaci kepada pedagang agama.
Wallahualam.
MUAFAKAT NASIONAL DI PAHANG BERSAMA PAS YANG JELAS MENYOKONG KERAJAAN TEBUK ATAP
Umno Pahang umum bersama Muafakat Nasional iaitu bersama Pas.
Maka, tanda muafakat itu,pada PRU15 akan datang, Pas hanya dapat kerusi Dun yg
mereka menang pada PRU14 yang lalu, iaitu 8 Kerusi sahaja. Selebihnya Umno
punya.
Kerusi Parlimen pula, berapa Pas dapat di Pahang? Di Pahang,
tiada satu pun Kerusi Parlimen yang diwakili oleh Pas. Maka, ikut persefahaman
MN, kerusi yang Umno menang, Umno akan kekalkan. Ertinya Pas tiada kerusi
Parlimen? Kerusi Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota mungkin Pas ada harapan
untuk letak calon mereka. Tetapi, apakah Umno atau MCA mudah untuk berikan
kepada Pas? Nampaknya, MN di Pahang benar2 menguntungkan Umno dan Pas pula
terkulat2. Jadi, apa yang pemimpin Pas selalu sebut bahawa Pas akan bekerjasama
dengan sesiapa pun adalah dengan syarat Pas mesti dominan, ternyata pembohong.
Pas selamanya akan berada di bawah ketiak Umno.
Umno pula jangan seronok sangat apabila Pas setuju dengan
persefahaman di dalam MN iaitu kerusi yang Umno menangi dulu tidak boleh
disentuh oleh Pas. Umno jangan lupa, di Pahang juga ada persefahaman di antara
Pas dengan Bersatu atas nama Perikatan Nasional. Pas sedang bermain dua kolam.
Itu memang kepakaran Pas. Tidak mustahil, melalui PN nanti Pas dan Bersatu akan
mengagihk2kan kerusi Dun dan Parlimen sesama mereka di Pahang.
Umno tegas menolak Bersatu di Pahang. Pas pula bermain dua
kolam. Penyokong2 yang menjadi mangsa apabila pimpinan parti pentingkan
kedudukan mereka berbanding prinsip. Percayalah, menjelang PRU15 nanti
perebutan kerusi di antara Pas, Umno dan Bersatu akan menjadi hangat. Tidak
masuk akal Pas sanggup melacurkan maruah mereka hanya bertanding 8 Kerusi yang
telah mereka menangi. Kerusi2 di bahagian Pahang Barat yang dikuasai oleh Dap
sekarang, tidak mungkin Umno atau Pas sanggup ambil untuk bertanding.
Keadilan sudah biasa bertepur dengan Umno. Kami juga biasa
bertempur dengan Pas. Bersatu pula bukan lawan kami. Bersatu bakal hilang
deposit di semua kerusi yang mereka bertanding di Pahang nanti. Sekali lagi
Keadilan Pahang telah bersedia untuk bertempur dalam perlawanan tiga penjuru
atau lebih.
Umno telah berpecah, Pas pula semakin hilang arah tuju. Muafakat
Nasional di Pahang menggambarkan Umno Pahang bersubahat dengan kerajaan pusat
yang menyusahka rakyat sekarang. Dalilnya? Dalilnya apabila Umno sanggup
bersama Pas sedangkan Pas jelas menyokong kerajaan tebuk atap.
Rakyat Pahang yang bencikan kerajaan PN sekarang, tiada pilihan
kecuali bersama Keadilan atau PH. Mereka tidak boleh lagi percaya kepada Umno
kerana Umno tidak sensitif dengan kezaliman kerajaan PN sekarang apabila
bersama Pas yang jelas menyokong kuat kerajaan PN. Penyokong2 Pas pula
janganlah mudah diperbodohkan dengan menyokong parti yang hanya dapat 8 kerusi
Dun di Pahang.
Keadilan dan PH menawarkan alternatif buat kelian.
WFAUZDIN NS
Kompaun RM50,000: ‘Seolah otak di lutut’, pembaca berita dipuji orang ramai
FAZLI RADZI
Penyampai berita Astro Awani, Luqman Hariz berkenaan kompaun
RM50,000 terhadap penjual burger, Wan Mohd Faisal Wan Kadir di Kota Bharu, dua
hari lalu dilihat menarik perhatian orang ramai.
Rata-rata warganet memuji dan meluahkan rasa puas hati dengan
ayat ‘sentap’ tersebut. Malah ada yang menyifatkan anggota polis yang
mengeluarkan kompaun tidak munasabah itu akan rasa tidak tenang sepanjang hayat
kerana berbuat zalim.
“Sekarang ini ramai yang hidup secara ala kadar. Ketika otak
yang letaknya di atas, tapi ada yang bertindak seolah-olah otak di lutut.
“Mengenakan kompaun RM50,000 pada penjaja kecil yang hanya
berniaga di kawasan kampung sendiri, usaha itu dibuat kerana ada yang
menanggung sehingga 11 sekeluarga,” kata Luqman dalam slot berita Awani 7.45.
Seorang pembaca berita wanita kemudiannya menyambung dengan
membandingkan jumlah kompaun yang dikenakan terhadap selebriti jutawan, Neelofa
dan ahli keluarganya.
“Tidak seperti selebriti Neelofa, jumlah kompaun RM60,000
mungkin bukan jumlah yang besar baginya. Polis bagaimanapun tampil memberi
jaminan semua peniaga kecil itu boleh mengemukakan rayuan,” katanya.
Sedutan berita itu kemudiannya tersebar di media sosial ketika
orang ramai tidak berpuas hati dengan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi
standard (SOP) ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang
dilihat berat sebelah.
MENTERI TEBUK ATAP JUMPA ALASAN BAHARU TERUS GANTUNG PARLIMEN
Selain itu, katanya, agensi penguatkuasa terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), masih bertungkus lumus menjaga perbatasan tanah air daripada dibolosi pendatang asing yang membawa risiko penularan COVID-19 dari negara luar.
“Kerajaan amat menyedari tanggungjawab keperlembagaan (constitutional responsibilities) untuk memastikan penerusan proses demokrasi di negara ini terjamin melalui sidang Parlimen, namun keutamaan yang diberikan pada masa ini adalah usaha memastikan penularan wabak ini dapat dikawal sepenuhnya termasuklah melindungi aspek kesihatan ahli-ahli Parlimen, pegawai-pegawai dan semua pihak yang berurusan dengan Parlimen,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Subscribe to:
Posts (Atom)