Yusoff Rawther! KANTOI DAN AKAN DI DAKWA! SATU DEMI SATU KARMA KEPADA PE...



Muhammad Yusoff Rawther yang menyaman Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung serangan seksual akan dihadapkan ke mahkamah jenayah esok. Bekas pembantu penyelidik Anwar itu dijadualkan dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, selepas siasatan terhadap dakwaan pemilikan senjata api dan dadah, maklum peguamnya Muhammad Rafique Rashid Ali. Peguam itu berkata butiran tuduhan akan diketahui esok. Bekas pembantu Anwar itu ditahan sekitar jam 9.30 pagi pada 6 September dan telah direman sejak itu. Rafique berkata polis didakwa menemui dua pucuk pistol dan 305g dadah dalam kenderaan yang didakwa dinaiki oleh Yusoff. Terdahulu Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa mengesahkan penahanan Yusoff mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. “(Dia) dijangka akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok,” katanya. Menurut Rusdi polis menahan Yusoff selepas menemukan dua pucuk pistol dipercayai tiruan dan satu ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja, di dalam kenderaan dinaiki suspek di Jalan Bukit Kiara, di Kuala Lumpur, Jumaat lepas. Dalam perkembangan berkaitan, Rafique berkata Yusoff memberitahu penyiasat senjata api dan dadah itu bukan miliknya dan dia tidak ada kaitan dengan bahan larangan tersebut, malah ujian air kencingnya menunjukkan keputusan negatif. Peguam itu berkata Yusoff memberitahu pihak polis senjata api dan dadah itu diletakkan di dalam keretanya oleh pihak yang mempunyai dendam atau permusuhan dengannya. "Dia telah menamakan mereka yang dipercayai bertanggungjawab dan kaitan mereka dengan kepimpinan politik negara. "Yusoff telah menulis surat untuk memohon kebenaran membuat laporan polis mengenai perkara ini, dan ini perlu dilakukan secepat mungkin untuk mengelakkan ia dianggap sebagai tindakan 'terlewat' atau rekaan," kata Rafique. Yusoff mempunyai tuntutan sivil yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung dakwaan Anwar menyerangnya secara seksual di pejabat presiden PKR pada Oktober 2018.
Bekas pembantu penyelidik itu menjadi tumpuan apabila dia mendedahkan akuan bersumpah yang mengandungi dakwaan serangan seksual tersebut pada sidang media 4 Disember 2019. Tiga belas hari kemudian, Yusoff pergi ke Bukit Aman untuk menjalani ujian poligraf berhubung siasatan polis terhadap dakwaannya mengenai salah laku seksual Anwar. Pada 14 Januari 2020, Jabatan Peguam Negara mengumumkan tiada bukti yang mencukupi untuk mendakwa Anwar di mahkamah jenayah atas kejadian yang didakwa berlaku dua tahun sebelum itu. Setahun kemudian, Yusoff menyaman Anwar. Pada 7 Mei tahun ini, mahkamah sivil menolak permohonan Yusoff untuk memaksa polis mendedahkan keputusan ujian poligraf yang


PMX DS ANWAR ARAH SIASAT SEGERA! PENDEDAHAN PANAS MUFTI PERLIS ISU GISB!



Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu siasatan membabitkan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) disegerakan. Kata Anwar, isu itu penting diselesaikan segera kerana melibatkan akidah serta membabitkan dakwaan serius termasuk penyalahgunaan kuasa, penyalahgunaan nama agama dan penderaan kanak-kanak. “Ramai yang tanya mengapa ada kelewatan dan kelengahan dalam mengambil tindakan. “Jadi saya telah membawa kepada badan (pihak berkuasa) ini supaya ambil tindakan segera siasatan dan laporan,” katanya kepada pemberita selepas solat Jumaat di Kampung Desa Putra, Sungai Merab, Kajang, hari ini. Kelmarin media melaporkan pihak berkuasa menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia setahun hingga 17 tahun disyaki menjadi mangsa eksplotasi, pengabaian dan penganiayaan di premis dipercayai milik GISBH, dalam serbuan di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan. ================================================================================== Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) lambat bertindak terhadap isu penyelewengan akidah membabitkan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH). Mohd Asri mendakwa isu berkaitan GISBH telah dibentangkan kepada Jakim sebelum ini, namun mereka tidak melakukan tindakan. "Mereka tidak mengangkat kes ini mungkin di atas sebab-sebab tertentu...sebahagiannya enggan mengambil risiko, sebahagian juga mungkin melihat tidak begitu besar. "Mungkin sebahagian kepercayaan kumpulan (GISBH) ini ada pada individu terbabit dan mungkin juga atas sebab musabab yang lain," katanya dalam satu video yang dimuat naik di TikTok ProMedia Tajdid.





TERKINI! "Hadi sorang je kuat" - PMX | Pas izin bukan Islam jadi ahli | ...


1. Perdana Menteri sindir presiden PAS kerana mendakwa arti Melayu dalam Kerajaan Perpaduan lemah. 2. Datuk Seri Anwar gesa siasat penyalahgunaan agama dan eksploitasi kanak-kanak. 3. Ahli MKT UMNO pertahan Perdana menteri yang didesak letak jawatan oleh PAS. 4. Sanusi tidak setuju cadangan pemuda PAS supaya ahli sayap itu berkahwin merentas kaum. 5. PAS cadang pinda perlembagaan parti termasuk benarkan orang bukan Islam menjadi ahli. 6. Sanusi dakwa Umno ‘semakin karam’ apabila perjuangannya kini bukan lagi untuk pertahankan Melayu dan Islam.




BUKAN NAK BINCANG BAB EKONOMI,MEMAJUKAN ORANG MELAYU,NEGERI MELAYU...HANGPA TAK DAK IDEA...LEMAU..


 

KEH.KEH...APA ARRR


 

USUL PMX DS ANWAR LETAK JAWATAN! BINATANG APA PEMUDA PAS INI TUNGGANG!

TAK PERNAH ADA CADANGAN CERDIK.


 𝗚𝗶𝗹𝗮 𝗯𝗮𝗯𝘂𝗻 betul PAS ni. Sampai suruh walaun kahwin orang 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 sebab nak dapatkan undi. Begitu sekali tahap terdesak dorang.



Dia ingat lepas kahwin isteri kena ikut je cakap suami nak undi apa? Itu la aku kata. Dari lebai sampailah ke walaun 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗹.


Tapi takutnya nanti, lebai kahwin dengan orang bukan Melayu, 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 𝗽𝘂𝗹𝗮𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘂𝗻𝗱𝗶 𝗗𝗔𝗣. Bini ugut tidur luar je menggelupur lebai. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


#BoikotHotFM

#BoikotKJ

#BoikotJohan


.


CITA CITA NAK PERINTAH IKUT TEBUK ATAP LAGI. LEPAS TU SURUH PM LETAK JAWATAN.. HAPA PUNYA TERUK.


 

𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗛𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗚...!!





Terima kasih 𝗜𝗦𝗪𝗔𝗥𝗗𝗬 𝗠𝗢𝗥𝗡𝗜 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗦𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡 apa yg saya selalu kata selama ini kita TIDAK punya Pembangkang berwibawa seperti PH suatu ketika dulu. Cuba tonton ucapan Pemuda PA$ yg desak PMX "diturunkan", memang melantun-lantun bangangnya.


Saya memang TIDAK iktiraf PA$, Parti BUNGA dan kuncu2 mereka sebagai Pembangkang. Tiada wibawa, mereka tidak faham tugas Pembangkang sepatutnya turut membina negara. Mereka hanya 𝗳𝗮𝗵𝗮𝗺 𝗗𝗲𝗺𝗼𝗸𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗵𝗮𝗽𝗿𝗮𝗸 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔 𝗞𝗘𝗧𝗜𝗚𝗔. Mereka sangat 𝗧𝗢𝗫𝗜𝗖 dan mempromosi 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗞𝗘𝗕𝗘𝗡𝗖𝗜𝗔𝗡 kpd Rakyat.


Perlawanan politik sepatutnya hanya di PRU seperti Titah DYMM SPB YDPA. Selepas itu semua baik Kerajaan mahupun Pembangkang mesti berkhidmat demi kepentingan Rakyat dan Negara. 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴 𝗽𝘂𝗻𝘆𝗮 𝘁𝘂𝗴𝗮𝘀 "𝗖𝗵𝗲𝗰𝗸 & 𝗕𝗮𝗹𝗮𝗻𝗰𝗲" 𝘀𝘂𝗽𝗮𝘆𝗮 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘀𝗶 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁.


𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗽𝘂𝗮𝗸 𝗣𝗔$ 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗕𝗨𝗡𝗚𝗔 𝗣𝗡𝘆𝗮𝗸𝗮𝘂 𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗻𝗶 𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴. Sudah lama saya kata di Malaysia ini kita tidak ada pembangkang berwibawa sejak PHBN jadi Kerajaan. Kita hanya ada 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗚 𝘆𝗴 𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲 𝗹𝗼𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴..!! 


Jelas dan terang.


-Zus Din 

13092024



LAAA. JATUH LAGI


 

Aduh.. kenapa jatuh teruk ni... dua tiga hari lepas walaun dah seronok tengok naik balik...



Apa kaitan pasaran bon dengan tukaran asing?

 Nazri Hamdan. 


Apa kaitan pasaran bon dengan tukaran asing? 



Katakanlah pelabur tu dia pegang bon dengan yeild 4 peratus, bila kadar tukaran jatuh, ia akan bagi kesan pada pulangan ini.


Katakan kerugian dari exchange rate ialah 1 peratus, maka pulangan yang dia dapat cuma tinggal 3 peratus.


Bila matawang yang dia pegang bon itu makin naik, maka ini pun akan bagi tambahan pulangan kepada bon tersebut.


Katakanlah keuntungan dari kadar tukaran ialah 2 peratus, maka ia akan ditambah kepada yeild bon tersebut tadi 6 peratus.


Ini bermaksud, semakin pelabur asing percaya Ringgit makin kukuh, minat pelabur asing terhadap bon Malaysia juga akan makin naik.



𝗞𝗥𝗢𝗡𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗦𝗜𝗔𝗘𝗖 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗜𝗝𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗝𝗨𝗥𝗨𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗦

 


𝗞𝗥𝗢𝗡𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗦𝗜𝗔𝗘𝗖 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗜𝗝𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗝𝗨𝗥𝗨𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗦


✍️  Ahmad Mursi



Wee Ka Siong dan Kerajaan Tebok Atap cipta masalah. Kini kritik Madani pula..


𝗔𝗣𝗥𝗜𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟮 - Kerajaan Tebok Atap sign MoU dengan Singapore Airlines Engineering Company (SIAEC) untuk sewa hangar di Aiport Subang. Wee Ka Siong Menteri Penganggkutan pada waktu ini kononnya berjaya menarik pelaburan dari luar berkaitan aeroangkasa.


𝗗𝗜𝗦𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟯 - SIAEC mula beroperasi selepas lesen sewa 15 tahun diperoleh.


𝗔𝗣𝗥𝗜𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟰 - Beberapa jurutera dan juruteknik MAS tertarik dengan tawaran kerja oleh SIAEC dan berhijrah.


𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟰 - Menteri Anthony Loke akui penghijrahan beberapa jurutera MAS sedikit menganggu operasi. Wee Ka Siong, bekas Menteri yang bertanggungjawab membawa masuk SIAEC, kini mengkritik Kerajaan Madani.


𝗦𝗘𝗣𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟰 - Beberapa kapal terbang MAS berpatah balik disebabkan hal teknikal. PMX beri komitmen akan memperbaiki kedudukan MAS hingga berjaya dengan apa cara sekalipun dan hapuskan amalan kronisme yang dulu merosakkan MAS.



NAK PEMBOHONG WALAUN TOLOL.


 Mohd Mukhlis Eddie


Ekor dan Kepala.


Depa ni tak ada group wasap ke?




KAH.. KAH.. KAH... KAT UMAH CAKAP BAHASA ORANG PUTIH KAH ATAU ARAB...


Mukhlis Eddie. 


 Walaun pejuang Bahasa Melayu dapat 'D'. dalam SPM 🤭🤭🤭



PERASAN JA.. TAKAT DAPAT MAKAN GAJI BUTA TAK JADI.


 Wartawan: 𝘋𝘢𝘵𝘰 𝘚𝘦𝘳𝘪, 𝘏𝘫. 𝘏𝘢𝘥𝘪 𝘬𝘢𝘵𝘢 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘫𝘢𝘢𝘯 𝘔𝘦𝘭𝘢𝘺𝘶 𝘭𝘦𝘮𝘢𝘩.



PMX: 𝘛𝘢𝘬𝘱𝘦 𝘭𝘢. 𝘉𝘪𝘢𝘳 𝘥𝘪𝘢 𝘴𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘫𝘦 𝘬𝘶𝘢𝘵.


Gelak besar aku tengok jawapan DS Anwar ni. 𝗠𝗮𝗾𝗮𝗺 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 punya jawapan ni. Kalau Hadi 𝘄𝗮𝗿𝗮𝘀, pasti dia 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗶𝗻𝗮 dengan jawapan PMX ni. Tapi tu la. Kalau Hadi waras la. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


#BoikotHotFM

#BoikotKJ

#BoikotJohan


.



PADA MULANYA IANYA TIDAK DIENDAHKAN.



 Pendedahan dan usaha penyiasatan bagi maksud pendakwaan terhadap GISB hanyalah ‘tip of the iceberg’. 


Saya menerima nasihat berbagai rakan dan teman khususnya yang berada dalam Kabinet agar saluran dalaman dimanfaatkan sebelum dilontarkan di media sosial. Alhamdulillah, termasuk isu GISB saya telah gunakan semua laluan dalaman. Namun, tatkala tiada yang berkesan…saya kongsikan secara terbuka. 


Dalam kegemparan isu GISB ini, kumpulan pengkaji dan pihak² aktivis yang ditendang bagaikan bola oleh pihak berkuasa agama; adalah hero sebenar yang ambil risiko besar. 


Saya bukan untuk menabalkan sesiapa sebagai hero. Tidak. Tapi mereka melalui jalan berliku untuk tarik perhatian pihak berkuasa. Persoalannya, kenapa pihak berkuasa agama acuh tidak acuh terhadap pembentangan dan laporan kajian mereka?! 


Setelah beberapa pihak berkuasa agama tidak mahu ambil serius pembentangan mereka, mereka mendaki naik ke utara bertemu SS Mufti Perlis, Prof. Dato’ Dr MAZA Channel. Melalui meja ceramah dan podcast beliau, kes ini mula menarik perhatian awam. 


Namun, walaupun sudah kecoh, tetap tiada tarikan dari mana² pihak berkuasa agama khususnya di Putrajaya dan terlebih khusus JAKIM. Perlu diingat, kajian & dapatan tentang GISB di JAKIM telah dibuat lebih awal dari 2013 lagi. Untuk menyatakan JAKIM tiada maklumat, amat naif dan bodoh. 


Jagat maya (antaranya PUKAS Malaysia & Scam No One) digerakkan untuk memastikan momentum kes ini terus menarik perhatian dengan pendedahan² yang asli. YB Menteri Agama, Dato' Setia Dr. Naim meminta JAKIM sedikit bertindak dan bergerak. Namun, jagat maya tidak melihat apa² hasil. 


Setelah melihat keringat rakan² yang mendedahkan isu GISB ini sangat bersungguh, saya memutuskan untuk luahkan rasa geram akan respon pihak berkuasa agama berhubung isu GISB. Hasilnya, benarlah, begitu banyak alasan diberikan sebahagian pihak berkuasa agama apabila dapatan kajian pasukan pengkaji itu dibentangkan. 


Rentetan dari luahan saya, saya menerima respon yang sangat baik dan proaktif dari Menteri Agama. Hanya beliau yang ‘turun gunung’ bertanya dan mahukan beberapa kepastian. Tiada mana² badan agama apatahlagi JAKIM yang menerima bajet tahunan hampir RM2 bilion itu, bertanya dan bersungguh seperti Menteri Agama. 


Lebih awal dari itu, Ketua Polis Negara Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ), Tan Sri Razaruddin boleh dianggap watak penting menggerakkan Ops Global menyasarkan rangkaian GISB. 


Juga kepada Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Komunikasi, Saudara Farhan Zulkefly yang berhubung untuk dapatkan gambaran jelas apa yang terjadi. 


Terima kasih khas kepada YAB Perdana Menteri, DS  Anwar Ibrahim, kerana turut cakna perkara ini. Dan diharapkan, reformasi besar-besaran di tubuh JAKIM dimulakan dan dipercepatkan. 


Sebelum ini, saya kongsikan pada Setiausaha Politik Menteri Agama, bahawa teguran dan perbincangan sudah terlalu banyak dalam reformasi JAKIM. Yang diperlukan adalah tindakan! Kalau ingin benar-benar berubah, JAKIM boleh mula merombak Cawangan Akidah, Bahagian Penyelidikan dan mengembalikan Dr. Aizam Mas'ud ke Bahagian Penyelidikan dan Kajian Akidah. 


Dr. Abu Hafiz Salleh Hudin

Kuala Lumpur 


12 September 2024

8 Rabi’ al-Awwal 1446H



KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN SOKONGAN PENUH SIASATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA KEPADA ISU GISB HOLDINGS



1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah menahan reman seramai 171 individu dalam Op Global bagi tujuan siasatan berkaitan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).


2. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah untuk memberikan kerjasama penuh untuk membantu pihak PDRM dalam

proses siasatan.


3. Selain itu, JAKIM turut akan membawa isu ini kepada Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) untuk memutuskan dalam perkara-perkara berkaitan akidah.


4. Bagi membanteras hingga ke akar umbi fahaman dan ajaran menyeleweng, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan

menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menjalankan siasatan dan kajian terperinci terhadap doktrin fahaman kumpulan GISB

Holdings.


5. Jawatankuasa Khas ini diletakkan di bawah seliaan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menjalankan fungsi membantu memberikan sokongan data dan kajian kepada pihak berkuasa termasuk kepada Jawatankuasa Muzakarah MKI.


6. Selain itu, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan membantu untuk menyediakan rumah perlindungan kepada kanak-kanak dan remaja yang diselamatkan dalam Op Global tersebut. Pada masa sama, akan membantu memberikan khidmat rundingcara dan kaunseling kepada mangsa yang terlibat.


7. Sekali lagi ingin dibuat penegasan bahawa Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan isu-isu

berkaitan akidah umat Islam.


Sekian, terima kasih.


SENATOR DATO’ SETIA DR. HJ. MOHD NA’IM BIN HJ. MOKHTAR

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

(Hal Ehwal Agama)

13 September 2024



Keluarga 69 Amalan GISBH


PUKAS MALAYSIA. 


Sejak zaman Al-Arqam lagi konsep berkahwin sesama ahli jemaah dan saling bersilang keluarga diamalkan. Kini GISBH masih meneruskan tradisi ini terutama bagi pemimpin tertinggi mereka. Dalam kes ini PUKAS memberi contoh bagaimana hubungan kekeluarga Nasiruddin Ali dengan keluarga Abuya Ashaari.



1) Nasiruddin Ali berkahwin dengan adik Ipar Abuya Ashaari. Iaitu adik kepada Ummi Nur (Isteri kedua Abuya Ashaari). Dengan itu Nasiruddin menjadi biras dengan Abuya. 


2) Setelah Nasiruddin Ali berkahwin dengan Azura (isteri ketiga), mereka mendapat anak bernama Siti Hajar. Siti Hajar dikahwinkan dengan Adib yang merupakan anak Abuya Ashaari. Dengan itu Nasiruddin menjadi besan dengan Abuya dan Adib menjadi menantunya. 


3) Nasiruddin Ali berkahwin pula dengan Mubarokah (Isteri keempat) yang merupakan anak Abuya Ashaari. Mubarokah ialah adik kepada Adib. Kini Adib merupakan abang Ipar kepada Nasiruddin. 


Kesimpulannya, Nasiruddin Ali merupakan besan, menantu, dan biras kepada Abuya Ashaari. Begitulah konsep keluarga 69 yang diamalkan dalam GISBH. Ini antara kes yang nampak, jika agensi agama mengorek lebih dalam pasti akan menemui banyak sisi gelap masalah institusi kekeluargaan ahli GISBH.



DULU HANGPA GELAR DIA RAJA FORMULA. LA NI NAK KATA APA.. HASIL BUKAN SIKIT.. BANYAK.


 Rafizi Ramli


Kalau saya tak buat spotcheck dekat Ladang Chuping ni, saya mesti tak akan makan sayur.


Ha3.


Musim pertama dah dapat tuai 10 tan cili, kali ini kita tukar kepada terung pulak.


Cuaca dekat Perlis ni lagi bagus kalau tanam terung.


Putrajaya haritu pun ada 30 ekar ladang cili. Ini lagi 30 ekar tanam terung pulak.





Setiap negeri ada sayur berbeza.


Doakan peserta IPR INTAN Chuping ni dapat hasil yang banyak.


Insyallah, peserta ini juga yang dapat ilmu baru, dapat duit lebih tanam terung.



KEH. KEH... TU JA YANG LEBAI TAU..


 Pak Ya Siam


Untung la ..


“Ramai lebai berebut amoi dah sebab nak tambah undi” - Haji Dahi Awang






SIASAT YANG BERTOPENG AGAMA.

 

Minta pihak berkuasa siasat organisasi2 bertopeng agama. Jangan asal guna

 nama agama, percaya bulat-bulat.

Zunar Cartoonist Fan Club