Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran KEADILAN Pulau Pinang dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Permatang Pauh di Dataran Rakyat Guar Perahu, Permatang Pauh.
BERGAMBAR : RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KEADILAN DI PERMATANG PAUH
Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran KEADILAN Pulau Pinang dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Permatang Pauh di Dataran Rakyat Guar Perahu, Permatang Pauh.
BERGAMBAR: ANWAR MERASMIKAN IBU PEJABAT KEADILAN PULAU PINANG
Merasmikan ibu pejabat KEADILAN Pulau Pinang hari ini dan bermesyuarat bersama pimpinan negeri di Bayan Baru, Pulau Pinang.
Mahu jatuhkan PH, perangai pemimpin Pas macam Abu Jahal – Nik Omar
YANG Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz menyifatkan perbuatan menjatuhkan hukum tanpa sebab munasabah, adalah perangai Abu Jahal dan Abu Lahab.
Ahad lalu, ketika ucapan penggulungan Muktamar Pas ke-65 di Kuantan, Ketua Dewan Ulama Pas, Nik Zawawi Salleh secara terbuka menyuarakan pendirian parti itu bahawa ‘wajib’ menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Susulan kenyataan kontroversi itu, Ustaz Nik Omar berkata, penerangan mendalam perlu dilakukan jika mahu menyebut ‘wajib’ dari sudut politik supaya tidak menimbulkan keresahan kepada rakyat di negara ini.
“Kalau mereka keluarkan kenyataan seperti itu, kita juga boleh sebut bahawa ‘wajib’ juga untuk kita mempertahankan kerajaan yang ada sekarang ini.
“Apabila sesuatu perkara itu disebut ‘wajib’, itu bermakna perkara yang lain akan jatuh hukum sebagai ‘haram’.
“Jadi, jangan hanya sebut wajib dan terhenti setakat itu. Penjelasan secara terperinci perlu dilakukan dan kita juga kena faham maksud Fastabiqul Khairat (berlumba-lumba membuat kebaikan).
“Apabila kita hendak melakukan sebarang kebaikan, kita juga kena mengiktiraf peranan individu dan organisasi lain yang mempunyai tanggungjawab sama untuk membangunkan sesebuah negara termasuk Malaysia,” katanya ketika ditanya media berhubung isu itu.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Yadim, di pejabatnya, hari ini yang turut dihadiri Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yadim.
Mengulas lanjut, Ustaz Nik Omar berkata, kenyataan berkenaan keluar daripada pihak parti politik dan kebiasaanya mereka mahu mendapatkan sokongan rakyat.
“Walau apa pun, kita kena berkerja keras menjalankan tanggungjawab kita sebagaimana tuntutan Allah.
“Pada masa sama, kita juga harus menonjolkan kedudukan masing-masing termasuk di Yadim untuk menjelaskan kepada rakyat bahawa kerajaan sekarang sememangnya memberi perhatian serius kepada pembangunan negara termasuk pembangunan Islam itu sendiri.
“Contoh paling jelas adalah, kerajaan bersetuju untuk menambah peruntukan pembangunan Islam daripada RM1.1 bilion kepada RM1.2 bilion iaitu pertambahan sebanyak RM100 juta.
“Itu salah satu gambaran jelas dan kami lihat Kementerian (Hal Ehwal Agama) begitu bersungguh-sungguh memastikan cita-cita ini berjaya dengan mewujudkan beberapa kluster utama dan Yadim juga diberi mandat menjayakan kluster dakwah,” tambahnya lagi.
HAZIQ RAYU TUN M AMBIL TINDAKAN
Rayuan seorang rakyat hina mencari keadilan di Malaysia Baru
Kisah saya mungkin sudah diceritakan banyak kali tetapi kali ini saya merayu kepada Tun Mahathir Mohamad untuk mempertimbangkan semula bukti salahlaku Azmin Ali.
Sejak pertemuan pertama dengan insan bernama Azmin tidak pernah terlintas yang kami akan menjadi kawan mesra.
Disebabkan terlalu naif dan mempercayainya sebagai seorang yang memiliki keperibadian tinggi, hidup saya kini sudah terpalit dengan sejarah hitam.
Jika masa depan saya sebelum ini lebih terjamin sebagai seorang penjawat awam di dalam kerajaan Malaysia yang baru, kini saya sekeluarga telah dihukum dan sentiasa berada di ambang ketakutan hanya kerana bercakap benar.
YAB Tun Mahathir, rakyat Malaysia masih menghina saya kerana video pengakuan sebelum ini.
Setelah Hilman datang berjumpa pada waktu siang fikiran saya semakin bercelaru kerana arahan yang telah diberikan olehnya.
Saya disuruh untuk membuat video penafian dan pengakuan tipu bahawa orang kedua di dalam video tersebut bukanlah Azmin.
Saya tahu kedudukan Azmin sebagai seorang menteri dan ahli politik yang berkuasa sebagaimana sering diperkatakan sepanjang tempoh kami mengenali satu sama lain.
Saya berasa amat marah tetapi takut pada masa yang sama kerana sedar tiada siapa yang akan melindungi saya dari pihak berkuasa.
Berpegangkan prinsip berani kerana benar dan berlatar belakang dalam jurusan undang-undang, saya yakin dengan keputusan untuk membuat video pengakuan itu.
Pada waktu itu saya yakin dengan kerajaan Pakatan Harapan sebagai pembela nasib rakyat.
Namun sehingga kini ramai pihak masih sangsi mengapa perlu menyaran SPRM untuk melakukan siasatan atas tuduhan korupsi.
Sewaktu kami intim saya sering mendengar kisah perbelanjaan isteri dan anak-anaknya di mana jumlah yang disebut kadang kala mengejutkan.
Saya juga bekerja sebagai penjawat awam dan saya tahu gaji dan elaun kerajaan dan jawatan politik diterima Azmin tidak mungkin dapat menampung gaya hidup keluarganya.
Kadangkala apa yang diceritakannya membuat saya malu dengan sikap hipokritnya setelah apa yang diperjuangkan parti selama ini.
Hubungan kami pada mulanya berlandaskan sifat kagum dan ingin melakar masa depan dalam karier seperti Azmin. Namun hari demi hari saya mula sangsi dengan hubungan kami.
Video lucah yang telah direkod itu adalah satu perbuatan khianat dan saya telah dijadikan sebagai kambing biri-biri hitam.
Adakah rakyat Malaysia ingat saya begitu cetek untuk menjahanamkan masa depan saya dan keluarga?
Penyebaran video itu telah membuka aib dan saya benar-benar ingin kembali ke jalan yang benar dengan penuh keinsafan sejak dulu tetapi lemah.
Sejak peristiwa hitam ini saya sentiasa menunggu respon Azmin melalui perkembangan media masa.
Setelah melihat sikap ego Azmin yang masih boleh menghadapi khalayak ramai sambil berlagak biasa, saya yakin bahawa video itu telah direkod untuk milik peribadinya dan telah jatuh ke tangan orang yang berhasad dengki tanpa mengira nasib saya dan sekeluarga.
Mungkin bagi Azmin dia sedar akan tetap selamat kerana kedudukan darjatnya yang lebih tinggi jika dibandingkan hidup saya.
Lemparan tuduhan ke atas saya sebagai penfitnah walaupun setelah dikemukakan bukti-bukti yang kukuh masih tidak dapat diterima segelintir pihak hanya kerana Azmin mampu mempergunakan pengaruhnya demi kepentingan diri.
Adalah mustahil jika dilihat secara objektif dan melalui usaha pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan bahawa segalanya adalah tidak sahih.
Saya pinta hentikan Azmin dari terus memperbodohkan semua orang melalui sifat egonya yang merasakan dia bebas dari segala kesalahan.
Saya pinta suara saya didengarkan dan tidak diperlekehkan hanya kerana menentang kata-kata dusta seorang pemimpin yang selama ini digambarkan sebagai bebas dari salah laku lebih diagungkan oleh orang ramai.
Maafkan saya rakyat Malaysia dan saya rayu agar lihatlah peristiwa ini dari sudut pandangan saya sebagai mangsa.
Saya berharap YAB Tun Mahathir dapat bersikap adil dalam hal ini kerana keluarga saya bukanlah dari orang berada dan amat sukar untuk menghadapi masa hadapan.
Saya pinta agar YAB Tun dapat menjaminkan apa yang terbaik buat negara kita.
Yang ikhlas dan benar,
Haziq Aziz
(Dipetik daripada FB Haziq Aziz)
PEMBANGUNAN BUKAN SEGALANYA, RAKYAT DIUTAMAKAN – ANWAR
Pembangunan bukan segalanya, rakyat diutamakan – Anwar
Setiap usaha kerajaan untuk pembangunan negara ini perlu mengambil kira keselesaan rakyat supaya tidak menjejaskan kebajikan mereka.
Mengambil contoh isu pencemaran udara yang berlaku di Johor Bahru baru-baru ini, Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata pembangunan kilang mudah dibangunkan di situ namun kesihatan rakyat terjejas dengan pembangunan berkenaan.
“Pengalaman kita di Johor kita bangunkan dengan mudah, (tetapi) ada pencemaran (sehingga) kesihatan anak-anak kita terjejas. Jangan sambil kita bangun, kita robohkan. Apa yang kita bangunkan? Kilang, apa yang kita robohkan? Kesihatan anak-anak kita.
“Oleh itu, sekarang ini kita teliti, supaya tumpu perhatian kepada pembangunan tetapi jangan abaikan keselesaan hidup rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Keadilan Kedah dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Arang.
Turut hadir Adun Bakar Arang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Sains dan Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Kedah Ooi Tze Min dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah Johari Abdul.
Pada 20 Jun lepas, media melaporkan seramai 15 pelajar Sekolah Agama Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor Bahru mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas selepas terdedah dengan pencemaran udara di kawasan itu.
Sementara itu, Anwar berkata kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) perlu memberikan tumpuan utama kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat terlebih dahulu dan bukannya hanya soal politik semata-mata.
“Kena ingat apa saja perubahan mesti sentuh hati rakyat dan kehidupan rakyat,” katanya.
PERANG DAGANG CHINA – AS MUNGKIN BERAKHIR JULAI?
Perang dagang China – AS mungkin berakhir Julai?
Presiden Donald Trump berkata detik “bersejarah” bakal tercipta andai Amerika Syarikat (AS) dan China dapat mengadakan perjanjian perdagangan yang adil, lapor agensi berita Anadolu.
Trump berkata demikian pada pertemuannya dengan Presiden China Xi Jinping di luar Sidang Kemuncak G20 di Jepun pada Sabtu, lapor agensi berita Anadolu.
Hasil mesyuarat berkenaan menjadi penentu sama ada perang perdagangan dan tarif akan berlarutan di antara kedua-dua kuasa dunia itu.
“Sebenarnya hubungan kita erat dan…berlaku sedikit pertikaian tetapi kini kita kembali rapat,” kata Trump pada sidang media yang turut dihadiri Presiden Xi.
Sengketa perdagangan jelas menjejaskan kedua-dua negara menyaksikan banyak syarikat Amerika dan China kerugian berbilion dolar, mempengaruhi sektor perkilangan dan rangkaian bekalan, selain mewujudkan ketidaktentuan pasaran di seluruh dunia.
Trump sebelum ini dilaporkan berkata akan memperluas tarif sedia ada ke atas semua barangan import China ke AS, andai tiada kemajuan berhubung permintaan AS untuk pembaharuan ekonomi.
Xi berkata China bersedia berbincang mengenai isu asas yang menjadi perbalahan dan menggesa mengadakan dialog.
Katanya, walaupun banyak perubahan berlaku dalam hubungan China-AS sejak 40 tahun lalu, “satu fakta yang tidak disangkalkan ialah kedua-dua negara mendapat manfaat daripada kerjasama sedangkan sengketa hanya merugikan.”
“Kerjasama dan dialog lebih baik daripada perpecahan dan konfrontasi,” kata Xi
Sejak mengambil alih pentadbiran pada 2016, Trump sering menuduh China menjalankan perang perdagangan tidak adil terhadap AS dengan memberi subsidi kepada perniagaan milik China, selama bertahun-tahun mencuri harta intelek AS dan menekan syarikat Amerika supaya berkongsi rahsia perdagangan jika mahu berurus niaga di China.
KERJASAMA UMNO – PAS TAK BERI ANCAMAN KEPADA AMANAH
Kerjasama Umno – Pas tak beri ancaman kepada Amanah
Kerjasama yang rancak dijalankan antara PAS dan Umno tidak akan menjejaskan sokongan di kalangan orang Melayu terhadap Pakatan Harapan dan peluangnya untuk dipilih semula pada pilihan raya akan datang dengan syarat gabungan parti-parti kerajaan itu menunjukkan bahawa mereka bekerja, kata pemimpin Amanah.
Amanah adalah parti Islam yang bergabung dalam Pakatan Harapan yang memiliki ahli daripada pelbagai kaum dan dilihat mempunyai pandangan progresif berbanding PAS yang mempunyai ideologi yang bertentangan dengan parti pemerintah, di samping turut memiliki pandangan konservatif berkaitan Islam.
Walaupun begitu, pemimpin Amanah mengatakan mereka tidak terjejas dengan kerjasama pembangkang itu walaupun ia mempunyai rangkaian akar umbi yang luas di kalangan orang Melayu, yang membentuk lebih daripada 60% pengundi.
Umno dan PAS sememangnya merupakan parti politik terbesar dalam negara dengan memiliki keahlian terbesar.
Kerjasama pembangkang yang baharu itu juga turut mempertaruhkan ideologi nasionalisme Islam di samping mendakwa bahawa masyarakat Melayu dipinggirkan kerajaan Pakatan.
“Kerjasama PAS-Umno akan menjejaskan sokongan terhadap Pakatan terutama di kawasan luar bandar kerana kekurangan maklumat mengenai apa yang sedang berlaku,” kata ahli akademik Dr Megat Al Imran Yasin dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
Umno dan Pas secara tradisinya mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat luar bandar kerana memiliki suara dominan dalam badan-badan tempatan yang berpengaruh seperti jawatankuasa kampung dan surau.
“Dari program-program yang saya lihat Pakatan Harapan adakan di kalangan orang Melayu luar bandar, kumpulan ini secara beransur-ansur mula mengenali Amanah dan Bersatu, dan ini akan menghilangkan kecurigaan mereka terhadap Pakatan,” kata Megat Imran, pengarah pusat komunikasi, media dan industri kreatif UPM.
Megat turut berkata satu lagi parti komponen Pakatan, iaitu Bersatu, juga turut menjadi pesaing utama Umno dan PAS selain Amanah.
Pemimpin Amanah berharap jenama Islam dan pendekatan politiknya, di samping kejayaan menguruskan sebuah negara moden yang memiliki pelbagai keragaman akan mengubah minda Melayu yang telah lama ditanam doktrin agama dan retorik perkauman Umno.
“Dalam masa dua hingga tiga tahun, dengan pentadbiran Pakatan, saya yakin orang Melayu akan menerima mesej kami berhubung kesederhanaan, dan saling menghormati,” kata pengarah komunikasi Amanah, Khalid Samad.
“Itulah mesej sebenar yang dibawa oleh politik Islam,” kata Khalid yang juga merupakan Menteri Wilayah Persekutuan.
Penubuhan gabungan pembangkang PAS-Umno diumumkan pada Muktamar Tahunan PAS ke-65 yang diadakan di Pahang, di mana pemimpin akar umbi secara rasmi meluluskan kerjasama parti itu dengan Umno, musuh tradisinya sebelum ini.
Difahamkan bahawa ideologi Islam versi PAS akan membentuk teras yang meletakkan ketuanan Islam dan Muslim sebagai prinsip yang dipegang dalam membuat dasar kerajaan.
Menurut tafsiran Islam PAS juga, ia mahu akidah Islam memainkan peranan yang lebih besar dalam kehidupan awam daripada apa yang telah wujud ketika ini, termasuk dalam bidang-bidang seperti ekonomi, di mana pengaruhnya dilihat terbatas.
Ahli strategi PAS dan Umno percaya bahawa pakatan pembangkang itu akan dapat menarik undi Melayu yang telah berpecah dalam pertembungan banyak penjuru dalam PRU14 bagi sehingga memberi kelebihan kepada Pakatan, yang kurang mendapat sokongan orang Melayu.
Permuafakatan PAS-Umno kini sedang berusaha untuk mendapatkan semula kira-kira 30 kerusi Parlimen daripada Pakatan Harapan akibat pecah undi seperti Pokok Sena, Parit Buntar dan Lumut.
Pemimpin Amanah Kedah, Adnan Saad tidak terkejut jika PAS akan memainkan peranan utama dalam gabungan pembangkang itu memandangkan jenama Umno telah ditolak rakyat Malaysia dalam PRU14.
“PAS mahu menggunakan rangkaian luas Umno di kalangan orang Melayu dan Umno mahu menggunakan PAS untuk mencuci imej kotornya,” kata Adnan, yang merupakan pengarah pilihan raya Amanah Kedah.
Adnan juga tidak merasakan bahawa kalkulus politik yang menjadi taruhan Umno dan PAS – yang mahu mengumpulkan undi sebahagian besar Melayu akan dapat menghasilkan kemenangan automatik untuk gabungan pembangkang itu.
“Dalam politik, dua ditambah dua tidak semestinya sama dengan empat. Di atas kertas, mereka kelihatan seperti boleh menang sekarang, tetapi terdapat pemboleh ubah dan dinamik yang boleh mengubah situasi setiap pilihan raya,” kata Adnan.
Beliau memberi contoh seperti Umno yang yakin boleh menang di Sungai Besar dan Kuala Kangar pada pilihan raya kecil 2016 yang pertembungan berbilang calon antara, Amanah dan PAS, akan memberi manfaat kepada parti itu, namun hakikatnya tidak sedemikian.
Walau bagaimanapun dalam PRU14, pertandingan sebegitu rupa yang memecahkan undi Melayu menyaksikan parti-parti seperti Amanah dan Bersatu mendapat manfaat paling besar.
Subscribe to:
Posts (Atom)