KES SRC DAN SEDEKAH KEBAJIKAN.




 1.​ Najib kata RM42 juta duit SRC yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya digunakan untuk tujuan sedekah dan Corporate Social Responsibility (CSR).  


2.​Mari kita lihat bukti-bukti sahih tentang penggunaan duit ini yang telah dikemukakan di mahkamah.   Antaranya:   - RM449,586.95 untuk bayar Kad Kredit Visa Platinum Najib;   - RM2,833,147.21 untuk bayar kad kredit Mastercard Platinum Najib;   - RM240,000 dibayar kepada Vital Spire Sdn Bhd milik YB ADUN Umno Johor untuk mengendalikan sebuah portal online; (Kini...)   - RM2.5 juta dibayar kepada sebuah firma guaman untuk kerja-kerja “political intelligence”;   - RM238,914 dibayar kepada seorang Tan Sri untuk kerja-kerja mempromosi Ah Jib Gor kepada masyarakat Cina;   - RM100,000 dibayar kepada seorang kontraktor untuk membina bilik stor kediaman peribadinya di Kuala Lumpur;   - RM56,500 dibayar kepada sebuah syarikat plumbing untuk kerja-kerja pemasangan tangki air di kediaman peribadinya di Kuala Lumpur;   - RM77,300 dibayar kepada seorang kontraktor untuk membaiki kediaman peribadinya di Pekan; dan   


3.​ Puluhan juta ringgit lagi untuk lain-lain kegunaan peribadi dan politik.   


4.​ Ya, adalah juga duit yang diberi kepada anak-anak yatim. Tetapi jumlahnya tak seberapa jika dibandingkan untuk kegunaan peribadi dan politik.   


5.​ Ini tak termasuk RM4 bilion duit Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) yang dipinjamkan kepada SRC yang lesap entah ke mana.   


6.​ Akhirnya, kerajaan terpaksa membayar hutang SRC kepada KWAP kerana hutang ini dijamin oleh kerajaan ketika Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.   


7.​ Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan mendapati Najib merampok syarikat SRC daripada wang KWAP, iaitu wang rakyat, wang orang pencen.   


8.​ Ini kata hakim Mahkamah Rayuan dalam kes SRC:   “Hence, we agree with the learned trial judge that the all important element of misappropriation of entrusted property by the Appellant had been clearly established. The evidence clearly shows that the appellant not only misappropriated RM42 million, the subject of the 3 CBT charges, but also converted to his own use that which he had dishonestly misappropriated. The RM42 million, contrary to the appellant’s assertion that he used it for corporate social responsibility (CSR) programs of the company, had in fact been used for his personal benefit and for his political purposes”.   [Terjemahan: “Oleh yang demikian, kami bersetuju dengan Yang Arif hakim perbicaraan bahawa semua elemen penting penyalahgunaan harta yang diamanahkan oleh Perayu (Najib) telah dibuktikan. Bukti menunjukkan dengan jelas bahawa perayu bukan hanya menyalahgunakan RM42 juta, iaitu mauduk 3 dakwaan jenayah pecah amanah, tetapi juga telah memindahkan kepada kegunaan dirinya sendiri harta yang dia telah salah guna secara tidak jujur. RM42 juta itu, berlawanan dengan dakwaan perayu bahawa dia menggunakannya untuk tujuan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat, telah sebenarnya digunakan untuk manfaat peribadinya dan untuk tujuan politiknya.”]   


9.​ Kata hakim lagi:   “This is definitely not something that can be said to have been done in the national interest. There is no national interest here, just national embarrassment”.   [Terjemahan: Ini bukanlah sesuatu yang boleh dikatakan sebagai telah dilakukan demi kepentingan negara. Tiada kepentingan negara di sini, (yang ada) hanyalah keaiban negara]   


10.​ Inilah CSR Najib – Crook’s Self en-Richment! Sedekah kepada diri sendiri.   


11. Najib berulang kali tuduh saya khianat. Tapi tak ada satu mahkamah pun menjatuhi hukuman bersalah ke atas saya.   


12. Dia juga tanya saya berapa wang yang saya belanjakan untuk rakyat?   


13. Sepanjang saya jadi PM, RM530 bilion saya sediakan untuk rakyat dalam macam-macam bentuk pakej bantuan





Dua Hartawan, Dua Gaya Hidup dan 15 Persamaan Orang Kaya







Rakan saya bos Akitek firm adalah seorang hartawan tetapi sangat berjimat cermat. 


"Aku kalau duduk hotel luar negara tak akan duduk hotel 5 bintang tetapi setakat 3 bintang memadaai asalkan bersih dan selamat" kata beliau pada saya. 


"Di Singapore aku duduk hotel 88 sahaja. Apa yang penting aku dapat tidur nyenyak" sambung beliau lagi. 


Hotel 88 adalah hotel taraf 2 bintang tapi sewaan bilik semalam pun sudah RM500. 


"Kau ni banyak duit tapi cikailah" templak saya pada beliau yang memandu kereta BMW X5 dan memakai jam tangan Panerai Luminor Marina yang berharga RM20,000. 


"Bukan cikai tetapi aku rasa membazir bayar bilik hotel mahal hanya untuk tidur sahaja" kata beliau sambil tergelak. 


"Kalau gitu kenapa tak pakai kereta Kancil dan pakai jam tangan Casio" tanya saya lagi. 


"Din, kereta dan jam itu hanya nak impress client sahaja. All for business purposes only" sambut beliau tersenyum. 


Lain pula dengan rakan saya seorang ini. 


Jikalau travel seboleh mungkin beliau mahu naik business class dan duduk di hotel 5 bintang. 


Beliau berasal dari keluarga peneroka dan telah berjaya dalam perniagaan. 


"Aku kerja kuat untuk cari duit, apa salah hadiahkan diri dengan keselesaan bila travel" kata beliau. 


Tiket kapal terbang business class biasanya harga tiga kali ganda dari tiket kelas ekonomi. 


Jika ke London, tiket flight ekonomi biasanya RM3k tetapi harga RM10k untuk business class. 


Kelebihan business class ialah seatnya lebih lebar dan selesa, seat boleh recline hampir seperti katil, makanan pula istimewa tanpa had dan anda dipanggil dengan nama sendiri oleh flight stewardess.  


Saya pernah saksikan Mat Salleh minum terutama liquor tak henti-henti dari mula lepak di Lounge sehinggalah kapal mendarat. 


Itulah kelebihan business class dan mereka ambil kesempatan sepenuhnya. 


Semasa zaman bekerja sebagai penjawat awam memang beberapa kali saya travel luar negara dengan business class, tetapi tidaklah saya rindu kelebihan faedah tersebut. 


Begitulah perangai dua rakan hartawan saya yang berbeza. 


Tetapi apakan 'common denominator' atau persamaan antara ramai hartawan? 


Dalam satu buku yang saya baca di senaraikan beberapa persamaan di kalangan hartawan millionaire dan billionaire. 


1. Kebanyakan hartawan tidak muda. 80% dari mereka berumur 50 ke atas dan mengambil masa 32 tahun untuk menjadi kaya. Jikalau seorang hartawan itu muda, ia adalah redflag. 


2. Kebanyakan mereka mempunyai mentor yang mengajar apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan dalam perniagaan. 


3. Mereka suka membaca. 88% dari mereka membaca setiap hari dan 85% membaca dua buku setiap bulan. 


4. 31% dari mereka dari keluarga miskin, 45% dari famili middle class dan 24% memperolehi kekayaan dari keluarga. 


5. 63% bermain sukan di sekolah. 


6. 76% beriadah 4 kali seminggu, paling kurang 30 minit setiap hari. 


7. 72% dari mereka menjadi ahli NGO untuk membantu orang susah. 


8. Mereka hidup 'a happy life', jarang bercerai dan memandu kereta lama. 


9. 81% mempunyai pelan setiap hari iaitu 'a to-do list'. 


10.  27% dari mereka pernah gagal dalam perniagaan. 


11. Mereka bercampur dengan rakan yang positif, menjauhi rakan negatif dan orang toksik. 


12. 95% suka membuat simpanan duit. 


13. 67% menonton TV selama sejam sehari sahaja. 


14. 77% dari mereka bukan straight A's student dan mereka tak pernah berhenti belajar sepanjang hidup. 


15. 65% of them have three streams of income. 45% of them have four streams. 29% of them have five streams.


Begitulah perangai hartawan. 


Semoga bermanfaat. 


Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 

FB: Zainuddin Omar


* di Havana Cuba bersama kereta hartawan