MALAYSIA AUSTRALIA TINGKAT KERJASAMA DALAM INDUSTRI.

 








Malaysia-Australia hari ini komited untuk mempertingkat kerjasama komprehensif dalam pelbagai industri antaranya perdagangan, pelaburan, pendidikan, ekonomi digital dan keselamatan siber.


Perkara itu dimaklumkan dalam sidang media bersama selepas pertemuan dengan rakan sejawat saya Anthony Albanese dalam lawatan rasmi ke negara ini, selain menghadiri Mesyuarat Pemimpin Tahunan Malaysia-Australia dan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia.


Kami juga sepakat untuk memperluas kerjasama sedia ada dalam hal terkait ekosistem vaksin serta peralihan tenaga bersih.


Menopang cabaran mendatang, kami juga senada untuk menerokai perkongsian maklumat, pembangunan siber serta menuntut kebersamaan lebih padu dalam isu imigresen dan persempadanan.


Sebelum sidang media bersama, saya dan delegasi Malaysia disambut Albanese dan Gabenor Victoria Margaret Gardner AC sejurus tiba di halaman Government House Victoria diiringi lagu Negaraku, disusuli tembakan penghormatan sebelum pemeriksaan barisan kehormat.


Usai majlis tersebut, saya dan Albanese mengadakan pertemuan empat mata sebelum mengadakan Mesyuarat Pemimpin Tahunan Malaysia-Australia.


Moga hubungan dan kerjasama Malaysia-Australia terus saling menguntungkan dan ikatan persahabatan kedua-dua negara yang terjalin sejak sekian lama kekal utuh.


#MalaysiaMADANI



KEH KEH KEH...


Wan Mohd Ali


 Tak ada orang tahu kita dapat cium atau tak melainkan kita ambik gambar/video tayang habis kat orang, tersalah cium aswad pun orang tahu gaiss.




SEMOGA DIBERIKAAN KESEMBUHAN


 Semoga Allah memberi kesembuhan & Permudahkan segala urusan Penasihat Umum AMANAH, Datuk Seri Ustaz Ahmad Awang..


#AMANAH #AmanahProgresifPeduli #KerajaanMADANI #MalaysiaBersamaPalestin



LRA BUKIT SELAMBAU: AKMAL TEMPELAK SIKAP SINIS MB SANUSI

 



Masalah bekalan air di Kedah yang seharusnya selesai pada tahun lalu dan diberi penangguhan, mungkin sukar diselesaikan sekiranya kemajuan projek Loji rawatan Air (LRA) berjalan lembab pada tahun ini.

Masalah itu bertambah rumit apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Mohd Nor mendakwa dana berupa geran projek Kerajaan Persekutuan tidak lancar dialirkan ke syarikat di bawah Kerajaan Negeri yang menguruskan projek LRA.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, Akmal Nasrullah Mohd Nasir meluahkan rasa kecewa terhadap sikap MB Kedah berkenaan susulan kelewatan naik taraf LRA di Bukit Selambau.

“Berdasarkan sidang media pada 7 Februari 2024, beliau (Sanusi) seperti semata-mata menyalahkan kenaikan kos harga barang ketika tempoh PKP dan Covid-19, dan seterusnya tohmahan jahat seolah-olah progres projek menjadi perlahan kerana Kerajaan Persekutuan tidak mahu memberi peruntukan tambahan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Malah jelas Akmal, lawatannya selama dua hari bermula pada 28 dan 29 Januari lalu mendapat maklumat yang kurang menyenangkan mengenai status pembinaan LRA yang dibiayai Kerajaan Persekutuan itu.

“Projek ini bernilai RM124,900,000 dibiayai melalui geran Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Kedah dengan kemajuan fizikal yang direkodkan hanya 21.57% berbanding dengan jadual sepatutnya 49%, iaitu kelewatan sebanyak 27.43%.

“Kebimbangan saya mengenai keadaan bekalan air di Kedah adalah kerana kebocoran air bersih atau air tidak terhasil (NRW) adalah 50.6% dan rizab simpanan air Kedah 0% sejak tahun 2022,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, Akmal bersedia untuk tampil menjelaskan isu kelewatan projek sakit tersebut agar rakyat Kedah dapat memahami situasi terkini.

“Insya-Allah, mulai esok saya akan menjawab satu persatu dan dedahkan fakta sebenar,” ujarnya.

Untuk rekod, projek menaik taraf LRA di Bukit Selambau, yang sudah diberi lanjutan tempoh masa (EOT) sepatutnya siap tahun lalu, namun sehingga kini masih gagal disiapkan.

Kegagalan kontraktor menyiapkan kerja menaik taraf LRA di Bukit Selambau menyukarkan rakyat di Kedah terutama pengguna air di daerah Kuala Muda menjelang musim kemarau pertengahan tahun ini.



PELBAGAI PERUBAHAN TELAH DILAKUKAN, KUKUHKAN AGENDA REFORMASI


 Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyambut baik semua cadangan dan teguran dalam memperbaiki demokrasi dan agenda reformasi di Malaysia.

Ketua Penerangannya, Nabil Halimi berkata, hal itu termasuklah saranan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) serta semua pihak khususnya kumpulan-kumpulan masyarakat sivil yang konsisten mengangkat wacana reformasi

Katanya, KEADILAN sejak awal penubuhannya sehingga ke hari ini tidak pernah berpaling daripada agenda membawa perubahan dan reformasi institusi.

“Sepanjang setahun pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden KEADILAN bersama barisan Kabinet beliau, tidak sedikit penambahbaikan dan reformasi urus tadbir negara diperkenalkan sesuai prinsip yang diperjuangkan selama ini.

“Mencapai sesebuah reformasi adalah jalan panjang dan sentiasa berliku. Ada usaha-usaha berterusan yang bertujuan untuk mengukuhkan prinsip asas reformasi dalam pentadbiran negara hari ini termasuk antara lainnya Prime Minister Question Time (PMQT) di Parlimen selaras prinsip kebertanggungjawaban terhadap kuasa yang diperuntukkan kepada seorang Perdana Menteri.

“Begitu juga dengan lulusnya beberapa Rang Undang-Undang penting yang bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat sesuai tuntutan masyarakat sivil selama ini seperti RUU Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal, RUU Anti-Menghendap (Anti-Stalking), RUU Kesatuan Sekerja (Pindaan), RUU Kawalan Produk Merokok serta beberapa lain yang memberi impak kepada perlindungan kepentingan awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Nabil turut membariskan beberapa kejayaan awal reformasi institusi yang tidak wajar dilupakan oleh mana mana pihak seperti Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif serta penubuhan tiga jawatankuasa pilihan khas Dewan Negara meliputi Jawatankuasa Pilihan Khas Tatakelola, Integriti dan Anti Rasuah, Jawatankuasa Pilihan Khas Semakan Undang-Undang serta Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Sosial dan Masyarakat.

Katanya, Kerajaan Perpaduan juga melakukan beberapa pindaan untuk memperbaiki undang undang seperti Akta Jenayah Seksual Kanak-kanak 2007 serta pemansuhan hukuman mati mandatori dan hukuman penjara sepanjang hayat.

“Berhadapan dengan beberapa cabaran dari sudut keyakinan awam ke atas institusi pentadbiran dan kehakiman, kerajaan telah pun menyatakan komitmen jangka panjang berkait pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya menerusi Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai usaha memulihkan integriti sistem negara.

“AMK percaya usaha melaksanakan reformasi adalah tidak mudah, dan memerlukan semangat serta iltizam politik yang tinggi daripada seluruh barisan kepimpinan Kerajaan,” katanya.

Bagaimanapun, tegas beliau, reformasi institusi ini harus dilaksanakan secara berperingkat serta penuh hikmah, agar perubahan dapat direalisasikan dengan jaya dan berkesan serta tidak bersifat populis semata-mata.

AMK juga, katanya, menghormati mana mana pihak yang mengkritik secara membina prestasi agenda reformasi dalam kerajaan.

Namun kata beliau, untuk menyegerakan agenda reformasi perlunya sokongan pada daripada NGO terutama yang sebelum ini berjuang bersama Pakatan Harapan sebagai sayap penguat kepada kerajaan.

“Sesungguhnya kami percaya BERSIH perlu mendokong usaha Kerajaan untuk mengembalikan kestabilan politik yang sebenarnya penting dalam usaha mencapai matlamat-matlamat di atas.

“Kestabilan politik ini juga adalah kunci kepada pemulihan ekonomi yang turut sebenarnya harus dititikberatkan sebagai keperluan mustahak untuk melihat reformasi yang berkesan. Kesenjangan dan ketidakadilan ekonomi hanya akan mematahkan cita-cita demokrasi yang diperjuangkan masyarakat sivil.

“Oleh yang demikian, kami menyeru pihak BERSIH untuk tidak hanya terhenti setakat berhimpun untuk menuntut, sebaliknya juga bersedia menghulurkan tangan membantu Kerajaan untuk mencapai pelaksanaan agenda reformasi bersama-sama bagai aur dengan tebing,” katanya.




𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗣𝗔𝗥𝗟𝗜𝗠𝗘𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗜𝗞𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 (𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜 𝗕𝗨𝗡𝗚𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗔$) 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗞𝗜𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗨 𝗠𝗔𝗪𝗟𝗔 𝗗𝗜 𝗗𝗘𝗪𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧.




YB Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) membangkitkan isu Mawla di Dewan Rakyat kerana menurutnya menimbulkan keresahan rakyat.


MP tersebut membangkitkan persoalan pendirian Menteri Agama dalam persoalan ini dan tindakan Wisma Putra seterusnya. JAKIM diketahui telah menafikan menerima sebarang dokumen mengenai nasab Mawla dari pihak yg mempromosikan lelaki itu.


Dari komen-komen puak PNtaksub Mawla yakni maw la unta & maw la untit, adalah dipercayai rata-rata mereka adalah 𝗮𝗻𝘁𝗶 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 dan PNtaksub 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗙𝗜𝗞𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 tak rasa marah ke dgn MP PERTIKAIAN Nasional tu?? 


Err...𝗧𝗮𝗸𝗻𝗮𝗸 𝘁𝘂𝗱𝘂𝗵 𝗠𝗣 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗡 𝘁𝘂 "𝘄𝗮𝗵𝗮𝗯𝗯𝗶" 𝗸𝗲 macam semua yg ragu-ragu dgn Mawla tu dituduh? 😂


Jangan TAKSUB.


- Zus Din 

04032024

*****************

𝗜𝘀𝘂 𝗠𝗮𝘄𝗹𝗮 𝗔𝗺𝗶𝗻 𝗱𝗶𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗸𝗲 𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁

Skuad Khas Harian Metro

am@hmetro.com.my


Kuala Lumpur : Isu pendedahan kegiatan seorang lelaki yang dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai Mawla Mohamed Amin al-Hassani atau Mawla Amin seperti didedahkan muka depan Harian Metro baru-baru ini dibawa ke Dewan Rakyat hari ini.


Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) ketika memegang akhbar Harian Metro berkata, pendedahan yang dibuat itu menimbulkan keresahan kerana status sebenar lelaki berkenaan masih diragui sehingga kini.


"Malah, tindakan mempromosi keturunan Rasulullah SAW di seluruh negara itu juga menimbulkan pertanyaan apakah wujud manipulasi menggunakan lelaki berkenaan walaupun pihak berkuasa di Maghribi dikatakan sudah mengeluarkan surat berhubung status Mawla Amin".


"Penganjur iaitu pihak yang bertanggungjawab membawa Mawla Amin ini mendakwa sudah menyerahkan dokumen kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), namun perkara itu dinafikan oleh Jakim baru-baru ini," katanya semasa sesi perbahasan titah diraja.


Mengulas lanjut, Roslan turut membangkitkan persoalan pendirian Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengenai isu ini dan tindakan yang mahu dibuat oleh Wisma Putra.


"Setakat ini apakah pendirian Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berhubung isu ini.


"Apakah Wisma Putra juga sudah menyenaraihitamkan lelaki ini sehingga siasatan statusnya selesai dan apakah ada pengesahan dari Kerajaan Maghribi berhubung isu ini memandangkan Mawla Amin ini kerap berada di negara kita," katanya.


Pada 18 Februari lalu, akhbar ini secara eksklusif memaparkan pendedahan berhubung sebuah madrasah yang mempromosikan individu didakwa warga Maghribi berkenaan.


Pendedahan secara bersiri itu juga mendedahkan bahawa lelaki dikenali Mawla Amin bukanlah keturunan Nabi Muhammad SAW yang ke-38.


Pendedahan eksklusif akhbar ini turut turut menerima reaksi daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, bahawa individu terbabit sering keluar masuk Malaysia dengan menggunakan pas lawatan sosial, dan berada di negara ini selama 90 hari.


Sebelum itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM sedang memantau pergerakan Malwa Amin dan pengikutnya termasuk madrasah itu yang beroperasi di Selangor.


Memetik laporan berkenaan, Razarudin dipetik berkata, hasil maklumat yang diterima, mereka juga sudah membeli sebidang tanah yang agak besar iaitu 11 hektar sedangkan pengikutnya bukan dari kalangan orang yang berada namun bergantung dengan kutipan daripada dana awam.


Susulan itu juga, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut memaklumkan tidak menerima sebarang dokumen berhubung nasab individu yang dikenali sebagai 'Mawla Amin' seperti didakwa pihak tertentu.


Disiarkan pada: Mac 4, 2024 @ 5:25pm

News link : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1066765/isu-mawla-amin-dibawa-ke-dewan-rakyat




STESEN BAS MIRI...MENARIK

Kredit Info Miri Komuniti










 

PI MEKAH PUN JADI HURU HARA...ADOIII LA





Kita ore Kelate
Kelate kea Negeri Serambi Mekah

Walaupun duk di serambi, gi Mekah tu, gi bia mengaji dulu hukum hakam, tahu hok mana sunat, hok mana wajib, hok mana kena aula, hok mana kena kesampingkan.

 


WAN SAIFUL DIBERI TEMPOH HINGGA AHAD

 

MSO


Ringkasan Berita Hari Ini.


WAN SAIFUL DIBERI TEMPOH HINGGA AHAD


Ahli parlimen Bersatu Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jam diberi tempoh hingga Ahad ini untuk menemui SPRM berhubung pendedahan beliau di parlimen kononnya disogok RM1.78 juta agar menyokong Perdana Menteri.


Beliau juga mendakwa selepas membuat pendedahan itu dalam parlimen, tidak sampai setengah jam beliau dihubungi pegawai SPRM, bagaimana pendedahan itu dinafikan oleh SPRM.


Jika pendedahan mengenai sogokan itu palsu dan bohong, bermakna Wan Saiful berbohong dua kali dalam tempoh tidak sampai sehari. 


Semasa mendedahkan konon dia disogok dan diugut di parlimen, ahli parlimen Tasek Gelugor itu dikutuk para penyokong kerajaan, sehingga beliau terkising-kising dan tersengeh hampa. 


***


POLIS PANGGIL BADRUL DAN ZAHID 


Polis telah memanggil dua pemimpin Bersatu, Badrul Sharin dan Muhammad Zahid Md arif untuk memberi keterangan kepada polis berhubung aksinya mereka yang mengutuk perdana menteri dan menghina Yang diPertuan Agong. 


Kedua sahabat itu yang suatu masa dahulu orang kuat Anwar Ibrahim, dirakam sedang berdialog memperli dan mengutuk Anwar dan Yang diPertuan Agong dalam Tiktok berhubung kurniaan kereta Mercedes oleh Yang diPertuan Agong kepada Anwar Ibrahim. 


Mereka tidak selesa dengan anugerah itu dan mempersendakan pemberian Yang diPertuan Agong kepada Perdana Menteri sebagai perbuatan luar biasa dan suatu sejarah.


Perbuatan mereka tersebut dilihat khalayak tidak wajar dan menghina PM dan juga Yang diPertuan Agong. Ia bertentangan dengan peribadi mereka sebagai pemimpin atau orang politik yang sewajarnya menunjukkan akhlak yang bagus. 


*** 

MAHIADDIN YANG TEEGILA-GILA NAK JADI PM


Presiden Bersatu yang tergila-gila untuk jadi perdana menteri walaupun secara tidak halal, Mahiaddin Yassin hari ini gagal untuk merayu terhadap perintah membebaskannya daripada empat pertuduhan rasuah bernilai RM232. 5 juta.


Sebelum ini Mahkamah Tinggi melepaskan Mahiaddin daripada tuduhan rasuah yang dibuat Mahkamah Seksyen, tetapi dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan. Ekoran itu peguam Mahiaddin mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan tetapi dibantah oleh Pendakwa alasan alasan Mahkamah Rayuan tidak berhak menyemak keputusan mahkamah seksyen.


Alasan penolakan keinginan Mahiaddin itu kerana kes rasuah tersebut terbabit bermula di Mahkamah Seksyen dan masih kekal di mahkamah sama. Mahkamah Rayuan tidak ada hak untuk mendengar rayuan Mahiaddin.


Mahkamah menetapkan 3 April ini untuk membicarakan kes itu di Mahkamah Seksyen dan bagi memaklumkan perkembangan rayuan berkenaan yang ditolak.


Keputusan itu dibuat tiga hakim dan dikembalikan semula ke mahkamah seksyen. Ini bermakna perlepas empat kes rasuah terhadap Mahiaddin itu ditarik balik dan beliau kekal dengan pertuduhan jenayah itu. 


***


WAN SAIFUL DIBERI TEMPOH HINGGA AHAD


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh sehingga Ahad ini kepada ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan untuk tampil ke SPRM berhubung pendedahan beliau di Dewan Rakyat mengenai tawaran habuan dan ugutan agar menyokong Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.


Ketua Pesuruhjayanya, Azam Baki berkata, sekiranya Ahli Parlimen tersebut tidak berbuat demikian, satu tindakan terhadapnya akan diambil. Kemungkinan SPRM akan keluarkan waran tangkap. 

***


DAIM JUGA GAGAL 


Bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dan keluarganya gagal mendapatkan kebenaran mahkamah untuk meneruskan semakan kehakiman mereka terhadap siasatan SPRM ke atas mereka.


Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh petang tadi menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman tersebut. Dengan keputusan itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak lagi akan meneruskan perbicaraan mengenai merit tindakan undang-undang tersebut.


Antara relif yang dimohon dalam tindakan undang-undang itu adalah untuk membatalkan pertuduhan jenayah tidak mengisytiharkan aset oleh Daim dan isterinya Na'imah Abdul Khalid.


Farid memutuskan bahawa pemohon gagal menunjukkan bahawa terdapat mala fide (niat jahat) dalam siasatan SPRM terhadap mereka, dengan menyatakan bahawa hanya syak wasangka mala fide tidak memadai.


***


MENANTU MAHIADDIN BELUM PULANG


Mentua gagal menantu pula yang diburu SPRM masih belum menyerahkan diri untuk tindakan lanjut. Pihak SPRM masih memberi peluang kepada menantu bekas PM itu untuk memberi kerjasama. Sekiranya ia masih berdegil, pihak SPRM akan mengikut jalan terakhir dengan meminta Peguam negara bagi dituduh di mahkamah menantu bekas PM itu tanpa kehadirannya. 


Menantu Mahiaddin, Muhammad Adlan bersama seorang lagi dikenal pasti meninggalkan Malaysia masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei 2023.


Mentua gagal dalam rayuan manakala menantu masih terus diburu. Trims.


Radzi Jidin Basuh Kaw2 Kerajaan Madani PMX Dgn Hujah Yg Berfakta | Perba...

GST SST


 

[parlimen] YB TAUFIQ TEMPELAK PAS YANG BIADAP DAN JUGA MB KEDAH GAGAL!

KEH..KEH..KENA LAGI


 

PENERANGAN MENGENAI ISU SST

 


MENIAGA PALING MUDAH


 

MANA SEKOQ NI PI...?

 M9hd Fauzan


Aku merindui abang besar kepercayaan para walaun.Dah lama tak lihat para walaun bersemangat kena kencing dengan papa ni..

Dimanakah beliau sekarang untuk memberi harapan palsu kepada para walaun.


ORANG DIKEHENDAKI


 

HORMATI BERBAGAI KAUM-ANWAR

 












Masyarakat berbilang kaum dan agama perlu sentiasa menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain untuk hidup sebagai sebuah komuniti. 


Gesaan itu saya tekankan sewaktu berucap merasmikan Kompleks Sukan Al-Taqwa di Kolej Al-Taqwa seraya diapit Azizah dan delegasi Malaysia.


Hatta, dunia boleh menjadikan Australia sebagai contoh untuk menghormati komuniti minoriti Islam di negara itu dalam kalangan masyarakatnya.


Sebelum itu, saya dibawa melihat kawasan sekitar selain ditemuramah pelajar kolej berkaitan isu global, Gaza, Islamophobia dan terkait Islam amnya.


#MalaysiaMADANI



HADIR KE MAJLIS PENAMAAN KAPAL PERONDA







Dato Dr Wan Azizah


 Hadir ke Majlis Penamaan Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) bertempat di Jeti Lembaga Pelabuhan Kuching. Kapal OPV1 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ini yang telah sekian lama ditunggu akhirnya dapat disiapkan dan selepas ini akan dikenali sebagai KAPAL MARITIM (KM) TUN FATIMAH.


Turut hadir bersama YB Menteri Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution, Menteri Dalam Negeri.

 

Semoga dengan penambahan aset pertahanan negara akan memantapkan lagi kesiapsiagaan APMM dalam menghadapi pelbagai risiko ancaman di Zon Maritim Malaysia.



TERGUR DAN TANYA: APA TUJUAN KITA VIRAL KLIK VIDEO BERKENAAN?


MSO


Ambil perhatian sikit kepada pemain medsos khasnya Facebooks. Saya nak beri sedikit pandangan untuk direnungi dengan nawaitu untuk kebaikan dan menjaga kemuliaan agama kita khasnya,  dan juga tentang akhlak dan etika.  


Saya merujuk langsung kepada suatu hantaran klik video suasana di hadapan Kabbah ketika ingin mengucup Hajarul Aswad yang tular secara meluas. 


Klik video itu menunjukkan betapa kalutnya para jemaah umrah, saya percaya ia dari negara kita.


Kita tahu mengucup Hajarul Aswad itu hanya sunnah dan bukan termasuk dalam rukun sah umrah atau haji. Jika kita ada kesempatan dan peluang, kucuplah batu hitam itu untuk mengambil semangat, jika tidak, tidak mengapa. 


Saya yakin semua jemaah ke Makkah bercita-cita untuk mengucup batu hitam berkenaan sebagai merasai akan keberkatan dan sayangnya kepada Nabi Muhammad Al Amin orang terakhir yang megang dan meletakkan batu htiam itu di atas tempatnya. 


Tidak ditolak keinginan itu. Malangnya setengah merasakan tidak sah ke Makkah kalau tidak mengucup birai mangkuk tempat terletakkanya batu berkenaan. 


Namun kalau kita terpaksa bersesak, tangkis menangkis kerana terlalu ghariah ia tidak perlu, apa lagi sampai membahayakan diri. Kita selalu dengan ada yang pengsan di hadapan Kabbah kerana merebut untuk mencium hajatul aswad. 


Ada juga kerugian beratus rial kerana tertipu dengan sendikit untuk membawa mencium batu hitam itu. Batu hitam itu telah dijadikan modal perdagangan pula oleh sesetengah orang tan bertanggungjawab.  


Apa yang berlaku itu umum diketahui. Tetapi yang saya hendak tegur dan bertanya disini, apakah tujuan kita menularkan klik video kelam kabut dan tidak berakhlak itu. Apakah tujuannya? Kalau untuk menegur dan memberi pencerahan, itu bukan caranya. 


Ini kerana, dari sisi lain, klik video itu menggambarkan keburukan kita sebagai umat Islam sendiri. Disiplin kita amat teruk sekali hatta di "hadapan" Tuhan. Malang lagi ia boleh ditafsrikan betapa kita serius melakukan sesuatu yang tidak benar (bidaah), kerana mengucup Hajarul Aswad itu tidak wajib. 


Apa tertunjuk di Kabbah itu boleh memberi gambaran buruknya disiplin kita selaku umat Islam. Bukankah baik kalau kita tidak menularkannya dari membuat sesuatu yang sia-sia dan memburuk diri sendiri. Malahan kita digalak melindungi sesuatu yang buruk berhubung tanah suci demi memelihara kemuliaanya.


Bukan hal di hadapan Kabbah itu saja, saya juga lihat kita suka menular aksi-aksi buruk bersangkutan ritual agama kita yang dilakukan oleh puak-puak berbeza dengan aliran pemikiran kita. Misalnya mengenai amalan zikir dan salawat dilakukan golongan tariqat. Kita tidak tahu asal usul ritual berkenaan tetapi kita mengkritiknya mengikut fahaman kita semata-mata.


Tidak bermakna kita mendiamkan hal-hal yang menjolok mata atau bertentangan dengan ajaran kita, kita melindungi sesuatu yang buruk mengenai agama kita dari persepsi kita. Tidak. Perlu diingatkan sebelum kita menularkan sesuatu yang keji itu apakah ia memberi kesan buruk kepada agama kita atau tidak. Berwaspadalah menjadi agen agama agar ia tidak tersasar. Trims.


ULANG LAGI..SUPAYA ORANG MALAS MEMBACA AGAR MEMBACA DENGAN FAKTA...

 


Semalam permulaan SST dinaikkan dari 6% ke 8%. Media sosial dihujani dengan pelbagai versi cerita dari Shopee sampai ke insurans kereta.


Beberapa fakta yang penting untuk rakyat tahu.


1. SST ni sejenis cukai yang 𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗮𝗱𝗮. Ia bukannya cukai baharu. Bukan bulan lepas tak kena cukai, tiba-tiba bulan ni kena 8%. Tak. Bukan begitu. Yang kena cukai sebelum ini 6%, dinaikkan jadi 8%. Yang sebelum ini tak kena cukai, 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗰𝘂𝗸𝗮𝗶.


2. SST ni cukai 𝗷𝘂𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻. Yang naik cuma cukai perkhidmatan. Cukai jualan kekal (5% ke 10%). 𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻. Cukai perkhidmatan pun ada beberapa sektor yang kekal 6%. Seperti sektor makanan dan minuman (𝗙&𝗕).


3. Bil air tak dikenakan SST manakala elektrik pula untuk penggunaan melebihi 600kWh. Yang kena pun cuma 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗶 600kWh saja. Contohnya guna 700kWh. Yang akan kena cuma 100kWh sahaja. Selama ni pun memang dah kena SST cuma 6%. Bermula 1 Mac, akan jadi 8%. Bukan selama ni tak kena sekarang kena 8%.


4. Pengguna elektrik untuk industri dan komersil juga 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗸𝗲𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗦𝗧 sebab selama ni memang tak kena pun.


Ada yang tanya tentang insurans kereta. Macam ni. Kalau dah nama kenaikan cukai, pastilah ada kesan. Kalau tak, bukanlah kenaikan cukai namanya. Tapi soalannya, 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗶𝗺𝗽𝗮𝗸 terhadap rakyat terutama golongan B40 dan miskin.


Untuk insurans kenderaan, kenaikannya sama juga, 2%. Soalan pertama, 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗽 kita 𝗽𝗲𝗿𝗯𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂𝗶 insurans kereta? Setiap hari? sebulan sekali? Atau cuma setahun sekali?


Soalan kedua, berapa mahal insurans kereta B40 & M40? Katakan RM1,000. Kenaikan 2% bermakna RM20. Jika sebelum ni RM1,060 akan jadi RM1,080. Naik 𝗥𝗠20 𝘀𝗲𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 tu amat membebankan ke? Rokok John Dblend pun sehari RM7.


Kalau insurans kereta melebihi RM2,000 setahun, bukan kereta murah tu. Kalau mampu pakai kereta mahal, bukanlah B40. Itu T20 atau level kayangan.


Kalau T20 atau kayangan, RM40 setahun pun nak berkira, patut kena panggil 𝗛𝗷. 𝗕𝗮𝗸𝗵𝗶𝗹. Nak macam macam tapi semua nak 𝘧𝘳𝘦𝘦. Tak jadik 𝘫𝘢𝘤𝘬.


Dulu cukai naik marah tapi sekarang sokong pulak?


Betul. Dulu aku bising cukai naik. Kenapa? Sebab walau cukai dah naik, ekonomi masih tak elok. Negara kita dalam keadaan 𝗱𝗲𝗳𝗶𝘀𝗶𝘁 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮𝗱-𝗱𝗲𝗸𝗮𝗱 lamanya. Cukai naik tapi masih defisit. Ke mana duit cukai kita dibelanjakan?


Tapi sekarang situasinya lain. Defisit kita mula turun dan pertumbuhan hutang juga mengecil. Kita marah dulu bukan sebab cukai naik tapi sebab duit cukai kita 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗸𝗮𝘂 oleh ahli politik. Kalau cukai tinggi tapi faedah dirasai oleh rakyat, takkan jadi masalah. Faham tak? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


DOA ORANG YANG DIZALIMI - HATI HATI PIMPINAN PAS.

 DOA ORANG YANG DIZALIMI 





Seorang nelayan miskin yang hidupnya menanggung keluarga dengan hasil tangkapan ikan.


Malangnya tangkapan ikannya selalu tiada. 


Hanya menggunakan jala, dia menebarkannya di tepian pantai dengan harapan akan ada ikan yang tersangkut.


Beberapa kali dicuba, nampaknya tiada razeki buatnya. Begitulah beberapa hari dan dia tidak berputus asa. Dia mempunyai kesabaran dan tekad berusaha yang tinggi.


Pada suatu hari, dia ke pantai lagi, menebar jala dengan harapan ada ikan yang tersangkut. 

Beberapa kali dicuba, namun tiada. 


Namun, dia mencuba juga dengan longlai dan penuh harapan. 

Lalu, Allah mentakdirkan seekor ikan besar terperangkap dalam jalanya... Alangkah gembiranya melihat ikan besar itu. 


Sambil menarik ikan tersebut, dia pun membayangkan apa yang akan dilakukan dengan ikan itu...


Akan aku beri makan kepada keluargaku sehingga kenyang. 


Kepada jiranku juga harus diberikan. 


Selebihnya barulah aku jualkan. 


Demikian nelayan itu merencanakan apa yang akan dibuatnya terhadap ikan itu. Razeki yang begitu sukar diperolehi.


Malangnya, ketika itu lalu seorang raja dengan askarnya. Raja itu sangat tertarik melihat ikan besar yang baru diperolehi nelayan itu. Lantas, disuruhnya pengawalnya mendapatkan ikan tersebut dari nelayan...


Sudah tentu nelayan itu sangat keberatan. 


Setelah merasakan bahawa dia tidak dapat mempertahankan ikannya itu dari diambil oleh raja, dia pun meminta harga sebagai bayaran. 


Dengan angkuh pengawal itu merampas ikan itu dan mengatakan raja tidak membayar harga daripada apa yang dikehendakinya.


Maka, ikan itupun dibawa pergi... 😥😥


Bergenang air mata sang nelayan miskin yang daif dan tak mampu berbuat apa-apa. Haknya dirampas. 


Kepada siapa hendak dia mengadu..? 


Hanya kepada Allah Tuhan yang satu. 


Dia pun menadahkan tangan dan berdoa.


Sementara raja itu, dengan senang hati kerana dapat ikan, disuruhnya tukang masak istana segera masakan ikan itu. Ikan sebesar itu dia seorang saja yang makan.


Malangnya, beberapa hari setelah makan ikan itu, raja telah dijangkiti satu penyakit aneh. Penyakit itu pada mulanya hanya berupa bengkak pada ibu jarinya. Bengkak itu disertai dengan sakit yang sangat mengganggu keselesaannya. 


Lama kelamaan mula bernanah. 


Tabib istana dipanggil dan setelah dicermati, dia menasihatkan supaya ibu jari kaki raja itu dipotong. Raja enggan menerima nasihat tabib istana dan disuruh carikan ubat untuk sakitnya. 

Namun ubat tidak ditemui juga walau bermacam ikhtiar diusahakan. 


Beberapa hari kemudian, tabib istana yang merawatnya memberitahu bahawa penyakit itu telah merebak hingga ke buku lali. Kakinya hendaklah dipotong supaya penyakit tidak merebak ke atas. Raja masih enggan menenerima nasihat tersebut kerana dia sayangkan kakinya. 

Dia memerintahkan agar dicari tabib lain yang lebih handal. 


Seorang tabib dari luar di bawa. 


Setelah melihat penyakit di kaki raja, dia pun memberitahu bahawa penyakit di kaki raja itu telah merebak hingga ke betis. Kalau tidak dipotong betis, ia akan merebak ke atas lagi. 

Ketika itu, akurlah sang raja. 

Lantas betisnya itu pun dipotonglah.


Raja sangat sedih atas kehilangan betisnya. 

Namun, kesedihannya tidak tamat di situ. 

Dalam keadaan sugul kerana kehilangan kakinya, tiba-tiba negerinya dilanda gempa. Harta benda dan jiwa banyak yang musnah. 


Keadaan ini membuatkan raja sangat hairan.


Lalu, raja memanggil seorang ulama dan bertanyakan maksud di sebalik semua musibah yang menimpanya itu.


" Tuanku telah menzalimi seseorang", ulama itu membuat rumusan.


" Seingat beta, tidak pernah beta zalimi sesiapa", ujar raja.


" Cuba Tuanku ingat betul-betul, pernahkah tuanku zalimi seseorang?", ulama itu tetap dengan rumusannya.


Maka, ketika mengimbau kembali apa yang telah dilakukannya, raja pun teringat perihal ikan yang dirampasnya dari seorang nelayan. 


Ketika dia merampas ikan itu, dia tidak merasakan itu satu kezaliman. Apalah harganya seekor ikan..


" Perkara kecil di mata tuanku adalah besar di mata nelayan itu", ulama itu mengingatkan.


Raja itu memerintahkan agar nelayan itu dicari dan dibawa mengadapnya.


" Apa yang telah kamu lakukan setelah ikanmu beta rampas?", raja bertanya kepada nelayan itu.


" Saya tidak lakukan apa-apa", jawab nelayan ketakutan.


" Ceritakan terus terang, kamu tidak akan beta apa-apakan", raja memujuk dan menenangkan nelayan yang ketakutan itu.


Akhirnya nelayan itu pun berkata... ;


"Setelah ikan itu tuanku rampas, saya hanya mampu berdoa..." 


"Apa doamu?", soal raja 


Nelayan pun berkata: "Aku hadapkan wajahku kepada Allah dan berkata...


“Ya Allah, sesungguhnya dia telah memperlihatkan kekuasaannya atasku... Maka tunjukkanlah Kekuasaan Mu ke atasnya”.

.

.

.


Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya :-


“Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah”.


(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


Janganlah kamu berbuat zalim saat kamu berkuasa

~ Maka kezaliman itu membawa akibat penyesalan


Kamu boleh lenakan mata tetapi yang dizalimi sentiasa berjaga

~ Dia berdoa ke atasmu dan mata Allah tidak pernah lena.


Wallahua'lam


Petikkan Dari Ustaz Ahmad Nasir



PAS DAH CADANG AWAL DAH SEBENARNYA.




Jamzuri Ardani


 Tahun 2022 ... PAS cadang laksanakan cukai jualan atas talian bernilai rendah (LVG).  


Sebenarnya cadangan dan perancangan untuk perlaksanaannya sudah pun bermula semasa PN memerintah lagi. 


Bila kerajaan madani terus laksanakan cadangan tersebut, mereka pulak yang hentam balik. 


Hipokrit!!!



PENDANG NI TAK BUAT APA PUN TEMPAT DIA..


 

MACAMANA ORANG NAK IKUT JIKA DAKWA DAKWI ORANG YANG BUKAN DSRI PARTI.

 


Betul ke ada gerakan nak guling raja?







Ingat..bangsa kita Melayu dan Islam lebih baik di Malaysia kerana ada naungan Raja-raja Melayu.


Mohon PDRM siasat dan ambil tindakan tegas kepada puak ni.



JANGAN LAGI BERI WANG PADA NGO INI


 

JANJI PARTI AGAMA... SAMPAI LA SATU HAPA PUN TARAK. JADI KERAJAAN DAH JADI...


 

TAAT PADA PEMIMPIN ITU SIFAT MUSLIM SEJATI

 




Nabi ﷺ juga berpesan supaya berhati-hati dengan 𝘂𝗹𝗮𝗺𝗮 𝘀𝘂'. Bahkan Nabi ﷺ mewajibkan supaya kita mentaati pemerintah walaupun atas perkara yang tidak kita sukai selagi tidak diarahkan melakukan perkara mungkar.


Titah Tuanku Sultan Selangor tu memerintahkan kita berbuat mungkar ke? Tak ada, kan? Jadi 𝘄𝗮𝗷𝗶𝗯 atas kita mematuhi. Kalau pun tak mahu mematuhi, tak usahlah berlaku biadab. Kerana itu bukan sikap yang Nabi ﷺ sukai.


Aku kutip satu petikan artikel yang tersiar dalam situs milik 𝗜𝗦𝗠𝗔. Mungkin ramai yang tahu apa itu ISMA. Boleh baca sendiri dengan klik pautan ini.

https://isma.org.my/taat-kepada-pemimpin-sifat-muslim-sejati/


1. Daripada Abdullah RA, daripada Nabi ﷺ bersabda :”Mendengar dan mentaati (Pemimpin) 𝘄𝗮𝗷𝗶𝗯 bagi setiap Muslim, sama ada dalam perkara yang disukai ataupun yang tidak disukai selagi dia tidak diperintahkan melakukan kemaksiatan. Jika dia diperintahkan melakukan kemaksiatan, maka tidaklah (wajib) dia mendengar dan mentaati.”  (Mutta faqun Alaihy, hadith riwayat al-Bukhari : 7144, Muslim : 1839, Abu Dawud : 2626, At-Tirmizi : 1707)


Matan Hadith :


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلا سَمْعَ وَلا طَاعَةَ


صحيح البخاري , كتاب الأحكام , باب السمع والطاعة للإمام ما لم تكن معصية , حديث رقم ]


2. “Sesiapa taat kepada Pemimpin, maka dia telah taat kepada-ku dan sesiapa yang 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗸𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 maka dia telah derhaka kepada-ku”. (HR Bukhari No. 2957)


3. “Kamu wajib patuh dan setia, sama ada dalam keadaan susah atau senang, suka atau duka dan walaupun 𝗺𝗲𝗿𝘂𝗴𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻𝗺𝘂”. (HR. Muslim No. 1836)


4. Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W: Ya Nabi Allah, bagaimana menurutmu jika para penguasa yang memimpin kami yang selalu mengutamakan hak mereka tetapi mereka tidak bersedia memenuhi hak kami? Nabi menjawab: “𝗧𝘂𝗻𝗱𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗮𝘁𝘂𝗵𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗮𝗺𝘂, sesungguhnya mereka akan bertanggungjawab atas kepimpinannya, manakala kamu juga akan bertanggungjawab terhadap ketaatan kamu kepadanya”. (HR. Muslim No. 1846)


Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


GST, ZAMAN NAJIB GAGAL


 Eddy Gordon Zul


Geng UMNO tengah beria sembang zaman najib, GST bla bla. 






Abam nak remind la pasal kes GST ni. Ni laporan PAC yang diketuai oleh MP UMNO sendiri pasal refund GST RM19b yang kecoh kata hilang dulu. Ni berlaku setelah 2 tahun GST berjalan. 


Duit refund GST tak hilang tapi telah dimasukan ke acc gomen dan digunakan untuk pembangunan.Refund tetap kena refund bang tapi bukan gomen najib la yang tanggung taik semua ni. Tak pasai gomen lepas najib kena tanggung hutang refund. 


Gomen Najib juga telah over estimate pendapatan GST sebanyak 65%.Kalau hang kira betul2 kutipan GST tolak dengan yang depa overestimate, kutipan GST tak lari jauh pon dari kutipan SST sebenonya. Ini realiti bang bukan hangpa punya fantasi tu. 


Abam la ni sokong 100% GST di jalankan tapi bukan dengan cara Zaman Najib yang menyebabkan harga barang naik melambung lepas peniaga tak dapat balik refund GST. 


Hangpa kena terima realiti zaman Najib tu GST gagal dijalankan. Kalau dak kita tak boleh move on pada negara yang lebih baik.



KOS PRK ADALAH ISU KECIL, RoS PERLU LULUSKAN PINDAAN PERLEMBAGAAN BERSATU DEMI PERTAHAN IMEJ ANWAR


Terdapat sesetengah pihak seperti cuba menghasut Pendaftar Pertubuhan atau RoS agar menolak pindaan perlembagaan yang diluluskan Bersatu, Sabtu lalu.


Alasan mereka, jika pindaan itu diluluskan, ia akan menyebabkan enam pilihan raya kecil atau PRK terpaksa diadakan yang pastinya akan mengakibatkan banyak perbelanjaan wang kerajaan perlu dikeluarkan.


Kata mereka lagi, kos mengadakan PRK bukan ada harga rahmah atau harga madani yang perbelanjaannya boleh dimurahkan.


Dengan maksud lain, mereka sebenarnya mahu biarlah enam Ahli Parlimen Bersatu itu kekal menyokong Anwar Ibrahim sehingga PRU16 akan datang melalui tidak lulusnya pindaan perlembagaan itu oleh RoS.


Aduhhh…apa punya jenislah mereka yang berfikiran begitu!!


Saya sudah sebut dalam artikel sebelum ini bahawa kedudukan Anwar dan kerajaan madani tidak terjejas sama sekali jika ketiadaan sokongan daripada “enam jahanam” Ahli Parlimen Bersatu yang mengalihkan sokongan itu.


Anwar masih lagi stabil dan mampu mengemudi kerajaan madani ini sehingga PRU16 akan datang selagi UMNO, GPS dan GRS kekal bersamanya.


Dengan itu, adalah lebih baik diadakan semula PRK di enam kawasan berkenaan demi membersihkan politik negara daripada mereka yang khianat, belot, tiada kesetiaan dan suka menjual sokongan.


Membersihkan politik daripada segala kekotoran tersebut adalah lebih berharga berbanding kos yang terpaksa dibelanjakan kerajaan bagi membiayai PRK yang diadakan itu.


Lagi pun, jika PRK terpaksa diadakan, ia bukanlah salah kerajaan atau Bersatu, tetapi disebabkan tindakan enam Ahli Parlimen berkenaan yang tiada kesetiaan, nipis jiwa perjuangan dan lebih memikirkan peruntukan.


Kalau dah namanya wakil rakyat pembangkang, rakyat pun secara umumnya boleh faham bahawa mereka tidak ada peruntukan seperti Ahli Parlimen kerajaan.


Sudah ramai Ahli Parlimen selama ini melalui kehidupan sebagai wakil rakyat tanpa peruntukan, bahkan boleh dikata semua parti telah ada pengalaman seperti itu.


Tidak ada peruntukan, jalanilah kehidupan sebagai Ahli Parlimen tanpa peruntukan dan janganlah bergaya berlebih-lebihan.


Selain itu, apakah hanya dengan ada peruntukan saja baru seseorang itu boleh menjadi Ahli Parlimen yang berkesan?


Yang lebih penting lagi, selepas PRK nanti dan Ahli Parlimen baru dipilih rakyat, kalau ada di antara enam kawasan itu berjaya dimenangi PH/BN, ia dengan sendirinya bermakna kerajaan madani semakin diterima pengundi dan beroleh sokongan yang benar-benar yang asli.


Katakah kalau kalah pula di semua enam kawasan tersebut, Anwar dan kerajaan madani tak perlu susah hati kerana selain kedudukan kerajaan tidak tercarik walau sehelai benang, Perdana Menteri pun tak perlu “pening kepala” lagi memikirkan nak melayan Ahli Parlimen yang hanya datang dengan sokongan palsu kepadanya.


Mereka yang baru terpilih nanti adalah Ahli Parlimen PN tulen yang tidak mungkin beralih sokongan dan kerajaan lebih mudah menghadapi nmereka sebagai Ahli Parlimen pembangkang yang zahir dan batinnya adalah pembangkang.


Maka itu, daripada sudut mana yang lebih baik untuk Anwar, meluluskan pindaan perlembagaan Bersatu itu adalah lebih tepat untuk diambil oleh RoS.


Tambahan lagi, UMNO dan DAP juga telah lebih dulu melakukan pindaan dalam perlembagaan parti masing-masing sebelum ini bagi menghalang wakil rakyat mereka mengalih sokongan kepada pihak lain.


Oleh kerana RoS tiada masalah meluluskannya, maka akan jadi peliklah kalau pindaan perlembagaan Bersatu ini tidak diluluskan.


Dengan turut meluluskan pindaan perlembagaan Bersatu ini, RoS malah dengan sendirinya akan terhindar daripada cemuhan sebagai alat politik, selain dapat menyumbang ke arah memperlihatkan Anwar yang memimpin kerajaan madani ini tidak berganjak daripada pendirian tegas menolak amalan politik khianat dan lompat yang dilaungkan sejak dulu lagi. – ShahbudinHusin 04/03/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/03/04/kos-prk-adalah-isu-kecil-ros-perlu-luluskan-pindaan-perlembagaan-bersatu-demi-pertahan-imej-anwar.html