Nabi ﷺ juga berpesan supaya berhati-hati dengan 𝘂𝗹𝗮𝗺𝗮 𝘀𝘂'. Bahkan Nabi ﷺ mewajibkan supaya kita mentaati pemerintah walaupun atas perkara yang tidak kita sukai selagi tidak diarahkan melakukan perkara mungkar.
Titah Tuanku Sultan Selangor tu memerintahkan kita berbuat mungkar ke? Tak ada, kan? Jadi 𝘄𝗮𝗷𝗶𝗯 atas kita mematuhi. Kalau pun tak mahu mematuhi, tak usahlah berlaku biadab. Kerana itu bukan sikap yang Nabi ﷺ sukai.
Aku kutip satu petikan artikel yang tersiar dalam situs milik 𝗜𝗦𝗠𝗔. Mungkin ramai yang tahu apa itu ISMA. Boleh baca sendiri dengan klik pautan ini.
https://isma.org.my/taat-kepada-pemimpin-sifat-muslim-sejati/
1. Daripada Abdullah RA, daripada Nabi ﷺ bersabda :”Mendengar dan mentaati (Pemimpin) 𝘄𝗮𝗷𝗶𝗯 bagi setiap Muslim, sama ada dalam perkara yang disukai ataupun yang tidak disukai selagi dia tidak diperintahkan melakukan kemaksiatan. Jika dia diperintahkan melakukan kemaksiatan, maka tidaklah (wajib) dia mendengar dan mentaati.” (Mutta faqun Alaihy, hadith riwayat al-Bukhari : 7144, Muslim : 1839, Abu Dawud : 2626, At-Tirmizi : 1707)
Matan Hadith :
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلا سَمْعَ وَلا طَاعَةَ
صحيح البخاري , كتاب الأحكام , باب السمع والطاعة للإمام ما لم تكن معصية , حديث رقم ]
2. “Sesiapa taat kepada Pemimpin, maka dia telah taat kepada-ku dan sesiapa yang 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗸𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 maka dia telah derhaka kepada-ku”. (HR Bukhari No. 2957)
3. “Kamu wajib patuh dan setia, sama ada dalam keadaan susah atau senang, suka atau duka dan walaupun 𝗺𝗲𝗿𝘂𝗴𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻𝗺𝘂”. (HR. Muslim No. 1836)
4. Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W: Ya Nabi Allah, bagaimana menurutmu jika para penguasa yang memimpin kami yang selalu mengutamakan hak mereka tetapi mereka tidak bersedia memenuhi hak kami? Nabi menjawab: “𝗧𝘂𝗻𝗱𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗮𝘁𝘂𝗵𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗮𝗺𝘂, sesungguhnya mereka akan bertanggungjawab atas kepimpinannya, manakala kamu juga akan bertanggungjawab terhadap ketaatan kamu kepadanya”. (HR. Muslim No. 1846)
Guane boh?
Raja Gelap II
.