Syed Saddiq: Benarkah Tun Dr Mahathir Setuju Bersatu Keluar Pakatan Harapan?Apa pun PANDANGAN KAMU, Tun dianggap tidak jujur kerana melepaskan jawatan tanpa berbincang dengan MAJLIS PRESIDEN.

Syed Saddiq: Adakah Umno Dan Pas Tidak Akan Bertanding Di Kerusi Yang Dipegang Oleh Bersatu?



JEBAT DERHAKA, BENARKAH DAP ANCAMAN BAGI ORANG MELAYU?



Dendang Syawal Mak Cik Kiah: Keperluan yang tertunggak




Oleh Iskandar Fareez
(Mantan Ahli Jawatankuasa DAPSY Kebangsaan)
Di ambang Syawal ini, kasihan keluarga Mak Cik Kiah. Pelbagai pancaroba yang harus mereka tempuhi bersama. 

Ketika dahulunya beliau sekeluarga dijanjikan dengan manfaat lebih RM8,600 menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin (PRIHATIN), ternyata apa yang diterima jauh lebih rendah daripada itu. Mungkin beberapa terma dan syarat bantuan itu tidak begitu jelas sewaktu pengumumannya dibuat. 

Misalannya, terdahulu Mak Cik Kiah pernah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), jadi tercicirlah beliau daripada Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Disebabkan mata pencarian beliau terputus, maka Mak Cik Kiah pun pergilah ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membuat rayuan, tetapi tiada jaminan bantuan itu akan diluluskan. Untuk buat pinjaman pun Mak Cik Kiah tak berani kerana sumber rezeki tak menentu. Bagaimana mahu membayar semula jika tiada pendapatan pun?

Menurut analogi Perdana Menteri (PM) juga, Mak Cik Kiah ini ada seorang sahaja anak yang mendapat pelepasan PTPTN. Tetapi mungkin PM terlupa pula kepada anak-anak lainnya. Ada yang terpaksa menerima potongan gaji, ada juga yang bercuti tanpa gaji kerana majikan tidak berupaya menampung kos upah pekerja. Dengan subsidi upah hanya sebanyak RM600, RM800 dan RM1,200 seorang, maka tidak hairanlah jika majikan memilh untuk memberhentikan pekerja kerana perolehan mereka tidak dapat menampung perbelanjaan ini. 

Bukan itu sahaja, keluarga Mak Cik Kiah tempuhi masalah lain juga merangkumi kenaikan harga barangan seperti dagingayam dan sayur yang melonjak menjelang perayaan Aidilfitri ini. Malah, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid pula sekadar mampu menasihatkan rakyat seperti Mak Cik Kiah supaya memilih kedai yang murah jika ingin mendapatkan bekalan makanan mentah itu. Kasihan sungguh.

Berhadapan dengan pelbagai ranjau menjelang awal Syawal ini masih bolehkah Mak Cik Kiah sekeluarga tersenyum merenungkan nasib mereka? Tentulah tidak.

Mak Cik Kiah perlukan sokongan perundangan

Walaupun telah banyak bantuan dan pakej rangsangan diumumkan, langkah kerajaan masih belum menyeluruh untuk melindungi perusahaan industri kecil sederhana (IKS) seperti yang diusahakan oleh Mak Cik Kiah.

Kebanyakan permasalahan yang dihuraikan di atas memerlukan penyelesaian daripada aspek perundangan juga. Rang Undang-Undang baharu atau pun Akta sedia ada perlu diubahsuai bagi melindungi nasib Mak Cik Kiah sekeluarga dan rakan-rakan yang berkongsi nasib yang sama ketika berhadapan dengan norma yang baharu. Pindaan kepada beberapa undang-undang pekerjaan, percukaian, kesihatan dan pendidikan begitu mustahak bagi melindungi golongan yang terkesan dek gangguan kepada kehidupan dan sistem ekonomi yang mencabar buat rata-rata rakyat Malaysia.

Tambahan pula, menurut pakar undang-undang Profesor Datuk Dr Salleh Buang, kerajaan harus mewujudkan undang-undang khas bersifat sementara bagi melindungi perniagaan di negara ini yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19, lantas menyelamatkan pekerjaan. Hal ini menjurus kepada perlindungan perniagaan daripada tindakan undang-undang jika gagal memenuhi perjanjian akibat terjejas dengan wabak berkenaan.

Jelas sekali, persidangan penuh Parlimen diperlukan bagi mencapai matlamat-matlamat yang telah digariskan. Malangnya, pada 18 Mei lepas, Parlimen hanya mesyuarat untuk 90 minit sahaja. Itu pun untuk mendengar titah diraja Yang di-Pertuan Agong tanpa sebarang perbahasan. Sekadar cukup syarat sahaja supaya ahli-ahli parlimen kekal menyandang jawatan mereka.  

Apabila digesa lagi untuk memanggil persidangan penuh sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan meminta semua pihak bersabar kerana RUU berkaitan Covid-19 hanya akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang pada 13 Julai nanti. Dengan erti kata lain, ketika rakyat meminta supaya tindakan diambil secepat mungkin, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) seolah-olah hanya menyahut “Tunggulah dua bulan lagi”.

Dalam pandemik, masa adalah yang paling berharga. Ternyata, kita telah pun terlepas peluang keemasan untuk bertindak dengan segera. Sekiranya aturan perundangan yang memenuhi keperluan rakyat tidak digubal tepat pada masanya, maka implikasi kepada kehidupan dan ‘periuk nasi’ rakyat akan menjadi lebih dahsyat lagi. 

Namun begitu, biarpun agak terlambat untuk mengubah nasib rakyat yang terkesan semasa awal Syawal ini, Kerajaan PN masih berpeluang membuat sesuatu dengan segera bagi menyelesaikan masalah rakyat bagi tempoh jangkamasa sederhana dan panjang.

Mereka mempunyai peluang untuk memanggil sesi persidangan khas Parlimen yang berjalan untuk tempoh 3 – 5 hari dalam masa terdekat ini. Sudah tentu sesi in perlu dijalankan seiring dan sejalan dengan pengubahsuaian SOP seperti yang dilaksanakan seperti di parlimen negara lain. Integrasi teknologi seperti video dan ‘teleconferencing’ perlu juga digalakkan bagi membawa sistem Parlimen kita ke alam maya (virtual).

Apa yang jelas, zaman kerajaan tahu segala perkara sudah berakhir. Kerajaan perlu kembali ke parlimen untuk berunding dan mempertimbangkan masa depan negara bersama ahli-ahli parlimen yang dipilih rakyat.

Dengan itu, kita perlu pastikan ahli-ahli Parlimen kita dapat menunaikan tanggungjawab mereka dan bersidang bagi membawa isu-isu rakyat walau dengan apa jua cara sekali pun. Nasib Mak Cik Kiah sekeluarga dan rakan-rakan bergantung bergantung kepadanya. Amat malang sekali jika keperluan ini tertunggak sama sekali.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. 


DUA PERDANA MENTERI MALAYSIA PERNAH HADAPI UNDI USUL PERCAYA

MEWAUN GEMPAQ ISWARDI SEBAB KONONNYA FITNAH HADI AWANG

Kredit: Iswardi Morni

Walaun kata dia nak report polis. Bila ditanya report apa? Sebab dia kata saya tuduh hadi bayar clare 1.4 juta penyelesaian luar mahkamah.

Nah. Kalau tak puas hati, g saman clare sekali lagi la.
Bila di tanya 2 soalan:

1. Kalau bukan hadi, sapa bayar RM1.4 juta kepada clare?
2. Kalau hadi tak salah, kenapa tak teruskan saman tapi settle luar mahkamah dengan bayar 1.4 juta?

Dia melalut ke tempat lain dan tuakr cerita tiba-tiba dia kata jaga maruah UMNO. hahaha Mewa betul.





DARI PAS KE AMANAH…..

SCAMMER AGAMA: MUFTI PERLU JELASKAN

KALAU ANAK TIRI NAJIB BOLEH DIBEBASKAN, KENAPA TIDAK SHAHRIL SAMAD?



Melakukan representasi kepada Peguam Negara terhadap sesuatu tuduhan merupakan sebahagian proses biasa setelah segala dokumen kes diserahkan olih pihak pendakwaraya kepada peguambela tertuduh.
Peguambela saya akan meniliti semua bahan bukti dan dokumen kes yang dimiliki olih pihak pendakwa. Sebenarnya baru semalam pihak pendakwa raya serahkan baki dokumen kes dan senarai saksi mereka.
Representasi ini ialah peluang yang ada kepada pihak tertuduh untuk berhujah terhadap kekuatan bukti dan keutuhan tuduhan bersabit kegagalan saya tidak mengistiharkan penerimaan dana dari DS Najib, Presiden UMNO dan PM ketika itu.
Representasi saya tidaklah seperti dalam kes Reza Aziz yang membawa kepada persetujuan pihak tertuduh membayar pampasan kepada kerajaan.
Saya telahpun ditawarkan kompaun olih SPRM bersabit penerimaan dana sebanyak RM1 juta itu. Pegawai SPRM yang berjumpa saya untuk menyampaikan notis kompaun itu telah berkata kepada saya untuk menerima sahaja tawaran itu.
Selepas sudah menerima tawaran itu, dia kata bahawa saya bolih merundingkan jumlah yang perlu saya bayar dan kaedah pembayarannya, mahupun secara beransur-ansur kerana dia tahu yang saya tidak ada duit sangat.
Maklumlah kompaun sebanyak RM2.5 juta itu hampir sama dengan jumlah nilai aset saya yang berzakat.
Tapi soalnya bukan jumlah kompaun yang hendak dibayar. Ianya soal salah atau tidak saya menerima dana dari presiden parti saya.
Kalau saya bersetuju menerima tawaran kompaun itu, maknanya saya mengaku salah. Setahu saya dana yang diterima kerana politik dan berasas hubungan politik belum pernah didapati salah olih mana-mana mahkamah negara kita.
Ianya bukan soal wang tapi soal prinsip. Salah atau betul. Hanya mahkamah bolih menentukan kiranya kes saya dibawa ke perbicaraan.
Sesudah segala dokumen kes telah saya terima, bolih lah peguam-peguam saya meniliti dahulu kekuatan bukti yang ada di pihak pendakwa dan kebarangkalian mereka menang dalam perbicaraan kes saya ini.
Kesimpulan nya, representasi saya kepada Peguam Negara adalah berasaskan kepada fakta dan aspek perundangan. Bukan “settle” dengan membayar kompaun kepada SPRM.
Bagi 78 lagi entiti yang telah juga menerima tawaran kompaun bersama-sama saya dan Datuk Ahmad Maslan, nampaknya ianya macam senyap sahaja.
Biarlah kami berdua ke hadapan menghadapi cabaran ini. Kan ini politik.
Mas Ermiyatie pun senyap sahaja. Dinamakan olih Sarawak Report bersama saya dan Ahmad Maslan. Tapi senyap juga. Tak kan Sarawak Report tak betul? Dah jadi menteri PN pulak tu.
Tak pe. Saya dan Ahmad Maslan je. Politik kan.
Itupun, saya dengan cara saya. Ahmad Maslan dengan kaedah pilihannya.
Kiranya hujah-hujah dalam representasi terhadap kekuatan bukti dan keutuhan tuduhan terhadap saya ditolak olih Peguam Negara, Hakim Mahkamah Sesyen telah tetapkan perbicaraan pada 9 hari dalam bulan-bulan Oktober, November dan Disember.
Shahrir Samad
Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru
22 Mei 2020.

MAHATHIR SELITKAN NAMA ANWAR UNTUK GULINGKAN KERAJAAN PN.



Ismail Samad




https://www.reuters.com/article/us-malaysia-politics-mahathir-interview/mahathir-promises-very-big-trouble-for-malaysias-ruling-coalition-idUSKBN22W1WQ

Nama Anwar perlu disebut supaya Anwar sentiasa syok sendiri walau pun beliau sudah banyak kali terpedaya dan ditipu.

Lebih-lebih lagi apabila DYMM Agong bertitah baginda telah minta Mahathir tarik balik perletakan jawatan beliau.



Bermaksud, baginda menganggap Mahathir masih lagi dapat sokongan majoriti.

Beliau sepatutnya berbincang semula dengan PH tapi beliau tolak permintaan baginda. Kerajaan PH roboh dan Anwar gigit jari sekali lagi disebabkan oleh keputusan Mahathir itu.

Anwar Ibrahim perlu ketepikan Mahathir yang sudah tidak ada parti. Semakin lama Anwar mengharap dan takut, semakin dalam lubang yang digali.


Video ini adalah titah DYMM Agong di parlimen.

Timbul persoalan, kenapa Mahathir tidak beritahu  orang ramai tentang permintaan DYMM Agong itu?

Dan jika baginda sendiri yang minta Mahathir tidak letak jawatan, ianya bermaksud baginda masih menganggap Mahathir sebagai PM yang mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat!

Ianya seperti termaktub dalam Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seorang Perdana Menteri dalam kalangan Ahli Parlimen, yang Baginda berpendapat mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan rakyat.

Tapi Mahathir tetap tidak mahu. Beliau letak jawatan PM dan kabinet serta kerajaan PH gugur secara automatik.

Jika inilah cerita yang sebenarnya, kejatuhan kerajaan PH adalah disebabkan oleh permintaan Mahathir sendiri.


Jika DYMM Agong masih sokong Mahathir, sebab apa beliau begitu mahu meletakkan jawatan?

Tidak lain tidak bukan kerana beliau sudah tidak tahan dengan desakan bagi memenuhi tuntutan agar memberikan jawatan kepada Anwar  dan kuncu-kuncu Anwar yang terlalu mendesak agar diterima pakai janji-janji yang tidak seharusnya di mungkiri oleh Mahathir terhadap Anwar.


BOLEH PERCAYA KA MUKA MUKA BERMUKA NI


Hamsina Hamzah


Ini semua buah catur azmin Dan zuraidah, siapa percaya mereka meyokong president dan parti keadilan rakyat korang memang mudah tertipu. Mereka akan bergerak menggikut apa yang dikehendaki oleh masters mereka. Kita tengok wayang carcamarba kunyit mereka.


BANI MELAYU YANG PEMALAS..




Baca portal berita tadi...ramai pekerja tempatan yang baru bekerja di pasar borong Selayang.. lepas 3 hari bekerja..dah cabut sebab tak tahan..walaupun dapat gaji RM 100 sehari...

Aku memang sejak awal lagi.. Bila netizen , rakyat Malaysia terutama bani Melayu mainkan sentimen pekerja asing.. aku dah kata dah..Bukan semua kerja anak tempatan boleh buat.. Bayangkan kerja pasar Borong tu..2 Pagi dah kena keluar..Pagi pagi buta bawa turun ayam,Ikan,sayur dan daging dari Lori..

Kalau aku kata Melayu ni pemalas mcm Tun Mahathir..ramai pulak yang marah kata kita hina Melayu..memanglah Tun Mahathir tu kalau bercakap tak pandai jaga hati orang.. dia jenis suka cakap terus terang..tapi apa yg dia cakap itu realiti.,baru tauke Jakel tulis status " kesian Melayu" dah mengamuk sakan..r..

Itu sebab Tun M selalu kata..Banyak pekerjaan dalam negara kita diambilalih oleh orang asing..sebab orang melayu taknak kerja.. bukan hanya di Pasar Borong.. Cuba kita tengok, tak payah cerita sektor Kilang, Perladangan dan Pembinaan.

Cuba tengok di Foodcourt di R&R.. Di Foodcourt Pasaraya..Kedai makan..Kedai Siam..Hatta Kedai mamak... ramai warga asing terpaksa kerja.. sebab apa? daya tahan orang kita tak kuat kerja berat..Kerja tengah malam sampai pagi buta..apa lagi dalam soal disiplin.. kerja kotor mana mahu depa nak..

Lepas ni tengok lah.. gelandangan yang dihantar bekerja di Manjung,gaji Rm 1200 tu..tengok lah..Habis PKPB..beratur panjang lagi lah gelandangan kat KL tu.. memang seronok ajdi gelandangan ni..tiap tiap hari orang suap makan..

Ini bukan pemerhatian aku jer..Kawan-kawan aku berniaga kedai makan, cakap benda yang sama.. dia kata susah kalau ambil pekerja Melayu ni..kejap datang..kejap tak datang, kejap anak sakit..kejap kena pergi kenduri.. Depa ni kalau nak ambil pekerja asing bayaq sampai berpuluh ribu..sebab hat kontrol depa ni agen dari kabel-kabel Politik.. orang tengah..

Kedai makan bukan boleh tutup tutup.. cuba bagusnya Melayu ni kalau kerja yang bersistem mcm KFC,MCD Startbuck depa sanggup.. Sebab nampak ada gaya sikit..

Isu pasar Borong atau apa sektor pun..bukan soal dia pekerja asing atau tidak..tetapi soal Rasuah.. ramai yang takda permit.. depa ni jadi bahan perdagangan sindiket, apalagi  pekerja asing yang di monopoli kelompok kabel-kabel dalam Politik yang buat duit dari kerja kerja ni..Ini sebabnya kebanjiran warga asing tanpa izin..

Sebenarnya kalau sistem itu dipermudahkan.. dan Syarat diperketatkan..hapuskan orang tengah dalam soal perbekalan pekerja asing.. Takda masalah pun...di Qatar, UAE pekerja asing melebihi jumlah penduduk.. Tapi Ok jer..Singapura pun ramai,tapi penempatan depa tersusun..

Masalah dalam negara kita..apapun sebab Rasuah.. Tu sebab Matlamat penting kita hapuskan kelompok Kleptokrat.. depa ni perosak Negara.. Ingat Pekerja asing baru datang 2-3 tahun ni..Zaman Kerajaan bani Melayu Islam UMNO lagi dah membiak.. :)

Ipohmali


Regional Outlook Forum 2020: Session 5 - Pakatan Harapan’s Succession Plans & Economic Challenges



Boleh ke Mahathir bunuh Muhyiddin?Menarik ulasan PET







Tun Dr Mahathir Mohamad dendam sungguh dengan Muhyiddin Yassin dan Anwar Ibrahim. Tapi boleh ke Mahathir bunuh Muyhiddin? Anwar boleh dikatakan sudah lumpuh kerana PKR dan PPBM sudah hancur. Tetapi Muafakat Nasional menyokong Muhyiddin, dan selagi Umno dan PAS sokong Muhyiddin, amat susah untuk Mahathir nak jatuhkan Muhyiddin.

Nurul Izzah: Nasib Kakitangan Perubatan



Anwar Ibrahim: Isu Harga Barang Yang Semakin Tidak Terkawal Di Musim Perayaan


Anwar Ibrahim: Seolah-Olah Saya Pertahankan Najib Razak Dan 1MDB?



RENTASAN 683 | PANAS!!! INI AMARAN TUN MAHATHIR KEPADA PM-8?


MENARIK DALAM RENTASAN 683
1. KLIP VIDEO ITU BOHONG, KATA PEMIMPIN BERSATU 2. SANGGUPKAH KITA MEMBERI LALUAN KEPADA PENGKHIANAT? 3. MUNGKINKAH ATAP PERIKATAN NASIONAL DITEBUK DARI DALAM? 4. KERAJAAN PAKATAN HARAPAN LEBIH PEKA HARGA BARANGAN





Lebuhraya Utara-Selatan ‘dibanjiri’ ribuan kenderaan-Semalam


Keadaan lalu lintas yang sesak teruk di Lebuhraya Utara Selatan. (gambar Facebook)
PETALING JAYA: Lalu lintas di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan didapati meningkat sejak semalam, dengan kenderaan tidak bergerak di 4 lokasi.
Seorang kakitangan dari pusat penyelarasan lebuh raya berkata lokasi terbabit adalah kawasan Tanjong Malim dan Putra Mahkota dari Sungai Besi ke Seremban, KLIA dan Skudai.
“Ada ribuan kenderaan di lebuh raya,” katanya kepada FMT, sambil menambah ia memakan masa berjam-jam untuk lalu lintas itu kembali lancar berikutan lebih banyak kereta memburukkan lagi kesesakan itu.
Beliau menambah lalu lintas amat sesak di kawasan dari Sungai Besi ke Seremban.
Polis membuat sekatan jalan untuk mengelak orang ramai daripada melakukan perjalanan merentasi negeri berikutan kekangan pergerakan awam dilanjutkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa sehingga 9 Jun.
Semalam, Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob berkata 3,212 pemandu diarahkan berpatah balik di sempadan negeri, peningkatan daripada 1,175 yang diarahkan berpatah balik pada Isnin.
Beliau juga menegaskan perjalanan merentas negeri hanya dibenarkan atas sebab kecemasan dan dengan izin polis.
Hari ini, beliau berkata mana-mana individu cuba merentas negeri dengan alasan balik ke kampung bukan sahaja perlu diarah patah balik, tetapi dikenakan kompaun.

Beri ruang Makcik Kiah faham jual beli atas talian

Beri ruang Makcik Kiah faham jual beli atas talian

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi cabaran besar kepada golongan peniaga dan usahawan kecil di negara ini untuk menguasai urusan jual beli secara dalam talian dan tanpa tunai.
Ahli Parlimen Lumut, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata, kerajaan perlu bersedia untuk memberi pemahaman tentang normal baharu kepada golongan usahawan yang menyumbang kira-kira 38 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
“Makcik Kiah belum mahir dengan e-dompet, pasar virtual ini. Jadi, kita kena sediakan kefahaman kepada mereka kecil ini.
“Berikan keyakinan diri kepada mereka. Musim Covid-19 ini sekurang-kurangnya ada sinar di di hujung terowong apabila tidak perlukan premis dan jumlah pekerja yang ramai,” ujarnya.
Oleh sebab itu, katanya, sektor usahawan kecil dan sederhana tidak harus diperkecilkan memandangkan sumbangan besar kelompok tersebut kepada negara.
“Kalau kita tidak dapat pulihkan ekonomi seawal Jun ini, kita mungkin akan melihat kesan lebih teruk kepada usahawan kita,” katanya.
Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan itu berkata demikian dalam slot forum bertajuk “Covid & Pasca Covid: Impak Ekonomi kepada Rakyat” secara langsung menerusi slot Perspektif di Facebook AMANAH Kedah.
Mengulas lanjut, Dr Hatta berpendapat industri logistik pada masa akan datang terus berkembang untuk menggerakkan ekonomi.
“Hari kini kita lihat yang jadi tonggak logistik adalah penunggang penghantar makanan. Di sinilah peranan kerajaan seperti peranan institusi-institusi kewangan kita,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau berkata, mana-mana usahawan kecil dan sederhana yang terhenti mencari rezeki kerana Covid-19 harus diberikan galakan secara aktif.
“Mungkin buat masa ini, gerakkan usahawan ini untuk faham tentang apa perniagaan seperti peruncitan secara atas talian,” kata Dr Hatta lagi.
Turut serta Pengerusi AMANAH Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh merangkap ADUN Pengkalan Kundor;  ADUN Kubang Rotan, Mohd Asmirul Anuar Aris dan ADUN Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah.