Scammer agama: Mufti perlu jelaskan
Kredit : MSO
Dua tiga hari lalu tular seseorang yang memakai serban dan berjubah berpakaian seperti selalu dipakai ustaz dan ulama telah buat siara langsung soalat tahajud. Disertakan bersama solat itu dipamerkan nombor akauan dan juga nama penaja solat berkenaan. Solat pun boleh ditaja zaman sekarang.
Beberapa nama penaja itu kebanyakan perempuan. Si penaja akan dimasukkan atau disebut namanya dalam doa orang yang beragam macam Ustaz itu. Ini fonema baru sebenarnya.
Perbuatan itu menimbulkan persoalan para netizen. Jadi elok kalau para ulama khasnya Mufti Mufti memberi sedikit pencerahan berhubung aktivitit berkenaan. Ini penting sebab saya lihat ia macam main saham atas talian sahaja. Atau pun boleh disebut sebagai scammer agama.
Apakah ilham individu berkenaan diambil daripada sunah nikah atas talian baru baru ini? Perkara ini tidak boleh tidak perlu ada penjelasan daripada para ulama. Kita tidak mahu sesuatu yang bertentangan atau pun mencabul nilai agama itu dilakukan sewenang wenangnya.
Hanya para Mufti boleh membuat penjelasan, menteri agama walaupun bekas seorang Mufti tetapi sudah hilang kelayakan untuk menjelaskannya. Walllahualam.
Trims.