TAK SEMPAT MASA TU. KISAH KE MINYAK MASAK.....KAH..KAH..KAH
Hamzah kutuk jalan ke Pelangai berpusing-pusing buatkan dia pening. Tujuan tak lain dia nak kutuk kerajaan yang gagal bawa pembangunan la konon.
Kerajaan Perpaduan ni usianya baru 10 bulan. PN pegang kerajaan sebelum tu. Dia sendiri ada dalam kabinet selama 33 bulan. Apa yang dia buat?
Jangan lupa, sebelum 2018, BN yang memerintah. Dia ada dalam BN masa tu. Kenapa masa tu dia tak kisah langsung pun pasal Pelangai. Jejakkan kaki pun tak mahu.
Dia ingat nak kutuk kerajaan yang ada. Sebenarnya dia hina dirinya sendiri. Lebih daripada itu, dia juga hina penduduk Pelangai. Jenis cakap tak berfikir.
Masa dia dalam kabinet, dia tak buat apa pun untuk rakyat. Untuk anak dia ada la. Sekarang dah tak ada kuasa baru nak cerita. Nampak benar bohongnya. Guane boh?
Raja Gelap II
.
WALAUN..FAHAM DAK NI ?
Zainuddin Omar.
Nampak tak Ringgit Malaysia mengukuh dengan beberapa matawang negara jiran, UK dan Euro.
Ini carta sebulan.
Hanya USD yang terlalu menguat dan tentunya negara yang pegging dengan USD seperti Singapore dan Brunei akan menguat sama.
USD menguat dengan kebanyakan matawang negara lain tetapi saya jangka USD akan turun balik bulan hadapan.
Bank Negara Malaysia kata RM pegging dengan ‘a basket of currencies’ bukan USD sahaja.
Bab ini walaun terutama ‘Friends of Pas’ tak faham. Biasalah tu otak jumud. Ahaks.
ADA KEBERKESANANNYA
Zijlijeyije
baru semalam kerajaan Perpaduan umum harga baru beras hari ini keluar pekan cari dan beli beras di kawasan pandalaman al Hamdullah beras murah harga biasa sudah ada terbaik kerajaan Perpaduan PH dan BN
Zon Negeri Sabah
INI KES MABUK JALAN
Gino Marvela.
Ada orang Bersatu Pn yg anaknya sorok minyak masak paket datang ke Pelangai. Katanya dh sampai Pelangai, terpaksa makan panadol di sebabkan jalan berpusing & bengkang-bengkok.
Alahai...mangkuk nih baru kaki dia jejak tanah ka ?
Hah, mulalah dia keluar idea...nak buat jalan raya baru, nak turap jalan baru, kompleks sukan, kompleks rakyat. Tang inilah juga nak buat macam2.
Kerajaan PH & perpaduan baru membentuk kerajaan hujung tahun lepas ja. Sebelum ini waktu memerintah melalui tebuk atap 33 bulan buat apa ?
Beri kontrak minyak masak paket kepada anak, kemudian harga minyak masak 5liter naik sampai RM46. Selatan siam banyak minyak masak paket bersubsidi Malaysia.
Sapa punya kerja tu?
JOM TERJAH
Wang Xiang
BETUL atau fitnah?
Wa belum pernah sampai di sini.
Selalunya wa singgah di masjid terapung kuala ibai.
Jom semak masjid2 lain.
PERJANJIAN SYAITAN BERSAMA BERNAS.RAMAI TIDAK SEDO DANG TIDOK PAHANG.
Yusof HM
Ramai tidak sedar... apa yg berlaku kpd industri beras kebelakangan ini adalah hasil dari sebuah perancangan.
Rakyat sdg menjadi 'mangsa' kpd satu 'perjanjian syaitan' bertarikh 11 Jan 2021... sewaktu PN berkuasa selama 33 bulan dahulu...
Demi utk mendapatkan sejumlah dana bagi membiayai parti cap bunga, PM8 dgn kerjasama dari Atok saka pengkhianat no satu negara, telah memberikan satu 'kuasa monopoli' beras kpd Bernas. Satu ikatan selama 10 tahun telah dimeterai seawal mereka mengambil alih kerajaan.
Dlm perjanjian tsb, antaranya, kerajaan telah diikat dgn satu 'rantai besar'... yg akhirnya menyerahkan kpd Bernas satu kuasa 'autonomi' dlm industri beras yg menjadi makanan asas rakyat.... segala aktiviti berkenaan beras, terutama urusan eksport import, semua tertakluk kpd perjanjian yg memberikan kuasa kpd Bernas utk mencatur agenda.
Biarpun ada suara2 dari sbhgn rakyat bawahan, yg mencadangkan kpd kerajaan hari ini utk mengkaji semula perjanjian itu, dan mengembalikan semula semua urusan beras kpd LPN sepertimana dahulu, namun, terma2 perjanjian yg dimeterai, serta sejumlah besar RM yg disedekahkan kpd parti cap bunga (yg kini menjadi bukti yg sdg dibicarakan di mahkamah) telah mengikat ketat tangan dan kaki kerajaan drp berbuat apa2.
Sudah barang tentu, terma2 yg diikat dlm perjanjian itu, bukanlah sesuatu yg begitu mudah utk dirungkai dan dirombak hanya dgn satu surat mengarahkan pembatalan, sebaliknya, tidak mustahil satu pampasan yg 'sangat besar' perlu dibayar oleh kerajaan kpd Bernas, bagi menamatkan segala bentuk kuasa yg telah termeterai.
Demikianlah manifestasi sebenar, dari sebuah kerajaan yg pernah diwujudkan selama 33 bulan melalui jalan haram... yg akhirnya memilih apa jua jalan bagi mempertahankan kuasa mereka... Tak kisahlah... kalaupun perlu sampai ke peringkat menjadikan 33 juta rakyat sbg 'tebusan' pun... mereka akan lakukan. Yg penting, mereka dapat duit, dan duit itu ditabur semahu2nya sewaktu PRU 15, dgn harapan rakyat Malaysia yg 'bodoh' boleh dibeli dan diperbodohkan utk selama2nya... namun takdir Allah, dgn berbilion RM yg mereka taburkan, Allah tak izinkan mereka utk terus bermaharajalela ditampuk kuasa.
Nah....skrg, rakyat kebanyakan sdg berhadapan dgn kesan dari perjanjian syaitan itu.. semua lapisan terutama melayu marhaen di kampung2 bising, beras tempatan tak ada. Dlm masa yg sama beras import naik berkali ganda.
Namun seperti biasa... apa jua masalah yg berlaku, bukan salah mereka, tapi salah kerajaan yg memerintah... walaupun yg mencipta masalah itu mereka. Masih ada 'tangan2 tua bangka nak mampus' yg masih mencatur sesuatu dgn menjadikan rakyat sbg mangsa. Memang sial benarlah si tua bangka itu.
Peduli apa... "Aku, kroni dan anak pinak aku sudah tersangat kaya...aku peduli apa"!
🥱🥱🥱🥱🥱
AMBIL IKHTIBAR MAKAN BERPADA PADA. JANGAN SALAHKAN KERAJAAN.
Kisah isteri artis makan kena caj mahal tu, katanya dia makan di Tepian Tebrau. Seingat aku, tempat tu memang mahal.
Pengalaman aku masa bujang dulu pernah makan dengan dua orang kawan aku. Makan sup campur je. Sekali tengok kena RM21. Tahun 1998, RM21 untuk tiga orang makan dah kira mahal.
Lepas tu bukan sedap mana. Sup campur dia pun banyak daging je. Sebelum bayar, aku tanya, aku order tadi sup campur. Apsal dalam tu ada daging je? Salah hantar ke sup campur dia memang ada daging je? Dia kata memang macam tu.
Sebelum balik, aku cakap kawan aku bawak balik pinggan cawan semua sebab dah kira sekali dah. Brader yang ambik duit tu tengok aku kecik besar kecik besar je agaknya..
Satu lagi tempat mahal di Senibong. Itu pun tempat habiskan duit. Kalau makan kat situ, tak payah nak merungut kalau kena bayar lebih.
Sebab tu sebagai orang JB pun, aku jarang masuk tempat macam tu. Baik aku pergi LC Catering. Lagi murah dan berbaloi. Ada banyak kedai lain sekitar JB yang lebih berpatutan.
Aku tak sokong sesiapa sebab aku pun tak ada di tempat kejadian. Cuma nak pesan, ambil tahu dekat mana kita nak makan. Jangan main terjah je. Kalau rajin, tengok review di Google dulu.
Jangan buat perangai lebai dan walaun. Masa order tak ingat dunia. Time bayar salahkan kerajaan dan PMX. Itu dungu namanya. Makan ikut kemampuan kita. Kalau mampu, bayar. Tak mampu kalu, cari tempat lain. Banyak lagi yang murah. Guane boh?
Raja Gelap II
.
JOM KAWAN KAWAN BIJAK SANA. KITA BACA DAN KAJI. JANGAN IKUT WALAUN. MALAS MEMBACA.
Ada kawan tanya mana beras tempatan?
Begini sahabat. Keperluan setahun beras negara kita adalah 2.5 juta metrik tan. Negara hanya produce 65% atau 1.5 juta metrik tan. 1 juta tan lagi kita import.
Yang 65% tu termasuklah padi huma, padi wangi dan beras istimewa yang lain macam beras Bario. Tinggallah 60% sahaja beras putih.
Yang banyak beli beras tempatan dulu dari pengilang adalah pembekal tender kerajaan untuk kem tentera, sekolah dan sebagainya. Malah bee hoon pun banyak guna beras tempatan sebab kosnya murah. Jadi mereka ni buat kontrak dengan kilang untuk dapatkan beras tempatan.
Maka tinggallah 30-40% sahaja yang dipasarkan ke pasaraya iaitu lebih kurang 1 juta metrik tan. Sebab itulah kat pasaraya dari dulu yang banyak adalah beras import sebab beras import permintaannya tinggi kerana harganya tidak jauh beza dengan beras tempatan.
Kita kena ingat pengeluaran padi di negara kita bukan dituai setiap bulan. Setahun hanya dituai 2 kali sahaja. Misalnya musim ini, MADA di Kedah baru tuai 20% padinya. Beras ni pula perlu melalui satu tempoh mengusang supaya kualitinya lebih baik dan tidak mudah basi.
Sebenarnya harga beras import dunia dah mula naik sejak awal tahun ini tapi kita semua tak perasan sebab Bernas masih kekalkan harga RM2,350 untuk 1 tan. Tapi bila kenaikan harga beras dunia telah naik 60%, Bernas terpaksa buat pelarasan harga kepada RM3200/tan. Jika Bernas tak buat, Bernas kena tanggung kerugian RM800 juta sebulan. Keadaan ini boleh menjejaskan 10 obligasi Bernas kepada Kerajaan.
Bila BERNAS buat pelarasan harga baru kepada RM3200/tan - pengusaha restoran mula beralih ke beras tempatan dan ada yang menempah terus dari kilang. Keadaan ini menyebabkan kenaikan mendadak permintaan beras tempatan dan sebab itulah beras tempatan makin hilang di pasaraya.
Sebelum harga beras import naik - kita tak ambil tahu sangat jenis beras yang kita beli. Selalunya kita beli ikut brand. Misalnya dulu Beras Import jenis standard harganya sekitar RM2.80/kilo ke RM3.20/kilo. Tak jauh beza dengan beras tempatan.
Tapi sekarang ni bila harganya jauh berbeza, orang mula cari beras yang lebih murah dan tentulah beras tempatan yang paling murah sebab harganya dikawal RM2.60 sekilo. Isunya sekarang ni orang nak cari beras murah, bukannya sebab beras tempatan atau beras import. Nak beras tu murah je.
Masalahnya beras murah (tempatan) susah nak jumpa sekarang ni. Memanglah susah nak jumpa sebab yang ada dalam simpanan kilang kebanyakkannya dah diborong awal dan kilang terikat dengan kontrak yang telah dipersetujui. Inilah yang kita kata gangguan pasaran telah berlaku. Permintaan yang naik tak dapat ditampung penawaran yang ada.
Adakah kerajaan khususnya Menteri Pertanian duduk sahaja dan tidak memikirkan kaedah untuk menyelesaikan isu ini? Jawapannya tidak.
Menteri telah mengarahkan pelbagai langkah intervensi bagi menyusun semula edaran dan menyusun penggunaan beras tempatan yang memang terhad dari sebelum beliau jadi kerajaan lagi.
Apa yang Menteri Pertanian sedang buat?
1. Beliau telah hadkan pembelian 100kg untuk seorang supaya belian panik tak berlaku.
2. Beliau telah meminta pengilang memberikan 20% stok beras mereka kepada FAMA dan LPP untuk dipasarkan terus ke kawasan luar bandar yang banyak kumpulan B40. Yang diviralkan pembangkang adalah video orang beratur menunggu beras di outlet FAMA. Sedangkan kekecohan itu hanya berlaku di 2 daripada 35 tempat dan Menteri telah arahkan stok yang lebih banyak dihantar pada pusingan kedua.
3. Beliau telah mengarahkan Kementerian Pertanian untuk berbincang dengan Kementerian Kewangan supaya tender kerajaan menggunakan beras import sahaja.
4. Beliau telah memberikan lesen borong kepada pengusaha restoran supaya mereka boleh membeli beras import pada harga borong RM3.20 sekilo daripada Bernas.
5. Yang terkini beliau telah mengarahkan pegawai untuk mengkaji jumlah subsidi yang perlu dikeluarkan jika Kerajaan ingin mensubsidikan beras import. Jika Kerajaan nak subsidikan 1 juta metrik tan beras import setahun, kerajaan mungkin perlu menanggung sehingga RM1 bilion setahun. (Kiraan rasmi masih sedang dibuat). Nak laksanakan ini perlu bawa paper ke kabinet dan memerlukan sedikit masa untuk Kementerian mengkaji pros n cons.
Langkah yang disebut di atas ini hanyalah langkah jangka pendek.
Yang lebih penting adalah apakah langkah yang perlu diambil untuk memastikan SSR beras negara mencapai 100% dalam tempoh 5 tahun mendatang yang sejak 60 tahun merdeka - usaha mencukupkan beras negara tak dijadikan keutamaan kerajaan.
Antara langkah jangka panjang yang sedang dibuat oleh Menteri Pertanian adalah:
1. Berjaya mendapatkan bajet lebih RM3 billion untuk memperbaiki saliran di kawasan MADA Kedah supaya padi boleh ditanam 5 musim dalam masa 2 tahun.
2. Sedang menyiapkan paper untuk membuka 200 ribu ekar sawah di Sabah yang mungkin menelan belanja lebih RM3 billion.
3. Meminta MARDI mempercepatkan kajian benih yang boleh dituai dalam masa 75 hari supaya 3 musim dalam setahun boleh dibuat.
4. Meminta MARDI menghasilkan benih yang tahan air masin supaya kawasan sawah terbiar berhampiran dengan laut dapat dibangunkan semula.
5. Menggalakkan pesawah dan syarikat swasta mengusahakan sistem Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) supaya hasil tuaian dapat ditingkatkan ke 7 tan/hektar daripada hasil tuaian sekarang yang masih sekitar 3 tan/hektar.
6. Mengarahkan MADA, KADA dan IADA menggunakan jentuai padi yang moden supaya tumpahan padi dapat diminimumkan. Sekarang ni jentuai yang banyak diguna adalah jentuai untuk menuai gandum.
Maka dah tiba masanya agenda keterjaminan makanan dijadikan agenda utama negara. Jika nak lakukan reform - inilah masanya.
Nota: Saya rasa geli hati juga bila melihat gelagat EXCO yang mempersoalkan Menteri macam tak buat kerja sedangkan kita boleh tanya dia - sejak dia jadi EXCO, apa usaha yang dia buat untuk cukupkan SSR beras di negeri dia. 😅
HATI HATI YA YANG CUBA SABOTAJ. JERAT HAMPIR MENGENA.
Geng kartel sorok beras tempatan mula gelabah bila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengadakan Jualan Beras import pada harga Rahmah seluruh negara.
Pemangku Menteri KPDN Datuk Armizan Mohd Ali berkata, bermula hari ini, pengguna boleh mendapatkan beras import lima kilogram (kg) pada harga tidak melebihi RM15 dan kampit 10kg pada harga di bawah RM30, di mana-mana program Jualan Rahmah di kawasan mereka.
Buktinya bila stok beras tempatan mula muncul dengan banyak di pasaraya² tempatan! Ini telah membuktikan bahawa dakwaan pembangkang bahawa Kerajaan Perpaduan menyorok & menahan penjualan Beras Tempatan adalah fitnah semata-mata!
Entah-entah mereka yang baling batu & sembunyi tangan semata-mata untuk menyalahkan & memburukkan PMX & Menteri² Kerajaan Perpaduan agar rakyat marah & menjatuhkan imej Kerajaan Perpaduan dengan fitnah & dakyah songsang yang tidak benar!
#PMXBEST
#KerajaanPerpaduan
#KPDN
AWAT TAK PILIH DIA...WALAU DAH MEREGON ,PEMUJA DIA DOK USUNG LAGI SANA SINI.
TERLALU PANTAS TOLAK TUN M CALON DI KEMAMAN, PAS JELAS TAK BERBUDI BAHASA
Hanya sehari selepas digambarkan perlunya Tun Mahathir Mohamad diletakkan bertanding di Kemaman, Pas dengan pantas menolak kemungkinan tersebut.
Naib Presiden Pas merangkap Menteri Besar Terengganu, Ahmad Shamsuri Mokhtar dipetik sebagai berkata, Pas tidak bercadang untuk mencalonkan Tun Mahathir dalam PRK Kemaman yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Malah, katanya,, tidak ada perbincangan dalam Pas untuk perkara itu.
Dalam hal ini, Pas jelas ternampak kurang berbudi bahasa terhadap Tun Mahathir yang telah mereka lantik sebagai penasihat khas untuk empat negeri tadbirannya – Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis – dalam konteks menarik pelabur dan membangunkan ekonomi keempat-empat negeri berkenaan.
Sepatutnya, dalam kedudukan Tun Mahathir berlapang dada memberi khidmat secara percuma kepada empat negeri berkenaan dan berikutan timbulnya isu berkaitan, apalah salahnya jika Pas datang bertanya dahulu kepada bekas Perdana Menteri dua kali itu sama ada sedia bertanding lagi atau pun tidak.
Jika setelah Tun Mahathir menolak dan tidak sedia lagi untuk berganding, barulah dibuat pengumuman mengenainya.
Buat sementara ini, tak bolehkah Pas bersikap diplomasi sedikit dengan tidak menolak terus kemungkinan meletakkan bellau sebagai calon di Kemaman, sebaliknya cuba mencari masa mengunjungi Tun Mahathir terlebih dahulu?
Ini tidak, begitu cepat dan pantas sekali Pas menolak dan mengatakan tiada rancangan untuk mencalonkan beliau di Kemaman.
Bagaimana jika dalam hati Tun Mahathir sebenarnya sudah bertunas bunga-bunga keinginan untuk bertanding di Kemaman, sebaik saja diketahui ada PRK di kawasan itu?
Tidakkah ini secara tidak langsung mengecewakan Tun Mahathir?
Jika diimbas kembali hubungan Tun Mahathir dengan Pas sejak 2018 lalu, satu-satunya sikap terpuji beliau ialah sentiasa menunjukkan tangan terbuka, berlapang dada dan baik hati terhadap parti itu.
Bila-bila masa saja pimpinan Pas ingin bertemu dan bertandang ke kediamannya, tidak pernah sekali pun Tun Mahathir menolaknya.
Ketika PRN dan PRK Simpang Jeram, Tun Mahathir tidak pernah menolak untuk turun berkempen membantu Pas.
Begitu juga ketika dilantik sebagai penasihat khas empat negeri tadbiran Pas atau SG4, sekali lagi Tun Mahathir dengan lapang dada menerimanya semata-mata kerana hasrat ingin membantu memajukan lagi empat negeri berkenaan.
Di PRK Pelangai ini pun dikhabarkan Tun Mahathir akan turun juga berkempen membantu Pas.
Kenapalah Pas tidak boleh membalas kebaikan hati Tun Mahathir itu?
Walhal, jika Tun Mahathir diletakkan sebagai calon di Kemaman dan Insya Allah akan menang, suaranya di Parlimen dalam membawa kepentingan empat negeri itu kepada kerajaan pusat tentulah tambah berkesan lagi.
Tetapi dengan awal-awal lagi menolak Tun Mahathir, selain memperlihatkan Pas kurang berbudi bahasa, yang lebih banyak rugi dan menolak tuah ialah Pas sendiri.
Berbanding Tun Mahathir dengan Che Alias Hamid yang Pas nampaknya lebih cenderung untuk mencalonkan semula beliau dalam PRK Kemaman nanti, apakah peranan yang boleh dimainkannya dalam di Parlimen?
Pernahkah beliau bersuara selama ini di Parlimen? – ShahbudinHusin 05/10/2023.
https://shahbudindotcom.net/
OTAK SELUT
Radin Mohamad Imadudin.
Sama macam puji pendidikan Jepun minta murid bersihkan tandas. Bila Malaysia baru nak cadang minta murid cuci tandas, berbakul bakul kena kutuk.
Kita memang dalam dunia serba kontradik.
Teringat joke one ustazah terkenal, bercerita pasal kebaikan poligami. Akhirnya bila semua audiens wanita impressed, dia kata, poligami baik untuk suami orang.. Yang penting, bukan suami dia..
I was like... Hmmmphh..
😊
BEZA 'PEJUANG ISLAM' DAN 'PEJUANG KHAWARIJ'
1. Pejuang Islam tidak menghukum, mereka pendakwah. Tidak kafirkan atau munafikkan orang lain sesuka hati.
2. Pejuang Khawarij sangat mudah menghukum dan 'downgrade' iman orang lain dengan pelbagai label Kafir, Munafiq, Anti-Islam, Sekular dan Liberal.
3. Pejuang Islam punyai akhlak yang baik cerminan ajaran Islam. Sabda Nabi "Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak".
4. Pejuang Khawarij pula bawa slogan Islam tapi lakukan dosa besar seperti Qazaf, memaki hamun, mencela, mencarut, memfitnah dan pemimpin begitu dijadikan idola dan dianggap layak mati syahid.
5. Pejuang Islam lakukan ibadah tidak menunjuk-nunjuk, tidaklah sampai buat live nak bagitau dunia "aku tahajjud".
6. Pejuang Khawarij pula solat, puasa, bacaan Quran mereka hebat, ibadah orang lain dianggap lekeh, Amalan dan mimpi2 pemimpin juga diwar-warkan.
7. Pejuang Islam berlapang dada dan faham tidak semesti berjuang dalam kelompok mereka. Ramai juga berjuang dalam ekonomi, politik, pendidikan, keusahawanan, basmi kemiskinan untuk penuhi tuntutan agama makmurkan bumi Allah.
8. Pejuang Khawarij rasakan hanya mereka sahaja pejuang Islam, selain dari mereka dianggap "lawan perjuangan Islam" kerana Islam mesti tertegak ditangan mereka.
9. Pejuang Islam menyokong perkara baik, menentang yang mungkar.
10. Pejuang Khawarij pula, perkara baik seperti nokhtah kemiskinan, prinsip Madani pun ditentang, dicipta fitnah malah dituduh Firaun. Kerana kebaikkan itu bukan dibuat oleh puak mereka.
Jauhilah fikrah Khawarij kerana Nabi SAW menyebut: "Khawarij adalah anjing-anjingnya neraka" (HR Ahmad)
Ahmad Mursi.
Gambar ni buat aku teringat ke PAS.
Tuan puteri ingat dia cium katak, katak tu boleh jadi putera kacak. Sekali dia pulak yang jadi katak. Tu yang buat aku rasa sama macam PAS.
Bila PAS bersama Bersatu, ingatkan PAS ubah parti tu jadi lebih Islamik. Sekali tengok, PAS yang jadi pengkhianat dan korup. Guane boh?
Raja Gelap II
.
KELANTAN BAKAL KEMBALI KEPADA 2 PENGHULU SATU KAMPUNG.
Che Ibrahim
1. Sejarah 2 penghulu satu kampung bakal berulang, itulah kehendak politik semasa, sesuatu yang tidak boleh dielak akibat semua benda digerakkan atas nama politik. Penyelesaiannya terpaksa kembali kepada sifir urusan Persekutuan serah kpd agensi persekutuan, urusan negeri serah kepada agensi negeri.
2. Penubuhan JPKKP disambut baik oleh parti parti dalam Kerajaan Madani, namun ianya satu ujian baru kepada kesepakatan Kerajaan Perpaduan. Sejauh manakah BN dan PH dapat berteloransi dalam mengagihkan secara adil "ghanimah" ini atau mereka terpaksa bercakaran untuk beberapa waktu mencari formula agihan 636 mukim JPKKP seluruh Kelantan.
3. BN mungkin tidak banyak cabarannya kecuali sekadar berusaha mendapat sebanyak mukim kouta JPKKP untuk mereka. Berlainan dengan PH, dalam usaha mereka untuk memenuhi kehendak mendapat sejumlah kouta yang relevan untuk PH, mereka bakal pula berhadapan kemelut agihan mukim antara PKR, Amanah dan Dap yang sudah tentu akan berusaha untuk mendapat sejumlah JPKKP yang relevan bagi parti masing masing setelah mereka kecewa semasa agihan kerusi PRN baru baru ini.
4. BN mungkin belum diuji dengan situasi ini kerana BN tidak dianggotai banyak parti. UMNO dilihat sebagai penguasa tunggal kepada BN. Berbeza dengan PH, pengalaman berkongsi kuasa bersama Bersatu, PKR, Amanah dan Dap semasa 22 bulan berkuasa telah meninggalkan banyak kenangan pahit termasuk perlantikan JPKKP (dulu dikenali sebagai MpkkP) yang hanya sempat menikmati bayaran 2 bulan elaun, hari ini terima watikah perlantikan JPKKP, esok kerajaan PH jatuh!!!!!!
MEMANG LA LAWAK SEBAB DNAA MANA ADA DALAM ISLE. MUNG DOK PAHANG ..
Mahiaddin mohon DNAA untuk kesnya. Lawak tak?
Pertama, Hadi kena nasihatkan dia. DNAA tak ada dalam Islam, ikut kata Hadi. Jadi sebagai parti yang mendakwa memperjuangkan Islam, takkanlah Hadi rela Mahiaddin berbuat sesuatu yang tiada dalam Islam?
Kedua, Mahiaddin kata DS Anwar campur tangan dalam urusan mahkamah masa Zahid dapat DNAA tempohari. Kalau dia yakin DS Anwar betul campur tangan, takkan dia berani nak mohon DNAA untuk kesnya?
Di sinilah kita boleh nampak dengan jelas hipokrasi kedua-dua makhluk ini. Sudah terang percakapan mereka, termasuklah soal hukum agama, hanyalah untuk mengelirukan penyokong mereka yang selalu gagal berfikir. Bukanlah kebenaran. Guane boh?
Raja Gelap II
.