SUK Selangor: Bukti Umno BN wajar ditolak


Harakahdaily

IPOH, 3 Jan: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain (gambar) berkata, isu perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor merupakan suatu lagi petanda diberikan Allah kepada rakyat Malaysia bahawa kerajaan Umno BN wajar ditolak dalam pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, kes perlantikan tersebut jelas menunjukkan kerajaan Umno BN memberi amanah bukan untuk kepentingan rakyat tapi untuk kepentingan peribadi mereka.

Menurutnya lagi, tujuan utama perlantikan SUK kerajaan negeri, di mana-mana negeri sekalipun, adalah supaya dapat membantu menggerakkan pengurusan kerajaan negeri berkhidmat kepada rakyat.

“Menjalankan tugas mentadbir sesuatu negeri bukan suatu yang mudah malah memerlukan kelayakan dan kerjasama daripada pelbagai pihak baik Adun yang dilantik oleh rakyat ataupun kakitangan kerajaan,” jelas beliau di dalam blognya.

Dalam kes di Selangor, perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK sepatutnya tidak berlaku kerana beliau telahpun mempunyai masalah yang kritikal sebelum ini dengan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor sewaktu beliau masih menjawat jawatan Pengarah Jais.

Jelas, ujarnya ini menunjukkan beliau tidak boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri seterusnya menjalankan amanah yang diberikan dengan baik.

Beliau juga berkata, Khusrin jelas dilihat sebagai agen yang dihantar Umno Barisan Nasional untuk mengganggu pentadbiran Pakatan Rakyat di Negeri Selangor

Ini, katanya kerana Umno BN tidak dapat menerima kenyataan bahawa kerajaan Selangor kini di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Beliau juga menyatakan bahawa Umno BN sememangnya cuba untuk mendapatkan semula negeri Selangor dengan apa cara sekalipun dan buktinya Umno BN sudah Berjaya mendapatkan Perak dengan cara rampasan kuasa sebelum ini.

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga menyeru agar rakyat Malaysia menolak kerajaan BN kerana perlantikan itu menunjukkan kerajaan BN tidak meletakkan khidmat kepada rakyat sebagai misi utama mereka sebaliknya berkhidmat memenuhi kepentingan dan kehendak nafsu mereka.

Menurutnya lagi, jika sebelum ini rakyat tercari-cari apakah buktinya bahawa kerajaan pusat BN sering menindas kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat, kes perlantikan SUK itulah bukti yang kukuh.

“Inilah perangai yang ditunjukkan kerajaan BN iaitu mengutamakan kepentingan peribadi berbanding amanah berkhidmat untuk rakyat,” katanya.

Beliau juga mengajak semua pihak untuk bertakwa kepada Allah.

Jelasnya, semua pihak harus ingat bahawa berkhidmat untuk rakyat bukan sekadar membantu rakyat menghadapi kehidupan dunia, sebaliknya membantu rakyat menghadapi kehidupan dunia dan akhirat yang kekal abadi.

Tambahnya, lagi dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. digambarkan bahawa kemusnahan akan berlaku sekiranya amanah diberikan kepada orang yang bukan ahlinya.

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w., bertanya tentang bilakah terjadi kiamat. Rasulullah s.a.w. menjawab yang bermaksud: Apabila hilang amanah, tunggulah kiamat itu. Orang itu bertanya lagi: Bagaimanakah keadaan itu berlaku? Jawab Rasulullah s.a.w. : Iaitu apabila sesuatu urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamatnya (kerosakan).

KUTUK MAJIKAN PUN KENA....HA UTUSAN MELOYA....


Kelantangan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari akhirnya membawa padah apabila beliau dipanggil menjalani siasatan dalaman oleh majikannya Utusan Melayu Bhd berhubung komen-komennya di media. Menurut Hata, menurut surat daripada bahagian sumber manusia Utusan, beliau dikehendaki hadir bagi sesi itu di ibu pejabat syarikat penerbitan akhbar itu di Cheras pada 6 Januari. "Saya dibenarkan melantik seorang wakil dalaman bagi berhujah bagi pihak saya," katanya. Beliau dituduh menyindir pengurusan dan memburukkan imej syarikat ekoran komennya dalam pelbagai akhbar, terutama portal berita, antaranya mengkritik Utusan Malaysia.

PKR CABAR RAIS SUMPAH LAKNAT


PKR CABAR RAIS SUMPAH LAKNAT



Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim agar melakukan ‘Sumpah Laknat’ di Masjid Negara atau melalui RTM jika beliau benar-benar tidak melakukan jenayah rogol terhadap pembantu rumahnya, Robengah, pada 2007.

Naib Ketua Cabang merangkap Setiausaha Cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan mencabar Rais bagi membersihkan namanya yang didakwa melakukan jenayah rogol tetapi disembunyikan oleh Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Tun) dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

“Memandangkan Rais masih berada dalam Kabinet Malaysia, maka saya mencabar beliau untuk membuat ‘Sumpah Laknat’ bagi membersihkan nama Malaysia kerana pindaan Undang-Undang Seksyen 376 Kanun Keseksaan dilakukan ketika Rais menjadi Menteri Kehakiman,” ujar Zainuddin yang memuji tindakan berani media mendedahkan kelakuan pemimpin UMNO yang lembut gigi daripada lidah.

Bagi PKR kata Zainuddin, tidak pernah berniat serong untuk mendedahkan keaiban pemimpin BN terutama Menteri Kabinet Najib selepas Pak Lah meninggalkan ‘saka’ yang bersiluman di dalam tubuh menteri yang mengkhianati amanah rakyat.

“Kita tidak mahu Malaysia terpalit dengan pelbagai Skandal Seks kerana dunia mengetahui Malaysia ialah Negara Islam dan Negara Hukum. Menyembunyikan perbuatan jenayah rogol dan melindungi penjenayah adalah perbuatan terkutuk. Jika ingin Malaysia terus dihormati oleh dunia, jalankan siasatan dan hukuman setimpal,” ujar Zainuddin yang berkata Rais masih berpeluang membersihkan namanya dengan meletakkan jawatan dan bersedia tampil di mahkamah atau melakukan ‘Sumpah Laknat’.

Undang-undang di Malaysia kata Zainuddin tidak pernah membezakan kasta, hanya pemimpin dan pihak berkuasa yang sering menyalahgunakan kuasa untuk melindungi diri mereka daripada menerima hukuman dunia; namun sebagai manusia yang beragama sudah pasti tidak akan terlepas daripada hukuman di akhirat.

Tegas Zainuddin lagi, menurut undang-undang Islam, jika didapati bersalah Rais dan mereka yang bersubahat boleh direjam sehingga mati, namun undang-undang sekular mungkin akan menyelamatkan Rais di Malaysia.