Panas: Di Pecat, Mat Said Mungkin Akan Sertai KeADILan !
Bukan rahsia lagi bahawa Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said
hampir pasti akan dipecat dari jawatannya akibat kegagalan BN
mengekalkan 2/3 kerusi DUN Terengganu dalam PRU13 yang lepas.
Ahmad Said atau kebelakangan ini lebih dikenali sebagai Mat Said
Gardenia (kerana tindakannya 'mencuri' roti Gardenia dari lori untuk
diberi kepada mangsa banjir tahun lepas) ini mula dilantik sebagai
Menteri Besar selepas PRU12 pada tahun 2008.
Ura-ura penyingkiran Mat Said dari jawatan tersebut sudah semakin hangat
diperkatakan di negeri tersebut sejak minggu lepas lagi, dengan
penggantinya pun sudah dikenal pasti iaitu ADUN Seberang Takir, Dato'
Ahmad Razif Abdul Rahman.
Menurut sumber, selain kegagalan tersebut, Mat Said juga ada beberapa
isu dengan pihak Istana yang menjadi barah sehingga membawa kepada
penyingkirannya kali ini. Menariknya, Mat Said dulu adalah orang
pilihan Istana untuk mengenepikan Idris Jusoh dari kerusi Menteri Besar.
Pemecatan Mat Said bagaimanapun dilihat satu rahmat terpijak untuk
Pakatan Rakyat bila dia dan beberapa orang ADUN BN (antara 2-4 orang)
dikatakan telah membuat keputusan untuk menyertai PKR dan seterusnya
membentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat di Terengganu.
Ini bukan cerita baru kerana perbincangan Mat Said untuk menyertai PKR
ini telah pun bermula dari pilihanraya kecil Kuala Besut lagi, apabila
BN mengenepikan calon pilihan Mat Said untuk memberi jalan kepada calon
pilihan Idris Jusoh.
Bagaimanapun, campur tangan saat akhir untuk mengelakkan Mat Said
menyertai PKR, menyaksikan calon pilihan Mat Said, Tengku Zaihan Che Ku
Abdul Rahman dipilih semula dan akhirnya menang dalam pilihanraya kecil
berkenaan mengalahkan calon PAS, Endot@Azlan Yusof dengan majoriti
meningkat berbanding PRU13.
Tengku Zaihan atau Abe Ku ini juga dikatakan termasuk dari kalangan 2-4
orang ADUN yang akan ikut bersama Mat Said untuk menyertai PKR.
Pakatan Rakyat berharap ura-ura ini akan menjadi kenyataan dan dengan
itu kita boleh menambah Terengganu dalam koleksi negeri terbaru yang
kita berjaya perintah.
Terengganu penting dalam perkiraan Pakatan Rakyat untuk menawan
Putrajaya kerana berbeza dengan kebanyakkan negeri di Semenanjung
Malaysia ini, Terengganu dilimpahi dengan rahmat royalti minyak, setaraf
dengan Sabah dan Sarawak.
Pendek kata, Pakatan Rakyat tidak perlu berusaha keras mencari duit
untuk Terengganu kerana pendapatan hasil royalti minyak ini sudah
tersedia untuk digunakan tanpa susah paya bekerja.
Sebaliknya sekarang, Pakatan Rakyat perlu memikir cara terbaik untuk
menguruskan wang yang banyak ini bagi membantu usaha menawan Putrajaya
pada PRU14 yang akan datang.
PAHANG DAILY ONLINE