Lupus beras perlu dirujuk kepada Kawalselia Padi dan Beras - KPKM

 



Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memandang serius isu tular pembuangan beras dan barang keperluan lain di suatu lokasi di Temerloh, Pahang kerana sebarang langkah pelupusan bahan makanan asas negara itu perlu dirujuk kepada Kawalselia Padi dan Beras (KPB).



Kementerian dalam kenyataan berkata isu tersebut masih dalam siasatan di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 dan menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara itu.



"KPKM memandang serius isu tular yang berlaku dan mengambil langkah segera dengan menjalankan siasatan melalui KPB Cawangan Temerloh ke lapangan. Turut hadir ke lokasi adalah pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).



"Lokasi kejadian tersebut berlaku di tempat pembuangan sampah berhampiran Jalan Pintasan Rumpun Makmur - Gunung Senyum, Kuala Krau, Temerloh, Pahang. Berdasarkan penemuan awal, pihak KPB Cawangan Temerloh mendapati bahawa beras-beras tersebut telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan," kata kenyataan itu.



Terdahulu pagi ini, bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said dalam kenyataan mengakui beras yang dibuang itu adalah miliknya yang sebelum ini disimpan secara pukul untuk memenuhi keperluan penduduk di kawasannya.



Ismail berkata, barangan dapur itu terpaksa dilupuskan kerana sudah rosak dan tidak lagi sesuai untuk diagihkan.



Katanya pembelian barangan dapur itu tidak melibatkan peruntukan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri Pahang serta tidak melibatkan peruntukan barangan dalam tempoh Covid-19 atau persiapan menghadapi banjir



"Barangan dapur ini disediakan menggunakan peruntukan peribadi, sebelum tempoh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 pada tahun 2022.



"Umum mengetahui bahawa dalam tempoh berkempen tiada sebarang pemberian barangan kepada orang awam dibenarkan.



"Saya mengambil tanggungjawab dan sangat menyesali perkara ini dan memohon maaf kepada semua pihak atas kekhilafan dalam memantau cara pelupusan barangan dapur berkenaan," katanya.



Untuk rekod, Ismail memegang kerusi Parlimen Kuala Krau selama empat penggal bersama Barisan Nasional sebelum tewas kepada calon Perikatan Nasional, Kamal Ashaari pada Pilihan Raya Umum ke-15.

·         beras

 

Kes Najib: Titah Adendum bidang kuasa Agong, PM ambil sikap berkecuali



 

Oleh: Abdullah Zaid




Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak mahu terlibat dengan perbincangan berkaitan Titah Adendum atau tambahan oleh Yang di-Pertuan Agong berkenaan tahanan di rumah terhadap bekas PM Najib Razak.



Ahli Parlimen Tambun itu sebaliknya berkata, perkara tersebut adalah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan melibatkan Yang di-Pertuan Agong serta Raja Raja Melayu.



"Saya tak mahu terlibat soal perbincangan Titah Adendum kerana ini bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan wewenang sepenuhnya Yang di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu.



"Oleh itu semua pihak sepatutnya terima kenyataan tersebut dan terus dengan tumpuan kita untuk jamin keamanan, perkukuhkan kestabilan politik dan membangunkan negara," katanya kepada pemberita usai solat Jumaat di Masjid Bandar Teknologi Kajang, Selangor, petang tadi.



Selain itu, berkenaan afidavit yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi, Perdana Menteri berkata beliau juga maklum dengan perkara berkenaan.



Namun katanya, pendirian kerajaan adalah tidak mencabar sebarang keputusan melibatkan institusi beraja di mahkamah, selain menjelaskan afidavit yang dibawa Zahid Hamidi atas kapasitinya sebagai Presiden UMNO.



"Urusan Raja-Raja tidak harus dicabar jadi sebab itu saya tidak mahu ulas selain menyatakan ini prinsip kerajaan sejak merdeka," katanya lagi.



Menerusi afidavit dibawa Ahmad Zahid pada 9 April lalu, beliau dimaklumkan mengenai kewujudan titah itu oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika pertemuan di rumah Presiden UMNO berkenaan di Country Heights, 30 Januari tahun lalu.



Zahid dilaporkan berkata, beliau melihat dan membaca Titah Adendum itu dan jelas dengan isi kandungannya.

 


AKMAL BALUN ANWAR SEBAB NAJIB DI PENJARA! KEPERCAYAAN BAHAWA NAJIB UMNO ...

TITAH AGONG BERI TAHANAN RUMAH KEPADA NAJIB, INI PENDAPAT PEGUAM

 

Peguam melahirkan kebimbangan terhadap dakwaan Najib Razak mengenai titah tambahan diraja supaya dia menghabiskan baki hukuman penjara dengan menjalani tahanan rumah.

Bercakap kepada Malaysiakini, pengamal undang-undang mempersoalkan apakah pengampunan diraja boleh meliputi “peruntukan tahanan rumah”.

Peguam Goh Cia Yee berpendapat kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan harus dihadkan kepada perundangan sedia ada untuk menjatuhkan hukuman.

Ini, kata Goh, sama ada memberi pengampunan penuh kepada Najib atau mengurangkan hukuman terhadap bekas perdana menteri itu.

“Kita tidak pasti pada ketika ini apakah maksud titah tambahan yang didakwa itu apabila menyebut tentang tahanan rumah.

“Adakah ia menyatakan keadaan sebenar tahanan rumah ini? Ia boleh menjadi sangat kabur, yang seterusnya akan menjadikan titah sedemikian tidak boleh dikuatkuasakan. Adakah ini bermakna perintah berkurung atau sekatan sepenuhnya di rumah?” soalnya.

Sementara itu peguam Andrew Khoo turut berkongsi pandangan yang sama.

Khoo berpandangan titah Agong atau Lembaga Pengampunan untuk memerintahkan tahanan rumah boleh melanggar perlembagaan.

Memetik Perkara 42(1) dan 42(2) Perlembagaan Persekutuan, dia menyuarakan kebimbangan sama ada kuasa Agong untuk memberikan pengampunan dan meringankan hukuman boleh merangkumi kuasa untuk menitahkan seseorang yang disabitkan kesalahan menjalani hukuman dengan cara tertentu.

Perkara 42(1) menyatakan Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan lain yang dilakukan di dalam Negerinya.

Perkara 42(2) juga menyatakan bahawa tertakluk kepada Fasal (10), dan tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan undang-undang persekutuan yang berhubungan dengan peremitan hukuman kerana kelakuan baik atau khidmat khas, apa-apa kuasa yang diberikan oleh undang-undang persekutuan atau undang-undang Negeri bagi meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman bagi apa-apa kesalahan bolehlah dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong jika hukuman itu telah dijatuhkan oleh mahkamah tentera atau oleh mahkamah sivil yang menjalankan bidang kuasa di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, dan dalam apa-apa hal lain, kuasa itu bolehlah dijalankan oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri tempat kesalahan itu telah dilakukan.

“Persoalan umum yang mungkin diajukan ialah sama ada perkataan ‘memberi ampun’, ‘tunda hukum’, ‘lega hukum’, ‘meremitkan’, ‘menggantung’ dan ‘meringankan hukuman’ boleh dikatakan menerangkan cara sesuatu hukuman itu dilaksanakan,” kata Khoo kepada Malaysiakini.

Titah adendum untuk tahanan rumah

Najib memohon kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi pelaksanaan titah tambahan oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, berkaitan pengurangan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun dan pengurangan denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Menurut afidavit sokongan yang dibuatnya, Najib mendakwa titah adendum dalam pengampunan diraja membenarkan dia untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dengan tahanan di rumah.

Justeru, dia memohon mahkamah mengarahkan menteri dalam negeri, peguam negara, Lembaga Pengampunan, kerajaan persekutuan dan beberapa lagi responden untuk mengesahkan titah tersebut.

Menurut salinan permohonan semakan kehakiman itu, Najib mendakwa Agong mengeluarkan titah adendum itu pada 29 Jan, hari yang sama hukuman terhadapnya dikurangkan.

Najib memohon perintah mahkamah untuk mengarahkan responden agar bukan sahaja mengesahkan titah tambahan itu tetapi juga “mengeluarkan segera pemohon dari penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur, di mana pemohon akan terus menjalani hukuman penjara di bawah tahanan rumah. .”

Najib juga memohon perintah mandamus untuk mengarahkan responden memberikan versi asal titah tambahan, kos, dan sebarang relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dia mendakwa dalam afidavitnya dalam menyokong semakan kehakiman itu bahawa haknya terjejas dan dilanggar oleh responden apabila mengabaikan pertanyaannya berhubung titah adendum berkenaan.

Tindakan responden yang tidak mengendahkan permintaannya merupakan pencerobohan langsung hak asasinya di bawah Perlembagaan Persekutuan dan juga penghinaan langsung kepada Agong, tambahnya.

Bekas presiden Umno itu turut mendakwa bahawa responden cuba menyembunyikan kewujudan titah tambahan itu.

Tiada dalam kerangka undang-undang

Sementara itu, Goh menegaskan bahawa “tahanan rumah” atau “penahanan di rumah” pada masa ini tidak wujud dalam kerangka undang-undang negara.

“Ia bukan alternatif sedia ada kepada pemenjaraan,” katanya.

Berkongsi pandangan yang sama ialah peguam merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim.

Bercakap kepada Malaysiakini, Hassan berkata tiada peraturan atau perundangan subsidiari mengenai “tahanan rumah”.

“Saya tidak mendengar sebarang rang undang-undang dibentangkan di Parlimen untuk peruntukan seperti itu yang dipanggil ‘tahanan rumah’.

“Tanpa statut atau Akta yang betul, tiada siapa boleh memohon tahanan rumah. Ini sama sekali bertentangan dengan prinsip kedaulatan undang-undang,” tegas ahli parlimen PKR itu.

Bagaimanapun, Khoo berkata Seksyen 43 Akta Penjara 1995 membenarkan pelepasan mana-mana banduan “secara lesen” tetapi ia “tertakluk kepada mana-mana peraturan yang dibuat oleh menteri” – dalam kes ini, terletak di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

Peruntukan itu juga menetapkan bahawa “syarat” untuk pembebasan mana-mana banduan “boleh dinyatakan secara lesen”.

Sebelum ini, Bernama melaporkan kerajaan pada dasarnya bersetuju melaksanakan pelepasan banduan secara lesen, melalui tahanan rumah, bagi banduan yang menjalani hukuman penjara empat tahun ke bawah, sebagai usaha mengurangkan kesesakan di penjara.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dipetik sebagai berkata kementeriannya sedang dalam proses meneliti kaedah pelaksanaan dari sudut peruntukan undang-undang yang berkaitan, dan sama ada undang-undang dan peraturan sedia ada perlu dipinda.

‘Tiada dalam senarai’

Bagaimanapun, Saifuddin memberi jaminan Najib tidak disenaraikan sebagai banduan yang akan menjalani tahanan rumah.

Menteri itu sebelum ini memberitahu Malaysiakini hanya banduan yang menjalani kurang daripada empat tahun penjara, warga emas, wanita hamil, dan orang kurang upaya akan disenaraikan dalam senarai tahanan rumah.

“Najib tidak termasuk dalam senarai tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan tahanan rumah yang dicadangkan oleh kerajaan bertujuan untuk mengurangkan kesesakan dalam penjara, bukan untuk disalahgunakan oleh pemimpin yang disabit kesalahan.

Saifuddin dilaporkan berkata dakwaan bahawa dasar tahanan di rumah bertujuan untuk membolehkan Najib menjalani baki hukumannya dengan selesa di rumah sebagai berniat jahat.

 


MENARIK ! PN MULA BIMBANG ? GELOMBANG HIJAU DAH HILANG ?

[panas] “TIKAM BELAKANG” CUBAAN! BEKAS PEMIMPIN PH HATI HITAM!



Biarpun kempen belum lagi bermula di kawasan utara Selangor ini, sudah ada beberapa watak dikenali ramai muncul membawa misi tersendiri. Mengakui bukan mahu melihat PH - sekali gus kerajaan - kalah dalam PRK pada 11 Mei ini, mereka mula mengadakan perjumpaan dengan pemimpin komuniti India NGO tertentu. Misi individu terbabit - yang pernah menjadi menteri dalam kerajaan PH - turut disertai bekas pemimpin parti berkenaan serta parti yang menjadi rakan PH. Misi mereka ialah mengajak penduduk setempat memboikot PRK berkenaan. ============================================================================ Kerjasama Parti Sosial Malaysia (PSM) dengan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mungkin menyaksikan mereka meletakkan calon untuk cuba merampas kerusi Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei ini. Ketika dihubungi, Timbalan Pengerusi PSM, S Arutchelvan, mengesahkan bahawa partinya sedang mengadakan perbincangan dengan Muda untuk melihat kemungkinan bertanding di situ. "Benar, kami sedang berbincang dengan Muda dan mungkin bertanding di PRK. "Kalau semuanya nampak bagus, mungkin salah satu parti akan bertanding dan satu parti lagi akan membantu kempen," katanya. Sumber Berita 1. https://www.malaysiakini.com/news/702



'Saya tak mahu terlibat,' kata Anwar berkait titah tahanan rumah Najib


Anwar Ibrahim menegaskan beliau enggan terlibat dengan pertikaian “perintah tambahan” berhubung tahanan rumah Najib Razak. Perdana menteri berkata, perkara itu adalah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan melibatkan Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja Melayu. Sementara itu, Anwar berkata Zahid menjadi saksi kritikal terhadap Najib berkenaan isu itu berdasarkan kapasiti sebagai presiden Umno. Sumber video: https://fb.watch/rxQy-C_k3s/




TERKINI! PAS puji Anwar, ajak bersatu | Kempen 'tikam' Anwar di KKB | Pa...


1. Ia dakwaan paling pelik di dunia' - Tuan Ibrahim nafi ambil wang Bersatu 2. Tunggu tindakan’, pihak Hamzah sangkal ‘audio fitnah’ dikaitkan dengan adik 3. Ada kempen 'tikam' Anwar di Kuala Kubu Bharu 4. Pemimpin Pas tak sangka PMX berani keluar dari zon ‘playsafe 5. Pemimpin tolak cadangan PKR perlu sokongan Melayu sayap kanan 6. DNAA untuk Zahid: ‘AGC, SPRM mesti bertanggungjawab’




TERKINI! Sanusi teruja nak jumpa PMX | Pendirian Anwar kes Najib | Bekas...


Antara yang menarik petang ini; 1. Saya tak mahu terlibat, kata Anwar berkait tahanan rumah Najib 2. Bekas MP mohon maaf terpaksa buang beras, barangan dapur 3. Ambil tindakan wajar terhadap bekas MP Kuala Krau - CAP 4. Sanusi akan hadir sambutan Aidilfitri Madani, nak hantar ‘wishlist’ Kedah kepada PM 5. 'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar 6. Peruntukan kerajaan di KKB langgar etika pilihan raya - Bersih #nextstepnews #nextstepmalaysia





NEO KHAWARIJ YANG TERLAHIR


"Dalam hal ini, tidak sepatutnya bahkan berdosa seseorang itu menghina golongan yang tidak terlibat dalam boikot dengan memberi gambaran negatif seperti anjing kepada mereka. “Ini kerana di dalam al-Quran dan hadis juga menyatakan bahawa dilarang menghina sesama umat Islam. Perbezaan pendapat mengenai boikot bukanlah suatu masalah sehingga perlu memaki hamun sesama masyarakat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.




[BONGKAR] PENGAKUAN INDIVIDU BERKAITAN! PEMIMPIN PAS SEBAR TANPA PERIKSA...


Pemimpin Pas sebarkan video beras tempatan dibakar dan mengaitkan dengan situasi kekurangan beras tempatan kini. Turut sama disebar dalam video itu ialah beg berimej bekas Ahli Parlimen Kuala Krau Dato Sri Dr Ismail Mohamed Said. Beliau Timbalan Menteri dalam Negeri antara Mac 2020 – November 2022. Selepas PRU15, Parlimen Kuala Krau dipegang oleh YB Ustaz Kamal Ashaari Maksudnya, barangan yang dibuang dan dibakar itu ialah barang bantuan yang dibeli sebelum PRU15 dan telah tamat tempoh. ================================================================================ Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengarahkan agar pihak Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Temerloh, Pahang menyiasat segera timbunan beras yang dibuang di tapak pelupusan sampah. Arahan itu hadir selepas tular di media sosial mengenai berkampit-kampit beras dan tin sardin yang dibuang di sebuah kawasan pembuangan sampah di Kuala Krau, Pahang. Mohamad dalam respon ringkas di Facebook berkata, kenyataan rasmi akan dikeluarkan dengan kadar segera selepas siasatan dibuat. “Saya telah mengarahkan siasatan segera dijalankan oleh pihak Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Temerloh, Pahang berkaitan insiden timbunan beras yang dipercayai dibuang di sebuah kawasan pembuangan sampah di Kuala Krau, Pahang. ======================================================================================== Bekas ahli parlimen Kuala Krau, Ismail Mohamed Said mengakui barangan keperluan asas yang dibuang di tapak pelupusan sampah haram di Temerloh adalah dari gudang simpanan dikendalikan pihaknya. Dia berkata barangan terbabit sudah mengalami kerosakan dan tidak selamat untuk diagihkan kepada penduduk sekitar. Ismail dalam kenyataan turut memohon maaf atas kejadian itu. "Saya mengambil tanggung jawab penuh terhadap isu pelupusan barangan yang berlaku ini. "Beras dan barangan dapur ini merupakan stok simpanan yang sentiasa disediakan bagi memenuhi permintaan orang ramai ketika saya menjadi ahli parlimen Kuala Krau. Sumber Berita 1. https://www.malaysiakini.com/news/702... #berasdibakar #bekasMPkualakrau #viral



FAKTA BERAS TEMPATAN DIBAKAR



Orang yang mengaku berbuat sedemikian ialah……


1. Timbalan Speaker Dewan Rakyat di zaman pentadbiran Najib Razak.


2. Timbalan Menteri Dalam Negeri di zaman pentadbiran Muhyiddin Yassin.


3. Timbalan Menteri Dalam Negeri di zaman pentadbiran Ismail Sabri.


4. Tiada apa-apa jawatan di zaman pentadbiran Anwar Ibrahim.


Tindakan menyimpan beras itu juga diakui dibuat sejak sejak tahun 2022 semasa Perikatan Nasional berkuasa.


Kredit lim chee en



TUDIA... UNTUNG BANYAK SANGAT KOT SAMPAI TUKAR KERUSI KERETA.


Mohd Mukhlis Mohd Syarif


 Awal-awal dah tukar kerusi kereta.

Banyak sangatkah urusan kerja menggunakan kereta sehingga perlu tukar kerusi?


MP KB masa dilantik jadi Menteri (tebuk atap) pun sibuk ubah suai pejabat.


https://www.malaysiadateline.com/kos-rm470000-ubahsuai-beli-perabot-pejabat-menteri-undang-undang/


Pelik betul perangai orang yang dikatakan dapat tarbiah ni.


Mohd Syuza Amsyaari






EPIC BERHAD UNTUNG TETAPI 4 KALI UBAH GCEO.. RAKYAT TERENGGANU MAHU TAHU & DR SAM JANGAN DIAM..


Semalam Group Chief Executive Officer (GCEO) yg baru EPIC Berhad telah melaporkan diri.. Bermulalah tugasan anak jati Miri, Sarawak ini dalam menerajui anak syarikat milik kerajaan negeri Terengganu dibawah kepimpinan YAB Dato Seri Dr Sam (Menteri Besar Terengganu merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah EPIC Berhad)..


Sedikit lontaran & sama² fikirkan, terutamanya rakyat Terengganu.. Dalam tempoh drp 2018 hingga kini, EPIC Berhad terpaksa menukar 4 orang GCEO & yg terakhir ini terpaksa melantik Muhtar Suhaili, rakyat negeri Sarawak sekaligus memecah tradisi GCEO pertama yg bukan darah keturunan rakyat Terengganu.. Adakah ada sesuatu yg boleh Dr Sam rungkaikan tentang perubahan kerusi GCEO ini sehingga 4 kali??  


Drp lontaran komen pd catatan peribadi saya mengenai isu yg sama sebelum ini, dilihat masih ada segelintir drp komen ini yg bercakap tentang kehebatan & kemampuan sdr Muhtar Suhaili yg akan mampu memberi pulangan yg lebih kepada EPIC Berhad nanti..


Untuk makluman, sebelum pada pertukaran GCEO ini.. Difahamkan EPIC Berhad tidak mempunyai sebarang masalah dari segi prestasi syarikat kerana EPIC Berhad sentiasa menyumbang keuntungan bersih sebelum cukai masing² sebanyak RM344 juta, RM84.8 juta, RM21.9 juta & RM7.8 juta pada tahun 2023.. Prestasi kewangan ini adalah lebih cemerlang berbanding tahun 2022.. Soalnya, kenapa berlaku pertukaran GCEO ini walaupun prestasi EPIC Berhad lebih untung pada tahun 2023 berbanding 2022?? Kenapa Dr Sam tidak kekalkan sahaja GCEO sebelum ini yg juga adalah rakyat jati Terengganu kite?? Rakyat Terengganu perlu tahu.. Kenapa Dr Sam mengambi langkah perubahan ini?? Adakah ada sesuatu yg tersembunyi??


Jika dilihat drp FB peribadi Muhtar Suhaili sedang mempamerkan kemewahan & kebanggaan beliau dengan meningkatkan fungsi kemudahan kereta mewah miliknya kepada kereta syarikat.. KIA Carnival Crystal 4.0 Pilot Seat dengan kemudahan massage seater.. Hebat GCEO lantikan Dr Sam.. Sangat hebat!!!  


Apa jua sekali pun kami sebagai rakyat biasa hanya mampu melihat drp jauh.. Kami rakyat Terengganu telah membuat keputusan memberi mandat mutlak tanpa pembangkang pada PRN yg lepas.. Akhir kalam, jangan hancurkan segala kepercayaan diberi ini, Dr Sam.. 


Sama² renung & fikirkan..

Wallahualam & Wassalam..




KAH.. KAH.. KAH...

 

Harakatdaily


MB Kedah umum tukar nama Kedah mulai 1 Mei ini. 


“Kedah Darul Aman kepada Kedah Darul Umum,” ujarnya yang suka mengumum. 




KITA BONGKAR

 




Gino Marvela. 

Tahun lepas sebuah kilang beras di Kedah disita, selepas disyaki menyorok beras putih tempatan berjumlah 180 tan metrik dalam sebuah gudang yang tidak di nyatakan dalam lesen.


Kali ini, longgokan beras dalam jumlah yg agak besar di buang di sebuah kawasan pembuangan sampah berdekatan Kuala Krau, Pahang. 


Siasatan sedang di jalankan, minta pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (kpdn) update siasatan kepada umum. 


Apakah pembuangan ini di sebabkan banjir atau mmg sengaja di buang ekoran sengaja di sorok hingga tarikh luput ?



KAH.. KAH.. KAH... HANG POS LAM X HANG KUTUK WALANON BAGAI MACAM MACAM HANG KATA.. BARU KENA PANGGE SIASATAN HANG KERIAU.. KEPALA BAPAK HANG BETOI


Najib Bakar. 



 Laaa yang cover Papagomo hanya Suffi Kamari dan dua orang lagi.


Aku share jugak gambaq 3 stooges disoal siasat.


Makin tidak relevan dan hanyalah kera-kera sumbang.



HAHHHH...NAFI LAK DAH.


 

NI SEKOQ LAGI...DALAM TWEETER BUKAN MAIN LAGI DIA DOK FITNAH ANWAR..NI DIA KECUT TELOQ...KEPALA BAPAK BETOI


 

WOIII SANUSI...APA LA PEKAN LOQ SETAQ KOTOQ


 

ATOK SAKA MENAFIKAN. JOM DENGAR


 

DIA PUNYA SEMBANG....FUHHH...MASA JADI DUTA..KAPAL TERBANG LALU ATAIH KEPALA PUN DIAM...BILA KOMEN KATA BEEKECUALI...MAKAN GAJI BUTA PULAK TU..


 

_PENYALAHGUNAAN KUASA & PENYAKAUAN HARTA RAKYAT OLEH MAHATHIR WAJIB DIDEDAHKAN_* (Wajib Baca)



(Wajib Baca)



https://members.tripod.com/minda_rakyat/1111409.htm



KOS KLCC YANG SEBENAR HAMPIR RM 10 BILION.


Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengetahui kos sebenarnya projek KLCC, yang merangkumi pembinaan Menara Kembar Petronas dan bangunan-bangunan serta segala infrastruktur lain disekitar tanah bekas lumba kuda di Jalan Ampang itu. Surat khabar “Harakah” dalam satu keluaran lalu ada menyebut bahawa kos Menara Kembar itu ialah RM 1.8 bilion. Ada akhbar lain pula menyebut RM 4.8 bilion sebagai kos KLCC keseluruhannya. *Jangkaan-jangkaan ini adalah jauh sekali dari angka sebenarnya, iaitu HAMPIR RM 10 BILION.*


Perkara ini perlu didedahkan kepada rakyat Malaysia, kerana ia melibatkan pembaziran wang Petronas yang amat banyak, dan Petronas adalah, sebenarnya, kepunyaan rakyat. Fakta-faktanya adalah seperti berikut:-


1. SIAPA SEBENARNYA YANG KONTROL PETRONAS?


Sungguhpun saham Petronas dipegang oleh Kementerian Kewangan Inc (99%), dan Menteri Kewangan (1%), apabila orang-orang pergi mengadu kepada Dato’Seri Anwar Ibrahim, sebagai Menteri Kewangan dan TPM pada masa itu, yang projek KLCC itu adalah satu pembaziran besar, beliau dilaporkan telah menjawab lebihkurang seperti berikut, “ Petronas adalah seratus peratus dibawah Perdana Menteri. Jadi dalam perkara ini saya tidak boleh komen pun, jangan kata nak buat apa-apa”.


Adalah satu pengetahuan umum bahawa perlantikan Pengerusi, Pengarah-Pengarah, Presiden, dan Naib-Naib Presiden Petronas perlu kelulusan Perdana Menteri (secara lisan atau bertulis, saya tidak tahu). Mana-mana dari mereka yang ingkar dengan kehendak PM sudah tentu tidak boleh bertahan lama.


2. ADAKAH PETRONAS PERLU PROJEK KLCC ?


Jawabnya TIDAK, kerana Petronas sudah ada Dayabumi, dan telah pun membeli dua bidang tanah besar untuk dijadikan tapak pejabat tambahan bila perlu untuk menempatkan kakitangan-kakitangannya yang kian bertambah, dan yang sedang menyewa ruang pejabat dibeberapa bangunan di sekitar bandaraya KL. Satu bidang tanah itu terletak dipersimpangan Jalan Tun Razak-Jalan Bukit Bintang yang diberi nama “ Prince Court “, dan yang satu lagi ialah bekas tapak British Council diJalan Ampang dibelakang Yow Chuan Plaza.


Lagi pun, pihak Pegurusan Petronas telah beberapa kali sebelum itu mengumumkan dengan tegasnya kepada kakitangan bahawa hartanah tidak termasuk dalam senarai perniagaan asas (“core business”) syarikat, apabila kakitangan meminta mengekalkan atau menambah perumahan yang disediakan untuk keperluan kakitangan di Kerteh, Bintulu, dan lain-lain, dimana tidak cukup rumah-rumah untuk disewa dengan harga sederhana. Malah rumah-rumah syarikat yang sedia ada telah dan akan dijual, tanpa mempedulikan rayuan kakitangan, atas alasan hartanah bukan “core business” Petronas.


Jadi kita boleh buat kesimpulan bahawa keputusan Lembaga Pengarah Petronas untuk melabur secara besar-besaran dalam projek hartanah yang digelar KLCC itu adalah atas desakan orang yang lebih berkuasa dari pihak Pengurusan Petronas, iaitu PM.


3. BAGAIMANA CARA PETRONAS DIPAKSA MEMAJUKAN KLCC?


Petronas terpaksa memajukan KLCC melalui sebuah syarikat bernama KLCC Holdings yang sahamnya dipegang oleh Petronas (51%), sebuah syarikat ANANDA KRISHNAN (40% lebihkurang), dan sebuah syarikat lagi (saya tidak ingat namanya, tetapi kepunyaan kroni jua). Ananda Krishnan adalah seorang kroni Dr Mahathir yang besar.


Hampir semua wang untuk membiayai projek pembaziran ini datang dari Petronas, samada sebagai sumbangan ekuiti atau sebagai pinjaman; ANANDA KRISHNAN sebagai pengambil untung saja.


4. BAGAIMANA KOS KLCC NAIK SAMPAI HAMPIR RM 10 BILION?


4.1  KOS TANAH: RM 900 JUTA


Petronas telah diarahkan membeli tanah bekas gelanggang lumba kuda dari syarikat kepunyaan ANANDA KRISHNAN dengan harga RM 900 JUTA, walaupun ANANDA KRISHNAN telah membeli tanah pertanian itu dengan harga lebihkurang RM 300 juta hanya setahun sebelum itu, dan telah tukar syarat kegunaan kepada komersial. Jika ditolak kos penukaran syarat, serta faedah keatas pinjaman wang dari bank, kita boleh jangkakan bahawa ANANDA KRISHNAN telah diberi keuntungan tidak kurang dari RM 400 JUTA oleh Dr Mahathir, melalui Petronas.


Untuk menutup peranannya dalam hal ini, semua arahan PM kepada Petronas adalah secara lisan, dan Lembaga Pengarah Petronas didesakkan meluluskannya  dengan resmi, lengkap dengan kertas cadangan yang menggambarkan keuntungan yang bakal diperolehi Petronas dari projek KLCC itu,


Harga RM 900 juta ini dibayar secara tunai oleh Petronas melalui sekeping cek sahaja, setelah dituntut dengan cara tergesa-gesa oleh ANANDA KRISHNAN sendiri, yang datang keDayabumi dengan seorang pegawainya untuk tujuan tersebut, pada suatu hari masa Pengerusi dan Presiden Petronas tidak ada dalam negeri..


4.2   KOS MENARA KEMBAR SAHAJA: HAMPIR RM 4 BILION

Kos bangunan tertinggi didunia ini dalam keadaan kosongnya sahaja ialah RM 2.3 BILION, sebelum termasuk kos persiapan dan pemasangan alat-alat disebelah dalam, yang menelan belanja lebihkurang RM 1 BILION lagi.


Konsortium untuk Menara Satu termasuk sebuah syarikat yang dipegangi oleh SEORANG IPAR PEREMPUAN KEPADA DR MAHATHIR.


Konsortium untuk Menara Dua mempunyai syarikat yang dipegangi oleh SEORANG IPAR LELAKI KEPADA DR MAHATHIR.


Selain daripada itu, semua anak-anak syarikat Petronas yang berpindah ke Menara Satu tidak dibenarkan membawa atau membeli perabot sendiri, malah dipaksa membeli “workstation” dari SYARIKAT ARTWRIGHT, yang dipunyai majoritinya oleh MIRZAN BIN MAHATHIR, anak kesayangan Siti Hasmah, saya dengar. Dengan harga RM 10,000 tiap-tiap sebuah “workstation”, dan memandangkan ada lebihkurang 5,000 kakitangan Petronas diMenara Satu, maka kontrak ini bernilai lebihkurang RM 50 JUTA. Dari segi mutu,harga ini dianggap ramai sebagai luarbiasa tingginya.


Selain daripada “workstation”, bilik pengurus -pengurus dilengkapi dengan perabut dari luar negeri dan harga yang dikenakan kepada Petronas ialah RM 70,000 sebilik. Untuk pengurus besar-pengurus besar pula RM 138,000 sebilik; dan untuk Naib-Naib Presiden, Presiden dan Pengerusi pula tentulah lebih tinggi lagi (ma’af, saya tidak ada maklumat tepat). Selain daripada itu ada beratus bilik mesyuarat, yang pelbagai nilai perabutnya. Jika dicampur dan didharabkan semua bilik-bilik ini, maka kita mendapati kontrak yang bernilai LEBIH DARI  RM 200 JUTA, terutama sekali kalau diambil kira perabut untuk ARAS 86, DIMANA DIBINA KHAS UNTUK DR MAHATHIR SEBUAH PEJABAT, BILIK TETAMU, BILIK MESYUARAT, dll. Siapa punya syarikat pembekal perabut-perabut ini, saya tidak tahu, tetapi dari segi harga yang amat luarbiasa tingginya yang Petronas telah terpaksa membayar, kemungkinan besar mereka terdiri dari suku sakat atau kroni Dr Mahathir


Dari satu sudut, mengadakan PEJABAT UNTUK DR MAHATHIR di aras 86 Menara Satu JELAS SATU LAGI PEMBAZIRAN, kerana dilapurkan menelan perbelanjaan berjuta Ringgit.. Tak cukupkah yang mewah diPutra Jaya tuh? Dari sudut lain, ianya perlu untuk memberi keuntungan besar lagi kepada sukusakat dan/atau kroni.


Tiap-tiap satu menara Petronas ini mempunyai luas lantai yang berjumlah 1.85 juta kakipersegi.(kpsg) DiMenara Satu, hampir tiap-tiap aras dipasangkan dengan permaidani (yang dikatakan susah terbakar) yang berharga RM 70-90 tiap satu kpsg ( sungguh terkejut manusia apabila mendengarnya!!). Kalaulah hanya 1.5 juta kpsg dihiaskan dengan permaidani ini, maka kontrak pembekalan dan pemasangannya bernilai lebih RM 100 JUTA. Ramai kakitangan Petronas menyebut-nyebut bahawa syarikat-syarikat pembekal itu dipunyai oleh ANAK-ANAK MAHATHIR.


Tidak ada maklumat tentang permaidani di Menara Dua; Petronas ada satu anak syarikat sahaja yang menduduki disitu. Ruang lain samada disewa kepada syarikat lain atau masih kosong ---- KEBANYAKANNYA MASIH KOSONG KERANA TIDAK LAKU DISEWA!!


DiAras 41, 42, dan 43 terdapat MALAYSIAN PETROLEUM CLUb, yang amat mewah sekali perhiasannya, menelan belanja berpuluh juta ringgit (dengar-dengarnya, lingkungan RM 30 JUTA).

 

4.3   KOS  TAMAN KLCC: RM200 JUTA

Yang peliknya konsultan dari Brazil yang diberi kontrak untuk merekabentuk dan membina taman seluas 50 ekar ini. Pada mulanya semua pokok yang ditanam diimport dari Brazil, dan semuanya MATI. Jadi akhirnya diganti dengan pokok tempatan.


Tentulah lebih murah jika pakar dan pokok tempatan digunakan. Lagipun, kos penyenggaraan taman ini dilaporkan sebanyak RM7 JUTA SEBULAN !! Kalau kroni tidak terlibat, masakan sebuah pokok pinang, mithalnya, yang biasanya berharga RM200-300, dikenakan harga RM1,200 kepada KLCC.


4.4  KOS DEWAN SIMFONI FILARMONIK: RM500 JUTA

Dewan ini amat canggih dan tinggi mutunya. Lebih seratus ahli muzik asing digajikan oleh Petronas, sehingga kos bersih operasi sebulan mencapai RM5 JUTA !!.


4.5   KOS LOJI “GAS DISTRICT COOLING (GDC)”: RM300 JUTA

Loji ini dibina untuk menjana elektrik untuk KLCC, dan air sejuk untuk alat-alat hawa dingin bagi seluruh KLCC. Sekarang sedang diperbesarkan lagi dengan belanja lebihkurang RM80 juta.


4.6   BAGAIMANA BAKI LEBIH DARI RM4 BILION DIBELANJAKAN?

Ini merangkumi membiayai kos bangunan-bangunan dan infrastruktur berikut:-


? bangunan pejabat Esso (40 tingkat);


? bangunan hotel Mandarin Oriental (yang amat mewah bertaraf antarabangsa; berpuluh tingkat); kos dianggap beberapa ratus juta Ringgit;


? bangunan pencakar langit MAXIS, untuk kegunaan syarikat Ananda Krishnan;


? bangunan kompleks membeli-belah KLCC SURIA;


? kemudahan letak kereta bawah tanah 5-tingkat, untuk 5,000 kereta;


? rangkaian jalan diatas dan dibawah tanah serta terowong untuk menghubungkan KLCC dengan Jalan Tun Razak, Jalan P Ramlee, Jalan Pinang, Jalan Ampang, serta dengan lebuhraya baru yang sedang dibina diatas Sungai Kelang (melalui terowong terus ke tempat letak kereta bawah tanah KLCC), termasuklah peningkatan taraf sebahagian Jalan P. Ramlee, dan beberapa jalan baru disekeliling KLCC;.


? Sebuah mesjid saiz sederhana yang berhawa dingin (pada mulanya Ananda Krishnan tidak bersetuju dengan pembinaan mesjid ini, kononnya tidak membawa keuntungan kepada KLCC Holdings !!).


Adalah dilaporkan banyak juga perbelanjaan tambahan dari kos asal yang perlu dikeluarkan oleh KLCC Holdings kerana banyak pertukaran dibuat kepada bangunan-bangunan dan infrastuktur.


5. MENGAPAKAH KAKITANGAN PETRONAS DIPAKSA MENDUDUKI MENARA KEMBAR DALAM KEADAAN BELUM SIAP DAN MERBAHAYA?


Ini menjadi tandatanya, kerana ramai kakitangan Petronas telah diarahkan berpindah dari Dayabumi pada masa Menara Kembar masih lagi belum siap, dan tiada siapa yang sedang menunggu untuk mengambilalih ruang pejabat mereka diDayabumi itu. Hasilnya ramai dari mereka mengalami banyak peristiwa cemas dan ngeri apabila kerap terperangkap dalam lif dalam keadaan gelap dan lemas, daripada beberapa minit sehingga satu jam setengah!! Mereka terpaksa bekerja dalam keadaan bising dan berhabuk kerana kerja-kerja menyiapkan bangunan itu masih berjalan dengan rancaknya, dan menanggung kesulitan-kesulitan lain seperti kegagalan alat komunikasi, sistem komputer, dan juga kesulitan makan dan minum.


Memang diketahui ramai, pembinaan Menara Kembar itu telah jauh terlewat dari jadual yang telah dikontrakkan. Maka biasanya kontraktor kena bayar denda. Tetapi sukusakat Dr Mahathir mempunyai kepentingan dalam kontrak-kontrak ini. Jadi apa nak buat? Satu teori mengatakan bahawa satu jalan keluar ialah untuk Petronas menduduki menara-menara itu lebih awal maka, dari segi kontrak, dapat diibaratkan tiada kelewatan.


Pihak Pengurusan Petronas biasanya amat prihatin dengan keselamatan kakitangannya, sehingga rela mengeluarkan perbelanjaan yang amat banyak demi keselamatan kakitangan, orang awam, dan juga alam sekitar. Inilah satu-satunya nilai terpuji yang telah menjadi adat resam Petronas dari dahulu lagi. Jadi mengapakah pihak Pengurusan Petronas bersetuju mengambil risiko yang sebegitu rupa pada kali ini? Tentulah ada sesuatu luar biasa yang menekan pihak Pengurusan Petronas.


6. BERAPAKAH KOS PENYENGGARAAN/OPERASI KLCC SETAHUN?


Dengar-dengarnya, lebihkurang RM 250 JUTA SETAHUN melibati Menara Kembar dll (RM9 juta sebulan), Taman KLCC (RM7 juta sebulan), dan gaji ahli muzik asing (RM5 juta sebulan). (Orang Petronas/KLCC diminta perbetulkan jika silap.)


Kalau tak silap, perbelanjaan tahunan beberapa negeri diSemenanjung ini tidak sampai ketahap ini !!

 

APAKAH MANFAAT KEPADA NEGARA JIKA PROJEK KLCC TIDAK WUJUD?


1. Petronas mungkin tidak perlu meminjam wang sebanyak RM 10 bilion. Mengikut Laporan Tahunan Petronas terkini, hutang Petronas sekarang berjumlah RM30 bilion.


2. Wang RM10 bilion boleh membiayai 1,000 km lebuhraya, atau 30-40 buah universiti, atau 40-50 hospital besar, atau 1,000 sekolah rendah, atau 350,000-400,000 rumah kos rendah, maka dengan sekali gus mengatasi semua masalah perumahan 2 juta rakyat.



APAKAH TUJUAN SEBENAR PROJEK KLCC?


*Dari fakta-fakta diatas telah jelas kelihatan bahawa tujuan utama projek mewah dan mega ini ialah untuk menfa’atkan sukusakat dan kroni Dr Mahathir.*


Untuk mengkaburi mata rakyat, mereka disuruh bermegah dengan kejayaan kerajaan BN membina bangunan tertinggi didunia. Kononnya untuk memashhorkan negara dan menarik pelancung.


Takkan kita tak tahu ada banyak cara yang jauh lebih murah untuk menarik pelancung (mithalnya membina infrastruktur dan kemudahan yang cukup untuk “ecotourism”, kerana amat banyak potensinya diMalaysia ini – kebanyakan pelancung Eropah dan Amerika mencari pengelaman yang berlainan dari kehidupan mereka harian dicelah bangunan tinggi-tinggi…Lagi satu keperluan ialah meningkatkan keselamatan, kemudahan dan keselesaan pelancung dengan membina merata-rata tandas awam percuma yang bersih, hotel-hotel murah yang bersih, sistem pengangkutan awam yang senang digunakan oleh pelancung, rangkaian pondok informasi yang cukup –lihat keadaan diAmsterdam mithalnya……). Dan satu cara paling berkesan memashhorkan negara ialah dengan wujudnya kerajaan yang bersih dari kezaliman, rasuah, nepotisme dan kronisme , dan memprojek imej sebuah negara yang menghormati hak asasi rakyat dan pelawat, yang mempunyai sistem kerajaan, sosial dan keselamatan yang cekap dan bersih!!


Kalaulah tidak kerana pembaziran, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang bercorak mega-mega, Malaysia mungkin dua kali ganda lebih maju dari sekarang.


Wallahu a’lam.


Pengunjung Mesjid KLCC

14 Nov 1999