KEMBALIKAN DUIT RAMPASAN KEPADA RAKYAT



 Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk mengembalikan dana awam yang ‘dirompak’ akibat kegiatan rasuah kepada rakyat, termasuk pelajar, mahasiswa dan institusi pendidikan sekiranya beliau terus diberikan amanah sebagai Perdana Menteri.





Menurut Anwar, pembanterasan rasuah dan penyalahgunaan kuasa sejak awal bukan sahaja penting untuk tadbir urus negara, malah mampu menyelamatkan negara daripada menanggung kerugian besar.


“Kalau kita boleh jimat daripada dua badan ini (merujuk kepada kerugian yang ditanggung oleh Tabung Haji dan Felda) sebanyak RM20 bilion ringgit, dia (wang itu) bukan untuk saya. Dia bukan juga untuk projek negara.


“Tetapi, kalau saya terus diberi amanah selepas ini (sebagai Perdana Menteri), jumlah yang berjaya dijimatkan itu saya nak pulangkan balik kepada pelajar dan mahasiswa dan rakyat dan institusi,” katanya.


Kenyataan itu dibuat ketika beliau berucap pada program Ambang Merdeka Sahabat Madani Pulau Pinang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Permatang Pauh.


Terdahulu, Anwar memaklumkan Tabung Haji pernah mengalami kerugian sehingga RM12 bilion akibat kelemahan pengurusan dan tadbir urus, manakala Felda pula merekodkan kerugian sebanyak RM10 bilion.


Dalam pada itu, Anwar turut mengajak anak-anak muda supaya berbangga dengan Malaysia dan melihat negara ini sebagai sebuah negara yang hebat serta semakin mendapat perhatian dunia.


“Saya yakin, di umur sekarang ini, (menjadi) datuk kepada anak-anak, saya hanya bercita-cita untuk menjamin negara ini kekal stabil politiknya dan aman selain mahu mengajak rakyat, terutama anak-anak muda, ‘tumbuh’ untuk membangunkan bangsa kita.


“Tetapi, jika kita terus menghina antara satu sama lain serta sentiasa memainkan isu perkauman dan agama, maka, kita tidak akan mampu untuk membangunkan negara ini,” tegas beliau.


Sumber: Utusan Malaysia


#AnwarIbrahim #PerdanaMenteri #KerajaanMadani #PakatanHarapan




@Pendakwah-Madani Subscribe Kerajaan baru umum beri sedikit masa.


 

@LensaTv3 Subscribe Wisma MCA Perak Pasang Jalur Gemilang


 

@CoachAbeLong Subscribe PRESIDEN PAS LUPA RCI TH DIWUJUDKAN


 

Buy Super Thanks @jasonyew_ Join "Jangan sebelum berbincang telah meletakka


 

KERAJAAN KELANTAN INGKAR KEPUTUSAN MAHKAMAH?

 

Che Ibrahim Mohamed



Yang bbatal tu 9 orang Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Tengku Maimun, Ketua Hakim Negara Sendiri. Nik Elin Nik Rashid hanya membantah seksyen seksyen tersebut kerana di luar dari Kuasa Kerajaan Negeri.

Pah puak mung nak berlawan dengan Mahkamah ke pula???bakpo tak mmasuk semula semua 16 seksyen (bukan 16 enakmen) yang dibatalkan kalau betul nak lawan Mahkamah dan Perlembagaan Persekutuan???





Kerajaan MADANI Terbuka Beri Ruang, Pandangan Daripada Agamawan – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan Program Ma’idah Wanita MADANI Peringkat Nasional serta melancarkan Tadabur Mushaf Malaysia MADANI di Masjid Al-Muhajirin, Seberang Jaya pada 29 Ogos 2026. Foto PMO

PERMATANG PAUH, 29 Ogos – Malaysia mengambil pendekatan terbuka dengan menyediakan ruang kepada ulama dan tokoh agama untuk bersama-sama kerajaan menyampaikan pandangan, pencerahan serta memperkasa kefahaman masyarakat mengenai Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan program dakwah, pendidikan dan pembangunan umat dapat dilaksanakan secara berkesan dengan penglibatan golongan agamawan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan Program Ma’idah Wanita MADANI Peringkat Nasional serta melancarkan Tadabur Mushaf Malaysia MADANI di Masjid Al-Muhajirin, Seberang Jaya pada 29 Ogos 2026. Foto PMO

“Tak banyak negara di dunia termasuk negara Arab atau negara Islam di mana kerajaan secara terbuka menganjurkan majlis-majlis, mengangkat martabat umat, baik program ekonomi, program pendidikan dan juga program dakwah yang berkesan.

“Jadi manfaatkanlah sepenuhnya kebebasan yang ada,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Tadabur Mushaf Malaysia Madani dan Ma’Idah Wanita Madani Peringkat Nasional di Masjid Al-Muhajirin, Seberang Jaya di sini, tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan Program Ma’idah Wanita MADANI Peringkat Nasional serta melancarkan Tadabur Mushaf Malaysia MADANI di Masjid Al-Muhajirin, Seberang Jaya pada 29 Ogos 2026. Foto PMO

Dalam pada itu, beliau berkata, Malaysia turut berpotensi berada di kedudukan kedua dunia dari segi percetakan al-Quran.

Menurutnya, pencapaian itu merupakan antara kekuatan yang perlu dimanfaatkan Malaysia dalam memperluas usaha dakwah dan penyebaran kefahaman al-Quran ke peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan Program Ma’idah Wanita MADANI Peringkat Nasional serta melancarkan Tadabur Mushaf Malaysia MADANI di Masjid Al-Muhajirin, Seberang Jaya pada 29 Ogos 2026. Foto PMO

“Kita merupakan di antara mungkin nombor dua di dunia. Nombor dua di dunia dari sudut percetakan al-Quran,”ujarnya.

Beliau memberitahu, usaha percetakan al-Quran tidak seharusnya terhenti kepada menghasilkan dan mengedarkan naskhah semata-mata, sebaliknya perlu disertai usaha meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap kandungannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan Program Ma’idah Wanita MADANI Peringkat Nasional serta melancarkan Tadabur Mushaf Malaysia MADANI di Masjid Al-Muhajirin, Seberang Jaya pada 29 Ogos 2026. Foto PMO

Beliau berkata, Malaysia melalui Yayasan Restu turut mengedarkan al-Quran dan menyediakan terjemahan dalam pelbagai bahasa untuk disampaikan kepada masyarakat di luar negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar turut mengumumkan peruntukkan tambahan sebanyak RM4.6 juta bagi membaik pulih infrastruktur asas di 27 institusi pendidikan Islam di seluruh Pulau Pinang, tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan Program Ma’idah Wanita MADANI Peringkat Nasional serta melancarkan Tadabur Mushaf Malaysia MADANI di Masjid Al-Muhajirin, Seberang Jaya pada 29 Ogos 2026. Foto PMO

“Peruntukan itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk memperkasa institusi pendidikan agama di negara ini.

“Tahun lalu, di Pulau Pinang kita tambah RM2.11 juta bagi baik pulih 12 institusi pendidikan Islam di Pulau Pinang. Tahun ini saya nak umumkan kita bagi RM4.6 juta untuk sekolah-sekolah agama rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan Program Ma’idah Wanita MADANI Peringkat Nasional serta melancarkan Tadabur Mushaf Malaysia MADANI di Masjid Al-Muhajirin, Seberang Jaya pada 29 Ogos 2026. Foto PMO

“Ini termasuklah untuk naik taraf tembok pagar, madrasah, sekolah, bangunan baharu tadika dan akademi tahfiz,” tambahnya.



MAHA 2026 bukan biasa-biasa, RM8 billion MOU bakal dimeterai, China sahaja RM4 bilion

 


Sebanyak 121 Memorandum Persefahaman (MoU) bernilai kira-kira RM8 bilion dijangka dimeterai sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata daripada jumlah itu, kira-kira RM4 bilion membabitkan kerjasama dengan China manakala selebihnya negara lain.

Beliau berkata kerjasama itu merangkumi pertukaran teknologi, peluang pelaburan, pembangunan kapasiti serta latihan kepada peladang termasuk bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selain membuka peluang eksport produk agromakanan tempatan.

Selain itu, beliau berkata, MAHA Go Global turut menjadi antara platform untuk memperluas pasaran produk tempatan, khususnya ke Asia Tengah dan Eropah Timur.

“Kita berharap MAHA Go Global termasuk FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) dapat memainkan peranan lebih hebat pada masa akan datang supaya barangan keluaran di Malaysia boleh dipasarkan di negara disebutkan, yang kita masih agak ketinggalan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan MAHA 2026 hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin serta Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Isham Ishak.

Mohamad berkata nanas dan durian antara produk tempatan yang berpotensi besar untuk diperluas ke pasaran antarabangsa.

Jelasnya, eksport nanas kini melebihi RM1 bilion manakala permintaan durian di China masih tinggi dan mempunyai ruang untuk dikembangkan.




Umno-BN politik sakau, Pas pula politik pukau, penyokong macam kena jampi

 


Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad menyifatkan politik Melayu ketika ini berdepan dua penyakit besar yang dilabelkannya sebagai “politik sakau” dalam Umno-BN dan “politik pukau” dalam Pas.

Beliau menegaskan bahawa istilah “politik pukau” sesuai menggambarkan keadaan apabila apa sahaja dilakukan pemimpin Pas terus dipertahankan penyokong mereka tanpa ruang untuk ditegur atau dinilai secara rasional.

“Ini kerana apa saja Pas buat, penyokong mereka macam terpukau. Tak boleh tegur, semua betul.

“Macam kena jampi atau kena sihir sehingga mereka tak boleh fikir rasional,” katanya dalam program Bicara Haji Khalid Samad yang disiarkan menerusi Jom Channel, malam ini.

Beliau mengambil contoh kontroversi membabitkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menyalahkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sedangkan Pas sendiri pernah berada dalam kerajaan Persekutuan selama kira-kira tiga tahun.

“Contohnya, isu Sanusi. Dia macam lupa, tiga tahun kamu jadi kerajaan, kenapa tak ubah undang-undang ketika itu?

“Tiba-tiba buat cara tidak betul, marahkan pula PMX sampai doa pecah perut. Tapi ada orang sokong. Itu yang saya katakan macam kena pukau,” katanya.

Masih sokong

Khalid berpendapat politik sedemikian akhirnya menyebabkan sebahagian masyarakat terus mempertahankan sesuatu tindakan walaupun jelas bercanggah dengan nilai dan akhlak yang sering ditekankan dalam politik berteraskan agama.

“Politik pukau ini membodohkan orang Melayu sehinggakan perkara yang tidak betul pun, masih sokong.

“Akhlak apa ni? Tapi penyokong dia masih sokong. Masih kena pukau,” tegasnya.

Beliau turut membangkitkan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang baru-baru ini menggunakan perumpamaan berkaitan anjing sekampung yang bergaduh sesama sendiri tetapi segera menghentikan perseteruan apabila muncul rusa, kijang atau anjing dari luar kampung.

“Macam minggu lepas Haji Hadi kata contohi anjing. Bukan perpaduan atas dasar ukhuwah Islam, tidak. Hanya untuk halau PH. Itu saja.

“Selepas PH dah ‘out’, gaduh balik. Apa punya hujah ni? Tapi orang dia masih ikut lagi, masih dipukau,” tempelaknya.

Khalid menyifatkan budaya sakau dan pukau itu akhirnya menenggelamkan politik Melayu yang sepatutnya menilai pemimpin berdasarkan integriti, nilai, akhlak serta prestasi pentadbiran.

“Golongan sakau dan pukau ini menenggelamkan budaya politik Melayu yang mementingkan persoalan nilai dan prestasi,” kata beliau lagi.





Konon pakcik B40 kecewa nak isi minyak, kantoi penyokong Umno membongak, ramai dedah kuota masih berbaki

 


Cubaan seorang penyokong tegar Umno menggambarkan sistem kuota minyak sebagai beban besar kepada rakyat B40 akhirnya tidak berjaya.

Orang ramai sebaliknya tampil berkongsikan pengalaman mereka sendiri yang menggunakan kurang daripada 200 liter petrol RON95 sebulan.

Mulanya, pengguna Facebook, Syed Rosli Harman mendakwa dia melihat warga emas daripada kelompok B40 kelam-kabut bertanya baki kuota sebelum mengisi minyak.

“Saya kesian tengok pakcik makcik B40 orang tua nak isi minyak kelam kabut tanya cashier berapa balance kuota minyak sebelum isi dan ada muka kecewa bila tinggal 10 liter sahaja,” sembangnya.

Syed Rosli turut berkongsikan gambar suasana di sebuah stesen Petronas yang memperlihatkan sebuah Proton X50 sedang berada di pam minyak.

Malah, di akhir hantaran itu, dia turut menanda Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Susulan itu, ruangan komentar penyokong Umno berkenaan dibanjiri cemuhan netizen yang mempertikaikan sembang kencang lelaki tersebut.

“Betul-betul pembohonglah kamu ni. Memang dah keturunan Umno ke boleh berbuat bohong dan bodoh.

“Nak bagi contoh agak-agaklah. Pakcik makcik B40 manalah yang pakai minyak subsidi 200 liter sampai habis.

“Agak-agaklah nak bodohkan orang. Kalau kamu dan penyokong kamu tak apa dah memang bodoh dan penipu,” kecam seorang netizen.

Hal sama disuarakan Akif Haziq yang berulang-alik Seremban-Kuala Lumpur untuk lima hari seminggu tetapi masih mempunyai baki kuota petrol sekitar 20 liter.

Sahrul Hasmad Mazlan pula menyindir gambaran “makcik B40” selepas melihat kenderaan yang terpampang pada gambar itu ialah Proton X50.

Sementara itu, Wan Amirul Hafiz menyifatkan hantaran tersebut sebagai contoh “politik pembodohan” dan berpendapat naratif seperti itu sengaja mencetuskan kemarahan terhadap PMX tanpa semakan fakta.

“Kantoi membongak. Inilah contoh politik pembodohan. Yang tak cerdik terus termakan dakyah terus sumpah seranah PMX,” kata Wan Amirul lagi.



Bintang 13 bucu di baju Sanusi dipersoal, Urus Setia Penerangan Darul Aman menggelabah padam

 


Ketika isu kesilapan Jalur Gemilang masih menjadi bahan perdebatan politik, baju yang dipakai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pula menjadi perhatian pengguna media sosial.

Gambar pemimpin Pas berkenaan dirakam ketika program Pelancaran Perarakan Bot Merdeka Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan kemerdekaan di Kedah semalam.

Dalam gambar yang dikongsikan semula di Facebook, Sanusi dilihat mengenakan baju bercorak Jalur Gemilang dengan lambang bulan dan bintang di bahagian hadapan.

Namun, netizen mempersoalkan reka bentuk bintang pada pakaian tersebut yang hanya mempunyai 13 bucu sekaligus tidak melambangkan perpaduan 13 negeri bersama Kerajaan Persekutuan.

Gambar yang tular itu turut ditandakan dengan nombor pada setiap bucu bagi menunjukkan kiraan berkenaan.

Susulan kecaman warganet, semakan di Facebook Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA) mendapati hantaran memaparkan gambar Sanusi mengenakan pakaian dengan lambang bintang berbucu 13 itu telah dipadam.

“14 bucu melambangkan perpaduan antara 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

“Pengeluar t-shirt tidak bertanggungjawab, urus setia pun tidak cerdik dan kurang teliti hal-hal ini,” komen Suraya Shamir di ruangan komentar Facebook UPDA itu.

Selain itu, ada turut mempersoalkan tiadanya kenyataan permohonan maaf berhubung muatnaik gambar tersebut.





"JANGAN LAGI ULANG KESILAPAN 33 BULAN" ! RESPON DATO LOKMAN ?


 

RENTASAN 1852 | PANAS!! TAKIYUDDIN HASSAN HINA ROS?


 

MEMALUKAN! Akmal "Meludah Ke Langit, KENA MUKA SENDIRI"? Terbongkar RCI TH Lahir Zaman PN Berkuasa!


 

PRN Melaka: Umno umum tiada kompromi 21 kerusi


 

PRN Melaka, kes Ismail Sabri, kes Saravanan, isu Felda dan RCI Tabung Haji


 

SURAT SULIT TERBONGKAR! SARAVANAN LAWAN PM ANWAR? INI PENGANIAYAAN @ ALASAN LARI DAKWAAN RASUAH?


 

KEH KEH KEH...AKIBAT KEPELAQKAN SANUSI YANG BODO.


 

BAIK DENGAN SIAPA PUN OK...TAPI UMNO KENA INGAT...PAS DAH KENCING SEMUA PARTI YANG MEREKA SERTAI.



 KENYATAAN MEDIA


Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia yang berlangsung pada 28 Ogos 2026 bersamaan 15 Rabiulawal 1448H telah membincangkan dan membuat beberapa ketetapan berikut:


1. UMNO menegaskan bahawa prinsip kedaulatan undang-undang (Rule of Law) mesti sentiasa dihormati dan dijunjung. Seseorang tidak boleh dianggap bersalah selagi belum didakwa, dibicarakan dan disabitkan kesalahannya oleh mahkamah yang berbidang kuasa.


2. Sebarang tindakan untuk memalukan atau mengaibkan seseorang, termasuk membentuk persepsi seolah-olah individu yang baru ditahan bagi tujuan siasatan telah pun bersalah, adalah bertentangan dengan prinsip keadilan, anggapan tidak bersalah (Presumption of Innocence) serta semangat kedaulatan undang-undang.


3. UMNO konsisten bahawa parti tidak akan pernah mempertahankan sebarang salah laku, penyelewengan, penyimpangan yang dilakukan oleh mana-mana pihak termasuk ahli dan kepimpinan parti yang wajib dihadapkan ke muka pengadilan melalui proses undang-undang.


4. UMNO mengambil maklum pelbagai dapatan kajian empirikal yang dilakukan oleh pelbagai agensi dan penyelidik di kalangan ahli akademik yang menjurus kepada sentimen rakyat terutamanya orang Melayu yang mengharapkan penyatuan ummah dapat direalisasikan dan kepentingan keindukan Melayu menjadi teras kepada kestabilan politik negara. 


5. Bersetuju untuk kepimpinan UMNO Negeri melakukan perbincangan dan perundingan dengan parti-parti politik yang mahu bekerjasama dalam menghadapi Pilihanraya akan datang. 


6. Sebarang perundingan dengan mana-mana parti untuk menjalinkan kerjasama dalam pilihanraya akan datang mesti berteraskan keikhlasan dan kepercayaan, bukannya ugutan dan gertakan.  


7. Sempena Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan pada 9 hingga 12 September akan datang, tiga program utama akan diadakan sehari awal pada hari Selasa, 8 September iaitu Konvensyen Pendidikan Melayu 2026, Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia dan Laman Wanita Kreatif. Ketiga-tiga program ini terbuka untuk kehadiran orang awam.


8. Mesyuarat turut bersetuju untuk memanjangkan jemputan rasmi kepada kepimpinan tertinggi PAS bagi menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2026, sebagai tanda penghormatan serta membalas jemputan yang telah diberikan kepada kepimpinan UMNO untuk menghadiri Muktamar Tahunan PAS.


9. Mesyuarat malam ini juga telah menyaksikan pelantikan dan upacara angkat sumpah YAB Datuk Ismail bin Lasim sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.


DR. ASYRAF WAJDI BIN DUSUKI

28 OGOS 2026




KAH..KAH..KAH...KOYAK

 


Betapa koyaknya dia layan budak2. Haha