UMNO PECAH LIMA – ZAHID HAMIDI

JIKA BENAR MAHU TUNAI JANJI SERAH KUASA KEPADA ANWAR, UNTUK APA LAGI TUN M PERLU SOKONGAN 36 AHLI PARLIMEN BN?




Bersama dengan tindakan keluar parti enam Ahli Parlimen UMNO baru-baru ini, terdedah sesuatu yang tidak dijangka oleh kita semua iaitu wujudnya akujanji atau akuan bersumpah melibatkan 36 Ahli Parlimen BN untuk menyokong Tun Mahathir Mohamad sekiranya berlaku usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Parlimen.

Tidak dipastikan siapa yang menggerak atau mengusahakan akaun bersumpah itu, tetapi yang pastinya ini memperlihatkan wujudnya persekongkolan atau pakatan sulit antara Tun Mahathir dengan 36 Ahli Parlimen BN bagi tujuan mengekalkan kuasanya.

Sudah pasti wujud pertemuan dengan Tun Mahathir, kalau pun tidak melibatkan kesemua 36 Ahli Parlimen berkenaan, setidak-tidaknya dengan ketua kumpulannya iaitu Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainuddin.

Agak mustahil usaha mewujudkan akaun bersumpah ini hanya tindakan sebelah pihak atau atas inisiatif sendiri melibatkan 36 Ahli Parlimen berkenaan semata-mata tanpa persetujuan daripada pihak Tun Mahathir.

Pakatan sulit ini bukan saja diluar pengetahuan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN, malah juga tidak diketahui oleh pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Harapan.

Kenapa perlu Tun Mahathir mendapatkan sokongan daripada Ahli Parlimen BN jika beliau benar-benar mahu menyerahkan jawatan Perdana Menterinya dalam tempoh dua tahun selepas memegangnya kepada Anwar Ibrahim sebagaimana dijanjikannya?

Bukankah Anwar juga sudah menyatakan beliau tidak akan tergesa-gesa untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri, malah tiada masalah menunggu tempoh dua tahun yang ditetapkan itu?

Jadi, untuk apa lagi perlunya diwujudkan akuan bersumpah daripada 36 Ahli Parlimen BN itu jika Tun Mahathir benar-benar berpegang kepada janjinya?

Apakah ini bermakna Tun Mahathir secara diam-diam mahu memegang jawatan Perdana Menteri lebih daripada dua tahun dan kiranya kerana itu berlaku usul tidak percaya untuk menjatuhnya yang digerakkan oleh Anwar, beliau sudah bersedia untuk menghalangnya?

Atau, apakah dengan adanya akuan bersumpah daripada 36 Ahli Parlimen BN itu, Tun Mahathir boleh dengan mudah tidak mahu menunaikan janjinya menyerahkan kuasa kepada Anwar lantaran berpegang kepada hakikat bahawa beliau sudah ada sokongan majoriti daripada Ahli Parlimen yang mahukannya terus kekal sebagai Perdana Menteri?

Bagaimana dengan pendirian Ahli Parlimen daripada DAP dan Amanah serta daripada PKR yang pro Azmin dalam hal ini?

Apakah kerana sudah selesa dengan jawatan menteri, nikmat gaji enam puluh atau tujuh puluh ribu ringgit sebulan, di samping pelbagai kemudahan lain, mereka juga dengan mudah turut sama memungkiri janji untuk menjadikan Anwar sebagai pengganti Tun Mahathir?

Dalam usia sudah melebihi 93 tahun, berapa lama lagi sebenarnya Tun Mahathir mahu jadi Perdana Menteri? (ShahbudinHusin 16/12/2018)

INILAH NASIB YANG DITERIMA ANWAR SEMASA BELIAU DIPECAT.KAWAN RAKAN HILANG.



MEMBALUN NAJIB YANG SUDAH JADI 'BOLA KEMPIS' TIDAK LAGI MEMBERI SEBARANG KEPUASAN....




Ada yang bertanya, kenapa saya tidak banyak lagi menghentam Najib Razak sejak kebelakangan ini?

Adakah saya mula simpati kepada bekas Perdana Menteri itu?

Ya, simpati mungkin itu ada, tambahan lagi bila mendengar kata-katanya yang beliau kini tertekan kerana terpaksa meminjam wang daripada pihak tertentu untuk membiayai perbelanjaan dan membayar ikat jamin terhadap 39 pertuduhan mahkamah yang sedang dihadapinya setakat ini.

Dalam hal ini, Najib bukanlah tiada wang sebenarnya, cuma beberapa akaun banknya sedang dibekukan oleh pihak berkuasa kerana siasatan terhadapnya masih lagi berjalan.

Cuma, saya tertanya-tanya, ke manakah menghilangnya rakan-rakan yang banyak mendapat manfaat perniagaan ketika beliau berkuasa dahulu?

Apakah persahabatan mereka hanya ketika Najib sedang berkuasa saja?

Tetapi, meskipun ada simpati kepadanya, saya tidaklah sampai ke peringkat mahu menyokongnya.

Bagi saya, Najib sudah ibarat "bola kempis yang tidak sedap lagi untuk ditendang".

Beliau sudah jatuh sekarang ini dan saya mengkritik serta menghentamnya sejak 2011 lagi sama ada melalui buku, penulisan di blog atau coretan di facebook dan juga twitter.

Sejak tahun 2011, saya sudah menulis enam buah buku yang kesemuanya berkenaan Najib dan mengajak rakyat menolak kepimpinannya

Mereka yang mengikuti blog saya tentu tahu bahawa sudah beribu artikel yang saya tulis yang mengenai Najib, tidak terkecuali juga berkenaan Rosmah Mansor, Jho Low dan Riza Aziz.

Memulakan penulisan di blog sejak 2012, sehingga ini blog saya telah dikunjungi oleh lebih 48 juta penjenguk. Terima kasih kepada mereka yang tidak jemu-jemu membaca tulisan saya.

Dengan 39 pertuduhan mahkamah yang sedang dihadapinya, rasanya sampailah ketikanya saya harus membiarkan Najib  menguruskan kes-kesnya bersama pasukan peguam dan mereka yang rapat dengannya dengan lebih aman tanpa gangguan.

Tugas dan peranan saya mengkritik, menegur, menghentam dan membalun Najib ketika beliau sedang berkuasa dan sehingga kejatuhannya pada pilihanraya 9 Mei lalu, rasanya sudah selesai dan memberikan kepuasan peribadi yang tidak ternilai.

Saya tidak perlu lagi "menendang bola yang sudah kempis". Beliau sudah jatuh dan tidak mungkin akan kembali lagi ke persada kuasa.

UMNO sendiri tidak mungkin sedia menerima beliau sebagai pemimpin mereka buat kali kedua.

Perjuangan Najib sekarang ini, bagi saya hanyalah semata-mata untuk berdepan dengan kes-kes mahkamahnya dan berusaha sebaik mungkin agar beliau dan isterinya tidak ke penjara.

Bersama pasukan peguamnya, saya percaya Najib mampu menguruskan hal tersebut.

Saya tidak mahu lagi menghentam atau membalunnya. Cukuplah setakat ini.

Namun, sebagai penulis, saya akan terus berjuang mengkritik dan menegur, malah menghentam serta membalun sesiapa juga yang saya rasa patut diperlakukan sedemikian.

Sudah tujuh bulan berlalu, saya kini jadi rindu kembali untuk "menendang bola-bola yang sedang kencang dan masih ada angin", apatah lagi dalam kerajaan kini berlaku begitu banyak keserabutan yang memerlukan teguran, selain menunaikan janji manifesto PRU14 serta janji-janji lain ternampak bukan lagi sebagai keutamaan.

Saya sudah biasa "menendang bola kencang" dan terus "menendang Najib yang sudah ibarat bola kempis", tidak lagi memberi sebarang keseronokan serta kepuasan, malah saya rasa seperti sedang ditertawakan.

Saya akan terus "menendang", tapi kini sasaran saya ialah "bola kencang" dan "bola-bola lain yang ada angin" yang sudah tentu mampu memberikan saya keseronokan dan kepuasan. (ShahbudinHusin 18/12/2018).

ZAHID SERAH TUGAS PRESIDEN KEPADA MOHD HASSAN

Nurul Izzah tidak berhak letak jawatan – Otai Reformis

KONTROVERSI IZZAH LEPAS JAWATAN: LATIFAH KOYA DIGESA TINGGALKAN PKR

NURUL IZZAH TIDAK BERHAK LETAK JAWATAN – OTAI REFORMIS