WANITA PKR NEGERI BERSAMA TKM 1 YB FAIRUS MEMBERI BANTUAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN RUMAH HIJAU







MAK MANDIN 28 SEPT-Majlis penyampaian sumbangan kepada semua kaum yang menghuni di rumah hijau yang mengalami kebakaran baru-baru ini telah dianjurkan oleh wanita PKR negeri dan TKM1 YB Fairus yang turut menyumbangkan derma peribadi kepada kaum muslim yang akan menyambut hari raya.Barang sumbangan didermakan oleh Syarikat A1.

Satu penempatan segera telah disediakan oleh pihak kerajaan negeri di kawasan Sama Gagah dimana pihak yang terbabit yang mengalami musibah telah diberikan penempatan dikawasan tersebut.





KAWASAN PENEMPATAN RUMAH HIJAU MAK MANDIN YANG MENGALAMI KEBAKARAN BARU-BARU INI.






PN NORHAYATI.KETUA WANITA PKR NEGERI TURUT BERUCAP.











Gambar akan menyusul kemudian

SUMBANGAN DARI PEJABAT YB HAMDAN







PERMATANG PASIR-28 SEPT Satu majlis penyampaian sumbangan kepada fakir miskin,ibu tunggal dan bantuan kepada pelajar dan juga bantuan penduduk miskin akibat musibah telah dilakukan di pejabat KADUN Permatang Pasir .Turut hadir YB TKM1 Pulau Pinang yang dijemput untuk hadir bersama memeriahkan majlis penyampaian sumbangan di bawah KADUN PAS . Sumbangan adalah dari YB Hamdan dan juga dari pihak Dewan Muslimat PAS Kawasan permatang pauh.



EN OMAR AHMAD MENERIMA CEK BERNILAI RM 4000 SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI MELALUI PEJABAT DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH, KERANA MENGALAMI KERUGIAN AKIBAT BENCANA ALAM.


SUMBANGAN KEPADA ADIK JURAIDAH BT ISMAIL DARI PEJABAT YB HAMDAN SEBANYAK RM 1755 BAGI BELIAU MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI AL-AZHAR