Abu Miskhat
Perhatikan betapa pening bangsa walaun sampai buat fitnah kepada seluruh umat Islam..
Inilah akibat suka campur urusan yang bukan kepakarannya. Jadi Ruwaibidhah.
Abu Miskhat
Perhatikan betapa pening bangsa walaun sampai buat fitnah kepada seluruh umat Islam..
Inilah akibat suka campur urusan yang bukan kepakarannya. Jadi Ruwaibidhah.
Idrus Ibrahim
Yang akan ditanggung oleh Pemfitnah.
Ada seorang lelaki memfitnah Imam Malik lalu meminta maaf kepada beliau. Imam Malik memintanya membawa bantal yang berisi bulu binatang lalu mengajak lelaki itu memanjat sebuah bukit. Di puncak bukit, Imam Malik mengoyakkan bantal bulu itu lalu melambung bulu-bulu itu ke udara lalu berkata kepada lelaki tadi bahawa ia akan memaafkan lelaki tersebut dengan syarat lelaki tersebut mengutip semula semua bulu-bulu yang telah terbang ke merata-rata tempat.
Lelaki itu berkata bahawa mustahil dia dapat mengutip semula semua bulu-bulu tersebut.
Kata imam Malik apa gunanya aku memaafkan engkau sedangkan fitnah yang engkau sebarkan tidak dapat engkau kutip kembali.
"Begitulah juga dengan berita fitnah. Walaupun pemfitnah itu telah memohon maaf, namun berita fitnahnya telah bertebaran merata tempat sehingga ia tidak mampu memperbetulkannya kembali."
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim
tidak gentar dengan tindakan digantung atau dibuang parti berikutan teguran
mendakwa reformasi dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
terlalu perlahan dan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH) wajar turun
ke jalanan bagi menuntut janji.
Katanya, beliau berpendirian berpegang kepada
prinsip dan tidak akan tunduk atau berdiam diri terhadap perkara tidak betul
sekali gus memerlukannya menegur demi kepentingan semua pihak.
Menurutnya, dia tidak gentar dipecat atau
digantung keahlian daripada PKR kerana tidak mempunyai sebarang kepentingan
malah tidak mempunyai sebarang jawatan dalam kerajaan dan parti.
“Jadi saya nak jaga apa sangat, buang,
buangla, pecat, pecatla. Saya tukar baju Ahli Parlimen pakai baju ‘lawyer’,
pergi mahkamah.
“Bukanlah saya berkata angkuh bila kata macam
itu. Saya tiada kekuatan, kalau saya disingkirkan daripada parti tak rugi apa
pun. Patah tumbuh hilang berganti.
“Saya serah sahaja, apa pilihan yang saya ada,
saya dah tua, takkan nak setuju atau tunduk sahaja,” katanya ketika hadir di
sambutan Tahun Baharu Cina di Tokong Kim Ying, Plentong di sini hari ini.
Hassan berkata, dia percaya Anwar yang juga
Presiden PKR faham perkara yang disuarakannya dan itu bukan kali pertama beliau
membuat teguran.
Menurutnya, malah Anwar yang merupakan sahabatnya
sejak di menara gading juga sentiasa terbuka bagi menerima teguran dan
pandangan membina.
PKR adalah sebuah parti politik berteraskan
perjuangan reformasi dan perlu diteruskan serta pada masa sama percaya agenda
itu akan diteruskan selagi Anwar menjadi Presiden parti berkenaan.
“Kalau orang lain jadi Presiden PKR, saya
tidak berani cakap tapi teguran saya itu Anwar faham maksud saya (perkara yang
dibangkitkan).
“Kita tidak mahu Anwar dikelilingi pegawai dia
yang ‘yes man’ sokong sahaja.
“Ini sokongan yang membawa rebah, oleh itu
kita percaya Anwar tidak boleh dikelilingi mereka yang angguk-angguk,” katanya.
Hassan berkata, walaupun membuat teguran
termasuk dalam isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
baru-baru ini, hubungannya dengan Anwar tidak mempunyai masalah.
“Dia ada baca analisis yang saya tulis
berkaitan isu pengampunan Najib dan Anwar menyatakan analisis yang tepat.
“Hubungan saya dengan Anwar tidak terjejas dan
sangat baik termasuk dia kerap bertanya khabar,” katanya.
Beliau mengulas sama ada bersedia dikenakan
tindakan selepas semalam mendakwa reformasi dilaksanakan Anwar terlalu perlahan
dan BERSIH wajar turun ke jalanan menuntut janji.
Pada Rabu lalu, BERSIH menggesa pentadbiran
Anwar tidak lagi berdalih dan melaksanakan semua agenda reformasi dijanjikan
sebelum menjadi kerajaan dan mengugut berdepan demonstrasi jalanan.
Sebelum ini, Ketua Penerangan PKR, Fahmi
Fadzil berkata, pihaknya belum membuat sebarang keputusan mengenakan tindakan
disiplin terhadap Hassan susulan kelantangan beliau dalam menyuarakan pelbagai
isu ketika ini.
Sumber –
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/02/1210881/pecat-pecatlah-takkan-nak-setuju-atau-tunduk-sahaja
0
Petisyen mencabar kuasa Badan Perundangan
Negeri Kelantan menggubal beberapa peruntukan dalam Enakmen Kanun Syariah
Jenayah (I) 2019, tiada kena mengena dengan kedudukan Islam atau mahkamah
syariah, kata Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Tengku Maimun berkata, isu yang perlu Mahkamah
Persekutuan putuskan adalah sama ada Badan Perundangan Negeri Kelantan membuat
peruntukan itu mengikut batasan yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan
atau sebaliknya.
“Dengan kata lain, isu di hadapan kami tidak
ada kena mengena dengan kedudukan Islam atau mahkamah syariah di negara
ini.
“Sama ada Islam atau mahkamah syariah
dipertahankan atau sebaliknya bukan persoalan di dalam petisyen ini,” katanya.
Tengku Maimun berkata demikian ketika
membacakan penghakiman majoriti 8-1 yang membenarkan petisyen peguam Nik Elin
Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman
hari ini.
Tengku Maimun berkata jika ada pihak mencabar
undang-undang yang dibuat negeri yang dilaksanakan mahkamah syariah atas alasan
negeri tiada kuasa membuat undang-undang tertentu, dan jika mahkamah sivil
membenarkan cabaran itu, pihak yang mencabar dan mahkamah tidak boleh dikatakan
menentang Allah.
Ia adalah kerana undang-undang yang dicabar
itu bukan yang ditentukan atau ditetapkan oleh Allah, tetapi oleh Badan
Perundangan Negeri.
Katanya, jika isu cabaran undang-undang yang
diluluskan oleh Kerajaan Negeri atau Badan Perundangan Negeri dilihat dari
sudut ini, tidak timbul soal mahkamah sivil tidak mempertahankan kedudukan
agama Islam, atau tidak memperkasakan mahkamah syariah.
“Mahkamah Syariah di Malaysia, setakat hari
ini, tidak melaksanakan hukuman hudud atau qisas, hanya takzir. Mahkamah sivil
juga melaksanakan hukuman takzir. Tidak ada bezanya mahkamah syariah dan
mahkamah sivil kerana kedua-dua sistem itu melaksanakan hukuman takzir.
“Perbezaannya cuma hukuman takzir dilaksanakan
mahkamah syariah adalah bersumberkan atau mengikut undang-undang ditetapkan
pemerintah di peringkat Negeri dan diluluskan Badan Perundangan Negeri manakala
hukuman takzir dilaksanakan mahkamah sivil mengikut undang-undang ditetapkan
pemerintah di peringkat Persekutuan yang diluluskan Parlimen.
“Ingin juga dinyatakan bahawa hukuman takzir
mahkamah syariah tertakluk kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)
1965 (Akta 355) yang setakat hari ini, mengehadkan hukuman penjara kepada
tempoh tidak melebihi 3 tahun, denda tidak melebihi RM5,000 dan sebat tidak
melebihi enam kali,” katanya.
Tengku Maimun berkata oleh itu melihat kepada
cabaran ini sahaja, mahkamah syariah atau undang-undang Islam di Malaysia tidak
akan pada bila-bila masa berkubur dan diletakkan batu nisan seperti didakwa
oleh peguam Yusfarizal Yusof (peguam pemerhati yang mewakili Majlis Agama Islam
dan Adat Melayu Terengganu).
Beliau berkata, ia adalah kerana Perlembagaan
Persekutuan menjamin kuasa perundangan kepada semua Kerajaan Negeri untuk
menggubal undang-undang yang dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah.
“Ditegaskan sekali lagi bahawa apa yang
dicabar dalam petisyen ini bukanlah kedudukan undang-undang syariah di
Malaysia.
Dakwaan pempetisyen adalah khusus terhadap
tindakan Badan Perundangan Negeri Kelantan yang mengikut hujahan pempetisyen,
melangkaui kuasa berkenaan jenis kesalahan yang boleh diluluskan oleh Kerajaan
Negeri, dalam ruang lingkup yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Menurut Tengku Maimun, mahkamah ingin
menjelaskan bahawa terdapat tiga jenis hukuman di bawah undang-undang Islam,
iaitu hudud, qisas dan takzir di mana hudud adalah hukuman yang ditentukan dan
ditetapkan oleh Allah.
Beliau berkata, hukuman qisas adalah hukuman
yang dikenakan hukuman balas seperti nyawa dibalas dengan nyawa dan melukakan
dibalas dengan melukakan dan ia juga ditentukan oleh Allah.
Menurut Tengku Maimun, perbezaan antara hudud
dan qisas ialah hukuman qisas hendaklah dituntut oleh mangsa atau keluarga
mangsa di mana diyat iaitu pampasan atau ganti rugi adalah sebahagian daripada
hukuman qisas.
Katanya, takzir pula adalah hukuman yang tidak
ditentukan oleh Allah tetapi kadar dan bentuk hukuman ditentukan oleh kerajaan
atau pemerintah dan akan dijatuhkan kepada penjenayah mengikut budi bicara
hakim.
Sumber –
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/02/1210524/apa-persoalan-petisyen-syariah-kelantan-ini-penjelasan-ketua-hakim
Hassan Karim daripada PKR berkata reformasi
dilaksanakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim terlalu perlahan dan Bersih wajar
turun ke jalanan menuntut janji.
Ahli Parlimen Pasir Gudang mendakwa,
disebabkan itu rakyat hampa, kecewa, putus asa dan hilang harapan terhadap
kerajaan perpaduan pimpinan Anwar.
“Jadi memang wajar jika Bersih memutuskan
turun ke jalan raya untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap perubahan yang
sehingga kini gagal dilaksanakan Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan perpaduan
pimpinan Anwar,” katanya kepada FMT.
Rabu lalu, Bersih menggesa pentadbiran Anwar
tidak lagi berdalih dan melaksanakan semua agenda reformasi dijanjikan sebelum
menjadi kerajaan atau bersedia berdepan demonstrasi jalanan.
Pengerusi Bersih, Muhammad Faisal Abdul Aziz,
berkata rakyat kecewa dan marah berikutan perkembangan mutakhir pelaksanaan agenda
reformasi dalam negara yang indah khabar dari rupa.
Bagaimanapun, Menteri Komunikasi, Fahmi
Fadzil, berkata kerajaan tidak pernah melupakan reformasi institusi kerana ia
antara perkara utama diperjuangkan pentadbiran Anwar.
Sementara itu, Hassan berkata, perjuangan
Bersih untuk pilihan raya bebas dan adil turut meliputi tuntutan reformasi
seperti disuarakan PH dalam manifesto pilihan raya mereka.
Katanya, harapan rakyat terhadap perubahan
yang dicetuskan reformasi sangat besar dan tinggi.
Menurutnya, kerajaan pimpinan bekas perdana
menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini turut gagal melaksanakan reformasi
dijanjikan, dengan menyatakan dokumen manifesto PH bukan kitab suci.
“Jadi apabila tokoh reformasi Anwar Ibrahim
yang melancarkan gerakan reformasi sejak 1998 menjadi perdana menteri, maka
tentu sekali harapan rakyat akan berlaku perubahan seperti dijanjikan.
“Tetapi selepas lebih satu tahun kerajaan
perpaduan pimpinan Anwar mentadbir Malaysia, terlalu perlahan reformasi
dilaksanakan. Rakyat hampa, kecewa, putus asa dan hilang harapan,” katanya.
Bersih sebelum ini menganjurkan demonstrasi
jalanan sejak 2007 sebagai protes terhadap penyelewengan pilihan raya dan untuk
menuntut pilihan raya adil. Pada 2015 dan 2016 Bersih turut mengadakan
demonstrasi berhubung skandal 1MDB.
Sumber –
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/02/09/reformasi-anwar-perlahan-bersih-wajar-turun-ke-jalan-kata-wakil-rakyat-pkr/
Abdul Muhaimin telah pun meminta maaf atas hantaran Facebook beliau yang menyebabkan saya dihina dan dicemuh.
Sebagai pelanggan PruBSN, saya sememangnya kecewa dengan sikap beliau sebelum ini. Apabila saya nyatakan mahu hantar LOD barulah beliau memadam hantaran itu dan memohon maaf. Sempat juga saya nasihatkan beliau agar takut dengan "panahan doa" orang yang dizalimi.
Ada juga yang kata saya ini hanya pandai gertak tapi tidak buat pun. Tidak benar. Sebenarnya saya telah mulakan proses saman Dr Harris (Protagonist Insight) dan LOD kedua kepada beliau juga sudah saya keluarkan sebelum saya mulakan proses saman kedua saya kepada beliau.
Saya juga telah menghantar LOD kepada pemilik akaun FB Raden Najmi. Ada 2 lagi LOD yang akan saya usahakan. Sedang mengumpul bukti bersama peguam saya.
Doakan agar urusan saya dipermudahkan.
Dr Rozaimi Ramle
Ko suruh lah lebai ko buka pusat ni semua. Sebab hukuman kerajaan negeri ko tu ringan jah..
Mulanya aku malas nak komen isu Nik Elin ni. Sekali ternampak status ni pulak. Perasaan aku bercampur baur baca. Rasa kelakar sebab tengok kebodohan dia. Rasa kesian sebab dia rela diperbodohkan oleh lebai dan rasa marah sebab dia menipu dan menghasut demi politik.
Dalam kes yang tak memihak Kerajaan Kelantan hari ini, enakmen yang dilanggar adalah yang diluluskan pada tahun 2019. Faham tak? Tahun 2019 baru dibuat undang-undang tu. Kalau baca status ini, maknanya sebelum tahun 2019 memang pelacuran bebas la di Kelantan?
Sebenarnya bukan mahkamah syariah dilumpuhkan.. Sebaliknya beberapa enakmen yang diluluskan oleh DUN Kelantan tak boleh dipakai kerana sudah sedia ada peruntukan lain di peringkat pusat. Kesalahan itu sudah memang jadi satu kesalahan menurut undang undang negara.
Nik Elin bukan nak halalkan jenayah tersebut. Tapi ia untuk mengelakkan pertindihan. Contohnya kesalahan liwat sekarang ini akan didakwa di mahkamah sivil. Jika enakmen ini diteruskan, bermakna mahkamah syariah pun boleh dakwa, jadi nak dakwa pesalah di mahkamah mana?
Dan hukuman menurut enakmen di Kelantan ini lebih ringan. Kesalahan liwat, bersetubuh dengan mayat dan bersetubuh dengan binatang sebagai contoh, boleh dikenakan penjara hingga 20 tahun. Tapi mengikut enakmen ini, hanya 3 tahun penjara.
Jadi pesalah, kalau boleh memilih, dah tentulah akan pilih mahkamah syariah Kelantan sebab hukumannya lebih ringan. Kan? Apa tujuan dibuat hukuman baru yang lebih ringan, itu lebai lebih tahu.
Mahkamah syariah tetap ada. Dan untuk masa ini, ia masih lemah. Kenapa aku kata lemah? Sebab masih ramai tak patuh keputusan mahkamah itu. Contohnya, soal nafkah anak selepas penceraian. Masih ramai bapa yang culas. Tapi setakat ni apa tindakan diambil terhadap mereka yang culas ini?
Kalau Kelantan nak perkasakan mahkamah syariah, perbetulkan yang ini dulu. Pastikan setiap keputusan mahkamah mahkamah syariah dipatuhi. Baru betul. Bukannya dengan buat undang-undang baharu yang bertindih dengan undang-undang persekutuan.
Hal ini berlaku kerana politik. Itu saja. Sebab ada yang menunggang isu ini untuk politik. Yang nak tunjuk konon dia perjuang Islam. Padahal jenis hukuman yang dibuat tu bukan hudud pun tapi undang-undang takzir. Sengaja nak cuit sensitiviti umat Islam dengan penceritaan yang salah tentang apa yang berlaku. Itu hakikatnya. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Che Ibrahim.
Setara Muhyidin pun kubang koksir, pengikutnya lagi la terok.
16 Seksyen yang diisytiharkan batal Dan tidak sah tu bukan bermakna perbuatan tersebut tidak Salah. 16 kesalahan itu telah termaktub dalam undang undang Persekutuan yang lain di mana pelakunya boleh dihukum sehingga 20 tahun penjara, bukan setakat 2-3 tahun seperti dalam Seksyen yang dibatalkan.
Adapun kesalahan khalwat Dan minum arak tidak termasuk dalam 16 seksyen yang tidak sah itu.
Kalau boss setara ni, tak pelik la anak buah lagi terok otaknya.
Che ibrabim.
Jika negara dibiarkan dengan kebatilan yang bersalut agama terus berleluasa, maka ianya bukan sahaja membiak pentaksub dan pelampau, namun akhirnya ianya boleh menjejas kehormonian Dan keselamatan negara.
Bertindaklah wahai sang penguasa.
- Sama sama tak laksana Hukum Jenayah Islam iaitu Hudud, Qisas Dan Diyat atau lebih popular dengan "hukum Allah" ( padahal hukum Allah tu luas termasuk Haram fitnah, maki hamun, mengejek dll)
- Sama sama ditubohkan mengikut kehendak Perlembagaan Negara.
- sama sama melaksanakan undang undang ciptaan manusia (dinamakan takzir untuk nampak Islam). Di mahkamah syariah dipanggil enakmen, di mahkamah sivil dipanggil akta, Dua dua diluluskan oleh badan perundangan mengikut Perlembagaan Negara, bukan mengikut syariah Islam
- Hukuman yang dijatuhkan oleh kedua Dua mahkamah ini,
Kalau denda sama sama guna Ringgit Malaysia.
Kalau penjara sama sama masuk Jel yang sama.
Pahtu gapa beza antara keduanya kecuali sekadar nama.....
Nur Cahya
Banyak kes lebai di Tahfiz meliwat pelajar. Tidak ada siapa nak buat solat hajat beramai-ramai di sana agar anak-anak Tahfiz selamat dari diliwat.
Maka mereka pun berduyun pakat menyokong para lebai peliwat teruskan aktiviti kerana Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan, hukumannya hanyalah penjara 4 tahun dan denda 5k sahaja, berbanding mahkamah sivil 20 tahun penjara.
Adik kakok, tak salah menjadi cerdik kerana bodoh itu adalah satu dosa.
Che Ibrahim
Nama atau panggilan Mahkamah Syariah ini hanya baru jah, sebelum ini ianya di kenali sebagai Mahkamah Kadi. Kalau di Kelantan, sekitar tahun 1995/96 baru nama Mahkamah Syariah mula di terima.
Dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1983, nama mahkamah syariah yang disebut dalam enakmen itu ialah;
1. Mahkamah Qadhi Jajahan (kemudian dipanggil Mahkamah Rendah Syariah)
2. Mahkamah Qadhi Khas (kemudian dipanggil Mahkamah Tinggi Syariah)
3. Mahkamah Qadhi Besar (Kemudian dipanggil Mahkamah Rayuan Syariah).
Kecuali sebelum tahun 1919, bidangkuasa mahkamah kadi ialah berkaitan kekeluargaan Islam seperti nikah cerai, nafkah anak/isteri, hadhanah/hak penjagaan anak dll.
Hukuman maksima yang boleh dikenakan oleh Mahkamah Kadi/Mahkamah Syariah ialah:
1. Sebelum 1965 terserah kepada negeri negeri. Ada catatan menyebut denda tidak mendaftar perkahwinan dalam tempoh 7 hari selepas akad nikah dibuat di Selangor ialah rm25.00
2. Pada tahun 1965, kerajaan telah menggubal Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) ( Akta 355) dengan memberi kuasa hukuman di mahkamah syariah ialah denda tidak melebihi rm1000 atau penjara tidak melebihi tempoh 6 bulan.
3. Pada tahun 1984, Akta 355 dipinda kepada denda tidak melebihi rm5000, penjara 3 tahun sebat 6 Kali. Pas adalah parti yang paling lantang mengkritik Akta ini dengan nama Akta 356.
Anehnya mimpi atau igauan apa yang mengubah pemikiran Pas sehingga hari ini hukuman itu dianggap hukum syariah, menentangnya dianggap menentang hukum Allah.
Ulama berkhilaf dalam hukum terhadap pesalah liwat. Daripada hukum rotan, rejam sampailah bakar dan dicampak dari tempat tinggi. Tapi tak ada hukuman penjara 2 tahun. Ada pendapat untuk hukum penjara pun, dipenjarakan sampai mati atau dia bertaubat.
Sabda Nabi Muhammad ï·º “Sesiapa yang kamu temui mengamalkan amalan kaum Nabi Lut, hendaklah bunuh pelaku dan yang diperlakukan.” Hadits Riwayat at-Tirmidzi no. 1456, Abu Daud no. 4462 dan Ibn Majah no. 2561.
“Para sahabat Rasulullah SAW sependapat membakar pelaku dan yang diperlakukan.” Riwayat al-Baihaqi, jilid 8, halaman 233.
Jadi celah mana enakmen jenayah syariah Kelantan nak dikatakan hukum Allah? Ia sekadar hukum takzir. Dan hukuman takzir untuk kesalahan liwat dah ada di peringkat persekutuan. Malah lebih berat. Nak kata hudud macamana kalau hukuman di Kelantan lebih ringan daripada di peringkat pusat?
Sama ada dia tak tahu atau dia tahu tapi berbohong. Mana-mana satu pun, telah menjadikan dia tak layak untuk digelar ustaz. Bagaimana seorang yang jahil atau seorang penipu boleh digelar ustaz?
Sebab itu kita panggil mereka ni penunggang agama. Sebab mereka tunggang isu agama untuk dapatkan pengaruh. Walaupun hal itu tak berkait dengan agama, tetap dipusingkan agar boleh dikaitkan dengan tujuan untuk membina persepsi jahat terhadap musuhnya.
Mereka ini tak takut membuat fitnah. Seolahnya tak percaya adanya hari kebangkitan di mana tiap amalan akan ditimbangkan. Mereka menghalalkan cara demi untuk dapatkan kuasa. Jelas mereka bukanlah dari golongan yang memperjuangkan Islam. Guane boh?
Raja Gelap II
.