ORANG BODO.. KENA BODO DENGAN LEBAI. SEBAB TU LAH KENA BACA. SUPAYA FAHAM. INI BACA TAK FAHAM.


 Ko suruh lah lebai ko buka pusat ni semua. Sebab hukuman kerajaan negeri ko tu ringan jah.. 



Mulanya aku malas nak komen isu Nik Elin ni. Sekali ternampak status ni pulak. Perasaan aku bercampur baur baca. Rasa kelakar sebab tengok kebodohan dia. Rasa kesian sebab dia rela diperbodohkan oleh lebai dan rasa marah sebab dia menipu dan menghasut demi politik.


Dalam kes yang tak memihak Kerajaan Kelantan hari ini, enakmen yang dilanggar adalah yang diluluskan pada tahun 2019. Faham tak? Tahun 2019 baru dibuat undang-undang tu. Kalau baca status ini, maknanya sebelum tahun 2019 memang pelacuran bebas la di Kelantan?


Sebenarnya bukan mahkamah syariah dilumpuhkan.. Sebaliknya beberapa enakmen yang diluluskan oleh DUN Kelantan tak boleh dipakai kerana sudah sedia ada peruntukan lain di peringkat pusat. Kesalahan itu sudah memang jadi satu kesalahan menurut undang undang negara.


Nik Elin bukan nak halalkan jenayah tersebut. Tapi ia untuk mengelakkan pertindihan. Contohnya kesalahan liwat sekarang ini akan didakwa di mahkamah sivil. Jika enakmen ini diteruskan, bermakna mahkamah syariah pun boleh dakwa, jadi nak dakwa pesalah di mahkamah mana?


Dan hukuman menurut enakmen di Kelantan ini lebih ringan. Kesalahan liwat, bersetubuh dengan mayat dan bersetubuh dengan binatang sebagai contoh, boleh dikenakan penjara hingga 20 tahun. Tapi mengikut enakmen ini, hanya 3 tahun penjara.


Jadi pesalah, kalau boleh memilih, dah tentulah akan pilih mahkamah syariah Kelantan sebab hukumannya lebih ringan. Kan? Apa tujuan dibuat hukuman baru yang lebih ringan, itu lebai lebih tahu.


Mahkamah syariah tetap ada. Dan untuk masa ini, ia masih lemah. Kenapa aku kata lemah? Sebab masih ramai tak patuh keputusan mahkamah itu. Contohnya, soal nafkah anak selepas penceraian. Masih ramai bapa yang culas. Tapi setakat ni apa tindakan diambil terhadap mereka yang culas ini?


Kalau Kelantan nak perkasakan mahkamah syariah, perbetulkan yang ini dulu. Pastikan setiap keputusan mahkamah mahkamah syariah dipatuhi. Baru betul. Bukannya dengan buat undang-undang baharu yang bertindih dengan undang-undang persekutuan.


Hal ini berlaku kerana politik. Itu saja. Sebab ada yang menunggang isu ini untuk politik. Yang nak tunjuk konon dia perjuang Islam. Padahal jenis hukuman yang dibuat tu bukan hudud pun tapi undang-undang takzir. Sengaja nak cuit sensitiviti umat Islam dengan penceritaan yang salah tentang apa yang berlaku. Itu hakikatnya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.