KENYATAAN MUFTI PULAU PINANG! “JANGAN POLITIKKAN KEPUTUSAN”



Mufti Pulau Pinang mengingatkan semua pihak tidak mempolitikkan keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, semalam. Menurut Wan Salim Wan Mohd Noor, semua pihak perlu menerima keputusan terbabit dan jika tidak berpuas hati meminta panduan mereka yang pakar atau bertanya sendiri dengan Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad. ================================================================================ Biro agama PKR membidas kenyataan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan yang menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 sebagai sejarah hitam buat umat Islam dan negara. Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR Amidi Abdul Manan berkata gelaran ‘Black Friday’ diberi Ahli Parlimen Kota Bharu itu seolah-olah menggambarkan perundangan syariah telah mati atau menuju masa depan gelap.