NI KOT NAMANYA BODO SOMBONG..KAH.KAH..KAH



Di sebalik kecaman pelbagai pihak mengenai projek kereta terbang, Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof berkata, projek tersebut akan tetap diteruskan.
Katanya, eko sistem industri berkaitan projek tersebut adalah kira-kira AS$500 bilion di seluruh dunia.
“Ini industri besar yang kita harus sokong,” ujar beliau.
Baru-baru ini pelapor khas PBB, Prof Philip Ashton mengkritik projek tersebut sebagai suatu pembaziran.
Menurut Prof Philip, negara ini terdedah kepada banyak cuaca ribut dan oleh yang demikian ia tidak prakrikal untuk dilaksanakan.
Malah, kalau dilaksanakan, tambah beliau, ia banyak menggunakan bahan bakar fosil.
Mohd Redzuan bagaimanapun melahirkan rasa tidak senang dengan kritikan pelapor khas PBB itu, sambil membidas campurtangannya dalam urusan negara ini.
“Komen mereka (PBB) mungkin memberi kesan kepada pendapat orang ramai tetapi mereka sepatutnya lebih baik meneruskan kerja yang mereka tahu sahaja.
“PBB sebaiknya tidak perlu terlibat dalam ‘perniagaan’ negara ini,” kata Mohd Redzuan.
Sebelum ini, bekas Menteri Perdagangan Antarabangss dan Industri, Rafidah Aziz juga mengecam projek kereta terbang yang mahu dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan.
Kata Rafidah, ia adalah idea semberono dan sepatutnya hanya sesuai sebagai idea peribadi sahaja.
“Apabila anda mempunyai kecenderungan semborono dalam membuat keputusan, kita akan menghadapi masalah.
“Saya berharap penentu dasar akan membimbing pihak sepatutnya untuk memberi fokus apa yang betul.
“Maksud saya, OK-lah, awak mahu membuat kereta terbang, teruskan, (tetapi lakukannya) sebagai hobi peribadi. Siapa yang halang anda (untuk berbuat demikian)?
“Tetapi jangan jadikannya sebagai projek untuk negara.
“Kita sedangkan tidak mempunyai basikal untuk diberikan sebagai bantuan kepada pelajar-pelajar di Sabah dan Sarawak yang berjalan kaki berbatu-batu setiap hari,” kata beliau.
Selain pelapor PBB, Rafidah, pemimpin politik, pemimpin masyarakat, malah rasanya lebih 99 peratus rakyat negara ini tentu tidak setuju dengan projek kereta terbang tersebut.
Projek kereta atas jalanraya pun masih terkial-kial nak hidup, di mana logiknya kereta terbang ternampak rasional untuk dilaksanakan?
Lagi pula, sebagai Menteri Pembangunan Usahawan, apakah fokus beliau dalam tugasnya?
Apakah yang sudah dilakukannya untuk membangunkan usahawan kecil dan sederhana di negara ini?
Tetapi, Mohd Redzuan yang pertama kali dan baru jadi menteri serta sebelum ini tidak terlibat dalam politik, waima tidak pernah menjadi ketua cawangan mana-mana parti sekali pun, nampaknya tetap bertegas mahu meneruskan juga projek kereta terbang ini.
Macam mana?
Adakah beliau tidak peduli dengan kecaman dan pendapat ramai?
Atau ini bodoh sombong namanya?(ShahbudinHusin 28/08/2019)

RAFIZI : SABARLAH NAJIB..DUGAAN KAMI DULU LAGI TERUK



Saya jarang ambil tahu tentang hal ehwal ahli-ahli politik kebelakangan ini, tetapi hari ini ada berita yang menyayat hati.
Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, setelah hilang kerusi empuk di Putrajaya, kini bangku kayu di kandang tertuduh menyebabkan punggung Dato’ Seri Najib diberitakan sakit.
Dalam hal ehwal berkenaan kandang, saya banyak cerita lama. Kandang lembu pun saya pernah lawati, kandang tertuduh sudah jadi mainan.
Dato’ Seri Najib bernasib baik kerana dilayan baik tidak seperti kami ahli politik pembangkang di zaman beliau berkuasa.
Beliau tidak perlu berkaki ayam, tidak perlu digari dengan rantai dengan tertuduh lain dan berjalan berangkai-rangkai, tidak perlu memakai pakaian seragam lokap berwarna ungu.
Turun naik mahkamah dan berada di kandang tertuduh adalah asam garam anak politik di zaman ini.
Saya pasrah semasa saya melaluinya kerana itu jalan yang saya pilih.
Walaupun saya tidak mencuri satu sen pun duit rakyat dan berkaki ayam kerana mendedahkan skandal pencurian wang rakyat, saya tidak pernah membantah bila dikenakan gari dan berkaki ayam.
Bila duduk di dalam kandang tertuduh, saya berasa lega dan tidak pun bimbang kerana saya tahu saya tidak bersalah.
Kalau pun tidak selesa di dunia, In Sha Allah selesa di akhirat.
Walaupun saya menghargai lawak demi lawak yang terbit dari beliau kebelakangan ini, sewajarnya Dato’ Seri Najib tidak perlulah mengadu soal remeh seperti punggung beliau sakit akibat bangku yang keras.
Teruskanlah berjuang untuk rakyat seperti yang bahan kempen jajaan beliau sekarang.
Harapnya dapat menebus kembali segala masalah yang dibebankan kepada rakyat semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu.
Bersabarlah Dato’ Seri Najib, kami yang jadi pembangkang dahulu lebih teruk dugaannya.
Rafizi Ramli
Naib Presiden PKR
27 Ogos 2019.

TIADA LIBERALISASI AGAMA, KRISTIANISASI DALAM PENTADBIRAN PH

EKONOMI MALAYSIA TERTINGGAL JIKA ‘BERGELUT’ ISU PERKAUMAN