TOXIC SEA WATER...
*ALERT: TOXIC SEA WATER HAS ARRIVED AT INDONESIA.* Fishermen are catching more dead fishes than live ones. Jangan makan ikan dulu. Limbah racun dari jepang sdh masuk ke indonisia. Don't eat fish yet. Toxic waste from Japan has entered Indonesia. 日本“毒水” 相信已漂到印尼水界. 食海产可要小心。
MINTA DIPECAT TAPI TAK BERANI HADIR MESYUARAT, ISHAM JALIL BERJIWA KECIL
Di sebalik ura-ura akan dipecat daripada UMNO dalam mesyuarat MT malam semalam, tetapi akhirnya tiada apa-apa berlaku kepada Isham Jalil.
Ahli MT UMNO itu bukan saja tidak dipecat, bahkan tiada perbincangan mengenai dirinya dibawa dalam mesyuarat yang diadakan di Menara Dato’ Onn, WTCKL itu
Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan tiada perbincangan mengenai pemecatan Isham pada mesyuarat malam semalam itu.
Dengan ini, nasib Isham masih dikira selamat lagi dalam UMNO.
Begitu pun, sementara isu berkenaan dirinya tidak dibincangkan, Isham turut tidak menghadirkan diri pada mesyuarat malam semalam yang dipengerusikan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi itu.
Sebelum ini, Isham berkata dia mungkin antara yang akan dipecat sebagai ahli MT UMNO kerana tidak sehaluan dengan pendirian UMNO untuk bekerjasama dengan PH yang ada DAP di dalam ketika pilihan raya.
Selain isu pemecatan beliau menjadi bualan menjelang mesyuarat MT diadakan, Isham sendiri beberapa jam sebelum mesyuarat malam semalam turut menulis warkah terbuka kepada Presiden UMNO di laman sosialnya dengan menyatakan kesediaannya untuk dipecat.
“Dato’ Sri boleh pecat saya jika itu kemahuan Dato’ Sri, tapi Dato’ Sri tidak boleh pecat roh dan semangat perjuangan saya,” demikian kata akhir beliau di hujung warkah terbukanya itu.
Ternampak macam beliau ini berani sangat dan seperti mencabar Zahid Hamidi agar memecatnya, rupa-rupanya keberaniannya tidaklah setara mana.
Kalau betul-betul berjiwa kental dan terlanjur sudah berani menyanggah Presiden UMNO, kemudian seolah-olah mencabar pula untuk dipecat, sepatutnya beliau mesti beranilah juga menghadiri mesyuarat MT.
Dengan tidak hadir, walaupun isu berkenaan diri beliau akhirnya tidak dibincangkan, apa yang ternampak ialah Isham hanya berjiwa kecil.
Ketiadaan kelibatnya hadir itu tentunya membuatkan Zahid Hamidi tersenyum meraikan kemenangan dirinya.
Cuba beliau hadir mesyuarat MT malam semalam dan dengan tiada tindakan diambil terhadapnya, bukankah beliau sudah dikira menang pertarungan pusingan pertama?
Andai kata jika dipecat pula malam semalam itu, dengan hadir itulah peluang terbuka untuk Isham meluahkan sesuatu sebagai kata-kata akhir sebelum meninggalkan bilik mesyuarat.
Setidak-tidaknya beliau dilihat hero yang sebenar yang berani di belakang dan berani juga untuk bersemuka.
Ini tidak, hanya berani menulis di FB tetapi tidak berani pula untuk bersemuka.
Tetapi, tidak dipecat pada mesyuarat MT malam semalam, tidak bermakna Isham tidak akan dipecat pada mesyuarat selepas ini atau bila-bila masa kemudiannya.
Sementara jika hadir pada mesyuarat MT selepas ini, Isham sudah jadi seperti “kera sumbang”, apakah beliau akan terus memilih tidak hadir sehingga namanya disingkir? – ShahbudinHusin 14/09/2023.
Anwar perlukan komunikasi strategi lebih baik – namun itu pun tidak mencukupi!- PART 1
Kerajaan perlu memberi tumpuan khusus kepada
Agenda Rakyat digerakkan masyarakat sivil dan memenangi kembali sokongan orang
ramai melalui tindakan, bukan hanya kata-kata/
Kemenangan pilihan raya kecil di kerusi parlimen Pulai dan
kerusi dewan undangan negeri Simpang Jeram di Johor pada Sabtu lalu telah
membawa kelegaan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Sejak pilihan raya umum November lalu, kerajaan gabungan Anwar
terpaksa mengimbang dengan halus bagi memastikan semua parti cukup berdisiplin
mengikut aturannya.
Mengimbangi jalan sebegini telah menghalang usahanya untuk
melakukan pembaharuan dan mengecewakan mereka yang mendambakan pembaharuan.
Ini telah memberi sumber kepada Perikatan Nasional serta
pengkritik lainnya untuk melancarkan pelbagai bentuk serangan. Mereka telah
mengatakan bahawa pentadbiran Anwar sebagai tidak berkesan dalam memulihkan
ekonomi dan terlalu bergantung kepada DAP.
Anwar mengatakan bahawa sistem komunikasi kerajaan yang lemah
adalah sebab mengapa beliau tidak boleh melawan pembohongan dan fitnah. Beliau
mengakui bahawa kerajaan sepatutnya berkomunikasi dengan lebih baik kepada
orang ramai ketika pilihan raya 12 Ogos di enam negeri yang lalu.
PM juga menyalahkan sistem komunikasi kerajaan yang lemah kerana
rakyat tidak menyedari akan usaha pentadbirannya.
Contoh seterusnya ini barangkali menjelaskan kebimbangan Anwar.
Kementerian Kesihatan telah memulakan skim pemberian tuala wanita percuma bagi
menangani kemiskinan haid (period poverty). Namun, sepatutnya kelompok sasaran
yang perlu mendapat kesan baik dari inisiatif sebegini bukanlah mereka yang di
ibu pejabat kementerian, di mana penjawat awam wanita berada dalam keadaan
ekonomi yang lebih baik.
Support the struggle to build a Malaysia based
on Justice, Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email
updates or weekly newsletters or both
·
Make a one-off
donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Make a regular pledge or periodic
auto-donation to Aliran
Tel:
04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com
Contoh lain: ada kementerian juga telah memperkenalkan label
ubat dalam tulisan Braille di 250 klinik kesihatan terpilih. Langkah ini akan
memberi manfaat kepada 55,000 individu kurang upaya penglihatan. Sudah tentu,
ini patut mendapat publisiti dan kesedaran yang lebih besar.
Ya, ia sesuatu yang berbaloi jika projek dirancang dengan baik
dan disampaikan kepada orang ramai dengan lebih berkesan.
READ MORE: PH's power and potential now
protected and prolonged
Berikut merupakan beberapa langkah positif yang patut mendapat
publisiti yang lebih besar.
Allahyarham Salahuddin Ayub, merupakan seorang menteri ketika
itu yang bertanggungjawab mengekang kos sara hidup, kemudiannya melancarkan
dasar yang cukup inovatif pada Januari lalu. Di bawah skim “menu rahmah”,
restoran dan kedai ada menawarkan hidangan berkhasiat pada harga RM5 atau
kurang bagi setiap pinggan.
Langkah kerajaan bagi mewujudkan Suruhanjaya Kanak-Kanak yang
bebas akan menjadi peristiwa penting bagi negara. Badan ini akan mempunyai
kuasa untuk menyokong perubahan dasar, menguatkuasakan undang-undang dan
memantau tindakan untuk melindungi hak kanak-kanak.
Kerajaan harus berkongsi maklumat mengenai suruhanjaya ini
dengan lebih meluas kepada orang ramai.
Inisiatif kerajaan dan pembaharuan sosial penting yang memberi
manfaat kepada rakyat harus dihebahkan secara meluas menerusi cara yang mudah
difahami oleh orang ramai.
Cukup membingungkan apabila kerajaan memperkenalkan dasar tanpa
penjelasan yang lengkap atau masa yang cukup untuk ia diterima orang ramai.
Tidak menghairankanlah jika dasar yang disampaikan secara tergesa-gesa itu
kemudiannya mencetuskan salah faham, ketegangan dan kebimbangan, kan?
Sebagai contoh, Kementerian Pendidikan ada memperkenalkan modul
penghayatan “40 Hadis Imam Al-Nawawi” baru-baru ini. Ini kononnya bertujuan
bagi membendung radikalisme dan ekstremisme agama di negara ini.
Namun, cara ia diumumkan cukup mengejutkan ramai orang. Pada
mulanya, ramai yang bimbang orang bukan Islam juga perlu mempelajari modul
tersebut. Kebimbangan juga timbul terhadap Hadis tertentu dalam modul itu yang
dianggap boleh memecahbelahkan dan mengancam orang bukan Islam.
Kementerian sepatutnya berunding dengan semua pihak
berkepentingan sebelum mengumumkan modul tersebut. Ia tidak masuk akal untuk
bertindak hanya selepas semuanya sudah pun dijalankan.
Namun, “jentera komunikasi yang lemah” bukanlah satu-satunya
masalah yang dihadapi oleh kerajaan “Madani”.
Anwar perlukan komunikasi strategi lebih baik – namun itu pun tidak mencukupi!- PART 2
Ketidaksepadanan antara janji pihak pemerintah dan realiti yang
dihadapi juga mencetuskan rasa tidak senang di kalangan rakyat.
Sebagai contoh, kita diberitahu bahawa kerajaan terbuka kepada
kritikan dan menggalakkan kebebasan bersuara. Namun, ia juga merupakan satu hal
untuk meuar-uarkan bahawa perbezaan pendapat dan perbezaan pendapat adalah amat
dialu-alukan. Tetapi sebuah soal lain pula untuk mengharamkan buku dan menyekat
laman web yang tidak sepadan dengan sudut pandang mereka yang berkuasa itu.
Percanggahan cara fikir di antara retorik ahli politik dan
tindakan mereka ini perlu ditangani. Kerajaan yang menjanjikan pembaharuan dan
keterbukaan perlu memberi penjelasan yang lebih meyakinkan kepada orang ramai.
Sememangnya, kerajaan mempunyai banyak penjelasan yang perlu
dilakukan mengenai langkah reformasi dalam manifesto pilihan raya mereka yang
masih belum tercapai. Ramai yang telah mempercayai janji pilihan raya mereka
ini dan tidak sabar-sabar agar wujudnya perubahan positif dalam masyarakat.
Mereka telah menantikan kerajaan untuk menangani banyak isu yang tidak
diselesaikan sebelum ini.
Sebagai permulaan, kerajaan harus segera memansuhkan atau
meminda undang-undang yang menindas seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan
Akta Rahsia Rasmi. Juga, menggubal undang-undang untuk menegakkan kebebasan
maklumat dan mengawal pembiayaan politik. Serta, perkukuh Akta Perlindungan Pemberi
Maklumat dan hidupkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen juga.
PM telah menggambarkan dirinya sebagai jaguh menentang rasuah.
Ini pastinya sesuatu yang diharapkan oleh orang ramai di Malaysia. Mereka
mendambakan dasar pembaharuan serta konsisten dalam perang melawan rasuah.
Jadi, kita tidak boleh menyalahkan orang ramai mengapa mereka
kebingungan kerana hanya terdapat sedikit maklumat terkini mengenai skandal
besar yang menyelubungi pembuatan kapal tempur pesisir yang masih belum
dihantar kepada Tentera Laut. Tiada siapa yang ditahan setakat ini. Tanggapan
ini kelihatan tidak baik.
READ MORE: Foreign policy under Anwar: B minus
at best
Ia juga tidak kelihatan baik apabila yang bermewahan tidak
menerima hukuman setimpal. Bayangkan, beberapa tahun lalu, seorang lelaki yang
mencuri seguni petai bernilai RM500 telah dihantar ke penjara selama dua bulan.
Kerajaan perlu melakukan lebih daripada sekadar menambah baik
jentera komunikasinya untuk mendapatkan semula kepercayaan orang ramai. Ia
perlu memberi tumpuan yang teguh kepada Agenda Rakyat masyarakat sivil dan
memenangi semula sokongan orang ramai melalui tindakan, bukan hanya
cakap-cakap.
Mustafa K Anuar
Editor bersama, surat berita Aliran
10 September 2023
Terjemahan oleh: Zikri Rahman
The
views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have
endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other
pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT -
Lima perkara utama
1.
Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
2.
Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam
sekitar
3.
Raikan kerencaman dan keterangkuman
4.
Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
5. Lawan
rasuah dan kronisme
Support
Aliran's work with an online donation.
Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
TANAMKAN TABIAT MAKAN DIKALANGAN RAKYAT
MAKAN
Orang kata hidup ini untuk makan. Tapi Orang Jepun anggap makan ini untuk hidup.
We are what we eat.
Dulu dalam dalam kurun ke-19, negara Jepun negara mundur. Dengan segala bencana, diperintah oleh Kerajaan Tentera. Salah guna kuasa merata. Rakyat nya pun sengsara.
Sesudah hidup merempat, Rakyat pun bangkit melawan, mahukan kembali Maharaja memerintah. Makanya, Maharaja Meiji naik takhta. Episod ini digelar Meiji Restoration.
Maharaja Meiji tengokkan rakyatnya daif sekali, buat suatu polisi. Polisi membudayakan makan makanan baik. Galakkan rakyatnya makan daging dan ikan, dan lebihkan protein. Galakkan rakyatnya makan seaweed, untuk iodin.
Kajian tunjukkan, pemakanan seaweed tinggi, yang buatkan rakyat Jepun rajin. Iodin di dalamnya yang buat kita energetic. Omega dalam ikan mentah pula, buat rakyat lagi cerdik.
Hasilnya, dalam 40 tahun selepas Meiji Restoration, Jepun jadi negara pertama yang cipta kereta elektrik. Perindustrian pesat sekali, banyak bijak pandai jadi saintis.
*************************
Selepas perang dunia ke-2 pun sama. Bila Jepun kalah perang, makanan pun terhad. Makanya, mereka buat suatu Akta. Akta Diet Negara 1948. Mereka panggil saintis, untuk tentukan mana makanan yang sihat, dalam sumber mereka yang terhad.
Doktor2 dan dietitian pun ditugaskan di seluruh negara, buka kelas masakan belakang boot kereta. Ajar rakyat macam mana nak makan cara sihat. Agar rakyat makin kuat.
Budak2 di sekolah ada program khas pemakanan. Diberi susu dan makanan lengkap vitamin. Tak kira darjat.
Hasilnya… Dulu2 orang Jepun ramai pendek dan bantut belaka. Sekarang punya tinggi. Atlet mereka pun tinggi dan sasa lebih kurang omputih. Dari aspek sukan pun mereka semua boleh.
Punca nya ialah makan. Yang diangkat sebagai agenda nasional. Untuk pelaburan generasi masa depan.
*************************
Dulu masa zaman Jepun, Opah saya bgtau. Sebab takde ikan salmon di sini, Orang Jepun tiap pagi makan sesudu minyak kelapa sawit. Untuk dapatkan omega dan vitamin. Sekali bebudak sekolah pun depa bagi.
Sekarang Malaysia, hadapi masalah kebantutan. Rakyat kita makin pendek berbanding penduduk serantau. Punca sebenarnya adalah pemakanan.
Dari aspek obesiti, rekod tunjukkan Rakyat Malaysia antara terteruk di ASEAN. Malah negara lagi mundur lagi baik prestasi.
*************************
Budget 2024 nak dekat. Saya harap ada pembuat dasar yang sempat singgah di wall saya, angkatlah ke pemimpin negara. Bagaimana kita boleh ubah budaya makan kita. Dari sekolah rendah lagi kita boleh mula.
Saya percaya, kalau Kerajaan melabur dalam budaya makan kita, banyak kebaikannya. Itu pada saya, suatu reformasi yang bermakna.
Cuma, kalau “makan rasuah” jadi budaya nombor satu negara, polisi baik macam mana pun, akan tersasar dari matlamatnya. Itu wajib ditengokkan juga.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
MASAALAH BERAS.
Gino Marvelo.
Isu beras. Ya mmg harga beras import naik tetapi harga beras tempatan masih kekal harga. Masalahnya, apabila harga beras import naik...beras tempatan pula di hadkan kepada penjual/pekedai. Kadangkala ada pasaraya order 10 tan, hanya dapat 2 tan saja.
Dalam hal ini nak salahkan siapa ? Menteri ? KPDN ? Pesawah ? Orang tengah ?
Masalah ini yg banyak kali berlaku. Siapa masih ingat kes harga gula, telur ayam & ayam segar mentah lg. Perangai yg serupa berulang kali, tak habis2.
Nak naikkan harga telur, semua player seluruh Malaysia yg berpersatuan akan bincang utk sekat pengeluaran. Cukup permainan 2-3 bulan. Export telur meningkat ke negara luar, keperluan dlm negara sengaja di kurangkan dgn harapan dapat kail mana2 menteri tingkatkan subsidi & naikkan harga. Apabila kes telur ayam, ayam mentah, gula semakin meruncing, kerajaan akan terdesak akur kpd player ini.
Sebagai contoh, ada sykt pengeluar ladang ayam hanya untung purata antara RM10-RM22juta saja setahun. Di sebabkan permainan sekat pengeluaran antara 2-3 bulan, ayam sengaja di biarkan lebih had masa sembelihan di kandang, kerajaan tingkatkan subsidi 20sen/ekor...kemudian naikkan harga ayam. Selepas 2-3 bulan tiba-tiba buleh pula ada lambakan ayam mentah di pasaran. Lambakan ayam di pasaran gemuk2 belaka.
Dah la dapat tambahan subsidi sedia ada, kemudian perbesarkan percentage kuota subsidi kepada ramai player, harga ayam di jual tinggi. Dalam unjuran kewangan tahun hadapan, keuntungan luarbiasa berlaku dari purata RM20juta...meningkat kepada hampir RM90juta.
Ayat seperti cuaca panas maka ayam kurang makan, harga jagung dari China rendah (ambil dalam pukal) tapi wujud sykt atas angin pd harga lebih mahal, ayam tak bertelur dan sebagainya, ini semua hanyalah sandiwara semata.
Begitu juga dgn kes beras tempatan & import baru2 ini. Permainan yg hampir serupa, di buat berkali-kali.
Benar, beras import naik harga. Pengeluaran beras tempatan yg di beri subsidi kerajaan tetap kekal sedia ada. Apa yg berlaku ialah pihak kilang/pengeluar/org tengah ini yg main peranan. Sekat atau kurangkan pengedaran beras tempatan kpd penjual/kedai/pasaraya...bungkus semula beras tempatan dgn plastik import.
Inilah masalah sebenar yg kita hadapi. Bukan takda beras, cuma di hadkan utk cari peluang menjual pd harga tinggi. Cukup tempoh unjuran audit, sykt buleh ada tiba-tiba keuntungan luar biasa.
KPDN, dh tiba masanya kalian lebih tegas. Tak payah asyik nak dengar player2 itu berbual. Masalah utama ialah perut rakyat. Bukan nak suruh tampung bulan2 beri beras, cukup jaga dgn betul...dan dengan itu rakyat buleh sentiasa dapatkan bekalan pd harga rendah.
Kalau kalian tak percaya, cubalah lihat apa yg GM katakan ini. Tak lama lg kita akan ada masalah gula & tepung!
Perlu ingat, bulan March & April 2024 umat Islam hampiri puasa & raya. Pd kalian baca di sini, sedang bergerak ke Oktober 2023. Cuba fikir, bila bulan yg sesuai utk mainkan strategi gula & tepung. Mungkin awal bulan Disember - Januari 2024. Februari 2024 dah masuk waktu kritikal sebelum Ramadhan. Waktu itulah masa yg paling terbaik minta subsidi di perbanyakkan & di perluas agar kerajaan tertekan & menaikkan had siling.
Yg akan terbeban adalah rakyat. Dah mula kerajaan terutama di KPDN lebih tegas dlm hal ini.
Bukan tak buleh beri mereka untung, beri tetap beri. Tapi pabila player itu semua mengejar untung luar biasa hingga 400% dgn teknik 2-3 bulan tadi...masalah melampau sebegini perlu di atasi segera.
Persoalannya, siapa yg akan jaga & peka dalam nak jaga pelbagai isu ini. Kerajaan ? Pembangkang ? Atau mileage politik sambil player industri tersenyum lebar ke pipi ?
Yang berkarya:
Gino Marvela
TAK PAYAH LA..BAGI LA DEPA IKUT SI FADLI TU..DIA BUKAN BIJAK AMAT
HADI. MUNG KENA SEDO KENA PAHANG. MUNG NAK PENJARA LAMA KALAU MUNG TAK BAYO DENDA.
Dia ini sedar tak apa yang dia cakap? Akta Hasutan dan komunikasi dua-dua ada penjara dan denda. Biasanya kalau tak mampu bayar denda, penjara akan tambah lebih lama. Dan kalau kena penjara lebih setahun atau denda lebih RM2000, kerusi parlimen akan terlucut. Kalau terlucut, elaun semua tak ada.
Tapi takpa, moga Allah permudahkan urusan ke penjara, nanti hakim tanya mengaku bersalah atau tidak, terus mengaku. Mudahkan kerja semua orang termasuk hakim, kalau masuk bicara hakim paling kesian. Kita kena sedo, kena pahang.
Lawatan kedua PM ke China dijangka tarik lebih banyak pelaburan
Malaysia dijangka menerima lebih banyak pelaburan dan kerjasama daripada lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Nanning, China pada Ahad ini
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli ketika ditemui pemberita dalam satu program di Putrajaya pada Rabu berkata, hasrat menarik lebih banyak pelaburan dan kerjasama perniagaan itu mampu direalisasikan hasil hubungan dua hala yang rapat antara kedua-dua negara khususnya antara Anwar dengan rakan sejawatan dari China (Li Qiang).
"Lawatan Anwar sebanyak dua kali ke republik itu dalam tempoh beberapa bulan adalah satu pengiktirafan bahawa China antara rakan perdagangan utama yang mempunyai banyak sinergi di antara kedua-dua negara.
"Amat jelas setiap kali Perdana Menteri ke China, bukan sekadar beri senyuman dan lambai tangan, ia disusuli dengan banyak perkara.
"Saya tahu ada Memorandum Persefahaman (MoU), pelaburan yang dibawa ke Malaysia, malah pejabatnya sentiasa mendapatkan perkembangan dengan jabatan berkaitan," kata Rafizi dipetik.
Media sebelum ini melaporkan Anwar yang juga Menteri Kewangan akan menghadiri Ekspo China-Asean Ke-20 (CAEXPO) 2023 di Nanning dan lawatan itu antara lain bertujuan mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara serta sebagai persiapan bagi meraikan ulang tahun ke-50 hubungan Malaysia-China.
China merupakan rakan dagang Malaysia yang terbesar sejak 2009 dengan nilai perdagangan antara Malaysia dan China pada tahun 2022 mencecah 17.1 peratus daripada jumlah perdagangan global Malaysia yang bernilai RM2.8 trilion.
KBS Lancar Y-Capsul untuk bantu belia, pencari kerja
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada Rabu melancarkan Youth Capsule (Y-Capsule) @IYCResidence yang merupakan kemudahan inapan kepada golongan belia yang mencari peluang pekerjaan di ibu negara.
Menterinya, Hannah Yeoh pada sidang media selepas melancarkan
Y-Capsule di Kuala Lumpur berkata, kemudahan itu disasarkan kepada golongan
sasar berusia 18 hingga 40 tahun dengan kadar RAHMAH hanya RM10 sehari.
Ia jelasnya diwujudkan berdasarkan statistik bahawa 38 peratus
dari golongan gelandangan di ibu negara merupakan golongan belia berusia 18
hingga 30 tahun.
"Program ini menyasarkan belia yang berhasrat untuk menjalani
latihan industri, pencari kerja dan golongan yang telah bekerja tetapi tidak
mempunyai tempat untuk menginap.
"Saya harap ia akan menggalakkan lebih ramai belia
memperolehi motivasi untuk mendapatkan pekerjaan khususnya yang datang daripada
luar bandar dengan kadar yang murah," katanya dipetik.
Hannah yang juga ahli Majlis Pekerjaan Negara turut menjelaskan,
menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia, setakat suku kedua tahun ini,
daripada 16.15 juta pekerja dalam negara, 6.08 juta ialah belia.
Justeru beliau turut menyatakan harapan agar agensi kerajaan lain
mewujudkan ruang sama seperti diperkenal KBS bagi membantu golongan belia.
Sementara itu difahamkan, fasiliti yang terletak di bangunan sedia
ada di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras itu akan mula beroperasi pada
Jumaat dengan menyediakan lima bilik dormitori.
Selain mempunyai kapasiti 54 katil, pusat itu turut dilengkapi
kemudahan lengkap seperti peralatan masak, dobi layan diri, internet serta
perhentian bas berdekatan untuk penginap.