PM bangkit isu kekejaman Israel di hadapan Presiden AS



 Oleh: Helmi Mohd Foad


Datuk Seri Anwar Ibrahim terus memperjuangkan nasib rakyat Palestin apabila membangkitkan tragedi pertumpahan darah di Gaza di hadapan Presiden Amerika Syarikat dan pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco hari ini.


Perdana Menteri menyatakan perkara itu ketika menyertai sesi Dialog Tidak Rasmi dan Makan Tengah Hari Pemimpin Ekonomi APEC yang berlangsung di Moscone Centre, San Francisco.


"Dalam sesi yang dipengerusikan Presiden Joe Biden dengan dihadiri oleh semua pemimpin APEC lain, saya telah menyuarakan keresahan mengenai pertumpahan darah yang berlaku di Gaza di tengah-tengah serangan udara dan darat rejim zionis Israel yang tidak henti-henti.


"Saya tegaskan apa yang berlaku di Gaza jelas menyerlahkan kegilaan menidakkan tanggungjawab moral yang membenarkan kemusnahan besar-besaran berlaku seterusnya mengakibatkan malapetaka iklim," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.


Dalam majlis sama, Anwar berkata beliau turut menegaskan bahawa negara maju perlu melakukan lebih banyak lagi untuk memikul tanggungjawab dan membantu negara membangun dalam peralihan tenaga.


"Malaysia juga sedang mengubah ekonominya dan melabur dalam masa depan yang lebih bersih dan hijau termasuk melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional.


"Syarikat minyak nasional, Petronas juga telah memberi komitmen untuk laluan pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050," katanya.

PMX BERTEMU RAKAN APEC DAN MENYUARAKAN KEBIMBANGAN TENTANG NASIB DI GAZA












Kerajaan akan mula mengumumkan langkah-langkah ke arah pelaksanaan govtech secara berfasa bermula Disember ini.


Kertas konsep transformasi perkhidmatan awam ke arah digital dan tech akan dibentangkan di Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Disember ini.


Selain dari hala tuju, pelan tindakan dan fasa-fasa, gambaran awal mengenai khidmat-khidmat kerajaan yang akan disatukan melalui satu tingkap akan dibentangkan kepada Kerajaan.


Hasrat kami ialah menaik taraf interaksi rakyat dengan kerajaan melalui produk-produk digital yang akan mempercepatkan proses, membawa pengalaman baru.


Saya yakin melalui govtech, rakyat akan merasa perubahan dan penambahbaikan ketara pengalaman berurusan dengan kerajaan. Produk-produk digital ini akan memberi penekanan kepada CX, UI dan UX seperti mana produk digital sektor swasta.


Satu langkah utama ke arah revolusi digital dan tech dalam sektor awam ialah mewujudkan kepimpinan awam yang menjadi peneraju dan pemikir digital.


Untuk tujuan ini, Kementerian Ekonomi dengan kerjasama Asian School of Business (ASB) telah membangunkan program khusus kepimpinan digital dan tech (Executive Digital Leadership) untuk melatih kepimpinan sektor awam dan swasta menjadi pemimpin dan peneraju tech.


Kumpulan pertama 55 orang peserta dari sektor awam dan swasta telah memulakan program intensif 3 bulan. Selain dari silibus yang dibangunkan ASB, mereka berpeluang mendalami proses “immersion” dengan 5 syarikat gergasi teknologi dunia iaitu Amazon Web Services, Google, Microsoft, IBM dan Shopee.


Saya mengambil sedikit masa memberi kata-kata semangat kepada kumpulan pertama ini. Insya Allah, mereka akan menjadi peneraju revolusi digital dan tech di sektor awam dan swasta di negara ini.



[LIVE] Press conference by Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

YAKIN BETOI MAT JARGON NI YA...KITA LIHAT....


 

TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM






Rafizi Ramli


Kerajaan akan mula mengumumkan langkah-langkah ke arah pelaksanaan govtech secara berfasa bermula Disember ini.

Kertas konsep transformasi perkhidmatan awam ke arah digital dan tech akan dibentangkan di Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Disember ini.

Selain dari hala tuju, pelan tindakan dan fasa-fasa, gambaran awal mengenai khidmat-khidmat kerajaan yang akan disatukan melalui satu tingkap akan dibentangkan kepada Kerajaan.

Hasrat kami ialah menaik taraf interaksi rakyat dengan kerajaan melalui produk-produk digital yang akan mempercepatkan proses, membawa pengalaman baru.

Saya yakin melalui govtech, rakyat akan merasa perubahan dan penambahbaikan ketara pengalaman berurusan dengan kerajaan. Produk-produk digital ini akan memberi penekanan kepada CX, UI dan UX seperti mana produk digital sektor swasta.

Satu langkah utama ke arah revolusi digital dan tech dalam sektor awam ialah mewujudkan kepimpinan awam yang menjadi peneraju dan pemikir digital.

Untuk tujuan ini, Kementerian Ekonomi dengan kerjasama Asian School of Business (ASB) telah membangunkan program khusus kepimpinan digital dan tech (Executive Digital Leadership) untuk melatih kepimpinan sektor awam dan swasta menjadi pemimpin dan peneraju tech.

Kumpulan pertama 55 orang peserta dari sektor awam dan swasta telah memulakan program intensif 3 bulan. Selain dari silibus yang dibangunkan ASB, mereka berpeluang mendalami proses “immersion” dengan 5 syarikat gergasi teknologi dunia iaitu Amazon Web Services, Google, Microsoft, IBM dan Shopee.

Saya mengambil sedikit masa memberi kata-kata semangat kepada kumpulan pertama ini. Insya Allah, mereka akan menjadi peneraju revolusi digital dan tech di sektor awam dan swasta di negara ini.





WOOIIIII- STANDING ONDER

 



Mungkin jugak, mana kita tahu….


Posted by Admin

Cartoon by Haili Kki

SEMENTARA BOLEH MELALAK BIARKAN- NANTI TERSEDAK SABUN JATUH JANGAN KUTIP....BANYAK LAGI...LAMA LAGI ...

 



Tak baik betul Faysal mengata Mahiaddin. Ye la kan Mahiaddin lantik Azmin jadi menteri walaupun dah jelas ada video seks luar tabie. Faysal ni nak kata Mahiaddin pun sama macam Azmin ke? Jangan la macam tu sekali Fayhsal pun. Adoyai. Guane boh?


 

Raja Gelap II


.

ALA PIMPINAN PAS PUN TAK KURANG JUGA KES ....APA YANG DOK MELATAH SANGAT.

 

Masih ramai cerita tentang video yang dikatakan milik Prof. Agus. Malah puak pembangkang tanpa malu mengaitkan DS Anwar bahkan ada yang seru diturunkan kerajaan atas sebab ini.


Begitulah terdesaknya mereka mahukan kuasa. Al maklumlah, kalau tak berkuasa mungkin kesemua mereka bakal jadi penghuni penjara.


Masalahnya isu peribadi nak dikaitkan dengan PM tu kenapa? Bukannya DS Anwar suruh mereka tu buat begitu. Lagipun video tu belum tentu tulen lagi.


Secara peribadi, aku rasa tak mustahil kalau video itu hasil suntingan. Sebab tengokkan cara puak PN gunakan sebagai modal, nampak macam perkara ni sudah dirancang terlebih dahulu.


Tapi kalau betul pun, kenapa sampai nak jatuhkan kerajaan?


Cuba ingat, sebelum ini tular seorang ketua Dewan Ulama PAS tayang kemaluan dalam messenger. Masa tu ada desakan supaya Hadi letak jawatan?


Kemudian pemimpin yang sama ada pula skandal dengan wanita lain. Siap ada video Petronas Drift lago. Pun tak ada desakan Hadi bertanggungjawab dan lepaskan jawatan presiden.


Kenapa? Sebab itu dosa si pelaku. Bukannya Hadi yang suruh dia goda isteri orang. Walaupun seluruh pimpinan PAS buat tak tahu dengan isu tu, tapi tak ada sesiapa kaitkan dengan pimpinan PAS.


Begitu juga dengan video Azmin. Jelas mukanya. Siap pasangannya mengaku lagi. Tapi apa tindakan yang diambil? Bukan setakat dia kekal sebagai MP, malah Mahiaddin siap lantik jadi menteri lagi.


Bayangkan, seorang yang dilantik secara sah tanpa diketahui rahsia sebaliknya, tapi bila pecah rahsia, yang melantik kena letak jawatan.


Manakala seorang lagi, memang dah kecoh cerita, dah terbongkar rahsia, ada video perlakuan, bukan berbual je macam video Prof. Agus yang viral ni, siap pasangannya mengaku, boleh pula dilantik sebagai menteri.


Tapi yang dilantik tak pula disuruh letak jawatan. Bahkan dipuja sebagai abah. Nampak tak? Nampak double standard puak jahat ni? Bagaimana mereka mainkan isu ni?


Sebab tu aku rasa ada kemungkinan yang cukup besar video itu direka atas niat nak jatuhkan PMX. Tapi tak apa, biarlah pihak berkenaan yang jalankan siasatan.


Cuma kita ni, jangan sibuk nak mainkan isu peribadi orang lain. Kita sendiri pun ada sisi gelap yang kita nak sembunyikan. Bersyukurlah Allah tutup aib kita. Jadi janganlah kita sibuk perkatakan aib orang lain. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



SAPA NAK TAU SANGAT...PI DENGAR


 Siapa yang syok sangat nak tahu isu ni, boleh la ikut sidang media ni. Tu tandatangan peguam tu. Saja la nak kabo benda tu. Guane boh?

 

Raja Gelap II 




JOM KAJI DAN FIKIR BAB AGUS.


 

DUA DUA EKOQ KELUARAN USM ?





 

SIASAT JUGA KES MUHYIDDIN LANGKAH SHERATON

 

Nazril Iznil


Alhamdulillah, terbaek SPRM. Kasi siasat dan kaut semua sekali katak-katak Sheraton, termasuk yg offer Scheme of Things tu.




PMX BERTEMU DELIGASI PERU

 




Hebat deligasi Peru. Mengambil nota ,  Malaysia punya deligasi leklu...tengok orang catat nota...makna kata Malaysia punya deligasi hebat..simpaan lam otak.....nasib tak macam ketua J-Kom....kita ingat dia buat kerja...rupanya berpoya poya....jilake....



Saya dan delegasi kemudian mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra.


Dalam pertemuan tersebut Presiden Boluarte memohon Malaysia mempertimbangkan pembukaan sebuah pejabat di Peru untuk menjadi pemudah cara pensijilan halal bagi produk di negara tersebut.


Presiden Boluarte turut mempelawa saya dan ke Peru tahun depan, sempena Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2024 yang akan dipengerusikan negara itu.


Dalam pertemuan ini, saya juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak berkuasa Peru kerana menyelamatkan dan membantu 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan eksploitasi buruh di Peru baru-baru ini.


Selain itu, kami berdua turut membincangkan aspek peluang kerjasama ekonomi antara kedua-dua selain menyentuh isu pemerkasaan wanita dan perubahan iklim.


Malaysia juga menyokong usaha Peru untuk mewujudkan status Perkongsian Pembangunan dengan ASEAN.


#MalaysiaMADANI

#APEC2023



KENAPA LAWAN PAS NI.....


 

KES WALAUN TERTIPU


 

OWHHHH..ANAK PAK LEBAI


 

PUNCA ANWAR DITUDUH OLEH MAHATHIR


 

MALAYSIA DAN GOOGLE KERJASAMA.STRATEGIK


Jamzuri Ardani


 PELABURAN BAHARU | Malaysia dan Google mengumumkan kerjasama strategik untuk mewujudkan peluang pertumbuhan inklusif kepada lebih ramai rakyat Malaysia dan syarikat tempatan dalam ekonomi digital yang sedang berkembang pesat.




VIDEO


Dalam dunia politik negara, modal terpaling laris untuk benamkan politician ialah skandal seks. Yang tu senang hadam. 


Bermacam2 skandal seks kita dengar. Pelbagai video ditularkan. Sejak zaman 80-an hingga sekarang. 


Ada pemimpin tertinggi parti Islam, suatu ketika dulu. Heboh dipertonton video bersama mistress hanya dengan spenda putih. Sama kaler dengan rambutnya. 


Ada pemimpin kaum Cina, terbocor video hotel di Johor. Gagah di dalam bilik tidur bersama China Doll. 


3 tahun lepas, ada video yang dikatakan kabur. Seorang Pemimpin Kanan PN terciduk. Tular adegan dengan anak ikan. Jelas terpampang untuk tontonan. 


Anak ikan mengaku pula, Ketua Polis kata videonya tulen. Tapi kita tahu susah nak didakwa. Kerana lompong undang2 Malaysia. Tiada salah si “penerima”. 


Macam2 gossip dan skandal kita dengar. Dari cerita tangkap basah ke skandal dengan retis. Menunjukkan politician ini manusia biasa. Mereka juga pendosa. 

Dosa kecil atau besar, pengundi menjadi hakimnya.


Tular semalam suatu video lagi. Video “Wahab” kita panggil. Yang terpalit seorang pegawai tinggi Kerajaan. Lantikan politik. Saya tengok dan dengar tapi tak sanggup tonton habis. Terlampau lewd untuk halwa telinga. Biarlah yang siasat lanjut sang penguasa. 


Kita boleh lihat modal ini digunakan sehabisnya oleh Pihak Pembangkang, untuk balun Kerajaan. Ada Pemimpin Muda mereka suruh gulingkan Kerajaan. 


Video percakapan lucah seorang Ketua Jabatan menjadi modal untuk jatuhkan Kerajaan? Bukan video tengah beraksi. Obvious double standard pada saya. 


Di kalangan mereka, ada Pemimpin Tertinggi yang terpalit isu sama tapi depa dok julang juga. Walaupun 3 tahun dulu, perkataan “semburit” dan “kunyit” mereka lontar pada dia. 


Bukan bermaksud kita nak back up video terbaru. Salah tetap salah. Tambah kalau betul Wahab itu, staff sendiri. Itu dah level tak boleh dimaafi. 


Cuma, posting ini nak tunjukkan betapa hipokritnya geng politik. Walaupun skandal seks ini rentas parti, dosa itu hanya terpakai kepada lawan. Kalau geng sendiri dipejamkan mata dan dihalalkan. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki.



𝗞𝗥𝗢𝗡𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗞𝗘𝗦 𝗜𝗞𝗜 𝗣𝗨𝗧𝗥𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗡𝗜𝗞 𝗘𝗟𝗜𝗡 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟭


21/08/19 - Iki Putra didakwa kes Jenayah Syariah di Selangor .


29/02/20 - 🇲🇾 Muhyiddin dilantik PM8, Takiyuddin Menteri Undang2.


02/04/20 - Haji Hadi dilantik Duta Khas.


𝟮𝟱/𝟬𝟮/𝟮𝟭 - 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗰𝗮𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗨𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴𝟮 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗜𝗸𝗶 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮. 𝗣𝗔𝗦 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸.


19/03/21 - 200 Peguam tandatangan petisyen desak pindaan Perlembagaan.


07/07/21 - 🇲🇾 Ismail Sabri dilantik sebagai PM9.


25/05/22 - Nik Elin failkan notis usul cabar perkara dalam Kanun Jenayah Syariah Kelantan.


𝟯𝟬/𝟬𝟵/𝟮𝟮 - 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗰𝗮𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗨𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴𝟮 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗡𝗶𝗸 𝗘𝗹𝗶𝗻. 𝗣𝗔𝗦 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸.


13/10/22 - Nik Elin failkan Petisyen.


19/11/22 - Pilihanraya Umum 15.


24/11/22 - 🇲🇾 Anwar dilantik PM10.


19/01/23 - 3 Majlis Agama Islam (Wilayah, Kedah, Selangor) terima kebenaran jadi Sahabat Mahkamah (amicus curiae).


17/08/23 - Keputusan Iki Putra di Mahkamah Persekutuan.


𝟮𝟰/𝟭𝟬/𝟮𝟯 - 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗛𝗮𝗱𝗶 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗸𝗮𝘁𝗮 𝗱𝘂𝗮 𝗱𝗶 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 "𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗛 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸, 𝗸𝗮𝗺𝗶 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸". 𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝟯𝟯𝗯𝗹𝗻, 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸. 𝗞𝗶𝗻𝗶 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶.


14/11/23 - Harakahdaily mula terbit artikel serang kerajaan Madani isu ini walaupun isu ini bermula di zaman PN-PAS.


Sama-sama berusaha lindungi Bidangkuasa Syariah Negeri. Elakkan menunding jari. Perjelaskan hal sebenar.



ANTARA DOSA PERIBADI DAN DOSA YANG ADA KAITAN DENGAN MASLAHAH UMUM.


Che Ibrahim.


Antara sebab Allah mensyaratkan keterangan 4 saksi lelaki yang adil, yang melihat dgn mata sendiri perbuatan Zina/liwat sedang berlaku, satu beban pembuktian yang hampir mustahil dapat diadakan, ialah kerana Allah tak mahu aib peribadi disebarkan tanpa asas yang kukuh.


Samada dia benar benar melakukannya, maka biarlah Allah yang menghukumnya, namun bagi sesiapa yang menyebar aib berkaitan Zina/liwat tanpa mengemukakan 4 saksi, mereka juga akan diazab oleh Allah dengan azab yang hampir sama dengan pelakunya. 


Bagi dosa dosa yang melibatkan kepentingan umum, beban pembuktiannya tidak seberat beban pembuktian Kes Zina/liwat, ianya cukup dengan keterangan 2 saksi. Itulah sebabnya Allah menetapkan beban pembuktian yang hampir mustahil dapat diadakan bagi menutup keaiban peribadi.



MAASYUKKKK UNTUK NEGARA

 

Alhamdulillah masuk lagi pelaburan baharu! Syabas PMX dan Kerajaan Perpaduan




APA LA HANG MENGARUT NI WAN SAYFUL

 



Kalau sehari pemimpin PN tak buat politik lawak, tak sah rasanya hidup mereka.


Dalam kecoh MP Kepala Batas Siti Mastura dari PN (PAS) memfitnah Lim Kit Siang, anaknya Gua Eng, dan beberapa pemimpin DAP lain bahkan mantan PM Singapura Lee Kuan Yew ada kaitan dengan China Peng, setelah gagal membela, hari ini mereka cuba bangkitkan isu berbeza.


Wan Saiful ungkit kononnya BN juga buat tuduhan yang sama masa kempen PRU15 dahulu. Aku rasa ini sesuatu yang amat kelakar. Macam budak budak je gayanya. Dia buat fitnah, bila tak dapat bela diri, dia kait orang lain. Masalahnya, itu tak mengubah hakikat si Mastura tu memfitnah.


Dua perkara aku nak sebut.


Pertama, tuduhan BN tu terdapat dalam buku kecil. Berbeza dengan isu Mastura, perkataan itu keluar terus dari mulutnya. Nak saman BN, boleh je BN kata mereka tak terlibat dalam penerbitan itu. Tapi nak saman Mastura, apa lagi dengan bukti video, macamana dia nak nafikan? Mana lebih mudah?


Kedua, ia perkara yang lepas. Bukan isu semasa. Kalau nak saman isu lepas, kenapa PAS tak saman Mahiaddin yang kata PAS Parti Ajaran Sesat? Atau saman Wan Fayhsal yang kata penyokong PAS bodoh? Kenapa diam? Apakah itu bermakna PAS akui mereka memang parti ajaran sesat dan para penyokong mereka bodoh?


Sebab tu tak payahlah nak kait orang lain. Nanti kita buka isu yang lain, lagi tercirit nak jawab. Fokus je pada isu semasa, iaitu Siti Mastura fitnah sejumlah pemimpin DAP.


Dia akan disaman oleh banyak pihak. Lebih baik la bantu makcik tu hadapi saman. Ajarkan dia teknik menjawab dalam mahkamah. Atau paling tidak pun, usahakan kumpul dana untuk bayar saman tu nanti. Tak payah sentuh soal lain. Kan lebih baik begitu. Guane boh?




 

Raja Gelap II 


.


MMMMM- BOIKOT BARANG TERTENTU SAJA KAH ?

 


ADAlah juga sikit-sikit sumbangan untuk mengubah nasib rakyat Palestine di Gaza.

unnnn sibuk boikot mekdi dan nesleee





BENARKAH BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH AKAN TERHAPUS??





Dakwaan Timbalan Presiden Pas, Tn Ibrahim Tn Man bahawa sebahagian besar bidang kuasa mahkamah syariah akan terhapus jika Mahkamah Persekutuan menerima Petisyen Nik Elin Nik Rashid adalah satu pembohongan besar kepada masyarakat.


Bidangkuasa Mahkamah Syariah telah disebut dengan jelas dalam Senarai II, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Selagi Perlembagaan negara ini tidak dipinda, maka selagi itulah mahkamah syariah dan bidangkuasanya akan wujud. 


Lagipun apa apa pindaan perlembagaan ke atas semua perkara berkaitan Islam mestilah terlebih dulu mendapat perkenan Majlis Raja Raja Melayu. Makna kata, selagi Raja Raja Melayu wujud selagi itu Mahkamah Syariah akan wujud. 


Pertikaian sehingga membawa petisyen tersebut difailkan hanya berkaitan bidang kuasa. Apabila Kerajaan Kelantan telah memasukkan banyak kesalahan kesalahan yang sebelum ini dibicarakan di mahkamah sivil berdasarkan berbagai undang undang jenayah Persekutuan, maka ianya menimbulkan satu polemik baru adakah Mahkamah Syariah juga ada kuasa untuk membicarakan kes kes yang dibicarakan di mahkamah sivil???... Tu jah isu sebenar, usah putar belit menggunakan sentimen agama untuk perdayakan orang awam. 


Begitu juga dakwaan Tn Ibrahim bahawa isu perundangan Islam ini datang bersama dengan akidah adalah satu dakwaan yang mengelirukan. Jangan samakan perundangan syariah dengan enakmen jenayah Islam kerana hukuman hukuman yang dikenakan oleh mahkamah syariah juga bukan hukuman dari Al quran dan hadis.


Kalau hukuman di mahkamah sivil didakwa bukan bersumberkan hukum Islam, maka hukuman di mahkamah syariah juga bukan bersumberkan hukum Allah. Hukuman di Mahkamah Syariah adalah tertakluk kepada bidangkuasa yang diberikan di bawah Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah ) 1965, sama sahaja dengan hukuman di Mahkamah Sivil yang bidang kuasanya berpunca dari Akta Mahkamah Persekutuan. 


Sebagai contoh, Akta Mahkamah Syariah menberi kuasa kpd Mahkamah Syariah hukuman denda tidak melebihi rm5000, sedangkan di Mahkamah Sivil tidak ada had, boleh denda  sehingga ratusan juta.... Adakah perbezaan yang ketara ini menjadikan hukuman di mahkamah syariah adalah "Islam," manakala hukuman di mahkamah sivil tidak Islam?


Kesalahan bersetubuh dengan bukan manusia boleh dihukum dengan penjara sehingga 20 tahun di Mahkamah Sivil, manakala di mahkamah syariah tidak boleh melebihi tempoh 2 tahun..... Adakah perbezaan ini menjadikan mahkamah syariah dianggap "perundangan Islam", manakala kesalahan yang sama di mahkamah sivil dianggap kesalahan bukan Islam??? 


Cukup cukuplah perdayakan masyarakat dengan sentimen agama secara palsu, kasihanilah mereka yang tak tahu dan faham prinsip perundangan.




DAH LAMA JADI PROBONO





 Kadangkala bercakap lebih mudah dari membuat kerja terutama pada bekas pensyarah. 


Nampak gaya kita penyokong PH yang terpaksa memerangi propaganda fitnah PN secara pro bono. 


****************

Spekulasi bertiup kencang bahawa Mohammad Agus Yusoff akan meninggalkan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), tidak sampai setahun setelah dilantik.


Setakat ini kerajaan masih berdiam diri berkaitan status itu, ketika media mula membincangkan perkara itu.

Memetik sumber, portal seperti Suara.TV antaranya berkata dia telah menghantar surat peletakan jawatan yang berkuat kuasa semalam.


Malaysiakini sudah menghubungi Agus dan masih menunggu maklum balasnya.


J-Kom dijenamakan semula daripada Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang sebelum ini dikaitkan dengan siri propaganda parti pemerintah.


Jawatankuasa itu setakat ini berdepan kritikan gagal mendepani serangan kumpulan pro-Perikatan Nasional (PN) dan kempen 3R (kaum, raja dan agama) di media sosial, selain Kementerian Komunikasi dan Digital.


Setiausaha Publisiti DAP Johor Marina Ibrahim antara pihak yang tampil menuntut Agus ditukar atas dakwaan penyampaian maklumat kerajaan tidak sampai ke bawah.



SAUDARA MOHIBB ASALNYA "ORANG BAIK" TETAPI JERKEBAK DENGAN CIRCLE "TIDAK BAIK"




Saudara Mohibb yang difatwakan sesat pengajarannya (dalam fb live beliau) hanya satu watak daripada doktrin ajaran radikal yang memusuhi ASWJ Asya'irah Maturidiyyah. Beliau sudah tidak mampu lagi untuk berkompromi iktikadnya di Malaysia atas keyakinan bahawa orang selain alirannya sesat, masuk neraka dan pelbagai tuduhan jelek. Malah dia berani memperburukkan Imam Abu Hanifah RA dengan kenyataan dangkal yang tidak sesuai daripada seorang lepasan pengajian Islam di Timur Tengah.


Tahniah kepada Mufti Negeri Terengganu atas keputusan yang haqq terhadap orang ini. Semoga Allah memperburukkan mulutnya atas tuduhan² jahat (sebenarnya cacian) terhadap Asya'irah dan Imam Abu Hanifah RA. 


Berdasarkan fatwa Mufti Terengganu, masyarakat perlu melihat circle di sekeliling saudara Mohibb yang mempengaruhi beliau menjadi seperti sekarang. Kita kena kenal siapa rakan² pempengaruh, doktrin aliran, kitab² yang dibaca dan idola ikutan beliau. Ini penting bagi mengesan watak² lain yang akan muncul selepas ini. Watak akan bersilih ganti selagi mana circle tidak kondusif itu tidak dihapuskan. Justeru ia perlu ditangani dengan cepat.


Saudara Mohibb ini asalnya "budak baik". Namun berubah selepas berkawan dengan circle yang tidak kondusif. Semoga beliau diberikan hidayah untuk kembali kepada kefahaman agama yang betul.


Dr HK

16.11.2023



OWHHH- CERITA PERIBADI DAN JIKA BENAR DR AGUS HARUS BERI PENJELASAN

 


Oh... Ini yang orang sibuk sangat cerita video Prof. Agus. Dari semalam lagi kata ada di page Chegu Bard. Aku try juga cari tapi tak jumpa.


Aku masih tak tahu apa video ni sebenarnya. Kalau ikut tajuk je, macam isu seks luar tabie. Jadi walaun cuba kaitkan dengan pentadbiran PMX.


Apa isunya di sini? Ia isu peribadi. Isu skandal seks. Sahih? Tak pasti lagi ketulenan videonya. Bukannya macam video Azmin Ali yang Lokman Adam pernah buktikan ianya video yang tulen.


Adakah ia melibatkan wang rakyat? Rasanya tidak. Melainkan jika ada pembayaran dibuat dengan menggunakan wang rakyat. Ke ada begitu?


Jadinya ini isu peribadi. Dosa peribadi. Tak libatkan kepentingan umum. Apa yang nak dikecohkan? Ada deretan kes curi duit rakyat, yang jejas kepentingan umum. Itu yang tak boleh disenyapkan.


Dosa homoseks ni besar. Tapi besar lagi dosa curi wang rakyat. Besar lagi dosa memfitnah yang boleh bawa perpecahan rakyat. Jangan guna isu peribadi seseorang begini untuk tutup isu salah guna wang rakyat.


Aku tak kata benda ni tak apa. Sekiranya ada bukti, laporkan. Biar pihak berkenaan ambil tindakan dan si pelaku dihukum. Selebihnya tiada kena mengena dengan kita.


Jenayah penggubahan wang haram, jenayah fitnah yang mampu merosakkan perpaduan antara kaum dan agama, jenayah menunggang agama dan putar belitkan dalil untuk kepentingan politik adalah jauh lebih jahat dan besar dosanya. Jangan dilupakan.


Dosa masing-masing jawab. Kalau rasa di akhirat kelak boleh dapat bypass titian sirat dan neraca Mizan, teruskan bercakap soal dosa peribadi orang.


Kalau tak, lebih baik tumpukan pada isu yang beri kesan terhadap rakyat. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


DR AGUS WAJIB TAMPIL BERI PENJELASAN, BUAT LAPORAN POLIS JIKA FITNAH


Sejak petang semalam berlegar di media sosial sebuah klip video yang mirip wajah Ketua Pengarah J-kom, Prof Dr Mohd Agus Yusof.


Video tersebut memaparkan perbualan mesra dan romantis antara seorang lelaki mirip wajah Dr Agus itu dengan seorang lelaki yang lain yang tidak dikenali.


Rakaman video berkenaan dipercayai dilakukan dalam perbualan melalui “video call”.


Sehingga ini tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah video asli atau video palsu yang telah diedit.


Begitu pun, isu video berkenaan telah menjadi perbualan hangat di kalangan netizen sejak petang semalam sehinggalah sekarang ini.


Sebagai makluman, Dr Agus telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai Ketua Pengarah J-kom pada 15 November lalu dan kini sedang menunggu sama ada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menerima atau tidak perletakan jawatannya itu.


Memandangkan isu ini dipercayai akan terus hangat diperbualkan, lebih-lebih lagi kerana tiada sebarang penjelasan dan penafian daripada mana-mana pihak, keghaiarahan masyarakat memperkatakannya dirasakan akan terus menyubur dalam tempoh waktu yang sukar dijangka.


Untuk menangani perkara ini, terpenting sekali buat masa ini ialah Dr Agus sendiri mesti segera tampil memberi penjelasan berkaitan video berkenaan.


Kalau benar wajah dalam video itu adalah dirinya serta kata-kata yang diucapkan juga adalah tulen daripada mulutnya, adalah terpuji untuk beliau mengaku sajalah dan seterusnya minta maaf secara terbuka kepada masyarakat.


Tetapi, jika ia tidak betul dan bukan dirinya dalam video tersebut, Dr Agus wajib menafikannya dan memberi penjelasan yang lengkap berkaitan dengannya.


Seterusnya, menjadi kewajipan pula baginya membuat laporan polis agar mereka yang merakam dan menyebarkan video itu dapat diambil tindakan oleh pihak berkuasa.


Apa pun, berdiam diri dan membiarkan saja isu ini terus terawang-awangan lebih lama tanpa penjelasan bukanlah pilihan buat Dr Agus.


Ini kerana Dr Agus adalah pemegang jawatan penting dalam kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim, malah oleh kerana notis perletakan jawatannya adalah selama sebulan serta belum diputuskan lagi sama ada perletakan jawatannya diterima atau tidak, hakikatnya beliau kini masih lagi seorang kakitangan kerajaan.


Oleh itu, tiada sebab untuknya berdiam diri atau melarikan diri daripada memberi penjelasan. – ShahbudinHuisin 17/11/2023


https://shahbudindotcom.net/2023/11/17/dr-agus-wajib-tampil-beri-penjelasan-buat-laporan-polis-jika-fitnah.html