APA PUN DIA NI PATUT BAGI MAKAN SAMAN. LENGKAP BAGI MASUK SENARAI LEBAI PAS DISAMAN


 

KALAU AKU LAH..TAK PATUT PUN ADA PARTI TUNGGANG AGAMA NI.


 

FITNAH NI JAHAT DARI DAJJAL- INI LAGI TERUK. DIA BUAT FITNAH..- KEMUDIAN BILA KENA REPORT DIA MINTA MAAF


 

ANWAR TIDAK PERNAH KHIANAT PADA ORANG MELAYU


 

LAMBAIAN RM 10 JUTA


 

KESUNGGUHAN PM MEMBANGUNKAN SEMULA NEGARA HARUS DISOKONG SEMUA RAKYAT


 

PM DI SAMBUT RAKYAT DI CHERAS


 

PM HARI INI DI CHERAS.


 

ULANG SEMULA PERUNTUKAN BUAT NEGERI PEMBANGKANG. JANGAN DOK KOMEN LAGI YA...


 

LIHAT DIA TAK ADA STATISTIK...MAIN BALUN SAJA DIA CAKAP


 

LEBAI GELOJOH FITNAH

 

Letak umpan dekat mata kail. Belum sempat masuk air dan dimakan ikan, anjing peliharaan dah makan umpan tu sekali mata kail. Tak pasal koyak mulut anjing peliharaan itu.

Ini perumpamaan untuk kejadian yang berlaku baru baru ini. Fitnah yang Teresa Kok dilantik menjadi Pengarah Felcra yang baharu. Niat mereka supaya rakyat benci kerajaan.

Rupanya yang masuk perangkap lebai sendiri. Lebai yang galak share. Tak sempat rakyat nak termakan hasutan kebencian kaum, lebai pula yang terlihat sebagai pemfitnah.

Almaklumlah. Lebai bukan jenis cerdik. Tak pandai nak cari isu dan kritik kerajaan secara berfakta. Dah begitu, malas periksa kebenaran. Jadi bila ada isu kaum, lebai tak tunggu lama.

Senjata makan tuan. Begitulah bila jadikan fitnah sebagai rencah politik. Tapi Allah Maha Hebat. Bila Allah nak pusingkan kejadian, Allah tak perlukan bantuan sesiapa.

Ini mungkin peringatan buat semua. Usah jadikan fitnah sebagai amalan. Lihat bagaimana fitnah yang direka untuk burukkan lawan akhirnya burukkan diri mereka sendiri.

Semoga dengan kejadian ini rakyat dapat melihat dengan jelas;

1. PN menjadikan fitnah sebagai kaedah politik.

2. PN sengaja reka isu kaum demi kuasa. Tak hirau soal perpaduan.

3. Lebai pemalas dan tak mahu cari fakta.

4. Lebai tak bertanggungjawab. Bila salah, enggan mengaku dan lekas dia salahkan orang lain.

5. Lebai ego dan bongkak. Minta maaf sambil lewa.

6. Lebai tak mahir soal pentadbiran. Berpaut pada isu kaum untuk nampak berfungsi.

7. PN tak punya kelayakan untuk memerintah.

Kita perlukan pemimpin yang berkaliber untuk maju sebagai sebuah negara. Kalau setakat berpakaian Islamik tapi penuh kejahatan dan lemah pula dalam pentadbiran, itu bukan pemimpin yang baik.

Akhir sekali, iman itu bukan hanya pada lidah dan tangan (pertuturan dan perbuatan) bahkan juga di hati (niat). Kesemua ini penting hingga niat yang baik tak halalkan perbuatan yang jahat.

Yang mengaku beriman, jika tuturnya penuh fitnah, maka eloklah diperiksa kembali imannya. Orang yang beriman, percaya hari pembalasan, takkan berani memfitnah. Guane boh?

Raja Gelap

.

SERUAN DI MALAYSIA

 



Khabarnya ini banner di Indonesia. Tapi bagus juga kalau seruan yang sama dibuat di Malaysia.

Aku setuju kalau para pemfitnah yang menghasut kebencian kaum dan agama dihukum mati. Kesan fitnah merosakkan masyarakat, sama seperti kesan pengedaran dadah.

Saman dan penjara tak cukup. Diharap agar dapat ini dijadikan undang-undang. Guane boh?

Raja Gelap

 

RENTASAN 1393 | GEMPAR!! 'KALIH BAGI SAMA': AKHIRNYA KEDAH BAKAL DITAWAN...





MENARIK DALAM RENTASAN 1393
1. GAGAL BEKAL AIR BERSIH, KINI JANJI KOREK LUBANG 2. MB KEDAH KUAT LAJAK DARIPADA LAJU 3. MAIN ISU 3R, AMBIL TINDAKAN WAJAR




KEDAH MILIK SIAM?




Geng Sanusi marah saya. Katanya saya ni loyar buruk saja. Penerangan saya mengenai Perlembagaan itu buat habis beras. Sebab kalau PN dapat 2/3 kerusi PRU16, mereka boleh ubah Perlembagaan.

Astaga…. Dulu propagandanya, kalau DAP naik mereka akan ubah Perlembagaan Negara. Rupanya, set2 ni yang sebenarnya punya hasrat terpendam.

Kena ingat ya, kalaupun DAP dapat 2/3 kerusi, mereka takkan boleh ubah peruntukan mengenai Bumiputera dan Islam tanpa persetujuan Majlis Raja2 Melayu.

Tapi kalau PAS nak tukar Perlembagaan isu seperti ini, they can bulldoze anytime. Tak payah Majlis Raja2 pun.

********************

Jadi kita tahu, kalau PAS memerintah gebangnya, mereka nak ubah Perlembagaan. Jadi kan Penang, Kedah punya.

Boleh kah berlaku? Jawapannya boleh. Perlembagaan bukan kitab. Ia boleh dipinda dengan undi 2/3. Tapi sekali kita ubah Undang2 Tertinggi Negara, banyak implikasinya.

Satu yang utama, sekiranya Kedah ubah Perlembagaan sebab nak kan Penang, akan buat semua tuntutan negeri atau wilayah terjejas. Ini kerana sudah ada precedent/ atau duluan. Boleh buat Negeri/ Negara lain akan tuntut juga.

Misalnya, Sultan Sulu pun boleh guna contoh Kedah ni untuk kes dia. Sabah dan Sarawak pun boleh tuntut kedaulatan mereka.

Dan yang paling ironi, silap2 Thailand boleh tuntut Kedah semula. Kena ingat, Fasal 167(7) Perlembagaan kita, masih lagi termaktub, Malaysia kena bayar kepada Raja Siam untuk negeri Kedah.

Tak ke sia2, kalaupun Kedah dapat Penang, Siam

pulak tuntut Kedah. Sebab duluan dah ada.

********************

Tu sebab saya tak berapa percaya geng Parti Syurga ni. Depa kalau nak lari dari isu, main sebut je. Tak pikir akibatnya.

Pada saya, isu ini hanya gimik Pilihanraya. Propaganda untuk perang dengan orang lain ialah taktik standard politikus yang malas.

Tengok kan Presiden Amerika, ishtihar perang dengan negara luar bila mereka nak lebarkan pengaruh. Contoh: Perang Teluk dan Perang Vietnam. Bohong yang banyak.

Samalah, polemik Kedah-Penang ni bohong belaka. Propaganda pilihanraya. Agar pengundi pajak otak kepada mereka.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

Makin Panas!!! Rahsia Besar PAS Dibawah Kepimpinan Hadi Awang Dibongkar

PN KETEPIKAN PROKLAMASI ORANG MELAYU?


 Mahiaddin Md Yasin semalam mengumumkan, PN akan bertanding di semua 245 kerusi Dun dalam PRN enam negeri akan datang ini.

Katanya, PAS akan bertanding di 126 kerusi, Bersatu 83 kerusi dan Gerakan 36 kerusi.

“Rundingan kerusi berjalan dengan agak lancar, tiada perselisihan faham yang boleh mencetuskan masalah.

“Kami dapat muktamadkan (rundingan) lebih awal berbanding tarikh pengundian yang masih belum diumumkan,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PN di Kuala Lumpur.

Turut hadir Presiden Pas, Hadi Awang, Presiden Gerakan, Dominic Lau dan barisan pimpinan tertinggi PN yang lain.

Sebelum ini, selepas mengadakan rundingan meja bulat dengan parti-parti yang menyokong Proklamasi Orang Melayu, Tun Mahathir Mohamad yang seolah-olah menobatkan dirinya sebagai ketua blok pembangkang, mengumumkan mereka bersetuju untuk tidak bertembung sesama sendiri dalam PRN akan datang nanti.

Dalam rundingan meja bulat yang dihadiri beberapa pemimpin utama Pas dan pemimpin kecil Bersatu, tetapi tidak dihadiri Mahiaddin dan Hamzah Zainuddin selaku Ketua Pembangkang, Tun Mahathir turut menyebut, pertemuannya dengan Mahiaddin akan diatur selepas itu.

Begitu pun, di sebalik Mahiaddin menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan Tun Mahathir yang lebih dulu mempelawanya untuk bekerjasama, tetapi sehingga ini tiada pertemuan berlangsung antara kedua-dua mereka.

Secara umumnya, disedari kebimbangan dalam PN terhadap pertemuan itu ialah Tun Mahathir pastinya akan meminta sejumlah kerusi untuk kelompok yang menyokongnya, termasuk daripada Pejuang yang dipimpin anaknya, Mukhriz.

Hakikatnya, mereka itu tiada kekuatan sendiri selepas hilang deposit pada PRU15 lalu dan berharap dapat bernafas kembali dengan menumpang kekuatan PN.

Malah Mukhriz tidak lama sebelum ini turut memohon untuk menyertai PN, tetapi telah ditolak dengan alasan penyertaan parti itu akan mengganggu proses pengagihan kerusi dalam gabungan tersebut.

Semalam, sementara Tun Mahathir masih di luar negara dan tanpa menunggu perjumpaan dengan Mahiaddin berlangsung, PN secara rasmi telah mengumumkan dan memuktamadkan pembahagian kerusi antara mereka.

Nampaknya melalui pembahagian itu, tiada kerusi diperuntukkan kepada parti atau pihak lain selain parti dalam PN.

Sekaligus ini bermakna, PN telah mengenepikan Tun Mahathir dan Proklamasi Orang Melayu dalam menghadapi PRN enam negeri mendatang ini.

Masih mahu bertanding jugakah mereka yang bersama Proklamasi Orang Melayu, termasuk Pejuang yang dipimpin Mukhriz dalam PRN nanti? – ShahbudinHusin 23/06/2023.





[ULASAN ISU SEMASA ISWARDY MURNI- 22.6.23 PAS seronok sebar fitnah. Gagal batal saman Mujahid tent...



TYT Sarawak Taib Mahmud sihat. Tidak meninggal dunia seperti di war warkan. PN bertanding 245 kerusi. PAS paling banyak. Teresa Kok Dilantik pengerusi Felda menggantikan Idris Jusoh? PAS seronok sebar fitnah. Gagal batal saman Mujahid tentang LGBT

Nak cadang kan juga pada Shahrir Samad & walatok untuk #keluarsekejap dan pikir sejenak

 

Mukhlis Eddie


Nak cadang kan juga pada Shahrir Samad & walatok utk #keluarsekejap dan pikir sejenak

 

📍Najib Razak buat Program Transformasi Ekonomi 2010 pun lepas 17-18 bulan jadi PM

 

📍@rafiziramli dan PMX akan bentang Naratif Ekonomi Madani dlm bulan Ogos ni. Jika dibandingkan, setengah tahun shj masa diambil utk umum langkah ekonomi 

 

📍Realitinya, situasi ekonomi negara sekarang tak se-ideal Najib terima negara dulu. Ekonomi bukan buat hari ni, semalam nmpk hasil. Apa yg jadi hari ni, pun angkara economic planning 5-20 tahun lepas

 

📍Sebab tu @rafiziramli tegaskan, we cannot treat it like “business as usual”. Die fokus baiki dasar dan foundation ekonomi negara

 

1/ Isu ‘ali baba’ (rent seeking)

2/Buat sistem pengkalan data PADU dan RUU Omnibus

3/ Scaling up IPR dan umumkan IKR

4/ In pipeline, energy transition dan digital economy roadmap

5/ Innovathon 

6/ Bulan 8 ni, Naratif Ekonomi MADANI 

 

📍Yg faham, akan faham. Selagi tak cuci habis daki dan perangai lama, Malaysia takkan boleh move on jika masih habit lama, cuma tukar2 pelan baru 

 

Kita tak nak ekonomi laju naik, tp rapuh dek foundation yg lemah. @rafiziramli tahu hal ini dan die selesaikan satu-satu

 

📍Dgn resource yg Malaysia ada, strategi pantau perkembangan dan hasil perlaksanaan penstrukturan ekonomi dan subsidi bersasar, seterusnya lakukan konsolidasi fiskal akhir tahun ni adalah yg terbaik utk rakyat Malaysia

 

📍Tak guna kerajaan campur tangan belanjakan kos yg besar hanya semata-mata utk support pasaran modal dan ringgit hanya utk

OPTIK ekonomi kukuh, sedangkan dana sebanyak itu lebih baik disalurkan utk bantu keperluan RAKYAT dan pembangunan EKONOMI malaysia

 

📍Data-data ekonomi penggal pertama tahun ini yg dikongsi Timb Menteri MOF @ahmadmaslan sendiri menunjukkan yg Malaysia semakin baik dan berada di landasan yg betul

 

📍Nk kuatkan MYR, kerajaan boleh ambil jalan mudah dgn naikkan OPR seiring dgn interest rate Federal Reserve US seperti 2020 sehingga 4x naik

 

Tapi itu bukan langkah MADANI dan langsung tak cakna kebajikan rakyat (bayaran pinjaman bank sah2 meningkat)

 

🔗 Kesimpulan, Shahrir Samad gelojoh sgt. Cakap pun tak berdasarkan fakta 😌

 


SEMUA KINI SALAHKAN MAHATHIR, TETAPI PAS BERSAMA BELIAU.DENGAR PENDEDAHAN HAMZAH ZAINUDDIN


 

PAK LEBAI HANYA BINCANG ISU LEMAH BERBANDING MENGKRITIK PERKARA YANG LEBIH DIBERI KEUTAMAAN.


 

USTAZ JARI TENGAH KENA TAHAN


 

FITNAH JUGA


 

LEBAI YANG MENGARUT DAN PDRM BOLEH AMBIL TINDAKAN


 

WALAUN TERTEKAN JIWA. YANG BAIK DINAFIKAN YANG BENCI DIMULIA. AKHIR NYA WALAUN WALAUNTIT TERTEKAN JIWA


 

KERAJAAN NEW ZEALAND MENGUMUMKAN KEMELESETAN EKONOMI


 

HARAP PDRM BERTINDAK PADA PEMFITNAH.

 


Modus operandi lebai memang macam tu. Bila dah terkantoi fitnah, dia katalah admin yang post. Masa buat fitnah tak fikir panjang. Yang aku pelik, puak ni tak percaya ke hari pembalasan? Tak percaya janji Allah tentang dosa, pahala, syurga dan neraka ke? Kalau percaya, kenapa fitnah jadi rutin? Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


SEMUA TERJAGA DI NEGERI PH- HANYA FITNAH DAN MAINAN PERSEPSI SAHAJA...


 

PENANG BINA PUSAT UNTUK GELANDANGAN


 

PANAS!! MAHATHIR DEDAH PERANGAI SEBENAR AZMIN??

REFORMASI DEWAN NEGARA: BUKAN LAGI RUBBER STAMP


ISU AIR...PERBINCANGAN..ILMIAH


 

Isu Maritim: Anwar tempelak Takiyuddin, sindir Muhyiddin - 'Itulah soala...


Perdana Menteri, Anwar Ibrahim tegas tidak akan sesekali mengorbankan soal kedaulatan negara dalam isu tuntutan pertindihan kawasan sempadan maritim negara. Anwar memberi jaminan itu ketika ditanya Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) ketika sesi soal Jawab Perdana Menteri di Parlimen hari ini. Selain itu, Anwar turut mempersoalkan sumber maklumat Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan, yang menimbulkan dakwaan berkenaan.



PERUNTUKAN SEGERA RM500 JUTA BAIKPULIH BEKALAN AIR KELANTAN


PRN: AZMIN SEHARUSNYA BEREHAT TERUS


BELANJAWAN TERENGGANU RM2 BILION SETAHUN UNTUK APA?


Bagaimana terjalin hubungan baik jika MB Kedah asyik serang PM? ( TAK DPAT KEDAH TAK APA .NEGERI MISKIN )


 

Kritikan kononnya Perdana Menteri (PM) Malaysia tidak menghiraukan nasib rakyat Kedah dengan tidak mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar (MB) Kedah dan membincangkan pembangunan negeri dibidas Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail.



Menurut Siti Aishah, kritikan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Muslimat PAS Kedah, Mardhiyyah Johari bersifat menyerang dan tidak adil kerana sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai PM, MB Kedah sendiri tidak pernah berhenti menghentam Anwar.



Katanya, Mardhiyyah tidak wajar membangkitkan dua projek besar Kedah yang tidak mendapat kerjasama Persekutuan sekiranya beliau faham bagaimana hubungan negeri dan Persekutuan seharusnya terjalin.



"Kenyataan beliau yang cuba mewujudkan persepsi bahawa dengan tidak adanya pertemuan, membuatkan rakyat Kedah tertindas dan Kedah terkeluar dari pembanggunan serta kemajuan adalah jauh tersasar.



"Kenyataan beliau juga merujuk kepada dua perkara yang menjadi perbahasan masyarakat, iaitu soal pembangunan Lapangan Terbang Kulim dan pajakan negeri Pulau Pinang bukanlah sesuatu yang boleh diselesaikan dengan sikap pemimpin yang tidak bertanggungjawab.



"Bagaimana perkara yang amat fundamental seperti ini mahu dibincangkan jika kewarasan mereka yang mahu memperbincangkannya jelas tidak kelihatan.



"Isu ini melibatkan Perlembagaan atau keutamaan pembanggunan yang perlu dibuat secara relevan," katanya dalam satu kenyataan.



Sebaliknya, Siti Aishah mahu muslimat Pas melihat pembelaan dan kebajikan yang telah dilakukan oleh PMX di Kedah.



Katanya, PM setiap kali turun ke negeri itu memberikan fokus kepada pembangunan ekonomi rakyat, sektor pendidikan dan ingin menghapus kemiskinan tegar di Kedah.



"Sebagai contoh, setiap kali PM turun akan sentiasa ada insentif kepada rakyat yang diumumkan. Tidak ada istilah lupa atau pengabaian kepada rakyat Kedah seperti yang digambarkan oleh Mardhiyyah.



"Mardhiyyah seharusnya menjadi penilai yang baik dengan berani menegur dan mengkritik cara Menteri Besar Kedah dalam menjalankan fungsi beliau sebagai seorang pemimpin.



"MB Kedah harus kembali kepada norma biasa pemimpin yang perlu bermula dengan sikap dan adab. Jika benar MB Kedah ikhlas untuk bercakap soal rakyat maka beliau harus memperbaiki sikap dan pertuturan bukannya sentiasa melemparkan persepsi jahat dan fitnah kepada PM dan Kerajaan Persekutuan," katanya.



Justeru, Siti Aishah menasihatkan muslimat Pas Kedah agar kembali kepada ajaran Islam sebenar yang mementingkan hubungan baik dan saling menghormati antara sesama muslim, termasuklah antara MB dan PM.



"Hubungan baik antara PM dan MB dari parti lain di beberapa negeri yang berlainan boleh dijadikan rujukan oleh saudari.



"Jangan kita ibarat melontar batu sembunyi tangan, meletakkan kesalahan di bahu orang lain tanpa melihat kelemahan pemimpin sendiri," katanya lagi.



Untuk rekod, MB Sanusi merupakan satu satunya Ketua Kerajaan Negeri yang masih belum bertemu PM di Putrajaya.



Tiga MB negeri ditadbir Pas seperti Kelantan, Terengganu dan Perlis telah pun berbuat demikian.

 

SEKARANG MASA PALING SESUAI BONGKAR KEKABURAN VIDEO HAZIQ

 

Dua hari lalu, saya menulis artikel berkenaan PN yang hampir pasti meletakkan Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar bagi gabungan itu dalam PRN akan datang ini.

Beliau yang merupakan Pengerusi PN Selangor dan pernah menjadi Menteri Besar negeri itu sebelum ini diputuskan sebagai calon Menteri Besar kerana diyakini atas kewibawaannya untuk merampas negeri berkenaan daripada PH.

Malah, Pengerusi PN, Mahiaddin Md Yasin amat berkeyakinan terhadap kemampuan Azmin dan mahu beliau menghadiahkan Selangor kepada gabungan itu sebagai lonjakan untuk menghadapi PRU16 pada tahun 2027 akan datang.

Dalam perkiraan yang mudah, jika Selangor dapat dirampas, maka lebih mudahlah gabungan PH/BN dan Anwar Ibrahim dijatuhkan pada PRU16 nanti.

Namun demikian, meski Azmin dikatakan diputuskan sebagai calon Menteri Besar dan bakal bertanding di Dun Hulu Kelang, nama beliau tidak akan diletakkan sebagai poster boy.

Alasan PN tidak berbuat demikian adalah kerana bimbang isu video Haziq akan dimainkan semula serta disebarkan secara meluas kepada pengundi.

Dengan tidak menjadikan Azmin sebagai poster boy, bahkan tiada sesiapa diletakkan sebagai poster boy, kepercayaan PN ialah bukan saja tiada alasan untuk video Haziq dimainkan semula, malah tiada keperluan untuk isu-isu spesifik berkaitan mana-mana calon dijadikan modal kempen.

Sedemikian itu, tidak menamakan sesiapa sebagai poster boy adalah pilihan yang dikira paling selamat bagi PN.

Soalnya, benarkah ia benar-benar selamat?

Bagaimana jika isu video Haziq tetap akan dimainkan dan dijadikan modal kempen, tidak kira dalam apa keadaan sekali pun, ketika kempen dalam PRN Selangor nanti?

Sebagaimana kita semua sedia maklum, isu video Haziq tidak pernah sampai ke peringkat pendakwaan berikutan Peguam Negara sebelum ini mengkategotikan video berkenaan sebagai kabur, tidak jelas serta mempunyai resolusi yang rendah.

Begitu pun, keputusan Peguam Negara itu membuatkan ramai tidak puas hati kerana video dan gambar berkenaan yang tersebar di pelbagai platform media sosial sebelum ini didapati begitu terang dan tidak memerlukan cermin mata pun untuk mengenalpasti wajah pelakunya.

Tambahan lagi, Haziq Aziz, salah seorang yang dipercayai pelaku dalam video itu turut telah membuat pengakuan bersumpah pada 12 Jun 2019 mengaku dirinya adalah individu dalam perbuatan sumbang itu.

Katanya, video tersebut dirakam pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Sandakan dan ketika itu umat Islam sedang berpuasa di bulan Ramadan.

“Saya Haziq Aziz dengan ini saya membuat pengakuan bersumpah bahawa sayalah individu bersama seorang menteri dalam video itu.

“Video tersebut diambil tanpa kebenaran saya pada 11 Mei semasa PRK Sandakan di sebuah di Hotel Four Points,” katanya melalui rakaman video yang dimuat naik di media sosialnya.

Pada 2019 ketika kejadian itu dipercayai berlaku, Perdana Menteri ialah Tun Mahathir dan Azmin merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Selepas PH tumbang pada 2020 dan kemudian Perdana Menteri bertukar kepada Mahiaddin, seterusnya kepada Ismail Sabri Yaakon, isu video Haziq terus senyap tanpa khabar berita, selain Azmin terus dikekalkan sebagai salah seorang menteri kabinet.

Salah seorang pemimpin UMNO, Lokman Noor Adam pada suatu ketika sampai pergi ke Indonesia dan London untuk membuat ujian forensik bagi memastikan ketulenan serta padanan pelaku dalam video berkenaan dengan individu yang dikaitkan.

Dalam laporan ujian yang diperolehinya, Lokman memaklumkan ianya adalah tulen serta pelakunya adalah sepadan dengan Azmin yang dikaitkan, seterusnya beliau menggesa agar Tun Mahathir yang ketika itu adalah Perdana Menteri untuk segera memecat Azmin kerana didakwa terlibat dalam perlakuan semburit.

Nah…sekarang bukan saja PH sudah menerajui kerajaan, malah UMNO yang merupakan parti yang menaungi Lokman juga sudah bekerjasama membentuk kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim.

Kepada Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri dalam kerajaan perpaduan sekarang – tidak mahukah segera membongkar kekaburan video Haziq itu?

Atau beliau masih selesa dengan dapatan siasatan sebelum ini yang mendapati video berkenaan adalah kabur dan kurang jelas?

Dalam hal ini, saya teringat kata-kata seorang pemimpin PKR yang saya temui sebelum PRU15 dulu yang berkata, jika PH berjaya menjadi kerajaan dan beliau menang sebagai Ahli Parlimen, jawatan yang akan dimintanya daripada Anwar ialah Menteri Dalam Negeri.

“Tugas pertama saya nanti ialah untuk menangkap Azmin,” ujarnya penuh yakin.

Sayang sekali pemimpin berkenaan tidak menang, kalau tidak, kita tentunya tak pening lagi dengan video Haziq ini. – ShahbudinHusin 22/06/2023.