LEBAI GELOJOH FITNAH
Letak umpan dekat mata kail. Belum sempat masuk air dan dimakan
ikan, anjing peliharaan dah makan umpan tu sekali mata kail. Tak pasal koyak
mulut anjing peliharaan itu.
Ini perumpamaan untuk kejadian yang berlaku baru baru ini.
Fitnah yang Teresa Kok dilantik menjadi Pengarah Felcra yang baharu. Niat
mereka supaya rakyat benci kerajaan.
Rupanya yang masuk perangkap lebai sendiri. Lebai yang galak
share. Tak sempat rakyat nak termakan hasutan kebencian kaum, lebai pula yang
terlihat sebagai pemfitnah.
Almaklumlah. Lebai bukan jenis cerdik. Tak pandai nak cari isu
dan kritik kerajaan secara berfakta. Dah begitu, malas periksa kebenaran. Jadi
bila ada isu kaum, lebai tak tunggu lama.
Senjata makan tuan. Begitulah bila jadikan fitnah sebagai rencah
politik. Tapi Allah Maha Hebat. Bila Allah nak pusingkan kejadian, Allah tak
perlukan bantuan sesiapa.
Ini mungkin peringatan buat semua. Usah jadikan fitnah sebagai
amalan. Lihat bagaimana fitnah yang direka untuk burukkan lawan akhirnya
burukkan diri mereka sendiri.
Semoga dengan kejadian ini rakyat dapat melihat dengan jelas;
1. PN menjadikan fitnah sebagai kaedah politik.
2. PN sengaja reka isu kaum demi kuasa. Tak hirau soal
perpaduan.
3. Lebai pemalas dan tak mahu cari fakta.
4. Lebai tak bertanggungjawab. Bila salah, enggan mengaku dan
lekas dia salahkan orang lain.
5. Lebai ego dan bongkak. Minta maaf sambil lewa.
6. Lebai tak mahir soal pentadbiran. Berpaut pada isu kaum untuk
nampak berfungsi.
7. PN tak punya kelayakan untuk memerintah.
Kita perlukan pemimpin yang berkaliber untuk maju sebagai sebuah
negara. Kalau setakat berpakaian Islamik tapi penuh kejahatan dan lemah pula
dalam pentadbiran, itu bukan pemimpin yang baik.
Akhir sekali, iman itu bukan hanya pada lidah dan tangan
(pertuturan dan perbuatan) bahkan juga di hati (niat). Kesemua ini penting
hingga niat yang baik tak halalkan perbuatan yang jahat.
Yang mengaku beriman, jika tuturnya penuh fitnah, maka eloklah
diperiksa kembali imannya. Orang yang beriman, percaya hari pembalasan, takkan
berani memfitnah. Guane boh?
.
SERUAN DI MALAYSIA
Khabarnya ini banner di Indonesia. Tapi bagus juga kalau seruan
yang sama dibuat di Malaysia.
Aku setuju kalau para pemfitnah yang menghasut kebencian kaum
dan agama dihukum mati. Kesan fitnah merosakkan masyarakat, sama seperti kesan
pengedaran dadah.
Saman dan penjara tak cukup. Diharap agar dapat ini dijadikan
undang-undang. Guane boh?
RENTASAN 1393 | GEMPAR!! 'KALIH BAGI SAMA': AKHIRNYA KEDAH BAKAL DITAWAN...
MENARIK DALAM RENTASAN 1393
1. GAGAL BEKAL AIR BERSIH, KINI JANJI KOREK LUBANG
2. MB KEDAH KUAT LAJAK DARIPADA LAJU
3. MAIN ISU 3R, AMBIL TINDAKAN WAJAR
KEDAH MILIK SIAM?
Geng Sanusi marah saya. Katanya saya ni loyar buruk saja.
Penerangan saya mengenai Perlembagaan itu buat habis beras. Sebab kalau PN
dapat 2/3 kerusi PRU16, mereka boleh ubah Perlembagaan.
Astaga…. Dulu propagandanya, kalau DAP naik mereka akan ubah
Perlembagaan Negara. Rupanya, set2 ni yang sebenarnya punya hasrat terpendam.
Kena ingat ya, kalaupun DAP dapat 2/3 kerusi, mereka takkan
boleh ubah peruntukan mengenai Bumiputera dan Islam tanpa persetujuan Majlis
Raja2 Melayu.
Tapi kalau PAS nak tukar Perlembagaan isu seperti ini, they can
bulldoze anytime. Tak payah Majlis Raja2 pun.
********************
Jadi kita tahu, kalau PAS memerintah gebangnya, mereka nak ubah
Perlembagaan. Jadi kan Penang, Kedah punya.
Boleh kah berlaku? Jawapannya boleh. Perlembagaan bukan kitab.
Ia boleh dipinda dengan undi 2/3. Tapi sekali kita ubah Undang2 Tertinggi
Negara, banyak implikasinya.
Satu yang utama, sekiranya Kedah ubah Perlembagaan sebab nak kan
Penang, akan buat semua tuntutan negeri atau wilayah terjejas. Ini kerana sudah
ada precedent/ atau duluan. Boleh buat Negeri/ Negara lain akan tuntut juga.
Misalnya, Sultan Sulu pun boleh guna contoh Kedah ni untuk kes
dia. Sabah dan Sarawak pun boleh tuntut kedaulatan mereka.
Dan yang paling ironi, silap2 Thailand boleh tuntut Kedah
semula. Kena ingat, Fasal 167(7) Perlembagaan kita, masih lagi termaktub,
Malaysia kena bayar kepada Raja Siam untuk negeri Kedah.
Tak ke sia2, kalaupun Kedah dapat Penang, Siam
pulak tuntut Kedah. Sebab duluan dah ada.
********************
Tu sebab saya tak berapa percaya geng Parti Syurga ni. Depa
kalau nak lari dari isu, main sebut je. Tak pikir akibatnya.
Pada saya, isu ini hanya gimik Pilihanraya. Propaganda untuk
perang dengan orang lain ialah taktik standard politikus yang malas.
Tengok kan Presiden Amerika, ishtihar perang dengan negara luar
bila mereka nak lebarkan pengaruh. Contoh: Perang Teluk dan Perang Vietnam.
Bohong yang banyak.
Samalah, polemik Kedah-Penang ni bohong belaka. Propaganda
pilihanraya. Agar pengundi pajak otak kepada mereka.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
PN KETEPIKAN PROKLAMASI ORANG MELAYU?
Mahiaddin Md Yasin semalam mengumumkan, PN akan bertanding di semua 245 kerusi Dun dalam PRN enam negeri akan datang ini.
Katanya, PAS akan bertanding di 126 kerusi, Bersatu 83 kerusi dan Gerakan 36 kerusi.
“Rundingan kerusi berjalan dengan agak lancar, tiada perselisihan faham yang boleh mencetuskan masalah.
“Kami dapat muktamadkan (rundingan) lebih awal berbanding tarikh pengundian yang masih belum diumumkan,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PN di Kuala Lumpur.
Turut hadir Presiden Pas, Hadi Awang, Presiden Gerakan, Dominic Lau dan barisan pimpinan tertinggi PN yang lain.
Sebelum ini, selepas mengadakan rundingan meja bulat dengan parti-parti yang menyokong Proklamasi Orang Melayu, Tun Mahathir Mohamad yang seolah-olah menobatkan dirinya sebagai ketua blok pembangkang, mengumumkan mereka bersetuju untuk tidak bertembung sesama sendiri dalam PRN akan datang nanti.
Dalam rundingan meja bulat yang dihadiri beberapa pemimpin utama Pas dan pemimpin kecil Bersatu, tetapi tidak dihadiri Mahiaddin dan Hamzah Zainuddin selaku Ketua Pembangkang, Tun Mahathir turut menyebut, pertemuannya dengan Mahiaddin akan diatur selepas itu.
Begitu pun, di sebalik Mahiaddin menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan Tun Mahathir yang lebih dulu mempelawanya untuk bekerjasama, tetapi sehingga ini tiada pertemuan berlangsung antara kedua-dua mereka.
Secara umumnya, disedari kebimbangan dalam PN terhadap pertemuan itu ialah Tun Mahathir pastinya akan meminta sejumlah kerusi untuk kelompok yang menyokongnya, termasuk daripada Pejuang yang dipimpin anaknya, Mukhriz.
Hakikatnya, mereka itu tiada kekuatan sendiri selepas hilang deposit pada PRU15 lalu dan berharap dapat bernafas kembali dengan menumpang kekuatan PN.
Malah Mukhriz tidak lama sebelum ini turut memohon untuk menyertai PN, tetapi telah ditolak dengan alasan penyertaan parti itu akan mengganggu proses pengagihan kerusi dalam gabungan tersebut.
Semalam, sementara Tun Mahathir masih di luar negara dan tanpa menunggu perjumpaan dengan Mahiaddin berlangsung, PN secara rasmi telah mengumumkan dan memuktamadkan pembahagian kerusi antara mereka.
Nampaknya melalui pembahagian itu, tiada kerusi diperuntukkan kepada parti atau pihak lain selain parti dalam PN.
Sekaligus ini bermakna, PN telah mengenepikan Tun Mahathir dan Proklamasi Orang Melayu dalam menghadapi PRN enam negeri mendatang ini.
Masih mahu bertanding jugakah mereka yang bersama Proklamasi Orang Melayu, termasuk Pejuang yang dipimpin Mukhriz dalam PRN nanti? – ShahbudinHusin 23/06/2023.
[ULASAN ISU SEMASA ISWARDY MURNI- 22.6.23 PAS seronok sebar fitnah. Gagal batal saman Mujahid tent...
TYT Sarawak Taib Mahmud sihat. Tidak meninggal dunia seperti di war warkan. PN bertanding 245 kerusi. PAS paling banyak. Teresa Kok Dilantik pengerusi Felda menggantikan Idris Jusoh? PAS seronok sebar fitnah. Gagal batal saman Mujahid tentang LGBT
Nak cadang kan juga pada Shahrir Samad & walatok untuk #keluarsekejap dan pikir sejenak
Mukhlis Eddie
Nak cadang kan juga pada Shahrir Samad
& walatok utk #keluarsekejap dan pikir sejenak
📍Najib Razak buat Program
Transformasi Ekonomi 2010 pun lepas 17-18 bulan jadi PM
📍@rafiziramli dan PMX akan bentang
Naratif Ekonomi Madani dlm bulan Ogos ni. Jika dibandingkan, setengah tahun shj
masa diambil utk umum langkah ekonomi
📍Realitinya, situasi ekonomi negara
sekarang tak se-ideal Najib terima negara dulu. Ekonomi bukan buat hari ni,
semalam nmpk hasil. Apa yg jadi hari ni, pun angkara economic planning 5-20
tahun lepas
📍Sebab tu @rafiziramli tegaskan, we
cannot treat it like “business as usual”. Die fokus baiki dasar dan foundation
ekonomi negara
1/ Isu ‘ali baba’ (rent seeking)
2/Buat sistem pengkalan data PADU dan RUU
Omnibus
3/ Scaling up IPR dan umumkan IKR
4/ In pipeline, energy transition dan digital
economy roadmap
5/ Innovathon
6/ Bulan 8 ni, Naratif Ekonomi MADANI
📍Yg faham, akan faham. Selagi tak
cuci habis daki dan perangai lama, Malaysia takkan boleh move on jika masih
habit lama, cuma tukar2 pelan baru
Kita tak nak ekonomi laju naik, tp rapuh dek
foundation yg lemah. @rafiziramli tahu hal ini dan die selesaikan satu-satu
📍Dgn resource yg Malaysia ada,
strategi pantau perkembangan dan hasil perlaksanaan penstrukturan ekonomi dan
subsidi bersasar, seterusnya lakukan konsolidasi fiskal akhir tahun ni adalah
yg terbaik utk rakyat Malaysia
📍Tak guna kerajaan campur tangan
belanjakan kos yg besar hanya semata-mata utk support pasaran modal dan ringgit
hanya utk
OPTIK ekonomi kukuh, sedangkan dana sebanyak
itu lebih baik disalurkan utk bantu keperluan RAKYAT dan pembangunan EKONOMI
malaysia
📍Data-data ekonomi penggal pertama
tahun ini yg dikongsi Timb Menteri MOF @ahmadmaslan sendiri menunjukkan yg
Malaysia semakin baik dan berada di landasan yg betul
📍Nk kuatkan MYR, kerajaan boleh ambil
jalan mudah dgn naikkan OPR seiring dgn interest rate Federal Reserve US
seperti 2020 sehingga 4x naik
Tapi itu bukan langkah MADANI dan langsung
tak cakna kebajikan rakyat (bayaran pinjaman bank sah2 meningkat)
🔗 Kesimpulan, Shahrir Samad gelojoh
sgt. Cakap pun tak berdasarkan fakta 😌
HARAP PDRM BERTINDAK PADA PEMFITNAH.
Modus operandi lebai memang macam tu. Bila dah terkantoi fitnah, dia katalah admin yang post. Masa buat fitnah tak fikir panjang. Yang aku pelik, puak ni tak percaya ke hari pembalasan? Tak percaya janji Allah tentang dosa, pahala, syurga dan neraka ke? Kalau percaya, kenapa fitnah jadi rutin? Guane boh?
Raja Gelap
.
REFORMASI DEWAN NEGARA: BUKAN LAGI RUBBER STAMP
Reformasi Dewan Negara: Bukan lagi rubber stamp
on:
Reformasi Dewan Negara yang dicadangkan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara baharu Tan Sri Datuk Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar seharusnya menjadi kenyataan pada sesi persidangan akan datang.
Bagi Ahli Dewan Negara yang baharu dilantik, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, dewan berkenaan tidak boleh lagi terus berada pada persepsi lama rakyat yang menganggapnya sebagai rubber stamp kepada keputusan yang telah dibuat di Dewan Rakyat.
Katanya, Dewan Tinggi Parlimen itu seharusnya mempunyai taring bagi membincangkan Rang Undang Undang yang mahu diluluskan sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Tadi ketika Tan Sri Speaker yang baru dilantik Dr Wan Junaidi menyebut perlunya satu reformasi Dewan Negara. Jadi saya kira dengan adanya reformasi ini akan menghilangkan tanggapan Dewan Negara ini hanya rubber stamp sahaja. Ia perlu diangkat sebagai selayaknya dewan tertinggi atau upper house yang memainkan peranan seperti Parlimen tetapi untuk memastikan kelulusan sebuah akta yang dibahas di parlimen dibuat dengan licin dan mendalam supaya parlimen Dewan Negara ini menjalankan tugasnya.
“Termasuklah etika berbahas, peraturan dewan, termasuk juga kaedah kita mengemaskinikan, bukan sahaja dewan tetapi pentadbiran di dalam parlimen Dewan Negara.
“Saya rasa semua itu termasuk dalam reformasi Dewan Negara. Akhirnya diharapkan akan menghilangkan tanggapan rubber stamp dan kami akan mengangkat Dewan Negara jauh lebih daripada sekadar tanggapan itu,” katanya kepada Suara Kedailan usai majlis angkat sumpah.
Dr Mujahid mengangkat sumpah hari ini sebagai Senator Dewan Negara di atas kuota negeri Perak.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada sidang DUN Perak pada 25 Mei lalu yang melantiknya sebagai wakil ke Dewan Negara.
“Saya ucap terima kasih kepada DUN Perak yang telah melantik saya dan hari ini saya menjejak kaki untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara dan ini satu penghargaan kepada orang Perak.
“Seperti tugasan mana mana senator, bila kita angkat sumpah, kita memastikan menjunjung Perlembagaan atas semangat tanah air
“Saya berharap dengan izin Allah dapat menjalankan tugas sebaik baik mungkin bagi memenuhi amanah dan tanggungjawab,” katanya.
Kejayaan melantik Mujahid sebagai senator pada Mei lalu sebenarnya mengakhiri percubaan Ketua Pembangkang DUN Perak Razman Zakaria yang sebelum sidang DUN berspekulasi Kerajaan Perpaduan Perak goyang berikutan beberapa ADUN penyokong kerajaan negeri telah menemui beliau.
Razman dicabar untuk menunjukkan bilangan pada hari mengundi melantik Ahli Dewan Negara. Bagaimanapun Mujahid berjaya dilantik sebagai wakil kerajaan Perak pada pengundian 25 Mei berkenaan.
Isu Maritim: Anwar tempelak Takiyuddin, sindir Muhyiddin - 'Itulah soala...
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim tegas tidak akan sesekali mengorbankan soal kedaulatan negara dalam isu tuntutan pertindihan kawasan sempadan maritim negara.
Anwar memberi jaminan itu ketika ditanya Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) ketika sesi soal Jawab Perdana Menteri di Parlimen hari ini.
Selain itu, Anwar turut mempersoalkan sumber maklumat Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan, yang menimbulkan dakwaan berkenaan.
PERUNTUKAN SEGERA RM500 JUTA BAIKPULIH BEKALAN AIR KELANTAN
Peruntukan segera RM500 juta baikpulih bekalan air Kelantan
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perintukan segera RM500 juta bagi program membaikpulih kemudahan bekalan air bersih di Kelantan.
Katanya, meskipun peruntukan keseluruahn RM1.7 bilion namun peruntukan awal diluluskan RM500 juta.
PM berkata demikian dalam Program ‘Temu Anwar Kelantan’ di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bachok hari ini, yang turut dihadiri lebih 5,000 penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) Kelantan.
Beliau berkata, peruntukan itu adalah hasil daripada perbincangan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dan terutama Menteri Besar (MB) Kelantan Datuk Ahmad Yaakob yang begitu berhemah dalam menyelesaikan isu bekalan air sebelum ini.
“Hari ini saya umum untuk air bersih walaupun peruntukan (keseluruhan) kita beri RM1.7 bilion, untuk Kelantan (peruntukan) segera saya lulus RM500 juta. Tetapi ikut saluran yang betul.
“Ini sebab MB kecek molek. Kalau ada MB yang sombong sombong (Kedah) kamu tunggu dulu,” katanya.
PM juga mengingatkan agar negeri pembangkang menyelesaikan masalah rakyat secara baik dan tidak berperang mulut antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
“Hari ini saya umum keperluan segera air bersih. Ni asyik dok bergocoh, rakyat air bersih pun tak ada, sudahlah selesaikan.
“Kerajaan Kelantan terpaksa bergantung kepada keupayaan Kerajaan Persekutuan. Bila bincang nak banyak (peruntukan) sangat tak boleh, tetapi bila mula, projek mesti dikendali bersama, pengurusan, ketelusan mesti diutamakan. Saya tak ada tolak ansur,” katanya.
Selain Kelantan, satu lagi negeri ditadbir Pas, Kedah juga menghadapi masalah bekalan air bersih. Namun tiada pertemuan MB Kedah dan PM sehingga kini kerana pihak ketua pentadbir negeri itu seringkali menyerang PM daripada pelbagai sudut.
PRN: AZMIN SEHARUSNYA BEREHAT TERUS
PRN: Azmin seharusnya berehat terus
Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor yang dijangka diadakan dalam sebulan lagi, spekulasi Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Azmin Ali akan melepaskan kerusinya di DUN Bukit Antarabangsa dan berhijrah ke DUN lain yang lebih selamat bertiup kencang.
Mengulas hal itu, Pengarah Komunikasi Umno, Datuk Lokman Noor Adam berkata Azmin dianggap berpotensi berhijrah kerana tidak lagi selamat di DUN Bukit Antarabanagsa berdasarkan prestasi PRU 15 yang mana undi di kawasan itu memihak kepada calon Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Amiruddin Shari.
Bagaimanapun, katanya, spekulasi beliau akan bertanding di DUN Hulu Kelang selepas penyandangnya Saari Sungip mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi juga belum tentu menjanjikan kemenangan.
“Azmin jangan rasa dia boleh menang mudah di sana. Kemungkinan besar kalau parti meletakkan anak Pak Abu (Saari Sungip), sebagai calon di situ, beliau mempunyai potensi menang menewaskan Azmin kerana beliau telah pun berkhidmat sebagai seorang wakil rakyat menggantikan ayahnya (sejak Saari diserang parkinson),” katanya.
Apatah lagi, kata Lokman, pasca PRU 15 lalu Azmin telah pun mengumumkan untuk berehat sementara daripada politik.
Katanya, pengundi boleh menilai ahli politik yang bercakap tidak konsisten seperti Azmin sekiranya beliau mencalonkan diri di DUN Hulu Kelang.
“Pada ketika itu (selepas PRU 15) beliau tidak boleh menerima kekalahan kerana telah belanja di parlimen Gombak dengan banyak.
“Kemudian dia umum berehat dalam politik, tanpa disedari dia masih lagi bertanggungjawab di DUN Bukit Antarbangsa. Orang macam ni rakyat boleh menilai. Dia (masih) berkhidmat di Bukit Antarabangsa sebelum PRN diadakan (tidak boleh berehat).
“Jadi tidak ada sebab rakyat di DUN Hulu Kelang nak beri peluang kepada dia. Dia dan umum berehat, cukuplah (berehat terus).
“Saya nampak Muhyiddin pun tak yakin dengan dia. Kalau Muhyiddin yakin, bila Khairy Jamaluddin dah dilihat dengan PMX (Anwar Ibrahim) tentulah dia menamakan Azmin sebagai calon MB Selangor,” katanya.
Berkenaan politik wang atau membeli undi dalam pilihanraya yang menjadi punca UMNO kalah di banyak kerusi kepada PN dalam PRU 15 pula, Lokman berkata, hal itu tidak lagi boleh dilakukan pada era PMX kerana peraturan pilihanraya, sebagaimana kempen melawan rasuah, akan diperketat dan tidak membenarkan rasuah undi berlaku.
“Bila dah pilihanraya mereka tidak boleh belanja sebagaimana yang dibuat pada malam akhir sebelum PRU 15 lalu. Tak boleh buat macam tu. Kali ini kita akan pantau dengan kamera tersembunyi dan sebagainya, tak mudah mereka buat pembelian undi,” katanya lagi.
BELANJAWAN TERENGGANU RM2 BILION SETAHUN UNTUK APA?
Belanjawan Terengganu RM2 bilion setahun untuk apa?
Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
Pelbagai persoalan timbul apabila negeri Terengganu membelanjakan sejak beberapa tahun lalu sebanyak RM2 bilion setahun untuk belanjawan negeri.
Bagi Ketua Cabang KEADILAN Kuala Terengganu, Azan Ismail, perbelanjaan tersebut yang menghampiri belanjawan Selangor negeri termaju di Malaysia telah menimbulkan tanda tanya.
Katanya, apakah yang dilakukan pentadbiran Pas di Terengganu dengan dana sebanyak itu kerana peluang pekerjaan tidak bertambah dan kemudahan kepada rakyat jauh tertinggal di belakang negeri ditadbir Pakatan Harapan.
“Saya dapat reaksi (selepas pendedahan minggu lalu) yang bertanya minta penjelasan berkenaan perbelajaan yang diperlukan oleh Terengganu menerusi belanjawan negeri yang dikatakan (terlalu tinggi) dalam tempoh 10 tahun kebelakangan.
“Sebenarnya maksud saya apabila kita membuat perbandingan (belanjawan Terengganu) dengan negeri lain seperti Kelantan, Pahang, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan (yang jumlahnya tidak begitu besar),” kata Azan dalam satu siaran media.
Menurut beliau, negeri Pantai Timur lain seperti Kelantan dan Pahang tidak menggunakan kewangan yang banyak dalam menguruskan negeri.
Justeru Azan merasakan Terengganu harus lebih berjimat cermat kerana penghasilan negeri itu tidak lebih RM300 juta setahun manakala dana selebihnya diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan atas wang ihsan petroleum.
“Kelantan memerlukan sekitar RM677 juta setahun berbelanja mentadbir. Pahang sekitar RM800 juta lebih. Pulau Pinang juga bawah RM1 bilion. Dan negeri lain lebih kurang sama.
“Tetapi yang menjadi stigma kita, kenapa Terengganu berbelanja melebihi RM2 bilion? Sedangkan tidak ada apa yang dilihat berbeza berbanding negeri lain. Itu yang menjadikan persoalan isu value for money yang perlu kita ketengahkan, pertikaikan,” katanya.
Oleh itu, beliau berharap rakyat Terengganu yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri sebulan daripada sekarang dapat menilai prestasi Kerajaan Negeri Pas dengan sebaik baiknya sebelum membuat keputusan di kertas undi.
“Kita perlu lihat ukurannya boleh diperbaiki atau tidak? Kalau berterusan begini dengan belanja RM2 bilion dan tidak ada apa perbezaan daripada negeri lain bermakna kita berbelanja kepada perkara tidak perlu. Value for money kita sangat rendah berbanding negeri lain
“Sebab itu saya tumpukan ada keperluan untuk memperbaiki perbelanjaan kita, pembaziran
“Ini (wang jimat) kita boleh beralih menumpukan perkara lain, bukannya bergantung kepada pemberian pusat setiap tahun, maka perbelanjaan kita berterusan seperti itu dan tidak boleh tumpu kepada yang lain, membantu rakyat,” katanya lagi.
Bagaimana terjalin hubungan baik jika MB Kedah asyik serang PM? ( TAK DPAT KEDAH TAK APA .NEGERI MISKIN )
Kritikan kononnya Perdana Menteri (PM) Malaysia tidak menghiraukan
nasib rakyat Kedah dengan tidak mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar (MB)
Kedah dan membincangkan pembangunan negeri dibidas Ahli Majlis Pimpinan Pusat
KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail.
Menurut Siti Aishah, kritikan yang dikeluarkan oleh Ketua
Penerangan Muslimat PAS Kedah, Mardhiyyah Johari bersifat menyerang dan tidak
adil kerana sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai PM, MB
Kedah sendiri tidak pernah berhenti menghentam Anwar.
Katanya, Mardhiyyah tidak wajar membangkitkan dua projek besar
Kedah yang tidak mendapat kerjasama Persekutuan sekiranya beliau faham
bagaimana hubungan negeri dan Persekutuan seharusnya terjalin.
"Kenyataan beliau yang cuba mewujudkan persepsi bahawa dengan
tidak adanya pertemuan, membuatkan rakyat Kedah tertindas dan Kedah terkeluar
dari pembanggunan serta kemajuan adalah jauh tersasar.
"Kenyataan beliau juga merujuk kepada dua perkara yang menjadi
perbahasan masyarakat, iaitu soal pembangunan Lapangan Terbang Kulim dan
pajakan negeri Pulau Pinang bukanlah sesuatu yang boleh diselesaikan dengan
sikap pemimpin yang tidak bertanggungjawab.
"Bagaimana perkara yang amat fundamental seperti ini mahu
dibincangkan jika kewarasan mereka yang mahu memperbincangkannya jelas tidak
kelihatan.
"Isu ini melibatkan Perlembagaan atau keutamaan pembanggunan
yang perlu dibuat secara relevan," katanya dalam satu kenyataan.
Sebaliknya, Siti Aishah mahu muslimat Pas melihat pembelaan dan
kebajikan yang telah dilakukan oleh PMX di Kedah.
Katanya, PM setiap kali turun ke negeri itu memberikan fokus
kepada pembangunan ekonomi rakyat, sektor pendidikan dan ingin menghapus
kemiskinan tegar di Kedah.
"Sebagai contoh, setiap kali PM turun akan sentiasa ada
insentif kepada rakyat yang diumumkan. Tidak ada istilah lupa atau pengabaian
kepada rakyat Kedah seperti yang digambarkan oleh Mardhiyyah.
"Mardhiyyah seharusnya menjadi penilai yang baik dengan
berani menegur dan mengkritik cara Menteri Besar Kedah dalam menjalankan fungsi
beliau sebagai seorang pemimpin.
"MB Kedah harus kembali kepada norma biasa pemimpin yang
perlu bermula dengan sikap dan adab. Jika benar MB Kedah ikhlas untuk bercakap
soal rakyat maka beliau harus memperbaiki sikap dan pertuturan bukannya
sentiasa melemparkan persepsi jahat dan fitnah kepada PM dan Kerajaan
Persekutuan," katanya.
Justeru, Siti Aishah menasihatkan muslimat Pas Kedah agar kembali
kepada ajaran Islam sebenar yang mementingkan hubungan baik dan saling
menghormati antara sesama muslim, termasuklah antara MB dan PM.
"Hubungan baik antara PM dan MB dari parti lain di beberapa
negeri yang berlainan boleh dijadikan rujukan oleh saudari.
"Jangan kita ibarat melontar batu sembunyi tangan, meletakkan
kesalahan di bahu orang lain tanpa melihat kelemahan pemimpin sendiri,"
katanya lagi.
Untuk rekod, MB Sanusi merupakan satu satunya Ketua Kerajaan
Negeri yang masih belum bertemu PM di Putrajaya.
Tiga MB negeri ditadbir Pas seperti Kelantan, Terengganu dan
Perlis telah pun berbuat demikian.
SEKARANG MASA PALING SESUAI BONGKAR KEKABURAN VIDEO HAZIQ
Dua hari lalu, saya menulis artikel berkenaan PN yang hampir pasti meletakkan Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar bagi gabungan itu dalam PRN akan datang ini.
Beliau yang merupakan Pengerusi PN Selangor dan pernah menjadi Menteri Besar negeri itu sebelum ini diputuskan sebagai calon Menteri Besar kerana diyakini atas kewibawaannya untuk merampas negeri berkenaan daripada PH.
Malah, Pengerusi PN, Mahiaddin Md Yasin amat berkeyakinan terhadap kemampuan Azmin dan mahu beliau menghadiahkan Selangor kepada gabungan itu sebagai lonjakan untuk menghadapi PRU16 pada tahun 2027 akan datang.
Dalam perkiraan yang mudah, jika Selangor dapat dirampas, maka lebih mudahlah gabungan PH/BN dan Anwar Ibrahim dijatuhkan pada PRU16 nanti.
Namun demikian, meski Azmin dikatakan diputuskan sebagai calon Menteri Besar dan bakal bertanding di Dun Hulu Kelang, nama beliau tidak akan diletakkan sebagai poster boy.
Alasan PN tidak berbuat demikian adalah kerana bimbang isu video Haziq akan dimainkan semula serta disebarkan secara meluas kepada pengundi.
Dengan tidak menjadikan Azmin sebagai poster boy, bahkan tiada sesiapa diletakkan sebagai poster boy, kepercayaan PN ialah bukan saja tiada alasan untuk video Haziq dimainkan semula, malah tiada keperluan untuk isu-isu spesifik berkaitan mana-mana calon dijadikan modal kempen.
Sedemikian itu, tidak menamakan sesiapa sebagai poster boy adalah pilihan yang dikira paling selamat bagi PN.
Soalnya, benarkah ia benar-benar selamat?
Bagaimana jika isu video Haziq tetap akan dimainkan dan dijadikan modal kempen, tidak kira dalam apa keadaan sekali pun, ketika kempen dalam PRN Selangor nanti?
Sebagaimana kita semua sedia maklum, isu video Haziq tidak pernah sampai ke peringkat pendakwaan berikutan Peguam Negara sebelum ini mengkategotikan video berkenaan sebagai kabur, tidak jelas serta mempunyai resolusi yang rendah.
Begitu pun, keputusan Peguam Negara itu membuatkan ramai tidak puas hati kerana video dan gambar berkenaan yang tersebar di pelbagai platform media sosial sebelum ini didapati begitu terang dan tidak memerlukan cermin mata pun untuk mengenalpasti wajah pelakunya.
Tambahan lagi, Haziq Aziz, salah seorang yang dipercayai pelaku dalam video itu turut telah membuat pengakuan bersumpah pada 12 Jun 2019 mengaku dirinya adalah individu dalam perbuatan sumbang itu.
Katanya, video tersebut dirakam pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Sandakan dan ketika itu umat Islam sedang berpuasa di bulan Ramadan.
“Saya Haziq Aziz dengan ini saya membuat pengakuan bersumpah bahawa sayalah individu bersama seorang menteri dalam video itu.
“Video tersebut diambil tanpa kebenaran saya pada 11 Mei semasa PRK Sandakan di sebuah di Hotel Four Points,” katanya melalui rakaman video yang dimuat naik di media sosialnya.
Pada 2019 ketika kejadian itu dipercayai berlaku, Perdana Menteri ialah Tun Mahathir dan Azmin merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
Selepas PH tumbang pada 2020 dan kemudian Perdana Menteri bertukar kepada Mahiaddin, seterusnya kepada Ismail Sabri Yaakon, isu video Haziq terus senyap tanpa khabar berita, selain Azmin terus dikekalkan sebagai salah seorang menteri kabinet.
Salah seorang pemimpin UMNO, Lokman Noor Adam pada suatu ketika sampai pergi ke Indonesia dan London untuk membuat ujian forensik bagi memastikan ketulenan serta padanan pelaku dalam video berkenaan dengan individu yang dikaitkan.
Dalam laporan ujian yang diperolehinya, Lokman memaklumkan ianya adalah tulen serta pelakunya adalah sepadan dengan Azmin yang dikaitkan, seterusnya beliau menggesa agar Tun Mahathir yang ketika itu adalah Perdana Menteri untuk segera memecat Azmin kerana didakwa terlibat dalam perlakuan semburit.
Nah…sekarang bukan saja PH sudah menerajui kerajaan, malah UMNO yang merupakan parti yang menaungi Lokman juga sudah bekerjasama membentuk kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim.
Kepada Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri dalam kerajaan perpaduan sekarang – tidak mahukah segera membongkar kekaburan video Haziq itu?
Atau beliau masih selesa dengan dapatan siasatan sebelum ini yang mendapati video berkenaan adalah kabur dan kurang jelas?
Dalam hal ini, saya teringat kata-kata seorang pemimpin PKR yang saya temui sebelum PRU15 dulu yang berkata, jika PH berjaya menjadi kerajaan dan beliau menang sebagai Ahli Parlimen, jawatan yang akan dimintanya daripada Anwar ialah Menteri Dalam Negeri.
“Tugas pertama saya nanti ialah untuk menangkap Azmin,” ujarnya penuh yakin.
Sayang sekali pemimpin berkenaan tidak menang, kalau tidak, kita tentunya tak pening lagi dengan video Haziq ini. – ShahbudinHusin 22/06/2023.