PAS & Wala'

PELAKON TERHEBAT DI MALAYSIA! KERJA MENGHASUT DIBAYAR JUTAAN RINGGIT!


Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa perlu tampil memberi penjelasan berhubung kemelut yang melanda Kampung Sungai Baru, kata ketua cabang PKR Titiwangsa, Syed Badli Shah Syed Osman. Menurutnya, Annuar sepatutnya mengambil tanggungjawab kerana kelulusan pewartaan Akta Pengambilan Tanah 1960 pada Jun 2021 berlaku ketika bekas pemimpin Umno itu memegang jawatan menteri. “Adalah pengecut jika beliau (Annuar) terus mendiamkan diri sedangkan aktivis-aktivis pembangkang terus digerakkan untuk menyerang kerajaan dalam isu ini,” kata Syed Badli dalam satu kenyataan hari ini. Sebelum ini, bekas menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad dan pengganti Annuar, Shahidan Kassim telah tampil mempertahankan diri masing-masing susulan insiden pengusiran penduduk pada 11 Sept yang berakhir dengan kekecohan.






Baru sekarang Pas faham isu istilah ‘kafir’ – Ustaz Ahmad Awang


 


Penasihat Umum AMANAH, Ustaz Datuk Seri Ahmad Awang menyinggung sikap Pas yang baru kini bersetuju supaya istilah “kafir” tidak digunakan untuk menghina, sedangkan sebelum ini mereka lantang mempertahankan penggunaan istilah itu.

Beliau berkata, kenyataan terbaharu Pas baru-baru ini sebenarnya mengulangi teguran yang pernah dibuat Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengenai adab bahasa.



Namun ketika itu pemimpin dan penyokong Pas marah kononnya istilah “kafir” ada dalam al-Quran.



“Inilah yang Menteri Pendidikan cakap dulu-dulu tetapi walaun Pas dan pemimpin mereka marah buka main konon perkataan kafir ada dalam al-Quran. 

“Hari ini baru mereka faham bab ini. Itu pun setelah kafir tegur dalam muktamar. 

“Maknanya apa tuan-tuan. Maknanya mereka ini tak adalah hebat sangat dalam beragama. Menteri Pendidikan tahu lama lagi bab ini. Itu dia berani cakap bab ni,” katanya.



Media sebelum ini melaporkan Dewan Himpunan Penyokong Pas mengingatkan ahli parti supaya mengelak daripada menggunakan perkataan yang boleh menyinggung perasaan bukan Islam, khususnya istilah “kafir” dan “pendatang”.

Fadhlina pada Mac lalu berkata beliau tidak membenarkan anak-anaknya menggunakan istilah “kafir” di rumah jika ia bermaksud dengan konotasi kebencian terhadap bukan Islam. Namun kenyataan itu telah disalahtafsir segelintir pihak





USAHA BERTERUSAN PM ANWAR MENYEDARKAN RAKYAT BAHAWA PAS TIDAK BOLEH DIHARAPKAN.

 




SHAH ALAM, 20 Sep – Visi Malaysia MADANI yang digagaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan berjaya apabila parti politik seperti Pas kini mengubah pendekatan memberi tumpuan kepada semua kaum   ini berikutan pendekatan MADANI yang inklusif tanpa mengabaikan mana-mana kaum atau golongan dipinggirkan.

“Ini adalah salah satu sebab utama kita boleh lihat sekarang Pas yang tak pernah sebut pasal komuniti atau mendekati kaum India kini telah berubah pendekatannya.

“Masa saya kecil dulu, saya dengar dia cakap pasal hudud. Sekarang sudah berhenti cakap pasal hudud, dan mula cakap kita kena jaga komuniti India.

“Kita nak cari rakan daripada parti-parti pimpinan komuniti India. Kenapa? Sebab ini adalah kekuatan MADANI. MADANI is for all. Ia merupakan visi untuk menunjukkan semua golongan kaum bersatu padu termasuk Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan dan Iban,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendekatan Pas yang semakin berubah termasuk mendekati kaum India selain pemimpin Pas yang ‘sanggup’ bersetuju tidak menggunakan perkataan ‘kafir’ yang boleh menyinggung kaum bukan Islam.

Tegas Ramanan, mana-mana parti politik yang mahu kekal relevan dalam landskap politik negara perlu mengamalkan politik MADANI yang berteraskan perpaduan.

“Kalau tak ikut arus ini, mereka akan ketinggalan dan Pas pun kena ikut sekarang. Suka tak suka.

“(Adakah tindakan terdesak Pas) Saya fikir memang terdesak sebab buat masa ini memang kalau kita lihat, ada banyak isu yang berlaku di dalam atmosfera politik. Tetapi, bagi saya, kalau kita lihat, banyak yang Pas tengah cari sekarang termasuk rakan-rakan India,” jelasnya.

Mengulas kemungkinan ia ada kaitan dengan kenyataan Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran yang sebelum ini tidak menolak kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Saya tak mahu komen pasal mana-mana yang menunjukkan spesifik. Tetapi, terbuktilah apa yang saya kata. Di mana sekarang kalau kita tengok, bukan ahli parlimen yang melompat.

“Bukan mana-mana seorang pihak yang melompat. Sekarang sudah jadi parti pula nak melompat. Itu situasinya. Terbukti bahawa visi MADANI berjaya dan rakyat mahukan pendekatan sebegini,” katanya.


Denda RM100 Ribu MCMC Tidak Berlebihan, Pastikan Media Bertanggungjawab

 


Ketua Cabang KEADILAN Batu, Asheeq Ali Sethi Alivi berkata, Kebebasan bersuara adalah tonggak demokrasi, namun ia bukan lesen untuk menyebarkan maklumat palsu atau yang boleh menimbulkan mudarat tanpa dikenakan tindakan.

KUALA LUMPUR, 20 Sep – Denda sebanyak RM100,000 yang dikenakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) masing-masing ke atas Sin Chew Media Corporation Berhad dan Sinar Karangkraf Sdn Bhd tidak berlebihan, sebaliknya bagi memastikan media bertanggungjawab, kata Ketua Cabang KEADILAN Batu, Asheeq Ali Sethi Alivi.

“Kebebasan bersuara adalah tonggak demokrasi, namun ia bukan lesen untuk menyebarkan maklumat palsu atau yang boleh menimbulkan mudarat tanpa dikenakan tindakan.

“Bagi organisasi media yang mempunyai pengaruh besar terhadap pandangan awam, kebebasan ini datang bersama satu tanggungjawab besar dan tidak boleh dikompromi: untuk tepat, adil dan bertanggungjawab,” katanya.

Kenyataan media MCMC mengenai tindakan mengkompaun Sin Chew dan Sinar Harian pada 19 September 2025. Foto MCMC

Dalam kes Sin Chew Daily, beliau menegaskan alasan bahawa kesilapan berlaku akibat penggunaan kecerdasan buatan (AI) tidak dapat diterima.

“Walaupun AI beri banyak kelebihan, ia menuntut tahap kewaspadaan manusia yang lebih tinggi. Tanggungjawab utama sesebuah organisasi media adalah memastikan semua kandungan yang diterbitkan ditapis dengan teliti.

“Kesilapan menerbitkan ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap adalah satu kecuaian serius terhadap simbol kedaulatan negara. Mana-mana syarikat media dengan pengalaman puluhan tahun sepatutnya mempunyai proses penyuntingan dan kawalan kualiti yang ketat bagi mengelakkan kesilapan sebegitu. Kegagalan ini menunjukkan kelemahan asas dalam prosedur editorial yang tidak boleh dipandang ringan,” katanya.

Kenyataan media Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang dikeluarkan pada 19 September 2025. Foto MCMC

Asheeq menambah, jika denda terhadap media dianggap berbahaya, maka kesilapan bendera oleh Sin Chew “adalah bencana nasional.”

Mengenai Sinar Harian, Asheeq berkata kesilapan akhbar itu lebih kritikal kerana berpotensi menjejaskan reputasi individu serta menggugat keyakinan awam terhadap institusi negara.

“Kesilapan menyatakan bahawa Ketua Polis Negara adalah ahli sebuah parti politik bukanlah kesilapan kecil. Ia adalah perbuatan laporan palsu yang boleh mencemarkan imej serta kredibiliti seorang tokoh penting dalam pasukan keselamatan negara. Jika tidak ditangani, maklumat salah sebegini boleh menimbulkan keraguan awam dan menghakis keyakinan terhadap pihak berkuasa,” katanya.

Semalam, MCMC memaklumkan, denda sebanyak RM100,000 dikenakan terhadap Sin Chew dan Sinar Karangkraf selepas mendapat kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).

MCMC mengenakan kompaun sebanyak RM100,000 masing-masing terhadap Sin Chew Media Corporation Bhd dan Sinar Karangkraf Sdn Bhd selepas mendapat izin mengkompaun daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Kedua-dua pengendali media itu disiasat di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan didakwa di bawah Seksyen 243 akta sama.

Beliau dipercayai merujuk kenyataan Majlis Media Malaysia (MMC) yang menyuarakan kebimbangan terhadap langkah itu kononnya menyifatkan hukuman berkenaan sebagai “berlebihan.”

TERUK NO RAKYAT MALAYSIA...WALAUN PUN TAK TERKATA APA...KECUALI YANG HARAP BINI BEKERJA...MAKAN DUIT BINI.


 

KE MANA RAKYAT MALAYSIA NAK JALAN.


 

MENGIKUT ADMIN KAMI VIRAL.. MUKA MENGKHEDAQAH DUIT UMNO... KATANYA..

 


Kami Viral




















Kali ni Min buat senarai pemimpin PAS yang terima duit UMNO sebelum PRU 2018 dalam bentuk info bergambar pula.


Kesemua fakta adalah merujuk kepada pengakuan audio Nik Abduh dan dokumen Mahkamah London.


Perlu difahamkan bahawa, kesemua fakta ini tidak pernah dinafikan oleh Presiden PAS, bahkan selepas fakta ini difailkan ke mahkamah London, terus Presiden PAS tarik balik saman, dan kena bayar RM1.4 juta kepada Sarawak Report.


Jadi, apakah benar pemimpin PAS ambil duit UMNO?


Ya, Nik Abduh telah sahkan.






Macam mana China bina teknologi ketenteraannya?







Copycat. 


Contohnya, kapal pengangkut pesawat tentera Liaoning ini.


Bukannya dibina sendiri, sebaliknya kapal terpakai yang dibeli dari Ukraine dahulu. Kapal ini adalah dari era USSR.


Mereka pelajari teknologi pada kapal Ukraine ini dan tambahbaiknya lagi.


Tak cukup dengan itu mereka pelajari sebahagian teknologi kapal ini untuk hasilkan kapal pengangkut pesawat tentera sendiri,  Fujian, yang dilancarkan 3 tahun lalu.


China juga ada beli serpihan pesawat US, Lockheed F-117 Nighthawk yang terhempas di Serbia sewaktu perang di sana dahulu.


Ia dibawa pulang, dikaji teknologinya dan sekarang ia mampu hasilkan pesawat tentera sendiri yang setanding dengan apa yang US ada.


Pada 2016, syarikat China, Beijing Skyrizon Aviation pernah cuba beli Motor Sich, syarikat Ukraine.


Motor Sich ini salah satu pengeluar enjin kapal terbang kargo dan helikopter terbaik dunia dengan teknologi aeronautik Russia.


Tapi digagalkan dan Ukraine disaman 4.5 billion dollar.


Tapi dengarnya kes saman ini tak sempat dibawa ke mahkamah kerana dibom sebaik perang Russia-Ukraine bermula. 🤔



JANGAN TERTAWA. ANCAMAN BIRD STRIKE MEMANG MEEBAHAYA BUAT PESAWAT

 


Ramai yang ketawa bila dengar pesawat pejuang kita terhempas dek kerana seekor bangau. Tapi inilah realiti pahit yang terpaksa ditelan oleh juruterbang TUDM. 





Hasil siasatan oleh Lembaga Siasatan mengesahkan bahawa seekor burung bangau seberat kira-kira satu kilogram telah dikenal pasti sebagai punca nahas jet pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas di Pangkalan Udara Kuantan pada 21 Ogos 2025 yang lalu.


Seekor bangau jenis (Purple Heron) telah tersedut masuk ke dalam enjin di bahagian kiri ketika pesawat sedang berlepas.


Terdapat segelintir nurtizen yang cepat melatah. Ada yang menyindir TUDM dengan ayat jet kita “uzur”, malah ada juga yang buat lawak kononnya “baru kena langgar burung dah terhempas, belum guna untuk tempur lagi“, dan juga “Malaysia perlu ternak bangau sebagai barisan hadapan pertahanan udara negara“ dan disertai dengan komen-komen bodoh yang lain, yang mencerminkan tahap pemikiran seseorang individu tersebut. 


Hakikatnya, ramai yang tidak tahu betapa seriusnya isu ancaman bird strike ini dalam dunia penerbangan sama ada penerbangan komersial mahupun ketenteraan. 


Ancaman Bird Strike bermaksud perlanggaran antara burung dengan pesawat, sama ada ketika berlepas, mendarat, atau sedang terbang rendah. 


Ia boleh berlaku di mana-mana sahaja, bukan hanya di Malaysia, malah di seluruh dunia.


Burung yang besar seperti bangau atau helang, apabila tersedut masuk ke dalam enjin pesawat, boleh memecahkan bilah kipas, merosakkan turbine, dan menyebabkan enjin gagal berfungsi dalam beberapa saat. 


Situasi seperti ini amat berbahaya terutamanya ketika fasa take off atau landing kerana ketika pesawat sedang berada di altitud rendah dengan kelajuan yang tinggi, dan juruterbang tidak mempunyai banyak masa untuk bertindak.


Insiden seperti ini bukan sesuatu yang luar biasa. Di seluruh dunia, ribuan kes ancaman bird strike direkodkan setiap tahun, termasuk di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah, dan Jepun. 


Malah ada satu insiden terkenal di Amerika Syarikat, yang dikenali sebagai “Miracle on the Hudson”, di mana sebuah kapal terbang komersial jenis Airbus A320-214 milik US Airways yang membawa penumpang terpaksa mendarat cemas di sungai Hudson, New York selepas kedua-dua enjinnya rosak akibat burung.


Bukan hanya TUDM yang pernah berdepan dengan ancaman bird strike. 


Pesawat Pejuang F/A-18D US Marine Corps terhempas pada tahun 2022 kerana burung termasuk ke dalam enjin, pada 22 September 1995,  pesawat E-3 Sentry milik Tentera Udara AS hilang 2 enjin akibat burung angsa semasa pesawat sedang berlepas dari Alaska telah mengorbankan seramai 24 orang, pada 15 Julai 1996, pesawat pengangkut Lockheed C-130 Hercules milik Tentera Belgium terhempas ketika mendarat di Lapangan Terbang Eindhove, Belanda akibat burung telah mengorbankan seramai 34 orang, 7 orang cedera parah. 


Ini membuktikan bahawa ancaman bird strike sememangnya berbahaya, dan ia tidak mengenal tahap kecanggihan teknologi sesebuah pesawat, dan ia boleh berlaku kepada mana-mana pesawat, sama ada tentera atau komersial, di mana sahaja di seluruh dunia.


Juruterbang dan jurusensor pesawat TUDM  telah mengikut prosedur keselamatan dengan menggunakan kerusi lenting pada ketinggian 50 meter daripada udara. 


Kedua-duanya berjaya menyelamatkan diri walaupun berdepan situasi yang kritikal. Perkara ini jelas membuktikan tahap kesiapsiagaan serta profesionalisme juruterbang TUDM kita berada pada tahap terbaik dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.


Siasatan juga telah dijalankan dengan telus oleh Lembaga Siasatan disertai tenaga pakar TUDM, Jabatan Kimia, Tentera Laut Amerika Syarikat, Defense Science and Technology Research Institute (STRIDE), dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN). 


Susulan laporan pengesahan punca nahas disebabkan terlanggar burung bangau dan bukan disebabkan masalah enjin, TUDM serta-merta membatalkan penggantungan operasi jet pejuang F/A-18D Hornet dan pesawat itu dibenarkan terbang semula.


Komen-komen berbaur sindiran di media sosial dapat memberikan kesan yang amat negatif. Ia bukan sahaja menjatuhkan imej TUDM di mata rakyat, malah boleh melemahkan moral anggota yang setiap hari mempertaruhkan nyawa demi negara. 


BAYANGKAN, selepas melalui pengalaman hampir maut, mereka masih terpaksa membaca komen-komen yang menghina daripada rakyat sendiri. 


Sedangkan di negara lain, insiden sebegini disambut dengan simpati dan dizahirkan ucapan penghargaan terhadap keberanian juruterbang mereka.


Pesawat boleh diganti dengan wang dan masa, tetapi nyawa juruterbang TUDM kita tidak ternilai harganya. Nak melatih seorang juruterbang bukan mudah. 


Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya berbangga kerana juruterbang kita terselamat hasil daripada latihan dan disiplin yang ketat. Negara luar pun kagum dengan keupayaan juruterbang TUDM kita.


Sindiran liar yang memperlekehkan insiden nahas ini bukan sahaja tidak berasas, malah seperti menghina usaha TUDM yang bertugas menjalani latihan siang dan malam demi mempertahankan ruang udara negara daripada ancaman musuh.-Malaysian Defence (MalDef)




BIARLAH MELINGKUP NAK JADI APA PUN. PAS MEMANG PARTI YANG TAK BERGUNA UNTUK BANGSA MELAYU.


 Pengkhianatan terus berulang, Pas-PN retak menunggu belah


Pas sering memasarkan dirinya sebagai parti Islam yang kononnya konsisten memperjuangkan prinsip agama. Namun sejarah membuktikan, Pas lebih cenderung menjadi “penunggang pakatan” berbanding rakan strategik jujur dalam pembinaan negara. 

Kenyataan terkini oleh penganalisis Pas, Dr Mohd Zuhdi, pengakuan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dalam podcastnya bersama YB Nik Nazmi dan Nani Roslan, serta pengakuan MB Kedah Muhammad Sanusi mengenai aliran dana Pas kepada Bersatu, hanya mengesahkan corak lama: Pas ialah parti oportunis yang melemahkan setiap gabungan yang disertainya.




Sejarah Kegagalan Gabungan Pas


Dr Mohd Zuhdi sendiri mengakui bahawa daripada tiga gabungan politik yang pernah disertai Pas, dua telah hancur: Gagasan Sejahtera dan Muafakat Nasional. 

Kini hanya tinggal Perikatan Nasional (PN) yang jelas sedang bergolak dengan persaingan kuasa dalaman.

Pengakuan ini bukan kecil. Ia adalah bukti yang amat terserlah dan pekung yang sendiri dibuka oleh salah seorang pimpinan Pas, bahawa Pas mempunyai rekod sebagai faktor pengacau yang membawa kepada keretakan pakatan. 


Dengan bahasa mudah, Pas bukanlah “simen” pengukuh pakatan, sebaliknya adalah “asid” yang melarutkan ikatan.




Asyraf Wajdi: Pas Tidak Jujur





Dalam podcast yang dihoskan oleh YB Nik Nazmi bersama Nani Roslan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan bagaimana Pas tidak pernah jujur dalam menjalin kerjasama. 

Muafakat Nasional, yang digambarkan sebagai pakatan penyatuan Melayu-Islam, runtuh kerana Pas bermain dua muka.



Bersama UMNO pada siang hari, tetapi berunding dengan Bersatu pada malam hari. Dan Pas menurut Datuk Asyraf tidak pernah pada ketika itu mengakui rundingan mereka bersama Bersatu untuk membentuk Perikatan Nasional! 

Inilah gambaran lidah hipokrit sebuah Parti Islam.

Sifat khianat ini mencerminkan wajah sebenar Pas — sebuah parti yang mengangkat “taqiyah politik” sebagai strategi, dan sanggup memperalatkan agama untuk menjustifikasikan pengkhianatan.




Sanusi: Pas Taja Bersatu




Lebih memalukan, MB Kedah Muhammad Sanusi Md Nor secara terbuka mengakui bahawa Pas menaja Bersatu dalam mendanai pilihan raya. Persoalannya: dari mana datangnya dana besar Pas?

Sedangkan negeri-negeri yang diperintah Pas seperti Kelantan dan Terengganu masih berada pada kedudukan terendah dari segi kemudahan asas, pelaburan ekonomi, dan kadar kemiskinan, Pas lebih rela menyalurkan dana besar untuk kepentingan politik gabungan, bukan untuk membela rakyat yang mereka perintah.



Data Sosioekonomi: Prestasi Pas yang Gagal




Menurut laporan rasmi Jabatan Statistik Malaysia (DOSM), Kelantan dan Terengganu konsisten mencatat kadar kemiskinan lebih tinggi daripada purata kebangsaan. 



Infrastruktur asas — termasuk air bersih, peluang pekerjaan, dan pelaburan industri — jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri seperti Selangor atau Pulau Pinang.

Fakta ini menimbulkan persoalan besar: jika Pas gagal membawa pembangunan berkesan di negeri yang dikuasainya, bagaimana mungkin ia diyakini sebagai arkitek pembinaan negara maju?




Analisis Akademik: Wajah Sebenar Pas




Kajian akademik memperkukuh hakikat bahawa Pas bukanlah rakan strategik untuk projek nasional. 

Perkara ini jelas disimpulkan melalui kajian ilmiah oleh Amrita Malhi (Institute of Southeast Asian Studies -ISEAS, The Narrative Battle for Malay Muslim Support, 2025) menegaskan bahawa Pas mengekalkan dominasinya dengan memainkan naratif eksklusif Melayu-Muslim, berbanding menawarkan visi inklusif untuk Malaysia. 


Pas membina kekuatan politik melalui eksklusivisme agama dan etnik, bukan melalui tawaran pentadbiran moden dan pembangunan menyeluruh. 

Dengan kata lain, Pas tidak pernah serius dalam projek pembinaan bangsa Malaysia, tetapi hanya berminat mempertahankan hegemoni identiti untuk keuntungan politik.



Dan Kesimpulan oleh Syaza Shukri & Muhammad Baihaqi Aminudin (ISEAS, The Ulama Leadership Model of Pas, 2024) pula menunjukkan bahawa struktur kepimpinan Pas berpusat kepada ulama, satu model yang memberi legitimasi agama tetapi mengekang pembaharuan. 



Kajian itu menjelaskan bahawa dominasi ulama mengukuhkan konservatisme Pas, menjadikannya sukar untuk beradaptasi dengan keperluan pembinaan negara moden yang menuntut keterangkuman, inovasi, dan kecekapan pentadbiran.



Kedua-dua kajian ini membuktikan bahawa Pas bukan sahaja gagal dalam kerjasama politik, tetapi juga mempunyai model kepimpinan dan naratif ideologi yang secara asasnya bertentangan dengan idea Malaysia yang inklusif, progresif, dan stabil.




PN: Pakatan Rapuh Menunggu Hancur



PN hari ini hanyalah bayangan gabungan yang rapuh. Bersatu semakin hilang kekuatan selepas kejatuhan Mahiaddin, Gerakan hanya tempelan tanpa pengaruh, dan Pas menjadi penguasa dominan yang bersedia mengorbankan sekutu apabila ia tidak lagi memberi keuntungan.



Gabungan ini sudah menanggung bibit keretakan dalaman. Zuhdi mengakui kegagalan lalu, Asyraf membongkar ketidakjujuran, dan Sanusi mendedahkan rahsia dana. 

Semua ini cukup membuktikan bahawa PN hanyalah projek sementara menunggu masa untuk terkubur seperti Gagasan Sejahtera dan Muafakat Nasional.



Kesimpulan: Pas – Virus Politik yang Membinasakan Malaysia




Sejarah membuktikan bahawa Pas bukanlah rakan strategik yang jujur atau parti yang berpaksikan agenda kesatuan nasional. 



Ia adalah parti yang hidup atas politik perpecahan, memperalatkan Islam demi kuasa, dan memusnahkan setiap gabungan yang cuba menampungnya. 



Gagasan Sejahtera, hancur; Muafakat Nasional, terkubur; dan kini PN pula sedang berantakan kerana racun yang sama.

Pas tidak pernah serius membina sebuah negara yang stabil, inklusif, dan maju. 

Apa yang mereka mahu hanyalah mengekalkan politik jumud, menyempitkan Islam kepada alat propaganda, dan menunggang sentimen rakyat untuk mengisi kantung kuasa mereka. 

Pengakuan Zuhdi, pendedahan Asyraf Wajdi, dan pengakuan Sanusi sendiri hanyalah paku terakhir yang menutup keranda integriti Pas.



Parti ini adalah virus politik yang merosakkan tubuh negara dengan mengkhianati rakan gabungan tanpa rasa bersalah, gagal mengangkat ekonomi negeri sendiri, tetapi ghairah membakar dana untuk pilihan raya dan akhirnya menyempitkan agama menjadi modal politik murahan, lalu membiarkan rakyat terus terikat dalam lingkaran kemiskinan dan kelemahan.


Malaysia tidak akan pernah stabil atau maju di bawah bayangan Pas. 


Selagi parti ini dibiarkan mendominasi mana-mana gabungan, selagi itulah politik Malaysia akan terus sakit, reput, dan terbelenggu.


Sudah tiba masanya rakyat melihat dengan mata terbuka: Pas bukan penyelamat bangsa, bukan pembela Islam, dan bukan arkitek masa depan. 

Pas hanyalah pengkhianat politik yang akan menghancurkan sesiapa sahaja yang membiarkannya bernafas.


Ringkasnya, jika Malaysia mahu melangkah ke hadapan, Pas perlu ditolak ke belakang sejarah bersama semua pakatan rapuh yang telah mereka musnahkan.








Dr ShahNor merupakan Felo Utama Akademi Sains Islam Jordan.











Masters China: Juara Dunia ‘Belasah’ Ranking Nombor Satu Dunia

 


Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menewaskan pasangan tuan rumah, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping pada aksi separuh akhir yang sengit di Shenzhen Arena pada 20 September 2025. Foto BAM

SHENZEN, 20 Sep – Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan prestasi cemerlang apabila menempah slot ke final Masters China 2025 selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping pada aksi separuh akhir yang sengit di Shenzhen Arena, sebentar tadi.

Turun menentang beregu nombor satu dunia itu, Tang Jie-Ee Wei yang masih segar dengan kejayaan muncul juara dunia tidak menunjukkan sebarang tanda gentar apabila memberi saingan hebat sepanjang perlawanan.

Meskipun tewas tipis 22-24 kepada beregu ranking nombor satu dunia di set pertama, pasangan negara kekal fokus untuk terus bangkit.

Tang Jie-Ee Wei kekal tenang dalam saat genting untuk menoktahkan kemenangan ke atas pasangan Hong Kong dalam tempoh 61 minit permainan di Shenzen Arena pada 19 September 2025. Foto BAM

Set kedua menyaksikan mereka mengatur semula rentak permainan dengan lebih tersusun, selain memanfaatkan kelemahan pihak lawan sebelum meraih kemenangan 21-19 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Berbekalkan keyakinan dan semangat juang tinggi, gandingan negara tampil lebih agresif dan kemas di set penentuan.

Mereka berjaya mendominasi permainan, seterusnya menjarakkan kutipan mata apabila mendahului 11-7, 19-15 sebelum mengesahkan kemenangan 21-17 dalam aksi satu jam 20 minit.

Kejayaan itu sekali gus menghalang pasangan China itu melakar kemenangan kelima berturut-turut, selain menyaksikan Tang Jie-Ee Wei menambah catatan kemenangan kepada tiga daripada sembilan pertemuan keseluruhan menentang Feng-Huang.

Kali terakhir mereka menewaskan pasangan pilihan tuan rumah itu ialah dalam saingan peringkat kumpulan D Sukan Olimpik Paris 2024.