DS Anwar Ibrahim mengulas isu mengurus pandemik ekonomi susulan wabak Covid 19. Perdana menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej PENJANA. Namun tidak boleh dibahaskan di parlimen. Pembentangan ratusan bilion ringgit tanpa disoal dari mana sumber dan ke manakah bantuan tersebut akan disalurkan. Dalam soal pertumbuhan ekonomi, Singapura lebih realistik, akui pertumbuhan tahun 2020 negatif 8%. Di Malaysia, bulan Jun pun negara belum buka ekonomi sepenuhnya. Unjuran Malaysia perlulah realistik. Jika tidak masalah pengangguran yang parah akan berlaku. Masalah pandemik ekonomi bukan sahaja melibatkan rantaian bekalan tetapi juga permintaan pengguna berikutan peluang kerja terbatas dan pengangguran tinggi. Hal ini menyebabkan berlakunya kemelesetan ekonomi. Anwar juga menegur polisi kerajaan Perikatan Nasional (PN) melantik ahli-ahli parlimen menerajui GLC secara sewenang-wenangnya. Menurut beliau, tidak semua ahli parlimen mampu melaksanakan tanggungjawab jadi pengerusi GLC. Ahli parlimen dipilih mewakili rakyat di kawasan dan bukan semua mampu mengawal GLC. Keadaan itu berlaku, kata Anwar, kerana pemerintahan PN sangat lemah dan mereka terpaksa berpaut kepada sokongan ahli parlimen yang disogok jawatan dan kewangan lumayan. Mengenai pembebasan bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, Anwar mempertikaikan moral pembebasan itu, kerana rakyat yang mencuri beberapa ratus ringgit dihukum penjara. Negara tidak boleh ada perundangan dua darjat. Biarpun Peguam Negara yang lalu Gani Patail memberi afidavit alasan perlepasan, tidak bolehkah dipersoalkan oleh kerajaan sekarang, bukti-bukti di Sabah perlu disiasat secara teliti. Oleh itu, menurut Anwar, Pakatan Harapan (PH) perlu menggandingkan kekuatan. Mesyuarat PH 9 Jun 2020, kata Anwar telah mencapai persetujuan, apa pun strategi harus bersama. Pembangkang dengan 107 ahli parlimen akan mara sebagai satu pasukan agar mandat rakyat dihormati. Mengenai pendidikan pula, isu penjarakkan sosial masih belum diselesaikan setelah beberapa bulan sekolah ditutup. Anwar mencadangkan masalah tersebut perlu dihalusi dan mengambil semua pendapat daripada guru, pensyarah, pelajar serta mahasiswa untuk mengutarakan pandangan mereka. Hal tersebut penting kerana keputusan di peringkat atasan biasanya berbeza dengan komuniti pendidikan di bawah.
PN Perlu Akui Kemelesetan Ekonomi, Tangani Pengangguran Parah
DS Anwar Ibrahim mengulas isu mengurus pandemik ekonomi susulan wabak Covid 19. Perdana menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej PENJANA. Namun tidak boleh dibahaskan di parlimen. Pembentangan ratusan bilion ringgit tanpa disoal dari mana sumber dan ke manakah bantuan tersebut akan disalurkan. Dalam soal pertumbuhan ekonomi, Singapura lebih realistik, akui pertumbuhan tahun 2020 negatif 8%. Di Malaysia, bulan Jun pun negara belum buka ekonomi sepenuhnya. Unjuran Malaysia perlulah realistik. Jika tidak masalah pengangguran yang parah akan berlaku. Masalah pandemik ekonomi bukan sahaja melibatkan rantaian bekalan tetapi juga permintaan pengguna berikutan peluang kerja terbatas dan pengangguran tinggi. Hal ini menyebabkan berlakunya kemelesetan ekonomi. Anwar juga menegur polisi kerajaan Perikatan Nasional (PN) melantik ahli-ahli parlimen menerajui GLC secara sewenang-wenangnya. Menurut beliau, tidak semua ahli parlimen mampu melaksanakan tanggungjawab jadi pengerusi GLC. Ahli parlimen dipilih mewakili rakyat di kawasan dan bukan semua mampu mengawal GLC. Keadaan itu berlaku, kata Anwar, kerana pemerintahan PN sangat lemah dan mereka terpaksa berpaut kepada sokongan ahli parlimen yang disogok jawatan dan kewangan lumayan. Mengenai pembebasan bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, Anwar mempertikaikan moral pembebasan itu, kerana rakyat yang mencuri beberapa ratus ringgit dihukum penjara. Negara tidak boleh ada perundangan dua darjat. Biarpun Peguam Negara yang lalu Gani Patail memberi afidavit alasan perlepasan, tidak bolehkah dipersoalkan oleh kerajaan sekarang, bukti-bukti di Sabah perlu disiasat secara teliti. Oleh itu, menurut Anwar, Pakatan Harapan (PH) perlu menggandingkan kekuatan. Mesyuarat PH 9 Jun 2020, kata Anwar telah mencapai persetujuan, apa pun strategi harus bersama. Pembangkang dengan 107 ahli parlimen akan mara sebagai satu pasukan agar mandat rakyat dihormati. Mengenai pendidikan pula, isu penjarakkan sosial masih belum diselesaikan setelah beberapa bulan sekolah ditutup. Anwar mencadangkan masalah tersebut perlu dihalusi dan mengambil semua pendapat daripada guru, pensyarah, pelajar serta mahasiswa untuk mengutarakan pandangan mereka. Hal tersebut penting kerana keputusan di peringkat atasan biasanya berbeza dengan komuniti pendidikan di bawah.
RENTASAN 692 | PANAS!!! PENGAKUAN MENTERI KEWANGAN MEMBUKTIKAN TUN M-GUAN ENG BERCAKAP BENAR?
MENARIK DALAM RENTASAN 692
1. MENTERI KEWANGAN MENGAKU KERAJAAN TIADA WANG 2. GUGUR KES RASUAH: KELAZIMAN BAHARU KERAJAAN TEBUK ATAP? 3. PDRM TAK TAHUKAH JHO LOW DI KUWAIT? 4. TAKZIAH! HARGA SILING MINYAK DIHAPUSKAN
Kerajaan Muhyiddin bukan kerajaan Perikatan Nasional
Saya terpaksa panggil Kerajaan pimpinan Muhyiddin ini sebagai Kerajaan Muhyiddin.
Ramai yang panggil Kerajaan ini Kerajaan Perikatan Nasional.
Tetapi Parti Perikatan Nasional tidak wujud. Tidak pernah diadakan acara pelancaran parti ini. Tidak pernah didaftar Perikatan Nasional ini di waktu Muhyiddin isytihar dirinya sebagai Perdana Menteri Perikatan Nasional.
Rakan dalam perikatan ini isytihar mereka bukan anggota dalam kononnya gabungan Parti Perikatan Nasional. Mereka hanya benar ahli mereka sokong Muhyiddin supaya hasrat Muhyiddin untuk menjatuhkan Pakatan Harapan tercapai. Mereka tentukan jumlah wakil rakyat yang sokong Muhyiddin mencukupi.
Sepatutnya Muhyiddin dapat persetujuan Parti Bersatu sebelum dia sertai Perikatan Nasional. Tidak ada rekod yang dia dapat persetujuan Mesyuarat Agong Bersatu atau sekurang-kurangnya Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu. Tiba-tiba dia isytihar dia menyertai Perikatan Nasional.
Berkenaan dengan keluar dari Pakatan Harapan pun belum diputus secara muktamad. Sebelum Pakatan Harapan dijatuh, Muhyiddin telah adakan majlis makan malam di Sheraton dengan PAS dan UMNO.
Apabila saya sebagai Pengerusi Bersatu tidak bersetuju dengan tindakannya menubuh Kerajaannya, dia cuba adakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang sepatutnya dipengerusi oleh saya sebagai Pengerusi parti.
Tiba-tiba Muhyiddin isytihar dirinya sebagai Pengerusi Bersatu. Perisytiharan ini tidak mengikut perlembagaan sama sekali. Dia bukan Pengerusi atau memegang jawatan Pengerusi yang sah.
Untuk mengada mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi setiausaha kerja mengeluar notis. Sepatutnya Setiausaha Agung (SUA) yang mengeluar notis selepas mendapat arahan dari saya sebagai Pengerusi.
Untuk mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi ini Pengerusi dan Timbalan Presiden tidak dijemput. Oleh itu mesyuarat terpaksa dibatal.
Untuk mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi pada 4 Jun 2020, Muhyiddin lucut keahlian Pengerusi, Timbalan Presiden dan beberapa ahli Majlis Pimpinan Tertinggi yang tidak menyokongnya. Dia tidak berkuasa membuat demikian. Sebaliknya ahli Majlis Pimpinan Tertinggi yang baru dilantik yang menyokongnya. Perbuatan ini salah dari segi perlembagaan Bersatu. Oleh itu mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi juga tidak sah.
Ketua-ketua Bahagian yang tidak menerima tawaran jawatan olehnya dipecat. Ini juga salah.
Kemudian dilantik pengganti dari kalangan ketua-ketua dengan tawaran-tawaran tertentu dan janji untuk memberi duit Kerajaan untuk bantu rakyat melalui pengganti ini. Ini juga salah.
Untuk Jemaah Menteri ramai dilantik jika terima tawaran darinya supaya sokong. Calon ditanya “apa hendak” dan lantikan dibuat. Jika tidak ada jawatan, cipta jawatan.
Hampir 2/3 dari ahli dewan yang menyokongnya dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri. Yang lain dilantik untuk jadi pengerusi syarikat dan institusi – termasuk mereka yang sedang dihadap ke mahkamah kerana aneka jenis jenayah.
Inilah cara Muhyiddin. Perlembagaan, aturan-peraturan, bahkan undang-undang tidak diendah sama sekali. Tak hairanlah dia sanggup menerima dan bekerjasama dengan pencuri, perasuah dan penyangak.
*Kenyataan Media* *Rabu, 10 Jun 2020*
*PEMUDA PH SABAH SOKONG DATUK PETER ANTHONY, SPRM PERLU MENDAKWA MENGIKUT PROSEDUR YANG ADIL TANPA TERLIBAT DENGAN POLITIK.*
Saya mengambil maklum berkenaan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony yang akan dituduh di Mahkamah Seksyen esok berhubung dakwaan salah laku urus niaga tanah Risda di Tongod beberapa tahun lalu.
Saya amat terkilan atas pendakwaan ini yang saya lihat seperti tergesa-gesa apatah lagi Datuk Peter Anthony dipanggil ke SPRM pada hari sama 46 pertuduhan keatas Musa Aman digugurkan pihak pendakwa.
Saya melihat kita telah kembali ke 'era kleptokrasi' semula apabila satu persatu koruptor bebas daripada pertuduhan walaupun terdapat bukti jelas namun sasaran beralih kepada pimpinan parti pembangkang diperingkat Persekutuan.
Kita sudah jangka sejak awal tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan di persekutuan dan terbentuknya sebuah kerajaan yang menggabungkan para koruptor yang telah ditolak rakyat pada PRU-14 lalu, akan ada pemimpin pembangkang didakwa dengan mempergunakan Polis mahupun SPRM. Begitu juga mereka yang telah dituduh di Mahkamah akan diumum bebas sepenuhnya. Ini bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan kerajaan baru ini dibentuk bersama-sama UMNO.
Kami dari Pemuda Pakatan Harapan Sabah bersolidariti buat Datuk Peter Anthony disamping menghormati SOP PKPP dan berharap agar pihak SPRM menjalankan tugas seadil-adilnya dan bukan hanya membuat pendakwaan terpilih tanpa terlibat dengan Politik.
*RAYMOND BIN AHUAR*
Ketua Pemuda
Pakatan Harapan Sabah
BOLEH BALIK KAMPUNG, KLUSTER RAYA?
Boleh balik kampung, kluster raya?
Ipohmali
Esok 10 Jun, bermulanya perlaksanaan PKPP..Dengan rasminya rakyat dah boleh melintas Negeri.. Kata Ismail sabri, PDRM dan pihak berkuasa tidak lagi menjaga sempadan Negara..
Dah pasti bermula esok..Jalanraya penuh sesak setelah 3 Bulan mereka dilarang melintas negeri.. Bandar Ipohpun hari ini jem lain macam..Biarpun rakyat dah diberi kebebasan.. Sepatutnya minggu pertama, Kerajaan kena bertanggungjawab atur dan jadualkan Perjalanan..bertahap membuka ruang untuk rakyat melintas Negeri..jangan lepaskan Rakyat mcm lepaskan anak ayam..
Pertama, Yang Bukan Muslim seperti majoriti Cina dan India..Berikan laluan untuk majoriti Muslim pulang dahulu untuk minggu pertama, berikan ruang mereka pulang ke Kampung untuk berjumpa Ibu bapa sempena Hari raya Eidul Fitri..
Begitu juga yang ada tujuan lain seperti Bercuti.. atau melancong di dalam negeri.. Beri laluan bagi yang betul betul ada keperluan untuk pulang ke Kampung..
Sepatutnya esok, Perjalanan rakyat dijadualkan mengikut Negeri dan Zon, Seperti Zon Utara, Selatan dan Pantai timur.., Keutamaan untuk pulang, samaada kelompok Bujang atau yang sudah berkeluarga.. nanti mau sesak kat TBS, KTM.. berebut nak balik kampung..
Jangan pandang ringan kes kes seperti ini..di Saudi bukan hanya Masjid menjadi punca kes merebak, tetapi kunjungan Eidulfitri baru baru ini ramai dari rakyat mereka tak patuh SOP..
Yang lebih aku bimbang..jadual yg sama melibatkan kelompok rakyat yang pulang dari luar negara.. melibatkan kes Import..Tetapi mereka dibenarkan Kuarantin sendiri dirumah..Dari kes seperti ini dulu lah yang sebabkan kes Masjid Petaling dan Pengerusi GLC, dan kluster Gereja di Sarawak merebak..
Tapi tak tahu lah pulak kalau ada yang harapkan kes Meningkat kembali..Untung2 tak payah buat Sidang Parlimen Julai ni..
TAK ADA CARA LAIN KAH NAK SAPU DUIT RAKYAT ? BACAAN METER ELEKTRIK MASUK BLOK 3, JUMLAH MELAMBUNG….
Bacaan meter elektrik masuk blok 3, jumlah melambung….
Oleh: Pentadbir
Via WhatsApp
Dengan nasihat yang baik dari Syafiq untuk aku tulis complaint, aku pun buat aduan kepada TNB dan dalam masa yang sama, aku up la satu pos sebagai tanda protes, dengan harapan, semakin ramai orang bercakap, kerajaan akan pandang isu ni dan ambil tindakan..
Masa aku karang ayat komplen tu, aku tengah marah sebenarnya.. Aku pun letak ayat, “..Bil saya terlalu tinggi dan tak munasabah.. Minta tolong hantar orang buat penerangan pada saya tentang bil eletrik tinggi ni.. Hantar lebih dari 2 orang, takut-takut kalau dia salah jawab, parang saya tiba-tiba terbang nanti..”
Tapi aku edit balik la bagi ayat muluk-muluk.. Orang bertamadun kan tak mendahulukan emosi
Harini pegawai TNB hubungi aku dan beri penerangan..
Aku cakap, semua hujah dia aku boleh terima.. Masalah PKP tak boleh keluar pergi baca meter, bahagikan purata penggunaan, bla bla bla..
Dia juga kata, sepanjang PKP orang duduk di rumah, dan penggunaan banyak.. Ini alasan yang tak munasabah sebab isteri aku work from home dah dekat 2 tahun, makna kata rumah sentiasa ada orang, tapi bil maintain saja.. Apa pula bila PKP ni tiba-tiba jadi mahal..? Kalaupun penggunaan lebih, takkan sampai 600% peningkatan?
Aku bagitau pegawai tu, hujah kata waktu PKP orang duduk rumah sebabkan penggunaan tinggi tu semua alasan fatal yang kelakar..
Sebab sebenar yang buat bil eletrik naik mendadak adalah, bila dia buat bacaan selepas 3 bulan, penggunaan sudah masuk ke blok penggunaan ke-3 dengan harga 0.51/Kwh, sedangkan penggunaan sebelum-sebelum ni tak pernah sampai pun pada blok ke-3, jarang-jarang melepasi blok pertama, dan kalau lepas masuk blok ke-2 pun, sangat sedikit (rujuk gambar 1)
Bagi yang tak jelas, penggunaan elektrik TNB ni ada 3 blok..
200kwh pertama, harga sekian-sekian..
100kwh kedua, harga sekian-sekian (lebih mahal)
300kwh seterusnya, harga sekian-sekian (lebihh mahal lagi)
100kwh kedua, harga sekian-sekian (lebih mahal)
300kwh seterusnya, harga sekian-sekian (lebihh mahal lagi)
(Rujuk gambar 2)
Setiap kali pegawai datang baca meter dan bilkan penggunaan pada pelanggan, kos penggunaan tu akan reset balik kepada blok pertama..
Tapi bila PKP dan TNB tak hantr orang datang baca meter, bil penggunaan masuk blok ke-3, bacaan akan santak sampai maksimum.. Itu la punca bil naik jadi gila..
Pegawai TNB tu kata apa yang aku cakap tu betul.. Tapi ini polisi TNB.. Memang cara baca meter macam tu..
Dan aku kata, polisi dan cara TNB tu adalah zalim, menekan, menindas pengguna, sedangkan PKP dek wabak Covid19 yang kita hadapi ini adalah unprecedented, tak pernah berlaku..
Kalau gitu, untung lagi TNB kalau kerajaan buat PKP sampai setahun.. Selepas setahun, penggunaan blok ke-3 dah tentu lebih banyak, sebab bacaan penggunaan takkan reset ke blok pertama balik, selagi TNB tak datang bilkan kepada pengguna..
Manusiawi la mas bro..
Patutnya bagi la kiraan rata (sebab ia penggunaan 3 bulan sekaligus) kepada penggunaan eletrik melepasi blok ke 3 tu.. Lebih merigankan dan sama-sama dapat manfaat.. TNB dapat ambil kesempatan, pengguna dapat sedikit diskaun dek kerana TNB tak mai baca meter..
Tapi brader yang call tu memang gentleman..
Dia akui yang cara tu menyebabkan bil jadi melampau dan menindas pengguna.. Tapi dia tak boleh buat apa, kerana dia bekerja ikut polisi.. Kerajaan kena bercakap berkenaan ‘benda’ ni, supaya polisi TNB berobah..
Nahh.. Sekarang jom kita sama-sama bercakap benda ni, viralkan, cucuk wakil rakyat anda suruh diorang bercakap pasal isu ni, supaya TNB ubah sikit polisi dan kita sama-sama boleh terima manfaat..
Kalau malas complain, cukup sekadar share tulisan saya ni, supaya lebih meluas lagi orang bercakap..
Kalau aku salah, aku sedia dibetulkan..
BERAPA BANYAK PAKEJ RANSANGAN DIUMUM, EKONOMI RAKYAT TERUK JUGA?
Berapa banyak pakej ransangan diumum, ekonomi rakyat teruk juga?
Oleh: Redzuan RF8 Media
Pakej rangsangan ekonomi, digelar Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin baru-baru ini dikhuatiri tidak berupaya menangani masalah serius ekonomi rakyat Malaysia.
Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Terengganu, Azan Ismail berkata, pakej ketiga yang diumumkan Jumaat lalu mungkin lebih kurang prestasinya seperti dua pakej sebelum ini yang mana masih banyak rakyat merungut tidak menerima secara keseluruhan bantuan, nama tercicir atau menerima bahan makanan tidak seperti nilai dijanjikan.
“Dua belanjawan (pakej ransangan) yang diumum Muhyiddin sebelum ini tidak dibentang dan diluluskan di parlimen. Apa yang jadi persoalan, bagaimanakah bantuan ini diuruskan dan disampaikan kepada rakyat. Misalnya bantuan BPN RM1,600 dikatakan ada rakyat yang tidak menerimanya sejak bulan puasa.
“Begitu juga laporan audit mengenai bantuan itu tidak dikeluarkan. Berapa juta akaun rakyat yang telah menerima (melalui bank) bantuan itu? Berapa isi rumah yang masih tidak menerima dan sebagainya. Contoh mudah, topeng muka yang dikatakan diberi 4 keping setiap rumah, saya tengok tiada satu helai pun sampai ke kawasan saya.
“Ini menjadi tanda tanya. Kita bimbang pakej PENJANA ini juga akan ulangi benda yang sama. Manakala ekonomi rakyat kekal teruk tidak mempunyai sumber kewangan untuk meneruskan hidup,” ujar Azan ketika dihubungi Suara Keadilan.
Selain itu, menurut Azan, rakyat juga meragui ketelusan pengagihan bantuan yang tidak pernah dibentang di Parlimen. Kerajaan Muhyididn juga tidak ada keabsahan kuasa.
Oleh itu, terdapat pihak mendakwa berkemungkinan peruntukkan yang diumumkan akan disalur kepada pihak tertentu untuk mengumpul dana pilihan raya. Atau diberi kepada kroni-kroni bagi mengukuhkan kedudukan kerajaan Perikatan Nasional.
“Dalam hal ini kerajaan Muhyiddin tidak mempunyai keabsahan. PM tidak pernah ke parlimen untuk mengesahkan dia mempunyai kuasa.
“Merujuk Singapura, kerajaan mereka sah dan menang melalui pilihan raya. Singapura fikirkan rakyat dan ikut undang-undang tetapi Muhyiddin pula umpama rezeki terpijak, dia tak perlu fikir rakyat sebab dia dapat kedudukan sekarang secara terpijak. Jadi dia lebih banyak gunakan duit untuk beli wakil rakyat, bukannya jaga keperluan rakyat.
“Tengok sahaja pelantikan wakil rakyat melalui GLC, elaun besar yang diberikan melalui peruntukkan ini. Bantuan rakyat pula mungkin sampai dalam 30 peratus kepada golongan sasar tetapi 70 peratus mungkin pergi ke pihak tertentu.
“Kalau ada 3 atau 4 kali pengumuman pakej ransangan sekalipun jika tiada laporan, pengesahan, perbahasan di parlimen, ia tidak akan hasilkan apa-apa kesan pada rakyat,” kata Azan.
Untuk rekod Muhyiddin telah mengumumkan 3 pakej ransangan ekonomi sepanjang wabak Covid 19 bernilai RM295 bilion. Namun dalam pakej 1 dan 2 banyak keluhan rakyat berkenaan kelemahan pengagihan. Terutama golongan bekerja sendiri dan tidak tidak mempunyai rekod di jabatan kerajaan, mengadu tercicir daripada menerima bantuan sepatutnya.
PH perlu kembali memerintah, pemimpin harus bertolak ansur – Suee Lim
PH perlu kembali memerintah, pemimpin harus bertolak ansur – Suee Lim
Oleh: Selena Tay
Ahli Politik DAP Selangor Ng Suee Lim menggesa bekas perdana menteri Tun Mahathir dan Presiden PKR Anwar Ibrahim agar bertolak ansur bagi mencapai kata sepakat yang membolehkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Plus mengambilalih semula pentadbiran di Putrajaya.
“Kalau ada kerjasama dan tolak-ansur yang baik antara Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim, maka ada peluang untuk PH kembali menjadi Kerajaan Persekutuan semula,” kata Suee Lim kepada Suarapakatandaliy.
Beliau mengharapkan PH Plus segera menjadi kerajaan berikutan kerosakan yang semakin besar dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) terutama dalam polisi ekonomi yang menyebabkan kehidupan rakyat semakin sukar
“Hakikatnya pada masa ini rakyat marah dengan koalisi PN mahupun Pakatan kerana akibat dari penularan wabak Covid-19, ekonomi negara tidak menentu dan ramai pula yang menganggur. Tetapi apa yang sedang berlaku ialah aktiviti dan permainan politik sedang diperhangatkan (PN) walaupun rakyat hidup susah.
“Ini menimbulkan kemarahan rakyat sebab mereka dapat lihat dengan jelas bahawa ahli-ahli dan pemimpin politik (PN) asyik merebut kuasa dan kedudukan,” sambung Suee Lim
Speaker Dewan Negeri Selangor ini menegaskan nasib rakyat patut diutamakan ketika krisis wabak Covid. Oleh itu, katanya, ramai orang yang berjumpa beliau menyatakan harapan agar PH kembali memerintah.
“Dalam Pilihan Raya Umum Ke14 lalu, rakyat memberi mandat kepada PH. Tetapi belum sampai 2 tahun, Pakatan telah dijatuhkan oleh Perikatan. Justeru itu, memanglah logik jika Pakatan hendak berkuasa semula sebab Pakatanlah yang memiliki mandat rakyat,” tegas ADUN Sekinchan itu lagi.
Dengan situasi hari ini, beliau berharap pemimpin atasan PH segera bertolak ansur dan jangan lupa untuk mengadakan persiapan sekiranya berlaku pilihan raya mengejut andainya Yang Dipertuan Agong membubarkan Parlimen bagi menyelesaikan krisis politik.
*KENYATAAN MEDIA OLEH ISNARAISSAH MUNIRAH MAJILIS, AHLI PARLIMEN P.169 KOTA BELUD 9hb Jun 2020*
Saya terkejut bila ada portal yang menyebut 4 orang ahli parlimen Warisan bakal keluar parti termasuk seorang wanita yang viral bermula petang tadi.
Saya adalah satu-satunya ahli parlimen wanita daripada Warisan dengan ini menafikan bahawa saya akan keluar parti dan menyokong Perikatan Nasional.
Saya adalah antara penggerak awal parti yang menjelajah seluruh negeri sejak 2016 demi masa depan Orang SABAH yang lebih baik.
Gelaran Yang Berhormat yang ada dengan saya sekarang adalah atas kepercayaan masyarakat dengan Parti Warisan itu sendiri dan saya tidak akan mensia-siakannya.
Saya berdiri teguh dan menyokong penuh kepimpinan Presiden dan Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal.
#WarisanAllTheWay
- Tamat -
Isnaraissah Munirah Majilis
Ahli Parlimen Kota P.169 Kota Belud
9hb Jun 2020
ADA KAH INI BUKTI RASUAH?
ALIFF AFFENDI
46 kes boleh terlepas
Tengokkan duit satu rumah setiap sudut!!!
Lari tak cukup tanah sampai ke udara
Siap lakonan separuh nyawa
HP tetap ditangan cukup hebat
Siapa pengarah ini semua?
Berita rampasan ini bersepah Google
Tolonglah Rakyat Malaysia tidak bodoh....
SOSIAL COVID 19 : Huru hara… Keranda jenazah Covid-19 terbuka ketika nak kebumi
FMT
-
Gempar di Sumatera Selatan apabila proses pengebumian pesakit Covid-19 bertukar huru hara selepas perkara tidak disangka terjadi.
Sebuah video viral di media sosial sejak beberapa hari lepas menunjukkan apa yang berlaku ketika kejadian.
Menurut Detik.com, kejadian itu berlaku pada 22 Mei lepas di mana sekumpulan pasukan medik sedang melakukan prosedur untuk mengebumikan jenazah Covid-19.
Jenazah itu dibalut di dalam sarung berwarna oren dan diletakkan di dalam peti keranda kayu.
Namun, ketika sedang menurunkannya ke dalam liang lahad menggunakan tali, penutup keranda itu terbuka membuatkan jenazah terkeluar.
Video itu menunjukkan keadaan menjadi huru hara selepas kejadian itu berlaku dan boleh kedengaran suara seorang wanita yang marah dan menengking pihak medik kerana tidak berbuat apa-apa.
Sebaliknya, orang kampung yang tidak memakai pakaian lengkap PPE cepat-cepat turun ke dalam liang lahad dan membantu menguruskan jenazah.
Boleh juga didengari suara tangisan dipercayai ahli keluarga mangsa Covid-19 berusia 57 tahun itu.
Menurut individu yang mengetuai tugas pengendalian pesakit Covid-19, Junaidi Anuar, pasukan tersebut telah dilatih dan melakukan proses simulasi sebelum itu.
Bagaimanapun menurutnya kejadian itu membuktikan pasukan tersebut perlu berlatih lagi untuk mengelakkan perkara sebegitu berlaku.
“Sebelum pelaksanaan pasukan telah diberikan briefing dan dilakukan simulasi dan sama-sama melihat video prosesi pemakaman yang telah dilakukan daerah lain.
“Namun kami menyadari bahwa hal tersebut tidak cukup, sehingga ke depan kami akan melakukan pelatihan terhadap anggota.”
Pendakwaraya diminta rayu keputusan bebaskan Musa Aman
Negara dikejutkan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan dan membebaskan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman daripada 46 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.
Malah dalam permohonan semalam dilaporkan pihak Timbalan Pendakwaraya memohon untuk semua pertuduhan digugurkan dengan perintah DNNA iaitu ‘Discharge not amounting to acquittal’ iaitu dilepaskan tanpa dibebaskan.
Namun, atas permohonan peguambela untuk perintah DAA iaitu ‘Discharged and Acquitted’ iaitu dilepaskan dan dibebaskan, Mahkamah telah membebaskan dan melepaskan Musa Aman.
Demikian dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Faiz Fadzil.
Jelasnya, Peguam Negara telah mengeluarkan kenyataan menjelaskan permohonan penarikan balik semua pertuduhan tersebut terhadap Musa Aman, walau bagaimanapun oleh kerana permohonan asal pihak pendakwaan adalah untuk perintah DNNA, adalah lebih adil dan wajar untuk pihak pendakwaan merayu terhadap keputusan tersebut memandangkan perbicaraan masih belum bermula dimana keterangan masih belum dikemukakan.
“Peguam Negara adalah diminta supaya berpegang kepada keputusan asal yang telah dibuat kerana rayuan ini penting ekoran kesan DAA dari sudut undang-undang adalah beliau tidak lagi boleh didakwa atas kesalahan dan pertuduhan yang sama.
“Ia tidak seperti DNNA apabila seseorang yang didakwa walaupun dilepaskan oleh mahkamah, boleh didakwa semula sekiranya perkembangan positif atau ketetangan baharu dalam kes tersebut.
“Memandangkan pertuduhan yang dikenakan terhadap Musa Aman melibatkan jumlah wang yang besar sebanyak USD50.1 juta dan ia merupakan satu kes kepentingan awam, maka adalah lebih adil dan wajar rayuan dibuat,” tegasnya.
Tambah Faiz, ia juga dapat meletakkan kembali keyakinan umum terhadap integriti sistem keadilan negara, apatah lagi salah seorang peguambela Musa Aman mendakwa sumbangan dana politik bukan suatu kesalahan, namun Mahkamah Persekutuan dalam kes bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris memutuskan sumbangan untuk tabung Umno Selangor sebagai rasuah.
Di samping itu tegas beliau, seksyen 3 Akta SPRM 2009 menafsirkan derma sebagai suapan. Oleh kerana pertuduhan terhadap Musa Aman belum diputuskan atas merit, maka adalah lebih adil dan wajar keputusan ini dirayu supaya pendakwaan boleh dikaji semula jika perlu dan sesuai.
USD10 bilion diambil kerajaan Najib dari ECRL, dakwa Sarawak Report
Sarawak Report mendedahkan sebanyak USD10 bilion (RM42.6 bilion) dipercayai telah diambil dari Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang ketika itu di bawah pemerintahan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Perkara tersebut didedahkan pegawai Pencegahan Pengubahan Wang Haram di Kuwait selepas menjalankan siasatan terhadap berbilion ringgit yang lesap dari projek ECRL dan projek saluran-saluran paip di bahagian barat Semenanjung Malaysia dan Sabah.
Dakwa laporan tersebut, siasatan itu, yang dimulakan pemerintah Pakatan Harapan pada Jun 2018, menghasilkan lebih banyak penemuan sensasi membabitkan kehilangan sejumlah wang yang besar dari dana awam Malaysia.
“Ia menunjukkan tidak kurang dari USD10 bilion dijarah oleh kerajaan Najib dari 1MDB dan kedua-dua projek di atas. Bagaimanapun, maklumat itu tidak pernah diserahkan kembali ke Malaysia,” katanya.
Projek mega laluan ECRL merupakan antara projek perdagangan dengan kontrak terbesar yang dikendalikan syarikat China di negara luar.
Lapor Sarawak Report, anak syarikat Scholc, syarikat pembinaan milik negara China yang dianugerahkan projek ECRL oleh Najib Razak, telah membayar rakan niaga kerajaan Kuwait dari proksi Najib Jho Low, Sheikh Sabah Jaber Al -Mubarak Al-Hamad Al-Sabah (anak Perdana Menteri Kuwait ketika itu), melebihi US$1.02 bilion yuan (CNY) pada Ogos 2017.
Wang sebanyak 4.25 bilion (RM2.7 bilion atau AS$ 630 juta) kemudiannya dikatakan telah dihantar kepada Kementerian Kewangan Malaysia kononnya untuk pembelian tanah 1MDB di Ayer Itam.
Namun, seperti yang dilaporkan, Sheikh Sabah tidak pernah mengesahkan hak miliknya.
“Dipercayai wang itu pada mulanya dicuri dari Malaysia dengan menaikkan kontrak China dan tujuan utamanya adalah untuk menyelamatkan 1MDB,” kata portal berkenaan.
SCAM CARA NAJIB
A Kadir Jasin
1. Ini baru "scam" yang sebenarnya. Kita kena scam (tipu) berpuluh-puluh bilion ringgit melalui skim penipuan 1MDB.
2. Kalau tidak ada unsur scam dalam 1MDB, masakan kita boleh tuntut pihak yang terlibat supaya bagi balik duit yang mereka scam daripada kita?
3. 1MBD ini asalnya tabung kemakmuran Terengganu bernama Terengganu Development Authority atau TIA. Otak di belakangnya adalah Jho Low.
4. Kemudian bila Mohd Najib Abdul Razak jadi Perdana Menteri pada tahun 2009, dia dan Jho Low ambil alih kegiatan TIA dan bawa ke Kuala Lumpur untuk jadi syarikat kerajaan pusat bernama 1Malaysia Development Berhad atau 1MDB.
5. Najib lantik diri dia jadi pegawai nombor satu 1MDB selaku Pengerusi Lembaga Penasihat Antarabangsa dengan Jho Low sebagai eksekutif de facto nombor satu.
6. Maka bermulalah skim scam besar-besaran menggunakan nama dan jaminan Kerajaan Malaysia untuk berhutang di dalam dan luar negara serta melabur dalam projek-projek yang kebanyakannya tidak wujud.
7. Dalam meminjam di luar negara, Najib dan Jho Low guna khidmat bank pelaburan Amerika Goldman Sachs. Inilah syarikat yang disebutkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz, dalam laporan yang saya lampirkan.
8. Unsur scam ini mula dikesan apabila Goldman Sachs dibayar komisyen AS$600 juta (kira-kira RM2.7 bilion pada kadar tukaran hari ini).
9. Satu dunia, termasuk Kerajaan Amerika, terkejut dengan jumlah komisyen yang Najib dan Jho Low bayar kepada Goldman Sachs.
10. Sebaik saja membentuk kerajaan pada tahun 2018, Pakatan Harapan (PH) terus menuntut ganti rugi daripada Goldman Sachs dan mengambil tindakan undang-undang terhadap Najib dan pesekongkolnya dalam scam itu.
11. Tetapi bukan Malaysia saja yang sedang atau sudah ambil tindakan ke atas Goldman Sachs. Amerika, Singapura, Switzerland dan beberapa buah negara lain juga turut mengambil tindakan.
12. Kerajaan Amerika bercadang mendenda Goldman Sachs AS$2 bilion (RM9 bilion) kerana terlibat dengan skandal 1MDB itu.
13. Singapura dan Switzerland menutup beberapa buah bank persendirian (private bank) yang terlibat menyalurkan duit scam 1MDB itu bagi pihak Najib dan Jho Low.
14. Hanya di Malaysia saja perbicaraan masih dijalankan. Di negara lain yang terlibat semuanya sudah dipenjarakan, didenda dan diharamkan daripada bergiat dalam industri perbankan.
15. Ini barulah scam sebebarnya iaitu apabila pihak yang kena scam rugi berpuluh bilion ringgit dan menanggung beban yang sangat berat. Bukan scam di mana mangsa dapat habuan RM42 juta.
16. Walaupun Kerajaan PH telah ditumbangkan oleh Perikatan Nasional dalam rampasan kuasa Mac lalu, kita harap tindakan undang-undang ke atas "scammer/ scammers" 1MDB diteruskan tanpa tolak ansur.
17. Kita harap, Tengku Zafrul sebagai bekas eksekutif perbankan lebih arif dalam hal mendapatkan ganti rugi daripada Goldman Sachs dan meneruskan saman ke atas syarikat itu.
18. Kita kena ingat bahawa akibat scam 1MDB ini saja, negara menanggung hutang lebih RM42 bilion dan banyak aset nasional seperti Edra Global Energy telah jatuh ke tangan pelabur asing, khususnya negeri China.
19. Tak tahulah saya kalau ada lagi manusia Malaysia, khususnya Melayu-Islam, yang masih percaya dengan cerita penglipur lara scam yang menguntungkan mangsa atau skandal 1MDB adalah rekaan.
20. Kalau ada, memanglah layak mereka disamakan dengan ayam daging yang disumbat dedak dan steroid kemudian disembelih.
Wallahuaklam.Terima kasih.
46 KES BEBAS, PERTAMA DALAM SEJARAH
46 kes bebas, pertama dalam sejarah
Oleh: Pentadbir
Via WhatsApp
Di bawah Kerajaan Tebuk Atap pehak Pendakwa MENARIK BALIK SEMUA 46 PERTUDUHAN terhadap Musa Aman yg di buat Pendakwaan semasa Kerajaan PH dulu atas Dakwaan RASUAH dan PENGUBAHAN WANG HARAM.
*Dalam Sejarah negara Tidak Pernah Pehak Pendakwaan Institusi Guaman Kerajaan Menarek Kes rakyat Marhaen hatta Kes Mencuri Telur Ayam dan Curi Susu utk anak di Supermarket tetap dikenakan Hukuman 2 tahun Penjara.
*Bayangkan Pemimpin dgn 46 PERTUDUHAN dgn sewenang2nya Pehak Pendakwaan Peguam Negara dgn Bebasnya Melepaskan Pendakwaan keatas Pemimpin Politik diera Kerajaan Kleptokrasi terdahulu.
Adakah Rakyat Maseh mahu beri Undi lagi pd puak Kleptokrat spt ini???
#Lepas ini kita dengar apa pula Komen Lobai2 dari Party Penunggang Agama Pas yg terbukti Bisu dan Pekak bila Riza Aziz dilepaskan oleh pehak Peguam Negara Kerajaan Tebuk Atap dgn Hukuman Hanya Bayar rm423juta dari Dana 1 MDB rm1.2billion yg di Rembatnya diera Bossku Kleptokrat.
*Itulah Rekod Sejarah Kerajaan Tebuk Atap walaupun baru masuk 100hari tapi sudah berjaya lepaskan Gerombolan Kleptokrat Pengkhianat Negara
Demi Mengekalkan Kuasa yg Di Rampasnya dari Kerajaan PH yg dipilih oleh rakyat dlm PRU14 lalu.
MENTERI KEWANGAN KATA NEGARA KENA UTANG...DIA NAK PINJAM DARI SIAPA AGAKNYA.,RAKYAT LA KENA
1. Ini bukan scam. Ini berita benar dan pahit daripada Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz.
2. Selepas tidak sampai sebulan berkata kewangan negara kukuh dan kerajaan ada duit, sekarang Menteri dunia korporat itu kata kerajaan akan berhutang.
3. Bila Zafrul kata kewangan negara kukuh dan kerajaan ada duit, banyaklah laskar siber Muafakat Nasional yang sekarang menjadi penyokong tegar kerajaan Perikatan Nasional (PN) tuduh Guan Eng bohong bila dia kata kerajaan tak ada duit.
4. Saya tidak ada hal kalau laskar siber Muafakat Nasional masuk berbahas secara faktual tapi ramai yang suka maki hamun dan guna akaun palsu.
5. Ada yang suruh kerajaan korek atap siasat pinjaman Bon Samurai dari Jepun oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).
6. Mereka tidak pun tahu yang kerajaan dari dulu lagi tak pernah cukup duit. Hasil tahunan kerajaan hanya cukup untuk bayar gaji dan pencen kakitangan awam, penyelenggaraan dan bayar balik hutang. Untuk pembangunan kena pinjam.
7. Sekarang Menteri Kewangan pujaan mereka sendiri bagi tahu Reuters yang kerajaan akan berhutang bagi merangsang ekonomi akibat pandemik Covid-19.
8. Bukan sekadar berhutang malah sampai defisit belanjawan (fiscal deficit) bagi tahun ini berganda. Maksudnya Zafrul cadang kerajaan berhutang dengan lebih banyak. Ertinya lebih banyak daripada zaman PH.
9. Daripada siapa dia nak berhutang? Daripada siapa lagi kalau bukan kita yang ada duit dalam bank, Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan KWAP.
1O. Untuk selamatkan kita, kerajaan berhutang daripada kita dan pungut cukai daripada kita untuk bayar balik hutang daripada kita.
Terima kasih.
A.Kadir Jasin
100 hari: Apa khabar usaha banteras rasuah?
Pada 10
oleh PENTADBIR
Genap 100 hari Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan hari ini. Sehingga hari ini jugalah gabungan politik itu masih belum ada logo rasmi, belum didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan yang paling penting, tiada manifesto.
Ketiadaan manifesto ini menjanggalkan memandangkan secara lazimnya, sesebuah parti mempunyai manifesto untuk dipersembahkan kepada rakyat, yakni para pengundi. Namun memandangkan Kerajaan PN naik ke tampuk pemerintahan tanpa melalui proses pilihan raya umum, suasananya adalah berbeza.
Apa yang kita boleh gunakan untuk dijadikan ‘manifesto kecil’ adalah kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan pemimpinnya, terutama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebarang bentuk janji atau perancangan olehnya, sedikit sebanyak boleh dicantum-cantum untuk menggambarkan aspirasi serta manifesto PN.
Daripada kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Muhyiddin, boleh dikatakan bahawa kerajaan ini mahu menggambarkan ia berusaha menjadi sebuah kerajaan yang bersih, berintegriti dan bebas rasuah. Ini mirip apa yang telah diperjuangkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama kira-kira 22 bulan sebelum ini.
Dalam ucapan sulungnya selepas memegang jawatan Perdana Menteri pada awal Mac lalu, beliau memberitahu, kerajaan pimpinannya akan berusaha memberi keutamaan ke atas usaha meningkatkan integriti dan tadbir urus kerajaan yang baik
Ini termasuk usaha-usaha untuk membanteras amalan rasuah dan salah guna kuasa dengan meningkatkan penguatkuasaan dan memperkemaskan undang-undang, peraturan dan amalan yang berkaitan, katanya.
Walau bagaimanapun, aspirasinya itu dilihat bercanggah dengan hakikat bahawa Kerajaan PN kini sedang bekerjasama dengan mereka yang sebelum ini pernah dikritik oleh beliau sendiri.
Sebagai contoh, Muhyiddin pernah mengingatkan rakyat agar tidak lupa bahawa kerajaan ‘Bossku’ sudah tumbang kerana Bossku telah buat hal curi duit rakyat, masalah skandal berkaitan 1MDB, Tabung Haji, Felda, Felcra dan pelbagai lagi.
Tetapi kini, realitinya Kerajaan PN turut dianggotai oleh parti kerajaan terdahulu yang terpalit dengan kes rasuah.
Pada Mac juga, Muhyiddin turut mengarahkan semua anggota Kabinetnya mengisytiharkan harta yang dimiliki kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Tindakan itu selaras dengan komitmen kerajaan memerangi rasuah, tegasnya.
“Borang akan diedarkan dan mereka perlu menghantarkannya kepada SPRM dalam tempoh sebulan,” katanya.
Itu cerita bulan Mac, sekarang sudah bulan Jun. Apa perkembangannya? Kita tidak tahu.
Ketika pentadbiran Kerajaan PH sebelum ini, maklumat jumlah aset anggota pentadbiran kerajaan dan Ahli Parlimen Kerajaan dipaparkan dalam Portal Pengisytiharan Harta https://mydeclaration.sprm.gov.my/.
Portal disediakan untuk membolehkan pengisytiharan harta oleh anggota pentadbiran dan ahli Parlimen kerajaan dipaparkan kepada masyarakat berdasarkan kepada keputusan kerajaan ketika itu untuk membuktikan ketelusan kepimpinan kerajaan.
Daripada aspek integriti, Kerajaan PH merupakan kerajaan yang sentiasa bertungkus-lumus untuk memastikan elemen integriti terus dimartabatkan dalam pentadbiran kerajaan. Muhyiddin pernah menjadi salah seorang menteri dalam Kerajaan PH. Beliau pasti tahu tentang pencapaian-pencapaian cemerlang yang telah diperoleh Malaysia di bawah PH.
Tidak perlu mengimbas jauh jika mahu melihat pencapaian Kerajaan PH. Pada awal 2020 sahaja, pelbagai pencapaian membanggakan berjaya diperolehi negara. Kerajaan PH telah berjaya melonjakkan imej negara di persada antarabangsa serta memberi manfaat yang signifikan kepada rakyat Malaysia.
Meskipun berdepan dengan iklim ekonomi global yang mencabar, kerajaan ketika itu terus komited untuk meletakkan negara kembali ke landasan betul dan usaha-usaha yang dilakukan oleh PH telah membuahkan hasil dan membawa impak positif kepada rakyat Malaysia.
Pengiktirafan terawal yang diperoleh negara pada tahun ini adalah peningkatan kedudukan Malaysia bagi Indeks Persepsi Rasuah (CPI) untuk tahun 2019 ke tangga 51 (daripada 180 negara) sehingga meletakkan negara pada tangga tiga terbaik di Asia.
Peningkatan ini merupakan satu testimoni terhadap kejayaan kerajaan dalam memerangi gejala rasuah di negara ini terutama selepas beberapa tindakan drastik diambil oleh kerajaan.
Ini termasuk tindakan yang diambil kerajaan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd, Felda, Tabung Haji serta penahanan beberapa ahli politik oleh SPRM berikutan rasuah dan pengubahan wang haram.
Selain itu, tindakan diambil kerajaan PH untuk menjadikan Malaysia bebas rasuah juga menyakinkan pihak Fitch Ratings untuk mempertingkatkan penarafan kredit negara. Jelas agensi berkenaan, PH telah memperbaiki ketelusan fiskal dan menangani skandal-skandal rasuah seperti 1MDB.
Secara kesimpulannya, komitmen PH dalam membanteras rasuah serta memastikan Malaysia ditadbir dengan integriti, efisien dan berhemah sentiasa dipandang tinggi di dalam dan luar negara. Kini tumpuan rakyat adalah kepada Kerajaan PN yang usianya menginjak 100 hari.
Adakah kerajaan ini mempunyai kemahuan politik dalam memastikan momentum perjuangan kerajaan PH dalam aspek integriti ini dapat diteruskan? Semua ini akan diperhatikan rapat oleh rakyat.
Perlu diingatkan bahawa rakyat pada pilihan raya lalu telah memilih gabungan politik yang komited dalam melawan rasuah dan salah guna kuasa di negara ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)