HARTA BENDA KERAJAAN DILARIKAN JKKK

PULAU PINANG-Belum pun sampai 48 jam kerajaan negeri di bentuk,harta benda kerajaan telah dilarikan oleh JKKK lantikan UMNO.Di Sg Acheh, pihak JKKK Sg Acheh di percayai terlibat dalam melarikan kerusi meja dewan rakyat yang kebiasaannya dijadikan dewan UMNO.

Untuk makluman semua , rakyat memahami betapa UMNO seringkali menggunakan dewan orang ramai sebagai markas atau tempat bilik gerakan pilihanraya , manakala aktiviti yang digunakan adalah untuk kegunaan UMNO semata-mata.

Menurut maklumat yang diterima dari orang ramai dan penduduk tempatan, mereka mendesak pihak kerajaan negeri agar bertindak dengan memberkas pihak yang bertanggungjawab mencuri harta milik kerajaan dan memulangkan semula jika tidak mahu tindakan diambil.

Esok 12 HB 2008 dijangkakan Timbalan Ketua Menteri dan senarai jawatan Exco penuh kerajaan negeri akan dilantik dan dijangkakan akan diumumkan serta merta. Oleh yang demikian, pihak berkuasa dijangka akan bertindak menjalankan kewajipan yang sepatutnya.

ANWAR: KAMI KERAJAAN DALAM PENANTIAN


Anwar: Kami kerajaan dalam penantian
Mar 11, 08 5:18pm



Pemimpin BARISAN RAKYAT , Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiga parti yang bergabung tenaga mencatat kemenangan besar dalam pilihanraya umum Sabtu lalu adalah merupakan "kerajaan dalam penantian".

"Saya tidak gemar istilah 'ketua pembangkang'. Kami adalah 'kerajaan dalam penantian'," katanya ketika ditanya sama ada beliau melihatnya diri sebagai bakal perdana menteri yang akan datang.

Ketua umum PKR itu, yang juga bekas timbalan perdana menteri, juga berkata, beliau tidak tergesa-gesa untuk kembali ke parlimen apabila tempoh larangan ke atasnya bertanding dalam pilihanraya tamat bulan depan.

"Keutamaan saya sekarang ialah membantu dan menolong kerajaan-kerajaan negeri (yang dimenangi BARISAN RAKYAT )," katanya dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Petaling Jaya hari ini.

Barisan RAKYAT yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS berjaya merampas empat kerajaan negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor,Wilayah Persekutuan - manakala PAS mengekalkan kerajaan Kelantan dengan tambahan kerusi.

"Saya akan menghadiri sidang parlimen. Tetapi duduk di galeri awam," katanya.

Anwar sebelum ini berkata, beliau akan kembali ke parlimen dengan bertanding dalam pilihanraya kecil di salah sebuah kerusi parlimen yang dimenangi partinya, apabila tempoh larangan ke atasnya tamat.

PKR menang 31 kerusi parlimen - jumlah terbanyak di kalangan parti-parti pembangkang - diikuti oleh DAP (28) dan PAS (23). Barisan Nasional (BN) pula menang 140 daripada 222 kerusi parlimen.

Turut terpilih ialah isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR di parlimen Permatang Pauh manakala anak perempuan mereka, Nurul Izzah, yang berjaya menewaskan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Shahrizat Abdul Jalil di parlimen Lembah Pantai.


p/s Ada beberapa pembetulan dalam artikel asal ini,

ZAM MENANGIS KERANA TIDAK DAPAT MEMAKI HAMUN PEMBANGKANG oooooooooPPPPPsssss BARISAN RAKYAT


Zam tangisi berpisah dengan RTM
Muda Mohd Noor | Mar 11, 08 3:39pm


Bekas menteri penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin, yang tewas di Sungai Petani, hari ini mengadakan sidang akhbar terakhirnya di Angkasapuri dan meluahkan rasa terkilan terpaksa "berpisah dengan kawan rapat, terutama di bilik berita Radio Televisyen Malaysia (RTM)."

"Saya tidak menangis kehilangan jawatan ahli parlimen dan menteri penerangan. Saya bukan mencari jawatan. Saya hanya penumpang," katanya kepada media.

"Saya menangis kerana terpaksa berpisah dengan kawan rapat di kementerian terutama bilik berita RTM."

Beliau menambah, "saya tidak mahu menyalahkan sesiapa. Biar rakyat menghakimi saya."

Zainuddin, yang lebih popular dipanggil Zam, juga mengakui pilihanraya 2008 berjaya menonjolkan semula pengaruh bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mendakwa ingin bersara sebelum pilihanraya 1999 tetapi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengajaknya bertanding di kerusi Merbok, yang dimenanginya pada 2004.

"Dr Mahathir yang menilai prestasi saya. Tun Khalil Yaakob, waktu itu setiausaha agung Umno, kata Dr Mahathir mahu saya bertanding," katanya, sambil menambah beliau yakin pada Umno.

Mengulas kekalahannya di kerusi parlimen baru yang ditandinginya, Zainuddin berkata beliau dimaklumkan dipindahkan ke kerusi itu dua hari sebelum penamaan calon.

"Saya diarah bertanding di Sungai Petani hanya dua hari sebelum penamaan calon. Saya tidak tahu apa-apa tentang Sungai Petani," katanya.

"Orang tidak mahu undi saya (di Sungai Petani). Saya kata (pada mereka), 'undi BN, bukan undi saya'," katanya.

"Jika bertanding di Merbok, saya menang."

(Bagaimanapun, calon BN di situ juga tewas kepad calon PKR, dengan majoriti 3,098 undi).

Beliau juga mengakui ditolak pengundi bukan Melayu. "Saya tidak dapat 9,000 undi Cina," katanya.

"Ada juga orang Melayu dan Umno tidak gembira dengan saya. Itu (perkara) biasa."

Dalam analisisnya, pembangkang menang besar kali ini kerana undi bantahan. "Mereka akan mengundi siapa sahaja," katanya.

Beliau menambah, parti politik kini sudah moderat dan menampilkan senario politik baru sebagai melambangkan kematangan demokrasi di Malaysia.

"Tetapi berapa lama?" katanya.

USAHA MENBERSIH MPPP DAN MPSP

PULAU PINANG-12HB setelah mendapat mandat mewakili Barisan Rakyat, Kerajaan Pulau Pinang telah mengambil langkah dengan menghapuskan semua saman peniaga kecil terutamanya yang melibatkan kesalahan kecil. Ini akan menjadikan kerajaan negeri sebagai sebuah kerajaan baru yang cuba membersihkan saman-saman yang difikirkan tidak logik kerana tidak memberikan perhatian kepada lebih membantu dari "menyiksakan"peniaga-peniaga kecil.

Selain itu menurut laporan BPR bagi sessi 2004-2005 hingga 2007 , MPSP Majlis Perbandaran Seberang Perai, merupakan pihak berkuasa tempatan yang menduduki rangking paling atas sebagai pihak berkuasa yang paling tinggi mengamalkan rasuah.Usaha-usaha untuk mendjadikan badan ini sebagai sebuah majlis Perbandaran yang lebih cekap bagi membantu kaum Bumiputera dan golongan peniaga kecil dilihat dapat membantu meningkatkan peluang perniagaan peniaga-peniaga kecil bumiputera.

Antara nama-nama yang disebut sebagai YDP MPSP ialah Dr Mansor Osman yang mempunyai banyak pengalaman dalam melaksanakan projek "TEKUN" bagi membantu kaum Melayu tanpa mengira fahaman politik. Ini dilakukan dizaman DSAI sebagai menteri kewangan.Semoga usaha-usaha ini akan mendapat kejayaan bagi menghapuskan tanggapan buruk masyarakat umum sebagai langkah menghapuskan rasuah dan memulihkan kreadibiliti sebagai pihak berkuasa tempatan yang dapat membela masyarakat setempat.Malah masyarakat seberang perai menamakan MPSP sebagai "Makan Pagi Sampai Petang"

tungguuuuuuuuuuu.........gambar-gambar pendedahan bagaimana pekerja MPSP begitu kaya raya walau hanya berjawatan sebagai juruteknik...dan banggunan MPSP yang begitu gah tetapi penuh rasuah didalamnya.Pihak team WRLR akan mengumpulkan maklumat ini seberapa segera yang mungkin.