SIAPA GANTI ANWAR ?


 

LEBAI DOLLAH BUAT BODO LAGI


 

MEMILIH MENANTU


 

SEMBANG JA YANG TAK NAK AMBIL..TAK MO BAGI BALIK


 

PUNYA BAHLOL..KES DALAM MAHKAMAH KO NAK TANYA DALAM DEWAN


 

Presiden Iran hubungi Anwar, hargai ketegasan Malaysia pertahan Gaza


 

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima panggilan telefon daripada Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, yang menzahirkan penghargaan terhadap pendirian tegas Malaysia dalam isu Gaza.

Perdana Menteri berkata, Iran menggesa agar Malaysia terus mendepani usaha diplomatik dalam menentang kekejaman dan genosid yang masih berterusan di bumi Palestin.

Anwar turut menyampaikan komitmen Malaysia yang konsisten bukan sahaja melalui kenyataan lantang di pentas antarabangsa, malah dengan menggembleng kerjasama pemimpin serantau dan global termasuk Presiden Indonesia, Turkiye, Brazil dan Afrika Selatan.

“Dunia tidak boleh terus berdiam diri tatkala kekejaman ini telah melampaui batas kemanusiaan,” katanya dalam perkongsian di Facebook.

Beliau menambah, mereka turut berbicara mengenai hubungan dua hala Malaysia–Iran dan senada untuk terus memperkukuh persahabatan, khususnya dalam bidang yang memberi manfaat bersama kepada rakyat kedua-dua negara.

Presiden Pezeshkian turut memanjangkan jemputan rasmi untuk Perdana Menteri mengadakan lawatan ke Tehran dalam masa terdekat.


“Saya sampaikan penghargaan atas kesediaan beliau untuk terus mempererat hubungan antara kedua-dua negara,” ujarnya lagi.



LAWAN...DIA SAJA BOLEH CAKAP IKUT SUKAA..ORANG LAIN TAK BOLEH.APA YANG DIA CAKAP SELAMA INI PUN BANYAK JUGA YANG TAK BETUL...


 

Naib Ketua AMK terima LOD RM1 juta dari Fadhli

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK),  Nabil Halimi mendedahkan beliau telah pun menerima surat tuntutan (LOD) daripada Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.

Ketua Penerangan Pas itu difahamkan menuntut permohonan maaf dan ganti rugi sebanyak RM1 juta, berhubung dakwaan Ahmad Fadhli menyindir rundingan damai antara Thailand dan Kemboja.

Dalam hantaran di Facebook, Nabil berkata beliau sedang meneliti kandungan surat berkenaan dan akan mendapatkan nasihat perundangan.

‘Saya telah menerima surat tuntutan (LOD) daripada YB Fadhli Shaari seperti yang dinyatakan oleh beliau sebelum ini semalam.

“Saya sedang meneliti kandungan surat tersebut dan akan mendapatkan nasihat perundangan serta memberikan arahan lanjut kepada peguam saya bagi tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Beliau pada masa sama berkata akan kekal komited mempertahankan hak untuk bebas bersuara.


“Saya yakin perbezaan pandangan dalam ruang demokrasi tidak seharusnya disalahertikan atau dijadikan alasan untuk menyekat kritikan yang membina,” ujarnya lagi.

Terdahulu Ahmad Fadhli berkata beliau akan mengeluarkan LOD kepada seorang Ahli Parlimen dan pemimpin Pemuda sebuah parti berkait hantaran di Facebooknya yang menyindir rundingan damai antara Thailand dan Kemboja.

Disebabkan karikatur dibuatnya, wakil rakyat Pas itu teruk dihentam orang ramai sebelum beliau memadam hantaran terbabit.




HADIAH KISMIS MINDA

 Iswardy Morni


Wow. Kismis minda. Rasanya bukan setakat pemimpin, penyokong sekali kena makan. Yela.. Mb terengganu jadi Safwan




KETIRISAN 48 BILLION? SEBAB TU MP SEBODOH FADLI SAARI ATAU ULU GANU TAK BERTANYA..MEZAH MINYAK MASAK PUN TAK BERANI TANYA. WALAUN TOLOL GAK YANG TANYA.


Norman Daud 


Saya ingin menjawab pertanyaan rakan fb saya berkenaan berlaku ketirisan sebanyak RM48 bilion di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tuduhan ini cepat tersebar, namun sayangnya tidak disertakan dengan kefahaman terhadap apa yang sebenarnya dilaporkan oleh pihak berwajib. Adalah penting untuk kita mengangkat semula fakta yang sahih agar rakyat tidak terus dikelirukan.






Pertama sekali, jumlah RM48.873 bilion yang dipetik dalam pelbagai kenyataan politik bukanlah angka ketirisan atau penyelewengan. Ia sebenarnya merujuk kepada jumlah keseluruhan nilai program, projek dan aktiviti yang diaudit oleh Jabatan Audit Negara dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2022 Siri 2, yang dikeluarkan pada tahun 2025.


Ketua Audit Negara sendiri, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, telah menjelaskan secara terbuka bahawa jumlah tersebut bukan menunjukkan duit negara yang hilang, tetapi melibatkan keseluruhan skop audit yang dibuat ke atas tujuh kementerian Persekutuan. Laporan ini merangkumi aspek seperti kelemahan dalam pelaksanaan, kelewatan projek, pemantauan yang tidak efektif dan keperluan penambahbaikan dalam kawalan dalaman. Ia bersifat penambahbaikan, bukan pendedahan penyelewengan.


Audit LKAN 2/2025 menonjolkan tiga kelemahan serius utama antara berikut:


1. FELCRA Berhad – pengurusan pajakan empat ladang sawit di Sabah dan Kelantan bernilai RM241.76 juta antara 2022 hingga 2024. Didapati kelemahan dokumentasi dan penilaian risiko tidak mencukupi  .


2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – tiga tender berjumlah RM58.45 juta diluluskan tanpa syor dari jawatankuasa teknikal atau kewangan  .


3. Tentera Darat Malaysia (Gempita) – tidak mengenakan penalti RM162.75 juta berkaitan lewat penghantaran, RM1.42 juta atas kelewatan servis, dan pembelian nilai RM107.54 juta dibuat secara pecah kecil tanpa kawalan dalaman yang betul  .


Selain itu, audit juga menegur kelemahan dalam pelaksanaan subsidi minyak masak oleh KPDN, termasuk kegagalan memastikan bantuan sampai kepada golongan sasar dan pengurusan kuota yang tidak cekap  .

Kemudian, prosedur Perolehan Pre‑Qualification (Pre‑Q) dianggap mempunyai risiko tinggi manipulasi; audit menyarankan kaedah tender terbuka untuk lebih telus  .


Lebih penting, sebahagian besar daripada isu yang diaudit tersebut adalah projek-projek warisan, yang telah bermula sebelum kerajaan Madani mengambil alih pentadbiran. Namun, kerajaan hari ini tidak menyorokkan laporan ini  malah membentangkannya kepada umum dan mengambil tindakan susulan yang telus.


Setakat Jun 2025, kerajaan telah berjaya memulihkan sebanyak RM157.73 juta melalui kutipan penalti, tunggakan sewa, cukai tertunggak dan pelbagai tindakan pembetulan lain. Sebanyak 44 isu telah dimasukkan ke dalam Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara, untuk dipantau dan ditindak oleh kementerian dan agensi yang terlibat.


Semua ini membuktikan bahawa kerajaan hari ini bukan sahaja telus, malah bersedia memperbetul kelemahan yang diwarisi dan yang sedang berlaku. Ini berbeza dengan pendekatan sesetengah pihak sebelum ini yang cenderung menyembunyikan dapatan audit, atau menangguhkan pembentangan laporan penting di Parlimen.


Kerajaan Madani telah menetapkan prinsip bahawa integriti dan kebertanggungjawaban adalah asas dalam pentadbiran. Laporan audit bukanlah untuk dijadikan alat politik, sebaliknya menjadi panduan untuk penambahbaikan sistem dan tadbir urus negara.


Justeru, adalah tidak adil dan tidak bertanggungjawab untuk menuduh secara sembrono bahawa berlaku ketirisan RM48 bilion, apatah lagi jika ia berpaksikan kepada laporan yang telah diperjelaskan secara rasmi oleh Jabatan Audit Negara.


Sebagai rakyat yang mahu melihat negara ini maju dengan budaya politik yang lebih cerdik dan sihat, marilah kita berhujah dengan fakta, bukan persepsi. Kebenaran itu tidak perlu dihias dengan tuduhan  cukup sekadar diangkat dengan ketelusan dan tanggungjawab.



LEMBU SAPA LAK NI



 Ni semua kira lembu²  PAS ka ?




Profesional PAS yang selama ini auto bodo dah tak tahan nak kembali jadi...

ADAKAH MUKA MUKA TERDESAK NAK ANWAR TUMBANG???

 


Himpunan Honggaq Kedah : Penyokong Sanusi Tidak Menerima Kebebasan Bersu...

PALA HOTAK..KEH..KEH..KEH


 

Ketua Penjenayah Geng Samun, Pecah Rumah Mati Berbalas Tembakan

 


Keadaan ketua penjenayah yang ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan polis di Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2025. Foto tular

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Seorang penjenayah yang disyaki ketua geng samun rumah dan pusat perniagaan ditembak mati dalam Ops Api KL 3/2025 di Jalan Bukit Tunku di sini pada Rabu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus berkata, lelaki warga tempatan berusia 36 tahun itu mempunyai 44 rekod jenayah lampau yang membabitkan kes samun, jenayah kekerasan, dadah dan pecah rumah.

“Suspek bertindak agresif ketika pihak polis cuba memintas kereta BMW yang dipandunya bagi tujuan pemeriksaan.

Suspek bertindak agresif ketika pihak polis cuba memintas kereta BMW yang dipandunya bagi tujuan pemeriksaan.

“Suspek turut melepaskan tembakan ke arah polis sehingga memaksa tembakan balas dilepaskan bagi tujuan mempertahankan diri,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian di sini pada Rabu.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari.

Fadil berkata, pemeriksaan lanjut mendapati suspek memandu kenderaan BMW dengan menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Semakan lanjut mendapati tiada rekod dalam sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan kenderaan itu dipercayai diseludup masuk dari luar negara.

Keadaan ketua penjenayah yang ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan polis di Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2025. Foto tular

“Hasil pemeriksaan, kita turut merampas vest polis, sepucuk pistol jenis revolver yang dipercayai digunakan oleh penjenayah, serta beberapa peralatan pecah rumah dan dadah,” katanya.

Fadil menjelaskan, kumpulan tersebut dipercayai aktif melakukan jenayah sejak tahun lalu.

“Kumpulan penjenayah yang terdiri daripada belasan individu itu menyasarkan kediaman persendirian atau rumah yang mempunyai peti keselamatan, sebelum melarikan jongkong emas dan wang tunai.

“Pada masa ini, semua elemen JSJ di Kontinjen Kuala Lumpur, Selangor dan Perak sudah digerakkan bagi memburu serta mengesan saki-baki suspek,” katanya.



Kelantan pun buat program basmi kemiskinan, tak bercanggah dengan fitrah?


 

Kerajaan negeri Kelantan pun pernah mengadakan program pembasmian kemiskinan tegar walaupun seorang pemimpin Pas dari negeri itu mendakwa tindakan tersebut sebagai “bercanggah dengan naluri dan fitrah ketika Allah meciptakan manusia”.

Pensyarah Dr Abu Hafiz Salleh Hudin berkata, Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu pada 22 Jun 2022 telah menganjurkan Majlis Menandatangani Aku Janji Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia.“2025; MP Pas Pasir Puteh tegaskan penoktahan kemiskinan adalah langgar fitrah dicipta Allah SWT.

“Lawan hanya sebab beza parti?” tempelak pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu.

Sehubungan itu, ahli akademik itu berharap agar terdapat mana-mana institusi atau jabatan berkaitan Islam “melawan ucapan pelik lagi silap” daripada wakil rakyat Pas tersebut.

“Allah juga sediakan neraka untuk orang jahat. Jadi, tak boleh lawan kejahatan dan kemungkaran?! Kefahaman agama yang dangkal!” tegas Dr Abu Hafiz lagi menerusi platform hari ini.





Semalam, Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh mendakwa iltizam kerajaan untuk menokhtahkan kemiskinan tegar sebagai “bercanggah dengan naluri dan fitrah ketika Allah meciptakan manusia”.

Nik Zawawi yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas berkata, usaha Kerajaan Persekutuan itu tidak lebih sekadar sembang kosong kerana di mana-mana negara pasti ada kemiskinan.

“Saya rasa kadang-kadang agak terkejut apabila perkataan menokhtahkan kemiskinan. Istilah sebegini sebenarnya dia jadi sembang kosong.

“Dia bercanggah dengan naluri dan fitrah sebenar yang Allah cipta manusia. Mana-mana negara mesti ada kemiskinan.

“Kalau tidak ada faktor kemiskinan, faktor orang yang susah, nak bina Parlimen ini takkan terbina. Kerana buruh kasar mesti bekerja.

“Bangsawan dia mesti ada peranan dia,” hujah Nik Zawawi lagi sekaligus mengundang kecaman banyak pihak itu.






LEMAN RAJA LAWAK AKAN BERAKSI DALAM HONGGAQ


 

BUKA MULUT JA MUHONG


 

Himpunan desak Sanusi tunaikan janji oleh kumpulan penyokong Sanusi send...

KERAJAAN CARI PENYAMUN BEEBILLION DUIT NEGARA


 

Laporan polis berkaitan hakim yang tular: Ini pendirian kerajaan

 




Kerajaan tidak akan campurtangan terhadap laporan Majlis Peguam pada 26 Jun 2025 berkaitan campurtangan kehakiman yang melibatkan hakim kanan susulan laporan polis yang telah dibuat

Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan bahawa Perkara 125 (3A) Perlembagaan Pesekutuan memperuntukkan kuasa kepada Ketua Hakim Negara untuk merujuk sebarang pelanggaran etika seorang hakim mahkamah atasan kepada Jawatankuasa Etika Kehakiman yang ditubuhkan di bawah Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2010.

“Perkara 125 (3B) pula membolehkan penetapan kod etika bertulis bagi menetapkan piawaian tinggi kelakuan dan integriti hakim.

“Kerangka etika ini bertujuan bagi memastikan badan kehakiman bebas daripada pengaruh politik atau luaran, sekali gus menjamin keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

“Proses ini bermakna badan eksekutif dan badan legislatif tidak boleh campur tangan dalam isu etika kehakiman,” kata Azalina dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran).



Laporan polis oleh seorang hakim kanan Mahkamah Persekutuan mendakwa bahawa seorang ahli panel Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman kepada Hakim Mahkamah Persekutuan gagal menghormati integrity keakiman dan pernah memohon Ketua Hakim Negara membuat keputusan memihak suatu pihak.

Hakim kanan tersebut juga didakwa memohon Ketua Hakim Negara menukarkan seorang hakim Mahkamah Tinggi dari mengendalikan satu kes.




Implikasi Kekalahan Rayuan Bersatu

PM Anwar Terima Kunjungan Hormat Komander US INDOPACOM

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Commander of the United States Indo-Pacific Command (US INDOPACOM), Laksamana Samuel J. Paparo di Perdana Putra, Putrajaya pada 5 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 5 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Commander of the United States Indo-Pacific Command (US INDOPACOM), Laksamana Samuel J. Paparo di pejabatnya di Perdana Putra, di sini, tengah hari tadi.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri menyatakan pertemuan tersebut merupakan medan penting untuk terus memperkukuh persefahaman serta bertukar pandangan berhubung pelbagai isu serantau, khususnya dalam usaha memperhebat kerjasama pertahanan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Commander of the United States Indo-Pacific Command (US INDOPACOM), Laksamana Samuel J. Paparo di Perdana Putra, Putrajaya pada 5 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kami turut menyentuh komitmen berterusan Washington dalam memperkukuh kerjasama pertahanan dan diplomasi keselamatan di rantau ASEAN,” katanya.

Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar, Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Edward D. Kagan serta delegasi US INDOPACOM.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Commander of the United States Indo-Pacific Command (US INDOPACOM), Laksamana Samuel J. Paparo di Perdana Putra, Putrajaya pada 5 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Kunjungan hormat itu juga diadakan atas kapasiti Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 dan Paparo baru tiba dari Hawaii atas tugasan rasmi di sana.

Beberapa siri latihan ketenteraan diadakan di Lumut dan Kuala Kangsar, Perak melibatkan ATM, Tentera Marin AS dan Australia menerusi Eksesais Keris Strike 25 baru-baru ini.


Maruah Sekolah Pondok Dibela, Kerajaan MADANI Kembalikan Peruntukan

 

Keputusan Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengembalikan peruntukan sekolah pondok dan sekolah agama rakyat sebenarnya mengembalikan maruah institusi berkenaan yang diinjak-injak kerajaan terdahulu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Maruah dan nasib sekolah pondok dan sekolah agama rakyat dibela semula sejak Kerajaan MADANI mengembalikan peruntukan kepada dua institusi agama itu sebagai benteng keilmuan agama Islam sebaik mengambil kuasa pada November 2022.

Peruntukan yang dibatalkan kerajaan terdahulu sebenarnya serba-sedikit memberi kesan kepada prestasi dan perkembangan institusi itu namun Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan MADANI komited untuk terus menambah baik keperluan yang terabai selama ini.

Perdana Menteri menegaskan perkara itu ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 5 Ogos 2025. Foto Jabatan Penerangan

Menurut Perdana Menteri, komitmen itu bagi memastikan institusi pendidikan berkenaan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara kerana jurang kemudahan antara institusi pondok dan sekolah kebangsaan masih besar.

“Saya bertemu guru-guru pondok yang mengeluh kerana sebelum ini, pemimpin mereka sekarang iaitu kumpulan SG4 (State Government 4) telah membatalkan semua peruntukan kepada sekolah agama rakyat. Saya tidak bersetuju dengan tindakan itu

“Sebab itu pada 2022, kita kembalikan semua peruntukan tersebut kepada sekolah agama rakyat, oleh kerajaan MADANI yang dituduh ‘zalim’ sedangkan mereka yang disanjung dan dipuja yang membatalkan,” katanya.

Anwar juga mempersoalkan tindakan negeri-negeri pembangkang menaikkan tarif air walaupun bidang kuasa berkaitan air terletak di tangan mereka sedangkan kerajaan MADANI dituduh zalim kerana melakukan pelarasan tarif elektrik yang lebih menjimatkan.

Beliau turut menegaskan peruntukan kepada Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah sebenarnya telah bertambah berbanding semasa pentadbiran pembangkang di peringkat Persekutuan sebelum ini.

Kerajaan juga menyokong penuh usaha menjadikan Sarawak sebagai hab tenaga serta menyokong pembangunan ekonomi biru di Sabah untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi kedua-dua negeri tersebut.

SOKONG LAGI..PADAN MUKA HANGPA..KIOK..


 

KALAU BAGI DULU...DAH LAMA TARIK LETRIK NAIK. TU PUN DOK BENGGONG LAGI NAK SOKONG.AKAI TAK DAK.NASIB BAIK MELINGKUP HABIS.


 

KENAPA KENAPA KENA BELI DARI BOIENG


 

AWAT BUTA PERUT SANGAT AMBIK DIA NI?

Mukhlis Eddie




 Macam sial. Kementerian tak tahu ke mamat ni walaun karat hijau? Dia ada cable power kot dalam kementerian.




SAYA DIKATAKAN ZALIM, BILA PERUNTUKAN PADA SEKOLAH AGAMA DIBANTU SEMULA. YANG BATAL PUJAAN HATI NEGERI PAS. AKAI TAK DK


 

PRESIDEN TRUMP UCAP TAHNIAH ATAS USAHA PM ANWAR DAMAIKAN PIHAK TERLIBAT


 

PASAL APA NAK ANWAR TURUN?INI YANG KAKITANGAN DAN RAKYAT DAPAT


 

MENANG HARI INI MINYAK TURUN..TAPI AYAQ NAIK..KIOK


 

KEH..KEH ..KEH...LEBAI LEBAI

 Ustaz Ridzuan


Gambar 1 : Komen dari FB atas nama Cikgu Sukarno . 





Gambar 2 : Senarai AJK Dewan Ulama PAS Kedah, yang dalam bulatan أستاذ سوكرنو عبدالحميد . 


Adakah orang yang sama ? Kalau sama, kira kemaih la, ulama boleh tentukan siapakah 'yahudi berbaju melayu'. 


Nak ulas karya ilmiah yang lain tak jumpa... Pakai ulas 'karya' komen macam ni dah la 😃😄



AIKKK DIN...JANGAN MUDAH LUPA. HANG NAK MUHONG WALAUN OK LAGI.