PENGUNDI BERBANGSA INDIA TOLAK PN


 

LAUNGAN REFOMASI !!MOMENT TERBAIK DSAI SAMPAI SALAH MASUK KERETA


LAUNGAN REFOMASI !!MOMENT TERBAIK DSAI SAMPAI SALAH MASUK KERETA

((PANAS)) DATO ZAHARIN BALUN MUHYIDDIN & NAJIB: ISU "BODOH" KAN SHAHRIR ...


((PANAS)) DATO ZAHARIN BALUN MUHYIDDIN & NAJIB: ISU MUHYIDDIN "BODOH" KAN SHAHRIR NAJIB JADI PUNCA UMNO KALAH DI MELAKA? SILA SUPPORT SUBSCRIBE MABA CHANNEL. SILA SUBSCRIBE LINK DIBAWAH https://bit.ly/2R38Uhk

VIRAL!! PRN MELAKA - BIAR PASIR BERBICARA - OLEH MILO SUAM

CERITA POSTER DI PRN MELAKA


Khairul Bahri

May be an image of 4 people, tree and road


Apa  yang paling menarik PRN Melaka kali ini adalah perang poster. Poster dari Harapan lebih segar dengan penceritaan dalam gambar yang memberi makna. Setiap poster calon bertanding diberikan nafas baru dengan naratif yang sesuai untuk setiap kawasan bertanding.

Tahniah Harapan. Manakala poster dari BN masih belum berubah, tapi poster dari BN lebih baik dari poster yang dinukilkan oleh team PN.
Setiap ceruk simpang jalan yang ada hanyalah poster "Abah". Nak jumpa poster calon PN sangat sukar. Malah ramai yang belum kenal calon PN di kawasan mengundi mereka. Seolah olah Abah yang bertanding di seluruh negeri Melaka. Memualkan!

IKTIBAR PERGADUHAN UMNO/PAS YANG LEBIH DAHSYAT DARIPADA GADUHNYA KUCING DENGAN ANJING

 

Sekarang ini, setiap hari dan sepanjang masa, ada saja berlaku perbalahan dan pergaduhan antara pemimpin UMNO dengan pemimpin Bersatu.

Mereka bertelagah dan bergasak sesama sendiri seolah-olah itulah kerja utama dan perjuangan yang diutamakan sehingga pantang ada isu dan tercuit sikit, di situlah mereka akan berlaga dan bertelagah secara terbuka.

Kadangkala pula, oleh kerana tiada isu, sengaja dicari-cari isu agar boleh melepaskan rasa ketagih bergaduh itu.

Kalau selama ini kita tahu cuma anjing dan kucing saja yang sering bergaduh sehingga ada kata umpama mengenainya, kini sebenarnya bergaduh antara UMNO dan Bersatu jauh lebih dahsyat lagi.

Agaknya anjing dan kucing pun sekarang sudah ada yang senyum dan ketawa sinis sesama mereka melihat gelagat pemimpin UMNO dan Bersatu yang tak henti-henti bergaduh itu.

Dengan ini juga, perumpamaan seperti anjing dengan kucing untuk mengibaratkan mereka yang suka bergaduh sudah tidak sesuai lagi digunakan sekarang ini dan harus ditukar kepada umpama UMNO dengan Bersatu pula.

Sejak bersama dalam kerajaan pusat setelah berpakat mengkhianati mandat rakyat bermula Mac 2020, bergaduh dan bergasak sesama sendiri adalah pengisian masa oleh pemimpin UMNO dan Bersatu.

Tidak cukup dengan menjatuhkan Perdana Menteri dan Menteri Besar, pergaduhan UMNO dengan Bersatu itu tambah memuncak lagi dalam PRN Melaka ini.

Ingatkan setelah berjaya menjatuhkan Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri, tiada lagi perbalahan antara mereka kerana Ismail Sabri Yaakob yang dipilih jadi pengganti adalah pilihan bersama mereka.

Walau pernah berikrar untuk sama-sama mengutamakan memerangi Covid19, yang terbukti sudahnya ialah asyik berperang sesama sendiri berebut kuasa.

Dalam PRN Melaka ini, meski puncanya ialah UMNO menjatuhkan kerajaan UMNO, tetapi akhirnya yang berlaku ialah permusuhan yang semakin ketara antara kedua-dua parti itu.

Mereka bergaduh dan saling serang-menyerang dalam kempen, bahkan sudah mula ternampak tanda-tanda ia akan terus berlarutan selepas keputusan diumumkan nanti.

Sama ada BN atau PN yang menang atau jika kedua-duanya kecundang, tidak ternampak kemungkinan ada jalan damai yang tenang.

Bahkan dipercayai, selepas 20 November nanti, pergaduhan dan perbalahan itu akan tambah semarak dan serius lagi.

Yang parah dan derita akhirnya sudah pastilah rakyat juga kerana selagi mereka bergaduh dan berbalah, selagi itulah mereka makin kuat mementingkan diri dan kelompok sendiri.

Membela rakyat sudah jadi matlamat yang diketepikan sama sekali.

Yang mudahnya, baik PN dan BN yang ditunjangi Bersatu serta UMNO, kedua-duanya tidak harus dibiarkan lagi memiliki kuasa, baik secara sendirian atau bersama, di mana-mana negeri atau di peringkat pusat.

Kelakuan mereka sejak Mac 2020 adalah pengajaran paling berguna yang menunjukkan semua mereka bukan saja parasit atau makhluk perosak, tetapi juga toksik yang boleh membinasakan.

Makin hari kelakuan mereka makin parah dan makin merosakkan dengan keutamaan lebih kepada diri sendiri, jawatan dan semata-mata habuan.

Meski ramai yang tidak ragu-ragu mengatakan semua ini adalah bala Tuhan sebagai balasan kerana bersikap khianat terhadap mandat rakyat, apakah kita mahu terus menjadi golongan yang tidak mahu berfikir dan ingin terus memberi mereka kuasa? 


 ShahbudinHusin 15/11/2021.


VIDEO : INIKAH YANG NAK DIJADIKAN CONTOH ? DIA TAK FAHAM BAHASA INGGERIS..DIA MARAH PADA WARTAWAN..KAH..KAH...BODO PUNYA LEBAI


[VIDEO] Panas! Menteri Agama koyak disoal wartawan isu judi

[VIDEO] Panas! Menteri Agama koyak disoal wartawan isu judi

Video Play

 Wartawan tanya elok-elok. Jawab la elok-elok.

Wartawan tanya elok-elok. Jawab la elok-elok...JANGAN TUNJUK BODO...

Kalau nak minta soalan ditanya dalam Bahasa Melayu, bagitahu elok-elok. Ini jawab serupa walaun nak bergaduh dalam fb je gayanya.



Panas! Zolkharnain sekolahkan Sanusi isu tutup premis judi

 

Panas! Zolkharnain sekolahkan Sanusi isu tutup premis judi


1. Nak tutup semua premis judi di Kedah bagus. Cuma tak perlu sebut, “Pi Penang” sebab di Perak juga berlambak premis judi. Selama Kedah sempadan Selama Perak.

2. Mengubah suatu mungkar perlu dipastikan tidak wujud suatu mungkar baru yang lebih besar. Ubahlah dengan fiqh, bukan dengan “pehhh…”.

3. Melaksanakan tuntutan agama ada seninya. Antara seninya ialah maqasid syari’ah. Tutup premis judi tanpa seni menjejaskan kehidupan yang harmoni.

4. Elok fokus kepada mendidik rakyat membenci judi. Premis judi pasti “tertutup sendiri” dengan kesedaran tentang mudaratnya melalui pendidikan.

5. Aktiviti judi menimbulkan permusuhan. Menutup premisnya akan menimbulkan perdamaian. Jika tutup premis menimbulkan permusuhan, tentu cara tutupnya tak betul.

6. Islam agama yang indah. Jika sesuatu perkara dibuat atas nama Islam, natijahnya pasti indah. Jika natijahnya buruk, itu bukan daripada Islam tapi daripada “aktiviti selam-selam”.

7. Mendidik bukan sekadar memberitahu orang ramai judi haram dalam khutbah atau kuliah. Tapi menyediakan alternatif kepada judi iaitu peluang pendapatan yang lebih lumayan.

8. Terlibat dengan judi didorong oleh pelbagai faktor. Antara faktornya ialah ketagih. Orang ketagih boleh buat perkara di luar dugaan. Jangan sampai hal ini berlaku. Hati-hati.

9. Pihak yang untung paling besar dalam industri judi adalah taukeh judi. Jangan lupa, taukeh judi bukan macam taukeh kedai runcit. Dehem taukeh judi dengungnya seantero alam.

10. Urusan politik terikat dengan maslahah. Pertimbangkan maslahah dan mafsadah kepada umum dengan masak. Jangan terhitam wajah agama kerana kegelojohan orang politiknya.

olkharnain Abidin Al-Abyadhi
8 hours ago

PANDANGAN UNTUK SANUSI

1. Nak tutup semua premis judi di Kedah bagus. Cuma tak perlu sebut, "Pi Penang" sebab di Perak juga berlambak premis judi. Selama Kedah sempadan Selama Perak.

2. Mengubah suatu mungkar perlu dipastikan tidak wujud suatu mungkar baru yang lebih besar. Ubahlah dengan fiqh, bukan dengan "pehhh...".

...See more
384
41
35


kah..kah...kah...kita gelak ramai ramai : Isu tunggakan gaji pasukan Kedah: TMJ sekolahkan Sanusi

 


Isu tunggakan gaji pasukan Kedah: TMJ sekolahkan Sanusi

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris hari ini kelihatan membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Bola Sepak Kedah (KFA), Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor yang baru-baru ini telah menjawab kenyataan oleh baginda sendiri.

Sebelum ini, Tunku ada menyatakan bahawa isu seperti tunggakan gaji ini haruslah diselesaikan dengan berhemah dan bukan sahaja ketika pasukan perlu menghadapi perlawanan penting seperti ketika bertemu pasukannya setelah pasukan Kedah diundi menentang pasukan kendalian Benjamin Mora pada peringkat suku akhir ini.

Memetik portal Makanbola, kenyataan balas yang diberikan oleh Sanusi itu seperti tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat Tunku Ismail berkaitan isu gaji pemain Kedah. Ini kerana masalah gaji dalam pasukan Kedah tidak berlaku setiap bulan dan teguran Tunku Ismail itu disifatkan Sanusi sebagai ‘tidak tepat’.

Oleh yang demikian, dalam satu hantaran story di laman rasmi Instagram baginda hari ini, Tunku telah memaparkan bahawa beliau telah menghubungi Presiden Kedah itu secara terus setelah isu ini seakan berlarutan.

Namun begitu, baginda ada menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan oleh pengurusan Kedah yang segera melunaskan gaji para pemain sebelum sepak mula berlangsung.

‘Salam Dato. Gaji dah bayar? Bagus.’

‘Kebajikan pemain atau rakyat harus kita jaga. Well done.’

Baginda turut sempat mengusik Dato’ Sanusi untuk sentiasa menjaga kesihatan dan dirinya sambil menawarkan khidmat jika beliau memerlukan seseorang untuk membantu menguruskan diet dan sedia membantu jika diperlukan.

Hrhcrownprinceofjohor


VIDEO PENDEK PRN MELAKA : KERAJAAN MACAMARBA BULI WARTAWAN








Buli wartawan, kumpulan advokasi media bidas PAS



NUJ dan GERAMM menzahirkan kekecewaan terhadap reaksi dua pemimpin PAS terhadap soalan wartawan.

PETALING JAYA: Beberapa kumpulan advokasi media dan ahli politik membidas dua pemimpin PAS, termasuk seorang menteri, kerana bersikap bermusuh terhadap wartawan FMT yang hanya menjalankan tugasnya.

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Farah Marshita Abdul Patah berkata, kesatuan itu tidak berpuas hati dengan tindakan beberapa pemimpin dan ahli politik seperti kedua-dua individu berkenaan, yang “membuli wartawan ketika menjalankan tugas”.

“Harus diingat tugas wartawan, selain bertanyakan soalan bagi menyalurkan maklumat kepada orang ramai, kami juga mempunyai peranan dalam memastikan berlakunya semak dan imbang dalam pentadbiran negara/negeri/politik,” katanya dalam kenyataan.

FMT sebelum ini melaporkan dua pemimpin PAS, iaitu Idris Ahmad dan Awang Hashim, dilihat “mengasak” seorang wartawannya yang menyoal isu penutupan kedai nombor ekor oleh kerajaan pimpinan parti itu di Kedah.

Idris, Naib Presiden PAS dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), menyoal sama ada wartawan Minderjeet Kaur boleh menerima jika suaminya “kaki judi”.

Manakala Awang, yang juga Ahli Parlimen Pendang dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, mendesak wartawan berkenaan supaya bertanyakan soalan dalam Bahasa Malaysia.

Farah berkata, soalan yang diajukan oleh wartawan perlu diterima dengan minda yang terbuka.

“Sekiranya anda gagal menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan, ia memberi maksud bahawa langkah/pelaksanaan yang diambil tidak difikirkan matang-matang,” katanya.

“Jangan salahkan orang yang bertanya, jika anda tidak mempunyai jawapan kepada soalan kami. Jangan cuba untuk mengalihkan soalan dengan menyerang kekurangan orang lain.”

Beliau turut mengingatkan agar tidak menggunakan kuasa untuk membuli, terutamanya terhadap wanita.

Sementara itu, Gerakan Media Merdeka (GERAMM) turut meluahkan rasa kesal mengenai reaksi kedua-dua pemimpin PAS itu terhadap soalan Minderjeet.

“Bukan sahaja tidak menjawab soalan yang diajukan, portal Free Malaysia Today melaporkan wartawan mereka yang ditugaskan membuat liputan pelancaran manifesto PN (Perikatan Nasional) di Shah Alam disoal kembali oleh Naib Presiden PAS Idris Ahmad sama ada dia boleh menerima sekiranya suaminya seorang ‘kaki judi’.”

GERAMM berkata, tindakan kedua-dua pemimpin parti Islam itu, terutamanya sebagai sebahagian daripada kerajaan, tidak boleh diterima.

Katanya, setiap wartawan mempunyai tanggungjawab dan hak untuk bertanya tentang sebarang isu, dan pihak yang ditanya juga berhak untuk tidak memberi sebarang komen. 

Mengenai tindakan Awang menyoal sama ada wartawan berkenaan rakyat Malaysia atau bukan, hanya kerana beliau bertanyakan soalan dalam Bahasa Inggeris, GERAMM berkata: “Tidak ada alasan untuk menyerang wartawan secara peribadi hanya kerana tidak bersedia untuk menjawab.”

“Respon yang diberi jelas menunjukkan sikap tidak menghormati kerjaya wartawan dan juga wanita yang mungkin dilihat sebagai mudah dibuli.”

Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah menggesa tindakan diambil terhadap dua pemimpin PAS itu, dengan mencadangkan penggantungan tugas atau penolakan gaji mereka.

“Perlu ada tindakan tegas terhadap kedua-dua mereka untuk dijadikan contoh. Adakah ini kualiti individu yang Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kekalkan dalam Jemaah Menterinya? Memalukan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menggesa kedua-dua pemimpin PAS itu untuk turut mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka kepada wartawan terbabit dan “berjanji tidak akan mengulangi kesalahan ini”.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia, katanya, perlu mendidik menteri dan timbalan menteri mengenai dekorum media bagi mengelak kejadian seperti ini berulang.

“Memandangkan Menteri Komunikasi Annuar Musa adalah penyokong fraterniti media, beliau harus menjadikan warisannya untuk merealisasikan majlis media yang telah lama dirancang bagi melindungi hak wartawan,” katanya.

Bekas Ahli Parlimen PKR Balik Pulau Yusmadi Yusoff juga bercakap mengenai isu ini di laman Facebook, menggesa kedua-dua pemimpin PAS itu memohon maaf kepada wartawan itu.

Katanya, pemimpin PAS terbabit sepatutnya mengambil peluang ini untuk memberi penjelasan, bukan menakut-nakutkan wartawan yang hanya menjalankan tugasnya.

“Peranan media dalam sistem demokrasi adalah sama penting, dan tidak keterlaluan saya katakan menjadi lebih penting dalam sebuah negara yang semi-autoritarian seperti Malaysia,” katanya.

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : CALON PKR SERAHKAN KEPADA RAKYAT MENILAI


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : SAMBUTAN HANGAT TERHADAP DSAI


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : BAGI AMBIK , UNDI SORRY


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : ORANG INI KUTUK PEMIMPIN PAS CAKAP TAK SERUPA BIKIN ISU ARAK TIMAH


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : JANGAN REMEHKAN KEUPAYAAN ORANG MELAKA




 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : ZAHRAIN KATA MN MACAM ORANG KENA COVID


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : RAKYAT KEDAH KETAWAKAN SANUSI : Disoal langkah Kedah haram kedai nombor ekor, 2 pemimpin PAS ‘asak’ wartawan FMT








Disoal langkah Kedah haram kedai nombor ekor, 2 pemimpin PAS ‘asak’ wartawan FMT



Pemimpin PAS Idris Ahmad dan Awang Hashim ‘kurang senang’ apabila ditanya wartawan mengenai tindakan kerajaan Kedah mengharamkan kedai nombor ekor di negeri itu.

PETALING JAYA: Dua pemimpin PAS, Idris Ahmad dan Awang Hashim, dilihat “mengasak” seorang wartawan FMT yang menyoal isu penutupan kedai nombor ekor oleh kerajaan pimpinan parti itu di Kedah.

Idris adalah Naib Presiden PAS dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) manakala Awang Hashim adalah Ahli Parlimen Pendang dan Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Apabila ditanya oleh wartawan Minderjeet Kaur mengenai rasa khuatir kalangan masyarakat terhadap keputusan Kedah itu, Idris menyoal sama ada beliau (Minderjeet) boleh menerima jika suaminya “kaki judi”.

Manakala, Awang mahu tahu sama ada Minderjeet warga Malaysia selepas menegurnya kerana bertanya soalan dalam Bahasa Inggeris.

“Asakan” dua pemimpin PAS itu menyusul setelah Minderjeet meminta penjelasan Idris mengenai keputusan kerajaan Kedah tidak lagi memperbaharui lesen perniagaan kedai nombor ekor.

Idris mendakwa “semua orang termasuk Muslim dan bukan Muslim tidak setuju dengan judi”.

Apabila ditanya oleh Minderjeet bagaimana menteri itu pasti dengan kenyataannya itu, Idris berkata langkah seperti di Kedah sudah dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu yang mana ia diterima baik oleh masyarakat bukan Muslim di sana.

Ketika Minderjeet bertanya rasa khuatir kalangan orang ramai jika penutupan kedai nombor ekor diperluaskan ke negeri lain, Awang mencelah dan menegur wartawan itu.

Awang: You tanya Bahasa Melayu lah, you are Malaysian or not? (Awak warga Malaysia atau tidak?).

Minderjeet: I am a Malaysian certainly, (sudah tentu saya warga Malaysia).

Awang: You cakap Bahasa Melayulah.

Minderjeet: Please don’t do that to me (tolong jangan layan saya sedemikian).

Awang: You also proper ask the question, you know. You want me to respect you, you must respect us first…you cakap Melayu boleh tak? (Anda pun kena tanya soalan cara baik, tahu tak. Anda mahu saya hormati anda tapi anda kena hormat kami dulu).

Seterusnya, apabila Minderjeet sekali lagi bertanya Idris mengenai rasa khuatir pihak tertentu atas tindakan diambil di Kedah, beliau membalas balik dengan soalan berikut.

Idris: You setuju ke kalau suami you kaki judi? I tanya you dulu.

Minderjeet: It is not about my family (Ini bukan pasal keluarga saya).

Idris: You kena jawab my question dulu. Okay, itu cukuplah.

Wawancara itu diadakan selepas majlis pelancaran manifesto Perikatan Nasional (PN) oleh Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin petang tadi yang dihadiri Idris dan Awang.

Minderjeet, wartawan veteran FMT ditugaskan membuat liputan acara itu.

Petang tadi, pemimpin MCA dan MIC senada menegur Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor susulan tindakannya mengharamkan kedai nombor ekor beroperasi di negeri itu.

Naib Presiden MIC, T Mohan, menyifatkan Sanusi tidak menghormati bangsa lain di negeri itu, dan mencari publisiti murahan.

“Saya lihat (tindakan Sanusi) tidak logik. Kadang-kadang Menteri Besar Kedah ini suka publisiti murahan. Nak publisiti, (Sanusi) biasa buat macam itu nak dapatkan sokongan,” katanya kepada FMT.

Setiausaha Agung MCA, Choon Sin Woon, berkata tindakan Sanusi itu memberi mesej salah kepada masyarakat majmuk di negara ini.

“Saya fikir mana-mana kerajaan di negara ini harus mengakui dan menghormati kepelbagaian budaya. Apa yang harus kita pertahankan ialah kebebasan dan pilihan oleh rakyat untuk hidup dengan cara yang mereka pilih,” katanya.

Sebelum itu, Sanusi mengumumkan kerajaan Kedah tidak akan memperbaharui lesen perniagaan kedai nombor ekor dalam usaha menjadikan negeri itu bebas aktiviti perjudian.

Sanusi berkata, aktiviti perjudian menyebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan dan tamadun, selain masalah hutang.

Beliau berkata, penjualan minuman keras di semua premis juga akan dihadkan, khususnya kawasan luar bandar yang tiada permintaan.

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : DAH RAMAI PIMPINAN PAS MAKAN SAMAN- KALI NI KITA BAGI PELUANG MAMAT NI PULA MAKAN SAMAN YA...




PH ‘promosi’ ideologi komunis, AJK PAS Pusat beritahu pengundi Melaka




Kamaruzaman Mohamad berkata, PH tidak boleh diberikan mandat untuk berkuasa semula kerana rekod lampaunya yang teruk.(Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad membuat kejutan apabila mendakwa Pakatan Harapan (PH) membawa ideologi komunis dan tidak harus diberi mandat untuk kembali berkuasa.

Beliau berkata, pengundi di Melaka harus menolak gabungan pembangkang itu atas rekod lalunya seperti mahu meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan “mempromosi” ideologi komunis.

“Statut Rom, ICERD, ideologi komunis…dosa besar (PH) yang tidak boleh dimaafkan.

“Kita begitu terkesan dengan keganasan komunis, tiba-tiba PH promosi ideologi komunis sebagai perjuangan negara. Ini jenayah besar,” katanya pada ceramah Perikatan Nasional (PN) malam tadi di Melaka.

Ceramah itu disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook PAS.

Pilihan raya negeri Melaka akan diadakan pada 20 Nov ini. PAS bertanding atas tiket PN dan terbabit dalam saingan pelbagai penjuru dengan PH dan Umno-Barisan Nasional.

PH menggabungkan PKR, Amanah dan DAP yang kerap disifatkan oleh pemimpin PAS sebagai parti pelampau, sungguhpun mereka pernah bekerjasama di bawah payung Pakatan Rakyat sebelum ini.

Dalam pada itu, Kamaruzaman juga mendakwa apabila PH memerintah Putrajaya selepas memenangi pilihan raya umum lalu, banyak kes mahkamah berprofil tinggi juga telah ditutup.

“Terbentang satu pilihan jelas dengan PH yang mempunyai “track record” teruk.

“PAS pernah berkawan dengan DAP, PKR dan kami kenal siapa DAP dan PKR. Dengan Umno kita pernah berkawan dan belum putus lagi dengan Umno,” katanya.

HABUAN BUAT PENGAMPOOO- www.zunar.my


 

HANYA PENYOKONG SENDIRI SAHAJ YANG MEMUJA MEREKA

Classic propaganda of white washing. Bagi pengundi yang cerdik this is simply an OXYMORON.
Inilah pemimpin yang terus2 brainwash orang ramai, ia bukan sejenis salah guna kuasa kalau derma Raja Arab masuk akaun sendiri. Dan boleh belanja untuk anak dan isteri.
Pada mereka, tidak mengapa salah guna kuasa untuk mengayakan anak2 dan keluarga. Tidak mengapa pemimpin ambil wang dari orang lain untuk letak dalam Yayasan. Boleh dia belanja habis2an.
Rosak generasi muda kalau ini yang dipropagandakan. Kalau ada yang angkat pemimpin ini lagi sebagai idola, bayangkan generasi anak2 kita.
Ini yang akan jadi ikutan.
Yang saya hairan, mana pemimpin BN yang lain? Takkan taknak bersuara parti di hijack sebegini. Mana maruah Melayu yang dijaja selama ini.
Takpun mereka ini semua dipandang suci oleh ahli Parti sendiri?
Saya tunggu seoarang ahli UMNO yang jadi maverick dan habis2an melawan mereka ini. Flush out semua pemimpin haprak dari UMNO. Bersihkan parti kembali.
Kalau ini yang terjadi, dia ini yang saya akan undi untuk jadi Perdana Menteri.


May be an image of 4 people and text that says "BN Bersama Kami Lawan RASUAH! UNDILAH BARISAN NASIONAL DAHULUKAN RAKYAT"


LIYANA MARZUKI

'Kempen dengan rendah diri, bijaksana, pengundi akan terima' - Anwar

 

Dalam kesibukan 'kempen bertanya khabar' dalam Pilihan Raya Negeri Melaka, Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat berdialog bersama calon-calon muda Pakatan Harapan, pagi tadi.


Dalam pertemuan yang dimoderatorkan oleh ikon anak muda, Adam Adli Abdul Halim itu, Anwar memberikan beberapa tips penting untuk mendekati pengundi di Melaka, terutamanya orang Melayu yang dimaklumi alergi terhadap DAP.


Tegas Anwar, pendekatan yang perlu diambil terhadap pengundi Melayu terutama di luar bandar adalah bersikap merendah diri dan bijaksana melayani mereka.


"Saya dalam perjumpaan dengan calon-calon semalam, bersama Guan Eng dan Mat Sabu di kawasan (DUN) DAP, Amanah dan KEADILAN kita pesan kepada calon mesti ada 12 - 13 program satu hari. Kalau calon ada 4 - 5 program satu hari kita suruh dia cuti, kerana mesti terus menyantuni rakyat.


"Calon perlu turun dengan sikap sabar dan merendah diri. Tak peduli orang pakai baju Pas, BN atau PN, kalau kita masuk restoran kita mesti menyantuni semua.


"Kita tunjukkan sikap yang berbeza dengan mereka. Satu perkara penting dalam semangat demokrasi, jangan ada sikap angkuh. Kita lebih tahu daripada pengundi. Mesti ada tawaduk menerima rakyat ada kebijaksanaan.


"Dia tahu apa yang salah, apa yang benar. Cuma kadang kadang dia tak yakin atau anggap orang politik sama sahaja


"Ada yang tanya mengapa kita cuba berkali kali tetapi ada kawasan tidak ditembusi. Itu kerana kita belum pandai. Kita belum ada keupayaan, kebijaksanaan untuk menyantuni mereka," kata Anwar.


Presiden KEADILAN itu turut menceritakan pengalamannya pertama kali bertanding dalam pilihan raya sewaktu berusia 31 tahun di Permatang Pauh.


Katanya, cara dan pembawaan calon bertemu pengundi amat penting, terutama pengundi muda yang belum banyak pengalaman politik.


Menurut Anwar, jika pergi ke kawasan kubu lawan perkara yang perlu diutamakan adalah bertanya masalah di kawasan tersebut dan tidak menekankan perlu undi parti mana.


"Semalam saya pergi ke kampung nelayan di Tanjung Bidara, kubu kuat Umno, dan saya diberitahu kawasan ini susah.


"Saya pergi, sambutan nelayan itu baik sekali. Saya tahu sentimen dia Umno tetapi kita ambil sikap, dia sahabat dan duduk sembang.

"Jangan nak cerita saya calon, minta sokongan. Tak bijak. Tanya dulu berapa generasi jadi nelayan? Ada tak tempat teduha, isu jeti dan sebagainya," ujar Anwar.


Begitu juga, tambah Ahli Parlimen Port Dickson itu, apabila ditanyakan mengapakah perlu bersama-sama DAP. Atau pengundi bawakan soalan perkauman dan sebagainya.


Calon sewajarnya menerangkan dengan bijak demografi kaum di Malaysia dan paling penting menerangkan perundingan sentiasa dilakukan bersama DAP dalam setiap perkara.


"Anti DAP itu terlalu lama (ditanamkan Umno). Jadi kalau ini dianggap tidak akan disoal, tak betul.


"Yang penting kita tunjuk keikhlasan. Tidak mudah (tanpa DAP) sebab base dia Cina bandar. (Masalah) nelayan kita perlu bawa. Jika dia (DAP) menolak begitu rupa, oklah kalau kita nak marah. Tetapi jika dia kata ok, dan akan bantu masyarakat nelayan, tak ada sebab (nak tolak).


"Cuma jangan bagi jawapan propaganda kerana kamu anggap mereka boleh diperbodohkan," katanya lagi.


Dialog tersebut menghimpunkan dua calon muda Amanah dan DAP di samping calon-calon muda dari KEADILAN.

 


MURAHNYA RAKYAT MELAKA RM 200 SAHAJA

 May be an image of 2 people and text that says "MALAYSIA MD dateline & HOME BERITA VIDEO RENCANA KO MUNYEON Menang, PN tawar RM200 'one off' untuk rakyat Melaka Oleh MALAYSIA DATELINE November 14 2021"

JOM LIHAT RASUAH- MALAYSIA MAKIN TERUK

 

JOM 



ZUL AZ


Ketika zaman PH, kerajaan komited menentang rasuah. Alhamdulillah, hasilnya skor persepsi rasuah kita naik 53 mata menjadikan Malaysia negara ke-51 paling bersih rasuah.

😘😘
Dapat pada kerajaan Melayu Isle, skor persepsi rasuah kita jatuh jadi 51mata dan Malaysia merudum jatuh ke tangga 57 sebagai negara bersih rasuah...maknanya rasuah naik semula laa di zaman PN dan lobai ni.🤦🏻‍♂️🤦🏻‍♂️
Dan kau expect Malaysia akan berjaya perangi rasuah dengan bantuan 4 ekor makhluk dari geng dacing tu?? Err...mungkin juga diiringi doa selamat dan tolak bala oleh lobai² Pas??
Buwekk!! Lupakan aje laa...🤮🤮