Timah:
Tidak setuju keputusan Kabinet Menteri Agama dicabar letak jawatan
Oleh NASUHA RAHMAN / November
15, 2021
Menteri Agama dari Pas
yang tegas tidak bersetuju dengan keputusan kabinet dalam isu arak Timah
dicabar untuk meletakan jawatan.
“Jika menteri agama
daripada parti agama tidak bersetuju dengan keputusan kabinet dalam isu Timah,
tunggu apa lagi, letak jawatanlah,” kata AJK AMANAH Nasional, Ustaz Zolkharnain
Abidin
Katanya, meletakkan
jawatan adalah konsep kebertanggungjawaban bersama dalam bekerajaan atau
berorganisasi kerana keputusan mesyuarat kabinet adalah keputusan semua
anggotanya.
“Andai menteri agama naik lompat
atas meja sekalipun ketika mesyuarat kabinet kerana tak bersetuju, apabila
keputusan telah ada, lompatan itu tak diambil kira,” kata beliau.
Beliau
berkata, menteri dikira tidak beretika apabila bercakap di media perkara yang
bercanggah dengan keputusan kabinet.
“Takkan
hal sebegini ada menteri yang tak faham. Menteri apa macam tu? Menteri cap
ayam?
“Ini
bukan isu aku setuju dengan keputusan kabinet, tapi ini isu etika. Jika menteri
tak setuju dengan keputusan kabinet, letak jawatan.
“Usah
melalut dalam media. Habis cerita. Ada bran?” soalnya.
Sebelum ini, Mufti Perlis Mohd
Asri Zainul Abidin turut meluahkan rasa kesal apabila kabinet kerajaan yang
terdiri daripada majoriti orang Islam masih tidak dapat menghalang penganut
Islam daripada terlibat dalam aktiviti berkaitan arak.
Menurut
Asri, isu itu seolah-olah kurang dipedulikan sedangkan hal yang patut menjadi
keutamaan tidak menjadi perhatian.
“Dukacita,
kabinet yang majoriti muslim gagal membuat keputusan menghalang orang muslim
terlibat dengan apa-apa aktiviti arak sama ada minum, angkat, juruwang dan
seumpamanya.
“Membincangkan
hal yang remeh, melupai hal yang besar,” ciapnya di Twitter.
Menteri
Agama Idris Ahmad yang juga Naib Presiden Pas menyatakan bantahan terhadap
pengeluaran arak tempatan jenama Timah meskipun Kabinet membenarkan penggunaan
nama itu di pasaran.
Pendirian
parti itu adalah jelas dan konsisten berkaitan minuman keras walau apa jenama
sekali pun.
Media
semalam melaporkan, kerajaan membenarkan syarikat pengeluar arak, Winepak
Corporation (M) Sdn. Bhd. terus menggunakan jenama Timah di pasaran.