Pelarasan Gaji Kakitangan Awam Naik 2013/2014 + Elaun Penjawat Awam (JPA + KSN)?
Pelarasan Gaji Kakitangan Awam: Berdasarkan laporan Berita Semasa pada 23 September 2013 (DI SINI),
masih ingat lagi? Mengenai pelarasan gaji kakitangan awam yang bakal
digunakan pada masa akan datang. Nah terbaru, Ketua Setiausaha Negara
(KSN) telah tampil memberikan kenyataan melibatkan maklumat awal
mengenai kajian pelarasan gaji kakitangan awam naik untuk kali ini….
Sampai bila gaji kakitangan awam tiada
tangga gaji? Sekarang ini, kalangan yang kakitangan kerajaan gunakan
adalah gaji minimum dan gaji maksimum (KLIK SINI SUMBERNYA) disebabkan masih tiada lagi skim gaji baru selepas pembatalan SBPA yang cukup KONTROVERSI (SEPERTI DI SINI).
Gaji Kakitangan Awam Naik : Kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN)
KLIK pada imej di bawah ini untuk paparan yang lebih jelas
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) :
Keratan akhbar yang Berita Semasa petik daripada Berita Harian di
halaman 16 menyentuh kajian pelarasan gaji kakitangan awam (minima)
supaya sepadan dengan kenaikan kos sara hidup melibatkan kalangan
penjawat awam.
Dan berdasarkan sumber yang Berita Semasa terima lagi :
- Akan ada kenaikan pangkat bagi orang-orang lama dalam penjawat awam. Jumlah yang agak besar juga yang terlibat
- Ada beberapa skim akan dijumudkan. Ada beratus-ratus jawatan juga dikhabarkan akan dihapuskan.
- Dijangka akan datang hanya ada kakitangan kontrak 3 bulan ke 3 bulan sahaja.
- Ada info lain yang ingin anda kongsikan?
Gaji Kakitangan Awam Naik VS Harapan Berita Semasa
Bagi Berita Semasa pembayaran COLA perlu
diperbanyakan kumpulan & kelompok sasaran. Apa yang berlaku
sekarang jurang pemberian antara penjawat awam yang di tinggal di ibu
kota dengan kampung terlalu kecil.
Selain itu, mana-mana pegawai kerajaan
yang tidak efisen, tidak amanah dalam menjalankan tugas harus ditamatkan
perkhidmatan dengan serta-merta supaya memberikan peluang kepada yang
lain.
Mana-mana kementerian yang bertindih patutnya digabungkan. Contohnya :
- Kementerian Pendidikan dengan KPT
- JKJR masuk JPJ ataupun JKR.
- PEMANDU dihapuskan. Tiada kredibiliti sepertimana yang disuarakan oleh laporan Ketua Audit Negara 2012
- Anda ada cadangan lain?
Mana-mana menteri yang dipilih rakyat
sahaja dibenarkan menikmati elaun menteri, menteri yang dipilih oleh
Najib Razak atas dasar yang Berita Semasa sendiri tidak pasti apa
motifnya, contohnya Shahrizat Jalil dan juga Samy Vellu tidak sepatutnya menikmati wang pembayar cukai rakyat Malaysia & dana negara. Sekaligus dapat menjimatkan lagi wang negara.
P/S : Walauapapun, apabila gaji
kakitangan awam naik, prestasi kerja pun mestilah seiring naik sama.
Insyaallah. Apa respon balas anda dengan kenyatan terbaru KSN kali ini?