NAJIB KO TAK MENJAWAB PERSOALAN RASUAH DAN INTRIGITI

 

Alhamdulillah selesai debat. Masa diperuntukkan sangat pendek. Aku rasa tak puas dengar jawapan DS Anwar. Tapi macam terlampau lama sangat pula untuk Najib. Melelong-lelong dia jawab.


Kesimpulannya, Najib KO. Banyak kali Najib tak menjawab persoalan yang dikemukakan. Dan cara berhujah Najib juga banyak teknik buang masa. Itu disebabkan Najib tiada hujah untuk diperbahaskan.


Bagi aku ini bukan debat sangat. Tapi kira oklah. Boleh tengok cara masing-masing jawab secara spontan. Jelas DS Anwar punya idea yang banyak manakala Najib berpusing-pusing pada isu yang sama, GST dan BR1M. Tiada idea nak bantu rakyat.


Soal GST, Najib kata nak besarkan kek. Supaya boleh bagi kepada rakyat. Sayangnya kek yang nak dibesarkan itu, tepungnya diambil dari dapur rakyat. Jadi rakyat diambil lebih sebelum diberi kurang.


DS Anwar menyebut tentang BR1M sebagai cara untuk memerangkap pengundi miskin supaya rasa terhutang budi dan kemudian terus menyokong. Itu memang cara politik yang tidak bermoral.


Benar kerajaan sepatutnya didik rakyat supaya bebas daripada kebergantungan terhadap bantuan kerajaan. Sepatutnya bantu rakyat bina ekonomi, bukan sibuk beri duit tapi dalam masa yang sama, ambil lebih banyak lagi dari rakyat.


Tiada apa yang mengejutkan. Memang dah diduga Najib takkan mampu mengatasi DS Anwar. Tiada satu pun hujah Najib yang meyakinkan malahan banyak soalan tak berjawab. Manakala DS Anwar balas semua dari Najib dengan bergaya.


Yang penting rakyat dapat melihat bagaimana DS Anwar seorang yang jelas pendiriannya terhadap keadilan sejagat dan kebajikan rakyat. Apa yang beliau perlihatkan nampak jelas keikhlasannya.


Sebab itu aku berharap DS Anwar dapat menjadi PM kita. Bukan kerana namanya DS Anwar. Tetapi kerana dalam diri DS Anwar itu mengalir darah yang tertera nama rakyat. Malah nadinya berdegup nada rakyat. Semoga jadi kenyataan. Guane boh?


 

Raja Gelap


[LANGSUNG] #DebatPerdana Dato’ Sri Najib Razak vs Dato’ Seri Anwar Ibrah...


Detik bersejarah selepas berpuluh tahun, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi pentas untuk berdebat berhubung isu Sapura Energy Bhd (SEB) dan isu melibatkan hala tuju negara. Ikuti video penuh #DebatNajibAnwar yang turut disiarkan secara langsung di semua platform Astro AWANI pada 12 Mei 2022, jam 9 malam.

HUSAM MUSA : LOJI MINI : Kutip Komisyen atau Selesai Masalah Air?

 LOJI MINI : Kutip Komisyen atau Selesai Masalah Air?

LOJI MINI pula.
1. Mula-mula kita lihat jumlah belanja bina LOJI MINI Aksb. Projek baru ni.
Laporan media pada 6 Mei 2020, Pengurus Besar AKSB, Dato’ Dr Ir Azuhan Mohamed memberitahu - sebanyak RM 40 juta diuntukkan untuk membina TUJUH LOJI MINI.
"Menurutnya loji mini tersebut akan dibina di Teluk Mesira, Jelawat, Wakaf Bharu, Kadok, Kedai Buloh, Meranti Baru dan Ketereh".
"Kita ada 18 loji rawatan air mini, tujuh daripadanya akan dibina melibatkan peruntukan RM30 juta dan kerajaan negeri tambah RM10 juta menjadi jumlah keseluruhan RM40 juta". (Ini petikan langsung dari berita dengan link di bawah. Takut-takut SUP MB tak faham apa saya tulis, seperti terbayang dari respon beliau kelmarin, pada tulisan saya terdahulu).
harakahdaily.net › 2020/05/06 › aksb-bina-18-loji-air-miniAKSB bina 18 loji air mini - HarakahDaily
Tidak dinyatakan berapakah tiap satu kos LOJI MINI itu.
Pada 7 Mac 2022 pula, YB Datuk Azami, Exco Air dan Pengerusi Aksb memberitahu media : sebanyak RM 49 juta diuntukkan untuk membina LAPAN LOJI MINI.
"Lapan lokasi loji mini tersebut adalah di Teluk Mesira, Ketereh, Jelawat, Wakaf Bharu, Kadok, Meranti, Kedai Buloh dan Telong". (Ini adalah petikan dari kata-kata YB Azami, dalam berita dengan link di bawah).
www.manis.fm › bina-8-loji-mini-baik-pulih-proses-rawatan-airBina 8 Loji Mini, Baik Pulih Proses Rawatan Air – Manisfm
Berdasarkan dua kenyataan media oleh dua Orang Besar Aksb ini, senarai LOJI MINI ini adalah sama untuk TUJUH BUAH.
Sebuah LOJI MINI baru yg diumum oleh YB Exco Air yg tak ada dalam senarai diumum Pengurus Besar Aksb hanya LOJI MINI TELONG.
Bilangan LOJI MINI bertambah satu dan peruntukan bertambah RM 9 juta.
ADAKAH KOSNYA NAIK ATAU DINAIKKAN?
Kalau naik, apa sebab naik?
Kalau dinaikkan, kita faham la sebabnya.
Salahkah kalau Aksb bersikap telus memberitahu Rakyat Kelantan kenapa berlaku perbezaan harga itu?
2. Tapi itu bukan tujuan utama posting saya kali ini.
Tujuan utama hari ini ada tiga.
Satu, adakah pelantikan kontraktor dibuat secara tender terbuka? Atau TENDER RUNDING?
Kedua, apa syarat kelayakan bagi kontraktor yg nak dilantik?
Ketiga, apa hasil pembinaan LOJI MINI itu?
Jangan LOJI SIAP, AIR TAK ADA - macam Loji Kg Telok menelan belanja RM 48.3 juta.
3. Bila dilakukan secara tender runding, apa jaminan kontraktor paling layak yg dipilih?
Nepotisma boleh berlaku. Macam-macam boleh berlaku, termasuk pengaturan rasuah.
Saya difahamkan salah satu LOJI MINI ini diberikan kepada sebuah syarikat yg tidak ada pengalaman membina LOJI RAWATAN AIR sebelum ini.
Bidang perniagaan utamanya adalah membuat alat pencuci.
Ikut syarat kontrak, kontaktor ini sepatutnya siapkan LOJI MINI ini pada April 2021, iaitu setahun yg lalu.
Ikut laporan, sehingga sekarang ia belum disiapkan.
Sedangkan satu lagi LOJI MINI di Ketereh yg diberikan pada kontraktor lain dan patut disiapkan pada September 2021, telah pun siap.
Eloklah Aksb keluarkan penjelasan tentang kelayakan tiap-tiap satu kontraktor yg dilantik.
4. Semakan sepintas saya ke atas EMPAT LOJI MINI yg sudah diluluskan, kos purata mengikut kapasiti pengeluaran bagi setiap satu juta liter air sehari adalah tidak sama.
Paling murah adalah kos untuk LOJI MINI TELUK MESIRA - RM 1.25 bagi setiap liter air sehari.
Paling mahal adalah kos untuk LOJI MINI MERANTI - RM 1.7 bagi setiap liter air sehari.
LOJI MINI MERANTI adalah paling terbaru diluluskan. Kosnya adalah sebanyak RM 10.2 juta untuk kapasiti sebanyak 6 juta liter air sehari.
Berbanding kos telaga besar Kg Telok, KOS PURATA LOJI MINI MERANTI LEBIH MAHAL SEDIKIT.
5. Saya tak pasti apa syarat SPAN untuk operator air seperti Aksb dalam hal ini.
Adakah Span mengizinkan amalan tender runding?
Span mungkin boleh memberikan penjelasan.
6. Sekarang kita masuk kepada apa hasil dari pembinaan loji-loji mini tersebut.
Sebelum itu, Aksb ada membuat kajian feasibiliti sebelum projek LOJI MINI ini dicadangkan?
Difahamkan LOJI MINI KETEREH yg telah pun siap pembinaannya tidak menambah apa-apa?
Baik kuantiti mahu pun kualiti kepada bekalan air Aksb?
Laporan Aksb tertulis begini :
"MASIH DALAM PEMANTAUAN AKSB BERKAITAN KESAN KEPADA PENCAPAIAN KUALITI DAN KUANTITI".
Betulkah? Penjelasan telus di alu kan.
Jangan sekali lagi, projek siap. Duit habis. Hasil kosong?
7. LOJI MINI TELUK MESIRA pula - isunya lebih menarik.
Staf Aksb sangat bimbang air yg disedut nanti berbau masam. Sejak dulu, air bawah tanah di Bacok disahkan berbau dan kandungan logamnya sangat tinggi. Menjadikan kos rawatan sangat tinggi. Dulu-dulu pun dah ada telaga dan tangki berkenaan, termasuk di Jelawat yg telah ditutup.
Ada kemungkinan, bila LOJI MINI TELUK MESIRA siap, air tetap tidak dapat dibekalkan kerana mutu airnya tidak memenuhi piawai.
Sama-sama lah kita tengok nanti.
Takut-takut terjadi seperti Loji Kg Telok. Kisahnya gah sebelum siap. Bila siap, ramai menikus.
Belanja baru mungkin kena dikeluarkan untuk bayar kontraktor baru atasi masalah kuantiti dan kualiti air. Walau pun projek dah siap.
Jadi macam baju raya yg sama, kena upah dua tukang jahit baru boleh siap. Tapi tak tentu boleh pakai.
8. Itu belum masuk kira kos penyelenggaraan LOJI MINI yg akan membebankan.
Mampukah Aksb menanggungnya dalam jangka panjang?
Atau projek-projek ini lebih berupa projek untuk kutip komisyen? (Kalau ia gagal mencapai hasil membekalkan air pada Rakyat dan kosnya lebih mahal).
Penjelasan masuk akal boleh menghapuskan keraguan. Ketelusan boleh menghasilkan hasil yg diharapkan.
9 Syawwal 1443H
10 Mei 2022
No photo description available.

DULU WALAUNCAI KEMAIN DOK MELALAK....SEKARANG DIAM MEMBISU..HA..HA


 

MELUKIS POSTER MONYET ISTANA DAN MENGARAH TEATER

 

Selain lukis poster badut-badut di parlimen dan monyet-monyet di istana, aku juga ada bikin teater pasal politik Malaysia.
Pementasan teater terbaru aku, "A Notional History" sedang berlangsung sekarang di Kunsten Festival Des Arts di Brussels, Belgium. Dalam documentary theater pasal sejarah dan politik Malaysia ni, dialog aku sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia. Mereka ada sediakan subtitles bahasa Inggeris, Perancis, dan Belanda. Ada 4 shows sampai hari Sabtu. Jemput datang kalau korang ada di Brussels.
May be an image of 3 people, people standing and text that says "RahmahPauzi Fahmi Reza .yKuhiri GKATAN BUKUTEKS OTA0 NATIONAL LICTAA A NOTIONAL HISTORY Mark Teh Five Arts Centre KualaLumpur NL, FR, EN theatre premiere Centre Culturel Jacques Franck 11—14.05.2022 English, Bahasa Malaysia 1h15|€18/€15 Director: Mark Teh Performers: Rahmah Pauzi, Fahmi Reza, Faiq Syazwan Kuhiri Production Design: Wong Tay Sy Lighting Media Design: Syamsul Azhar Stage eManage AlisonKhor| Khor| Surtitles and translation: Babel Subtitling Production: June Tan Executive Production: Centre (Malaysia) STENFESTIVALDESARTS"

APA GAMBAR NI TUNJUK?

 

Anak MP., Sebelum ni dapat rider
May be an image of 3 people, beard, people sitting and indoor

SEBELUM DAN SELEPAS DEBAT...KAH..KAH...KAH