Esok adalah hari yang akan menentukan sama ada UMno Pulau pinang akan hadir debat sebagaimana yang di tuduh mereka bahawa kerajaan pakatan rakyat mengabaikan orang Melayu.
Semuanya akan terjawab malam esok.
Manakala sambutan Pakatan Rakyat dan program yang di aturkan pada hari ini mendapat sambutan yang menggalakkan.Di Permatang Pauh program Qaryiah Pengkalan Tambang Permatang Pasir di hadiri warga setempat dalam pameran,nyanyian,sukan dan berbagai acara gubahan, memasak,di mana YB Sallehman hadir untuk program menyampaikan hadiah kepada pemenang
Di dewan Yayasan Aman Penanti pula acara karnival kesihatan di jalankan dengan kempen derma darah, pemeriksaan kesihatan percuma turut di adakan.Sementara itu sambutan 2 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat turut di sambut dengan ceramah penerangan yang akan di jalankan seperti berikut;
Malam kemuncak sambutan turut melibatkan semua pemimpin keempat-empat negeri di bawah Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan pada 10 Mac bertempat di Tapak Ekspo Seberang Jaya bermula jam 9.00 malam.
Mereka ialah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat serta Lim Guan Eng.
Sebelah malamnya pula siri ceramah penerangan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibung dengan menampilkan tiga setiausaha agung parti PR.
Pada 7 Mac, program edaran risalah diteruskan ke pasar Kepala Batas, pasar hari di Penaga, Tasek Gelugor dan Nibung Tebal.
Manakala Majlis Kenduri Rakyat juga diadakan di Bakau Tua pada pukul 12 tengah hari di mana para petugas dan Adun Pakatan Rakyat akan dipertemukan di sana.
Sebelah malam, dua ceramah serentak iaitu di Dewan Millenium yang diuruskan oleh Sekrateriat Wanita Pakatan Rakyat dan debat perdana antara Sekrateriat Pemuda Pakatan Rakyat dengan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Jais Karim, Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP), Rizal Faris Mohideen dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zailan.
Pada 8 Mac pula, pukul 4.00 petang taklimat GST oleh kepimpinan Pakatan Rakyat.
Kuliah Maghrib khusus menceritakan dasar dan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di Masjid Kampung Melayu dan Pusat Pendidikan Padang Menora, Tasek Gelugor.
Malam tersebut juga diadakan dua ceramah serentak iaitu di Padang Menora dan Dewan Serbaguna Nibung Tebal.
Pada 9 Mac, edaran risalah diteruskan di Pasar Chowrasta. Kuliah Maghrib di Masjid Terapung, Tanjung Bungah manakala ceramah diadakan di Kompleks Sukan, Balik Pulau dan Taman Ciku, Bukit Mertajam.
Pada 10 Mac, semua Adun akan menyedarkan risalah di Pasar Seberang Jaya dan Taman Cermai, Permatang Pauh.
Kuliah Maghrib diadakan di semua daerah di mana kemuncaknya ceramah menteri besar dan ketua menteri dari negeri Pakatan Rakyat.