TOLAK BAJET SEHINGGA HAK RAKYAT DIKEMBALIKAN

 Image may contain: 1 person, text that says "MY MAXISAO 11:55P Istana boleh beri pandangan, jangan sampai campur tangan Muhyiddin Harits Asyraf Hasnan Julai 10, 2019 15:18 MYT Menurut Muhyiddin, Istana Johor boleh beri pandangan tetapi jangan sampai ke satu peringkat dianggap mencampuri urusan-urusan -urusan pentadbiran. Gambar BERNAMA"






Dulu, dia ni bukan main marah kalau istana campurtangan politik. Sekarang, apa dah jadi? Nak buat bajet pun nak bergantung dengan istana? Kamu tahu ke tidak buat tugas PM? Kalau tidak tahu, letak saja jawatan. Memegang jawatan yang bukan hak itu haram hukumnya. Nak makan gaji haram sampai mati?

Lebai pun sama. Dulu, lebai juga ajar kita. Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya itu adalah satu kezaliman. Mengambil sesuati yg bukan hak kita, satu pengkhianatan. Kedua2nya haram dan berdosa besar.

Adakah meletakkan muhyiddin sbg PM itu kena pada tempatnya? Apatah lagi mmg jelas tiada sokongan dari majoriti MP? Kenapa lebai serban tebal ini sanggup sokong juga? Kerajaan yang wujud hari ini adalah kerajaan yang tidak pernah diangkat oleh rakyat di dalam pilihanraya. Dia wujud kerana perbuatan khianat. Perbuatan khianat atau pembelot itu satu perbuatan yg dikeji oleh agama dan tidak akan mencium bau syurga. Apakah lebai boleh berlepas diri dari perbuatannya menyokong satu pengkhianatan?

Menyokong pengkhianat sama seperti menggalakkan pengkhianatan. Usah bicara lagi soal hudud selagi lebai sendiri bersekongkol dengan pengkhianat walaupun parti berjenama Islam ini pernah merasai betapa sakitnya dikhianati sewaktu mereka memerintah Kelantan, Terengganu dan Perak.

Semoga bajet dari kerajaan pengkhianat ini ditolak sehingga yang hak dikembalikan.

WFAUZDIN NS

 

MAHATHIR SIBUK DENGAN IDEA BODOH KERAJAAN PERPADUAN

 

Image may contain: 1 person, sitting, text that says "MD dateline Terkini Tepat 26 OKTOBER 2020 'Kerajaan perpaduan adalah formula terbaik' Oleh ARIF ATAN October 29, 2020 6:06 pm 0"


Khabarnya Mahathir nak try buat kerajaan perpaduan pula. Dia dulu dalam umno, pernah haramkan umno dan buat umno baru. Dalam umno baru kemudiannya dia keluar untuk lawan dan musnahkan umno baru.

Mahu lawan umno bersendirian tak terdaya orang tua ni. Buat deklarasi rakyat pun gagal dapat sambutan. Akhirnya terhegeh-hegeh masuk PH, jumpa Anwar kat mahkamah minta restu jadi PM kalau PH berjaya dalam PRU14.

Takdir Tuhan, PH menang. Dia jadi PM walaupun partinya menang 13 Kerusi Parlimen saja daripada 52 Kerusi yg partinya bertanding. Hatinya tak puas kerana bayang2 Anwar ada di belakangnya. PH telah berjanji selepas beliau, Anwar adalah PM.

Otak jahatnya terfikir, cara paling baik untuk sekat Anwar adalah hancurkan PH dulu. Maka, dia tiba2 letak jawatan atas alasan Muhyiddin khianat dan tidak sokong beliau lagi. Dia tahu, kalau dia letak jawatan dan serah kpd Timbalan PM ketika itu adalah Kak Wan, kerajaan PH masih berkuasa. Dia tahu juga, Kak Wan pasti akan serah kepada Anwar untuk jadi PM kerana itu janji PH kepada rakyat. Mahu tidak mahu, dia letak jawatan diam-diam dan kabinet pun terbubar sekaligus. Kerajaan PH tumbang dan dia teramat suka di dalam hatinya.

Masih tidak puas hati, dia cadang untuk kerajaan perpaduan dan dia jadi PM dlm kerajaan ini nanti. Ertinya, PH boleh gulung tikar dan Anwar tidak lagi boleh diangkat sebagai PM. Alhamdulillah, cita-cita jahat orang tua ini gagal. Dia punya pasal, muhyiddin jadi PM kerajaan pintu belakang. Orang tua ini beri jalan paling selesa untuk muhyiddin khianat.

Sekarang, dia lupa kepada mandat rakyat. Dia nak tubuhkan kerajaan perpaduan yang dia cuba tapi gagal dulu? Masih lagi cari jalan untuk sekat Anwar jadi PM. Dia sanggup berunding dengan musuh politiknya dulu iaitu Ku Li untuk bincang kehendaknya. Punyalah takut kalau Anwar jadi PM.

Apa saja idea yang datang dari kepala otak orang tua sebenarnya bukan untuk kebaikan negara dan rakyat. Semuanya kerana emosi dan bencinya beliau kepada Anwar. Itu saja. Mana-mana pimpinan yang sokong orang tua ini, eloklah cari bomoh buang saka yang ada pada tubuh kamu kerana berjangkit dari saka orang tua tersebut. Mahathir ini hidup dia hanya untuk pecah belahkan orang asalkan dia anak beranak boleh hidup senang.

WFAUZDIN NS

 

ZAHID ATAU HISHAMUDDIN

 

Politik tawar menawar sedang diperhatikan oleh rakyat. Andai ianya terjadi, di mana perginya kewibawaan seorang Perdana Menteri dan juga sebagai ketua kerajaan di dalam sesebuah negara sehingga mudah "diugut" untuk menerima syarat yang dikemukakan oleh Umno.

Cukuplah dengan penganugerahan jawatan-jawatan GLC kepada ahli parlimen untuk mengekalkan kuasa dan kedudukan seperti dinyatakan oleh Ahli Parlimen Gua Musang.
Yang berserban dan berkopiah di dalam dewan rakyat tu tak terasa apa ke? Halalkah gaji dan elaun kamu semua dengan budaya sekarang ini?

ANALISIS POLITIK TERKINI (part 2).


Berita mutakhir...di fahamkan bahawa Zahid Hamidi di katakan telah bersetuju untuk mengetuai bantahan/penolakan terhadap pembentangan belanjawan Negara yang akan di bentangkan oleh Yiddin pada 6/11/2020.

 

Menariknya juga, pembukaan Parlimen pada 2 November hanya akan menyaksikan lebih ramai MP-MP yang akan membuat usul UNDI TIDAK PERCAYA (UTP) kepada PM Yiddin. UTP di pihak pembangkang akan di ketuai oleh Tun M dan DS Anwar Ibrahim.

 

Apabila lebih dari 20% usul itu di kemukakan, nak taknak, Speaker Dewan terpaksa juga mengadakan perbahasan mengenai UTP tersebut.

 

Nampaknya, Zahid akan menggunakan pengaruhnya bagi mencatas MP-MP @ MT UMNO yang masih cuba mempertahankan Yiddin dan kabinetnya. Bayangkanlah..dengan hanya berkelebihan 4 kerusi, di mana Yiddin perlu atau boleh mendapatkan simpati dan pertolongan?. Maka GPS dan PAS bukan lagi menjadi KING MAKER dalam 'permainan' lembut semasa ini.

 

Jika Zahid yang di sokong oleh MP Pekan telah bersedia berdamai dengan PKR, Keadaan akan berubah hanya dengan sekelip mata sahaja. Itu bukannya Magic. Itu adalah kebolehan dan kepandaian seseorang jeneral dalam sesebuah Pasukan.

UMNO akan pasti terbahagi kepada 3 pasukan. Persoalannya kini, SIAPA YANG LEBIH POWER di antara Team Zahid (Najib), Mat Hassan (Annuar Musa) dan Tg Razaleigh?.

Yiddin, Azmin, Zuraida dan Team Hadi Awang kini umpama sedang menunggu rayuan terhadap hukuman MATI MANDATORI. Ke kanan salah, ke kiri dan ke depan pun salah. 70% rakyat kini sedang berdoa agar Yiddin n the team akan jatuh bergelimpangan di tepi perkuburan orang-orang yang telah mati dan tidak beragama.

 

Adakah itupun salah rakyat? (Sepertimana statement dari si bodoh Zahidi- PERLIS). Apa salah rakyat sebenarnya ni?. Kamu yang memilih untuk menjahanam kepercayaan rakyat tiba-tiba RAKYAT JUGAK YANG HENDAK KAMU SALAHKAN?. Adakah kamu biol, gila atau bangang?. Saya tanya jer nih dan ada bantahan tak?.

 

Tq.

Yang ikhlas, jujur dan benar,

Mohd Asri Bakar.

 

ZAHID HAMIDI TAK LAYAK DILANTIK SEBAGAI TIMBALAN PERDANA MENTERI

 BOB KELANANG





SIANG malam di dalam kepala Zahid Hamidi, agaknya, hanyalah jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Apa pentingnya jawatan kedua tertinggi negara tersebut? Untuk kepentingan Umno? Untuk kepentingan Agama, Bangsa dan Negara?

Ianya hanyalah untuk kepentingan peribadi beliau, untuk lepaskan diri beliau dari masuk PENJARA. Itu saja.

Tidak ada negara di dunia melantik seorang yang didakwa menerima rasuah untuk memegang jawatan dalam pentadbiran negara KECUALI di negara Islam bernama MALAYSIA.

Lihatlah di Sabah. Bung Mokhtar Radin ada kes salah guna kuasa di mahkamah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Ianya berlaku di negara yang agama rasminya Islam.

Muhyiddin Yassin perlu ada prinsip. Tanpa mengira sesiapa, baik dalam dalam Kabinet atau dalam pentadbiran awam, mereka-mereka yang didakwa di mahkamah TIDAK LAYAK memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan.

Ramai pemimpin Umno yang layak memegang jawatan TPM.

Kenapa hendak diberi kepada Presiden parti yang diselubungi dakwaan rasuah?

 

PANAS!!! MT UMNO DEDAH KEWUJUDAN 'C5' SEBAGAI PENCATUR KERAJAAN PN

 












Image may contain: 1 person, glasses and suit

Siapakah pemimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dikenali sebagai C5, yang selama ini merancang pelbagai tindakan bagi pihak kerajaan.

Inilah persoalan yang timbul selepas ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dalam tulisan di facebook beliau memaklumkan kewujudan mereka.

Puad menyebut C5 ketika mendedahkan siapakah dalang di belakang portal berita yang baru wujud yang sentiasa menyerang Umno dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dikatakan Azmin Ali adalah pay master kepada portal ini. Apakah Hamzah juga terlibat. Ada yang kata C5 terlibat.

“Bagaimana C5 terlibat. Mudah je. Bocorkan maklumat dalaman. Pusing fakta dan timbulkan provokasi. Macam ada konspirasi terancang sejak 20 September,” tulis Puad, bekas Ketua Pengarah Jasa, badan propaganda kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Siapakah C5?

“Bukan Citroen C5. Bukan juga Chevrolet Corvete C5 bro. Bukan juga Samsung Galaxy C5. Ini kumpulan perancang strategi paling atas dalam kerajaan PN,” kata satu sumber kepada Malaysia Dateline.

Ada yang berkata, C5 ini wujud sejak lebih sebulan lalu lagi ketika kerajaan PN mula bercelaru manakala ada juga yang berkata ia wujud sebelum kerajaan PN terbentuk lagi.

“C5 ini gabungan 5 pemimpin Bersatu, Umno dan Pas yang berperanan untuk wujudkan MN Plus dan berketuakan Muhyiddin,” kata satu sumber menerangkan siapakah C5.

Menurut sumber lain, C5 adalah lima pemimpin yang menjadi perancang kepada kerajaan PN ketika perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sibuk dan tidak upaya untuk menjalankan semuanya kerana faktor kesihatan.

“C5 ni adalah tonggak dan perancang strategi untuk kerajaan PN. Mereka adalah Azmin Ali, Hamzah Zainuddin, Takiyuddin Hassan, Fazilah Yusof dan Hishamuddin Hussein,” kata sumber itu.

Description: Image may contain: 1 person, glasses and suit

OWHH KASARNYA MUHYIDDIN

 Istana boleh beri pandangan, jangan sampai campur tangan - Muhyiddin

astroawani.com
Istana boleh beri pandangan, jangan sampai campur tangan - Muhyiddin
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap, Istana Johor tidak bertindak sehingga dilihat mencampuri urus tadbir kerajaan.

KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN


29 Oktober 2020

PERDANA MENTERI HARUS JUNJUNG TITAH TUANKU DAN BERUNDING SEGERA DENGAN PEMBANGKANG BERKENAAN BELANJAWAN 2021

Majlis Presiden Pakatan Harapan menjunjung kasih terhadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja di atas penolakan berprinsip terhadap permohonan Perdana Menteri untuk mengisytihar darurat. Kenyataan Majlis Raja-Raja bertarikh 25 Oktober menjelaskan pertimbangan yang telah diambil kira oleh Raja-Raja Melayu dalam isu yang amat serius ini. Duli-Duli Tuanku amat sedar tentang hak dan budi bicara serta peranan seperti yang termaktub di dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dalam mengimbangi pelbagai tuntutan demi menjamin berlakunya keadilan dan membatasi sebarang unsur penyalahgunaan kuasa, dan telah membuat keputusan berdasarkan perkara tersebut.

Majlis Presiden juga mengambil maklum kenyataan Istana Negara bertarikh 28 Oktober 2020 yang menyampaikan titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Dalam kenyataan tersebut, Tuanku telah menasihatkan semua Ahli Parlimen untuk memberi sokongan kepada Belanjawan 2021 demi kelangsungan kesejahteraan rakyat dan pemulihan ekonomi negara yang cukup terkesan akibat pandemik Covid-19.

Belanjawan 2021 perlu memberi fokus kepada keperluan petugas barisan hadapan yang menjadi benteng rakyat Malaysia dari wabak Covid-19. Ia juga perlu menetapkan halatuju yang mampu memastikan Malaysia akan terus maju sewaktu dan selepas pandemik - termasuk dengan mengenalpasti strategi-strategi pembangunan baharu untuk ekonomi serta membantu jutaan rakyat Malaysia yang terkesan sama ada akibat kehilangan pekerjaan mahupun pendapatan pada tahun 2020 ini.

Berjuta-juta rakyat Malaysia yang berada pada atau di bawah paras kemiskinan amat mengharapkan bantuan melalui belanjawan ini. Golongan yang tidak harus ketinggalan juga adalah yang mengharapkan moratorium pinjaman dilanjutkan.

Atas sebab-sebab ini Majlis Presiden Pakatan Harapan amat bersetuju dengan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa amatlah penting dan serius untuk Belanjawan 2021 ini dirundingkan dengan Pembangkang sebelum dibentang di Parlimen.

Maka Perdana Menteri harus menjunjung titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan mengadakan perbincangan dan rundingan segera dengan pihak Pembangkang berkenaan isi kandungan Belanjawan 2021 sebelum ia dibentangkan di Parlimen pada 6hb November, supaya ia dapat mencapai objektif-objektif yang diingini Tuanku.

Majlis Presiden yakin bahawa semua Ahli Parlimen akan terlibat di dalam sesi perbahasan yang sihat untuk memastikan Belanjawan 2021 mengutamakan kepentingan negara dan rakyat, serta menepati aspirasi seperti yang telah dititah Tuanku.

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

YB Hj Mohamad Sabu

Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Lim Guan Eng

Parti Tindakan Demokratik (DAP)


LONTARAN NAJIB UNTUK MENYOKONG ANWAR ADALAH DEMI MASA DEPAN UMNO

 

Daripada sudut logika, apabila Najib Razak mencadangkan agar UMNO bekerjasama dengan Anwar Ibrahim bagi membentuk kerajaan baru dan meninggalkan PN, ia memang sesuatu yang sukar untuk diterima akal.

Lebih-lebih lagi bagi pemimpin UMNO yang agak tertutup pemikirannya, mereka lantas melompat menentang idea tersebut dengan kepercayaan bahawa bekerjasama dengan Anwar bermakna bekerjasama dengan DAP.

Ada juga yang membangkitkan sejarah permusuhan UMNO dengan Anwar yang telah berlarutan sejak lebih 20 tahun lalu.

Tetapi, daripada sudut strategi politik, cadangan Najib itu adalah sesuatu yang cukup baik, terpuji dan merupakan langkah ke hadapan untuk menyelamatkan masa depan UMNO.

Cadangan bekerjasama dengan Anwar hanyalah dalam membentuk kerajaan semata-mata dan tidak sesekali bermakna UMNO mesti menyertai PH.

UMNO akan terus kekal dalam BN dan Anwar kekal bersama PKR dan PH di mana dalam PRU akan datang nanti, mereka boleh bertanding secara bebas di kawasan masing-masing.

Berbanding bersama PN yang memungkinkan UMNO terpaksa bertoleransi dan mengorbankan kerusi-kerusi tradisinya untuk diserahkan kepada Bersatu, sebaliknya perkara itu tidak berlaku apabila bekerjasama dengan Anwar dan PKR.

UMNO bukan saja tidak bertembung di sebahagian besar kerusi dengan PKR, malah sama sekali tidak berlaga dengan DAP di kawasan yang sama.

UMNO secara tradisinya bertanding di kawasan Melayu, PKR di kawasan campuran dan DAP di kawasan bandar atau yang majoriti pengundinya adalah kaum Cina.

Dengan yang demikian, melalui kerjasama dengan Anwar, selain UMNO boleh terus kekal berada dalam kerajaan, tidak lagi dibuli sebagaimana jika terus bersama Muhyiddin Yassin, malah berpeluang cerah untuk kembali sebagai kerajaan selepas PRU15 akan datang.

Dengan bertanding secara berasingan, antara PH dan BN, siapa yang nanti menang banyak kerusi, merekalah yang berhak menjadi kerajaan.

Sebaliknya, kalau terus bersama PN dan kekal menyokong Muhyiddin, apakah ada jaminan pemimpin UMNO berpeluang menjadi Perdana Menteri selepas PRU15 akan datang?

Mahu melantik Timbalan Perdana Menteri pun begitu sukar hendak dilakukan oleh Muhyiddin, maka UMNO haruslah sedar antara kawan, musuh dan siapa pembuli yang sebenar.

Selain itu, tiada yang peliknya jika UMNO bekerjasama dengan Anwar yang telah dimusuhi sejak lebih 20 tahun lalu kerana dengan Bersatu yang merupakan musuh yang ketara di kawasan yang sama, malah memainkan peranan penting mengalahkan UMNO dalam PRU lalu pun masih boleh dibuat kawan untuk menubuhkan PN, inikan pula Anwar yang sebenarnya dijadikan musuh oleh UMNO hanyalah disebabkan beliau musuh dan ketakutan buat Tun Mahathir Mohamad ketika itu.

Dalam hal yang lain, ada pula yang bertanya, kenapa Najib mesti melontarkan idea untuk bekerjasama dengan Anwar dan bukan mencadangkan pemimpin UMNO sendiri seperti Tengku Razaleigh Hamzah misalnya, sebagai calon Perdana Menteri?

Harus difahami bahawa yang menang dalam PRU14 lalu adalah PH dan bukannya BN.

Tidak logik sama sekali untuk menaikkan pemimpin UMNO sebagai Perdana Menteri tanpa melalui pilihanraya terlebih dahulu, sedangkan parti itu kalah dalam PRU14 lalu.

Ia sama seperti yang berlaku ketika Langkah Sheraton dulu, UMNO ketika itu memilih menyokong Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri adalah disebabkan beliau daripada Bersatu yang merupakan salah satu komponen dalam PH.

UMNO hanya boleh dan wajar merebut kembali kerusi Perdana Menteri selepas mandat PRU14 berakhir dengan ketibaan PRU yang baru.

Maknanya, memilih Anwar selepas meninggalkan Muhyiddin yang banyak bermasalah adalah pendekatan terpuji Najib dalam mengekalkan pilihan pengundi dalam pilihanraya sebelum ini.

Kepada pendokong PH pula, terutama DAP yang bimbang bahawa bekerjasama dengan UMNO bermakna bekerjasama dengan Najib yang sudah didapati bersalah atas pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa, harus difahami bekas Perdana Menteri itu tidak akan berada dalam kerajaan yang akan diketuai Anwar nanti.

Dengan kata mudah, Najib hanya membantu untuk menyingkirkan Muhyiddin dan menaikkan Anwar semata-mata.

Selepas itu, dalam pembentukan kabinet, sebagaimana Anwar dikenali sebagai pejuang reformasi dan tidak akan berkompromi dengan sebarang unsur rasuah atau salah guna kuasa, beliau pasti hanya akan melantik mereka yang benar-benar bersih saja dalam barisannya.

Yang ada kes dan kesalahan, biarlah mereka membersihkan nama mereka terlebih dahulu melalui saluran yang sewajarnya.

Kesimpulannya, idea Najib inilah pilihan menang-menang dan terbaik buat UMNO demi kelangsungan masa depannya.

 (Shahbudindotcom 29/10/2020)


Mari kita berseloka Oleh A KADIR JASIN

 

Mari kita berseloka


MENGAPA HARUS SOKONG BAJET YANG KITA BELUM KETAHUI? UMNO DAN BERSATU TER...

Belanjawan 2021: Mesti wujud perbincangan dwiparti untuk kelulusan bersama

 





Belanjawan 2021 akan lebih mudah diluluskan sekiranya pihak Kerajaan Perikatan Nasional membincangkan terlebih dahulu peruntukan-peruntukan di dalam dokumen berkenaan sebelum dibentang di Parlimen.

 

Bagi Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, sekiranya pihak kerajaan mengikut nasihat Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa proses belanjawan perlu 'mengambil pendekatan dwiparti dalam menyusun strategi menghadapi wabak Covid-19 dan isu pengangguran serta kemiskinan' maka tidak mustahil ia akan diluluskan dengan mudah.

 

"Seperti yang dititahkan oleh Raja-raja Melayu baru-baru ini, ahli-ahli politik di negara kita mesti bekerjasama untuk menghadapi pandemik kali ini dan mengelakkan penyalahgunaan kuasa.

 

"Ahli politik Malaysia mesti bersedia bekerjasama dengan kerajaan untuk memastikan belanjawan diluluskan, dengan syarat semua pihak, termasuk Pembangkang, akan diberi ruang menyatakan pandangan dan dijelaskan hal-hal penting secara menyeluruh.

 

"Tidak ada pihak yang boleh menjadi 'pak turut' dalam belanjawan kali ini - ia akan menutupi tujuan sebenar langkah dwiparti diambil.

Pembaharuan besar dan realistik mesti dilakukan untuk mengembalikan keyakinan setelah apa yang dilalui negara.

 

"Proses kelulusan belanjawan tidak boleh dilakukan secara melulu, walaupun dalam keadaan krisis Covid-19. Belanjawan yang dibentangkan akan gagal sekiranya tidak dipantau oleh penggubal undang-undang atau tiada input dwiparti yang benar-benar bermakna," katanya dalam satu kenyataan.

 

Sebaliknya, Nik Nazmi memberi amaran Belanjawan 2021 tidak boleh dilakukan untuk tujuan politik atau menaungi sesiapa. Setiap sen yang dicadangkan, katanya, mestilah untuk kemaslahatan umum, termasuk kesihatan, pendidikan, perumahan dan kesejahteraan rakyat.

 

Menurutnya, satu-satunya cara bagi Malaysia untuk mendapatkan belanjawan terbaik adalah dengan kerajaan semasa komited dalam reformasi Parlimen.

 

"Ini bukan sahaja untuk memungkinkan semua anggota Parlimen membahaskan isu-isu kritikal, tetapi turut dapat bertindak mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen yang dimansuhkan, dan menghidupkan kembali Jawatankuasa-Jawatankuasa Terpilih yang sebelumnya telah ditubuhkan.

 

"Akta Perkhidmatan Parlimen penting kerana Pakatan Harapan di ambang memperkenalkannya semula. Parlimen yang lebih bebas, cekap dan kuat akan dapat memberi kebaikan kepada rakyat dan kehidupan mereka.

 

"Menangani ancaman Covid-19 dan memulihkan ekonomi tidak boleh berlaku tanpa reformasi politik dan institusi. Belanjawan 2021 tidak akan berjaya tanpanya," kata Nik Nazmi lagi.

 

Menurut Jurucakap Parlimen KEADILAN bagi Pendidikan itu, banyak isu ekonomi boleh dibahaskan dalam pembentangan belanjawan kali ini termasuk membincangkan masalah-masalah asas yang dihadapi oleh ekonomi negara tetapi kerap dipandang ringan.

 

Hal itu termasuk cabaran lama seperti membebaskan negara dari terlalu bergantung pada komoditi, isu tenaga kerja asing, meningkatkan kemahiran pekerja dan meningkatkan gaji dan produktiviti, serta isu baru seperti ancaman keselamatan serantau.

 


Ahli Parlimen bebas, matang bahas Belanjawan 2021

 





Perbahasan Belanjawan 2021 perlu dilakukan secara matang dan bebas di Dewan Rakyat.

 

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, institusi Parlimen perlu dibenar memainkan peranan semak dan imbang kepada kerajaan semasa, terutama dalam isu meluluskan belanjawan yang melibatkan ratusan bilion ringgit wang rakyat.

 

"Malaysia sebuah negara demokrasi berparlimen yang mengguna pakai prinsip pengasingan kuasa. Oleh itu semua pihak dan institusi perlu menghormati Parlimen dengan menyediakan keadaan yang kondusif bagi membolehkan Ahli-ahli Parlimen bebas menentukan pendirian dan membuat keputusan.

 

"Dalam hal ehwal kewangan negara, peranan Parlimen amat besar. Perkara 96 Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa tiada percukaian melainkan jika dibenarkan oleh undang-undang. Manakala Perkara 102 pula menyatakan bahawa Parlimen mempunyai kuasa berkenaan dengan mana-mana tahun kewangan.

 

"Hal-hal berkenaan rang undang-undang melibatkan kewangan negara adalah dalam bidang kuasa Parlimen.Tidak ada sesiapa boleh mengarah, atau memujuk Ahli-ahli Parlimen supaya menyokong dan meluluskan sesuatu rang undang-undang belanjawan negara, termasuklah Belanjawan Tahun 2021 yang akan dibentangkan pada 6 November nanti," katanya dalam satu kenyataan.

 

Menurut Hassan, tidak ada proses kelulusan segera dalam perbahasan. Belanjawan 2021 katanya, akan dipecahkan kepada peruntukan mengikut kementerian. Semuanya perlu dibahas satu demi satu.

 

Seandainya terdapat isu-isu yang meragukan, Pembangkang akan menyoal pihak kerajaan dan tidak mustahil rang undang-undang tersebut tidak diluluskan.

 

"Rang undang-undang belanjawan tahun 2021 seperti belanjawan sebelum ini perlu melalui proses penggubalan undang -undang yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang berkaitan kewangan yang sedia ada.

 

"Rang undang-undang itu perlu dibahaskan di peringkat dasar dan jawatankuasa. Proses pengundian juga perlu dilakukan di peringkat dasar dan juga peringkat jawatankuasa.

 

"Tidak ada proses fast track ataupun jalan pintas. Duit beratus bilion ringgit dalam belanjawan adalah duit pembayar cukai dan duit hasil negara milik rakyat serta milik negara," katanya lagi.

 

Perdebatan timbul sejak titah Yang di-Partuan Agong mahu Belanjawan 2021 diluluskan. Terdapat pihak mencadangkan belanjawan perlu disokong tanpa bantahan.

 

Namun Pembangkang memberi isyarat hal itu hanya boleh dilakukan sekiranya pihak kerajaan merundingkan peruntukan belanjawan sebelum dibentangkan.

 

Sebaliknya, jika kerajaan tidak merundingkan isi kandungan dan mahu ia diluluskan secara fast track maka hal itu dianggap mencabul fungsi Parlimen.

 

Perutusan Anwar Ibrahim sempena Maulidur Rasul

 





Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Maulidur Rasul hari ini sebagai hari sambutan yang amat bermakna buat umat Islam di seluruh dunia.

 

Presiden KEADILAN dalam perutusannya berkata, Maulidur Rasul bukan sekadar sambutan tahunan semata-mata, tetapi menjadi satu peringatan untuk memantapkan lagi keimanan dan akidah diri.

 

"Sirah dan susur galur perjuangan Baginda menjadi sangat penting untuk difahami dan ditelaah agar hari keputeraan Baginda itu tidak hanya terbatas pada soal seremonial atau sekadar suatu sambutan tahunan, tetapi ia mesti dimaknai dengan penuh tawadhuk dan keimanan yang mendalam.

 

"Akhlak mulia dan falsafah besar yang dibawa Rasulullah SAW wajar dijadikan panutan dan teladan buat umat manusia. Peringatan Maulud seharusnya menggugah nurani kita untuk sentiasa waspada akan tahap iman dan akidah yang mesti mantap dan teguh.

 

"Allah SWT berfirman dalam Surah al Ahzab (ayat 21): “Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat dan yang banyak mengingat Allah."

 

Anwar juga berpandangan bahawa umat Islam mesti memahami dan menhayati dengan mendalam bahawa sosok Rasulullah adalah sosok perubahan dan menganggap misi baginda ialah misi transformatif yang sentiasa mengembleng umat untuk menuntut keadilan dan perubahan.

 

"Risalah pembaharuan tersebut juga bermaksud sentiasa teguh menentang segala bentuk kebobrokan, tegas melawan kezaliman dan memperkukuh benteng akidah," katanya.

 

Anwar juga berharap umat Islam dapat menjadikan sambutan Maulidur Rasul kali ini sebagai satu pemangkin semangat dalam menempuh wabak COVID-19 yang dihadapi dunia ketika ini.

 

"Saat umat masih dirundung dengan petaka wabak, hari besar umat Islam ini wajar dijadikan lonjakan spiritual dan semangat buat semua agar tidak berputus asa dan terus kuat semangat. Semoga kita diberi kekuatan dan ketabahan dalam menempuh musibah ini.

 

"Selamat menyambut Maulidur Rasul 1442H kepada seluruh umat Islam," katanya.