Khabarnya Mahathir nak try buat kerajaan perpaduan pula. Dia dulu
dalam umno, pernah haramkan umno dan buat umno baru. Dalam umno baru kemudiannya
dia keluar untuk lawan dan musnahkan umno baru.
Mahu lawan umno bersendirian tak terdaya orang tua ni. Buat
deklarasi rakyat pun gagal dapat sambutan. Akhirnya terhegeh-hegeh masuk PH, jumpa
Anwar kat mahkamah minta restu jadi PM kalau PH berjaya dalam PRU14.
Takdir Tuhan, PH menang. Dia jadi PM walaupun partinya menang 13
Kerusi Parlimen saja daripada 52 Kerusi yg partinya bertanding. Hatinya tak
puas kerana bayang2 Anwar ada di belakangnya. PH telah berjanji selepas beliau,
Anwar adalah PM.
Otak jahatnya terfikir, cara paling baik untuk sekat Anwar adalah
hancurkan PH dulu. Maka, dia tiba2 letak jawatan atas alasan Muhyiddin khianat
dan tidak sokong beliau lagi. Dia tahu, kalau dia letak jawatan dan serah kpd
Timbalan PM ketika itu adalah Kak Wan, kerajaan PH masih berkuasa. Dia tahu
juga, Kak Wan pasti akan serah kepada Anwar untuk jadi PM kerana itu janji PH
kepada rakyat. Mahu tidak mahu, dia letak jawatan diam-diam dan kabinet pun
terbubar sekaligus. Kerajaan PH tumbang dan dia teramat suka di dalam hatinya.
Masih tidak puas hati, dia cadang untuk kerajaan perpaduan dan
dia jadi PM dlm kerajaan ini nanti. Ertinya, PH boleh gulung tikar dan Anwar
tidak lagi boleh diangkat sebagai PM. Alhamdulillah, cita-cita jahat orang tua ini
gagal. Dia punya pasal, muhyiddin jadi PM kerajaan pintu belakang. Orang tua
ini beri jalan paling selesa untuk muhyiddin khianat.
Sekarang, dia lupa kepada mandat rakyat. Dia nak tubuhkan
kerajaan perpaduan yang dia cuba tapi gagal dulu? Masih lagi cari jalan untuk
sekat Anwar jadi PM. Dia sanggup berunding dengan musuh politiknya dulu iaitu
Ku Li untuk bincang kehendaknya. Punyalah takut kalau Anwar jadi PM.
Apa saja idea yang datang dari kepala otak orang tua sebenarnya
bukan untuk kebaikan negara dan rakyat. Semuanya kerana emosi dan bencinya
beliau kepada Anwar. Itu saja. Mana-mana pimpinan yang sokong orang tua ini,
eloklah cari bomoh buang saka yang ada pada tubuh kamu kerana berjangkit dari
saka orang tua tersebut. Mahathir ini hidup dia hanya untuk pecah belahkan
orang asalkan dia anak beranak boleh hidup senang.
WFAUZDIN NS