JANGAN SALAH TEMBAK..

 


Ahmad Hussein



Saya mohon rakan² tak salahkan MB & TMB baru Kelantan iaitu Nassuruddin & Dr Fadzli Hassan dalam isu aniaya ladang warga Felcra






Kerana kesalahan berat itu berlaku zaman MB Ahmad Yakob. That's why saya kritik keras Mat Yakob supaya dia jangan aktif politik lagi buat semak, kerana merapu dia dulu memang teruk. 


Masalah Reban Bas KB, titi usang runtuh itu semua akibat merapu si Mat Yakob.


10 tahun jadi MB entah apa dia buat, walhal PM-7 Dr. Mahathir pernah kasi dia cash 400 juta, tapi apa hasil buat rakyat? Kemana wang itu dibelanjakan?


Ampun maaf saya berkasar begini, kerana saya geram melihat sikap Mat Yakob yang sikit pun takde rasa bersalah, tak pernah minta maaf, bahkan memang jenis tak reti malu. 


Kini, Mat Yakob masih menyemak atas pentas rasmi duduk sebaris dengan MB Baru, seolahnya dia lagenda sangat, sedangkan Tok Guru Nik Aziz pun tak pernah buat begitu.


So please para pejuang Madani jangan salah tembak dalam isu Felcra, MB Nassuruddin tak salah, begitu juga Fadzli Hassan, mereka berdua tak pernah mengata PMX, tetap jaga hubungan erat jalin ukhuwah, Alhamdulillah.





PRN Melaka) Ceramah Umum Pakatan Harapan: Skandal Tabung Haji, Siapa Khianat Orang Melayu Islam?


 

PANAS KALI NI MAT SABU TAK TAPIS DAH,TERUS HENTAM UMNO & PAS @ CERAMAH PRN MELAKA


 

PARLIMEN BERGETAR!!! PMX TENGKING WALAUN!!! ANWAR BALAS TAKIYUDDIN SAMPAI TERDUDUK!!!


 

Presiden Mesir Mulakan Lawatan Negara Ke Malaysia

 

IMG_4944

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Istana Al-Ittihadiya (Heliopolis) di Kaherah pada 10 November 2024. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi akan mengadakan Lawatan Negara selama dua hari ke Malaysia bermula Jumaat (9 Oktober) atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa El-Sisi akan diiringi menteri-menteri Kabinet serta pegawai kanan kerajaan Mesir dalam Lawatan Negara sulung beliau ke Malaysia sejak memegang jawatan Presiden pada Jun 2014.

“Malaysia dan Mesir telah menjalin hubungan diplomatik sejak 1959. Kedua-dua negara terus mengekalkan hubungan mesra dan akrab menerusi kerjasama yang kukuh di peringkat dua hala serta pelbagai hala.

Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi akan diberikan Majlis Sambutan Negara, diikuti dengan Majlis Menghadap Sultan Ibrahim di Istana Negara. Foto Abdel Fattah el-Sisi

“Lawatan negara Presiden El-Sisi dijangka memperkukuh lagi perkongsian yang telah lama terjalin dan kian berkembang antara kedua-dua negara menerusi peningkatan tahap hubungan kepada Perkongsian Strategik,” menurut kementerian itu yang juga dikenali sebagai Wisma Putra.

Semasa lawatan itu, El-Sisi akan diberikan Majlis Sambutan Negara, diikuti dengan Majlis Menghadap Sultan Ibrahim di Istana Negara. Seri Paduka Baginda turut berkenan untuk menghoskan Majlis Santapan Negara bagi meraikan Presiden El-Sisi dan delegasi beliau.

Wisma Putra memaklumkan bahawa El-Sisi turut dijadualkan mengadakan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menilai kemajuan kerjasama dua hala serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Istana Al-Ittihadiya (Heliopolis) di Kaherah pada 10 November 2024. Foto PMO

Kedua-dua pemimpin kemudian akan menyaksikan pertukaran beberapa memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Mesir, diikuti dengan Majlis Minum Petang Rasmi yang dihoskan Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana.

Pada 2025, Mesir merupakan rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia dalam kalangan negara Afrika.

Jumlah dagangan Malaysia dengan Mesir bernilai RM3.08 bilion (US$0.72 bilion), dengan nilai eksport Malaysia ke Mesir sebanyak RM2.55 bilion (US$0.60 bilion) dan nilai import dari Mesir berjumlah RM0.53 bilion (US$0.12 bilion).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Istana Al-Ittihadiya (Heliopolis) di Kaherah pada 10 November 2024. Foto PMO

Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2026, jumlah dagangan antara kedua-dua negara meningkat sebanyak 74.7 peratus kepada RM3.49 bilion (US$0.87 bilion). – Bernama



Litar Lumba Sungai Petani terbengkalai, RM40 juta pula lesap…Kredibiliti Sanusi dikritik

 


Kelmarin, isu penyelewengan wang RM40 juta yang dikaitkan dengan projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani menggemparkan ramai pihak.

Rentetan itu seorang pengarah syarikat telah ditahan kerana disyaki melakukan pecah amanah membabitkan wang berkenaan. 

Perkembangan itu sekali lagi meletakkan projek yang sekian lama diwar-warkan kerajaan Kedah di bawah pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam radar perhatian awam.

Sejak semalam, projek litar berkenaan mula menjadi bahan sindiran dan troll netizen di media sosial, dengan banyak hantaran mengaitkannya secara langsung dengan Sanusi. 

Bukan sahaja kerana isu RM40 juta tersebut, tetapi kerana Sanusi sudah banyak kali dikaitkan dengan pelbagai pengumuman besar namun tidak pernah berhasil. 

Di media sosial, Sanusi disindir sebagai “Bapa Pengumuman”, gelaran sinis terhadap pemimpin yang dilihat banyak mengumumkan projek, tetapi pelaksanaannya pula terus dipersoalkan.

Pada 2022 Sanusi menjangkakan litar berkenaan dapat disiapkan dalam tempoh sekurang-kurangnya enam bulan, selain mendakwa bahawa projek itu sudah mencapai sekitar 70 peratus kemajuan. 

Namun, selepas bertahun-tahun, litar itu masih belum dapat dibanggakan.

Lebih menarik, apabila persoalan mengenai janji tersebut dibangkitkan, Sanusi pernah menjelaskan bahawa beliau hanya ‘tukang baca’ teks ketika pengumuman enam bulan itu dibuat.

Kenyataan tersebut pernah dilaporkan secara meluas dan mengundang persoalan orang ramai mengenai sejauh mana seorang Menteri Besar bertanggungjawab terhadap pengumuman projek yang dibuat atas nama kerajaan negeri.

Litar yang sepatutnya menjadi simbol pembangunan Sungai Petani akhirnya menjadi bahan troll terhadap Sanusi sendiri. 





KPM : Jerebu makin teruk: 7 negeri, Putrajaya dan KL tutup sekolah hari ini

 


Sekolah di seluruh Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta daerah Rompin, Pahang akan ditutup esok, 9 Oktober 2026, susulan keadaan jerebu yang semakin memburuk.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadzlina Sidek berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan situasi jerebu semasa, dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) diarahkan terus memantau keadaan serta mengambil tindakan segera jika diperlukan.

Sekolah ditutup

Johor – seluruh negeri

Melaka – seluruh negeri

Negeri Sembilan – seluruh negeri

Pahang – daerah Rompin

Selangor – seluruh negeri

Kuala Lumpur – seluruh Wilayah Persekutuan

Putrajaya – seluruh Wilayah Persekutuan

Sementara itu, sekolah di Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Labuan akan beroperasi seperti biasa.

Fadzlina berkata pihaknya memahami bahawa keputusan menutup sekolah memberi kesan kepada urusan harian ibu bapa, terutama dari segi penjagaan dan pengurusan anak masing-masing.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) akan berusaha memastikan sebarang keputusan penutupan sekolah pada masa akan datang dapat dimaklumkan lebih awal supaya ibu bapa mempunyai masa mencukupi untuk membuat persediaan.

“Masa yang akan datang, kita akan memastikan sebarang keputusan penutupan sekolah dimaklumkan lebih awal supaya ibu bapa mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persediaan,” katanya.

Pada masa sama, beliau meminta ibu bapa terus mendapatkan maklumat terkini menerusi saluran rasmi sekolah, PPD dan JPN masing-masing bagi mengelakkan kekeliruan berhubung status pengoperasian sekolah.

“Keselamatan dan kesihatan anak-anak serta warga sekolah sentiasa menjadi keutamaan kita,” katanya.

Keputusan itu dibuat ketika keadaan jerebu dilaporkan semakin membimbangkan di beberapa kawasan, dengan KPM sebelum ini menetapkan tindakan penutupan sekolah berdasarkan bacaan IPU yang ditetapkan.

Fadzlina berkata pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil mengikut perkembangan kualiti udara di setiap kawasan.

“Saya telah minta semua Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah untuk terus memantau keadaan jerebu dan mengambil tindakan segera sekiranya keadaan memerlukan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan ibu bapa supaya tidak bergantung kepada maklumat tidak rasmi di media sosial, sebaliknya mengikuti makluman terkini daripada pihak berkuasa pendidikan negeri dan sekolah masing-masing.




Mat Sabu beri ingatan: Jangan biar Melaka ulang episod Negeri Sembilan

 


Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu menggesa pengundi Melaka mengambil iktibar daripada kemelut politik Negeri Sembilan dengan memastikan kestabilan pentadbiran negeri menjadi pertimbangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata perebutan kuasa di tengah penggal hanya menyebabkan ketidakstabilan politik, yang akhirnya memberi kesan kepada rakyat.

Beliau berkata kerajaan yang dibentuk menerusi pilihan raya sepatutnya diberi ruang untuk menyelesaikan tempoh mandat, bukannya dijatuhkan melalui percaturan politik sebelum penggal berakhir.

“Biarlah apa yang berlaku di Negeri Sembilan itu sebagai satu pengajaran. Di Melaka ini tolong kembalikan pemerintahan kepada PH,” katanya ketika berucap dalam ceramah Skandal Tabung Haji: Siapa Khianat Orang Melayu Islam di Melaka, malam tadi.

Seruan itu dibuat ketika PH berdepan persaingan bagi kesemua 28 kerusi DUN Melaka, dengan gabungan berkenaan sebelum ini menyatakan pendirian untuk bertanding secara solo dalam PRN kali ini. 

Mohamad turut mengaitkan keadaan itu dengan perkembangan politik selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), termasuk Langkah Sheraton yang menyaksikan perubahan kerajaan Persekutuan sebelum penggal Parlimen berakhir.

Menurutnya, budaya menjatuhkan kerajaan melalui perebutan kuasa di tengah penggal tidak seharusnya berulang kerana rakyat akhirnya perlu menanggung kesannya sebelum kembali menentukan pilihan menerusi pilihan raya.

“Kenapa jatuh? Sheraton Move. Kenapa Sheraton Move? Tamak nak ambil kuasa di tengah jalan. Tak mahu tunggu pilihan raya. Kita kalau tunggu pilihan raya selepas lima tahun, tak apa,” katanya.

Dalam konteks PRN Melaka, Mohamad berkata beliau yakin PH mempunyai peluang untuk membentuk kerajaan negeri sekiranya memperoleh lebih 15 kerusi DUN.

“Melaka ini tempat kita nak meletakkan politik Malaysia di landasan yang betul semula,” katanya.

PRN Melaka kali ini akan menyaksikan pertandingan bagi 28 kerusi DUN, dengan Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 14 November sebagai hari pengundian, manakala penamaan calon pada 31 Oktober dan pengundian awal pada 10 November. 

Pada pilihan raya negeri sebelumnya pada 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi, manakala PH memperoleh lima kerusi dan PN dua kerusi. 

Kempen PRN kali ini turut menyaksikan rundingan mengenai bentuk kerjasama antara parti semakin rancak, dengan BN sebelum ini mengadakan perbincangan dengan PH dan PN sebelum memuktamadkan rakan kerjasama. 

Dalam perkembangan terbaharu, PH Melaka bagaimanapun mengekalkan pendirian untuk bergerak secara solo selepas ketiga-tiga parti komponennya bersetuju dengan pendekatan berkenaan. 

Dengan hari pengundian berbaki lebih sebulan, isu kestabilan pentadbiran, pembahagian kerusi dan bentuk kerjasama politik dijangka terus menjadi antara perkara yang mendapat perhatian dalam kempen PRN Melaka.



Komposisi kaum warganegara Malaysia 2016 – 2026, 10 tahun berlalu : Bumiputera kini 70.7 peratus, Cina 22 peratus

 


Bahagian penduduk Bumiputera dalam kalangan warganegara Malaysia meningkat kepada 70.7 peratus pada 2026 berbanding 68.6 peratus sedekad lalu, manakala peratusan masyarakat Cina dan India masing-masing menurun kepada 22 peratus dan 6.5 peratus.

Perbandingan anggaran penduduk Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi 2016 dan 2026 itu menunjukkan perubahan komposisi etnik negara sepanjang tempoh 10 tahun, dengan bahagian Bumiputera meningkat sebanyak 2.1 mata peratusan, sementara masyarakat Cina mencatatkan penurunan 1.4 mata peratusan dan India sebanyak 0.5 mata peratusan.

Menurut data berkenaan, Bumiputera yang merangkumi orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak membentuk 68.6 peratus daripada jumlah warganegara pada 2016 sebelum meningkat kepada 70.7 peratus pada 2026.

Dalam tempoh sama, bahagian masyarakat Cina menurun daripada 23.4 peratus kepada 22 peratus, manakala masyarakat India berkurangan daripada tujuh peratus kepada 6.5 peratus.

Kumpulan etnik lain turut mencatatkan penurunan daripada kira-kira satu peratus pada 2016 kepada 0.8 peratus pada 2026.

Perubahan itu memperlihatkan peningkatan bahagian Bumiputera dalam komposisi warganegara Malaysia, sementara bahagian kumpulan etnik lain menunjukkan penyusutan dari segi peratusan.

Bagaimanapun, penurunan peratusan sesuatu kumpulan etnik tidak semestinya bermaksud jumlah sebenar penduduk kumpulan berkenaan turut berkurangan. Perubahan itu juga boleh berlaku apabila jumlah penduduk kumpulan lain meningkat pada kadar yang lebih pantas.

Antara faktor yang boleh mempengaruhi perubahan demografi ialah perbezaan kadar kelahiran, struktur umur penduduk, migrasi dan kadar pertumbuhan penduduk mengikut kumpulan etnik.

Perubahan komposisi penduduk turut mempunyai implikasi terhadap perancangan pembangunan negara, termasuk penyediaan kemudahan pendidikan, peluang pekerjaan, perumahan, perkhidmatan kesihatan dan pengagihan sumber ekonomi.

Namun, peningkatan bahagian Bumiputera kepada lebih tujuh daripada setiap 10 warganegara tidak boleh dijadikan ukuran langsung terhadap tahap penguasaan ekonomi atau kesejahteraan kumpulan berkenaan.

Penilaian terhadap kedudukan ekonomi setiap kumpulan etnik memerlukan penelitian berasingan terhadap indikator seperti pendapatan isi rumah, kadar kemiskinan, pemilikan aset, penyertaan dalam pasaran pekerjaan dan peluang pendidikan.

Perbandingan 2016 hingga 2026 itu berdasarkan laporan Current Population Estimates, Malaysia, 2014–2016 dan Current Population Estimates, Malaysia, 2026 yang diterbitkan DOSM, dengan angka 2026 merupakan anggaran awal.

Data berkenaan merujuk kepada komposisi etnik dalam kalangan warganegara Malaysia, bukan keseluruhan penduduk negara yang turut merangkumi bukan warganegara.

Nota editorial: Peratusan yang dibandingkan ialah bahagian setiap kumpulan etnik dalam kalangan warganegara Malaysia, bukan keseluruhan penduduk termasuk bukan warganegara.





Sampai Bila DBKL Nak Buat ‘Buta Kayu’ Pada Gerai Haram?

 

IMG_7593

Kewujudan premis haram di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mesti dibendung segera bagi mengelakkan imej negara tercalar. Foto DBKL

PENDAPAT, 9 Okt – Persoalan mengenai keadilan ruang bandar sering kali mencetuskan perdebatan hangat di Kuala Lumpur, terutamanya apabila ia menyentuh isu penjaja tepi jalan yang beroperasi di zon kelabu perundangan.

Di satu sudut, kita melihat ketegasan pihak berkuasa terhadap premis komersial berlesen; di sudut yang lain, kelompok peniaga tertentu terus berniaga di sempadan rizab awam dengan berselindung di sebalik surat kebenaran yang dipertikaikan kesahihannya.

Langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meroboh struktur haram bukan sekadar mematuhi undang-undang tetapi memastikan suasana ibu negara bebas daripada kehadiran warga asing secara berperingkat. Foto DBKL

Senario ini lazimnya bermula di kawasan sekitar flat kos rendah atau Projek Perumahan Rakyat (PPR). Deretan gerai yang didirikan menggunakan struktur separa kekal sering kali menduduki kawasan anjung bangunan atau menghadap jalan utama.

Bagi segelintir pihak, kehadiran warung-warung ini dilihat sebagai kemudahan harian komuniti setempat. Namun, bagi pembayar cukai dan pemilik premis perniagaan sah yang terikat dengan pelbagai syarat pematuhan ketat, situasi ini mencerminkan jurang dwi-standard yang ketara dalam landskap pentadbiran bandar.

Kewujudan premis haram di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mesti dibendung segera bagi mengelakkan imej negara tercalar. Foto DBKL

Apabila aduan dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), jawapan yang kerap diterima berkisar pada isu bidang kuasa.

Peniaga yang mendirikan struktur di sempadan lot strata sering kali mengemukakan surat sokongan atau kebenaran daripada Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Persatuan Penduduk setempat.

Langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meroboh struktur haram bukan sekadar mematuhi undang-undang tetapi memastikan suasana ibu negara bebas daripada kehadiran warga asing secara berperingkat. Foto DBKL

Dokumen inilah yang dijadikan ‘perisai sakti’ untuk menangkis sebarang tindakan awal daripada penguat kuasa bandar raya.

Dari sudut perundangan, kedudukan surat-surat sedemikian sebenarnya adalah satu penipuan terang-terangan. Di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Act 757), mandat utama sesebuah JMB terhad kepada pengurusan dan penyelenggaraan harta bersama penduduk dalam lingkungan skim strata tersebut.

Kewujudan premis haram di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mesti dibendung segera bagi mengelakkan imej negara tercalar. Foto DBKL

Mereka tidak mempunyai bidang kuasa mutlak untuk meluluskan sebarang struktur perniagaan komersial di luar sempadan lot atau mengambil alih kawalan rizab jalan raya yang terletak di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan.

Begitu juga dengan Persatuan Penduduk yang ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan 1966, di mana fungsi mereka berteraskan aktiviti kemasyarakatan dan sosial, bukannya pengurusan tanah atau perancangan bandar.

Langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meroboh struktur haram bukan sekadar mematuhi undang-undang tetapi memastikan suasana ibu negara bebas daripada kehadiran warga asing secara berperingkat. Foto DBKL

Walau bagaimanapun, undang-undang utama yang mengawal selia ruang awam, seperti Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), memberikan garis panduan yang jelas mengenai larangan pembinaan struktur tanpa kelulusan pelan rasmi, terutamanya di atas rizab parit dan laluan pejalan kaki.

Cabaran yang dihadapi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bukan sekadar isu perundangan semata-mata, tetapi turut berdepan dengan tekanan persepsi awam yang semakin meruncing akibat ketakutan menghadapi video tular di media sosial.

Kewujudan premis haram di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mesti dibendung segera bagi mengelakkan imej negara tercalar. Foto DBKL

Sering kali, operasi penguatkuasaan dipatahkan apabila segelintir pihak merakam video pendek dan memuat naiknya ke alam maya tanpa memaparkan konteks sebenar, melukiskan pihak berkuasa sebagai pihak yang kejam. Akibat takut ditekan netizen, DBKL kerap mengambil jalan mudah untuk berundur dan membiarkan ketidakaturan ini berterusan.

Namun, mengemudi sebuah metropolis seperti Kuala Lumpur menuntut ketegasan, bukannya pandangan yang mencair akibat sentimen murahan.

Kewujudan premis haram di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mesti dibendung segera bagi mengelakkan imej negara tercalar. Foto DBKL

Usaha kerajaan menerusi inisiatif nasional seperti Lestari Niaga untuk menaik taraf pusat penjaja dengan peruntukan jutaan ringgit membuktikan bahawa negara komited menyediakan ruang perniagaan yang bersih, selamat, dan teratur.

Matlamat dasarnya jelas: menyusun semula ekosistem penjaja agar tidak lagi bergantung kepada struktur haram di tepi jalan yang merosakkan sistem perparitan dan lalu lintas bandar.

Langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meroboh struktur haram bukan sekadar mematuhi undang-undang tetapi memastikan suasana ibu negara bebas daripada kehadiran warga asing secara berperingkat. Foto DBKL

Sudah tiba masanya DBKL membuang sikap penakut, merobohkan benteng palsu JMB, dan menghentikan sandiwara pekak badak ini.

Penguatkuasaan yang adil, tegas, dan berlandaskan undang-undang yang saksama bukan sahaja memelihara imej Kuala Lumpur sebagai bandar raya terbilang, malah menuntut keadilan mutlak buat seluruh warga kota yang taat pada peraturan.

Oleh Lai Chen Heng
Mantan Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur





TAK PERNAH CERDIK....






Norman Daud


 Terkejut saya membaca hantaran lintang dari Ketua penerangan  PAS ni


Ehh.. ropernya dia ni sedar mengenai krisis di selat Hormuz dan krisis tenaga dunia, saya ingat dia ni tak sedar.


Yang peliknya kenapa selama ini dia dan semua geng PAS mempertikaikan setiap langkah mitigasi yang dilakukan oleh kerajaan bagi menghadapi krisis tu?


Kalau langkah yang kerajaan ambil dirasakan tidak tepat kenapa tak bagi cadangan untuk kerajaan perbaiki usaha mereka? Mereka hanya mengkritik dan memesongkan fakta demi kepentingan politik mereka.


Dan Kenapa dia dan rakan rakan dia sentiasa mengelirukan orang ramai dengan mengatakan seolah olah kerajaan berbohong mengenai krisis di timur tengah tu? Seolah olah krisis ini tidak memberi impak langsung kepada fiskal negara?


Hari ini bila bajet balenjawan negara akan dibentangkan.. tiba tiba otak tu jadi berfungsi? Tiba tiba hari ni tersedar kesan krisis tu pada kewangan negara? 


Selama ni berapa banyak dah maki hamun penyokong beliau kepada PMX kerana melaksanakan dasar dasar untuk memastikan setiap rakyat masih menikmati subsidi walau dimasa krisis.


Berlaku jujurlah wahai ketua penerangan PAS.

Cukup cukuplah memperbodohkan rakyat.






SARANAN ORANG TAK CERDIK. PATUT UMNO TAK NDAK....SEBAB UMNO ADA AKMAL GANTI DIA


Che Ibrahim


 Desak la guru guru etek, jangan pergi mengajar sehingga Fadhlina meletak jawatan.





SAARANI KEKAL MB, PN-BN BOLEH GEGARKAN PUTRAJAYA?








IPOH: Bagaimana jika satu formula politik paling mengejutkan di Perak tiba-tiba muncul — BN dan PN bergabung, tetapi Datuk Seri Saarani Mohamad terus dikekalkan sebagai Menteri Besar?


Jika formula itu berjaya dipersetujui, persoalannya bukan lagi sekadar mengenai perubahan kerajaan negeri.


Ia boleh membuka satu babak politik yang jauh lebih besar — sejauh mana kestabilan Kerajaan Perpaduan di Putrajaya mampu bertahan sehingga PRU16.


Ini kerana Perak mempunyai 59 kerusi DUN dan sejarah politiknya sendiri menunjukkan bahawa perubahan blok sokongan bukan sesuatu yang mustahil. Selepas PRU15, PN memenangi 26 kerusi, PH 24 dan BN sembilan, sebelum BN memilih bekerjasama dengan PH dan Saarani dikekalkan sebagai Menteri Besar.


Maka, kalau politik Perak kembali berputar dan BN-PN pula menemukan titik temu, kunci paling besar mungkin bukan siapa mempunyai kerusi terbanyak — tetapi siapa sanggup berkompromi mengenai jawatan Menteri Besar.


SAARANI: BATU PENGHALANG ATAU JALAN PENYELESAIAN?


Di sinilah nama Saarani menjadi sangat penting.


Jika BN meletakkan syarat bahawa Saarani mesti kekal sebagai Menteri Besar, manakala PN bersedia menerima formula tersebut, satu persoalan besar akan terjawab lebih awal:


siapa menjadi MB?


Sekiranya persoalan itu sudah diselesaikan, rundingan boleh bergerak kepada perkara lebih besar — pembahagian kerusi, struktur kerajaan dan bentuk kerjasama politik.


Ironinya, Saarani sendiri pernah menjadi titik temu politik BN-PN sebelum ini.


Selepas krisis politik Perak pada 2020, BN, PAS dan Bersatu pernah mencapai persetujuan mencadangkan Saarani sebagai Menteri Besar.


Selepas PRU15 pula, BN memilih bekerjasama dengan PH dan sekali lagi Saarani kekal sebagai Menteri Besar.


Maksudnya jelas: nama Saarani bukan asing dalam formula politik rentas blok.


Persoalannya cuma satu:


Adakah formula itu boleh berlaku sekali lagi — kali ini BN dan PN?


DAN DI SINILAH PAS BERDEPAN SOALAN BESAR


Jika PAS mahu mengetuai kerajaan negeri sekiranya PN membentuk kerajaan, tuntutan itu secara politiknya boleh difahami.


Tetapi jika matlamat lebih besar ialah membina satu pakatan BN-PN, persoalan kompromi tidak dapat dielakkan.


Apatah lagi sudah ada kenyataan terbuka daripada pimpinan PN mengenai keterbukaan untuk berunding dengan BN, termasuk kemungkinan pembahagian kerusi di Perak.


Maka muncul satu persoalan yang mungkin tidak selesa untuk dijawab:


Jika BN meminta Saarani dikekalkan sebagai MB sebagai syarat kompromi, adakah PAS bersedia melepaskan tuntutan terhadap kerusi MB demi formula yang lebih besar?


Atau sebaliknya:


Adakah kerusi MB terlalu penting sehingga menjadi tembok kepada pembentukan formula BN-PN?


Ini bukan soal menuduh mana-mana pihak tamak.


Tetapi dalam politik, setiap tuntutan mempunyai harga dan setiap kompromi mempunyai kos.


KALAU SAARANI DIKEKALKAN, APA YANG BOLEH BERUBAH?


Inilah bahagian paling menarik.


Bayangkan satu formula:


BN + PN = satu blok politik baharu di Perak


tetapi


Saarani = kekal Menteri Besar.


Jika itu berlaku, maka satu daripada persoalan paling rumit dalam rundingan — kepimpinan kerajaan negeri — sudah diselesaikan.


Selepas itu, tumpuan akan beralih kepada pembahagian kerusi dan struktur kuasa.


Dan jika BN-PN benar-benar mencapai persefahaman di Perak, implikasinya tidak berhenti di Ipoh.


Ia boleh mencetuskan persoalan lebih besar di Putrajaya.


Jika di Perak BN dan PN boleh duduk semeja, apakah yang menghalang formula politik yang sama daripada menjadi tekanan kepada Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan?


Itulah sebabnya isu ini jauh lebih besar daripada jawatan Menteri Besar.


“SENJATA” TERAKHIR SEBELUM PRU16?


Sekiranya ada formula yang mampu mengubah kerajaan negeri tanpa perlu menunggu PRU16, ia secara politik boleh menjadi satu bentuk tekanan kepada kerajaan pusat.


Namun sehingga kini, tiada pengumuman rasmi bahawa BN Perak mahu meninggalkan PH atau kerajaan negeri akan ditukar kepada BN-PN.


Malah, pimpinan UMNO dan Saarani masih menyatakan komitmen untuk meneruskan Kerajaan Perpaduan sehingga pembubaran Parlimen dan DUN.


Justeru, perkara ini masih berada dalam ruang analisis dan kemungkinan politik, bukan perkembangan yang telah berlaku.


Tetapi politik tidak semestinya bermula dengan pengumuman.


Kadangkala ia bermula dengan satu soalan:


“Kalau semua syarat boleh dipersetujui, apa yang masih menghalang?”


PERAK: SIAPA BERANI BUAT LANGKAH PERTAMA?


Jika suatu hari BN-PN benar-benar mahu menggunakan Perak sebagai medan membina formula baharu, persoalan terbesar mungkin bukan lagi tentang jumlah kerusi.


Ia tentang kesanggupan berkompromi.


BN perlu memutuskan sejauh mana ia sanggup bergerak daripada formula Kerajaan Perpaduan.


PN pula perlu menjawab sama ada ia sanggup menerima Saarani sebagai MB sekiranya itu menjadi sebahagian daripada kompromi.


Dan PAS khususnya perlu berdepan persoalan politik yang lebih luas:


Adakah matlamatnya semata-mata mendapatkan jawatan Menteri Besar, atau membina formula yang boleh mengubah keseluruhan landskap politik Perak?


Kerana jika jawatan menjadi tembok, formula mungkin tersekat.


Tetapi jika kompromi tercapai, peta politik Perak boleh berubah tanpa menunggu hari pengundian.


RUMUSAN: SAARANI BOLEH JADI “KUNCI” KEPADA FORMULA YANG LEBIH BESAR


Di sinilah letaknya paradoks politik Perak.


Orang yang mungkin dilihat sebagai sebahagian daripada kerajaan sedia ada juga boleh menjadi sebahagian daripada formula kompromi baharu — sekiranya semua pihak bersedia berunding.


Dan jika Saarani kekal sebagai MB menjadi harga yang perlu dibayar untuk membolehkan BN-PN membentuk satu persefahaman, maka persoalannya bukan lagi:


“Siapa dapat jawatan MB?”


Tetapi:


“Siapa sanggup melepaskan tuntutan jawatan demi mendapatkan kuasa politik yang lebih besar?”


Jika tiada siapa mahu berundur, formula itu akan terus menjadi teori.


Tetapi jika satu pihak sanggup berkompromi, Perak boleh menjadi antara medan paling menarik untuk melihat sejauh mana hubungan BN-PN mampu berubah sebelum PRU16.


Dan akhirnya, soalan paling panas tetap kembali kepada PAS:


“Jika Saarani dikekalkan sebagai Menteri Besar boleh membuka jalan kepada satu formula BN-PN yang lebih besar, adakah kerusi MB perlu menjadi harga mati?”


Kerana dalam politik, kadangkala kuasa bukan hilang kerana kalah pilihan raya — tetapi kerana gagal mencapai kompromi sebelum pilihan raya.