KUTUK ORANG LAGI. LA JADI PM TEPI. BAB MENYAKAW JANA WIBAWA HANG TAK MAU CERITA KA.?


 

KISAH TENGAH MALAM. JOM DENGAR


 

TANGKAP PENGKHIANAT NI.


 

MERAPU APA PULAK TAK TAU.


 

SIAPA ORANG KERAJAAN MADANI YANG DIHANTAR BERJUMPA PAS?


Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin mengsahkan terdapat usaha daripada pihak tertentu yang ingin mempelawa parti itu untuk bersama dalam kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.


Malah, katanya, perkara itu ada dibangkitkan pada Majlis Syura Ulama, namun hanya secara sepintas lalu dan tiada apa-apa keputusan dibuat mengenainya.


“Kita perlu kaji dan tengok baik buruk mengenainya dan adakah dalam kerjasama di dalam kerajaan itu ada DAP dan sebagainya. 


“Perkara itu akan diteliti sebelum sebarang keputusan dibuat.


“Ya, memang ada usaha daripada pihak tertentu yang mengajak kita bersama di dalam kerajaan perpaduan dan kita belum buat apa-apa keputusan lagi,” kata Hashim sebagaimana dipetik daripada sebuah portal berita.


Menurut musyidul am PAS itu lagi, sebagai parti tunggal yang mempunyai kerusi terbanyak di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) majoriti Melayu, kerjasama itu tidak dinafikan boleh membantu memperkuatkan kedudukan kerajaan.


Namun, kata Hashim,  PAS memerlukan kajian dan perbincangan lebih menyeluruh lagi..


“Ada baik dan buruknya perkara tersebut dan PAS masih tidak membuat sebarang keputusan muktamad mengenainya”, katanya lagi.


Meskipun kita tahu Hadi Awang selaku Presiden Pas mempunyai pendirian yang keras terhadap Anwar dan boleh dikata menolak secara total untuk bersama kerajaan perpaduan, apa yang menarik di sini ialah rupa-rupanya masih ada usaha pihak tertentu yang terus berminat untuk mendekati Pas.


Pastinya yang menarik untuk diketahui di peringkat ini juga ialah siapakah pihak tertentu yang membuat pelawaan itu?


Melihat kepada percaturan politik yang sedang berlaku, tidak sukar menjangka bahawa paling mungkin pihak tertentu itu adalah mewakili Anwar.


Ia dipercayai selain sebagai langkah mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan perpaduan, juga bertujuan untuk memecahkan kesatuan dalam PN yang merupakan pencabar utama PH dalam PRU16 akan datang.


Di pihak UMNO, mereka tidak mungkin mahu mendekati Pas untuk membawa parti itu bersama-sama dalam kerajaan kerana ia dengan sendirinya boleh mengancam keistimewaan mereka dalam pegangan kuasa dan perebutan kasih sayang daripada Perdana Menteri.


Begitu juga dengan Amanah, tiada kewajaran untuk mereka mendekati Pas bagi mempelawanya bersama dalam kerajaan perpaduan.


DAP, GPS atau GRS dan lain-lain parti, lagilah tidak ada keperluan untuk mereka berbuat demikian.


Hanya pihak yang mewakili Anwar saja ada kemungkinan untuk mendekati dan membuat pelawaan tersebut kepada Pas.


Jika kenyataan Hashim itu bukan berita palsu, apakah ini menunjukkan di mata Anwar, Pas lebih bernilai tinggi berbanding UMNO untuk mengekalkan kelangsungan kuasanya sebagai Perdana Menteri?


Apakah Pas tidak mampu dilawan secara berdepan melalui kesepakatan kesepakatan parti-parti dalam kerajaan madani?


Jika akhirnya usaha mendekati Pas itu tidak menjadi kenyataan, apa pilihan lain buat Anwar? – ShahbudinHusin 29Ogos2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/08/29/siapa-orang-kerajaan-madani-yang-dihantar-berjumpa-pas.html



ORANG PLANET MARIKH BARU TURUN KE BOMI..

 


Mamat ni duduk planet mana agaknya. Terdesak nak hasut rakyat benci kerajaan, sampai sebut benda yang tak ada. 𝗠𝗮𝗻𝗮 𝗱𝗶𝗮 𝗸𝘂𝘁𝗶𝗽 𝗰𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗴𝘂𝗹𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗥𝗢𝗡95 𝗻𝗮𝗶𝗸 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮?



Bulan setakat tak naik harga, bahkan kerajaan 𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗮𝗱𝗮 𝗮𝗽𝗮-𝗮𝗽𝗮 𝗿𝗮𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘁𝗮𝗿𝗶𝗸 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶. Mamat ni sengaja nak timbulkan keresan rakyat dengan reka cerita palsu.


Kan jahat ni. Ini kalau diambil tindakan dia tuduh pula kerajaan zalim. 𝗦𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘇𝗮𝗹𝗶𝗺 𝗶𝘁𝘂 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 kerana 𝗺𝘂𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂 untuk undang kemarahan rakyat.


Tapi kalau nak, boleh juga. Lepas ni siapa nak beli gula dan RON95, kalau ada keahlian PAS atau PN, beri dia 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶. Sebab dia yang sibuk sangat.


Begitulah bila hati telah dipenuhi syaitan. Tipu, fitnah dan perbuatan jahat 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗷𝗲𝗹𝗶𝗸 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮. Mereka dah anggap normal. Tiada lagi rasa takutkan dosa dan balasan Allah ﷻ. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


TERIMA KASIH PMX. KATA ANWAR CAKAP MOHONG.. SANUSI NU YANG CAKAP MOHONG. SOKONG PAS HANGPA DAPAT APA?? .

 




LAIN KALI GUNA BAHASA MELAYU SAJA. KATANYA.

 

Che Ibrahim

Lainkali bila ada majlis, guna bahasa melayu Kelantan atau Kedah sahaja, baru ori. 




CARA AL MARHUM MENDENGAR PENDAPAT ORANG


Hisaham Fauzi


 Dalam mesyuarat. Inilah cara kedudukan almarhum tok guru ketika mendengar orang memberi pendapat. Tangannya di telinga, dan beliau akan tumpukan sepenuhnya pendengaran kepada apa yg diperkatakan ahli mesyuarat kepadanya.



Pernah beliau bertanya pendapat perundangan kepada saya semasa satu mesyuarat. Bila saya menyuarakan pendapat saya, beginilah almarhum tok guru mendengarnya penuh khusyuk dengan tangan di telinga. Walaupun ketika itu saya masih seorang "budak" yang baru dilantik jadi AJK Pas Kelantan pada usia 33 tahun.



MUKA TAK TAU MALU. DIA KATA TAK SELAMAT TINGGAL DI NEGARA INI... KONONNYA LA.


MSO

 Orang ini seorang yang sanggup melakukan apa saja untuk capai kemahuan peribadinya. Dia tidak segan dan malu dan tidak peduli apa orang tuduh dan lemparkan kepadanya.


Psykologinya juga sangat tinggi dan punya keyakinan diri yang tidak mudah goyah. Dia sanggup dan tergamak  bergaduh atau menganiaya sesiapa saja asalkan apa dihajati dicapai. Dia juga tak malu dan segan untuk berbaik dengan orang dimusuhinya sekiranya orang itu menguntungkannya. 


Dia bergaduh dengan hampir semua pesaing politiknya dan sanggup menebalkan muka untuk berbaik kembali. Sebagai contoh dia pernah aniaya Anwar Ibrahim kemudian dia terhegeh hegeh jumpa Anwar untuk dapat sokongan politik.


Dia pernah menghina dan mencaci parti Pas kemudian sedia menerima pemimpin Pas yang juga kebetulan mahu menumpang kasih daripadanya.


Dia iuga pernah mengambil tindakan ke atas gerakan Al Arqam sehingga jemaah dakwah dan ekonomi itu diharamkan tetapi akhirnya dia sedia ke perkampungan Al Arqam untuk membina hubungan demi survive politiknya.


Terbaru dengan lagak sebagai seorang lelaki nyanyuk dia merayau ke Dataran Putrajaya dihari sambutan hari kebangsaan dengan membawa sebatang bendera Jalur Gemilang untuk menangih sokongan rakyat untuk survive sisa sisa hayat politiknya.


Orang ini Dr Mahathir Mohamad seorang insan yang tidak tahu malu dan peduli maruah diri. Trims.



RAKYAT AKAN TOLAK PARTI YANG AKAN BERGABUNG DENGAN PAS DI PRN SABAH!


Abdul Hadi berkata untuk membolehkan PAS mentadbir negara, parti itu perlu terlebih dahulu menang di negeri bawah bayu itu. "PAS mesti memperkasakan kedudukan di Sabah. Bagi melaksanakan perkara ini maka kita mesti menang di Sabah atau ada kerusi yang kita menangi. "Sama ada kerusi kita atau kita ajak kawan-kawan parti lain yang bergabung bersama-sama dengan kita untuk menubuhkan kerajaan demi memerdekakan negara kita sepenuhnya tanpa bergantung dengan makhluk asing," katanya dalam kenyataan di Facabook malam tadi. Abdul Hadi berkata dia melihat PAS mempunyai masa depan di Sabah memandangkan ramai yang hadir pada Konvesyen PAS di Kota Kinabalu semalam terdiri daripada kalangan anak muda. ==================================================================================== Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar semangat jiwa merdeka dan perpaduan yang ditonjolkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 hari ini kekal berpanjangan. Beliau turut menzahirkan harapan agar semangat yang ditonjol oleh rakyat itu mampu memacu usaha mengangkat darjat dan martabat negara ke tahap lebih hebat. “Sebelum bergerak pulang, saya dan (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) mengambil peluang untuk ketemu peserta perarakan dan rakyat yang bersama-sama menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Dataran Putrajaya. “Saya amat berbangga kerana dapat berkongsi semangat patriotik, perpaduan dan kecintaan pada tanah air ini bersama-sama kalian di hari penuh bersejarah dan bermakna ini,” kata beliau menerusi catatan di laman Facebook hari ini. Bertemakan Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka, sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang dihadiri lebih 100,000 pengunjung itu disemarakkan dengan perbarisan dan perarakan oleh 17,262 peserta, 57 kontinjen, 22 pasukan pancaragam, 343 aset darat, 37 udara serta 112 haiwan dalam perkhidmatan.



Laporan Polis Ke Atas Tun Faisal! PEMIMPIN WANITA PAS ADA LV sebar FITNA...


Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (WP) telah membuat laporan polis ke atas Datuk Tun Faisal Ismail Aziz kerana memuat naik artikel berbaur fitnah di laman Facebooknya. Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO WP, Nasrun Nasaruddin berkata, hantaran yang dibuat pada 27 Ogos lalu itu berbaur fitnah dan mencabar kredibiliti Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam urusan lantikan Perdana Menteri. “Saya bersama dengan seluruh Ketua Pergerakan Pemuda dan Ketua Penerangan Pemuda UMNO dalam WP hadir ke Balai Polis Setapak, membuat satu laporan polis terhadap Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mengenai hantaran di laman Facebooknya yang bertarikh 27 Ogos 2024 bertajuk ‘Zahid Patutnya Disiasat Atas Kesalahan Menderhaka Dan Menipu Yang di-Pertuan Agong, Anwar Dan Zahid Juga Perlu Buktikan 10 SD Yang Bertindih Ni Siapa Punya’. “Bagi kami Pergerakan Pemuda UMNO WP, artikel ini secara tidak langsung telah menimbulkan rasa tidak puas hati, memfitnah, mencabar kredibiliti Presiden UMNO dan mempertikaikan peranan serta kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam urusan lantikan Perdana Menteri. “Kami mewakili Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Wilayah Persekutuan mendesak agar siasatan dapat dilakukan dan tindakan sewajarnya harus diambil sekiranya beliau didapati bersalah,” katanya dalam satu sidang media, pada Khamis. Pada Selasa, Tun Faisal memuatnaik satu hantaran di laman Facebooknya mengatakan bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menipu dan mengelirukan Yang di-Pertuan Agong ke-16 kerana dikatakan mempunyai kesemua 30 akuan bersumpah (SD). Menurutnya, pendedahan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau mempunyai 115 SD mengandaikan Ahmad Zahid dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai majoriti untuk mengangkat sumpah. Menerusi hantaran tersebut, beliau turut mendesak Anwar untuk membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan cukup bagi menjawat jawatan Perdana Menteri. – UMNO Online






AMARAN TEGAS KEPADA GENG PENGHASUT KAUM DITUJUKAN KEPADA SIAPA?


Sempena Amanat Hari Kebangsaan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran tegas kepada sesiapa sahaja yang berani menghasut rakyat sehingga membawa ke arah keganasan, kebencian dan permusuhan. Anwar berkata, kerajaan akan gunakan segala kekuatan yang ada supaya kelompok yang membawa hasutan kaum tidak terlepas dari tindakan undang-undang. “Andai kata ada mana-mana kelompok kecil yang bawa hasutan kaum ke arah keganasan, kebencian dan permusuhan antara satu sama lain… “Saya tidak peduli apakah disenangi media antarabangsa atau luar, tugas kita adalah selamatkan negara kita yang tercinta ini. “Kita gunakan segala kuasa dan kekuatan yang ada. Kalau tidak cukup, kita pinda, tambah peruntukan undang-undang. “Kita ambil tindakan supaya negara ini selamat dan dapat diangkat menjadi negara hebat di rantau dan dunia ini,” katanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya hari ini. Dalam ucapan sama, beliau turut mengajak rakyat Malaysia benar-benar memaknai erti kemerdekaan sempena Hari Kebangsaan 2024 yang akan disambut pada esok.






RENTASAN 1633 | INI NATIJAHNYA 'CARI PASAL' DENGAN ISTANA, KINI TIADA LA...



MENARIK DALAM RENTASAN 1633
1. PRESTASI EKONOMI NEGARA TERUS MELONJAK 2. AKTA HASUTAN - PERIUK TUDUH BELANGA HITAM 3. SIAPA LAWAN PAS JADI PENGIKUT DAJJAL?


DATUK DR. MASHITAH DISIASAT PDRM! KPN & MENTERI NGA KEJUTKAN RAKYAT!


Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan ke atas Datuk Dr. Mashitah Ibrahim yang didakwa terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, PDRM diberikan sepenuh kepercayaan untuk menyiasat kes membabitkan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu. “Aduan (laporan) sudah dibuat dan PDRM juga membuka kertas siasatan. Jadi biar proses (siasatan) itu berjalan dahulu. “Tidak perlu timbulkan spekulasi, saya serahkan kepada profesionalisme PDRM untuk menyiasat dakwaan berkenaan,” katanya ketika ditemui pada program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) di Kampung Baru Pulau Redang semalam. Dalam perkembangan sama, Saifuddin mengakui jenayah rentas sempadan antara negara-negara Asia Tenggara amat membimbangkan. “Semua negara (ASEAN) mengakui ‘trend’ jenayah rentas sempadan meningkat termasuk kes pemerdagangan manusia. “Kita juga bersetuju berkongsi maklumat perisikan bagi membanteras jenayah rentas sempadan daripada terus berleluasa,” katanya lagi. Mashitah sebelum ini menafikan penglibatannya dalam aktiviti sebuah kumpulan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar. Tegasnya, dakwaan yang dibuat oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) itu berdasarkan maklumat diperoleh daripada media picisan di Indonesia. Dia juga berkata tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah kepada pihak yang cuba mengaitkan dengan fitnah itu bertujuan menjatuhkan reputasi dirinya.




MUKA TEMBOK. BAIK HANG BERHENTI DULU SEBELUM KENA PENJARA.

 


Kan? Muka tembok Din Pagoh tu. 😆😅🤣😂 walaun masuk komen lekas! 



Hahaha jd PM tepi meroyan asik cukup jomlah dengan geng dia si eddy wang tuh? Sewel ni payah! 


Malu jah lawan ex YDPA pahang bab lantikan PM10 ? Suka hati baginda nak lantik siapa jadi pm10. Kan semua parti politik tak cukup simple majoriti 2/3 di PRU15. Meroyan tak sudah si PM tepi eh? 


19hb Disember 2022 pon dah buek keabsahan pm10 di sidang parlimen pon. Suar a majoriti mahu DSAI jd PM10 , nak apa lagi tah buktikan pmx ramai sokong jadi PM10? Ish! Tak malu tui Din Pagoh tu ye. Hahaha sewel ni payah! Kah3x 😁😆😅🤣😂🤭🫢🫣🤔😛



PNbest TENGKORAK APA... DULU AYAM PU. REGA SAMPAI 12-14 SEKILO. MINYAM MASAK 48 5 KILO. TU PUN JANGAN.. NAK JADI PM LAGI.

 Mak Tiri



Hapus subsidi ayam... satu kejayaan KPKM yg diterajui oleh YB Mohamad Sabu.


Sblm ni bila ada ura2 subsidi ayam nak dihapuskan... gegak gempita satu Malaya, harga ayam akan melonjak naik. Sampai ada yg mengunjurkan harganya akan smpai RM 12.00 sekilo.


Berdentum dentam para walaun dan walatok berganti2 menutoh kerajaan madani... khususnya YB Mat Sabu.


Rupanya...


Sblm kerajaan ambil tindakan tarik balik subsidi, satu kajian terpeinci telah dibuat. 


Dapatan dari kajian menunjukkan kenaikan harga ayam, bukan sangat terletak kpd dedak yg mahal, sebaliknya ini agenda keparat kartel2 ayam yg sejak sekian lama bermaharajalela.


Rupanya, ada sindiket kartel ayam yg membeli secara pukal ayam2 dari semua ladang2 besar, dan harga di mark-up mengikut kehendak mereka. Bukan pun sangat dgn harga pasaran.


Bygkan...berapa ratus juta RM telah mereka sakau, duit dari subsidi ayam. Sdgkan dlm masa yg sama, rakyat mendapat harga ayam pada purata RM 10.00 ke 12.00 sekilo.


Alkisahnya... bila kerajaan mengambil tindakan menarik balik subsidi ayam... maka kartel2 ini sudah tidak dpt lagi 'untung atas angin' tsb... dan ayam di'lepaskan' di pasaran terbuka, yg akhirnya menyebabkan lambakan. 


Di sebabkan faktor lambakan dan tiada lagi monopoli, maka hari ini rakyat telah dpt menikmati harga ayam 'yang sebenar'... sehinggakan, ada tempat2 tertentu sudah mula menjual pada harga RM 6.80 sekilo, 100% turun berbanding sewaktu kerajaan tebuk atap 33 bulan yg hampir memufliskan negara. 


Begitulah, bila kerajaan yg jujur utk menjaga kepentingan rakyat, natijahnya rakyat akan mendapat hak mereka...


Itulah bezanya, kerajaan yg hipokrit... sewaktu itu rakyat dijadikan mangsa utk mengkayakan kartel2 peliharaan mereka...


Dan rakyat dibohongi dgn kata2 "ayam mahal, sebab dedak yg terpaksa diimport dari Brazil dan India, naik harga'... 


Mentah2 jer rakyat kena kencing!..


Malangnya... walau dah basah lencun kena kencing... masih ada lagi yg terlajak bengap, bangga bersorak dgn slogan "PN Best", sampai terlupa isu berbilion ringgit dana Jana Wibawa yg dilesapkan dari kantung negara...


Lambat lagi la nak Merdeka!


🙄🙄🙄🙄🙄🙄



SAIYIDATINA KHADIJAH ISTERI RASULULLAH ADALAH DARI ALAM MELAYU?

Khairil Asyraf




Ada satu video seorang Prof yang tersebar mengatakan bahawa Saiyidatina Khadijah isteri Nabi Muhammad itu adalah berasal dari alam Melayu. Hujahnya begini :


1) Penulis Arab tak tulis detail pasal Khadijah

2) Khadijah seorang yang kaya

3) Orang kaya mesti ada emas

4) Untuk ada emas, orang itu mestilah datang dari alam Melayu

5) Kesimpulannya, Khadijah orang Melayu


Hujah beliau ini terlalu amat dangkal. Point-point beliau untuk membuat kesimpulan sebegitu hanyalah sekadar “cocoklogi” semata-mata. Berikut merupakan sanggahan saya terhadap hujah-hujah beliau :


1) Orang Arab memang begitu menjaga nasab mereka. Apatah lagi Saiyidatina Khadijah seorang wanita yang masyhur ini, pastilah lebih jelas asal usulnya dalam kalangan orang Arab. Beliau adalah seorang wanita dari golongan bangsawan Quraysh di Mekah. Nasab beliau ialah, Khadijah bint Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Luay bin Ghalib bin Fihr al-Quraysh. 


Saiyidatina Khadijah adalah isteri pertama Rasulullah dan menurut para ulama Sunni, beliaulah yang melahirkan 6 daripada 7 anak Rasulullah iaitu Qasim, Abdullah, Zaynab, Ruqayyah, Ummu Kulthum dan Fatimah. Daripada Saiyidatina Fatimah yang berkahwin dengan Saiyidina Ali ini pula lahir Saiyidina Hassan dan Saiyidina Hussein yang merupakan induk kepada seluruh Ahlul Bayt.


Tidak cukup dengan itu, para ulama Sirah juga mencatatkan bahawa Saiyidatina Khadijah memiliki sepupu yang merupakan Ahli Kitab yang kemudiannya beriman kepada kerasulan Nabi Muhammad iaitu Waraqah bin Nawfal bin Asad. Waraqah inilah yang mengesahkan tanda-tanda kenabian pada Nabi Muhammad setelah peristiwa datangnya Jibril di Gua Hira’.


Jelas sekali bahawa Saiyidatina Khadijah ini seorang Arab Quraysh di Mekah, bukan dari Alam Melayu. Nasab dan identiti Saiyidatina Khadijah ini masyhur bahkan ijmak para ulama Sirah, maka bagaimana mungkin Prof ini mendakwa “penulis Arab tak tulis detail pasal Khadijah”?


2) Benar, Saiyidatina Khadijah seorang yang kaya. Ini menunjukkan identiti beliau bukanlah misteri kerana kita tahu beliau seorang yang kaya. Kekayaan beliau adalah kerana beliau merupakan seorang dari keturunan bangsawan Quraysh yang bergiat dalam bidang perdagangan.


3) Ada emas atau tiada emas bukanlah isu utama. Sepertimana pada point sebelum ini, kekayaan Saiyidatina Khadijah adalah kerana aktiviti perdagangannya. Sudah masyhur dalam Sirah, bahkan tercatat dalam al-Quran iaitu dalam Surah Quraysh, bahawa orang Arab Quraysh di Mekah akan pergi ke Yaman pada musim sejuk dan ke Syam pada musim panas untuk menjalankan aktiviti perdagangan. Orang Arab Quraysh di Mekah ini menjadi “orang tengah” pada jalur perdagangan yang berpusat di Yaman dan Syam. Dari sinilah mereka mendapatkan kekayaan. 


4) Emas tidak semestinya datang dari Alam Melayu. Bahkan di wilayah Hijaz di semenanjung Arab sendiri adanya tempat yang dikenali sebagai Mahdul Zahab iaitu tempat yang kaya dengan emas. Sejak sebelum zaman Nabi Muhammad lagi orang Arab sudah ada kawasan emas sendiri. Bahkan, di wilayah Yaman, Mesir, Afrika dan lain-lain tempat sekitar semenanjung Arab juga kaya dengan emas. Kita sedia maklum tamadun Mesir yang terkenal dengan sejarah Firaun, Haman dan Qarun itu sendiri kaya dengan emas. 


Dan dengan jalur perdagangan yang wujud, maka bukanlah suatu perkara yang susah untuk orang Quraysh di Mekah untuk memiliki emas. Bahkan pada zaman Rasulullah sendiri telahpun menggunakan matawang Dinar emas. Maka bukanlah setiap perkara yang berkaitan dengan emas, mesti hanya datangnya dari Alam Melayu. Namun sekali lagi, ada emas atau tiada emas, bukanlah point yang utama, dan jika ada emas sekalipun, tidak semestinya berasal dari Alam Melayu.


5) Setelah melihat kepada rapuhnya hujah “cocoklogi” diatas, maka dapat disimpulkan bahawa kenyataan Saiyidatina Khadijah berasal dari Alam Melayu adalah suatu kekarutan sejarah yang teramat melampau. Sebelum ini Prof yang sama mendakwa Keturah adalah isteri Nabi Ibrahim yang berasal dari Alam Melayu. Namun, hujah-hujah rapuh “cocoklogi”nya telahpun saya jawab dalam akhbar sebelum ini. Jika Keturah yang samar identitinya itupun sukar nak dikaitkan dengan Alam Melayu, maka bagaimana pula nak kaitkan Saiyidatina Khadijah yang memang jelas identitinya sebagai seorang Arab Quraysh itu kononnya berasal dari Alam Melayu?


Saiyidatina Khadijah itu Ummul Mukminin. Beliau ialah isteri kepada junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad Rasulullah. Beliau ialah ibu kepada Saiyidatina Fatimah. Beliau ialah nenda kepada Saiyidina Hassan dan Saiyidina Hussein. Keperibadiannya begitu mulia disisi umat Islam. Maka usahlah merobek ketertinggian darjat Saiyidatina Khadijah ini dengan pembohongan sejarah semata-mata ingin menempelkan kemuliaannya kepada bangsa Melayu. 


Sesungguhnya tindakan ini tidak akan menjadikan bangsa Melayu menjadi mulia pun. Sebaliknya, ini akan merosakkan kemuliaan keluarga Rasulullah dan merosakkan sejarah Melayu itu sendiri. Apabila berkait dengan Nabi Muhammad, maka berhati-hatilah agar kita tidak termasuk dalam golongan yang berdusta atas nama Nabi. Melayu itu memiliki sejarah kehebatannya yang tersendiri tanpa perlu dinisbahkan kepada pelbagai fakta-fakta sejarah yang palsu. Menisbahkan sejarah yang palsu untuk kononnya membangkitkan semangat bangsa hakikatnya akan membuatkan bangsa ini semakin lemah dan hanyut dibuai kepalsuan.



NAK JAGA ANAK BERANAK LAGI KA BRO


 

KEH. KEH. KEH... TAK DE LIVE KA...

RMS

 Takde life ke bro..??

Suma tak kena.. nko jer terpaling dalam semua hal..





SEBAB TU LA RAKYAT NEGARA NI KENA CERDIK.


RMS

 Bila kerajaan larang warga asing dapat diesel subsidi, korang bising kononya kerajaan tindas rakyat.. warga asing dapat tak RM200.??



MAKLUK ASING PUN OK LAH. ASAL HANG JA BETOI.


 

HAH... TERANCAM.?


 

TERUK DAH... RASUAH PUN BOLEH... MACAM DAJJAL.


 

LAWATAN PMX KE BUKIT MERTAJAM DAN KUBANG SEMANG ,PEEMATANG PAUH.

 


Usai program di Sekolah Menengah Tinggi Bukit Mertajam, saya kemudiannya meluangkan masa melawat beberapa wad Hospital Bukit Mertajam sambil menyantuni pesakit dan warga hospital.







Sempat melawat kuarters diduduki keluarga kami sewaktu ayah saya berkhidmat sebagai ‘dresser’ (pembantu perubatan) di hospital tersebut pada 1955 sehingga 1959, hatta ia mempunyai tempat istimewa di hati keluarga saya.


Kuarters itu kini dijadikan pejabat urusan pentadbiran pembangunan hospital. 


Usai, saya melihat sendiri mesin Multidetector Computed Tomography (MDCT) Scanner, pemberian daripada Kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia dan pastinya bakal memberi manfaat kepada pesakit di hospital ini.


Mendoakan seluruh warga hospital terus semangat bekerja dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat.


#MalaysiaMADANI



WOIII HANGPA TENGOK WOIII... KALAU KENA JA KE PAS... MEMANG HALAL SELALU. MUNAFIK GILA..

 𝗦𝗮𝘆𝗮 𝗽𝘂𝘁𝗮𝗿 𝗵𝗮𝗹𝗶𝗺!




Tiba-tiba BlackRock tak ada kena mengena dengan 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗕𝗼𝗲𝗶𝗻𝗴 𝗱𝗶 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵.  Sebab dah 𝘁𝗲𝗿𝗰𝗶𝗱𝘂𝗸, macam biasa PAS akan menipu. Sebab ikut agama mereka, 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂 𝗶𝘁𝘂 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻.


Tengok je la. Dah tak dapat jawab, dia belitkan cerita. Pusing balik ke MAHB. PAS ingat semua manusia tu 𝘀𝗲𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻? Makin buat begini, makin nampak PAS tengah 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝗲𝗹𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗸.


Terang lagi bersuluh BlackRock mempunyai pegangan dalam Boeing. PAS nak tipu siapa? 6% atau 60% tetap saham. BlackRock akan 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗵𝗮𝘀𝗶𝗹 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗕𝗼𝗲𝗶𝗻𝗴 𝗱𝗶 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵. Tak rasa berdosa?


Beza antara pelaburan Boeing dengan MAHB, dalam penjualan 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗺 𝗺𝗶𝗻𝗼𝗿𝗶𝘁𝗶 𝗠𝗔𝗛𝗕, urusan hanyalah dengan GIP. BlackRock 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 hingga pembelian dimuktamadkan 


Dan penglibatan BlackRock adalah melalui 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗮𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗺 𝗚𝗜𝗣 yang mana perkara itu tiada dalam perbincangan ketika berurusan dengan GIP. Dan ianya di luar kawalan kerajaan.


Manakala dalam pelaburan Boeing ini pula, BlackRock memang 𝗱𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗕𝗼𝗲𝗶𝗻𝗴. Bukan baru baru semalam BlackRock melabur dalam Boeing. 𝗟𝗲𝗺𝗮𝘂 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 kalau tak tahu tentang itu.


Sekarang nampak jelas 𝘀𝗶𝗸𝗮𝗽 𝗺𝘂𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸 𝗣𝗔𝗦. Nampak jelas mereka bukan kisahkan Palestin. Mereka cuma tunggang isu Palestin untuk 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 supaya dapat burukkan kerajaan. Maka bodohlah mereka yang percayakan PAS.


Kita tak suruh batalkan pun pelaburan Boeing tu. Kita 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗯𝗮𝗹 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝘂𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶. Kita tahu betapa pentingnya pelaburan itu untuk oembangunan negeri dan negara. Untuk kesejahteraan rakyat.


Tapi kita cuma mahu PAS telus. Berhenti menjadi iblis yang 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝘀𝘂𝘁. Akui kenyataan dalam dunia hari ini, kita tak akan dapat lari dari BlackRock. Sesekali jadi manusia jujur. Tu je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


MAKAN NASI KANDAQ DI KUBANG SEMANG



 Keberkatan hari Jumaat sewaktu di Pulau Pinang ini saya manfaatkan dengan menyantuni masyarakat setempat sambil makan tengah hari di Warung Nasi Kandar Kubang Semang.










Sempat bertukar pandangan mengenai isu semasa dan menunaikan solat Jumaat bersama para jemaah di Masjid Kubang Semang sebelum pulang ke Putrajaya untuk tugasan rasmi seterusnya.


#MalaysiaMADANI



PMX DI HIGH. SCHOOL BUKIT MERTAJAM. SEKARANG DIKENALI SEK MEN TINGGI BUKIT MERTAJAM. TAPI ORANG PENANG TETAP PANGGE HIGH SCHOOL


 

Kertas siasatan bekas Timbalan Menteri di JPM sudah dibuka


bekas Timbalan Menteri di JPM sudah dibuka

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Kampung Baru Pulau Redang, Kuala Nerus. NSTP/Ghazali Kori
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Kampung Baru Pulau Redang, Kuala Nerus. NSTP/Ghazali Kori

KUALA NERUS: Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan pembabitan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dalam sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pihaknya percaya polis akan melakukan siasatan secara profesional dalam kes berkenaan.

Justeru, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

"Aduan telah dibuat, polis pun sudah buka 'IP' (kertas siasatan), jadi biar proses itu berjalan dulu.

"Sudah tentu pihak polis akan menjalankan siasatan mengikut lunas undang-undang, jadi saya tak mahu menimbulkan sebarang spekulasi (dan) saya meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada profesionalisme pada pasukan polis apabila mereka sudah buka fail mengenai perkara itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Kampung Baru Pulau Redang di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat dakwaan pembabitan seorang ahli politik tempatan dengan kumpulan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Setiausaha Agung MHO, Hishamuddin Hashim dilaporkan berkata, dakwaan itu susulan tular satu video sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar yang diterbitkan di Indonesia mendakwa seorang ahli politik dan suaminya terbabit aktif dalam sindiket pemerdagangan manusia.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, jenayah rentas sempadan termasuk kes pemerdagangan manusia di negara-negara ASEAN menunjukkan trend peningkatan.

Katanya, Malaysia juga tidak terkecuali daripada isu sama dan negara-negara ASEAN bersetuju mengambil langkah proaktif mengatasi isu berkenaan.



KALUT JUGA LA BAB DUIT NI.


 

KALUT JUGA NO BAB DUIT NI.


 

AZHAR IDRUS. NI MACAMANA PULAK NI.


 

BILA BLACKROCK MASUK KE NEGERI WALAUN...JADI HALAL BELAKA.


 

MACAM TAK SEKOLAH JA KAWAN HANG NAMA ROY NI


 

JOM FITNAH HARI NI.


 

ORANG TAK BACA DAH LA NI HARAMKAH NI.


 

SANUSI. KENA BUANG SEKOLAH 2 KALI. HANG NAK SEMBANG BAB PENDIDIKAN BUAT PA.


 

Kejadah apa pulak ni....

 

Desa HM


Kejadah apa pulak ni....




Masjid adalah tempat ibadat utk semua umat Islam tanpa mengenal warna kulit dan bangsa ... bukan tempat utk parti politik sesat buat program...


Terang2 titah Tuanku Sultan depa langgar... 


Main sondoi jer puak ni...


🙄🙄🙄🙄🙄



AKU OK JA RAKYAT DAN PM.

Desa HM 


Aku perhatikan..


Kat mana2 PMX pergi... beribu2 orang berebut2 nk bersalam dgn dia...


Kecik besar, tua muda... nmpak teruja berebut2 ke depan untuk dapat bersalam dgn dia...


Nmpak ketara majoriti rakyat sayang PMX.. 


Berbanding yang meluat kat dia...

Ada la 8 orang kot...


Biasa la... di zaman bila pun, mesti ada yang suka dan ada yang tak suka...


Mcm zaman midin sembab SD 115 dulu... dia izinkan rakyat keluar duit simpanan sendiri pun ramai gak rakyat yg suka... 


Menantu dia kebas duit dan lari keluar negara smpai tak balik2...

Pun ada jgk yg suka... 


Tapi... skrg puak yg suka kat midin... dah mula nampak. 


Tinggal yang benak ubi minum air kolah marang jer yang tak nampak.


🙄🙄🙄🙄🙄



WOIII LEBAI, HANG PI BELI DI NEGARA MANA?


Awi Awi



 Tak tahu adik junior saya ni beli gula Dan Ron 95 di Negara mana? Ada kawan-kawan seusrah dengan YB Ust bagi tahu tak kat stesen minyak mana dia beli.