MUKA TAK TAU MALU. DIA KATA TAK SELAMAT TINGGAL DI NEGARA INI... KONONNYA LA.


MSO

 Orang ini seorang yang sanggup melakukan apa saja untuk capai kemahuan peribadinya. Dia tidak segan dan malu dan tidak peduli apa orang tuduh dan lemparkan kepadanya.


Psykologinya juga sangat tinggi dan punya keyakinan diri yang tidak mudah goyah. Dia sanggup dan tergamak  bergaduh atau menganiaya sesiapa saja asalkan apa dihajati dicapai. Dia juga tak malu dan segan untuk berbaik dengan orang dimusuhinya sekiranya orang itu menguntungkannya. 


Dia bergaduh dengan hampir semua pesaing politiknya dan sanggup menebalkan muka untuk berbaik kembali. Sebagai contoh dia pernah aniaya Anwar Ibrahim kemudian dia terhegeh hegeh jumpa Anwar untuk dapat sokongan politik.


Dia pernah menghina dan mencaci parti Pas kemudian sedia menerima pemimpin Pas yang juga kebetulan mahu menumpang kasih daripadanya.


Dia iuga pernah mengambil tindakan ke atas gerakan Al Arqam sehingga jemaah dakwah dan ekonomi itu diharamkan tetapi akhirnya dia sedia ke perkampungan Al Arqam untuk membina hubungan demi survive politiknya.


Terbaru dengan lagak sebagai seorang lelaki nyanyuk dia merayau ke Dataran Putrajaya dihari sambutan hari kebangsaan dengan membawa sebatang bendera Jalur Gemilang untuk menangih sokongan rakyat untuk survive sisa sisa hayat politiknya.


Orang ini Dr Mahathir Mohamad seorang insan yang tidak tahu malu dan peduli maruah diri. Trims.



No comments: