MENGAUT NAMA DAN LABA DIATAS KESUSAHAN PEMIMPIN



Oleh :
Otai Reformis


Siapa Menteri Besar Selangor ketika 1998?
PENUMPANG POLITIK SANGGUP 'BUNUH' ANWAR       

Kerana saya ingin menulis cerita yg hampir sama... ... jadi saya copy cerita penulisan Shahbudin. Cuma saya nak tambah serba sedikit pengalaman kami puak reformis yg kadangkala dituduh over, berlagak, ditanya siapa reformis ini dlm perjuangan bersama Anwar dan bermacam mcm cercaan lagi diterima terutama anak2 muda yg ketika berlaku peristiwa Reformasi itu mereka ada yg masih bersekolah rendah.

Barulah saya tahu kenapa dahulu datuk nenek saya cukup berbangga kisah perang Jepun. Kadang2 berulang kali diceritakan sehingga saya boleh hafal jalan ceritanya. Sebab mereka melalui deritanya ketika itu yg membuatkan mereka tidak akan lupa segala yg berlaku.

Siapa kamu Amiruddin Shaari? Waktu itu kamu mungkin baru di Tingkatan 6, skg sudah berani menuduh Presiden kamu ini dgn pelbagai tohmahan. Sedangkan kamu dpt nikmat kerusi MB ini pun hasil reformasi yg dibangkitkan oleh Anwar dgn air mata.

Siapa kamu Elizabeth Wong , Zuraida, Dr Daroyah, Maria Chin Abdullah pada tahun 1998 dahulu? Yg skg mendapat kedudukan sebagai Exco dan Menteri? Apa perjuangan kalian dulu berbanding kami puak reformis berbulan bulan di jalanan ada yg dipenjara, dilokap, ditembak gas pemedih mata, dibuang kerja dan yg pasti lumat dipukul polis ketika itu?

Siapa kamu Saifuddin Abdullah yg hanya baru setahun dua berjuang bersama pembangkang dan kini terus menjadi Menteri? Tiba2 hari ini menentang Anwar Ibrahim? Sebab itu kami kata kalian ini semua haram jadah!

Kalian hanya seronok menikmati laba politik yg kalian lihat kononnya Azmin bakal menjadi PM 8...kalianlah 26 nama pemimpin2 PKR yg akan dikenang sebagai musuh dlm selimut yg menikmati keseronokkan dgn pangkat dan gaji mewah hasil usaha/perjuangan org lain.

Utk menjadi seperti skg... Anwar sanggup ke penjara hampir 10 tahun, dipukul dan ditelanjang. Derita keluarga Anwar tanpa suami dan ayah bertahun tahun.Kita melihat pun tidak sanggup... sebab itulah bila Tun bertemu Anwar di mahkamah.. anak2 Anwar ketika itu tidak memaafkan Tun. Derita mereka hanya mereka yg tahu.

Saya masih ingat mengikuti Anwar ke tanah perkuburan ibu, kakak, abang dan ayahnya dari penjara. Semua dia lalui itu dgn penuh penderitaan. Sedangkan di luar penjara ketika itu kalian pengikut Azmin ini seronok menjadi Exco dan Menteri Besar.

Anwar sejak 1998 digugurkan hingga kini tiada apa2 jawatan yg dipegang. Tiba2 selepas 20 tahun Anwar menanti saat utk dia kembali membawa perubahan negara dgn caranya... kalian dari partinya sendiri sanggup menjadi dalang utk menghancurkan karier politik Anwar dgn bersekongkol bersama Azmin Ali.

Kalian yg dikenali 'geng kartel' lebih jahat dari musuh politik kita UMNO. UMNO walau seburuk mana Najib masih mereka pertahankan. Wang hilang berbillion pun sanggup Pengurusi PAC, Noraini mempertahankan bos mereka. Begitu juga dgn parti2 yg lain.

Sanggup kalian menuduh Anwar 'gelojoh' utk menjadi PM. Anwar sudah menunggu 20 tahun masih dikatakan gelojoh. Apa salah Anwar sebenarnya sehingga Azmin Ali yg terpalit dgn skandal 'semburit' kalian pertahankan setengah mati...? Laba politik?... inilah perjuangan kalian.

Ingat kami reformis akn mengajar kalian penunggang2 politik ini nanti! Apa salah kalian? Salah kalian kerana sanggup menjatuhkan Presiden sendiri.

Penulisan Shabudin....
KENAPA ANWAR SELALU DIKHIANATI?

Ketika Tun Mahathir Mohamad mengunjungi Anwar Ibrahim di mahkamah pada 2016 yang menandakan berdamainya kedua-dua pemimpin itu sejak bermusuhan pada 1998, tidak ada yang meragui atau mempertikaikan keperluan beliau dikunjungi.

Ketika hubungan Tun Mahathir bertambah mesra dengan keluarga Anwar, khususnya dengan Dr. Wan Azizah dan Nurul Izzah, sementara Anwar sunyi sendiri di penjara, rata-rata yang gembira dan mengucap syukur bukan kepalang jumlahnya.

Ketika nama Anwar dinamakan secara konsensus oleh PH sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 selepas Tun Mahathir yang kemudian secara terbuka menyebut beliau hanya perlu dua tahun memegang jawatan itu, tidak kedengaran sesiapa bersuara membantahnya.

Ketika Anwar dibebaskan dan keampunan penuh daripada Yang Dipertuan Agong dipohon buatnya, juga tidak ada yang melihatnya sebagai tidak wajar atau tindakan tergesa-gesa oleh sebuah kerajaan yang baru berkuasa.

Tetapi, sebaik saja  beliau memutuskan bertanding di Port Dickson untuk kembali menjadi Ahli Parlimen dan menjelang setahun Tun Mahathir memegang kuasa sebagai Perdana Menteri sebelum sepatutnya melakukan peralihan kuasa pada Mei 2020, entah kenapa, tiba-tiba saja macam-macam suara kedengaran tanpa disangka.

Anwar bukan saja dipertikaikan kerana dilihat gopoh mahu mengambil alih jawatan Perdana Menteri, malah kedengaran pula suara yang mahu Tun Mahathir berkhidmat sampai tamat penggal PRU14 iaitu sehingga tahun 2023.

Kemudian, suara yang bercampur-campur itu berkembang lagi dengan dakwaan menuduhnya tidak layak menjadi Perdana Menteri atas pelbagai cerita yang direka-reka serta kononnya gagal mendamaikan parti sendiri.

Semakin dekat detik Anwar mahu diberikan janji mengambil alih jawatan Perdana Menteri sebagaimana yang sudah dimetrai, terlihat semakin ramai juga yang mahu menolak dan mengasaknya ke tepi.

Pendek kata, selain musuh yang nyata yang ingin menolaknya, satu demi satu rakan dan mereka yang pernah bekerja dengannya turut sama mahu mengkhianatinya.

Kenapa semua ini berlaku?

Apa yang mereka tidak suka bila Anwar jadi Perdana Menteri?

Dan apa yang mereka tiba-tiba jadi suka kepada Perdana Menteri sedia ada?

Seiiring dengan itu, mengimbas detik-detik lalu, ini bukanlah kali pertama sebenarnya Anwar dikhianati sebaik makin dekat kakinya menggapai kerusi Perdana Menteri.

Ketika dalam UMNO, walaupun sudah berjawatan Timbalan Presiden parti dan Timbalan Perdana Menteri ketika itu serta hanya selangkah lagi untuk menjadi pengganti, beliau tiba-tiba dikhianati oleh mereka yang sebahagiannya adalah rakan-rakannya sendiri dengan pelbagai fitnah yang mengaibkan sehingga dipecat, dipukul setengah mati dan akhirnya dipenjara.

Dalam era reformasi kemudiannya di mana ramai yang berjanji, tidak kurang sebahagian besarnya telah mungkir  janji dan lari meninggalkannya seorang diri.

Yang lari dan mungkir janji itu rata-ratanya adalah mereka yang pernah ditolong dan dijadikannya kaya raya, bukan yang miskin atau daripada kalangan kais pagi makan pagi.

Namun, dengan sokongan mereka yang setia dan percaya kepada perjuangan reformasi, walaupun pada suatu ketika PKR hanya tinggal satu kerusi iaitu Permatang Pauh yang dimenangi oleh isterinya, Anwar tidak pernah patah hati dengan semua yang menimpanya.

Sehinggalah beliau kemudian dibebaskan pada 2004 oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan liwat pertama, bersama kelemahan pentadbiran Tun Abdullah Badawi, gerakan kempennya pada PRU 2008 nyata membuahkan hasil apabila BN hilang majoriti dua pertiga serta lima negeri jatuh ke tangan PR.

Berbekalkan arus perubahan itu, PRU 2013 adalah medan yang sangat terbuka untuk Anwar memimpin PR menumbangkan BN dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

Malangnya, menjelang hari-hari terakhir sebelum hari mengundi, beliau tiba-tiba dikhianati oleh Pas yang menolaknya sebagai calon Perdana Menteri.

Pas sebaliknya mahu mengangkat Tengku Razaleigh Hamzah, pemimpin UMNO yang bertanding atas tiket BN sebagai calon Perdana Menteri pilihan mereka.

Anwar tidak pernah patah semangat dengan pengkhianatan itu dan meneruskan perjuangan menghadapi PRU 2013 sehingga akhirnya, walaupun BN gagal ditumbangkan, jumlah kerusi PR bertambah tujuh kerusi berbanding PRU 2008 serta menang dari segi undi popular.

Hanya ketika di dalam penjara barangkali beliau agak kurang dikhianati, meskipun di waktu itu ramai juga yang keluar meninggalkan PKR kerana banyak ditawarkan sesuatu yang menarik hati.

Kini, setelah setahun PH berkuasa dan sepatutnya laluan beliau menjadi pengganti Tun Mahathir semakin mudah serta tiada masalah kerana asas pemilihannya sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 adalah konsensus PH, sekali lagi bertimpa-timpa muncul mereka yang cuba mengkhianatinya.

Daripada rakan parti, kawan dalam gabungan, mereka yang pernah bekerja serta makan semeja dengannya dan pelbagai kelompok lainnya, tak termasuk musuh lamanya, ternampak tidak henti-henti percubaan mahu menyekat daripada menjadi Perdana Menteri.

Apa lagi mereka ini mahu agaknya?

Tidak bolehkah semua orang menerima Anwar seadanya, bukan saja kerana sudah ada konsensus memilihnya yang telah dipersetujui sebelum PRU14 lagi, tetapi juga mengambil kira pengorbanan, derita dan jasanya mewujudkan gabungan parti-parti untuk melawan BN sejak 20 tahun lalu?

Lagi pun, selain Anwar, siapakah lagi yang lebih layak dan diterima oleh semua parti dalam PH sebagal bakal Perdana Menteri ke-8?

Dan kalau bukan Anwar, mereka mahu siapa sebenarnya untuk jadi pengganti Tun Mahathir? (Shahbudindotcom 25/07/2019)

UCAPAN ANWAR DI USIM DAN PERANAN SEORANG PERDANA MENTERI








Dato' Seri Anwar Ibrahim berucap di USIM dan menegaskan peranan sebagai seorang Perdana Menteri untuk mewujudkan keamanan negara tercinta ini dengan memastikan kaum Melayu kuat dan perlu didokong oleh seluruh lapisan masyarakat lain seperti India,Cina,Kadazan & Iban.



GAMBAR-GAMBAR DAN PERISTIWA: SEHARI BERSAMA ANWAR DI PORT DIKSON




Bersama anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR di program seminar di Dewan Seri Gemilang, Kolej Vokasional PD. Saya menasihatkan anak-anak ini untuk terus mengulangkaji pelajaran dan jangan putus asa. Doa saya dan ibu bapa sentiasa mengiringi mereka untuk terus berjaya.



Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, orang ramai
Imej mungkin mengandungi: 9 orang, orang senyum, orang duduk, orang berdiri dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang ramai


Melancarkan program bworks sempena Forum SME Route to Digital and Hypermarket anjuran @amaxMALL yang merupakan sebuah platform e-dagang pertama memperjuangkan usahawan industri mikro, kecil dan sederhana tempatan (IKS). Turut hadir Menteri KPDNKK Saifuddin Nasution Ismail.

Ini adalah edisi pertama siri jelajah amaxMALL untuk menggalakkan digitalisasi perniagaan usahawan IKS dengan menggunakan bworks yang membolehkan mereka mendapat laman web e-dagang sendiri dengan harga yang berpatutan, latihan dan peluang menjual produk ke rangkaian retail dan hypermarket.
Kita di negara ini harus mengembangkan teknologi digital dengan padu dan saya memuji usaha amaxMALL yang memberi ruang kepada usahawan tempatan.
Semoga semua usahawan mendapat manfaat daripada program ini.
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, orang duduk dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, orang duduk dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyumImej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman

Semalam saya hadir ke program latihan bersama Angkatan Muda Keadilan dan Akademi Keadilan di Port Dickson. Saya tekankan betapa penting ‘masterpiece’ tokoh sejarawan Arab Ibnu Khaldun iaitu ‘Muqaddimah’, dan menggesa agar ditelaah dan digarap sebaiknya.Imej mungkin mengandungi: 1 orang
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, orang ramai
Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, orang berdiri, orang ramai dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 10 orang, orang senyum, dalaman



Hadir ke Majlis Pengumuman Rasmi Lexis Hibiscus 2 di Port Dickson. Turut hadir YAB Menteri Besar Negeri Sembilan dan YB Ravi.
Imej mungkin mengandungi: 10 orang, orang senyum, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, orang berdiri dan sut
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang ramai dan dalaman


Hadir ke majlis walimah Nor Amira Latip dan pasangannya Akmal di Pantai Bagan Pinang, Port Dickson malam tadi. Semoga berbahagia dan ikatan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang berdiri, perkahwinan dan bunga
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan dalaman

Imej mungkin mengandungi: 1 orang

Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, orang berdiri, orang ramai dan dalaman

SEBAB ITU TARIKH PENYERAHAN JAWATAN PM KEPADA ANWAR PENTING SEGERA DITETAPKAN…..



Nampaknya tidak habis-habis pemimpin politik di negara ini bercakap tentang ketidak-yakinan mereka tentang peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim.
Meski sudah dijanjikan serta telah ada konsensus PH mengenainya, mungkin barangkali kerana Tun Mahathir selalu sangat mungkir janji dan melakukan U-Turn, kesangsian tentang peralihan kuasa itu tetap berkembang sepanjang masa.
Lagi dekat tempoh dua tahun Tun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri, lagi kuat kesangsian tersebut diperkatakan di mana-mana.
Berita 1:
Ini yang disebut oleh Zahid Hamidi, Presiden UMNO.

Berita 2:
Ini pula yang dinyatakan oleh Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan.

Berita 3:
Presiden Pas, Hadi Awang seperti biasa, jika ada peluang akan segera jadi tukang percik minyak agar api menyala dengan lebih besar jadinya.
Apakah penyelesaian kepada semua ini?
Tidak lain, penyelesaian terbaik tentang peralihan kuasa ini ialah dengan Tun Mahathir segera dapat menetapkan tarikh yang muktamad untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar sebagaimana yang telah dipersetujui dan dijanjikan.
Dengan adanya tarikh penyerahan jawatan untuk Anwar menjadi Perdana Menteri, pasti tidak timbul lagi cakap-cakap atau kenyataan seperti di atas ini.
Dalam hal ini, selain Tun Mahathir yang perlu mengambil langkah ke arah penetapan tarikh peralihan kuasa itu demi kebaikan serta masa depan PH, Majlis Presiden sebagai pemegang kata putus berkaitan urusan politik PH, juga harus melihat persoalan ini dengan lebih serius.
Jangan biarkan ketidak-tentuan dan kekalutan ini berterusan menyelubungi PH kerana yang untung serta mengaut laba politiknya nanti ialah UMNO dan BN saja.
Tetapkah tarikh dengan segera, semua isu lain akan beres dengan sendirinya. (Shahbudindotcom 28/07/2010)


HEBOH DI MEDIA SOSIAL, AHLI UMNO MENYAMAR MENGHINA NABI




Jika benr ini pelakunya, pihak PDRM perlu menahan orang ini kerana cuba membuat fitnah dan menjahanamkan keharmonian kaum, dan bagi yang tertipu pula, pakat pakat luku kepala sorang sekali. Khabarnya sudh 480 laporan polis ke atas akaun FB bernama wendy Leong.



Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, cermin mata dan teks