KISAH TAR SENIK KENA DENGAN TNB.

 






Rendang x berbuah ni kalau x pusing2 cite x sah


Meter yg kena saman tu utk letrik umah bini no 1


Umah bini no 1 letaknya dalam kawasan Pondok An Nuur


Dalam Pondok An Nuur ni juga ada kediaman anak dia yg jd tenaga pengajar 😌

Ada la asrama student yg bape kerat tu

Ada surau

Ada jugak rumah org2 tua yg x berpenghuni kononnya utk org2 tua menetap kt situ belajar agama (idea yg sama dia gunakan kt MEDIS, iklankan tapak umah utk org2 tua)


Bil letrik umah bini no 1 ni sebelum kena saman sebab kantoi curi letrik mmg tinggi ye korank

Tp lepas kantoi, setelah dapat bacaan sebenar, lg gila babi tinggi (ni kisah sebelum TNB jd gila babi mcm skrg)


Kawasan Pondok An Nuur ni berpagar ye

Bukan open 

Dahtu wat lak tempat belajar

Xkanla org lain boleh masuk sesukati dlm kawasan berpagar tu?


Mestila kalau ada sape2 p ubah meter, kau sedar tambah2 lg kalau meter tu utk umah bini kau

Ke bz berjimak smpai x sedar org masuk?


Pastu nk tagih simpati lak ckp kena bayar RM 3600 sebulan skang

Aku ni boleh baca kot semua bil letrik dia

Byk betul air dia nk mengencing


Aku x nafikan ada kes yg penghuni rumah x sedar dia gunakan letrik curi

Ni biasanya berlaku sebab dia menyewakan rumah atau duduk rumah sewa

Yg tinggal time tu p usik meter, pastu kantoi masa penghunu baru tinggal kt situ


Situasi berbeza dgn kes Mokhtar Bin Senik ni sebab umah tu dalam kawasan berpagar yg xde sape2 boleh masuk sesukati nk usik meter


Cuma kesian la sebab umah bergelap sebulan tu

Susah sket la nak proses anak 😏





PERNAH KAH PM SEBELUM INI HADIR UNTUK SESSI PMQT. INI ANWAR.


 



SESUATU YANG TAK PERNAH DIBUAT OLEH PM-PM SEBELUM INI






Ramai mungkin tak sedar.


Di bawah pentadbiran PMX, Malaysia memperkenalkan Prime Minister’s Question Time (PMQT) di Parlimen, satu sesi khas yang memberi ruang kepada Ahli Parlimen mengemukakan soalan secara terus kepada Perdana Menteri.


Berbeza dengan jawapan bertulis yang boleh disediakan lebih awal, PMQT menuntut Perdana Menteri menjawab secara langsung di Dewan Rakyat.


Sesi ini juga meningkatkan kualiti perbahasan Parlimen. Ahli Parlimen perlu membuat persediaan rapi, mengkaji laporan, memahami dasar, meneliti bajet dan menggunakan data sebelum mengemukakan soalan. Pada masa yang sama, Perdana Menteri juga perlu bersedia menjawab pelbagai isu secara terbuka.


PMQT merupakan satu pembaharuan dalam amalan Parlimen Malaysia yang tidak pernah dilaksanakan oleh sembilan Perdana Menteri terdahulu.


Parlimen yang lebih hidup. Semak dan imbang yang lebih terbuka. Demokrasi yang lebih matang.




Krisis Iran-Amerika: Harga Diesel Tanpa Subsidi Naik 10 Sen

 


harga minyak mentah Brent telah mencecah AS$85 setong, meningkat sekitar 20 peratus dalam tempoh dua minggu.

PUTRAJAYA, 15 Jul – Harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh 16 hingga 22 Julai naik sebanyak 10 sen daripada RM3.97 kepada RM4.07 seliter.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, RON95 pula naik sebanyak 5 sen daripada RM3.37 kepada RM3.42 seliter.

Sementara itu, RON97 pula kekal pada RM4 seliter berdasarkan penetapan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Harga produk petroleum tanpa subsidi dipengaruhi oleh pergerakan pasaran minyak dunia pada minggu terdahulu.

“Serangan baharu Amerika Syarikat ke atas Iran serta kebimbangan terhadap keselamatan laluan perdagangan di Selat Hormuz telah meningkatkan semula premium risiko minyak mentah dan kos penghantaran,” katanya hari ini.

Kata Kementerian Kewangan, harga minyak mentah Brent telah mencecah AS$85 setong, meningkat sekitar 20 peratus dalam tempoh dua minggu.

“Selagi konflik ini belum mencapai penyelesaian muktamad, harga produk petroleum dijangka terus dibelenggu oleh ketidaktentuan pasaran global.

“Walaupun bekalan bahan api negara kekal mencukupi buat masa ini, kerajaan menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemah,” katanya.

Susulan itu, rakyat diminta merancang perjalanan yang lebih cekap serta pengurangan perjalanan yang tidak perlu dapat membantu memanjangkan bekalan negara dan mengurangkan tekanan terhadap perbelanjaan subsidi.




MCA bantah larangan arak: Port Dickson sebenarnya dilimpahi hampir 11 juta pengunjung

 


Dakwaan Timbalan Setiausaha MCA Pusat, Ivone Low yang juga Ketua Beliawanis MCA bersama rakan-rakan partinya bahawa larangan minuman keras di kawasan pantai Port Dickson menyebabkan kemerosotan pelancong bercanggah dengan limpahan kehadiran pengunjung yang direkodkan.

Statistik menunjukkan Port Dickson terus menerima jumlah pengunjung yang semakin bertambah selepas pelaksanaan larangan yang bermula pada Julai 2025 itu.

Timbalan Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan, Edy Noor Reduan berkata, tindakan mengaitkan dasar Kerajaan Negeri Sembilan itu dengan kononnya kemerosotan sektor pelancongan merupakan satu naratif yang tidak disokong data.

Menurutnya, statistik Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menunjukkan jumlah kehadiran pengunjung bukan sahaja kekal tinggi, malah melonjak dengan ketara selepas Ogos 2025.

“Faktanya, jumlah pelancong Port Dickson semakin bertambah sejak Ogos 2025,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Bagi tempoh lima bulan dari Ogos hingga Disember 2025, direkodkan sebanyak 6,077,441 kehadiran pengunjung di kawasan peranginan yang menghadap Selat Melaka itu.

Tiada kemerosotan

Momentum itu diteruskan pada 2026 apabila Port Dickson merekodkan 1,268,743 kehadiran pada Januari, diikuti 1,159,364 pada Februari, 1,282,727 pada Mac dan 1,212,100 pada April.

Jumlah keseluruhan bagi empat bulan pertama 2026 mencecah 4,922,934 kehadiran, menjadikan jumlah kumulatif dari Ogos 2025 hingga April 2026 sebanyak 10,999,375.

Purata kehadiran bulanan bagi Januari hingga April 2026 juga mencapai kira-kira 1.23 juta, sedikit lebih tinggi berbanding purata 1.22 juta sebulan bagi tempoh Ogos hingga Disember 2025.

Walaupun angka bulanan menunjukkan turun naik, statistik berkenaan tidak memperlihatkan sebarang pola kemerosotan berterusan seperti yang didakwa.

Malah, jumlah pada April 2026 adalah kira-kira 27 peratus lebih tinggi berbanding rekod pada Ogos 2025.

Data MPPD itu dikumpulkan melalui empat pintu masuk utama, iaitu susur keluar Lebuhraya Seremban-Port Dickson–Lukut, Persimpangan Sua Betong, sempadan Port Dickson–Sepang dan Jambatan Tanjung Agas.

Terdahulu, tular rakaman perbincangan secara langsung membabitkan Timbalan Setiausaha MCA Pusat, Ivone Low yang juga Ketua Beliawanis MCA bersama rakan-rakan partinya.

Mereka membantah larangan Kerajaan Negeri Sembilan diterajui Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun terhadap aktiviti minum minuman keras di taman rekreasi dan pantai awam berkuat kuasa Julai tahun lalu.





Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keterjaminan Makanan Negara Bilangan 1 Tahun 2026 hari ini,

 









Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keterjaminan Makanan Negara Bilangan 1 Tahun 2026 hari ini, yang meneliti agenda memperkukuh daya saing sektor agromakanan negara bagi menjamin keterjaminan makanan serta meningkatkan kesejahteraan petani, pesawah, penternak dan nelayan.

Mesyuarat membincangkan jangkaan fenomena Super El Niño yang diramal melanda Malaysia bermula November 2026. KPKM diminta segera menyediakan langkah mitigasi bagi mengurangkan impaknya terhadap pengeluaran makanan serta memastikan komuniti petani terus dilindungi.
Mesyuarat juga meneliti isu kerjasama sektor perikanan dengan Kerajaan Thailand. Saya mengarahkan KPKM untuk memuktamadkan perkara ini dengan segera melalui saluran yang sewajarnya, tanpa berkompromi terhadap piawaian keselamatan dan kualiti makanan. Libat urus berterusan juga mesti dilaksanakan bersama komuniti nelayan agar produk mereka dapat memenuhi piawaian ditetapkan.
Kerajaan akan terus memperkukuh sektor agromakanan melalui penggunaan teknologi, inovasi serta amalan terbaik agar pengeluar tempatan terus berdaya saing, sekali gus memastikan bekalan makanan negara kekal terjamin demi kesejahteraan rakyat.

@LensaTv3 Subscribe Ekonomi Malaysia Akan Terus Berkembang Ekonomi Malaysia Akan Terus Berkembang


 

Sofia Rini Didakwa Esok Kes Kenyataan Unsur Fitnah

 


Klip video didakwa Sofia Rini dirakam secara rahsia oleh Albert Tei tanpa pengetahuannya pada 21 November 2025.

KUALA LUMPUR, 14 Jul – Polis akan mendakwa ahli perniagaan wanita, Sofia Rini Buyong, di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M. Kumar, mengesahkan perkara itu dan memaklumkan pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

“Ya, dia akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sofia Rini menafikan beliau merupakan proksi kepada Shamsul Iskandar seperti dakwaan Albert Tei.

Difahamkan, Sofia Rini akan hadir sendiri ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan berkenaan.

Sebelum ini tular video memaparkan Sofia Rini mengeluarkan pelbagai dakwaan serius membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam video berkenaan, Sofia Rini didakwa menyatakan bahawa Perdana Menteri mengarahkan seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak untuk membawa keluar sejumlah wang ke luar negara termasuk ke Afrika dan Turki.

Sebelum ini Anwar turut menegaskan dakwaan membabitkannya dengan pemilikan wang di luar negara perlu disertakan bukti kukuh.

Anwar dilaporkan berkata, beliau tidak akan melayan sebarang dakwaan dan tuduhan yang tidak berasas.



@ApaCeritaParlimen Subscribe Semuanya akan menjadi salah..


 

Alhamdulillah, malam tadi saya telah memperkenalkan calon-calon HARAPAN yang akan menggalas amanah rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Sembilan.

 















Alhamdulillah, malam tadi saya telah memperkenalkan calon-calon HARAPAN yang akan menggalas amanah rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Sembilan.

Sepanjang bekerja bersama saudara Aminuddin Harun, saya melihat seorang Menteri Besar yang mengutamakan amanah. Beliau tidak banyak berbicara soal dirinya, sebaliknya memberi tumpuan kepada kerja dan kebajikan rakyat.
Keserasian antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan juga telah membolehkan pelbagai projek serta inisiatif dilaksanakan dengan lebih lancar demi manfaat Negeri Sembilan.
Saya percaya kesinambungan kepimpinan yang stabil amat penting ketika negeri ini berada di landasan yang baik. Negeri Sembilan memerlukan sebuah kerajaan yang bersih, berwibawa dan mampu memastikan agenda pembangunan terus dipacu, pelaburan terus masuk, peluang pekerjaan terus diwujudkan serta kebajikan rakyat terus dipelihara.
Oleh sebab itu, saya dengan penuh rendah diri merayu kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan, tanpa mengira kaum, agama mahupun latar belakang, agar memberikan mandat kepada HARAPAN untuk meneruskan usaha ini.
Mandat itu bukan untuk mengangkat mana-mana individu, tetapi untuk memastikan segala perancangan yang telah dimulakan dapat disempurnakan demi kesejahteraan rakyat, anak-anak kita dan generasi akan datang.
Insya-Allah, jika terus diberi kepercayaan, kami akan bekerja dengan lebih kuat, mendengar dengan lebih dekat dan memikul amanah ini dengan penuh tanggungjawab agar Negeri Sembilan terus melangkah sebagai sebuah negeri yang makmur, stabil dan maju.

@sinarharianofficial Kontroversi Network School: Ahli Parlimen


 

Pas cuba tumpang kemenangan BN di Johor, tak mahu Umno kembali dominan?

 


Pas didakwa cuba mengambil kredit di sebalik kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, walaupun rundingan kerjasama dengan Umno sebelum pilihan raya itu berakhir tanpa kata sepakat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata tindakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, mendedahkan rundingan baharu antara kedua-dua parti bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan tidak mengubah hakikat bahawa beberapa usaha kerjasama sebelum ini telah gagal.

“Haji Hadi mendedahkan Umno-Pas sedang berunding untuk PRN Negeri Sembilan. Komen balas (Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid amat negatif.

“Kalau ikut rekod, ia akan gagal. Muafakat Nasional (MN) gagal, Langkah Bangkok juga gagal,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut Puad, dalam mesyuarat MKT Umno pada 10 Jun lalu, Ahmad Zahid memaklumkan rundingan telah diadakan dengan Pas bagi menghadapi PRN Johor.

Katanya, antara cadangan yang dipersetujui pada peringkat awal ialah Pas tidak bertanding di mana-mana kerusi, termasuk DUN Maharani, sebagai pertukaran kepada kemungkinan diberikan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan.

“MKT bersetuju memberi mandat kepada Zahid untuk meneruskan rundingan, tetapi akhirnya ia tetap gagal.

“Ini bermakna sudah tiga kali rundingan gagal. Apakah rundingan kali keempat untuk Negeri Sembilan akan berjaya? Saya ragu,” katanya.

Puad mendakwa kegagalan rundingan itu terbukti apabila Pas akhirnya tetap bertanding di 11 kerusi pada PRN Johor.

Beliau turut mendakwa Pas kini cuba mengaitkan dirinya dengan kemenangan besar BN di Johor, walaupun parti itu bertanding menentang gabungan berkenaan.

“Saya yakin Pas tetap dengan objektif utamanya, iaitu tidak akan membenarkan Umno menjadi parti politik Melayu yang dominan,” katanya.

Menurut Puad, Pas tidak mempunyai masalah sekiranya Umno menang besar di Johor, namun mendakwa parti itu tidak akan memberi laluan mudah kepada Umno untuk kembali bertanding secara meluas di negeri-negeri yang dikuasainya seperti Terengganu, Kedah dan Perlis.

Beliau turut menjangkakan jika kerjasama Umno-Pas kembali dibincangkan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), isu pembahagian kerusi Parlimen, khususnya kawasan Felda, bakal menjadi antara perkara paling sukar diselesaikan.

Katanya, Pas dijangka enggan melepaskan kerusi Parlimen Felda yang dimenanginya pada PRU15, manakala Umno pula mahu merampas semula kawasan tersebut bagi menambah jumlah kerusi Parlimennya.

Puad turut mengaitkan keputusan kerajaan tidak menyambung kontrak Datuk Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi Felda dengan cabaran Umno untuk menawan semula kerusi-kerusi Parlimen Felda.

“Dalam keadaan itu, apakah akan berlaku situasi ‘menang-menang’ antara Umno dan Pas mengenai kerusi Parlimen Felda? Itu sahaja yang mungkin boleh memaksa kedua-dua pihak kembali ke meja rundingan,” katanya.

Kenyataan Puad dibuat ketika spekulasi mengenai kemungkinan kerjasama semula antara Umno dan Pas kembali hangat selepas Abdul Hadi mendedahkan wujud perbincangan berkaitan PRN Negeri Sembilan.



@LensaTv3 Subscribe PAS Kata Onn Hafiz Angkuh PAS Kata Onn Hafiz Angkuh


 

PRU Negeri Sembilan: Mandat Dari Rakyat Bukan Untuk Angkat Individu – PM Anwar

 


Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Dataran Melang, Kuala Pilah untuk mengumumkan senarai calon PH bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri Sembilan pada 14 Julai 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 15 Jul – Mandat kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri Sembilan 1 Ogos ini bukan untuk mengangkat mana-mana individu, sebaliknya memastikan segala perancangan dapat disempurnakan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Dataran Melang, Kuala Pilah untuk mengumumkan senarai calon PH bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri Sembilan pada 14 Julai 2026. Foto PMO

Pengerusi PH itu berkata, kesinambungan kepimpinan yang stabil penting ketika Negeri Sembilan berada pada landasan baik, khususnya untuk meneruskan pembangunan, menarik pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan dan menjaga kebajikan rakyat.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Dataran Melang, Kuala Pilah untuk mengumumkan senarai calon PH bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri Sembilan pada 14 Julai 2026. Foto PMO

“Mandat itu bukan untuk mengangkat mana-mana individu, tetapi untuk memastikan segala perancangan yang telah dimulakan dapat disempurnakan demi kesejahteraan rakyat, anak-anak kita dan generasi akan datang,” ujar Anwar menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Dataran Melang, Kuala Pilah untuk mengumumkan senarai calon PH bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri Sembilan pada 14 Julai 2026. Foto PMO

Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun, yang disifatkannya sebagai seorang menteri besar yang mengutamakan amanah, kerja dan kebajikan rakyat berbanding kepentingan peribadi.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Dataran Melang, Kuala Pilah untuk mengumumkan senarai calon PH bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri Sembilan pada 14 Julai 2026. Foto PMO

“Beliau tidak banyak berbicara soal dirinya, sebaliknya memberi tumpuan kepada kerja dan kebajikan rakyat,” katanya.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Dataran Melang, Kuala Pilah untuk mengumumkan senarai calon PH bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri Sembilan pada 14 Julai 2026. Foto PMO

Aminuddin akan bertanding di DUN Linggi, terletak di bawah Parlimen Port Dickson yang diwakilinya sebagai ahli parlimen.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Dataran Melang, Kuala Pilah untuk mengumumkan senarai calon PH bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri Sembilan pada 14 Julai 2026. Foto PMO

Beliau sebelum ini menjadi ADUN Sikamat dalam parlimen Seremban sejak 2008 dan mempertahankannya selama empat penggal berturut-turut.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Dataran Melang, Kuala Pilah untuk mengumumkan senarai calon PH bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri Sembilan pada 14 Julai 2026. Foto PMO

Anwar juga menjelaskan, keserasian antara kerajaan Negeri Sembilan dan Kerajaan Persekutuan sebelum ini turut membolehkan pelbagai projek serta inisiatif dilaksanakan dengan lebih lancar.

Menurutnya, Negeri Sembilan memerlukan kerajaan yang bersih dan berwibawa bagi memastikan momentum pembangunan negeri tidak terjejas.

Justeru, beliau merayu pengundi tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang supaya memberi mandat kepada PH untuk meneruskan pentadbiran negeri.

PRU Negeri Sembilan akan berlangsung pada 1 Ogos, dengan hari penamaan calon ditetapkan pada Sabtu dan pengundian awal pada 28 Julai.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Dataran Melang, Kuala Pilah untuk mengumumkan senarai calon PH bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri Sembilan pada 14 Julai 2026. Foto PMO

PH akan bertanding di semua 36 kerusi DUN, dengan KEADILAN diperuntukkan 16 kerusi, DAP 11 dan Amanah sembilan.

Pada PRU Negeri Sembilan 2023, PH memenangi 17 kerusi, Barisan Nasional (BN) 14 dan Perikatan Nasional (PN) lima.