Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
‘Sebelah kaki’ dalam istana tapi Anwar terlepas kerusi PM kerana UMNO
Pengerusi Pakatan Harapan (PH)
Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau tersingkir daripada kerusi Perdana
Menteri (PM) kesembilan kerana tidak menandatangani perjanjian dengan Datuk
Seri Najib Razak.
Presiden
PKR yang juga calon PM dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November
depan, juga mendakwa telah memiliki 114 sokongan untuk menjadi PM kesembilan.
Tetapi,
menurutnya sokongan itu yang turut datang daripada ahli Parlimen UMNO terus
berubah apabila beliau enggan menurut kehendak Najib supaya membebaskannya.
“Perubahan
sokongan itu tidak akan berlaku jika saya tunduk kepada kehendak Najib, agar
dia tidak dikenakan hukuman atas pertuduhan jenayahnya.
“Kalau saya tolak prinsip,
sedia bertolak ansur (dengan Najib), dah lama saya menjadi perdana menteri.
“Kalau
saya kemaruk nak jadi perdana menteri, saya tandatangani perjanjian dengan
Najib. Dan (kalau itu berlaku) hari ini saya yang jadi perdana menteri, bukan
Ismail Sabri,” katanya menurut Mkini.
Sebelum
ini, Anwar telah beberapa kali gagal merebut kerusi PM, walaupun pernah menjadi
Timbalan Perdana Menteri dan memangku jawatan PM ketika Tun Dr Mahathir Mohamad
bercuti pada 1997.
Dan
setelah empat pemimpin berganti menjadi PM Malaysia dengan dua kali dipegang
oleh Dr Mahathir, Anwar masih menafikan dakwaan bahawa beliau “kemaruk” mahu
menjadi PM.
Anwar
memberitahu ketika berlaku krisis politik ekoran kejatuhan Tan Sri Muhyiddin
Yassin yang digulingkan oleh 15 ahli Parlimen UMNO, beliau sudah sangat hampir
menjadi pemimpin nombor satu negara.
“Saya
nak beritahu, sebelah kaki saya dah ada di Istana Negara untuk angkat sumpah
pada keesokan hari. (Bagaimanapun) Malam itu Najib meminta saya tandatangani
perakuan untuk beri jaminan agar dia bebas daripada hukuman.
“Saya
kata saya tak boleh (buat begitu) kerana ini soal prinsip. Kalau saya (lupakan
prinsip) dan tandatangan, dah lama saya masuk istana angkat sumpah,” katanya
pada perhimpunan di Parlimen Tambun, Perak, hari ini (27 Oktober 2022).
Sebelum
itu Anwar mengumumkan dia memiliki sokongan yang kukuh daripada ahli parlimen,
termasuk di luar PH, untuk dilantik sebagai perdana menteri.
Menurut
Anwar ketika itu, dia mempunyai 114 ahli Parlimen pelbagai parti yang
memberikan sokongan kepadanya.
Bagaimanapun
ahli parlimen Umno terbabit mengalih semula sokongan mereka daripada Anwar
selepas BN dan Perikatan Nasional (PN) bersetuju melantik Naib Presiden UMNO
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggantikan Muhyiddin.
AKHIRNYA PEJUANG MAHATHIR MELUTUT DENGAN MUHYIDDIN DAN PAS JUGA TERIMA MAHATHIR*
Sidang media Mahathir tadi, GTA umumkan akan bekerjasama dengan pengkhianat yang jatuhkan kerajaan PH yang Mahathir sendiri pimpin dulu. Mahathir akhirnya tunjukkan bukti kepada kita semua bahawa kerajaan PH dahulu sengaja ditumbangkan untuk beri laluan kepada penghianat.
Sebelum ini, bukan main lagi Mahathir tunjuk tegas kononnya tidak akan bersama pengkhianat. Apabila helahnya untuk bersama PH ditolak mentah2 oleh Anwar Ibrahim, akhirnya Mahathir tidak mampu lagi sembunyikan tipu muslihatnya. Rupa2nya Mahathir sokong pengkhianat iaitu Bersatu dan PN.
Pas juga jelas menipu para penyokongnya. Kita selalu dengar Pas kecam Mahathir bagai nak gila. Manifesto bukan kitab suci, kata Mahathir, dan Pas mengecam kata2 Mahathir tersebut. Akhirnya, hari ini terbongkar bahawa salah seorang yang berunding untuk kerjasama di antara PN dengan GTA dan Pejuang Mahathir adalah pemimpin kanan Pas sendiri. Ini didedahkan di dalam sidang media Mahathir tadi.
Sampai bila rakyat mahu ditipu oleh Mahathir? Sampai bila rakyat mahu wala' membuta tuli dengan Pas? Mahathir sanggup jilat kahaknya beratus kali asalkan dapat menghalang Anwar jadi PM. Politik Mahathir bukan untuk rakyat atau negara, tetapi hanya untuk nafikan Anwar jadi PM.
Mengapa beliau takut sangat dengan Anwar Ibrahim? Mengapa Umno dan Pas juga Bersatu cukup bimbang kerajaan PH kembali berkuasa? Jawapannya mudah, Anwar amat berprinsip dan tegar melawan rasuah. Hanya perasuah yang takut pelawan rasuah. Sapa perasuah2 itu? Jika mahu tahu, tentukan Anwar Ibrahim jadi PM dan pasti bukan Najib dan Rosmah saja akan berada di penjara.
Saya harap YB Khalid Samad yang sebelum ini merasa kesal kerana PH menolak Mahathir, hari ini dia lebih kenal siapa Mahathir.
*WFAUZDIN NS*
Memalukan bila guna kaum, agama setiap kali pilihan raya.
Memalukan bila guna kaum, agama setiap kali pilihan raya.
Dr Mohammad Agus Yusoff
26 Oktober 2022
ULASAN | Sudah sampai waktunya pengundi memilih tidak
berdasarkan kaum dan sentimen agama sempit. Sudah sampai ketikanya pengundi
memilih berdasarkan merit, ketokohan calon, dan parti berwibawa untuk membina
Malaysia yang maju..
Parti berwibawa ialah parti yang pemimpinnya tidak korup, tidak
rasis, mampu menarik keyakinan pelabur, mempunyai idea, wawasan dan semangat
Malaysia, dan dapat mengangkat Malaysia di pentas antarabangsa.
Saya tidak mengharapkan hal ini kepada pengundi 40 tahun ke atas
kerana mereka sudah mempunyai pandangan politik yang tetap terhadap parti yang
hendak disokong. Tetapi bagi pengundi muda yang berumur 18-20 tahun, 21-29
tahun dan 30-39 tahun, saya mempunyai harapan yang besar terhadap mereka.
Setakat bilangan pengundi yang diwartakan sehingga 16 Jun 2022,
daripada jumlah pengundi seramai 21,115,934 orang, pengundi berumur 18-20 tahun
adalah seramai 1,141,699 (5.4 peratus), 21-29 tahun seramai 4,974,627 (23.56
peratus), dan 30-39 tahun seramai 4,705,278 (22.28 peratus).
Jika dicampurkan jumlah pengundi muda 18-39 tahun, peratusan
mereka ialah 51.24 peratus. Peratusan ini tinggi dan sangat signifikan dalam
menentukan parti yang menang dalam pilihan raya nanti, sekali gus hala tuju
bangsa ini.
Pengundi muda ini cerdik, celik teknologi maklumat, terdedah
kepada media sosial, dan peka kepada isu-isu semasa. Biarpun ramai yang
menyatakan pengundi 18-20 tahun akan mengundi mengikut kecenderungan politik
ibu bapa dan rakan sebaya, mereka adalah pengundi bermaklumat. Mereka cerdik
dalam menentukan apa yang
terbaik
untuk negara dan masa depan mereka.
Saya berharap pengundi muda ini menolak politik perkauman dan
politik keagamaan yang sempit. Demi negara, saya harap mereka berani melakukan
introspeksi nasional tanpa dipisahkan oleh perbezaan kaum dan agama.
Jangan biarkan diri diperkotak-katik oleh perbezaan ini oleh
ahli-ahli politik. Terima realiti kita sebagai negara majmuk.
Bagi saya, sikap orang politik yang memperdagangkan bangsa dan
agama setiap kali pilihan raya memalukan. Ini menggagalkan usaha untuk membina
Malaysia yang
hebat
sedangkan merekalah yang berdegar-degar berjanji untuk membina
hubungan rakyat yang harmoni.
Jika ada parti yang mendakwa memperjuangkan bangsa Melayu,
sejauh manakah bangsa ini maju sekarang? Yang kita tahu setiap kali pilihan
raya, parti inilah yang menggunakan orang desa dengan sentimen perkauman untuk
mendapat sokongan.
Begitu juga parti agama, saya melihat kata-kata pemimpinnya
penuh dengan sentimen dan emosi. Dan pembangunan negeri di bawah terajunya pun
tidak boleh dijadikan contoh. Pandangan politiknya banyak yang memecah-belahkan
masyarakat, bukannya menyatukan.
Saya kali ini tegas menolak parti sebegini. Kerana bagi saya
parti yang
hebat
ialah parti yang komited menempatkan kepentingan negara
multietnik ini di atas kepentingan parti.
Saya harap anak muda juga begitu, melakukan introspeksi nasional
bagi membangunkan Malaysia yang
hebat
, berdaya saing, dan harmoni.
MOHAMMAD AGUS YUSOFF ialah seorang cendekiawan dan pemerhati
politik.
KENAPA ORANG SINGAPURA PERGI HAJI KOS HAMPIR SAMA SEJAK 30 TAHUN?
KENAPA ORANG SINGAPURA PERGI HAJI KOS HAMPIR SAMA SEJAK 30 TAHUN?
Kenapa orang Singapura pergi haji kos hampir sama sejak 30 tahun?
on:
Kejatuhan nilai ringgit berbanding dollar Amerika Syarikat (AS$) dan dollar Singapura (SD$) menyebabkan kedudukan ekonomi rakyat Malaysia menderita.
Menurut Presiden Amanah, Mohamad Sabu, negara mengimport banyak barang pengguna dari luar yang dibayar dalam dollar Amerika, menyebabkan harga barang dalam negara melambung.
Malah katanya, kos untuk mengerjakan haji di Mekah pun telah meningkat tinggi tetapi orang Melayu masih kurang faham perlunya menukar kerajaan kepada yang lebih baik.
“Sekarang kita lihat duit kita hari ini sudah RM4.75 untuk satu dollar Amerika
“Orang Melayu dok marah pergi Mekah mahal. Kita pergi Mekah mahal bukan kerana tambang (naik). Naik sikit saja, muasasah pun caj tak banyak.
“Yang menyebabkan jadi tinggi kerana duit kita jatuh. Masa saya pergi Mekah dulu RM100 wang Malaysia sama 145 riyal, sekarang RM100 kita 70 riyal. Jatuh lebih 60%.
“Kalau dulu muasasah minta AS$1,000, maka kita bayar RM2,500 sekarang kena bayar RM4,800.
“Macam itu lah tambang pergi, campur hotel dan sebagainya jadi sampai RM25,000 – RM30,000,” katanya dalam ceramah Jelajah Mega Harapan 2022 di Melaka, malam tadi.
Ahli Parlimen Kota Raja itu juga membandingkan nilai wang Malaysia dan Singapura yang setengah abad lalu sama nilainya tetapi hari ini telah turun 3 kali ganda.
Katanya, jemaah haji di Singapura hanya perlu menambah SD$1,000 dalam 40 tahun tetapi jemaah Malaysia menambah RM15,000.
“Orang Singapura, duit kita dulu RM1 sama dengan SD$1 tahun 1970an. Mereka pergi Mekah dulu SD$ 6,000 sekarang SD$7,000 dolar. Sepatutnya kita pergi Mekah sekarang RM7,000 tetapi duit kita jatuh banding singapura 3 kali ganda.
“Ringgit kita jatuh sebegitu rupa dan Tengku Razaleigh kata bulan Disember ini AS$1 bersamaan RM5. Harga barang akan naik, makanan ayam naik, harga besi naik.
“Maka harga rumah pada 1988 dulu, saya keluar ISA, isteri saya beli rumah harga RM90,000. Sekarang boleh dapat harga itu di Shah Alam? Tobat. Sekurang kurangnya setengah juta atau RM800,000 kerana harga besi, simen semua naik. Kenapa naik, duit kita jatuh. Kalau tak faham juga, berat,” katanya.
Sehubungan itu, Mohamad menyeru agar perubahan dibuat dalam Pilihan Raya Umum ke 15 dan rakyat mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Namun usaha untuk memastikan Anwar sebagai PM haruslah bersungguh sungguh mengajak orang di sekeliling turut sama mengundi Pakatan Harapan.
“Datuk Seri Anwar lebih daripada layak jadi PM tetapi bagaimana nak jadikan anwar PM? Kita kena menang parlimen di Kota Melaka, Jasin, Alor Gajah, Masjid Tanah, Tangga Batu, Muar, Batu Pahat, Tampin, Seremban. Bila cukup 112 maka 20 November pukul 10 pagi Anwar akan angkat sumpah sebagai PM Malaysia.
“Ini cakap Anwar layak jadi PM tiba tiba Alor Gajah kalah. Anwar layak jadi PM, Kota Melaka kalah. Kalau nak jadi PM kena menang 112 kerusi,” katanya lagi.
NAJIB BUKANLAGI AHLI PARLIMEN DAN PARLIMEN DAH DIBUBARKAN...
Sebentar tadi, Mahkamah putuskan. DS Najib Razak gagal cabar
keputusan Jabatan Penjara yang tak benarkan dia masuk Parlimen.
Alasan Mahkamah simple sahaja. Dah Parlimen bubar, maknanya
Najib bukan lagi YB Ahli Parlimen. Nak bertanding PRU pun dah tak layak lagi.
Makanya, kalau nak masuk Parlimen, atas kapasiti apa?
Pada saya, straight forward sgt tu. Alasan yang no brainer, Mahkamah
bagi.
Jangan la pulak tak puas hati. Kang ada pulak yang buat live,
ditomahnya hakim tak adil dan anak menakan Atok lagi
~LM~
Ketua Pemuda Amanah ‘hampir pasti’ tanding Parlimen Temerloh
PETALING JAYA: Ketua Pemuda Amanah Hasbie Muda difahamkan hampir pasti akan bertanding di Parlimen Temerloh pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Sumber yang terlibat secara langsung dengan pemilihan calon Amanah juga berkata, nama Hasbie berada dalam senarai teras calon-calon yang dicadangkan bagi mempertahankan kerusi yang dimenangi parti itu pada PRU sebelum ini.
“Hasbie hampir pasti bertanding di Temerloh, setakat ini nama beliau yang teratas dalam senarai cadangan oleh parti,” kata sumber kepada FMT.
Sementara itu, Hasbie tidak menolak jika namanya dicalonkan di Temerloh.
“Saya sedia dihantar ke Temerloh atau ke mana-mana kerusi. Amanah akan umumkan calon 30 Okt ini,” katanya ketika dihubungi.
Pada PRU14, kerusi Parlimen Temerloh dimenangi Anuar Tahir yang menewaskan calon-calon BN dan PAS dengan majoriti 1,904 undi.
Sementara itu, Hasbie mencuba nasib pada PRU14 dengan bertanding di kerusi DUN Paka, namun tewas kepada calon PAS.
SIDANG MEDIA! LAGI FITNAH DARI PEMIMPIN UMNO!GUAN ENG SAMAN TAJUDDIN RAMLI
APABILA KITA DENGAR UMNO MEMANG TIDAK AKAN LARI DARI IDENTITI MEREKA SEBAGAI PENYAKAU DAN KAKI FITNAH!! TERKINI ADALAH FITNAH RASIS DARI SEORANG PEMIMPIN VETERAN UMNO!!
Guan Eng saman Tajuddin berkait kenyataan ‘tokong Cina’ di Kementerian Kewangan
PETALING JAYA: Lim Guan Eng menyaman Tajuddin Abdul Rahman kerana memfitnah selepas penyandang Parlimen Pasir Salak itu mendakwanya menjadikan Kementerian Kewangan sebagai “tokong Cina” semasa menjadi menteri kewangan.
Lim memberitahu FMT, sesiapa yang pernah melawat pejabatnya semasa beliau menjadi menteri kewangan tahu dakwaan Tajuddin adalah tidak benar.
“Saya tidak pernah sentuh berkenaan ayat al-Quran pun di Kementerian Kewangan. Jadi, itu tidak menjadi masalah.
“Kenapa merungut pasal tanglung? Apa salah tanglung semasa Tahun Baharu Cina? Selepas Tahun Baharu Cina, ia diturunkan,” katanya.
Lim memberitahu Tajuddin supaya tidak menggunakan kaum atau agama untuk memikat pengundi bagi pilihan raya umum atau mencemarkan nama baik pembangkang.
“Kita patut bercakap tentang kepentingan rakyat, ekonomi, masa depan kita, ringgit yang lemah. Jangan gunakan kaum dan agama.”
Pengerusi DAP itu berkata, butiran samannya akan didedahkan peguamnya.
Dalam forum minggu lalu, Tajuddin mendakwa Lim mengetepikan orang Melayu semasa beliau menjadi menteri kewangan dan “mengubah” kementerian itu menjadi “tokong Cina”
KITA PERLUKAN AISHAH UNTUK PARLIMEN
KAREKTOR RAFIDAH & AZALINA ADA PADA AISHAH
NORMAN RADZUAN
Rafidah Aziz dan Azalina Othman mahu tidak mahu kita kena akui keduanya mempunyai karektor yg hampir sama…tegas dan hebat berhujah. Soal betul atau tidak soal kedua tetapi kedua Iron Lady ini boleh membidas serangan lawan samada lelaki atau wanita dgn hujah sgt tegas dan keras.
Saya tidak nampak di pihak pembangkang ada karektor tersebut. Ada pada Nurul Izzah yg sering bangun utk berhujah dan memberi idea2 yg bernas di Parlimen. Namun saya masih mahu yg lebih keras lagi seperti Rafidah dan Azalina.
Siapa dia? Secara jujurnya ia ada pada Siti Aishah. Itulah sebab dahulu saya katakan bekas Senator ini perlu dibawa kembali ke medan peperangan utk menyerang lawan.
Saya melihat polulariti Siti Aishah melonjak naik dan live atau Tik Toknya terus mendapat sambutan. Kepetahannya berbicara menarik minat ramai masyarakat yg dagahakan penceramah dari wanita sepertinya.
Maklum balas pakcik dan makcik di luar bandar sgt meminati ceramahnya yg bersahaja dan bertenaga itu. Jika dirinya dicalonkan adakah ada yg sudi membantu jenteranya?
Mudahan Aishah m berjaya di bawa ke Parlimen. Mudah mudahan PH berjaya membentuk kerajaan pada PRU 15 ini.
TERBAIK
Aku pernah tulis dahulu aku berharap dapat tengok Amirudin Shari (MB Selangor) lawan geng kartel. Nampaknya ia mungkin jadi kenyataan.
Kalau Amir lawan Azmin dan menang, barulah aku boleh yakin yang Amir bukan geng kartel. Yang aku nak tengok kesungguhannya melawan Azmin.
Apa pun setakat ni aku tengok cara Keadilan letak calon memang sesuai dan meyakinkan. InsyaAllah kali ini kita sapu bersih. Guane boh?
Raja Gelap
LALANG.
LALANG.
1. Saya selalu katakan, mantra orang politik yang paling utama , ialah “there is no permanent friend, there is no permanent enemy”.
2. Semalam, Presiden BN secara terbuka menerima masuk sokongan bekas Presiden HINDRAF dan bekas Menteri Perpaduan “Kerajaan 22 bulan”, Wathya Moorti.
3. Menteri Perpaduan yang sama yang mendesak Kerajaan dulu menandatangani ICERD. Menteri yang sama yang menuntut program tanah FELDA diberikan juga kepada kaum India. Dan UiTM dibuka kepada semua kaum.
4. Peluru ini dulu digunakan sepenuhnya oleh pemimpin dan penyokong taksub UMNO untuk menembak Kerajaan. Mereka memberontak sampai ke jalanan membuat Himpunan ICERD. Mereka bangkitkan isu kaum tak berkesudahan.
5. Namun semalam, senyap sunyi “pejuang Melayu” ini melihat Presiden mereka boleh duduk sama dengan Wathya Moorti. Nampaknya, selepas ini sebab Wathya dah satu kolam, geng pentaksub dan cytro UMNO kena berjuang pertahankan Wathya pula. Walaupun dulu dia lah “moving target” yang selalu UMNO guna.
6. Tu sebab saya selalu tekankan, parti politik ini lalang. Mereka boleh berubah2 macam chameleon hanya untuk berkuasa. Boleh berbaik dengan seteru utama, boleh jilat lidah sendiri. Hanya atas nama stategi. Strategi untuk menang pilihanraya.
7. Mereka lah sebenarnya ultimate LALANG yang ada. Penyokong taksub mereka saja yang SETIA. Tapi adakah berbaloi dan berguna? Tidak kah namanya ini menyokong mengkhinzir buta?
9. Pengundi yang bijak tahu. Loyalty to the country, always. Loyalty to political leaders and parties, only when they deserve it. Setia kita kepada negara. Bukan pada parti dan pemimpin semata2.
10. Our role “is to protect the realm”. Bahasa omputih dulu kala.
11. Mana baik kita sokong. Mana salah kita bantah. Kepentingan negara letak nombor satu. Bukan parti atau mana2 individu.
12. They can call us “lalang”, all they want. Pada saya, LALANG untuk negara adalah lebih baik, dari penyokong parti yang mengkhinzir buta. Menyokong zombie parti mereka.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
APA KHABAR ORANG TAMBUN
Anwar Ibrahim
Apa khabar orang Tambun?
Negeri Perak luas terbentang
Air, ayaq, ayo semua ada
Biar apa halangan merintang
Harapan tekad laksana agenda
#Harapan #MalaysiaBangkit #KitaBoleh
MALAYSIA TAK SERTAI ICERD
Ada seorang bakal YB saya dengar cerita. Dulu penyokong tegar Bosslu, sekarang dah bertukar kem.
Tadi dia masuk ke wall saya. Panas mengenai Waytha Moorti masuk BN. Buat satu kenyataan yang kata Kerajaan PH dulu dah ratifikasi ICERD dan Rom Statut secara senyap.
Setahu saya dan dah bertanya kepada rakan di Jabatan Peguam Negara, Malaysia tidak tandatangan triti ini lagi. Saya semak senarai negara ICERD pun Malaysia tiada lagi.
Bila saya minta secara baik, apa bukti yang ada. Dia terus gelar saya sekular dan anti Melayu dan Islam. Inikah kualiti bakal YB kita? Bila tak boleh jawab, buat intimidasi terhadap pengundi atas pagar. Dan cepat2 label mereka.
Nah saya bagi, posting saya pada tahun 2018, membantah ICERD dan ditujukan kepada DAP. Saya bersuara. Adakah ini membolehkan bakal YB ni melabel saya sekular?
Sekarang saya pohon bakal YB kita, bagi bukti Kerajaan PH sudah ratifikasi ICERD dan Statut Rom. Dengan bukti nyata. Bukan retorik dan taktik membuli saja.
Kalau tiada, maknanya parti anda dan fitnah, berpisah tiada.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
'BN boleh menang 70 kerusi sahaja, kerajaan stabil apa?'
Rakyat dinasihatkan tidak terpengaruh dengan kempen pilihan raya BN kononnya jika mengundi gabungan itu negara akan mendapat kerajaan yang stabil.
Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli menolak ramalan separuh masak sedemikian.
Beliau yang mempunyai syarikat data raya terkenal dan telah membuat banyak kajian simulasi pilihan raya mendapati BN tidak akan melepasi 75 kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke 15 kali ini.
Katanya, BN akan terpaksa mengulang segala huru hara yang mereka tempuh sejak 2020 untuk membentuk kerajaan campuran bersama PN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
"Kalau percaya (kerajaan stabil akan terbentuk) kita yang bodoh. Kalau Umno-BN bentuk kerajan lepas PRU maka pertama Umno-BN tidak akan ada majoriti yang cukup membentuk kerajaan sendiri.
"Setakat ini tak ada tanda tanda Umno-BN boleh bentuk kerajaan sendiri. Kalau dapat 65 kerusi kira baik. MCA 2 - 3, MIC 2. Dia perlu 45 kerusi lagi. Masa itu Hj Hadi akan dapat bukan satu, tetapi 3 jawatan penasihat yang dia tak payah masuk pejabat. Umno akan jilat Pas.
"Sebabnya keadaan kali ini tidak ada mana mana gabungan boleh membentuk kerajaan sendiri.
"Yang di depan Pakatan Harapan, itu pun tak cukup buat kerajaan sendiri. Cuma kalau ada swing 15 kerusi lagi, barulah kita boleh bentuk kerajaan sendiri.
"Jadi kalau kita yang berada di depan boleh lepasi 80 kerusi, itu pun tak cukup, Umno-BN yang terkedek kedek ni dia akan ulang cerita lama, tiap tiap 2 tahun tukar kerajaan," katanya dalam ceramah Jelajah Trak Ayuh Malaysia di Parlimen Indera Mahkota, malam tadi.
Menurut Rafizi lagi, kerajaan BN-PN-GPS yang tidak stabil itu mungkin akan mengambil parti parti kecil di Sabah dan Sarawak yang tidak ada nilai tetapi terpaksa diberi kedudukan menteri Ahli Parlimennya biar pun hanya ada satu kerusi.
Sekiranya terdapat tuntutan dari parti parti berkenaan yang tidak terpenuhi, katanya, maka 7 - 8 bulan kerajaan akan bertukar.
Selain itu, katanya, mungkin juga berlaku sebagaimana di Johor apabila calon Menteri Besar (MB) adalah Datuk Hasni Mohammad tetapi yang rasmi menjadi MB adalah Onn Hafiz Ghazi.
Rafizi mengingatkan bahawa Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail terlalu 'lembik' untuk memastikan dirinya kekal sebagai PM sebagaimana dia tidak mampu mengelak daripada paksaan Zahid Hamidi membubarkan parlimen.
"Sapa kata kalau Umno menang confirm kata Ismail jadi PM? Silap hari bulan satu Malaysia kena scam, ingat Mail jadi PM, yang dapat anak Zahid jadi PM.
"Kalau Umno nak jual kepada rakyat kononnya kalau dia menang dia akan bawa kestabilan, maka kita dah terkena 30 bulan. PH 22 bulan dia kata penipu. Dia tak sebut BN 60 tahun, dia longgok masalah kepada kita nak selesai dalam 22 bulan," katanya lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)