KENA BELAJAR TENGOK CERMIN- TERUK SANGAT MEROYAN NIH

 




Teruk sangat mamat ni meroyan. Sesiapa jumpa tolong la azan kat telinga dia. Kuat sangat dah kena rasuk ni. Risau lak aku.

Tiba-tiba dia pandai cerita kompetensi menteri ye? Dulu masa PN berkuasa, lebih ramai menteri yang tak kompeten. Tak perasan?

Adham Baba, Rina Harun, Azmin Ali dan ramai lagi bahkan PM sendiri pun tak kompeten. Langsung dia tak bunyi suruh tukar kan?

Sebenarnya PN takut dengan Rafizi sebagai Menteri Ekonomi. Sebab mereka tahu kebijakan Rafizi akan pacu ekonomi negara

Jadi mereka sengaja tanamkan persepsi begini. Biar ada keraguan dalam hati rakyat. Biar nanti dia boleh manipulasi isu dengan mudah.

Sebab tu aku tak mahu biarkan saja kenyataan dia. Kena pintas dan betulkan supaya rakyat tak tertipu dan ternakan hasutannya.

Rafizi tu 92.5 bilion kali lebih cerdik dan kompeten kalau nak dibandingkan dengan kesemua menteri PN digabungkan otaknya.

Belum sebulan jadi menteri, Rafizi sudah ada plan untuk perbaiki ekonomi Malaysia. Mahiaddin jadi pengerusi MPN dah berapa lama, hapah pun tarak!

Wan Saiful ni belajar belajarlah tengok cermin. Belek muka sendiri, tengok cela yang banyak tu sebelum nak kata Rafizi. Guane boh?

Raja Gelap

 

TAK WAJAR GUNA NAMA PADERI DALAM ISLAM






Perihal Moslem Priest ni sebenarnya tak jadi hal besar kepada aku. Sebab dia gunakan nama priest. Lain kalau dia guna nama Imam Disko atau Ulama Dugem. Itu lebih besar kesannya.

Tapi benda ni tetap tak elok. Sebab macam hybrid agama pulak, kan? Tapi bagi aku tak ada apa nak dipelikkan sangat sebab ia dilakukan oleh ahli kelab malam. Bukan ahli masjid.

Tapi yang jadikan ianya menarik, ada dua perkara. Pertama, dikatakan Moslem Priest ni anak kepada Mahiaddin. Namannya Farhan Yassin Mahiaddin. Tak ada dah orang lain nama Mahiaddin.

Yang seronoknya, Mahiaddinlah yang cuba kaitkan PH dengan Kristianisai di hujung kempen PRU15 tempohari. Konon Malaysia bakal dikristiankan kalau PH menang. Sekali anak dia…?

Keduanya, PAS secara tiba-tiba jadi liberal. Ramai walaun bela mamat ni. Priest tu maknanya imam je. Para ulama PAS pula jadi pekak bisu, acah-acah tak nampak isu ni.

Pemimpin Bersatu tak payah cerita. Isu besar pun tak reti nak komen, apa lagi bab agama sebegini. Kalau dah tahap Wan Saiful dan Ahmad Fayhsal yang selalu buat komen bodoh-bodoh alang tu dikira hebat dah dalam Bersatu, apa lagi la yang ada pada parti tu.

Isu ni mampu jelmakan identiti sebenar Mahiaddin. Keluarga sendiri pun dia tak mampu nak jaga. Apa lagi nak jaga negara. Ia juga serlahkan sikap PAS yang sebenar. Melayu Islam cuma mainan kempen nak tipu orang Melayu je. Guane boh?

Raja Gelap

 

HATI HATI DENGAN PELANCONG DARI CHINA


 

IBRAHIM MAT ISA


Ini tak lawak. Serious aku cakap!

Siapa yang pernah cucuk satu, dua, tiga, standby je untuk tadah bahu lagi. Dulu di awal cerita mereka hunggah Wuhan sampai satu benua tu jadi linglong. Baca kan news terbaharu pasal anak cucu cicit Oh Maikeron itu? Kali ini nama dia lebih comel dan katanya yang korang cucuk satu dua tiga dulu itu dah tak mampan!! Maknanya kena lagi lah.

Jadi saran aku, carilah apa saja bahan yang ada unsur untuk kuatkan ketahanan tubuh badan korang. Yang nak ke makanan sunnah silakan, yang nak ke herba juga silakan.

Sudah diwar-warkan sangat bahawa 2023 bakal berlaku kemelesetan ekonomi teruk. Pandai dorang ramal kan? Benda boleh adjust bro.. Dorang boleh buat apa sahaja justeru kalau korang rela untuk mengkambingkan diri mengikut Judas, ikuti sahaja... Sains kan?

Aku tetap tolak semua itu. Ustaz sunnah kata aku macam² konon tak ikut saranan Nabi supaya menjaga kesihatan itu wajib. Aku bilang mudah! Korang belasah sampai tiga empat itu kena juga kan?

 

PART 3 AKAN MENYUSUL

 

TM KATA PN MELANTIK HYDROSHOPPE

Telekom telah mengeluarkan kenyataan yang berbunyi sedemikian:

“…in 2022, the selection process of the new Concessionaire was then taken up by the Government...”

Terjemahan:

“…pada tahun 2022, Kerajaan (PN lah tu) telah mengambil alih proses melantik syarikat baharu untuk mengambil alih Menara KL…”

Kenyataan TM adalah selari dengan pendedahan bahagian kedua, di mana telah disebutkan bahawa tangan-tangan ghaib dalam Kementerian Komunikasi terdahulu dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri (JPM) terlibat secara langsung dalam memastikan Hydroshoppe dipilih.

Bahagian kedua MENARA KL DIJUAL SECARA SENYAP-SENYAP ada di sini -> https://www.facebook.com/100044138604267/posts/703853387762608/?mibextid=cr9u03

Bahagian ketiga menyusul.

 

AKSI GARI TANGAN- ELAK BERURUSAN


 

DIMANA PM10- LAMA TAK DENGAR?- INI DIA TENGAH MENETAPKAN APA YANG SEHARUSNYA DIBERIKAN PADA RAKYAT DALAM BELANJAWAN AKAN DATANG


 

SEPATUTNYA SAYA JADI PM- MEROYAN


 

MENGECAM TINDAKAN MUSLIM PRIEST


 

INI DIA WAJAH YANG MENDAPAT KONSESI MENARA KUALA LUM[UR


KAMSIAH HEIDER




Ten million shares of Menara KL Sdn Bhd, the concession operating company for Telekom Malaysia Bhd, were sold to Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh and Nazarina Binti Mohamed Nasir. These two people are the directors of Hydroshoppe Sdn Bhd in a transaction dated 31st October 2022.


Sepuluh juta saham Menara KL Sdn Bhd, syarikat pengendali konsesi untuk Telekom Malaysia Bhd, telah dijual kepada Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh dan Nazarina Binti Mohamed Nasir. Kedua-dua orang ini adalah pengarah Hydroshoppe Sdn Bhd dalam transaksi bertarikh 31 Oktober 2022.

 


WAN SAIFUL NI GILA KA MEROYAN KA MEMANG BODEW


 

APA PANDANGAN MUFTI TENTANG PADERI ISLAM


 

MAT SABU SEDIA BAWA KE KABINET


 

ISU NI KETUA WALAUN KENA BERSUARA- ISU UMRAH DAN HAJI BOLEH KELUARKAN FATWA KAN....


 

PPBM HANTAR NOTIS KOSONGKAN 4 KERUSI


 

ABAH CAKAP- BUKAN APA....


 

BANG- TOLONG JELASKAN PENJUALAN MENARA KL


 

SAMA LAH MACAM DALAM PH PUN


 

HARGA AYAM: PN TAK FAHAM PERMINTAAN DAN PENAWARAN


MUSTAHIL KOS SARA HIDUP BOLEH SELESAI DALAM 2 MINGGU


GLC DAN AGENSI KERAJAAN WAJIB DITERAJUI PEMIMPIN POLITIK ATAU MEREKA YANG ADA JIWA POLITIK

 

Perdebatan sama ada wajar atau tidak orang politik atau pemimpin politik dilantik sebagai pengerusi GLC serta agensi tertentu dalam kerajaan sepertinya akan terus berlanjutan dan tiada kesudahan yang muktamad mengenainya.

Bagi mereka yang ideal serta disaluti sedikit prasangka buruk kepada orang politik kononnya mereka ini lebih terdedah untuk menyalahguna kuasa dan kedudukan bila diberi jawatan, memang diketahui secara terbuka menolak lantikan sedemikian.

Bagi mereka, GLC atau agensi kerajaan mestilah dipengerusikan oleh orang profesional yang harus menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjanya serta terasing daripada kehidupan dan kecenderungan politik.

Kononnya lagi, hanya orang profesional yang tiada kecenderungan politik itu yang mampu menjana keuntungan dan mewujudkan nama baik bagi GLC dan agensi terbabit, seterusnya kepada kerajaan yang sedang memerintah.

Sebaliknya, bagi yang praktikal dan melihat kepentingan dalam sudut yang berbagai, mereka lebih melihat perlunya orang politik, kalau pun bukan untuk semua GLC dan agensi kerajaan, sebahagian besar daripadanya perlu diberi peranan tersebut.

Namun demikian, syarat itu bukan semata-mata atas kedudukan sebagai orang politik atau pemimpin politik semata-mata, tetapi mestilah turut disertai kelayakan, kebolehan dan juga kemampuan.

Tambahan lagi, orang politik dan pemimpin politik juga ramai yang terdiri daripada kalangan profesional serta mempunyai kelulusan akademik yang membanggakan.

Soalnya, wajar atau tidak lantikan orang politik atau pemimpin politik untuk mengetuai agensi kerajaan dan juga GLC atau peranan itu mesti diserah sepenuhnya kepada golongan profesional?

Yang mudah ialah begini – kerajaan itu sendiri dibentuk oleh gerakan parti politik dan orang-orang politik melalui PRU yang diadakan setiap lima tahun.

Parti yang menang atau memiliki majoriti akan diberi hak menubuhkan kerajaan, seterusnya ketua parti politik berkenaan biasanya bakal dilantik sebagai Perdana Menteri.

Makna kata, yang menjadi Perdana Menteri dan memegang stereng pentadbiran negara ialah pemimpin politik, begitu juga dengan menteri-menteri yang dilantik kemudiannya.

Sementara stereng dikawal oleh pemimpin politik, enjin kerajaan iaitu kakitangan awam sebagai jentera perlaksanana pula diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara atau Ketua Setiausaha bagi peringkat kementerian.

Di peringkat negeri juga begitu keadaannya di mana Menteri Besar atau Ketua Menteri adalah pemimpin politik, manakala Setiausaha Kerajaan negeri adalah penjawat awam yang merupakan ketua kepada kakitangam awamnya.

Jika pemimpin politik boleh diterima dan dipercayai untuk menerajui negara, negeri dan sebagai menteri, maka apa masalahnya jika orang politik turut menerajui GLC dan agensi kerajaan?

Bukankah di setiap GLC dan agensi kerajaan itu ada CEO atau Ketua Pengarah yang tentunya adalah golongan profesional atau kakitangan awam sendiri?

Kenapa setelah GLC dan agensi kerajaan sudah sedia memiliki CEO dan Ketua Pengarah daripada kalangan profesional serta kakitangan awam, jawatan Pengerusi atau peneraju GLC dan agensi kerajaan berkenaan hendak diserahkan juga kepada profesional?

Apakah dalam parti politik tiada golongan profesional dan mereka hanya layak berjuang memanjat poster dan menjerit ketika berkempen saja, manakala jawatan dalam GLC dan agensi harus diserahkan kepada golongan proesional yang terpisah daripada politik yang mana ketika kempen PRU diadakan, mungkin ada di antaranya sedang bercuti bersama keluarga di luar negara?

Untuk itu, meletakkan orang politik sebagai Pengerusi GLC dan agensi kerajaan hendaklah dilihat dalam konteks untuk memastikan perjalanan GLC serta agensi terbabit selari dengan aspirasi parti dan Perdana Menteri yang menerajui kerajaan.

Tiada gunanya GLC dan agensi kerajaan jika diterajui oleh orang profesional yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata, tetapi tidak peduli dengan aspirasi parti dan Perdana Menteri yang diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negara.

Selain itu, dengan melantik orang politik menerajui GLC dan agensi kerajaan juga mampu mengukuhkan imej parti dari segi persepsi rakyat yang memberi undi dan memenangkan parti berkenaan.

Sebab akhirnya, yang harus kembali kepada rakyat untuk mendapatkan semula mandat ialah parti, Perdana Menteri dan menteri-menteri yang terdiri daripada orang politik belaka.

Mereka ini tentunya harus dibantu sama oleh GLC dan agensi-agensi kerajaan sebagaimana Perdana Menteri dan menteri-menteri juga dibantu oleh semua kementerian dalam program penyampaian kepada rakyat yang dilaksanakan setiap masa.

Begitu pun, sekali lagi ditekankan, semua lantikan daripada orang-orang politik itu mestilah berasaskan kelayakan, kemampuan, kebolehan serta kewibawan mereka dalam bidang yang berkaitan.

Bagi orang profesional, untuk kelayakan tambahan jika mereka ingin menerajui GLC atau agensi tertentu, masuklah berkecimpung dalam politik supaya setidak-tidaknya ada jiwa politik dalam diri mereka serta diketahui memahami perjuangan parti politik yang sedang berkuasa itu.

Tidaklah nanti jika mereka mengetuai GLC atau agensi kerajaan, bila berlaku banjir misalnya, mereka langsung tak terusik hati dan perasaan untuk memberi bantuan atau sebaik saja kempen PRU dilangsungkan, pilihan yang dilakukan ialah bercuti ke luar negara bersama keluarga tercinta. – ShahbudinHusin 29/12/2022.



PENDEDAHAN PERTAMA KALI DARI SEORANG USTAZ : PEGAWAI KHAS MAHATHIR DATUK OMAR BIN HJ ABU BAKAR YANG MERANCANG KES LIWAT


 

KERJASAMA ANTARA MUHYIDDIN DAN GTA- INI PERANGAI MEREKA


 

LAGI KISAH WALAUN DIKATA BODO OLEH SANUSI- DIA (PN) MENANG DENGAN CARA MERASUAH PENGUNDI DAN TAK BERKAT DAN TAK JADI KERAJAAN


 

PERANAN TUN DAIM YANG MEMUNGGAH KEKAYAAN.-2015


 

JOM LIHAT ANAK BERANAK SIAPA YANG DAPAT KONTRAK


 

KISAH 3 MENTERI CAP AYAM DARI PAS MASA JADI KERAJAAN


 

MUHYIDDIN TOLAK KERANA DIA TAK AKAN JADI PM 2 KALI


 

PN NI TAK ADA TREK RECORD YANG BAIK- LALU KERJA MEREKA PULA MEMBURUKKAN PARTI LAIN


 

DAH SEBULAN ANWAR JADI PM.ADAKAH PERKARA INI BERLAKU? NAMPAK FITNAH JAHAT NI YA.

 

Dah lebih sebulan DS Anwar jadi PM, mengetuai kerajaan perpaduan yang ada DAP di dalamnya.


Pelajar Melayu pergi sekolah dah kena pakai skirt ke?


Azan dah tak boleh berkumandang ke?


Hak istimewa Melayu dah dihapuskan ke?


Agama rasmi negara dah ditukar ke?


Apa lagi tuduhan yang pernah pemfitnah pemfitnah itu lemparkan, adakah yang dah jadi kenyataan?


Kan dah jelas, mereka semua penipu. Tergamaknya mereka berbohong dan memfitnah demi mengaburi mata rakyat demi untuk meraih undi.


Cukuplah rakyat percayakan para penipu itu dalam PRU15 sahaja. Lepas ini, jangan lagi relakan anda diperbodohkan mereka. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

MISTERI MALAM KEMENANGAN PRU 15- MISTERI NUSANTARA

 


MUDHARAT MANA YANG KURANG- UMNO AKAN QUYUB


 

KEH..KEH..KEH


 

EDISI DEDAH TENTANG MENARA KL


 

BELAJAR BAB KDNK- PENDAPATAN DALAM NEGARA KASAR-KERAJAAN BAYAR UTANG DENGAN KDNK.JOM DENGAR


 

BAB ZIARAH NI WAJIB- TAPI KALAU TAK DAPAT DATANG -MUNGKIN WAKIL DIA AKAN DATANG- BANYAK LA NAK POSPONT-


 

RAMESH RAO MOHON MAAF-RAMESH RAO NI SELALU JUGA AKU MAKI DIA- SEBAB DIA IKUT TWEET AKU DAN AKU IKUT DIA-TAPI DIA BERANI LA MINTA MAAF


 

BILA DITANYA 600 BILLION-530 BILLION- SIAPA YANG CAKAP- SANUSI DAN MAHIADDIN- ANAK MENANTU DAPAT DIRECT NEGO


 

WALAUN JANGAN PANAS DAN KOYAK


 

ABAH MAHIADDIN- BUAT PERKARA SEPARUH MURTAD- HAJI HADI DIAM-ASATIZAH DIAM-AMAT MEMALUKAN.


 

R E F O R M A S I !!! R E F O R M A S I !!!- TAMBRIN TUN GHAFAR

 

R E F O R M A S I !!!

R E F O R M A S I  !!!

 

Tamrin   Tun  Ghafar

 

Ahad -  25/12/2022

( 1 -  27 )

 

 

1.   Sebagai  sahabat  lama ,  bermula  dengan  membantu  memenangkan  beliau  sebagai  Ketua  Pemuda  UMNO  Malaysia  dengan  menewaskan  Hj. Suhaimi  Kamaruddin  pada  tahun  1982

 

2.  Dr. Mahathir ,  ketika  itu  Perdana  Menteri   memberi  sokongan  kuat  justeru  memberi  perangsang   kepada kami  memenangkan  beliau  walaupun  akhirnya  menang dengan 10 undi

 

3.  Saya  tumpang  gembira  melihat  beliau akhirnya   berjaya juga  mencapai  cita - cita  nya   apabila disahkan  oleh  majoriti  Ahli Parlimen  sebagai  Perdana  Menteri  ke10

 

4.  Ayah  kami ,  Tun Abdul  Ghafar Baba  ( Alfatihah di baca )   yang  dipertanggung  jawabkan  oleh  Dr. Mahathir ketika itu  menentukan  keahlian  Anwar  sebagai  Ahli  UMNO  bagi  membolehkan  beliau  bertanding  Pilihanraya   di'backdated' kan ,  akhirnya  TERPAKSA  mengalah  dengan  melepaskan  semua jawatan  bagi  memberi jalan kepada  Anwar  dilantik  sebagai  Timbalan  Presiden  UMNO  dan  Timbalan  Perdana  Menteri

 

5.   Tindakan  arwah  menarik  diri  dari  semua  jawatan  tersebut  kerana bagi  mengelakan  UMNO ,  Parti  Melayu  yang  disertai dan dicintai nya sejak 1951  berpecah  selain  dari  tidak  berkemampuan   wang ringgit

 

6.  Sama ada  secara  kebetulan  atau  hukum  ALLAH  SWT ,  jika dibuat kajian  ,  UMNO  mula  bergolak  sehingga  ke hari ini  selepas  arwah  TERPAKSA   letak semua  jawatan ,  Wallahulam  !!

 

7.   Walau apapun  terjadi ,  sebagai  pengamal  politik  yang  berpegang  kepada  konsep demokrasi ,  ikhlas  dinyatakan   sehingga kini  saya  tidak  pernah  menyimpan  dendam  samada kepada  beliau  mahupun  kepada  Tun Dr. Mahathir  yang  dilihat  ketika itu memimpin  Anwar  sebagai  orang  no.2 nya

 

8.   Semoga  segala  perjuangan  dan  pengorbanan  arwah   yang  lebih  dikenali  sebagai  Chegu  Ghafar  atau  Che' Ghafar   di Rahmati ALLAH  SWT ,  dan  pada masa  sama  kita  doakan  Anwar  sebagai  Perdana  Menteri yang baru  akan  melakukan  yang terbaik  terutama untuk  bangsa  yang  masih  mundur  dan  negara  yang  sedang  di bebani  hutang yang  mengerunkan

 

9.  Tulisan  saya pada  hari  Khamis  29hb November 2022 

( tamrintunghafar.

blogspot.com )  bertajuk  

 

TAHNIAH  ANWAR

 

SEMOGA   PAHAT

TIDAK  BERBUNYI

LAGI

 

Rupa - rupanya   'dentuman' pahat  tersebut  makin hari  makin kuat ;  boleh  kedengaran  dimana  -  mana  saja

 

10.   Kita bukan sahaja  patut  beri peluang  malah  perlu  sama - sama  membantu   dalam usaha  murni  beliau  membangunkan    negara  agar  dihormati  semula  seperti disatu ketika  di zaman  Dr. Mahathir  dulu  apabila  Malaysia  digelar

 

     THE  ASIAN  TIGER

 

11.   Jika  Germany  dan  Jepun hancur  semasa  Perang  Dunia  dulu  dan  Vietnam  pula  di musnahkan  tentera  Perancis dan  kemudian nya  tentera  Amerika Syarikat boleh  bangkit semula  sebagai  negara  maju  dan dihormati ,  maka  TIDAK  MUSTAHIL  kita  juga  boleh lakukan  sedemikian dengan  beberapa  syarat  :

 

i.   Menghapuskan  segala  bentuk  'ketirisan'   wang  negara

 

ii.  Memerangi  rasuah  habis -  habisan    TANPA  pilih bulu ;  kawan  atau  lawan

 

iii.   Mengenepikan  segala  perbalahan

 

iv.   Bersatu  dan  menyokong  segala  usaha  yang  baik untuk  negara dan rakyat

 

12.  Anwar ,  Menteri - Menteri  dan  'orang - orang  sekeliling'   beliau   harus  menerima  pandangan  yang  mungkin tidak  digemari  dan  kritikan  dengan  hati terbuka  BUKAN   memandang  rendah , mendendami  atau  'cop'   mereka samada  dari kawan atau lawan 

 

13.  Melalui   'PUISI'  teguran  Hassan  Karim ,  Ahli Parlimen  Pasir  Gudang , Johor  dari  PKR  yang  juga  merupakan  sahabat  karib  Anwar  harus  diberi perhatian  serius  kerana walaupun  kritikan nya terhadap  Anwar  itu  sinis  dan  tajam  namun ia adalah  luahan  yang  BERASAS ;  disertakan  ketiga - tiga   PUISI  tersebut  untuk  ditatap  bersama  :

 

i.   KU SIMPAN  

     RISALAH  

     REFORMASI

     DI  DALAM  PETI

 

ii.  KUASA  

     MENGUBAH

     SEGALA - 

     GALA NYA

 

iii. SATU  DEKLARASI

 

14.  Kerajaan  yang  BAIK  ialah  Kerajaan  yang  selalu  bersedia  mendengar nasihat ,    pandangan ,  kritikan dan teguran  dari rakyat   BUKAN ( BUKAN )  menggunakan  undang - undang  bagi  melenyapkan  ,  menakut  dan  menekan  

 

15.   Apakah  mengekalkan  SOSMA   atau  mana - mana undang  yang  boleh  digunakan  bagi  menekan  rakyat yang  membuat  teguran  sebahagian  dari  perjuangan

R E F O R M A S I  ? yang  PKR , kini  PH  BERJANJI  akan  menghapuskan  segala  undang - undang  yang  MENINDAS ?

 

16.  Di negara - negara lain Kerajaan  mereka  mengambil  pendekatan  berbeza dengan  negara kita tapi  masih boleh  mengawal  keadaan

 

17.   Rakyat  MENYOKONG  PH   kerana  SEGALA  yang  di janjikan  sebelum  dan  semasa  berkempen  baru - baru ini  namun  setelah  berkuasa  Kerajaan  MELAKUKAN  sebalik nya ;  jika  Kerajaan Anwar  terikut - ikut 'SINDROM  PENAFIAN'   yang  di praktikkan  UMNO  ,  berkemungkinan  ia  tidak  akan  bertahan   lama 

 

18.   Yang  paling penting  bagi Zahid  ialah beliau  TIDAK  DI PENJARAKAN  seperti  Najib  atas  47  tuduhan  yang  sedang  dibicarakan

 

19.  Anwar  mempunyai  seekor  penyengat  atau  tebuan  didalam  bilik tidurnya yang  boleh  menyerang  beliau  pada  bila - bila masa sahaja

 

20.  Lupakah  kita  bagaimana  Zahid  membelasah  Ahmad  Bazli di satu ketika  dahulu  ( sila  lihat  lampiran )  begitu  juga  perlantikan  semula Ahmad  Jazlan Yaakub  , pengampu  utama  beliau  di Kelantan  sebagai  Pengurusi  Felcra  sedangkan  Kabinet  yang beliau turut hadir  MEMBATALKAN  semua  perlantikan  politik  GLC  dan  anak - anak  syarikat nya

 

21.  Kita  puji  tindakan  Anwar  membatalkan  perlantikan itu  yang  di umumkan  Zahid

 

22.  Selain dari  perlantikan  Zahid  yang  perlu dilakukan  bagi  mendapat  sokongan 30  Ahli  Parlimen   UMNO/BN walaupun  Anwar  dan Timbalan nya ,  Rafizi  , menegaskan  NO  UMNO  dan  NO  Zahid dan  Perhimpunan UMNO  ( PAU )  pula  menolak  PKR Anwar dan DAP rakyat  perlu  diberi pejelasan  berhubung  perlantikan  Zafrul  sedangkan  Anwar  BERJANJI   tidak  akan  melantiknya  sebagai Menteri 

 

23.  Berbagai  spekulasi  kedengaran  ,  mereka  MAHu  penjelasan  sebenar  mengapa  Zafrul diberi jawatan  Menteri  sedangkan   Dr.  Zulkify  Ahmad  mantan Menteri  Kesihatan  ditinggalkan  begitu  saja 

 

 

24. YANG  MENANG 

DITINGGALKAN

YANG  KALAH

DIBERI  JAWATAN

 

25.  Jika  Zafrul   SANGAT diperlukan  kerana  ' 'kehebatan'  beliau  mentadbir urus  Kewangan  Negara  ,  mengapa  pindahkan  beliau  ke Kementerian  lain -  sebenarnya  beliau sebagai  Menteri  Kewangan   GAGAL  

 

26.  BAGI  MEMAJUKAN  NEGARA  DAN  RAKYAT ,  ANWAR  HARUS  PUNYAI  PASUKAN  KABINET  YANG   LEBIH HEBAT , YANG  BOLEH  BERFIKIR , BUKAN  'YES MAN'  DAN  BUKAN  

DI BELENGGU  DENGAN   KEHADIRAN  ZAHID  DAN  ZAFRUL  YANG  DI BENCI  UMUM

 

27.   Rakyat  akan  lebih  jelas  jika  sekiranya  PKR  atau  PH  BOLEH  menyenaraikan  

R E F O R M A S I   yang  diperjuangkan

 

 

Wassalam

Terima  Kasih

By Tamrin Tun Ghafar Tamrin Ghafar at December 24, 2022 No comments: 

 

CUTI KEMASUKAN DAN CUTI PENGGAL KE 3


 

JOM BUAT BANDINGAN ANTARA ZAMAN PAS DAN ZAMAN PERPADUAN BEZANYA AMAT JAUH-HARGA BARANG YANG TAK TERKAWAL DI ZAMAN PAS MENJADI KERAJAAN


 

ATAS MUSIBAH KELANTAN DAN TERENGGANU- MAKA SAMBUTAN TAHUN BARU DI MASJID PUTRAJAYA- JANGAN TUDUH LAGI SEGALA MACAN EJEN


 

YEEE HAAAAA- KUMPULAN YAHUDI BAHAYA- PROSES KRISTIANISASI


 

LELAKI DICARI- BANTU POLIS


 

Malaysia di persimpangan: Perkasakan mesej politik yang merangkumi semua



 Kita semua bertanggungjawab dalam membantu untuk melahirkan sebuah negara yang boleh dibanggakan oleh kita semua berbanding kembali kepada politik zaman dahulu

By

 Christopher Chong

DR WONG SOAK KOON/ALIRAN

Keputusan pilihan raya umum baru-baru ini menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia sangat berpecah-belah dalam mencapai wawasan bagi negara.

Ada yang melihat masyarakat kita melalui kaca mata perkauman dan agama yang eksklusif manakala ada yang lain mencari masyarakat yang lebih merangkumi semua serta mengiktiraf kerencaman yang membentuk negara kita.

Perpecahan ini terbukti di ruang awam semasa tempoh kempen pilihan raya sehinggalah apabila Anwar Ibrahim akhirnya menjadi Perdana Menteri.

Isu perkauman dan agama berasaskan kebencian dan kepalsuan merebak seperti api di media sosial, terutamanya TikTok.

Apa yang membimbangkan ialah bagaimana ramai yang menularkan mesej sebegitu adalah di kalangan pengundi kali pertama yang kemudian mengundi mereka yang menggalakkan pandangan yang memecahkan. Penyampaian isu yang sedemikian mengingatkan akan politik lama oleh Umno yang buruk, yang memanfaatkan kawalan media untuk tujuan tersebut.

Arus sebegini cukup membimbangkan kerana walaupun para pengundi mungkin telah menolak Umno, mesej perpecahan sebegini masih dipercayai sebilangan besar orang, terutamanya di kalangan golongan muda.

Negara kini berada di persimpangan di antara memilih untuk kembali kepada politik lama buruk itu yang diamalkan Umno, walaupun dengan actor politik yang baru, atau memilih politik baru yang mengutamakan keterangkuman, keadilan dan demokrasi.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Atas sebab inilah kita mesti memperkasakan mesej politik baru ini di ruang awam (terutamanya melalui media sosial) dan menggesa atau menuntut agar kerajaan gabungan Anwar untuk memperkenalkan dasar yang membawa politik baharu dalam negara.

Kita tidak mampu menanggung masyarakat yang berpecah belah dalam menghadapi pelbagai cabaran yang akan dihadapi oleh negara. Kita semua bertanggungjawab bagi membantu usaha melahirkan sebuah negara yang boleh dibanggakan oleh kita semua daripada kembali kepada politik zaman dahulu. Pilihan ini terlalu mengerikan untuk kita bayangkan.

READ MORE:  As reformist-led government takes shape, Aliran holds annual meeting with renewed hope

 

Aliran mengucapkan selamat berbahagia kepada semua pembaca kami yang menyambut Krismas yang cukup bermakna. Dalam kita meraikannya, marilah kita juga mendekati mereka yang kurang bernasib baik serta terpinggir dengan menghulurkan apa sahaja bantuan yang kita boleh kepada mereka.

Marilah kita juga mengambil kesempatan ini untuk membina jambatan dan menyebarkan kegembiraan dan muhibah di kalangan sesama manusia, tanpa mengira bangsa, agama atau kewarganegaraan mereka.

Chris Chong
Editor bersama, surat berita Aliran
22 Disember 2022

Terjemahan oleh: Zikri Rahman