ANWAR DI PERMATANG PASIR BERSAMA JENTERA PAS

JAM 5.30 DI HADAPAN PEJABAT YB HAMDAN BERJUMPA JENTERA PILIHANTAYA PAS DAN DIIKUTI BERSAMA DENGAN PENGARAH PILIHANRAYA PAS PUSAT DATO WAN RAHIM.





PERMATANG PASIR-15 OGOS-YB Hamdan memulakan ucapan dengan memberikan ucapan dan meyakinkan rakyat Permatang Pauh dan DSAI sendiri bahawa kerjasama yang sepenuhnya PAS bersama-sama dengan Parti Keadilan Rakyat.Ucapan ini turut dihadiri oleh Pengarah Pilihanraya PAS Pusat ,Dato Wan Rahim .Dalam ucapan tersebut YB Hamdan menolak sama sekali khabar angin yang menyatakan bahawa PAS memboikot pilihanraya ini kerana beranggapan bahawa ianya adalah propaganda UMNO menjelang pilihanraya. Apa yang PAS mau ialah memartabatkan DSAI sehingga ke Putrajaya.





DSAI menjelaskan bahawa dalam pilihanraya ini ialah tentang matlamat dan hala tuju dan bukan hanya sebagai satu slogan sahaja.Dalam Pakatan Rakyat kita bawa satu usul ,kita jelaskan tentang Islam .Kita telah berbincang dalam Pakatan Rakyat , jadi soal islam sebagai agama Persekutuan harus di martabatkan.Ramai yang beranggapan seolah-olah apabila kita perintah,bukan sahaja kita terima islam tetapi untuk dihayati,kita tidak mahu ada keraguan, saya orang Islam dan saya orang Melayu yang mana Islam termaktub dalam perlembagaan Persekutuan ,kita mahu kedudukan mahkamah syariah berfungsi dan bukan untuk sedap tengok tetapi yang betul-betul berkesan.Bezanya Islam hanya sebagai slogan.Soal ini tidak menjadi masalah.Yang menjadi masaalah ialah ada kebimbangan di kalangan orang bukan islam mengenai mahkamah Syariah ini memaksa mereka mengambil keputusan ,dan tak pernah kita suruh .Yang kita tekankan ialah hak ,pilih hukum dan hayati peraturan agamanya .Kita juga bagi jaminan kepada lain-lain bangsa yang kita beri kebebasan kepada mereka untuk menganuti agama yang mereka mahu.

PERTIKAI DEB




Apabila kita cakap soal bangsa cina dan india mereka menyatakan saya mempertikaikan DEB .Apa yang saya pertikaikan mengenai DEB ialah bagaimana dasar ini diguna ,mendapatkan kekayaan dan kontrak,saham "mengketedaqah", (mengambil,melantak dengan rakus dan gelojoh akan sesuatu benda).Saya bukan kata tak boleh tolong orang Melayu?Hak keistimewaan orang Melayu kita tak pertikai . Jaminan yang dibuat dahulu untuk menolong orang Melayu yang miskin, yang cerdik untuk dibantu tetapi tidak diberi ,bagaimana kita menolong anak-anak orang Melayu yang susah untuk meningkatkan ekonomi dan pendidikan mereka oleh UMNO.Ini adalah kerana keuntungan yang dikaut begitu banyak.




Dato Seri anwar juga menjelaskan bahawa menjelang pilihanraya ini , lagi banyak fitnah kepada beliau dan Pakatan Rakyat sebagaimana yang dihebohkan kini ialah mengenai membuka peluang kepada pelajar asing untuk belajar di UITM.




"Apa yang di perkatakan oleh Tan Sri Khalid ialah mencadangkan agar buka satu ruang, fakulti dari berbagai bangsa yang mana di dalamnya anak-anak Melayu dapat mengikuti kursus-kursus profesional bersama-sama pelajar antarabangsa dan bangsa asing yang lain supaya boleh bersaing agar boleh bekerja di Dubai, Eropah dan mana sahaja .Tahun 2002 kabinet Malaysia sudah buat keputusan 10 % tempat dimana pelajar asing UITM di peruntukkan kepada pelajar asing. UITM tetap kekal, tetapi beberapa kursus dibuka supaya orang Melayu yang pintar dan cerdik boleh bersaing dengan bangsa lain,Tetapi apabila kita bercakap mereka putarbelitkan.Bilakah UMNO jaga orang Melayu.Pemimpin ada yang hidup mewah punya rumah di England,Australia ,Eropah.Saya janji tidak mahu menggunakan isu peribadi untuk berkempen, tetapi jangan dianggap untuk memperbodohkan kita"demikian jelas Dato Seri Anwar.



"Tapi cuba lihat bagaimana mereka berbelanja dalam pilihanraya?mereka berbelanja begitu banyak,upah puteri-puteri UMNO dan wanitanya.saya ingin bertanya adakah kita nak jadi pecacai kepada orang yang tindas kita. Saya bekerja dahulu kemudian ada yang jadi menteri punya kekayaan jutaaan ringgit."

Anwar juga berkata beliau sendiri pun tak mampu untuk hidup sebagai mana Tuan Guru Nik Aziz, namun dalam soal rakyat dan hormatnya seseorang kepada pemimpin ialah kerana akhlak,apa yang boleh diberi jaminan ialah beliau tidak rakus menyapu dan mengaut keuntungan untuk kepentingan diri.Itu jamninan dan saya kagum kerana Tuan Guru Nik Aziz adalah seorang guru yang saya kagumi.Beliau juga mengulas bagaiman rakusnya dan cekapnya wakil-wakil rakyat ini menyapu apa sahaja yang nampak untuk di ambil.

"Bagi kita, pilihanraya bukan untuk sekadar berkempen.tetapi kita pinggul tanggungjawab.Sebab itu bila kita bersatu dengan jentera YB Hamdan dan Dato Wan Rahim pun hadir, saya rasa senang hati kerana mereka punya pengalaman di Kelantan dalam menghadapi tentangan UMNO di Kelantan.Malah saya ingat lagi amanah sebagai seorang pemimpin yang tak banyak slogan mengenai ekonomi, tak payah cakap.Orang itu adalah akhlak.Sebabnya lepas sahaja sikit hilang,"





JAM 840 MALAM DI PASAR RAKYAT AMPANGAN JAJAR.BERJUMPA RAKYAT PERMATANG PAUH YANG MENJADI PENIAGA KECIL.SAMBUTAN ......LIHAT SENDIRI













EMMMMM....TEH TARIK PERMATANG PAUH SPECIAL. GERAI ANAK SAHABAT DSAI








GAMBAR-GAMBAR CERAMAH SEMALAM








AZMIN:SAYA SEDIA BERDEBAT DENGAN ARIF SYAH BERHUBUNG ISU MELAYU

Oleh:Amiruddin Ahmad


Permatang Pauh 14 Ogos-Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Gombak YB Azmin Ali dalam ceramah beliau di kubu kuat Anwar Ibrahim di kampong Kubang Semang telah mengeluarkan cabaran beliau kepada calon BN Dato Ariff Syah agar diadakan satu pusingan debat di mana-mana kawasan Parlimen Permatang Pauh berhubung dengan isu yang hangat dimanipulasikan oleh media BN/UMNO berhubung isu Melayu.Menurut YB Azmin lagi,cabaran beliau terbuka pada bila-bila masa sahaja sebelum pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos nanti kerana beliau berada di kawasan Arif Syah dan di Permatang Pauh sendiri.Beliau berkata demikian dahadapan 5000 hadirin di markas PKR Kubang Semang.

“Saya sedia berdebat dengan Dato’ Arif Syah di Permatang Pauh ini berhubung dengan isu Melayu.Apakah yang Arif Syah akan debatkan di dalam Parlimen sekiranya beliau terpilih ke sana(Parlimen), dan sudah tentunya beliau sama sahaja dengan lain-lain wakil UMNO sebagaimana setujunya mereka mengundi didalam Parlimen apabila isu kerajaan BN/UMNO membahaskan usul menaikan harga minyak baru-baru ini.Adakah Arif Syah akan menegur Perdana Menteri jika beliau dipilih ke Parlimen .kita hendak pilih calon ke parlimen yang dapat mewakili suara Rakyat Permatang pauh dan suara rakyat Malaysia”

Beliau berucap demikian ketika berceramah mengupas isu-isu yang dibangkitkan oleh UMNO baru-baru ini berhubung dengan masaalah Melayu terpinggir apabila berada di bawah pentadbiran kerajaan pilihan rakyat , iaitu kerajaaan Pakatan Rakyat. YB Azmin mengulas bahawa tujuan utama kenapa Anwar perlu dinobatkan ke parlimen adalah kerana menjaga kepentingan Melayu dan juga kepentingan seluruh rakyat Malaysia.
YB Azmin menjelaskan bahawa beliau berada dalam parlimen semasa sessi penggal pertama dalam Parlimen ketika usul membahaskan harga minyak dilakukan. Walau pun Pakatan Rakyat mempunyai suara sebanyak 82 , manakala BN/UMNO mempunyai 140 kerusi kita (wakil PAS,DAP PKR) yang membentuk pakatan Rakyat lawan habis-habisan. Kita kata rakyat susah,rakyat yang akan merasai kesusahan kerana kenaikkan mendadak minyak dari RM190 ke RM270 akan membebankan rakyat terutamanya golongan petani,nelayan,peniaga kecil,pekerja biasa ,kakitangan kerajaan. Kita cadangkan kerajaan gunakan wang rakyat kepada rakyat ..tetapi wakil BN/UMNO menafikan suara rakyat yang mengundi mereka.Menurut saudara Azmin lagi baik suara rakyat dari Seri Gading,Muar dan Kinabatangan,wakil ini menafikan hak pengundi yang mengundi mereka.


“Kita hendak pilih calon ke Parlimen dan juga bakal Perdana Menteri yang akan menunaikan janji menurunkan harga minyak dan boleh menjamin kemasukan pelabur ke Malaysia sekiranya beliau dipilih ke Parlimen.Bukan sahaja membawa suara sebagai seorang perdana Menteri , malah membawa suara rakyat Permatang Pauh ke parlimen.Ini yang kita berikan undi kepada calon kita Dato Seri Anwar Ibrahim ke parlimen dan menuju Putarajaya”


Menurut Azmin sokongan dan teman-teman dalam Pakatan Rakyat cukup kuat tetapi jangan terlalu yakin kerana di DUN Ijok sahaja RM 100 juta taburkan untuk membeli rakyat dan bukan Parlimen seperti di Parlimen Permatang Pauh.Menurut YB Azmin lagi tidak mustahil unsur-unsur membeli undi ini akan dibawa ke sini kerana ini merupakan budaya UMNO/BN untuk memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh.Namun pengundi Permatang Pauh memang telah bijak membuat pilihan kerana telah 2 kali pilihanraya dengan mamainkan fitnah yang sama iaitu pilihanraya 1999 dan pilihanraya 2004 lalu PKR tetap bertahan dan Permatang Pauh menjadi kawasan yang paling dhormati kerana kebijaksanaan para pengundinya .Namun kebijaksanaan pengundi Permatang Pauh janganlah sampai menimbulkan keyakinan yang keterlaluan kerana ini mungkin akan menjerat diri jika tidak keluar mengundi.


“Saya yakin ratusan juta ringgit akan turun pada 26 Ogos ini .Saya mendapat maklumat pada hari pembuangan undi 26 Ogos ini Halal Development Corperation Company yang ada kaitan dengan anak menantu Perdana Menteri bersama Bank Rakyat Malaysia akan turun ke parlimen Permatang Pauh menganjurkan program memberi wang percuma kepada rakyat Permatang Pauh supaya jangan pergi ke pusat pembuangan undi, mereka nak tarik dengan sogokan wang , agar rakyat Permatang Pauh jangan keluar mengundi.Saya ingin memesankan kepada seluruh rakyat Permatang Pauh agar pergi ambil wang dan kemudian terus ke pusat mengundi dan undi PKR”

Mengenai kes liwat,sebagaimana yang didakwa, Azmin menjelaskan bahawa beliau langsung tidak terkejut kerana mengunakan motif dan tujuan yang sama kerana pemain peranannya adalah orang yang sama yang melakukannya pada tahun 1998 dahulu. Malah menurut Azmin lagi ,Perdana Menteri yang lepas pernah mengeluarkan kenyataan supaya jangan mengunakan plot yang sama kerana ini adalah kerana hanya inilah caranya untuk menjatuhkan Anwar.Tuduhan ini bukan sahaja berlaku kepada beliau malah semua orang-orang yang rapat dengan Anwar suatu waktu dahulu pun beliau di tuduh diliwat oleh Anwar.malah laporan doktor bukan sahaja dari PUSRAWI, HKL , dua hospital ini menafikan ada berlakunya kes liwat.malah ada lagi doktor pakar yang akan tampil untuk membantu Anwar malah kemudiannya mereka ke Hospital Selayang,dan seterusnya HUKM . Akhirnya kita mendapat sokongan dari doktor kerana mereka adalah professional. Kini mereka memainkan sentiment kenapa Anwar tidak mahu memberikan darah.


“Saya ditahan polis dan menyuruh saya mengisi borang pengakuan yang memaksa saya mengaku di liwat.Apabila saya enggan mengaku, saya ditekan dan diugut dengan tahanan ISA selama 20 tahun . Malah ditulis di papan tulis dengan ugutan penjara . Bukan sahaja saya Dr Munawar yang berbulu satu badan pun di paksa mengaku diliwat. Takkan Anwar Ibrahim tak dak cita rasa kot..” jelas Azmin secara berseloroh dan diikuti ketawa oleh ribuan hadirin yang tidak mempercayai tuduhan yang dikenakan kepada calon Permatang Pauh itu.

YB Azmin kemudian menjelaskan betapa pentingnya pengundi Permatang Pauh memerdekakan diri mereka dan memahami tentang proses-proses DNA .Tujuan meminta DNA adalah untuk mengenakan Anwar.Malah jika ratusan juta tahun pun DNA masih boleh diguna pakai , ini baru 10 tahun adalah mustahil tidak boleh diguna lagi DNA nya.Malah menurut YB Azmin lagi,pengundi Permatang Pauh bijak dalam melaksanakan tugas mereka sebagai pengundi.Jadi 26 ini adalah tugas dan tanggungjawab anak Permatang Pauh untuk membawa dato seri anwar Ibrahim ke parlimen dan ke Putarajaya

“Kes dahulu kini berulang lagi .Saya ingin menjelaskan bahawa Pegawai SAC Rodwan Yusoff pernah mencuri tabung darah yang menyimpan darah Anwar Ibrahim di bilik doktor Zahari. Maka sebab itulah darah Anwar diperlukan untuk dilakukan sesuatu sebagaimana yang berlaku 10 tahun dahulu.Kini kes ditukar dari secara paksa kepada suka sama suka .Iin kes yang perlu di jawab oleh PM dan Musa Hassan .Maklumat yang kita dapat , pejabat peguam negara enggan melakukannya , tetapi di tekan dari tangan-tangan dari atas untuk meneruskannnya.Makna nya, malukan dahulu kemudian baru putuskan kes ”Jelas Azmin lagi.


Beliau seterusnya melaungkan MERDEKA sebagai tema kempen memerdekan rakyat dari penindasan dan kezaliman kerajaan Barisan Nasional dan UMNO khasnya. Laungan disambut oleh 5000 hadirin di markas PKR kubang Semang.