Semasa Razman jadi Exco Pertanian, seekor babi pun tidak ‘diusik’


 

Parti AMANAH Negara (AMANAH) Negeri Perak memandang serius isu ladang babi di Ayer Kuning yang dibangkitkan oleh ADUN Manjoi, Mohd Hafez Sabri dalam sidang Dewan Negeri (DUN) semalam.





Ketua Pemudanya, Khairol Najib Hashim berkata, tindakan menjadikan isu ladang babi sebagai isu perkauman bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah cuba mengaburi mata rakyat daripada kegagalan mereka sendiri semasa memegang tampuk kuasa.


“Semasa Pas menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri Perak dari tahun 2020 hingga 2022, ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria memegang portfolio sebagai EXCO Pertanian, Perladangan, Industri Makanan dan Sekuriti Makanan.


“Portfolio ini secara langsung berkaitan dengan isu penternakan, termasuk ladang babi.

“Namun, sepanjang tempoh tersebut, tiada sebarang tindakan konkrit atau pelan penyelesaian yang dibentangkan oleh YB Razman dan Pas dalam kerajaan untuk menangani isu ladang babi di Ayer Kuning.


“Tiada pelan pemindahan, tiada perancangan penyusunan semula.Malah, isu ini langsung tidak dijadikan keutamaan.


“Boleh dikatakan, sepanjang tempoh tersebut, seekor babi pun tidak ‘diusik’,” tegasnya menurut kenyataan hari ini.

Khairol Najib Hashim

Semalam, Mohd Hafez Sabri dalam sidang DUN berkata, penduduk di Kampung Tanjung Keramat di Ayer Kuning tidak berpuas hati dengan penternakan babi di penempatan mereka.


“Mereka mengeluh, mereka marah, isu yang berlaku terlalu lama.


“Cuba bayangkan pagi-pagi mereka hendak pergi ke surau, ke masjid, mereka menghidu bau yang sangat busuk, sedangkan itu kampung mereka,” kata Mohd Hafez yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas.

Menuding jari

Mengulas lanjut, Khairol Najib berkata, Pas kini setelah tidak lagi memegang kuasa cuba menuding jari kepada Kerajaan Perpaduan, dengan memainkan sentimen perkauman.


Beliau menyifatkan naratif Pas menjelang berlangsungnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning itu adalah satu tindakan hipokrit dan tidak bertanggungjawab.


“Kami ingin menasihati ADUN-ADUN Pas, supaya membuat kajian dan semakan fakta sebelum memainkan isu-isu sensitif seperti ini.

“Jangan sampai akhirnya, ludah ke muka sendiri,” tempelaknya.


Dalam masa sama, beliau berkata, AMANAH Perak menyeru semua pihak agar tidak memperalatkan isu kaum atau agama demi kepentingan politik sempit.


“Isu-isu seperti ini sepatutnya ditangani dengan fakta dan perancangan, bukan retorik dan pembohongan.


“Rakyat Perak berhak mendapat maklumat yang tepat dan pemimpin yang berintegriti.

“Marilah kita bersama-sama menolak politik kebencian dan membina negeri Perak yang harmoni dan sejahtera,” tambahnya lagi.





ISU MENARA KL. INI SITUASI TERKINI


 

Kecoh isu ladang babi, tular balik jawapan Razman semasa ditanya media

 


Pas mempolitikkan isu ladang babi di Ayer Kuning, membangkitkan soal ladang itu yang beroperasi di kampung yang majoritinya didiami masyarakat Melayu.





Isu sama turut dimainkan Perikatan Nasional (PN) pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning dengan membangkitkan kebimbangan mengenai jumlah ladang babi di kawasan majoriti Melayu itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata ladang-ladang itu boleh menimbulkan ancaman terhadap alam sekitar dan kesihatan.






Pun begitu, satu rakaman ketika ADUN Gunong Semanggol, Razman Zakaria ditemui para media sewaktu beliau memegang portfolio Exco Pertanian, Perladangan, Industri Makanan dan Sekuriti Makanan, tular kembali.

Razman merupakan Exco dari 2020 hingga 2022 – di mana portfolio beliau secara langsung berkait dengan isu penternakan termasuk isu ladang babi.

Pafa waktu itu ketika ditanya media mengenai kemungkinan ladang babi akan dipindahkan, Razman menjawab;

“Untuk mengelakkan bau ini…dia (penternak babi) telah pun membuat pelaburan lebih daripada berjuta-juta. Nanti kita tengok bagi pihak kerajaan negeri sebab kita sebagai kerajaan ni kita kena tengok semua pihak”.

Video itu dimuat naik semula akaun Facebook Pemuda AMANAH Perak.

Sayap pemuda parti itu paling lantang mengkritik tindakan Pas yang sengaja membangkitkan isu ladang babi dan dikaitkan dengan perkauman.

“Masa pegang kuasa, bukan main ‘faham semua pihak’. Faham pelabur. Faham babi. Faham bau.


“Tapi bila dah tak jadi kerajaan…tiba-tiba bising macam tak pernah tahu kewujudan ladang tu. Tiba-tiba mainkan sentimen. Tiba-tiba nak jadi hero rakyat.

“Padahal masa boleh buat tak buat. Masa ada kuasa, diam. Seekor pun tak terusik,” kata FB Pemuda AMANAH Perak.






RAZMAN ...SILA JAWAB ISU LADANG BABI KETIKA KAMU JADI EXCO PERTANIAN PERAK. KAMU LEMAH DAN TAK TAHU MENGURUSKANNYA.

 


Jika tiada apa nak disorok Pas patut benarkan Razman jawab isu ladang babi

Pas digesa untuk memberi ruang kepada ADUN Gunong Semanggol, Razman Zakaria menjawab secara terbuka mengenai kontroversi ladang babi di Kampung Tanjung Keramat yang dimainkan parti itu pada kempen di Ayer Kuning.






Pada 2020 hingga 2022, Razman merupakan EXCO Pertanian Negeri Perak yang secara langsung memegang portfolio berkaitan penternakan, termasuk isu ladang babi.


Setiausaha AMANAH Perak, Salman Saleh berkata, selepas terdedah bahawa Razman yang bertanggungjawab dalam isu ini semasa pentadbiran PN, pemimpin Pas itu tidak diberikan ruang untuk bercakap kepada media.

“Kini, apabila isu ini dibangkitkan semula oleh Pas, kami difahamkan Razman sendiri tidak diberi ruang bercakap kepada media malah diletakkan di belakang tabir sepanjang kempen PRK Ayer Kuning.


“Oleh itu, kami menggesa Pas supaya memberi laluan kepada Razman untuk sekali sahaja tampil dalam sidang media, dan jawab dengan jujur semua persoalan ini,” katanya dalam satu kenyataan media pagi tadi.


Ketika ditanya media pada 2021, Razman menyatakan bahawa kerajaan tidak boleh tergesa-gesa kerana penternak telah melabur jutaan ringgit untuk mengurangkan masalah bau.


Salman berkata kenyataan itu jelas memperlihatkan keengganan untuk bertindak, sekaligus mendedahkan sikap pasif beliau terhadap isu yang kini cuba dijadikan alat kempen politik.


“,Kalau tiada apa-apa hendak disorok, beri ruang kepada Razman untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan ini,” ujarnya.






NAK TARIK PELABUR PUN TAK PANDAI , MACAMANA NAK BUAT HAK LAIN ???






 Ramai ragu hasrat Terengganu bina “Terengganu Petroleum”


Hasrat Kerajaan Terengganu untuk menubuhkan sebuah entiti petroleum milik negeri sendiri yang dikenali sebagai Terengganu Petroleum mengundang skeptikal ramai.


Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendakwa dua lapangan minyak sudah dikenalpasti oleh Terengganu Inc. dan rakan strategik untuk diambil alih operasinya.


Ia dianggap rancangan yang hampir mustahil untuk berlaku kerana difahamkan proses bidaan lapangan minyak jauh lagi untuk dimulakan. Proses bidaan akan bermula hujung tahun ini.

Beberapa pihak yakin agak terlalu awal untuk Terengganu membuat pengumuman seolah-olah sudah meraikan kejayaan.

Isu utama adalah mampukah projek itu direalisasikan atau bakal menjadi projek gajah putih seperti kebanyakan projek mega yang diumumkan pemimpin Pas, yang akhirnya tidak menjadi.

Ini bukan kali pertama pemimpin Pas-PN mengumumkan projek-projek mega yang gagal dilaksanakan. Contohnya projek Widad Langkasuka dan litar lumba dì Langkawi.


Tetapi dengan pengumuman Ahmad Samsuri, semua mahu melihat sejauh mana projek ini akan direalisasikan walaupun lebih ramai ragu dengan keberhasilannya.



‘Jangan fitnah negeri beta konon tanah rizab Melayu semakin tergadai’ – Sultan Pahang

 


Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar jangan ada mana-mana pihak yang cuba mengeruhman suasana, memfitnah kononnya tanah rizab Melayu di negeri itu semakin berkurang.


Paduka Baginda bertitah bahawa fakta dan data yang ada jelas menafikan tomahan tersebut.


“Beta tegas mengingatkan, jangan ada mana-mana pihak yang cuba mengeruhkan suasana, atau menyemai fitnah dengan melontarkan dakwaan kononnya tanah rizab Melayu di negeri beta semakin terhakis, tergadai, atau terlepas kepada tangan orang luar.


“Fakta dan data telah jelas menafikan tomahan sedemikan. Beta berharap agar kerajaan beta terus memperkukuhkan lagi kedudukan tanah rizab Melayu melalui penguatkuasaan undang-undang yang tegas, berprinsip dan berani dalam membanteras pencerobohan.

“Baik di atas tanah rizab mahupun tanah milik kerajaan beta. Ini adalah tanggungjawab yang tidak boleh dikompromi,” titah baginda sempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, hari ini.


Al Sultan turut menyentuh mengenai pencerobohan tanah di negeri itu yang kononnya dibuat atas nama pertanian tetapi hakikatnya ia adalah perompakan terbuka terhadap harta negeri.


Titah baginda, masalah ini bukan baru bermula semalam, ia telah berakar sejak lebih empat dekad yang lalu dan ia berlaku tanpa pengetahuan baginda.


“Namun, bukan niat beta untuk mengungkit kisah lama atau menambahkan kekusutan. Kita tidak mahu terus dibelenggu oleh bayang-bayang masa silam.


“Sebaliknya, kita berhasrat untuk menoktahkan kemelut pencerobohan tanah secara haram ini. Biarlah kisah lalu itu menjadi pengajaran.


“Jika ada unsur rasuah, salah guna kuasa atau pengkhianatan terhadap amanah, biarlah Allah SWT yang maha adil, menentukan dan menjatuhkan hukumnya,” titah baginda lagi.






Hang La tu!! - JOM BAGI CERMIN KAT SANUSI | Kempen PN Air Kuning

MUHYIDDIN MAHU LEPAS TANGAN ISU KG SUNGAI BARU! PN RAMPAS TANAH ORANG KA...


Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan beliau bertanggungjawab membuat keputusan berhubung pengambilan tanah Kampung Sungai Baru. Menurut Ahli Parlimen Pagoh itu, keputusan berkaitan pengambilan tanah tersebut dibuat di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 dan tidak melibatkan dirinya sebagai Perdana Menteri pada ketika itu. "Sebaliknya, keputusan terbabit dibuat melalui proses yang diperuntukkan dalam akta berkenaan, yang mana keputusan diputuskan oleh pihak berkuasa tanah Wilayah Persekutuan. "Jika pengambilan tanah tersebut tidak dibuat mengikut lunas undang-undang, mahkamah boleh menentukan hak-hak pihak yang terjejas," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu tampil memberikan penjelasan selepas didakwa bertanggungjawab meluluskan pengambilan tanah berkenaan semasa mentadbir kerajaan. Projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila sebahagian penduduk asal, termasuk penghuni rumah teres, tidak berpuas hati dengan nilai pampasan yang ditawarkan. Dalam satu pertemuan pada Khamis lepas, Pengerusi Jawatankuasa Sementara Penduduk Kampung, Zainab Alias mendakwa penduduk kampung itu dikhianati wakil rakyat PN apabila mereka menyebelahi pemaju pada 2021 termasuklah Datuk Seri Rina Harun, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Shahidan Kassim.



"JANJI HAPUSKAN PTPTN ADALAH PAS" ! PANAS DEWAN NEGARA !

WARTAWAN CHINA BERBAHASA MELAYU! KETIKA INTERVIEW PERDANA MENTERI DS ANWAR!

Rundingan Awal Bersama Pemimpin Myanmar Sangat Berjaya – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan perbincangan secara maya dengan pemimpin Myanmar bagi gencatan senjata untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di Bangkok, Thailand pada 18 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

BANGKOK, 18 Apr – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pentadbiran Myanmar komited untuk melanjutkan gencatan senjata bagi membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan di negara berkenaan pasca gempa bumi yang melanda negara itu pada hujung bulan lalu.

Komitmen itu diberikan kedua-dua pemimpin Myanmar kepada Perdana Menteri dalam dua mesyuarat berasingan di sini pada Khamis.

Terdahulu Anwar mengadakan pertemuan bersemuka bersama Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara (SAC) Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing, petang semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika
 mengadakan perbincangan  dengan Thaksin Shinawatra 
di Bangkok, Thailand pada 17 April 2025. 
Foto Facebook Anwar Ibrahim.


Perdana Menteri turut mengadakan mesyuarat secara maya dengan pemimpin Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) Myanmar, Mahn Win Khaing Than, pagi tadi.

“Saya lihat ada kecenderungan (dari pemimpin Myanmar) untuk meneruskan gencatan senjata kerana itu juga prasyarat untuk semua bantuan kemanusiaan tetapi mereka sebut peristiwa letupan itu berlaku, kita berharap ia dapat ditangani dengan baik.

“Apakah ada pertemuan (dengan pemimpin Myanmar)? Kemungkinan besar memang kita akan teruskan perundingan ini,” katanya pada sidang media hari ini selepas mengakhiri lawatan kerja beliau ke sini atas jemputan rakan sejawatannya dari Thailand, Paetongtarn Shinawatra.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika 
mengadakan perbincangan dengan Thaksin Shinawatra
 di Bangkok, Thailand pada 17 April 2025.
 Foto Facebook Anwar Ibrahim.

Turut hadir, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin serta Kuasa Usaha Sementara Malaysia ke Thailand, Bong Yik Jui.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau turut menyuarakan kepada kedua-dua pemimpin terbabit bahawa gencatan senjata adalah penting dan bantuan kemanusiaan perlu dibenarkan ke seluruh Myanmar tanpa mengira lokasi atau pendirian politik selari pendirian ASEAN.

Jaminan itu telah diberikan Min Aung Hlaing dan Mahn Win Khaing Than.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika 
mengadakan perbincanga secara maya dengan pemimpin
 Myanmar bagi gencatan senjata untuk menyalurkan
 bantuan kemanusiaan di Bangkok, Thailand pada
 18 April 2025.

 Foto Facebook Anwar Ibrahim.

“Rundingan awal bersama pemimpin SAC dan NUG ini sangat berjaya,” katanya sambil menambah blok gabungan itu bersedia memudahkan usaha terbabit dan berinteraksi dengan pemimpin Myanmar.

Katanya, negara anggota ASEAN telah menghulurkan bantuan kemanusiaan untuk membina semula Myanmar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan perbincangan 
secara berasingan dengan pemimpin Myanmar bagi gencatan senjata untuk
 menyalurkan bantuan kemanusiaan di Bangkok, Thailand pada 17 April 2025. 
Foto Facebook Anwar Ibrahim

Malaysia sebagai contoh telah menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan penempatan hospital medan.

“Saya akan segera menghubungi rakan-rakan di ASEAN untuk memaklumkan mereka (mengenai perkembangan ini) dan menggalakkan bantuan kemanusiaan disalurkan.

“Selain (ASEAN) memantau dan memastikan komitmen terhadap gencatan senjata serta mengelakkan sebarang provokasi yang tidak perlu, kerana jika tidak, seluruh bantuan kemanusiaan ini akan gagal,” katanya.

Gempa bumi kuat berukuran 7.7 skala Richter yang melanda Myanmar pada 28 Mac lalu mengorbankan 3,706 orang, dengan 5,017 lagi cedera dan 130 masih hilang setakat Selasa lalu.


PM Anwar Kecam Kenyataan Xenofobia, Perkauman Pengulas Politik AS


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam kenyataan Bill O’Reilly yang jelas menunjukkan cara pemikirannya masih terperangkap di bawah beban imperialisme dan kolonialisme.

KUALA LUMPUR, 18 Apr – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam seorang pengulas politik konservatif dari Amerika Syarikat kerana mempersendakan lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia, Vietnam dan Kemboja.

Perdana Menteri berkata, kenyataan Bill O’Reilly mencerminkan xenofobia, perkauman dan Islamofobia bekas hos Fox News itu.

“Itu pandangan melampau yang dipenuhi dengan keangkuhan dan kejahilan, dengan andaian bahawa kumpulan atau negaranya sahaja yang berjaya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media sempena lawatan
 kerja rasmi ke Thailand di Bangkok pada 18 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Jelas beliau langsung tidak memahami Asia, ASEAN atau perkembangan semasa di rantau ini,” katanya selepas majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Kementerian Kewangan.

Dalam klip tular di media sosial, O’Reilly mempersoalkan nilai ekonomi hubungan Beijing dengan negara Asia Tenggara.

“Hey, Presiden Xi, biar saya berterus-terang. Negara-negara itu langsung tiada duit. Mereka tak boleh bantu awak. Mereka takkan beli barangan awak sebab mereka tak ada duit.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media sempena lawatan
 kerja rasmi ke Thailand di Bangkok pada 18 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim.

“Kami yang ada duit, kami yang beli barang. ‘Melayu’ itu takkan beli barang awak. Mereka tak ada duit,” katanya, menggunakan istilah etnik untuk merujuk kepada semua rakyat Malaysia.

Xi mengunjungi Malaysia pada 15 hingga 17 April sebagai sebahagian lawatan serantau, di tengah-tengah perang perdagangan dengan AS berkenaan tarif.

Anwar turut menegaskan kenyataan O’Reilly bersifat sempit dan lapuk.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media sempena lawatan kerja 
rasmi ke Thailand di Bangkok pada 18 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Inilah kita rujuk dalam bidang sains sosial sebagai cara pemikiran terperangkap – masih membawa beban imperialisme dan kolonialisme,” katanya menggesa rakyat Malaysia tidak terlalu mengambil berat terhadap pandangan sedemikian.



PELAQ NI KENA TANGKAP DAH.BOLEH MENUMPANG MALAYSIA KO BERANI KUTUK PM MALAYSIA YA.

 


KETUA FITNAH PERAK SEMBANG KARI

 


PMX KE BANGKOK LAGI


 

MAIN ISU 2021. INI NARATIF PN.


 

MCA MESRA-PN MAHU PENJAWAT AWAM MBI DIKENAKAN HUKUMAN SEKERAS-KERASNYA



Adrian Lim





Baru-baru ini berlaku kekecohan semasa penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melakukan operasi mengkompaun dan menyita barangan sebuah kedai makan yang melanggar undang-undang PBT.


Isu menjadi lebih parah apabila seorang pekedai mengasari penguatkuasa.


Sorry to say lah, saya Cina. Penguatkuasa itu Melayu. Tapi saya takkan defend peniaga Cina semata-mata dia Cina dan seterunya itu bangsa lain.


Undang-undang tak pilih warna kulit dan kaum.


Tapi apa pun, dua individu itu telah bersetuju selesai secara aman. Itu hal mereka. Mereka (seorang Cina dan seorang Melayu) bersetuju berdamai. Kita orang luar tidak punyai urusan mempersoal keputusan yg dilakukan masing-masing.


Tapi di antara MBI dan pekedai, saman kenelah tetap jalan.


Yang anehnya, Naib Presiden MCA mesra PN, Tan Teik Cheng pula mendesak supaya penguatkuasa MBI dikenakan hukuman sekeras-kerasnya.


Ini logik terbalik.


Kenapa pula penjawat awam yang menguatkuasa undang-undang dan dikasari perlu dikenakan hukuman sekeras-kerasnya??


Kenapa MCA mesra PN membisu tentang kesalahan yang dilakukan oleh kedai makan, di antaranya melanggar peraturan PBT dan mengasari penguatkuasa??


Sebab penjaja yang dikompaun dan disita itu berbangsa Cina manakala penguatkuasa MBI itu Melayu.


For the record, MCA mesra PN ini parti politik yang mengehadkan ahli-ahlinya kepada “Cina sahaja”.


Faham setakat ini?


Se-DAP jua parti DAP, saya tak nampak lagi DAP menghentam penguatkuasa MBI.

Sebaliknya MCA pula lebih DAP daripada DAP sampai tahap menghentam penguatkuasa MBI.


Keadaan ini mirip isu peniaga belon di Jalan TAR.


Penjaja belon langgar peraturan DBKL.

Penjaja belon mengasari DBKL.

Tapi Bersatu Pas paling lantang mempertahankan penjaja belon.


Pekedai restoran melanggar peraturan PBT MBI.

Pekedai restoran mengasari MBI.

Tapi MCA mesra PN pula paling lantang mempertahankan pekedai restoran.


Ini tak betul ni. Melayu salah, salah lah. Cina salah, salah lah. Apasal nak defend orang yg salah semata-mata dia satu kaum?



TU DIA NOH... DULU LAGI TAKUT... GURU BESAR JADI BARUA UMNO PUN BANYAK GAK.

 


KEH.. KEH.. KEH...

 


PAS LUDAH KE LANGIT

 


PENTING ADMIN YANG BIJAK


 Najib Bakar


Inilah pentingnya ada admin yang bijak. Ni mesti kes admin tekan link mengarut-ngarut sampai kena hack.


Admin gersang sangat ka gena? Takpalah, asal tak lawan olamak, kan?


Dan sekarang, page Pemuda PAS Terengganu dah jadi macam page jual ubat kuat. 😂




JIKA TAKSUB MELAMPAU


Zainuddin Omar 


Ini satu contoh taksub melampau sehingga diharapkan baraqah kepada beliau setelah minum baki minuman guru. 


Ini sebab gang mereka sangat marah pada drama 'Bidaah'. Ahaks.






EKSPORT KELAPA SEGAR KE CHINA

Sham Ghaz


Masih ingat tahun 2008/2009 dulu pernah apply tanah 200 ekar lebih utk sebuah GLC Kelantan, waktu tu plan untuk membangunkan ladang benih kelapa mataq guna kultur tisu. Hampir 2 tahun mohon tak lulus. 


Hasrat arwah Tok Guru Nik Aziz masa tu adalah nak bagi setiap rumah orang miskin di Kelantan pokok kelapa free. 


Dgn hasrat org miskin di Kelantan dpt jual biji kelapa, santan dan minyak kelapa dara kepada GLC tu semula. Sbb banyak sangat tanah terbiar di Kelantan.


Usaha tu tidak berhasil bila tidak dapat tanah, sebab banyak sangat “mangkuk pinggang” kena lalui terutamanya untuk program2 kebajikan kepada rakyat dan takda “duit segera” kepada yang terlibat.


Andaikata jadi usaha kami dulu, Kelantan dah lahirkan rakyat yang mandiri dan boleh eksport ke China sekarang, mereka boleh jual kelapa sendiri secara pukal setiap kampung macam belah Thailand, 1 kampung 1 produk. 


Al Fatihah buat arwah TGNA. 


Paperwork dulu masih saya simpan. ☺️ biarlah jadi kenangan dan boleh jadi bekal nak jawab di akhirat kita pernah cuba buat yang terbaik apabila di beri amanah untuk laksanakan.


 

PERCAYA LAGI KETUA RAJA FITNAH PERAK


 

RASUAH PUN TAK TAU... CONTOH ADA DALAM CERITA NI


 

NOH.. FITNAH DAPAT HABUAN. TU LA KAKI FITNAH JANGAN BIARKAN



 Ustaz Abu Syafiq fitnah KJ diperintah bayar RM2.5 juta







Hakim, Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Raja Mohzan memutuskan demikian selepas membenarkan saman dikemukakan Khairy selaku plaintif.


*Baca berita penuh di ruangan komen.