‘MEMANG ADA PLOT UNTUK JATUHKAN NAJIB’

BUMIPUTERA JADI PENCURI? JANGAN HINA WARGA MISKIN! – AMK

‘Hadi penasihat Terengganu, Pas keliru’ – Mujahid Yusof



'Hadi penasihat Terengganu, Pas keliru' - Mujahid Yusof

‘Hadi penasihat Terengganu, Pas keliru’ – Mujahid Yusof


Parti Amanah Negara (AMANAH) membidas PAS yang didakwa cuba mengelirukan ahli akar umbi parti dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia menjadi penasihat kepada kerajaan negeri Terengganu.
“Bagaimana boleh anda jadi penasihat kepada musuh?” soal Naib Presiden AMANAH Datuk Mujahid Yusof Rawa.
Katanya, ahli parti sentiasa diberitahu bahawa PAS sebagai sebuah parti politik perlu memenangi kerusi bagi merebut Putrajaya.
“Ini adalah sesuatu yang sangat asas.
“Ahli-ahli PAS sentiasa diberitahu bahawa parti perlu melaksanakan pembaharuan yang lebih efektif di negara ini dan bukannya menjadi penasihat kepada BN atau Umno,” kata Mujahid kepada Malaysiakini.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman pada 6 November lalu yang berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk melantik Hadi sebagai penasihat kerajaan negeri BN.

Hadi berkata PAS bersedia untuk bekerjasama dengan Umno dalam isu-isu pentadbiran dan sedia menasihatkan Umno serta tidak menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ahmad Razif berkata, PAS telah menunjukkan kesediaan untuk membuka pintunya untuk mula bekerjasama dengan BN dan Umno.
Mujahid berkata pendirian terbaru ini membuktikan bahawa PAS sangat keliru dengan perjuangannya, tetapi ini diburukkan lagi dengan pihak yang cuba mengelirukan akar umbi pula.

Soalnya, mengapa PAS mahu menjadi sebuah parti politik tetapi kini mahu memainkan peranan sebagai penasihat kepada BN dan Umno.

“Anda (PAS) juga boleh menjadi sebuah NGO (badan bukan kerajaan) yang hanya memberikan nasihat; jadi tiada keperluan bercakap mengenai kerusi atau memenangi pilihan raya,” kata Mujahid.

“Jangan perbodohkan ahli dengan berkata PAS adalah sebuah parti politik tetapi pada keesokan harinya, berkata yang penting bukan kerusi tetapi PAS boleh berperanan sebagai penasihat,” katanya lagi.