KERAJAAN LUNASKAN.

 

TERKINI 


Keperluan kewangan isu tanah Felda Terengganu telah di lunaskan


Anwar Ibrahim hari ini memaklumkan bahawa keperluan dan komitmen kewangan berkaitan isu tanah Felda di Terengganu telah pun dilunaskan oleh kerajaan Persekutuan sebelum ini.


Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata Anwar yang juga Menteri Kewangan telah memberikan penjelasan mengenai perkara itu sewaktu Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.


“Perdana Menteri telah menyatakan bahawa semua keperluan kewangan berkaitan tanah telah dilunaskan, telah dibayar sebelum ini dan tapi ada beberapa perkara yang tidak disusuli oleh pihak kerajaan negeri.


“Petang ini, Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Datuk Johan Mahmood Merican) ada perbincangan dengan kerajaan negeri Terengganu untuk memastikan apa yang telah kerajaan Persekutuan lunaskan, kini perlu disusuli oleh pihak kerajaan negeri. Itu sangat penting,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Putrajaya hari ini.





SEMUA TERATUR

 Setakat yang saya maklum, semuanya tertib dan teratur. Jangan termakan putarbelit pihak tidak bertanggungjawab.


RJ Rithaudeen




𝗣𝗟𝗢𝗧 𝗧𝗪𝗜𝗦𝗧 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗛𝗔𝗠𝗦𝗨𝗟 𝗜𝗦𝗞𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥




Seminggu-dua ini kecoh pasal Datuk Seri Shamsul Iskandar, bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri. Episod ini bermula dengan tularnya satu surat sokongan mengenai 1 projek di bawah Kementerian kesihatan.


Ada pandangan yang berbeza beza mengenai surat ini. Ramai yang mengkritik kerana ia dilihat menyambung amalan dahulu yang bersubahat dengan rasuah. Ada pula penyokong kerajaan yang mempertahankannya kerana surat itu kata mereka hanya memanjangkan permohonan dan surat surat yang dihantar kepada Perdana Menteri atau Setiausaha Politik beliau tanpa memberikan arahan. 


Itu jawapan yang diberikan oleh Perdana Menteri sendiri.


Di sinilah adanya satu plot twist. Saya mendapat satu mesej dari wakil salah 1 syarikat yang disenaraikan dalam surat sokongan itu. Mereka menyatakan Kamal Engineering tidak pernah terlibat dengan "pre-qualification" projek tersebut. Mereka pun tidak pernah melibatkan diri dengan projek tersebut. Kamal Engineering telah membuat laporan polis dan MCMC mengenai salah guna nama mereka di dalam surat tersebut.


Maka plot twistnya adalah begini: jika Kamal Engineering tidak terlibat pun dalam projek itu, bagaimana dan siapa yang pandai pandai guna nama syarikat hingga sampai ke Pejabat Perdana Menteri? 


Ia adalah satu kesalahan jenayah menyalahgunakan nama orang atau syarikat tanpa kebenaran mereka. Satu lagi kemungkinan ialah syarikat Kamal Engineering jadi kambing hitam yang namanya hanya diselitkan sebagai "dummy" di dalam surat sokongan itu tanpa pengetahuan mereka.


Apa pun saya sudah sampaikan maklumat ini dari Kamal Engineering kepada orang ramai yang memohon saya membantu mereka menjelaskan keadaan ini bagi pihak mereka. Saya harap pihak polis ambil tindakan kepada mereka yang bertanggungjawab.




PLOT TWIST...


 

WALAUN JANGAN ANGGAP MP KOTA BHARU NI HERO LAK..DIA KAKI FITNAH.

 

KENYATAAN MEDIA YB MENTERI DALAM NEGERI - JEMAAH MENTERI PUTUSKAN LANGKAH SUSULAN TERHADAP USUL MELIBATKAN YANG BERHORMAT AHLI PARLIMEN KOTA BHARU




TENGOK...PAS BOLEH BUAG APA..TARAK APA..TAKAT SEMBANG JA .

 


Pramugari Air Asia akhirnya dibenarkan memakai tudung era Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri.



Waktu Anwar jadi Menteri Pendidikan dia perkenalkan pemakaian tudung, kain labuh dan tutup aurat untuk SEMUA PELAJAR WANITA di Malaysia di sekolah. 


W/pun kini Anwar dah jadi PM, gerakan Islamisasi terus menerus berlaku.


Ini merupakan kejayaan besar, yang GAGAL dibuat oleh YB Siti Zailah Mohd Yusoff, Ahli Parlimen Rantau Panjang, PAS Pusat, Abdul Hadi Awang dan Muhyiddin Yassin.


Jalan terus PMX, walk the talk, bukannya sembang kencang dan tak mampu buat salahkan Menteri Pengangkutan era PN.




KEH KEH KEH...ORANG. PALING CERDIK LAM PAS..KIOK 6 BULAN

Syam Ghaz


 Jemaah Menteri harini putuskan Ahli Parlimen Kota Bharu dirujuk ke Jk Hak dan Kebebasan Parlimen.



Done deal, gantung 6 bulan on progress.





KENA LAGI

 Ahh sudah , Kena lagi DS Syamsul Iskandar ni.. 






Kamal Engineering salah satu dari 6 syarikat yg DSSI senaraikan dalam surat sokongan viral, masalahnya Kamal Engineering tak pernah melibatkan diri pada projek tersebut.Laporan polis telah dibuat 


Buat magic betul DSSI ni company yg tak berminat pulak dia pergi rekemen.Ingat lagi dulu nGo² pembangkang pun dia rekemenkan 

dapat Dana dari Kerajaan.


#Ceplos.#Damai #KetuaCabang




INI BUKAN BERITA PALESU. INI BERITA BETUL BETUL.MAKAN RESYUAH....APA LA HANG....KIOK

 


Ahli Parlimen PN Padang Serai diberkas SPRM berkaitan duit suapan RM400,000






SPRM Kedah menahan Anggota Parlimen Padang Serai Azman Nasrudin petang semalam bagi tujuan pertuduhan melibatkan usaha sama ternakan lembu milik kerajaan negeri itu.


Menurut sumber, siasatan dibuat sejak Februari melibatkan dakwaan penerimaan kira-kira RM400,000 sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah untuk projek fidlot.


Sumber: Malaysiakini



HUDUD DAH TAK KEMPEN DSH LA NI.

 Tanpa retorik, tanpa slogan membangun bersama Islam, tapi Islam semakin terserlah.





NOHHH ..ZALIMNYA.

 


SALAHKAH BILA KITA MENENTANG DENGAN TUJUAN TEGURAN DEMI KEBAIKAN


 

TUDUHAN MUDAH SAHAJA..BILA KENA MASUK GUA..TAK DA PULAK NAK BEGULKAN...PARTI AJARAN SESAT BETUL


 

KAPAL SELAM TERLANGGAR GUNUNG DALAM LAUT


 Mohd Haffiz


Pada 8 Januari 2005, kapal selam nuklear USS San Francisco sedang memecut laju di dasar Laut Pasifik dengan 137 orang kru di dalamnya... 





Peta menunjukkan laluan itu selamat, radar pun tak memberi tanda bahaya... Semuanya nampak tenang hinggalah satu hentakan dasyat berlaku dalam sekelip mata...


Seluruh kapal seperti merempuh gunung... Bahagian hadapan remuk, peralatan tercabut dan kru terpelanting merata... Di tengah kekalutan itu, seorang anggota, Joseph A. Ashley, mengalami kecederaan serius dan tidak dapat diselamatkan... Lebih 90 kru lain turut cedera akibat hentakan yang begitu kuat...


Ketika mereka cuba memahami apa yang berlaku, barulah jelas kapal selam itu sebenarnya melanggar sebuah gunung bawah laut yang tak pernah direkodkan dalam peta lama... 


Dan lebih buruk, hentakan itu memusnahkan bow ballast tank, sistem utama untuk naik ke permukaan... Bila kapten mengarahkan emergency blow, udara tekanan tinggi dilepaskan… tetapi kapal langsung tak naik... Udara bocor keluar melalui bahagian hadapan yang hancur...


Dalam beberapa puluh saat yang terasa seperti mimpi ngeri, kapal selam itu tergantung di kedalaman... Kalau sistem gagal sepenuhnya, tiada siapa boleh jamin apa akan terjadi...


 Kru yang cedera, kru yang terkejut, kru yang cuba menahan kesakitan... Semuanya hanya boleh tunggu dan harap kapal masih boleh diselamatkan...


Akhirnya stern ballast tank di bahagian belakang mula bertindak balas... Perlahan-lahan, kapal terangkat dari belakang seperti pintu yang dibuka satu sisi... Tidak stabil, tetapi cukup untuk menolak mereka naik ke permukaan... 


Bila akhirnya muncul di atas laut, mereka bergerak ke Guam dengan kelajuan hanya sekitar 10 mph kerana keseluruhan bahagian hadapan kapal rosak teruk...


Di sebalik tragedi itu, ramai kru menerima anugerah penghargaan... Mereka bertindak pantas mengawal kerosakan, memeriksa sistem yang rosak, merawat rakan-rakan yang cedera dan memastikan kapal selam itu tidak karam...


Ada yang bekerja sambil menahan kecederaan sendiri, tetapi masih berlari ke kompartmen lain untuk membantu... Keberanian, disiplin dan ketenangan mereka dianggap faktor utama kenapa kapal itu dapat diselamatkan...


Kapten pula tidak terlepas daripada tindakan... Walaupun peta utama yang digunakan memang tidak menunjukkan gunung itu, siasatan mendapati laluan tersebut sepatutnya disemak dengan peta alternatif yang memberi petunjuk risiko... 


Kerana itu, dia diturunkan jawatan dan dikenakan tindakan... Pentadbiran  kariernya dalam armada berakhir selepas insiden tersebut...


Kisah ini akhirnya menjadi salah satu tragedi paling mengejutkan dalam sejarah kapal selam moden... Sebuah gunung yang tidak ditanda, satu hentakan yang hampir menenggelamkan seluruh kru dan keberanian ratusan manusia yang berjuang memastikan mereka kembali ke permukaan...


Ngeri tengok gambar... Rongak teruss 🥴


#mhmautomotive #infoautomotive #mhminfo




LAAA..DIA NI..PATUT LA MUSIBAT...


 KEDAH AGRO TUTUP OPERASI TAHUN 2024.


Tak mahu rugi macamana Muhammad Sanusi Md Norr jika Exco masa tu pun terlibat dgn sakau menyakau ni?






Kedah Agro ada buat projek lembu di Sungai Laka / Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu, Kedah ka?


Baca: https://www.hmetro.com.my/amp/utama/2024/04/1077879/liabiliti-terlalu-besar-kedah-agro-tamat-operasi-muhammad-sanusi




JENAZAH ORANG ISLAM BOLEH DIKEBUMIKAN DI TANAH SENDIRI??





Kerajaan perlu berhati hati berhubung isu ini. Walaupun setakat hari ini, tidak ada apa apa undang undang atau peraturan yang mensyaratkan seorang yang meninggal dunia wajib dikebumikan di tanah perkuboran Islam, tetapi dibimbangi ada pihak pihak yang suka bertindak sendiri secara luar kebiasaan sehingga menjadi satu kebiasaan.


Ambo ada 2 pengalaman yang tak tahu apa kesudahannya;


1. Kes melibatkan kematian seorang pengikut ajaran Hasan Anak Rimau (limau) yang dikebumikan di tepi rumahnya. Pihak JAKIM telah menasihatkan supaya kubor ini dipindahkan. 

2. Kes kematian yang melibatkan seorang yang dipercayai menganut ajaran syiah. Arwah Mufti Dato' Haji Hasbullah sebut ke ambo.... Kita kena siasat, ambo bimbang dia dikebumikan ikut cara syiah.... 


Ada satu kes kematian di Kok Lanas, Pihak Berkuasa Agama telah memberi kebenaran jenazahnya dikuborkan dalam kawasan masjid yang dibina olehnya... Wallahu'alam ambo tak cerap maklumat ni betul ke tidak.



JUMLAH PAMPASAN YANG MENGEJUTKAN.

 


Agak lama saya kaji kes ini. Agak terperanjat juga bila tengok jumlah pampasan yang diputuskan oleh mahkamah.






Tetapi setelah menyusun fakta demi fakta mengikut kronologi, barulah saya memahami erti sebenar di sebalik angka-angka tersebut.


Ini bukan sekadar soal wang. Ini tentang dua keluarga yang terpaksa hidup dalam ketidakpastian selama hampir sedekad, menunggu jawapan yang tidak kunjung tiba.


Cuba bayangkan, suami anda keluar rumah seperti biasa, kemudian hilang begitu sahaja. Atau ayah dipaksa masuk ke dalam kereta di tengah jalan dalam masa kurang 40 saat, lalu tidak pernah pulang lagi.


Anda buat laporan polis. Anda menunggu dengan penuh harapan. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun.


Sembilan tahun berlalu, namun anda masih tidak tahu sama ada orang tersayang itu masih bernafas atau sudah tiada di suatu tempat yang jauh dari pengetahuan anda.


Inilah realiti yang dihadapi keluarga Amri Che Mat dan Raymond Koh.


Amri Che Mat hilang pada 24 November 2016. Polis menjalankan siasatan melibatkan 80 saksi, tetapi sehingga tahun 2025, tiada pengesahan rasmi tentang nasibnya.


Seorang nama muncul dalam siasatan SUHAKAM pada 2019 iaitu Saiful Afdzan Senei, namun beliau enggan hadir untuk memberi keterangan pada April 2019.


Isterinya, Norhayati Mohd Ariffin, terpaksa hidup dalam penantian yang menyakitkan. Tiada jasad untuk dikebumikan, tiada kubur untuk diziarahi, malah tiada status yang jelas untuk dirinya sendiri.


Dia masih seorang isteri, atau sudah menjadi balu? Soalan ini terus menghantui tanpa jawapan.


Raymond Koh pula hilang pada 13 Februari 2017 dalam kejadian yang dirakam CCTV. Rakaman menunjukkan operasi pantas dan tersusun melibatkan beberapa kenderaan dan pelaku yang bertindak seperti pasukan terlatih.


SUHAKAM mengambil keterangan daripada 39 saksi pada 2019. Seorang individu bernama Lam Chang Nam dihukum, tetapi bukan atas tuduhan menculik Raymond, sebaliknya kerana kesalahan memeras ugut.


Siapa dalang sebenar penculikan itu? Apa motif mereka? Di mana Raymond sekarang? Soalan-soalan ini masih tergantung tanpa jawapan rasmi.


Isterinya, Susanna Liew, terpaksa menonton rakaman penculikan suaminya berulang kali, namun tidak pernah mendapat sebarang penjelasan tentang siapa yang merancang operasi tersebut atau ke mana suaminya dibawa.


Pada 5 November 2025, mahkamah memutuskan pampasan sebagai berikut:


- Isteri Amri: RM3.3 juta

- Keluarga Raymond: RM37 juta, ditambah RM10,000 setiap hari selagi Raymond tidak dikembalikan atau statusnya tidak disahkan (tanpa had masa)


Ramai yang terkejut dengan angka ini. Tetapi keputusan mahkamah bukan meletakkan harga pada nyawa seseorang.


Ini adalah pengiktirafan bahawa kerajaan gagal menunaikan tanggungjawab asas kepada keluarga mangsa, iaitu hak mereka untuk mendapat jawapan, mengetahui nasib orang tersayang, memperoleh keadilan yang tuntas, dan meneruskan kehidupan tanpa ketidakpastian yang berlarutan.


Bayaran RM10,000 sehari bukan dibuat sebagai hukuman, tetapi sebagai pendorong agar siasatan tidak dihentikan begitu sahaja.


Selagi kerajaan tidak dapat mengesahkan nasib sebenar mangsa, selagi itulah keluarga terus berada dalam keadaan kehilangan hak mereka.


Ada yang persoalkan kenapa pampasan Raymond jauh lebih tinggi nilainya berbanding kes Amri?


Bukan kerana nilai nyawa Raymond lebih tinggi daripada Amri. Perbezaan ini mencerminkan tahap kegagalan siasatan yang berbeza:


1. Ada bukti video penculikan yang jelas menunjukkan kehilangan paksa berlaku, namun siasatan masih tidak mencapai sebarang kesimpulan.


2. Kegagalan sistem lebih ketara apabila walaupun bukti visual wujud, masih tiada jawapan tentang siapa dalang atau apa motif di sebalik penculikan tersebut.


3. Bayaran harian tanpa had masa dilihat mahkamah sebagai remedi berterusan untuk memastikan usaha mencari kebenaran tidak terhenti, bukan sekadar pampasan biasa untuk kehilangan.


Jadi apakah tindakan Kerajaan setakat hari ini?


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, telah mengumumkan bahawa kerajaan telahpun mengambil beberapa langkah:


- Membuka semula siasatan dan menyemak semua fail lama

- Membentuk pasukan penyiasat baharu yang diketuai pegawai kanan polis

- Memberi akses kepada keluarga terhadap laporan siasatan

- Meneruskan siasatan sehingga ada pengakhiran yang sah


Kerajaan turut memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah. Ini bukan bermakna cuba melarikan diri daripada tanggungjawab, tetapi merupakan hak undang-undang untuk memastikan proses kehakiman dipatuhi mengikut prosedur yang betul.


Yang penting, kerajaan menegaskan bahawa siasatan tidak akan dihentikan dan pencarian akan diteruskan sehingga ada jawapan yang memuaskan untuk kedua-dua keluarga.


Mudah bagi kita untuk berdebat tentang jumlah jutaan ringgit. Tetapi di sebalik angka itu, ada dua keluarga yang terpaksa hidup tanpa penutup emosi yang wajar.


Isteri Amri tidak pasti statusnya sendiri, masih isteri atau sudah balu? Isteri Raymond tidak dapat menjawab soalan anak-anak yang bertanya bila ayah akan pulang.


Kedua-dua keluarga bukan sahaja kehilangan orang tersayang, malah kehilangan hak paling asas iaitu hak untuk tahu.


Mereka tidak meminta yang mustahil. Cuma empat perkara mudah:


- Kebenaran tentang apa yang sebenarnya berlaku

- Jawapan tentang di mana orang tersayang mereka berada

- Keadilan untuk pihak yang bertanggungjawab

- Penutup untuk soalan yang menghantui mereka setiap hari


Wang bukanlah jawapan sebenar. Wang hanyalah pengiktirafan bahawa keluarga ini telah dibebani oleh sistem yang gagal memberi jawapan.


Apa yang benar-benar mereka mahukan adalah satu perkara paling asas namun paling bermakna adalah


Kebenaran.


Ini bukan cerita tentang besar atau kecil nilai pampasan. Ini cerita tentang kegagalan sistem yang membiarkan dua keluarga menunggu hampir sedekad tanpa jawapan rasmi, tanpa jasad, tanpa penutup emosi yang layak mereka terima.


Bagi mereka, hak yang diperjuangkan bukanlah sesuatu yang rumit atau besar. Ia cuma permintaan yang paling sederhana:


Di manakah dia?


Apa yang terjadi kepadanya?


Selagi soalan ini tidak terjawab, selagi itulah keadilan belum ditegakkan sepenuhnya.


Afiq Noordin


RASUAH DI NEGERI ULAMAK....KIOK.MEMALUKAN.NEGRI MISKIN MAKAN RASUAH KUAT

 

Che Ibrahim


Dulu REE, sekarang lembu pula... Tu pun masih dok dakwa bebas rasuah.






KITA NAK TAU LEBAI MANA YANG KENA. KALAU LEBAI ZAYONARA..TAK AMANAH .



 ALOR SETAR – Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri.

Menurut sumber, penahanan itu susulan siasatan yang dijalankan sejak Februari lalu, melibatkan dakwaan penerimaan kira-kira RM400,000 sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah bagi projek fidlot tersebut.

"Kertas siasatan telah dibuka susulan aduan yang diterima pada 10 Februari 2025.

"Siasatan berkaitan kes ini telah dijalankan dan melibatkan seramai 15 orang saksi yang telah dirakam percakapan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.





Misi Paling Gila CIA: Bina Kapal Gergasi Semata-Mata Nak 'Curi' Kapal Selam Soviet Dari Dasar Laut!"








Oleh: Mazlan Syafie


Perang Dingin antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sering dianggap sebagai perang ideologi semata-mata. Realitinya, ia adalah zaman di mana kedua-dua kuasa besar ini sanggup melakukan perkara paling tidak masuk akal demi mendapatkan kelebihan ketenteraan.


Salah satu operasi paling berani dan mahal dalam sejarah perisikan manusia ialah Projek Azorian.

Kisah bermula pada tahun 1968. Sebuah kapal selam nuklear Soviet bernama K-129 tiba-tiba hilang di tengah Lautan Pasifik. Soviet mencari kapal mereka siang dan malam tetapi gagal menemuinya.


Amerika Syarikat sebaliknya berjaya mengesan lokasi bangkai kapal itu menggunakan sistem pendengaran bawah laut rahsia mereka. K-129 terbaring senyap di kedalaman 16,000 kaki atau hampir 5 kilometer di dasar laut.


CIA melihat ini sebagai peluang emas. Kapal selam itu mengandungi buku kod rahsia, peluru berpandu nuklear dan teknologi kriptografi Soviet yang sangat bernilai.


Masalahnya ialah bagaimana cara untuk mengangkat beban seberat 2,000 tan dari kedalaman 5 kilometer tanpa diketahui oleh Soviet?


Jika mereka menghantar kapal tentera laut, Soviet pasti akan syak wasangka dan datang menyerang.

Maka lahirlah satu rancangan yang sangat licik. CIA perlu mencipta satu penipuan berskala global. Mereka mendekati seorang jutawan eksentrik bernama Howard Hughes.


Howard Hughes bersetuju menjadi "muka depan" operasi ini. Beliau mengumumkan kepada dunia bahawa syarikatnya akan membina sebuah kapal perlombongan laut dalam yang canggih untuk mencari nodul mangan di dasar laut.


Dunia percaya bulat-bulat cerita itu. Media memuji Hughes sebagai inovator yang berani mengambil risiko.


Di sebalik tabir, kapal bernama Hughes Glomar Explorer itu sebenarnya adalah alat pengangkut raksasa. Di bawah perut kapal itu terdapat satu "penyepit" gergasi atau The Claw yang direka khusus untuk mencengkam badan kapal selam Soviet tersebut.


Pada tahun 1974, kapal Glomar Explorer berlayar ke lokasi kejadian. Kapal pengintip Soviet turut berada di kawasan itu memantau keadaan.


Soviet melihat kapal itu dan menyangka ia hanyalah kapal "orang kaya gila" yang sedang mencari batu di dasar laut. Mereka tidak tahu bahawa di bawah permukaan air, penyepit gergasi sedang diturunkan perlahan-lahan paip demi paip menuju ke sasaran.


Operasi mengangkat berjalan lancar pada peringkat awal. Bangkai kapal selam itu berjaya dicengkam dan ditarik naik. Jantung para ejen CIA berdegup kencang menanti hasil tangkapan mereka.


Malangnya apabila kapal selam itu sudah separuh jalan naik, sebahagian daripada penyepit itu patah akibat tekanan yang terlalu tinggi.


Dua pertiga daripada badan kapal selam itu, termasuk bahagian yang menyimpan buku kod dan misil utama, terlepas dari cengkaman dan jatuh semula ke dasar laut. Ia hancur berkecai apabila menghentam lantai samudera.


CIA hanya berjaya menaikkan satu pertiga bahagian hadapan kapal selam itu! 


Walaupun misi ini dianggap separa gagal, mereka tetap berjaya memperoleh dua torpedo nuklear, beberapa dokumen perisikan dan enam jasad kelasi Soviet.


Atas dasar hormat sesama tentera, CIA memberikan pengebumian laut penuh istiadat tentera kepada jasad musuh mereka itu. Upacara itu dirakamkan dan rakamannya diserahkan kepada kerajaan Rusia selepas Perang Dingin tamat sebagai tanda muhibah.


Projek Azorian menelan belanja sekitar USD 800 juta pada waktu itu. Jika dinilai dengan wang hari ini, jumlahnya mencecah USD 4 bilion.

Semua wang itu hangus semata-mata untuk sebuah misi mencuri bangkai besi di tengah lautan.


Kisah ini membuktikan bahawa dalam dunia perisikan, tiada idea yang terlalu gila asalkan ada bajet yang mencukupi. Amerika Syarikat sanggup membina kapal palsu dan menipu satu dunia hanya untuk mengintip rahsia musuh mereka.


Gila sungguh kan persaingan manusia merebut kuasa dunia. Mereka sanggup berhabis harta benda demi secebis maklumat. Begitulah.


---


Operasi Azorian hanyalah secubit kisah di sebalik tirai persaingan kuasa; jika Amerika Syarikat sanggup membina kapal berbilion dolar hanya untuk mencuri bangkai kapal selam, bayangkan strategi besar apa lagi yang mereka gunakan untuk menguasai dunia. Buku Amerika: Penguasa Dunia Baharu membongkar rahsia agensi, taktik licik wang, media, dan senjata yang menjadikan negara lain berlutut, mendedahkan bagaimana propaganda dan kekuatan ketenteraan membentuk realiti kita hari ini. Dapatkan buku ini sekarang sebelum rahsia ini terkunci semula: https://s.shopee.com.my/70BQ88Azn4




TU DIA NOHHH

 



BOT BARU UNTUK GGRK?

 


Adakah ini hint dari Pasukan GGK( Grup Gerak Khas) yang akan dapat bot tempur baru dari YDPA


Sebelum ini YDPA pun telah menyumbangkan sekurang 8 buah bot jenis medium landing craft kepada Pasukan GGK juga.




POSTING WALAUN PERCAYA.


 Syam Ghaz


Hurm posting macam ni pun Un caya gak ke? Memang kelas otak bawah tempurung la.




Dia ingat Kerajaan Perpaduan nak tumbang ke?


Di Sabah PERIKATAN NASIONAL menang 1 DUN sahaja.


Takpelah anggaplah ini hiburan malam Jumaat. 


Esok dah tamat 3x Jumaat yang Papagomo sebut sebutkan, kerajaan Perpaduan tak tumbang pun.


Yang dah tumbang:


1. Mahathir kantoi bila Yahoo Finance dedah dia pemimpin politik terkaya dunia dgn kekayaan USD40 Billion. Negeri Pas menang je tak cerdik, tak tahu Mahathir ni kedekut dan lantik dia jadi Penatsihat.


2. Perikatan Nasional tanding 42, menang 1 sahaja. Boleh undi popular tercorot


3. Ronald Kiandee Naib Presiden Bersatu, calon Ketua Menteri PN jika PN menang di Sabah tewas PRN Sabah


4. Albert Tei kuda Trojan Mahathir kena tahan SPRM


5. Dato Takiyuddin Ahli Parlimen Kota Bharu dah nak kena gantung 6 bulan 26hb Januari 2026 nanti.


6. Bersatu kini jadi BERKECAI, PN Sabah desak Muhyiddin letak jawatan Presiden Berkecai.


7. Cytros PN berpecah hancur lebur, tinggal juak jual kelas macai sahaja.




PALATAO

 

Dah lama aku tak menulis. Sibuk tu satu hal. Tapi naik menyampah pun satu hal lagi. Bukannya menyampah dengan kerajaan tapi 𝘀𝗲𝘀𝗲𝘁𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸.







Bukan walaun! Yang walaun kita dah tau la bebal. Ini sekumpulan pewalak lain. Yang sekarang ni dah jadi sama hebat dengan walaun bebalnya.


Kerja cuma cari salah kerajaan. Kemudian manipulasi cerita supaya nampak kerajaan sekarang 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝗻𝗴 la kononnya sebab pujaan dia tak ada.


Komen pun aku dah lama tak tengok. Tadi je baru aku tertengok. Sekali ada walaun tanya aku kenapa aku tak ulas isu 𝗦𝗵𝗮𝗺𝘀𝘂𝗹 𝗜𝘀𝗸𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿.


Pertama sekali, aku memang dah lama tak berkenan dengan Shamsul tu. Dari dulu aku selalu tertanya apa kelebihan dia yang PMX nampak.


Tapi dalam isu 𝘀𝘂𝗿𝗮𝘁 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 tu, aku tak nampak ada unsur rasuah pun. Tak nampak salahnya. Cuma aku rasa tak berbaloi nak ulas.


Tapi takpe. Sebab walaun ingat aku tak berani, jadi aku ulas la sikit. Senang je ceritanya. 𝘝𝘦𝘳𝘺 𝘴𝘵𝘳𝘢𝘪𝘨𝘩𝘵 𝘧𝘰𝘳𝘸𝘢𝘳𝘥.


Shamsul hantar surat yang ada  nama 𝗹𝗶𝗺𝗮 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁. Dan dia hantar 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 suruh lantik tapi meminta agar 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻. Itu sahaja.


Bagi aku, itu lebih kurang macam tambah 𝗼𝗽𝘀𝘆𝗲𝗻. Nak bagi senang cerita, kalau manusia, macam kita nak jodohkan kawan kita la. Tunjuk dia gambar lima gadis suruh dia pilih.


Kalau dia suka, dia pilih satu. Kalau tak berkenan, dia pilih lain pun kita tak kisah. Kita cuma nak tolong je kebetulan kita kenal gadis yang cari calon suami.


Bukan macam surat Exco Terengganu. Dia beri cuma 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗻𝗮𝗺𝗮 dan 𝗹𝗼𝗯𝗶 𝗴𝗶𝗹𝗮-𝗴𝗶𝗹𝗮 suruh lantik syarikat tu. Macam mak bapak yang paksa anak setuju kahwini gadis pilihan mereka. Begitu baru salah.


Adalah perbuatan Shamsul tu melanggar etika? Ya sebab kerajaan ini janjikan 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶. Adakah dia langgar undang-undanng? Jawapannya, 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞.


Ok itu pasal surat sokongan. Yang pasal kes rasuah tu, sekali imbas aku dah boleh nampak yang 𝗔𝗹𝗯𝗲𝗿𝘁 𝗧𝗲𝗶 tu adalah 𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 seseorang.


Dalam isu ni, yang 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁 adalah si Albert tu. Berapa ramai orang politik yang dia rasuah. Kira dia tu 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗴𝗮𝗿. Itu hero walaun?


Dan bab ni satu benda yang bermain dalam kepala aku. Albert beri Shamsul hampir 𝘀𝗲𝗷𝘂𝘁𝗮 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶𝘁  untuk dapatkan duit yang dia dah beri Adun Sabah.


Shamsul ni 𝗽𝗲𝗺𝘂𝗻𝗴𝘂𝘁 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 ke apa? Aku ingatkan dia rasuah untuk dapat projek. Tapi nak suruh kutip duit. Kalau setakat nak suruh kutip duit macam tu baik upah samseng je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PANDANGAN INI AGAK TEPAT... RAMAI KAUM CINA BEROANDSNGAN SEPERTI INI

 

Norman Daud


Saya sempat berbual dengan beberapa rakan berbangsa Cina mengenai situasi politik Malaysia sekarang, terutamanya tentang sokongan mereka terhadap Pakatan Harapan. Pandangan mereka cukup menarik dan membuka mata. Menurut mereka, sokongan terhadap PH masih wujud kerana mereka merasakan tiada pilihan lain yang lebih baik. Perikatan Nasional dianggap terlalu rasis dan ekstremis, manakala Barisan Nasional pula sudah lama dicemari isu rasuah dan salah urus. Bagi mereka, PH tetap menjadi pilihan terakhir untuk memastikan negara dipimpin oleh sebuah parti yang sekurang-kurangnya boleh menjanjikan kestabilan dan integriti.




Namun, apabila ditanya mengapa sokongan kaum Cina kelihatan berkurangan, terutamanya di PRK Sungai Bakap dan PRN Sabah, jawapan mereka lebih bersifat kritikal. Mereka menegaskan bahawa ia bukanlah bermaksud mereka meninggalkan PH, tetapi lebih sebagai protes terhadap beberapa keputusan yang tidak disenangi rakyat. Mereka faham keadaan selepas PRU lalu, di mana keputusan pilihan raya tergantung dan membentuk kerajaan campuran. Mereka boleh menerima PH bergabung dengan BN asalkan kepimpinan dijalankan secara adil dan prinsip integriti tidak diketepikan.


Masalah utama mereka adalah pelantikan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri. Zahid dilihat sebagai simbol korupsi dan salah urus di mata pengundi Cina. Mereka berpendapat sepatutnya jawatan itu diisi oleh pemimpin PH sendiri, bukannya dari BN, kerana ia mencerminkan kompromi politik yang boleh menjejaskan imej parti di mata rakyat. Isu ini telah menjadi simbol kekecewaan ramai pengundi Cina, yang walaupun masih menyokong PH, kini menzahirkan ketidakpuasan hati mereka melalui protes dan jarang menonjolkan sokongan secara terbuka.


Di Sabah pula, situasinya berbeza kerana ia PRN negeri. Penolakan terhadap parti dari Semenanjung menyebabkan PH dan sekutunya, termasuk DAP, sukar mendapat sambutan. Bagi pengundi di Sabah, isu ini lebih kepada sentimen tempatan dan kebimbangan bahawa kepimpinan luar tidak memahami keperluan negeri. 


Mereka juga tidak terlalu mengambil peduli tentang sambungan kontrak Azam Baki sebagai Pesuruhjaya SPRM. Isu itu dianggap kecil berbanding keputusan politik yang memberi kesan kepada persepsi rakyat terhadap integriti kerajaan.


Kesimpulannya, sokongan kaum Cina terhadap PH masih wujud, walaupun dibaluti rasa kritikal dan protes terhadap beberapa keputusan kerajaan campuran. Apa yang mereka mahukan ialah integriti, kepimpinan yang adil, dan dasar yang jelas, bukan kompromi politik yang menjejaskan kepercayaan rakyat.


Pada akhirnya, mereka menegaskan bahawa pada PRU akan datang, mereka akan tetap mengundi PH. Sebabnya, inilah kerajaan yang dilihat mampu berkompromi antara kaum, menyeimbangkan kepentingan rakyat, dan membetulkan semula hala tuju negara. Sokongan itu bukan pilihan politik, tetapi harapan untuk sebuah Malaysia yang lebih bersih, adil, dan inklusif.


*Gambar hiasan




KEH..KEH KEH....NAYA BETOI

 


Mohd Asri Bakar



Ada orang hantaq gambaq ni kat saya. Dia mengaku, dia pak menakan pada mamat gila sorang tu laaa..yang mulut hancin & kuang hajaq sangat tu. Laaaa hai, mamat yang hat kuat berlakon dengan skrip2 hodoh & bodoh tu la..sapa lagi?.takkan hangpa tak tau!







Dia habaq...ini gambaq atok dia masa mula2 sampai dari Vietn4m (Bukanlah dari tanah besaq Chin4 pun). Gambaq tu, tok dia duk tengah hisap candu + tahi 8481..sampai melekat-lekat kat keturunan2 dia, sampai ka la ni. Dia habaq lagi, bila dah sampai time stim...mula la dia duk merapu, meraban, mamai, suka wat fitnah & suka sangat berbohong. Tapi pak menakan tu cakap...keturunan2 dia yang lain, dah takdak dah yang hisap candu tu. Tinggai sorang hat tu ja la. Bala..bala. patuit la nampak dia tu tak bijak (nak tulih bodoh, tapi tak sampai hati la pulak). K, bye!!. Salam...



INI KELAYAKKAN KALAU NAK JADI..


 Norman Daud


Bekas pesuruhjaya SPRM lantikkan Tun M ni mempertikaikan kenapa Alber tei didakwa sedang dia adalah seorang whistleblower.






Saya semak apa kelayakkan untuk menjadi sebagai whistleblower mengikut undang undang.


1) Di bawah Whistleblower Protection Act 2010 (WPA 2010), pemberi maklumat hanya dianggap “whistleblower” jika membuat pendedahan salah laku kepada agensi penguatkuasaan yang diiktiraf seperti Malaysian Anti‑Corruption Commission (MACC), polis, atau agensi berkaitan, bukan terus ke media atau umum. 


2) Pendedahan mesti dibuat “dalam good faith” dan dengan “reasonable belief” bahawa berlaku salah laku. 


3) Individu tidak boleh terlibat dalam kesalahan yang didedahkannya , jika ada penglibatan, perlindungan boleh dibatalkan. 


Dan.. agensi penguatkuasaan juga menekankan bahawa melaporkan kepada media atau umum terlebih dahulu sebelum melalui saluran rasmi  menyebabkan seseorang itu tidak layak mendapat perlindungan sebagai whistleblower. 


Adakah Albert tei layak mendapat pelindungan sebagai whistleblower jika kita tengok pada undang undang ni? 


Fikir fikirkanlah..




PAS TERKAIT?

 

Fendi Apple


Terkini! Pas juga akan dipanggil untuk memberi keterangan diSPRM...takebeer3x 😂🤣😅😆😁🤭kih kih kih





JANGAN JADI KAKI PONTENG MAKAN GAJI BUTA. LAMBAT LEPA PM TAK HADIR PUKUL CURI. PENGECUT

 


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, telah mencatat rekod kehadiran 100 peratus dalam kesemua 221 sesi Parlimen sejak mengangkat sumpah dan menjadikan dirinya antara wakil rakyat yang paling konsisten hadir.






Beliau juga menunjukkan komitmen tinggi dengan 614 ucapan dalam 95 sesi perbahasan, purata 6.5 ucapan setiap sesi.


Sikap disiplin dan tanggungjawab beliau ini bukan sahaja menarik perhatian, malah dipuji oleh warganet sebagai contoh teladan yang wajar diikuti oleh ahli Parlimen lain.


Sumber: The Reporter


#NaraViral #NaraTrending #syedsaddiq



APA KEADILAN SEBENAR DI SUDUT PANDANG PN/PAS DALAM ISU APMM DAN MP KOTA BHARU??


Che Ibrahim




Semua orang tahu cerita sebenar APMM di Masjid Rusila. Semua orang tahu bahawa beberapa tanggapan atau andaian PN/Pas dlm isu tersebut lebih kepada "diada adakan" demi mencari sensasi, akhirnya menjerat kaki dan tengkok sendiri, sekarang mereka berhempas pulas cuba meleraikannya.


Ucapan MP Kota Bharu dan pencelahan MP Pendang telah disambut oleh pemain pemain media PN seperti anak seluang menyambar umpan, belum sempat jatuh ke air, diterkam habis habisan, sehingga hari ini masih diulang ulang seolah olah ianya benar seperti dituturkan oleh MPnya.


Salahkah pihak kerajaan memilih untuk menggunakan Peraturan Mesyuarat 27(3) sehingga ianya dikecam sebegitu rupa? Adakah Peraturan Mesyuarat 27(3) tidak berparlimen dan bercanggah dengan Perlembagaan atau sekadar penggunaan Peraturan tersebut  menyebabkan MP Kota Bharu cepat dihukum sebab itu PN menentang?? 


Apabila ada pilihan samada menggunakan Peraturan Mesyuarat 27(3) atau 36(12), maka terserah kepada pihak yang mengemukakan usul untuk memilih Peraturan mana yang mereka mahu gunakan. 

Pihak pembangkang sudah tentu mencari helah agar usul tersebut ditangguhkan atau sekurang kurang membolehkan mereka bergelepar lama sikit. 


Desakan pembangkang agar isu tersebut diselesaikan mengguna Peraturan Mesyuarat 36(12) sekadar bermain tali agar ikan dikail tidak terus disentap ke darat atau sekurang kurangnya mereka boleh mencabar kesabaran pemancing dari memegang hasil pancingannya,  mereka pun tahu ikan tersebut telah tersangkut di mata kail dan sukar untuk melepas diri.




ANTARA TEROKA TANAH SECARA HARAM DAN IHYA' AL MAWAT


Che Ibrahim






Katanya Felda sedang diusir keluar di Terengganu, tanah tanah yang mereka majukan telah di sita kerana telah dibangunkan tanpa kebenaran kerajaan negeri.





Felda ni satu agensi pembangunan tanah Persekutuan, memang kijaan Felda memajukan tanah tanah yang belum dimajukan (al mawat), macamana boleh dituduh "teroka tanah secara Haram" sehingga disita oleh Pihak Berkuasa Tanah (Kerajaan Terengganu)?


Teringat dulu arwah MB Kelantan atgna selalu sebut:


من أحياء الموات فهو له


"Sesiapa yang menghidupkan (bercucuk tanam) di atas tanah kosong (takdak pemilik), maka dia berhak ke atas tanah tersebut" 


Apabila diceritakan banyak tanah tanah sebelah hulu yang diretah oleh orang kampung belum ada hak milik, lalu atgna jawab... "Patutpun alik Hulu Pas kalah...."


Kerajaan Kelantan pernah berdepan dengan isu yang sama berkaitan tanah tanah yang dibangunkan oleh Felda, Felcra Dan Kesedar, namun semuanya berjaya diselesaikan secara rahmah, tidak ada pihak yang terluka.




TU DIA... SAT OK SAT TAK OK.


 

SABAR DULU... BULAN DEPAN SAJA.

 

Sham Ghaz





Isu Gantung YB Kota Bharu; YB Hamzah Zainudin, YB Ahmad Marzuk Shaary, YB Syahir Sulaiman, YB Ronald Kiandee dan Pemuda PAS Malaysia jgn bersorak awal. 


Kononnya menanglah harini? Tidak semudah itu. 26 hb Jan 2026 kita undi tengok ya. 






1. Dalam kes seperti Ahli Parlimen Kota Bharu (Dato Takiyuddin) yang memfitnah dan mengelirukan Dewan, Peraturan Mesyuarat menyediakan dua laluan tindakan yang sah.


2. Ramai tak faham. Jadi saya ingin jelaskan.


a. Perkara 36(12)


Sesiapa yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan atau membuat tuduhan palsu, boleh dirujuk kepada:


Jawatankuasa Hak dan Kebebasan


Fungsi JK:


 • Menilai sama ada wujud unsur fitnah / penipuan

 • Mencadangkan hukuman (termasuk gantung)


Ini adalah laluan siasatan formal.


b. Perkara 27(3)


Menteri atau Ketua Majlis boleh:


Bawa USUL GANTUNG secara terus di dalam Dewan


Tanpa perlu rujuk JK terlebih dahulu.


Ini memang dibenarkan oleh Peraturan Mesyuarat dan digunakan banyak kali dalam sejarah Parlimen Malaysia.


Maknanya Menteri boleh;

• Guna 36(12) boleh

• Guna 27(3) pun boleh

• Kedua-duanya sah & berperaturan


Dalam kes ini, Menteri Dalam Negeri guna Peraturan 27(3). Langsung tidak melanggar peraturan Dewan.


3. Kenapa Ahli Parlimen BOLEH Digantung? 


a. Peraturan Mesyuarat beri kuasa penuh kepada Dewan


Peraturan 44 + 27(3) membenarkan Dewan menggantung mana-mana ahli atas alasan melanggar peraturan, menghina Dewan, atau mengelirukan Dewan.


Ini bukan kuasa Speaker seorang — ini kuasa majoriti Dewan.


b. Tindakan mengelirukan Dewan adalah kesalahan berat


Fitnah dalam Dewan menjejaskan:


 • integriti Parlimen

 • proses membuat keputusan

 • kepercayaan rakyat


Di seluruh dunia, kesalahan “misleading Parliament” dianggap antara kesalahan paling serius.


4. Precedent (kes-kes sebelum ini)


Ramai Ahli Parlimen pernah digantung sebelum ini termasuk:

 • Tian Chua

 • Gobind Singh

 • KJ

 • Salahuddin Ayub

 • Tony Pua

 • Dan juga beberapa MP PAS sendiri


Jadi hukuman gantung bukan perkara baharu.


5. Penggantungan BUKAN hukuman luar biasa, Ia adalah tindakan disiplin biasa untuk menjaga:


 • tertib mesyuarat

 • kesucian fakta

 • integriti institusi


Kalau dibiarkan Ahli Parlimen menipu dalam Dewan, itu lebih bahaya.


5. Penangguhan ke Januari 2026 juga normal


Usul ditangguh ke Sidang Parlimen Januari 2026?


Itu benda biasa. Dewan selalu sambung perbahasan pada sesi berikutnya jika masa tak cukup.


Januari 2026 – Dua Pilihan Tindakan


Pada sesi akan datang, Dewan boleh:


(i) Terus undi untuk gantung Takiyuddin - berdasarkan usul sedia ada


ATAU


(ii) Rujuk Taki kepada JK Hak & Kebebasan - Menteri Dalam Negeri hanya perlu pinda sedikit usul


Kedua-duanya sah di sisi Peraturan Mesyuarat.


Kesimpulan


Kepada Dato Takiyuddin Hassan (Kota Bharu) dan Pemuda PAS Malaysia, Hamzah Zainuddin, Ronald Kiandee, Marzuk Shaari dll, sabar dulu. Januari bukan lama.


Yang penting, ambil pengajaran. Jangan ulangi perbuatan fitnah, tokok tambah, dan mengelirukan Dewan.


Dewan ada peraturan. Institusi ada maruah. Ahli Parlimen kena bertanggungjawab.


Noktah! Best kan dapat “bercuti” 6 bulan. Aman sikit Parlimen.


Syam Ghaz