PMX TITIPKAN SEMANGAT PERJUANGAN DITERUSKAN.

 


Obor perjuanganmu akan terus menyala dan membakar semangat kami untuk terus menyanggah kezaliman dan kebobrokan. 



Jalur perjuangan ini tidak mudah kerana penindasan dan penderitaan selama berdekad lamanya ini hanya akan membenih kekuatan baharu dan semangat buat para pejuang. 


Setelah ramai anggota keluarganya syahid di jalan perjuangan, kini giliran Ismail dibedil rejim pengecut. 


Saya amat berharap semangat kita tidak mudah luntur dan goyah dan mesti kekal kuat mencipta kemenangan. 


Semoga syurga buatmu, sahabat. 


ANWAR IBRAHIM




OTAK TAK LEH PAKAI


Zuwairi Md Yusof


 Standard Ketua Pemuda PAS Pusat Fadhli Shaari nampak bodo pulak.  😂 Tak boleh pakai guna sesen pun Ahli Parlimen Pasir Mas,Kelantan dari PN PAS itu.






WALAUN NAK KATA APA NTAH.

 


AKHIRNYA DIA MATI DI NEGARA ISLAM. SYIAH.

 




Akhirnya, dia syahid bukan di tanah palestine atau Israel, tetapi di negara Syiah.  Masih percaya kepada Syiah?


Aku sikit pun x caya kat Syiah....aku hrp pmx jgn jejak kaki kat iran...perangai buruk syiah adalah berpura2...taqiyyah...

Iran harus bertanggungjwb ke atas kematian pmimpin Hamas itu.


W. Fauzidin



TRANSKRIP PERBUALAN TELEFON PM BERSAMA AHLI BIRO POLITIK HAMAS, DR BASEM NAIM TERKAIT PEMBUNUHAN ISMAIL HANIYEH


Desa HM


PMX: 

Innaillahi wainnailaihi rojiu'n. Dr Basem. Ini saudara Anwar. Saya tidak tahu bagaimana untuk menyatakan perkara ini, tetapi kami berada dalam mesyuarat Kabinet (ketika terima berita kematian Almarhum Ismail Haniyeh) dan seluruh ahli Kabinet terkejut dengan kegilaan rejim Zionis Israel yang bertindak menyerang di kediaman, menyiksa mereka, dan menganggap perang dan keganasan ini boleh berakhir dengan cara sedemikian. Saya sedar bahawa kamu dan saudara Ismail Haniyeh adalah mujahid dan sahabat yang akrab.


Dr Basem:

Jazakallah khairan. Jazakallah khairan saudara Anwar dan barakallahufikum kerana menghubungi kami. Ya, kami masih terkejut dengan kehilangan saudara Haniyeh. Ini adalah kehilangan yang sangat besar tidak hanya kepada rakyat Palestin, tetapi untuk seluruh umat manusia yang merdeka. Saya kenal beliau sejak kecil, beliau seorang pejuang sejati yang telah mengorbankan seluruh hidupnya demi Allah, demi Islam. 


Saya rasa perkara yang paling penting adalah untuk meneruskan perjuangan saudara Ismail sehingga rakyat Palestin mencapai kebebasan dan tertegaknya maruah, dan dengan itu mengakhiri sikap barbarik ini, bukan hanya terhadap rakyat Palesti, tetapi mereka telah melampaui batas, sama ada di Syria, Iraq, Iran dan di mana-mana sahaja. Ini adalah mesej kepada semua umat Islam dan warga Arab, bahawa sesiapa sahaja yang memperjuangkan kebebasan adalah sasaran mereka. Justeru, kita mesti bersatu di ini.


PMX:

Dr Basem, sila sampaikan kepada keluarga dan semua saudara kita. Bahawa kami tetap teguh mendukung perjuangan untuk sebuah Palestin yang merdeka. Kami akan terus melakukan yang terbaik untuk mengutuk kekejaman ini.


Dr Basem:

Saya akan sampaikan mesej ini kepada keluarga dan kepada gerakan kita. Benar, kami sangat percaya bahawa saudara saudari kami di Malaysia, khususnya kamu saudara Anwar, yang sangat lantang dan komited menyokong perjuangan kami.


PMX:

Terima kasih saudara. Saya tahu anda sibuk sekarang, tetapi saya perlu sampaikan, bukan hanya bagi pihak keluarga tetapi juga semua saudara di sini bahawa kami masih terkejut dan sangat marah kerana masyarakat antarabangsa telah gagal memperjuang serta memastikan keamanan dan keadilan tertegak.


Dr Basem:

Saudara tahu, bahawa beliau (Almarhum Ismail) telah melakukan yang terbaik untuk menamatkan keganasan ini, dan untuk menandatangani perjanjian gencatan senjata supaya penderitaan ini berakhir. Tetapi mereka sentiasa mencari alasan baharu untuk menangguh atau menggagalkan semua usaha ini.


PMX:

Saya setuju. Saya pernah bercakap dengan saudara Ismail  melalui telefon dan bertemu dengannya di Doha, kami berhubung dengan beberapa rakan kami. Beberapa hari yang lalu, maklumat terkini dari saudara-saudara kita di Turki, dan jelas bahawa saudara Almarhum Ismail adalah tonggak perjuangan ini, dan salah satu hal yang diperjuangkan adalah perjanjian damai bagi mengembalikan hak rakyat Palestin. Jelas ada unsur sabotaj. Mereka tidak mahu perjanjian damai ini berjaya.


Dr Basem:

Saya percaya ini adalah kehilangan besar bukan hanya kepada rakyat Palestin, tetapi buat seluruh umat manusia yang bermaruah dan merdeka di seluruh dunia.


PMX:

Sekali lagi, kepada seluruh ahli keluarga dan rakan seperjuangan, mohon tabah dan kuat. Semoga Allah melindungi kita. “Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang hampir. Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan ini kepada orang-orang yang beriman."


TAMAT



“RAKYAT KEDAH UCAP TERIMA KASIH KEPADA PMX KERANA HARGA SAWIT & GETAH N...

BERITA BAIK! RAKYAT DAN PEKERJA SWASTA! YB STEVEN BUAT KERJA GILA DAPAT ...


Pekerja di Malaysia bakal menikmati peningkatan gaji tahunan melalui Dasar Gaji Progresif (DGP) yang mula dilaksanakan melalui projek rintis pada tahun ini. Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, sehingga kini sebanyak 908 syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) telah berdaftar di laman web DGP, yang menyasarkan 1,000 syarikat dalam projek mensyaratkan kerajaan menyediakan insentif kewangan kepada syarikat yang berminat untuk menaikkan gaji pekerja. "Setakat ini, 908 syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) telah berdaftar di laman web DGP dan kita telah menerima permohonan daripada 398 syarikat daripada pelbagai sektor. "Kementerian dan pihak-pihak terbabit akan turut mengambil tindakan susulan dan membantu syarikat-syarikat yang telah mendaftarkan minat ini untuk menyertai projek rintis DGP," katanya dalam kenyataan. Kata Rafizi, sejak Kertas Putih DGP dibentangkan pada Parlimen dan diluluskan pada November 2023, Kementerian Ekonomi bersama-sama Kementerian Sumber Manusia telah mengadakan pelbagai sesi libat urus dengan pelbagai pemegang taruh sebagai persediaan untuk menggerakkan projek rintis tersebut. "Untuk projek rintis, Kerajaan Madani telah menyediakan RM50 juta bagi tujuan pelaksanaan dengan turut melibatkan pembayaran insentif kepada 1000 majikan. "Untuk majikan yang menyertai program DGP, bayaran insentif kepada majikan dijangka akan bermula sekitar Oktober tahun ini. "Dasar Gaji Progresif bukan sekadar akan dilaksanakan tetapi telah pun berjalan. Ini adalah usaha dalam komitmen Kerajaan Perpaduan untuk mereformasikan pasaran buruh negara dan juga membetulkan herotan gaji dalam pasaran buruh selari dengan peningkatan produktiviti," katanya. Selain itu Kementerian Ekonomi, ujar Rafizi, akan menganjurkan sesi Townhall Dasar Gaji Progresif pada 6 Ogos 2024, pukul 2:30 petang. Katanya, sesi itu bertujuan melibatkan pihak pemegang taruh, khususnya dari PMKS, untuk mendalami pemahaman mereka tentang dasar dan projek rintis DGP.




PENGAKUAN WANITA MANGSA R0G01! “Biasa tidur bersama. Biasa mabuk bersama”



Seorang wanita yang dirogol rakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham turut mengaku biasa tidur bersama wakil rakyat dari Perikatan Nasional (PN) itu. Hal itu terbongkar menenerusi alasan penghakiman yang menyaksikan Mohd Zulfahimin Mahdzir, 40, dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Sehubungan itu, pemerhati politik Najib Bakar bertanyakan sama ada Hilman akan membuat laporan polis berhubung dakwaan wanita berkenaan yang telah memberitahu mereka berzina. “Dalam perbicaraan, rupanya dapat tahu mangsa ini adalah girlfriend Hilman. Biasa tidur bersama. Biasa mabuk bersama. “Hari kejadian itu, hari jadi mangsa. Hilman bawa dia celebrate. “Bila dah mabuk, ditempahnya bilik hotel dan ditinggalkan mangsa dengan Zulfahimin. “Dia bagi ja girlfriend dia kat kawan sendiri. Sharing is caring kot. Amareka sungguh Adun PN ni rupanya ya?” perlinya. Dalam masa sama, Najib menyarankan agar laporan kepada Jabatan Agama Islam berkaitan perlakuan terkutuk itu dibuat. “Kalau (Hilman) tak lapor, kira betul la kan? “Boleh dah ni buat laporan kepada Jabatan Agama Islam terhadap Adun PN ni kerana berzina,” tulis Najib lagi. Untuk rekod, orang ramai boleh memuat turun alasan penghakiman kes rogol yang membabitkan kenalan pemimpin PN berkenaan.




TERKINI! Zahid: lawan fitnah pembangkang | Gerakan tuntut Pas mohon maaf...



1. BN akan perjelas isu subsidi diesel sewaktu kempen PRK Nenggiri. 2. Bersatu sedia jadi pendamai antara PAS dan Gerakan berhubung kontroversi dana sekolah Cina. 3. Pemuda PAS Johor anggap kenyataan gerakan untuk keluar PN adalah tindakan terburu - buru. 4. Hassan Karim sangkal dakwaan ketua bersih dakwa pentadbiran perdana Menteri sebagai diktator. 5. MoF gariskan tiga keutamaan jangka pendek di bawah Belanjawan 2025. 6. Saksi beritahu mahkamah, pentadbiran Datuk seri anwar tidak pernah keluar kenyataan pro israel. Ikuti perkembangan semasa isu-isu panas politik Malaysia, setiap hari, hanya di NextStep Malaysia 🇲🇾 “Bersama Melangkah Dengan Yakin”









RAFIDAH DIARAH BAYAR RM250 RIBU! HANTARAN FITNAH TERHADAP DATUK HARIS!



Sementara itu, Haris ketika ditemui selepas di selepas prosiding berkata dia menarik lega dengan keputusan mahkamah hari ini apabila selepas tiga tahun dicemuh akibat hantaran fitnah itu. “Dengan keputusan hari ini dapat membersihkan nama saya dan syarikat. Tiga tahun saya berada dalam ‘alam kegelapan’ dan orang memandang serong terhadap perniagaan saya, ” katanya. – KOSMO! ONLINE =============================================================================== Pelakon yang juga pempengaruh terkenal Rafidah Ibrahim diperintah membayar RM250,000 kepada usahawan Datuk Haris Embong dan syarikatnya oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini berhubung satu hantaran fitnah dalam media sosial tiga tahun lalu. Hantaran fitnah yang dibuat Rafidah, 38, itu berkaitan keengganan syarikat yang menjual produk sejuk beku tersebut membayar hasil kerjanya selepas diberhentikan pada Ogos 2021. Hakim Dr. John Lee Kien How@Mohd. Johan Lee memutuskan demikian selepas membenarkan saman yang dikemukakan Haris, 47, dan syarikatnya iaitu Arisprop Holdings Sdn. Bhd. masing-masing selaku plaintif pertama dan kedua. Dalam penghakimannya ketika membenarkan saman itu, Hakim Mohd. Johan berkata mahkamah mendapati hantaran yang dibuat Rafidah selaku defendan itu adalah satu fitnah. “Perkataan yang digunakan defendan telah mendedahkan plaintif-plaintif kepada kebencian, cemuhan, penghinaan dan menggunakan perkataan yang merendahkan maruah plaintif-plaintif di mata awam. Defendan juga telah mengajak pembaca-pembaca dalam hantaran itu untuk menjauhi plaintif-plaintif,” kata hakim itu. Penghakiman lanjut turut menyatakan, mahkamah mendapati hantaran tersebut turut membawa maksud syarikat berkenaan telah mengambil kesempatan ke atas defendan dengan enggan membayar hasil kerja beliau. “Ayat defendan menguatkan lagi gambaran tersebut keseluruhannya dan menambahkan lagi gambaran kepada pembaca seolah-olah syarikat perniagaan yang tak beretika, perniagaan yang mengeksploitasikan atau menggunakan khidmat seseorang tanpa bayaran dan tidak bermaruah dan perniagaan syarikat itu tidak berkat,” kata hakim itu. Dalam pada itu, mahkamah turut menolak tuntutan balas yang difailkan Rafidah terhadap Haris dan syarikatnya antaranya wang sebanyak RM4,000 bagi gaji tertunggak bulan Ogos 2021 termasuk bayaran ganti notis. Justeru berdasarkan alasan-alasan itu, mahkamah membenarkan tuntutan plaintif terhadap defendan dan memerintahkan agar defendan membayar ganti rugi RM100,000, kepada plaintif pertama (Haris) dan RM150,000 terhadap plaintif kedua (Arisprop) selain kos RM30,000 dibayar kepada kedua-dua plaintif. Pada masa sama, mahkamah turut mengeluarkan perintah injunksi bagi menghalang defendan sama ada melalui diri sendiri, ejen-ejen atau orang lain daripada menerbitkan perkataan fitnah terhadap plantif dalam apa juga sekalipun. Sementara itu berhubung satu lagi hantaran fitnah yang dibuat defendan dengan mengatakan plaintif pertama (Haris) tidak bermaruah, tidak berintegriti dan jelik, mahkamah mendapati plaintif pertama gagal membuktikan semua unsur-unsur fitnah bagi hantaran tersebut. Semasa prosiding Haris dan syarikatnya diwakili peguam Jocelyn Goh serta Foo Hong Chuen manakala Rafidah diwakili peguam Noorhafidzah Abd Rahim.



DS ANWAR PMX BERSAMA DENGAN PASUKAN KESELAMATAN NEGARA 2024!


Dalam ucapan perasmian Bulan Keselamatan Negara 2024 di Putrajaya hari ini, saya tegaskan bahawa tanggungjawab memelihara keselamatan dan kedaulatan negara tidak sekadar di bahu pasukan keselamatan, bahkan perlu dipikul bersama oleh setiap rakyat. Kita tidak boleh terlalu selesa dengan keamanan yang dinikmati ketika ini hingga bersikap lalai tatkala ancaman keselamatan wujud daripada pelbagai sudut, apatah lagi serangan atau permasalahan berisiko muncul dalam keadaan yang tidak terduga. Ancaman semasa tidak sekadar daripada sudut konvensional, sekali gus aspek keselamatan siber perlu turut menjadi keutamaan negara, mengambil kira risiko impak serangan dan jenayah siber terhadap rakyat dan negara. Justeru, peranan pasukan keselamatan khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), CyberSecurity Malaysia dan lain-lain tidak boleh dipandang enteng, terutama dalam memastikan keselamatan serta menangani ancaman dari dalam dan luar negara. Kerana itu, Kerajaan MADANI sentiasa mengangkat aspek kesiapsiagaan aset dan fasiliti serta kebajikan anggota keselamatan sebagai keutamaan. Mengambil kira keadaan daif kebanyakan fasiliti keselamatan sempadan di Utara Semenanjung, saya mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta bagi penambahbaikan fasiliti ini dan ia perlu dilaksanakan dalam kadar segera. Bagaimanapun, saya tegaskan kaedah pembelian aset keselamatan mesti dilaksanakan secara tersusun dan mematuhi tatakelola bagi menjamin integriti serta membersihkan imej pasukan keselamatan negara.




BERFIKIRLAH SECARA KRITIS!


Supaya anda tidak jadi mangsa scammer PENUNGGANG



Zunar Cartoonist Fan Club



DIBUNUH PENGKHIANAT

 31/07/2024 13:29 MYT

Pembunuhan Ismail Haniyeh ‘tidak akan dibiarkan tanpa balasan’ - Hamas
Kenyataan Hamas mengatakan Haniyeh terbunuh dalam "serangan pengkhianat Zionis" di kediamannya di ibu kota Iran, Tehran. - Gambar fail/ Reuters
PEMBUNUHAN Ismail Haniyeh ‘tidak akan dibiarkan tanpa balasan’, kata pegawai Hamas sebagai reaksi kepada pembunuhan pemimpin itu dalam serangan Israel di Tehran.
Pegawai kanan Hamas Moussa Abu Marzouk seperti yang dipetik oleh Al-Aqsa TV yang dikendalikan oleh Hamas menyifatkan tindakan Israel itu sebagai pengecut, lapor Reuters.
"Pembunuhan Ismail Haniyeh adalah “tindakan pengecut yang tidak akan dibiarkan tanpa balasan," katanya.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, jurucakap kanan Hamas, Sami Abu Zuhri, menyifatkan pembunuhan pemimpin itu sebagai "mencetuskan keadaan lebih serius yang tidak akan mencapai matlamatnya".
[LAPOR LANGSUNG]: Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh dibunuh
Zuhri juga dilaporkan berkata bahawa Hamas akan melancarkan “perang terbuka untuk membebaskan Baitulmuqaddis” dan kumpulan itu “bersedia membayar sebarang harga” untuk melakukannya, menurut laporan media tempatan.
Kenyataan Hamas mengatakan Haniyeh terbunuh dalam "serangan pengkhianat Zionis" di kediamannya di ibu kota Iran, Tehran. Kerajaan Israel belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai serangan itu.


Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dibunuh di Iran - Laporan


Agensi
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dibunuh di Iran - Laporan
Ismail Haniyeh dilaporkan dibunuh di ibu negara Iran, Tehran. Foto/Reuters
TEHRAN: Ketua politik pasukan pejuang Palestin Hamas, Ismail Haniyeh dilaporkan dibunuh di ibu negara Iran, Tehran, lapor media antarabangsa sebentar tadi.
Pimpinan Hamas dalam satu kenyataan yang dikeluarkan mengesahkan Haiyeh dibunuh dalam satu serangan rejim Zionis di kediaman beliau di Tehran.
Sementara itu, Al Jazeera melaporkan pengawal Revolusi Iran memaklumkan, Haniyeh terbunuh bersama seorang pengawal peribadinya.
Kenyataan sama menambah siasatan berhubung pembunuhan pemimpin tertinggi Hamas itu akan diumumkan tidak lama lagi.
Dalam masa sama, Al Aqsa TV melaporkan seorang pegawai Hamas mengutuk pembunuhan ketua kumpulan itu sebagai "tindakan pengecut yang tidak akan terlepas daripada hukuman."
Setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.


ISMAIL HANIYEH DI BUNUH?

 

Najib Bakar


Allahu. Berita baru update. Ismail Haniyeh dibunuh.




PMX TERUS TERSENARAI TOKOH ISLAM DUNIA

 PMX TERUS TERSENARAI TOKOH ISLAM DUNIA 


Sejurus Anwar Ibrahim angkat sumpah menjadi PM, manusia paling tersakiti adalah Mahathir, Muhyidin dan Hadi.  Tidak perlu kita ulas mengapa, satu dunia tahu.










Maka, semenjak itu sampai sekarang tidak henti-henti serangan dihalakan kepada PMX dan kebanyakannya semua fitnah, tidak berfakta dan persepsi untuk mempengaruhi rakyat agar membenci PMX.  Jalan paling mudah, main sentimen kaum dan agama.


Mahathir, pakar dalam propaganda dan sentimen kaum.  Maka merepeklah orang tua yang sudah berbau tanah itu kononnya negara ini akan tergadai kepada orang lain dalam tempuh 10 tahun lagi.  Keturunan dari India ini seterusnya memperlekehkan PMX kononnya PMX zalim, lebih zalim dari beliau.  Rasa mahu terkentut mendengarnya.  Sampai ke bumi Jepun mamak karala ini memburukkan PMX.


Lebai Hadi, dia pakar dalam menunggang agama.  Waktu dulu, dia kata Perlembagaan negara ini kapir.  Wajib berjihad lawan kerajaan yang mengekalkan perlembagaan jahiliyyah, katanya.  Kesannya, berbunuhan sesama Islam di Memali.  Bila Hadi jadi sebahagian dari kerajaan tebuk atap 33 bulan, tiba-tiba perlembagaan negara telah "memeluk Islam".  Maka, dengan senyum sumbing mulutnya dia bersumpah dengan nama Allah untuk mempertahankan perlembagaan persekutuan yang "muallaf" itu.  Kalau tidak angkat sumpah, siapa mahu bayar gaji dan elaun Duta Khas Timur Tengah dia?


Muhyiddin ?  Apa kehebatan dia selain dari "scheme of things"?  Tapi bila tiada kuasa, mahu tawarkan apa? Tetapi, dia tetap pegang piala atau pemegang rekod "PM paling singkat" dalam sejarah politik negara selain mencipta rekod satu-satunya PM yang naik di kerusi PM melalui bumbung Putrajaya tanpa mandat rakyat.  


Kini Anwar Ibrahim, PM ke 10.  Beliau ketua gabungan parti yang terbesar memenangi jumlah kerusi Parlimen selepas PRU15, iaitu sebanyak 82 kerusi.  Selayaknya dia dicalonkan sebagai PM ke 10 apabila terbentuknya kerajaan perpaduan.  Selain dari rakyat yang majoriti memberi mandat kepadanya, Anwar Ibrahim juga direstui oleh Majlis Raja-Raja dan YDP Agong.  Paling rare, dia dapat kemenangan cemerlang 2/3 majoriti undi percaya di dalam parlimen setelah Muhyidin mencabar Anwar Ibrahim untuk melakukannya di Parlimen.  Ertinya, Anwar Ibrahim menjadi PM diabsahkan dengan tiga peringkat tadi, iaitu pilihanraya, raja-raja dan Agong serta parlimen.


Aura PMX bukan sahaja bersinar di bumi Malaysia dan rantau Asia, bahkan dikenali di seantero dunia.  Namanya tidak pernah hilang dari senarai tokoh-tokoh duniatermasuk dunia Islam sejak beliau muda lagi hingga kini.  Hanya yang dengki, busuk hati dan takut ke penjara sahaja akan terus mengatakan Anwar perlu dijatuhkan.  


Percayalah, selagi ada umat di Malaysia ini yang sayangkan agamanya, kaumnya dan ingin mengangkat martabat negara ini, pasti mereka akan bangkit pertahankan PMX.  


"Pilihlah pemimpin yang banyak panah-panah fitnah menuju kepadanya".  


WFAUZDIN NS



TAK MUDAH JADI KERAJAAN MASA INI DAN AKAN DATANG.


 

[gempak] ANWAR DAJJAL, ANWAR BAB1? KEBIADAPAN GENG PEMBANGKANG!

MENAKJUBKAN !! DATUK SERI ANWAR IBRAHIM PERTAMA KALI HADIR DAN RASMI BUL...

KENAPAKAH IA TIDAK DISIASAT TERLEBIH DAHULU SEBELUM BERCAKAP?


W. Faudzidin




 Tak habis-habis lebai kaki fitnah ni.  Paling tidak, sebut la satu je pelabur yang lari keluar tu.  


Dia ni ikut sedap mulut je cakap sbb dia tahu kalau kena saman nanti, dia akan melutut minta maaf mcm dia minta maaf kat Anwar dulu.  Orang takde maruah macam tu la.



ANWAR ULANGI SEJARAH TUN RAZAK


 Menitik Malam

ANWAR ULANGI SEJARAH TUN RAZAK

MSO


Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan bertemu dengan Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin di sempadan dua negara 3 Ogos ini. Mereka akan bertemu di Rantau Panjang dan Golok.


Pertemuan dua pemimpin berjiran ini bagi membincang masalah keselamatan sempadan dan juga mencari idea bagi merangsangan pertumhuhan ekonomi di kedua negara.


Lawatan dan pertemuan itu sungguh bermakna kerana ia akan jadi satu lagi lembaran sejarah antara kedua buah negara. Peristiwa itu nanti adalah kesenimbungan kepada peristiwa 51 tahun lalu dimana Tun Abdul Razak ketika jadi PM Malaysia berjumpa dengan Perdana Menteri Thailand Tun Thanom Kittiiachon di atas jambatan Muhibbah menghubungkan Rantau Panjang - Golok bagi melakukan upacara perasmian jambatan berkenaan tanggal 21 May 1973.


Saat itu saya sebahagian murid sekolah Rantau Panjang yang ikut menyaksikan peristiwa bersejarah itu. Mengenang detik itu terasa ingin pulang ke kampung 3 Ogos ini untuk menyaksikan detik bersejarah pertemuan Anwar dengan Sretta. 


Selepas Tun Razak, Anwarlah Perdana Menteri terus menyemarakkan semangat kejiranan dan kerjasama di anatara Malaysia - Thailand. Perdana Menteri sebelum ini rasanya tidak terfikir berbuat demikian. Trims.



Ucapan Penuh PM Anwar Ibrahim di Majlis Perasmian Minggu Maritim Malaysi...

KISAH PERLOMBONGAN EMAS DI KELANTAN. KENAPA TAK TIMBUL ISU BLACKROCK. JOM DENGAR APA KATA WAN MAT HUSIN.


 

Budaya Hidup Damai Antara Sesama Muslim



Marwan Bukhari


Selain ta'ayush atau budaya hidup damai antara Muslim dan bukan Muslim yang banyak diwacana, ada juga ta'ayush antara Muslim berlainan aliran. Malah hal ini sama atau lebih mustahak kerana melibatkan hak-hak Muslim sesama saudaranya sama ada hak untuk dibantu, kehormatan darah, harta dan maruah dan sebagainya.


Selain itu, jika ada kebebasan beragama bagi bukan Muslim, ada juga kebebasan beragama dalam kalangan Muslim berlainan aliran sepertimana disebut oleh Imam Ibn 'Ashur dalam Usul al-Nizam al-Ijtima'i, malah juga Shaykh al-Buti dalam Yughalitunak idh Yaqulun yang menyebut ciri jaminan kebebasan antara aliran Islam dalam sejarah Islam. 


Kebebasan dan budaya hidup damai bersama ini tentulah tidak menolak untuk memelihara pilihan beragama zaman berzaman masyarakat Muslim di sesuatu tempat. Shaykhna al-Raysuni memberi contoh kepentingan masyarakat Muslim di Magharibah untuk memelihara tiga unsur utama pilihan beragama mereka iaitu mazhab Fiqh Maliki, Akidah Ashairah dan Tasawuf al-Junaid. (Lihat al-Ikhtiyarat al-Maghribiyya fi al-Tadayyun wa al-Tamadhhub). Dalam konteks Malaysia pula, beliau mengajukan cadangan kepada anak muridnya untuk turut memelihara tiga unsur yang sama iaitu Mazhab Shafi'i, Akidah Ashairah dan Tasawuf al-Ghazali. Kepentingan pemeliharaan ini tidak bercanggah dengan keterbukaan wacana Islam dan keperluan untuk ijtihad kontemporari dalam menghadapi cabaran semasa. Shaykhna al-Raysuni mengulas lebih lanjut topik ini dalam bukunya al-Ikhtiyarat al-Diniyyah al-Kubra Li al-Ummah.


Tapi semua itu dilihat dalam kerangka yang luas tentang hubungan sesama Muslim yang punya sangat banyak persamaan meskipun ada tidak sedikit perbezaan. Perbezaan dalam bingkai kesatuan umat, atau perselisihan yang memelihara hak-hak sesama Muslim. Dalam konteks ta'ayush antara aneka aliran ini juga, antara yang mustahak untuk dijaga tentulah adab sewaktu berbeza, tetap bersaudara walau berbalas pandangan, kembali kepada pandangan yang benar walau keluar dari mulut lawan, boleh bersatu dalam perkara penting seperti isu nasional melibatkan kepentingan negara atau antarabangsa melibatkan Palestin, dan sebagainya. Kesatuan umat juga tentu sekali tidak boleh diguna sebagai alasan untuk menutup pintu perselisihan atau kritikan selagimana didasari hujah ilmiah. Antara buku bagus yang mengulas tentang dimensi ta'ayush antara aliran ini ialah Fi al-Tariq Ila al-Ulfah al-Islamiyyah oleh Shaykh Dr Abdul Fattah al-Yafi'i dan al-Muhkamat oleh Shaykh Dr al-Sharif Hatim al-'Awni.


أقول هذا، وأستغفر الله لي ولكم



‘Tak adil kata kerajaan Anwar diktator’, Hassan sanggah Ambiga


Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim menyangkal dakwaan bekas ketua Bersih Ambiga Sreenevasan yang mendakwa pentadbiran Anwar Ibrahim sebagai kerajaan paling diktator dalam sejarah negara.



KEMBALILAH DAN SEDARLAH BAHAWA JANAWIBAWA OTU AKHIRNYA AKAN TERBONGKAR .


 

PAKAI JUBAH SARBAN, MAKI ORANG BOLEH TAHAN.


 

NEGERI WALAUN BANYAK MISKIN TEGAR. TAPI TAK TAU NAK MINTA ATAU GENA?

 


Ada dua pemain bolasepak. Seorang bernama 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 dan seorang lagi bernama 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻. Kedua-duanya bermain di 𝗽𝗼𝘀𝗶𝘀𝗶 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴.



Anwar berjanji 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗶𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘀𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵-𝘀𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵 dan akan 𝗰𝘂𝗯𝗮 𝗷𝗮𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗴𝗼𝗹. Manakala si Mahiaddin tak janjikan apa-apa pun.


Tiba hari perlawanan, Anwar telah bermatian bermain akan tetapi masih tak dapat mencetak gol. Mahiaddin pun 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗿𝗶.

Keputusan perlawanan, pasukan mereka 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗷𝗮𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗴𝗼𝗹 dan kalah. Antara faktor kerana keadaan padang tak elok selain perbuatan Mahiaddin yang nak 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗷𝗮𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗴𝗼𝗹.



Manusia normal pasti akan salahkan Mahiaddin yang 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴. Tapi bagi walaun tetap Anwar yang bersalah. Sebab apa? Sebab Anwar dah janji.


Itu olahan untuk senario politik semasa kita. Hari ini kita boleh lihat walaun kononnya sibuk 𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝘁 𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗻𝗼𝗸𝘁𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗶𝘀𝗸𝗶𝗻 𝘁𝗲𝗴𝗮𝗿.


Miskin tegar tak sama dengan miskin biasa. Miskin tegar jumlahnya tak banyak. Maksud DS Anwar bukan 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗶𝘀𝗸𝗶𝗻 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴. Orang miskin tetap akan ada tapi taklah sampai tahap miskin tegar.


Miskin tegar adalah keluarga yang pendapatan mereka kurang RM1,169. Masalah pembangkang ni 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗮𝗺𝗮𝘁 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗯𝗮𝗹. Benda begini pun tak boleh nak faham.


Tapi persoalan yang lebih besar, 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗣𝗠 𝗱𝘂𝗹𝘂 𝗱𝗶𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗮𝗽𝗮? Pernah ke Mahiaddin ni sebut apa-apa tentang miskin tegar?


Jangan nak keluarkan miskin tegar dari kemiskinan, bahkan 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗶𝘀𝗸𝗶𝗻 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗺𝗶𝘀𝗸𝗶𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗣𝗠 𝗱𝘂𝗹𝘂. Jahanam ekonomi.


Kalau nak salahkan orang, Mahiaddin paling bersalah. Sebab dia punca rakyat jadi miskin. Ramai yang hilang kerja. Perusahaan ditutup. Sampai ramai yang 𝗸𝗶𝗯𝗮𝗿 𝗯𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗮 𝗽𝘂𝘁𝗶𝗵 dan ada yang 𝗯𝘂𝗻𝘂𝗵 𝗱𝗶𝗿𝗶.


Tapi tak. Bagi walaun, tetap DS Anwar yang bersalah. Sebab DS Anwar dah berjanji. Mahiaddin tak salah apa sebab walaupun dia 𝗺𝗮𝗶𝗻 𝗴𝗼𝗹𝗳 masa rakyat susah, dia 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶 𝗻𝗮𝗸 𝗻𝗼𝗸𝘁𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗶𝘀𝗸𝗶𝗻 𝘁𝗲𝗴𝗮𝗿.


Nampak tak betapa kartunnya otak walaun? Mereka serang orang yang berusaha. Sedangkan 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗴𝗮𝗷𝗶 𝗯𝘂𝘁𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗸𝗮𝘂, 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘀𝗮𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴. 


Tak apa. Walaun takkan puas hati walau apapun yang DS Anwar buat. Walaupun perkara itu menyenangkan hidup mereka. Sebab mereka cuma nak tengok lebai berkuasa walaupun terbukti rakyat derita masa lebai di puncak kuasa.


Sebab tu jangan benarkan mana-mana ahli keluarga kita jadi walaun. Sebab yang cerdik pun terus akan jadi bingai sebaik jadi walaun. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



AGAK AGAK CALON NEGGIRI NI KELUAR ISLAM ATAU MACAMANA?


Ridwan Abu Bakar




 2015, ketika kami keluar dari PAS, kami dianggap meninggalkan jamaah Islam, lalu dibaca hadith "sesiapa yang keluar dari jamaah Islam walaupun sejengkal, maka tertanggal lah Islam dari tenggoknya", lalu dihukum lah dengan pelbagai hukum.


Bila kami isytiharkan Parti Amanah Negara adalah parti yang berteraskan Islam, Pas pun kata "tak boleh ada jamaah Islam yang kedua", dibacakan hadith "apabila dibaiah khalifah yang kedua, maka perangilah yang berbaiah itu". Hanya PAS jamaah Islam.


Semalam, PN mengisytiharkan calonnya di Neggiri yang merupakan 'ahli' Pas yang meninggalkan Jamaah Islam itu 😀, dan diterima oleh Bersatu (apakah jamaah Islam juga bersatu dan kalau jamaah Islam juga, apakah boleh ada jamaah Islam yang kedua), bahkan calon itu bersumpah laknat ke atas diri sekiranya dia meninggalkan pula Bersatu ! 


Ironisnya, yang mengisytiharkan nama calon itu adalah orang yang sama membaca dan mengulas hadith tentang jamaah ikut kehendak nafsu 10 tahun yang lalu.


Ibrahnya! 


Demikianlah PAS, sebuah parti yang masuk dalam kategori LAIN-LAIN , bergerak tanpa panduan yang tetap.... Yang ada hanyalah KEPENTINGAN semata². 


Hukum keluar PAS haram, apa pula hukum tandatangan MELULUSKAN orang keluar PAS 😄😀. 


Namun, itulah Pas ! Kategorinya adalah LAIN² tak tertakluk kepada hukum dan undang-undang.



DIA BARU SETAHUN JAGONG JADI KETUA PEMUDA.


 

BEKERJA TANPA HENTI PMX YANG TERBAIK! GENG PENGHASUT ASIK SERANG DS ANWAR!


Saya telah meluncurkan Minggu Maritim Malaysia 2024 lewat tengah hari tadi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Dengan 90 peratus perdagangan Malaysia adalah melibatkan industri maritim dan perkapalan, maka penting penglibatan oleh pemain industri serta dukungan Kerajaan bagi memastikan industri maritim di Malaysia menjadi cekap, berkesan serta berdaya saing agar pelabuhan negara dapat diletakkan dalam kalangan 10 terbaik di peringkat global. Melalui dasar utama negara seperti Ekonomi MADANI, Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan khususnya Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR), Kerajaan telah menetapkan satu sasaran utama iaitu penggunaan bahan api rendah karbon sebanyak 40% menjelang 2050 dalam pengangkutan marin. Hanya melalui kerjasama di antara pemain industri dan Kerajaan mampu melonjak keseluruhan prestasi negara dalam industri ini.






PMX ZIARAH MANGSA KEBAKARAN DI MANJOI


 Usai program Kenduri MADANI di Tambun, saya langsung ke lokasi kebakaran yang berlaku di Kampung Manjoi semalam.









Selain mendengar penerangan pihak bomba, saya juga sempat bertemu mangsa insiden kebakaran dan memberikan sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung akibat musibah ini.


Mendoakan mereka terus tabah dan diberikan kesabaran tatkala menghadapi ujian ini.


#MalaysiaMADANI



“JANGAN KELIRU APA RAFIDAH KATAKAN” PENCERAHAN TERBAIK DATUK KHALID SAMAN!




Sidang Media tentang penjelasan mengenai perkembangan muktahir isu Kampung Sungai Baru bersama pemilik rumah serta Tuan Haji Khalid Samad selaku Pengerusi Parti AMANAH Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur di KRT Kg Sungai Baru Kampung Baru, Kuala Lumpur. 29hb Julai 2024 (Isnin)




TERKINI! Halal keluar Pas demi strategi | Gerakan bergolak | Jamal kena ...


Antara menarik petang ini: 1. UMNO dakwa PN guna modal kempen sama libatkan penyasaran subsidi pada PRK Nenggiri. 2. Tuan Ibrahim jelaskan tindakan Mohd Rizwadi sertai Bersatu adalah taktik strategik. 3. Pemimpin Amanah persoal strategi PN luluskan ahli PAS keluar parti. 4. Kerajaan akan terus pertahan setiap inci kedaulatan negara. 5. Pemuda Gerakan tuntut jawapan Timbalan Presiden berhubung isu keluar PN. 6. Perjuangan Jamal Yunos berakhir apabila perlu bayar ganti rugi fitnah Teresa Kok. Ikuti perkembangan semasa isu-isu panas politik Malaysia, setiap hari, hanya di NextStep Malaysia






PAS MUNAFIK

 Henry De Mantin


PAS dengan mentaliti double-standardnya, standard orang gua kuno.




NAMPAK GAYA MALAYSIA BEBAS JA MEDIA. KRITIK TAK APA. FITNAH JANGAN.



 Tak pasti ucapan ni 𝗱𝗶𝘀𝗶𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗶𝗸𝗹𝗮𝗻 ataupun 𝗨𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗺𝗮𝗶𝗻 𝙨𝙝𝙖𝙧𝙚 je gambar di internet. Sebab di bawah sekali tu tertera 𝗣𝗡.


Kalau iklan, memang hebatlah kerajaan sekarang ni. Dulu-dulu 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶 𝗹𝗮 pembangkang dapat ruang 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗮𝗿𝘂𝘀 𝗽𝗲𝗿𝗱𝗮𝗻𝗮 𝗻𝗶.


Jangankan iklan, berita pun tak ada. Kalau ada siarkan pun 𝗱𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝙨𝙥𝙞𝙣. Zaman 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗨𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗶 𝗯𝗲𝗴𝗶𝘁𝘂.


Macam ni pun kata 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗸𝘁𝗮𝘁𝗼𝗿 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗮𝗱𝗮. Tak apalah. Kita pun tahu yang menuduh tu macamana orangnya. Tak pelik.


Cuma pelik bila PN acah-acah hormat Sultan Melayu. Padahal semua orang tahu 𝗯𝗲𝘁𝗮𝗽𝗮 𝗯𝗶𝗮𝗱𝗮𝗯𝗻𝘆𝗮 𝗣𝗡 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗥𝗮𝗷𝗮-𝗥𝗮𝗷𝗮 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 termasuk 𝗬𝗗𝗣 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴.


Bukan setakat tutup/buka parlimen 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗲𝗻𝗮𝗻 𝗬𝗗𝗣 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴, bahkan tolak mentah-mentah saranan YDP Agong untuk bentuk kerajaan perpaduan.


Pemimpin utama PN ada yang 𝗱𝗶𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝘁𝘂𝗱𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗮𝗱𝗮𝗯 terhadap Sultan Selangor. Bahkan ada juga buat 𝘱𝘰𝘴𝘵𝘪𝘯𝘨 menyindir Tengku Mahkota Johor,


Begitulah politik PN. 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗵𝗶𝗽𝗼𝗸𝗿𝗮𝘀𝗶. Kalau untuk menghasut rakyat perlu biadab terhadap sultan, maka mereka akan biadab terhadap sultan.


Kalau untuk kekalkan kuasa kena 𝗮𝗯𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗬𝗗𝗣 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴  maka mereka 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗯𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗬𝗗𝗣 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗿𝗮𝗴𝘂. Dan bila nak nampak baik kena rafak sembah , mereka akan buat. 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮.


Soal kemuliaan, ketinggian, kesucian institusi Di Raja 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗮𝗺𝘂𝘀 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮. Hanya penderhaka saja yang akan sokong PN. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


Kecelaruan dalam Gerakan susulan ugutan keluar PN?



Ugutan Timbalan Presiden Gerakan Oh Tong Keong untuk keluar dari gabungan Perikatan Nasional (PN) mula menyaksikan keretakan dalam parti itu Setiausaha Agung Pemuda Gerakan, Andy Tan mempersoalkan jika Oh mendapat kelulusan pucuk pimpinan parti sebelum membuat kenyataan itu. Tan, yang "sangat tidak bersetuju" dengan Gerakan meninggalkan PN, bagaimanapun berkata dia bersedia mematuhinya jika parti memutuskan untuk berbuat demikian.





KISAH KEMUNCULAN PUAK KHAWARIJ


Tok Parkir


 Hadis Tentang Khawarij , Alamat Akhir Zaman Munculnya Khawarij Moden Salafi Wahhabi Kerana Suka Syirikkan , Kafirkan Orang Disebabkan Masalah Khilafiyyah Dan Ulamak ASWJ Mengharuskan Amalan Tawassul Serta Istighosah.



ُ”Akan muncul sekelompok pemuda yang (pandai) membaca Al-Qur‘an namun bacaan tersebut tidak melewati kerongkongnya. Setiap kali muncul sekelompok dari mereka, (mereka) pasti tertumpas.” Ibnu ’Umar berkata: ‘Saya mendengar Rasulullah mengulang kalimat: “Setiap kali muncul sekelompok dari mereka, (mereka) pasti tertumpas” lebih dari 20 kali.’ Kemudian baginda berkata: “Hingga muncullah Ad-Dajjal dalam barisan pasukan mereka.” [HR. Ibnu Majah]



DEPA BIASA MAIN KAWIN KAWIN.


Najib Bakar


 Mangsa rogol mengaku biasa tidur bersama Adun PN, si Hilman tu dalam keterangan mahkamah.




Ingat tak kes kawan si Hilman yang disabit kes rogol tu? Namanya Zulfahimin, dihukum 13 tahun penjara dan dua sebatan.


Dalam perbicaraan, rupanya dapat tau mangsa ni girlfriend Hilman. Biasa tidur bersama. Biasa mabuk bersama.


Hari kejadian tu birthday mangsa. Hilman bawak dia celebrate.


Bila dah mabuk, di-bookingnya bilik hotel dan ditinggalkan mangsa dengan Zulfahimin.


Dia bagi ja girlfriend dia kat kawan sendiri. Sharing is caring kot.


Amareka sungguh Adun PN ni rupanya ya?


Hilman taknak lapor polis ka pompuan ni kata depa berzina bersama?


Kalau tak lapor, kira betul la kan? 🤷


Boleh dah ni buat laporan kepada Jabatan Agama Islam terhadap Adun PN nih kerana berzina.


Download alasan penghakiman di link ini, https://drive.google.com/file/d/14a6uLUqjAuoaY1GAg14BxCr4WqSZegzV/view?usp=drivesdk



PURA-PURA


 PURA-PURA




Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia dan kesemua rakan-rakan yang sama berjuang. Rakan-rakan seperjuangan saya ada yang disisih, dibomoh, diancam kerjaya, dikutuk, difitnah dan macam-macam lagi.


Ada manusia yang bersekongkol dengan 6 JAHANAM (atau mungkin ahli 6) tiba-tiba bersorak kegembiraan menyokong pindaan akta. Seolah-olah manusia münâfık ini tidak pernah menentang dan memberi laluan kemelut ini berlarutan. Tidak mengapa. Allah SWT maha mengetahui. 


The damage done, some unlikely can be reversed. Menjawab lah disana nanti.


Berakhirnya season 1, season 2. Saya nampak macam ada permulaan season 3 sebab mereka golongan konon cendikiawan yang sebenarnya tiada keyakinan diri: masih meroyan.


Terus doakan kami ya, semua.

Terima kasih!




IMUDA KINI BERGELAR DATO


 Sekalung tahniah buat DATO' A.RAHIM BIN MUDA atau DATO' IMUDA atas penganugerahan DARJAH SETIA PANGKUAN NEGERI (D.S.P.N) yang membawa gelaran Dato' bersemperna Hari Ulang Tahun Tuan Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri Pulau Pinang di dewan seri pinang pulau pinang sebentar tadi daripada IMUDAART ENTERTAINMENT AND TEAM