DESAKAN UMNO BUAT PRU15 SEMASA BANJIR

 Dari Rafizi Ramli

18 September 2022


DESAKAN UMNO BUAT PRU15 SEMASA BANJIR


Kenyataan Presiden UMNO, Dato’ Seri Zahid Hamidi yang memperlekehkan risiko dan kesengsaraan rakyat sekiranya PRU15 dipanggil di musim tengkujuh menunjukkan terpisahnya beliau dan UMNO dari realiti kehidupan rakyat.


Semasa berucap semalam, beliau dipetik berkata “sanggup meredah banjir” sekiranya PRU15 dijalankan semasa musim tengkujuh seperti yang didesak UMNO.


UMNO seolah-olah lupa kesengsaraan yang dialami rakyat sejak sedekad yang lalu akibat bencana banjir. Dua kejadian banjir besar di Sri Muda (tahun 2021) dan Baling (tahun ini) tidak pun terkesan kepada pimpinan UMNO, apatah lagi untuk menginsafkan mereka bahawa kebajikan rakyat perlu diutamakan.


Kenyataan Zahid itu cukup berbeza dengan nada pimpinan Pakatan Harapan dalam temu rapat PH yang berakhir Khamis lalu (15 September 2022). Salah satu kandungan utama ketetapan yang dicapai dalam temu rapat tersebut ialah agar negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Harapan mengusahakan langkah-langkah bersepadu menangani bencana banjir yang dijangka tiba, termasuklah mengisytiharkan “Kecemasan Bencana Iklim” (climate emergency) untuk mengurangkan musibah kepada rakyat.


Sementara tumpuan kerajaan-kerajaan negeri adalah untuk membantu rakyat, UMNO dan pimpinannya menolak ke tepi risiko banjir dalam kegilaan mereka mendesak PRU15 diadakan segera demi mencari kuasa.


Keangkuhan sebegini tidak wajar dibiarkan berterusan tanpa ada tindak balas dari rakyat.


Oleh yang demikian, saya sendiri akan mengusahakan satu pungutan suara rakyat (“public referendum”) untuk menunjukkan kepada Zahid dan UMNO bahawa rakyat mencemuh parti-parti politik yang galak berebut kuasa hingga mengabaikan persediaan menghadapi banjir.


Dalam tempoh seminggu dari sekarang, saya akan melancarkan pungutan suara secara digital dan kempen siap siaga banjir supaya rakyat boleh menyatakan desakan mereka agar kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri memberi sepenuh tumpuan untuk menghadapi banjir.


Tragedi yang berlaku kebelakangan ini yang melibatkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa sepatutnya menjadi iktibar kepada semua parti politik untuk tidak ambil mudah isu perubahan iklim dan bencana alam sekitar yang menimpa rakyat.


Jika ahli politik seperti Zahid Hamidi masih tidak mengambil iktibar, wajarlah UMNO dan pimpinannya disekolahkan untuk mula belajar mengutamakan kebajikan rakyat.


RAFIZI RAMLI



JAGA-JAGA TAKUT NANTI KENA KAFIR PULAK. KAH..KAH..KAH




Satu kenyataan yang berani daripada Musa Hitam. Ini kenyataan yang tak mungkin diterima oleh BN dan PN. Terutama sekali PAS. Silap-silap ada kena kafir Musa Hitam ni karang...

Kata Musa Hitam, politik kaum dan agama yang dibawa oleh UMNO, PAS dan PPBM sudah tidak lagi diterima oleh rakyat. Pengundi hari ini mahu parti yang lebih idealistik.

Baca berita penuh di https://bit.ly/3LuUMZt.

Aku rasa cakap Musa Hitam ini ada benarnya. Aku sendiri dah lama perhatikan berdasarkan like dan komen di posting yang berkaitan politik. Bukan di page aku sahaja tapi di beberapa page atau individu lain yang popular.

Sekarang ini, berita kelemahan kerajaan sudah kurang mendapat perhatian. Tapi bukanlah kerana rakyat mempercayai kerajaan, sebaliknya ramai berpendapat sudah tidak ada apa yang boleh dibuat pada kerajaan ini. Rakyat sudah tak ambil tahu lagi dengan kerajaan.

Sebaliknya, berita-berita yang berkaitan dengan PH pasti akan boom, mendapat reaction yang banyak dan komen pun berdedai. Tampak rakyat berminat untuk tahu perkembangan PH.

Benarlah seperti yang Rafizi katakan. Suasana kini sama seperti sebelum PRU14 dahulu. Penolakan rakyat terhadap kerajaan begitu ketara manakala populariti PH meningkat dengan mendadak.

Aku boleh kata ini sebahagian besarnya disebabkan oleh faktor Rafizi dan juga Nurul Izzah. Keyakinan rakyat terhadap PH dilihat segar semula kerana yakin Rafizi mampu menjana perubahan.

Tapi bagaimana Zahid boleh begitu yakin kalau PRU diadakan sekarang BN boleh menang besar?

Nak pelik apa? Dalam BN penuh dengan pembodek. Para pembodek ini hanya akan sampaikan berita yang elok sahaja kepada presiden mereka. Bukan berita yang benar.

Sama ketika PRU14 dahulu. Najib begitu yakin akan dapat memerintah semula kerana itulah berita yang dia dikhabarkan. Najib dan Zahid mana nak turun padang sendiri tengok penerimaan rakyat.

Kalau ada majlis pun, mereka sanggup bayar untuk pastikan ramai yang hadir. Jadi bagaimana mereka nak sukat sokongan rakyat kepada mereka?

Tambah lagi Zahid tetap mahukan PRU walaupun dalam banjir. Sedangkan jika betul dibuat, makinlah rakyat marah kepada BN. Tapi ada Zahid peduli? Dia tak peduli sebab dia tak tahu sentimen rakyat.

Apa pun, PH tak boleh leka. Teruskan berusaha menarik sokongan. Jangan buat perkara yang boleh timbulkan kemarahan rakyat dan penyokong seperti kerjasama dengan parti proksi Mahathir. Guane boh?

Raja Gelap

.

TERIMA LAH PEMBALASAN NANTI

 


FAIZAL




Dia nak menganjingkan Hakim, dia punya pasal. Dosa Fitnah + dosa menyalahkan Hakim. Pandai2lah dia merangkak di Masyar nanti.

Kalau dia dipihak yang benar, berilah bukti berfakta yang Aset TH telah dijual pada orang bukan Islam seperti didakwa oleh beliau.

Tak semestinya dengan penampilan dan perawakan Agama, semua cakap2nya benar belaka. Dia bukannya maksum dan setaraf para Nabi. Sekadar seekor bastard penunggang Agama jer...

KEH..KEH....MACAM INI PUN ADA YA...




 

KOT YA PUN NAK CEPAT PILIHANRAYA

JOM KITA BUANG UNDIHamdan Taha




HAMDAN TAHA


17 hb saptu sepatutnya berlaku perbincangan antara 5 pimpinan tertinggi umno tentang tarikh PRU ke 15

Zahid Hamidi kira nak desak jer korje dia,tiba tiba di batalkan dan di tukar ke 30Hb bulan ini baru nak meting dan bincang hati ke hati tarikh PRU

Kot 30 hb baru nak bincang tak logik le bubar pada 7hb atau 8 hb

Jauh lagi le PRU ni,sepatutnya kerajaan tangguhkan dulu bab PRU ni bulan 11 dan 12 musim rakyat merana kerana alam dan bala Allah

Sabor la Zahid oiii kot BN berjaya dapat 2/3 pun bukan datuk seri boleh bebas pun

.

HOK ALOH....



MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF
 

Jenis lebai gemar berbual-bual ini memang payah. Nak tanya konsert kat stadium mini Ketereh tu patuh syariah ke tak? Waktu jadi pembangkang bukan main garang, dah jadi kerajaan masih buat perangai pembangkang nak ajak demo. PRU15, pastikan lebai penunggang ini jadi pembangkang semula agar bergegar kembali padang merbuk


KAH..KAH..KAH...APA LA ADMIN PM NI.....MALANG SUNGGUH PAK LONG MAIL...NI BETOI KA PELESU NI ?




 

PRU15: Nurul Izzah mahu pertahan Permatang Pauh

 




Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata pimpinan Pakatan Harapan menetapkan 20 Sept untuk membincangkan soal persediaan PRU15.

GEORGE TOWN: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyuarakan hasrat mahu kekal bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Saya bukan pemutus kata walaupun hati ini memang teringin (kekal bertanding kerusi Permatang Pauh).

“Sebagai seorang askar dalam parti, saya berharap tidak akan digugurkan daripada menjadi calon dan diberikan kerusi sebagaimana yang dipohonkan hati iaitu Permatang Pauh,” katanya dalam sidang media sebelum merasmikan sesi dialog bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Nurul Izzah yang juga ketua PKR Perlis, Kedah dan Pulau Pinang berkata pimpinan Pakatan Harapan telah menetapkan 20 Sept untuk membincangkan soal persediaan PRU15 seperti pembahagian kerusi dan calon, yang diharapkan boleh selesai sebelum Oktober.


ALAAA...NAK KATA KE UMNO..JAGA TERENGGANU N KEDAH AKAN TUMBANG..KELANTAN PUN 50-50...PAS PULAK BAGAIMANA ? KENAPA NAK MENYONDOL UMNO ? KENAPA TAK MAHU BERTANDING SENDIRIAN PULAK ? TAKUT TAK DAPAT KUASAKAH ?

 

Nak ulang keputusan PRU14, sila tanding solo, PAS sindir Umno



Baru-baru ini Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu membuat keputusan bergerak solo kerana tindak-tanduk dan sikap PAS.

PETALING JAYA: Umno akan mengulangi keputusan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) jika kekal mahu bergerak solo, kata Naib Presiden PAS Idris Ahmad.

Katanya, tindakan bergerak solo dilihat hanya lebih mementingkan diri daripada memelihara perpaduan dan menjaga kepentingan rakyat.

“Tak apa lah, Umno bercakap dengan konsep begitu, kita tetap cakap tentang konsep perpaduan. Terpulang kepada rakyat untuk menilai siapakah yang mahukan perpaduan.

“Kalau berasakan dia nak keputusan PRU14 berulang balik, sila buat begitu,” katanya menurut Astro Awani.

Dalam PRU14 pada 2018, Umno dan Barisan Nasional (BN) tumbang buat kali pertama sejak lebih 60 tahun memerintah negara kepada Pakatan Harapan (PH). Bagaimanapun, parti itu kembali membentuk kerajaan bersama Bersatu dan PAS susulan “Langkah Sheraton” yang menyaksikan kerajaan PH runtuh dalam tempoh 22 bulan.

Dalam pada itu Idris berkata, PAS tetap dengan pendirian memelihara perpaduan dan menjaga kepentingan rakyat, terutama untuk generasi mendatang.

Baru-baru ini Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, berkata parti itu membuat keputusan untuk bergerak solo kerana tindak-tanduk dan sikap PAS.

Pada 2 Ogos, Zahid “mengajak” PAS mengadu kekuatan terlebih dulu pada PRU15 sekiranya ingin bercakap berhubung pembentukan kerjasama.

Katanya, sekiranya PAS masih mahu membentuk kerjasama dengan Umno, ia boleh dilakukan selepas PRU15.

“Kalau nak jalin sebarang bentuk kerjasama, jalin selepas keputusan PRU15…sekarang kita turun ke gelanggang dan adu kekuatan…kekuatan dari segi pengaruh pengundi.

“Walaupun mahukan persefahaman dan sebagainya itu hanyalah harapan, tetapi realitinya rakyat tahu parti mana boleh membela nasib mereka,” katanya dalam wawancara “Jawab, Saya Tanya!” yang disiarkan secara langsung di Facebook miliknya.

GEMPAR TERKINI🔥 PKR CUMA PERLU LAGI 5% UNDI MAMPU MENANG PUTRAJAYA ?

ANDA PASTI MAHU DENGAR UCAPAN PENUH RAFIZI RAMLI!



CAPAN PENUH RAFIZI RAMLI DI PENTAS SUARA RAKYAT DI SIMPANG RENGGAM!! TERBAIK DAN PENUH FAKTA!!

INGATAN UNTUK ZAHID HAMIDI – JIKA BANJIR BESAR, MAHKAMAH PUN MUNGKIN TUTUP JUGA

 

Nampaknya Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi begitu tidak sabar dan sangat terdesak mahu PRU15 diadakan pada tahun ini juga.

Di sebalik Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob sekadar mengatakan PRU15 bakal diadakan tidak lama lagi, beliau sebaliknya terus mendesak dan mendesak agar tarikhnya segera dipercepatkan.

Walhal, maksud tidak lama lagi seperti disebutkan Perdana Menteri itu tidak semestinya bererti Parlimen akan dibubarkan minggu depan atau bulan depan.

Tidak lama lagi boleh juga bermaksud dua bulan lagi, tiga bulan lagi atau mungkin enam bulan lagi.

Apa hal Zahid Hamidi nak cepat-cepat sangat Parlimen dibubarkan, tidakkah pemilihan UMNO sudah ditetapkan hanya akan diadakan selepas enam bulan PRU15 dilangsungkan?

Sehingga, seperti seorang yang lupa kepada tanggungjawab sesama manusia, beliau bertegas, waima jika PRU15 diadakan di musim banjir sekali pun, jentera BN tetap bersedia mengharunginya.

Apa ni Zahid Hamidi, inikah watak dan perangai pemimpin yang faham erti tanggungjawab?

Ketika banjir, lebih-lebih lagi jika keadaannya teruk dan disertai hujan lebat yang berpanjangan, apakah ketika itu juga jentera BN mahu sibuk berkempen dan mencari undi?

Kegilaan apakah ini?

Tak fikir nyawa manusia ke?

Apakah di mata Zahid Hamidi dan jentera BN, mencari undi lebih penting daripada menyelamatkan nyawa serta harta benda manusia?

Sedarlah sikit wahai Zahid Hamidi, jika musim banjir mula melanda, rasanya tidak mungkin Ismail Sabri sedia untuk membubarkan Parlimen kerana beliau tentunya mahu tumpuan ketika itu difokusman kepada usaha-usaha penyelamatan.

Ketika banjir, lupakankan dulu bab politik dan pilihanraya kerana nyawa manusia lebih penting daripada segala-galanya untuk diselamatkan.

Kalau banjir terlalu dalam, merbahaya dan mengancam nyawa, bukan saja PRU tidak wajar diadakan, bahkan perbicaraan mahkamah pun harus dilapangkan.

Jadi, di mana munasabahnya Zahid Hamidi bertegas mahu PRU15 diadakan ketika musim banjir sekali pun?

Membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU15 ketika banjir sebaliknya hanya akan mendedahkan Perdana Menteri sebagai “poster boy” BN kepada kecaman yang lebih meluas daripada rakyat.

Akan wujud pandangan bahawa beliau tidak prihatin kepada nasib dan masalah yang sedang menimpa rakyat di kala banjir sedang melanda.

Jika hujung tahun ini tiada banjir besar, tiada masalah kiranya Perdana Menteri mahu memilih untuk membubarkan Parlimen, tetapi beliau harus mendapatkan nasihat daripada pihak-pihak berkaitan terlebih dahulu.

Tetapi, jika hujan lebat dan banjir besar diramalkan berlaku, eloklah ditangguhkan dahulu sehingga ke tahun depan.

Untuk apa Perdana Menteri perlu tergesa-gesa atau terlalu menurut kehendak Zahid Hamidi yang mahu PRU15 disegerakan, beliau bukan “poster boy” BN dan bukan calon Perdana Menteri pun?

Laluan Zahid Hamidi lebih terbuka untuk ke penjara berbanding ke Putrajaya.

Tambahan lagi, kalau Zahid Hamidi boleh menangguh-nangguhkan pemilihan UMNO, apa salahnya pula jika tarikh PRU15 dilewat-lewatkan?

Alasan banjir dan hujan lebat adalah faktor paling munasabah untuk Ismail Sabri tidak mengadakan PRU pada ketika ini berbanding tiada alasan konkrit ketika Zahid Hamidi tetap berusaha menangguhkan pemilihan UMNO, melainkan bimbang kehilangan jawatan Presiden UMNO yang disandangnya sekarang. – Shahbudinahusin 18/09/2022.



UMNO, PAS, BERSATU GABUNG PUN, BELUM CUKUP 'KUAT' LAWAN PENGARUH PKR



TAN SRI MUSA HITAM


UMNO, PAS, BERSATU GABUNG PUN, BELUM CUKUP 'KUAT' LAWAN PENGARUH PKR

Penggabungan parti Melayu antara Umno, PAS dan Bersatu masih belum cukup “kuat” dan meluas pengaruhnya seperti PKR, kata bekas timbalan perdana menteri, Musa Hitam.

Beliau berkata, justeru jika Umno, PAS dan Bersatu bergabung bawah “khemah” sama, gabungan itu perlu memberi jaminan kepada bangsa lain sebagai tumpuan perjuangan mereka.

Katanya, konsep ketuanan Melayu wujud disebabkan pegangan orang Melayu yang taksub yang wujud ketika negara digelar “Tanah Melayu”, sekali gus membuatkan orang Melayu menggunakan konsep berkenaan bagi melindungi kepentingan bangsa berkenaan.

Namun, beliau yang juga bekas timbalan presiden Umno berkata konsep sedemikian tidak lagi relevan terutama selepas negara merdeka, yang menyaksikan segala-galanya berubah dan Malaysia kini bukan lagi sebuah negara Melayu sepenuhnya.

“Masalah ideologi mereka tak begitu jelas, bercampur aduk. Macam Umno, mereka kata parti Melayu, Islam. PAS kata sama. Ada parti baharu pula seperti Bersatu juga katakan Melayu dan Islam. Ideologinya, bunyi macam sama.

“Kalau boleh idea mereka ini bersama iaitu ‘simple solid group’ dan menggelar parti ini mempromosikan kepentingan Melayu dan Islam. Secara prinsip dan dalam masa sama, kumpulan ini harus beri jaminan kepada bangsa dan agama lain yang akan diterima sebagai kumpulan rakyat Malaysia yang dilindungi,” katanya menurut Berita Harian.

Musa berkata, PKR pula terdiri daripada parti politik yang membawa konsep pelbagai bangsa.

“Seperti PKR pula, parti itu terdiri daripada parti politik yang mengatakan mereka percaya akan multiracialisme (pelbagai bangsa)…ada daya penarik mereka sendiri bukan sahaja dalam kalangan bukan Melayu, ada muda-mudi Melayu yang tertarik kepada kumpulan ini,” katanya.

Mengulas lanjut “daya penarik” parti bukan berpaksikan Melayu seperti DAP, Musa berkata, beliau pernah dijemput ke pelancaran buku Lim Kit Siang dan terkejut kerana mendapati ramai hadirin adalah orang Melayu dalam kalangan orang muda.

Katanya, ia menunjukkan DAP dan PKR memiliki ideologi yang meluas sehingga dapat menarik orang Melayu-Islam menyokong parti bukan Melayu itu.

“Saya nak beritahu dengan terus terang, waktu Lim Kit Siang melancarkan bukunya. Dia jemput, saya pergi…bila saya pergi orang cakap ‘kenapa kau pergi?’. Saya balas ‘kenapa tidak’.

“Yang anehnya saya masuk dalam dewan itu, saya tengok banyak yang bertudung, budak Melayu. Ini serius, ramai betul. Ini tidak nampak macam mesyuarat DAP tetapi mereka penyokong dan ahli DAP. Itu keadaannya,” katanya.

Musa berkata, parti politik yang mewakili orang Melayu dan Islam perlu memperluaskan ideologi untuk diterima keseluruhan rakyat.

“Sebabnya, DAP dan PKR saya nampak dia punya ideologi lebih luas daripada (parti) yang Melayu dan Islam. Kepada yang menganggap dirinya parti politik yang mewakili orang Melayu, Islam…mereka harus memperluaskan ideologi untuk diterima dalam kalangan orang Malaysia secara besarnya.

“PKR kebanyakan boleh kita anggap sebagai liberal demokratik racial…itu pandangan saya. PKR, saya nampak merupakan kumpulan idealisme Malaysia,” katanya.

 

Rafizi Ramli, Nurul Izzah, Akmal Nasir & Rakan: Jelajah Trak Ayuh Malays...

Nak tau siapa ambil rasuah? Husam cabar Haji Hadi jumpa beliau


Antara intipati Ucapan Dato Husam Musa Pengerusi Save Kelantan sempena Program Majlis Dialog & Minum Pagi Bersama Dato Husam Musa di Pasar Kubang Pasu Kota Bharu pada 10 September 2022



PEMIMPIN PH TAK BERMORAL

 

FOTO OLEH ZACK ROCKSTAR


Ini Amanat Hadi 2.0 ke?

 


Hadi Awang pernah berkicau di Twitter: “Adat orang berumah tepi pantai, menjala dan memancing menjadi hobi.”

Sememangnya rumah presiden PAS itu berdekatan pantai di Terengganu. Maka, menjala dan memancing ikan menjadi kegemarannya.

Semasa Muhyiddin Yassin membentuk kerajaan setelah merampas kuasa darIpada Pakatan Harapan (PH) menerusi Langkah Sheraton, wartawan meminta komennya jika beliau tidak dipilih untuk jawatan timbalan perdana menteri, meskipun PAS turut menjayakan Langkah Sheraton.

Jawapan Hadi dengan nada berseloroh: “Kalau saya tak dipilih pun tak apa, saya balik jadi nelayan pun tak apa.”

Hadi, kita tahu tidak dipilih sebagai TPM oleh Muhyiddin mahupun Ismail Sabri Yaakob yang mengambil alih jawatan perdana menteri, setelah Muhyiddin ditumbangkan.

Hadi bagaimanapun tidak “balik jadi nelayan”. Giliran saya berseloroh. Hakikatnya, beliau masih aktif sebagai politikus. Namun sedang “memancing”, bukan ikan, tetapi memancing undi. Secara spesifik, pengundi Melayu.

Catatan terbaharu Hadi melalui ruangan Minda Presiden PAS siaran media milik partinya, pada hemat saya, sedikit sebanyak memaparkan strategi PAS menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Matlamatnya jelas, iaitu memancing undi Melayu.

Kata-kata dan hujah catatan 15 Sept lalu dengan judul “Mengapa PAS menolak Pakatan Harapan?” berkisar soal menjaga kepentingan orang Melayu-Islam. Diulang-ulang. Ringkasnya, apa yang Hadi luahkan ialah keburukan (dosa?) PH dan kebaikan (pahala?) PAS.

Beliau menuduh “mereka mengamalkan politik dendam melalui kenyataan terbuka yang mengganggu gugat urusan pentadbiran negara dan menyusahkan badan kehakiman”. Siapa “mereka” yang beliau maksudkan? Berdasarkan tajuk catatan mestilah PH.

Hadi juga mendakwa “dalam PH terkumpul kalangan mereka yang nyata bersikap anti-Islam, mengancam institusi raja-raja, Rukun Negara, dan asas Perlembagaan Persekutuan, khususnya kemuliaan Islam sebagai agama bagi persekutuan”.

Pada masa sama, Hadi berkata: “Ada (maksudnya PH) yang lantang menentang usaha PAS dalam melaksanakan Islam secara demokrasi sehingga mereka terus mempertahankan undang-undang warisan penjajah dan sistem kehakimannya yang rapuh.”

Selari dengan catatannya, Hadi memberitahu, partinya tidak bersedia memasuki khemah besar PH dan mengapa mereka menolak PH.

Kata Hadi, PH tidak mampu menegakkan keadilan yang menyeluruh kepada rakyat, walaupun dalam gabungannya terdapat parti yang menjadikan keadilan dan amanah jenamanya.

Hadi mendakwa ramai dalam kalangan PH yang tidak beriman (beraqidah) dan tidak bermoral (berakhlak) secara terbuka mengumpul kumpulan pemberi rasuah dan penerima rasuah.

Hadi turut mendakwa dalam PH terdapat juga kalangan fanatik yang bencikan Melayu dan Bumiputera, tanpa peduli adanya “hak terhadap agama lain dan berbagai-bagai kaum yang sudah mencukupi”.

Tentunya beliau memuji parti sendiri. Menurut Hadi, Islam yang menjadi aqidah perjuangan PAS menetapkan politik tidak berpisah daripada agama yang ada perhitungan dosa dan pahala serta dibawa ke alam akhirat. “Maka, wawasan PAS tidak tamat sekadar melepaskan harapan di alam dunia,” kata beliau.

PAS katanya, menentang teori Malaysian Malaysia dan “menentang sikap fanatik perkauman kerana kedua-duanya bercanggah dengan Islam dan fitrah manusia”.

Pada masa sama, beliau berkata, “PAS menegaskan kalau ada sesiapa yang membuat kenyataan orang Melayu ini bersifat perkauman, halaukan dia kerana tidak mengenang budi.”

Seperti saya katakan tadi, catatannya mengenai apa yang beliau dakwa “keburukan” PH dan apa yang beliau lihat “kebaikan” PAS berlatarbelakangkan elemen “kemelayuan”.

Panjang lebar catatannya yang saya tidak bercadang ulangi di sini. Yang berminat mendapatkan catatan penuh Hadi sila Google.

Bandingkan dengan sedutan ucapan ini yang dikaitkan dengan Hadi pada 7 April 1981 di Kampong Banggol Peradong, Kuala Terengganu:

“Saudara-saudara sekalian percayalah, kita menentang Umno bukan kerana nama dia Umno. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan Perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh kerana itulah kita cuba berlawan dengan mereka.”

Berkata lagi Hadi:

“Percayalah saudara-saudara sekalian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha. Kita tidak perlu masuk Hindu. Kita tidak perlu masuk Kristian. Tapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku.”

Kata-kata itu dikenali sebagai Amanat Hadi. Ia mengakibatkan tercetus perpecahan umat Islam, khusus di negeri Pantai Timur. Antara anak dengan ibu bapa, suami dengan isteri (sehingga ada yang membawa kepada penceraian), saudara-mara, kawan-kawan. Ada juga terjadi masalah dua imam, yakni seorang mengimamkan sembahyang yang didirikan kumpulannya, manakala seorang lagi menjadi imam untuk kumpulan lain.

Adakah apa yang dicatat Hadi pada 15 Sept 2022 sama dengan ucapan pada 7 April 1981 itu? Bolehkah ia dianggap Amanah Hadi 2.0? Amanat versi baharu? Atau sesuatu yang sama, tetapi tidak serupa?

Kata seorang pemerhati politik: “Yang cakap dulu dan cakap sekarang sama. Cuma penggunaan ayat, tapi punya maksud sama.” Penulis politik terkenal, Mohd Sayuti Omar setuju.

Bagi ADUN Tebing Tinggi dari DAP, Aziz Bari, begitulah asasnya sama – cuma mangsanya lain. “Dulu kafirkan Umno, sekarang Hadi kafirkan PH, sedangkan PH ini pada asasnya adalah PR (Pakatan Rakyat) yang dia sendiri ikut dulu,” kata Aziz.

Seorang bekas aktivis Umno pula dengan sinis menegaskan: “Politik PAS terbaik. Mana-mana parti yang bersama PAS pasti menjadi suci. Bila tidak bersama lagi, terus jatuh hukum haram, kotor, dan sebagainya. Tak boleh ke berhenti menjatuhkan hukum pada orang lain? Inilah sebenarnya ‘the ugly side of’ pemimpin PAS.”

Kata Sayuti, presiden PAS rasa beliau tahu pemikiran orang Melayu boleh “diperolok-olokkan” dengan agama, jadi modal politik paling ampuh buatnya.

Tetapi, adakah taktik Hadi boleh mendapatkan sokongan untuk PAS pada PRU15? “Setakat Kelantan, Terengganu, Kedah bolehlah,” menurut penulis politik veteran itu.

Bagaimana pula pengundi muda? “Mereka tidak peduli ‘fatwa’ karut tu,” jawab Sayuti ringkas.

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

LALANG



1. Dalam politik, mantra paling terkenal yang digunapakai ialah “there is no permanent friend or enemy, only permanent interest”. 


2. Maksudnya jelas, orang politik ni bila2 masa boleh bertukar dari seteru ke kawan. Dan begitu juga lah, dari kawan ke seteru, anytime. 


3. Lagi lama negara itu ditubuhkan, lagi akan nampak pergerakan ”lalang” orang politik dan partinya. Dulu UMNO bergaduh sakan dengan PAS. Sampai murtad-memurtad. Hari ni boleh duduk satu kolam, sama2 dalam Kerajaan. 


4. Dulu PAS dok maki pemimpin bukan Islam. PAS cuba ajar kita, mereka ahli neraka dan tak boleh dibuat kawan. Tapi sejarah PAS ni, dulu dia baik dengan DAP, sekarang dia baik pula dengan MCA. Dua2 time, dialah yang defend sakan mereka ni. Dah jadi pembela bukan Islam. 


5. UMNO pula kita diajar seteru abadi DAP. Tetapi di Perak, mereka boleh berkomplot bersama nak jatuhkan MB. MB Bersatu, geng UMNO sendiri. Dua2 parti pun dah keluar bunyi. Mereka anytime boleh geng lagi. 


6. Tun M dan Anwar pun pada mulanya kawan baik. Sama2 jadi PM dan TPM. Tetiba, tahun 1998, lawan satu sama lain. PRU14, sebab nak jatuhkan satu common enemy, mereka bersama kembali. Tak lama lepas tu, bergaduh balik. Sebab berebut kerusi Perdana Menteri. Sekarang ura2 nak geng lagi sekali. PRU nak dekat ni. 


7. Politics is always fluid. Tiada musuh yang kekal. Tiada kawan yang kekal. Yang kekal hanya kepentingan parti. Yang boleh dikongsi dengan yang lain. Like minded others. 


8. Selepas 65 tahun merdeka, dunia politik Malaysia mula matang. Parti2 yang dulu digelar seteru abadi, semakin terbuka untuk bekerjasama. Kerana kepentingan parti2 ini sama. Nak berkuasa. Nak memerintah negara. 


9. Jadinya, kita kena sedar dan tahu. Orang politik ini bila2 masa boleh jadi lalang. Boleh ke kira dan ke kanan. Tidak tetap pendirian. Itu real politics yang kita kena hadam. 


10. Oleh yang demikian, kita sebagai pengundi takyah la over2 menganjing sesama sendiri. Sampai sanggup hilang sedara dan family. Kawan pun dimaki2. 


11. Kang bila geng politik ni baik kembali, terceyduk la kita sendiri. Mana nak letak muka, dengan kawan yang telah dimaki? Atau family yang kita jauhkan diri? 


12. Makanya, sebagai pengundi, bersederhana itu penting. Jangan ikut emosi. Politik ini fluid. Ia sentiasa berubah. Politikus banyaknya wayang jugak. Depan kita maki2, belakang kita mereka kawan baik. 


13. Kalau anda hanya seorang pengundi, bukan ahli parti. Tidak mengapa jadi lalang. Politikus lagi teruk lalangnya. Cuma mereka tak ngaku sahaja. 


14. Lalang mereka selalunya untuk berkuasa. Lalang kita pula untuk kebaikan negara. Kita pilih yang terbaik antara mereka. Biaq pi orang kata apa. Mereka pun 2x5. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki


IDUP MELAYU..IDUP MELAYU..MENDEKA..MENDEKA....KAMU PIJAK MELAYU..SAPU SEMUA BALAK SAMPAI PROJEK UNTUK ORANG MISKIN KAMU SAPU....


 

RUKUN HIDUP JANGAN PERCAYA ORANG POLITIK

 



NORMAN RADZUAN


Bukan main Zahid sanggup redah banjir…

RUKUN HIDUP JANGAN PERCAYA ORANG POLITIK

Bergegar Zahid Hamidi kata UMNO atau dirinya sanggup redah banjir utk berkempen. Sembang boleh runtuh KLCC. Cuba suruh dia dtg mahkamah mulalah sakit belakang, sakit saluran kencing dan mcm2 lagi. Lebih baik jaga kesihatan Datuk Seri utk redah mahkamah kes dah byk kali bertangguh.

Jika musim banjir rakyat fikir bagaimana nak selamat nyawa dan harta benda tapi Zahid Hamidi fikir nak pilihanraya utk selamat diri sendiri dan kroni. Betul la apa dikata… rakyat hilang harta benda tapi Zahid hilang akal.

Sebab itu saya katakan jgn percaya kpd org politik.. Jadikan ia Rukun Hidup kita. Percaya dgn org politik umpama kita percaya pelacur mengaku dirinya virgin.

Org politik jika berkempen berjanji utk membina jambatan. Bila diberitahu sungai tiada di kampung tersebut… tidak mengapa kita akn bina sungai di situ. Yg penting hadirin bertepuk tangan atau yg satu lagu bertakbir… betul atau tidak lain cerita.

 

HADI AWANG PELOPOR TAKFIRI MALAYSIA


 

BUBAR! BUBAR! BUBAR!

 

Di bawah ini saya kongsikan tulisan seseorang yang saya baca dalam media sosial sebaik berakhirnya Konvensyen Pemuda BN di Stadium Titiwangsa petang tadi.

*************************************

Hati kita ini baik, mudah berbolak balik. Mudah terbuai emosi, mengenang perkara2 yang lepas. Kadang2 masa orang itu ada, macam2 kita mengata, ada saja yang tak berkenan di hati kita. Bila orang dah tiada, mulalah kita sedar baiknya dia!

Hari ini sedap je mulut kita mengata PM tak pandai mengurus ekonomi, indeks bursa paling buruk, ekonomi jatuh merudum, inflasi makin meningkat, ringgit makin tak bernilai dan macam2 lagi lah yang tak elok tentang PM kita.

Mulalah kita bermain emosi, yang sayang DSN akan mula melambung betapa hebatnya Malaysia masa DSN menjadi PM.

Yang sayang Tun M pula akan mula bercerita betapa Tun M lah, yang menjadikan Malaysia membangun dengan begitu dahsyat sekali pada hari ini dan yang mengagungkan TSMY pula pasti ada juga skrip sampah untuk di tulis agar TSMY boleh kembali menjadi PM.

Tak cukup dengan itu pakar2 ekonomi lepasan universiti emosi ini akan membandingkan pula Malaysia hari ini dengam Indonesia, Vietnam atau Kemboja yang pesat meningkat sedang kita makin kebelakang pada kiraan unjuran formula papan dam ini.

Itulah Warga Malaysia!

Ayuh semua, kita perlu berubah, jangan mudah dibeli emosi masa. Kita perlu kekuatan, kesepaduan dan kestabilan yang jitu sesama rakyat, barulah kita boleh membangun kembali sebagai Harimau Asia.

Ini bukan kerja PM seorang!!! Ini peranan kita semua. Ia perlu bermula dengan dengan kita pakat2 reset pemikiran ke arah atmosfera yang realistik.

Dalam tempoh yang singkat ini, banyak juga perkara2 baik yang PM lakukan, rakyat agak selesa, , segala macam skim bantuan, subsidi, geran dan bantuan tunai yang PM usaha dan berikan untuk mengerak ekonomi negara, dan mengawal kenaikan harga keperluan asas!

Selemah manapun orang kata PM kita ini, dia tidak lemah dalam membantu rakyat yang memerlukan. Biasanya orang yang lemah dia akan menggunakan waktu yang ada untuk memperkayakan diri sendiri, kaum keluarga, kroni atau penyokong tegarnya sahaja dari sibuk memikir untuk membantu rakyat!

Rakyat boleh tulis senarai panjang kekayaan keluarga atau kroni Tun M, DSN dan TSMY namun rakyat tidak ada satupun nama yang boleh kita kaitkan dengan melombong kekayaan zaman DSIS menjadi PM.

Kesimpulannya yang mengata macam2 tentang PM itu mungkin kerana biasa dapat projek dengan ‘tokeh’ dulu2, bila PM tak layan dan tiada istilah kronisme dalam pemberian projek maka dendangan PM gagal mereka mula mainkan.

Harapan mereka tokeh2 lama akan dikembalikan ke puncak kuasa agar koridor kekayaan mereka boleh bagi2kan kembali. Itu saja!

Cukuplah! Rakyat dah muak dengan amalan menjaras hasil negara ini, rakyat mahu pemimpin macam PM hari ini, tidak banyak bercakap, kurang berkonfrantasi, berpolitik melangkaui sempadan perbezaan, mengwujudkan perdamaian dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dari merompak tabung negara seperti PM dulu2.

Bubarlah! seperti yang dilaungkan di Stadium Titiwangsa oleh lebih 10 ribu pemuda BN petang tadi. Nescaya PM Ismail Sabri akan lebih kuat selepas PRU15. Jangan mimpi selepas bubar PM2 lama akan boleh kembali.

Harimau Hitam

Subang Airport

17 September 19.38pm



ajzamdgreatAJ ZAM DGREAT · 5h yang lalu Tak MNipu.. Tak PAS.. Kalau MNipu.. Baru PAS.. 🤭🤭 #1MDB #Rosmah #Najib #Tun #umno #Anuar #PH #BN #PKR #pru15 #Refomasi #DAP #Amanah original sound - AJ ZAM DGREAT


 

HAAAAA...NI SEKOQ LAGI- LA HIDUP LAGI KA TANAM JERAT DAH...CAKAP TAK PAKAI OTAK...ORANG NAK SAMAN BARU HANG MINTA MAAF..PADANG SERAI DENGAN PENANG BUKAN JAUH PUN....SAJA BUAT CERITA.

 


kingmshahrul

Ramosha

 · 1s yang lalu

Tak sokong RUU 355 kena tanam jirat

WOIIII JILAT BALIK--KHIIIAAAAQ PTUIIIIHHHH- APA NAK JADI PADA NEGARA KITA NIH..APA NAK JADI PADA NEGARA KITA ISLAM- PAKAIANA, ARAK BEBAS BERLAKU..


 

Apa perkembangan sebenarnya projek Solar di Tasik Danau Tok Uban, Kelantan#husammusa #savekelantan #selamatkankelantan #pasmalaysia #pas #paskelantan #husammusaterkini #husammusa2022


 

APA JADI DALAM 22 BULAN ? ATOK KENCING PKR..ATOK KUASAi SEMUANYA DAN ATOK TAK BAGI ANWAR JADI PM....

 




22 BULAN

Ada orang tanya, apa jadi dalam 22 bulan?

Ini saya tolong bentang fakta, supaya kita boleh hadap propaganda.

Description: ✅Ekonomi negara meningkat dengan jayanya. KDNK naik. KDNK per kapita meningkat. Rizab tunai negara bertambah. Pelaburan langsung asing dan Pelaburan keluar negara meningkat juga. Eksport negara tambah baik. Semua ini indikasi utama ekonomi negara.

Description: ✅Indeks Antarabangsa, Prestasi Malaysia bertambah baik. Antara skor terbaik yang pernah ada. Indeks Rasuah, Ease of Doing Business, Indeks Media. Prestasi terbaik Malaysia dalam masa 10 tahun.

Description: ✅Ketiadaan GST, menyebabkan harga barang rendah dalam masa 22 bulan. Buktinya tahun 2018-2020, inflasi kita dibawah 1%. Antara yang terbaik yang pernah ada. Tahun 2019, kadar inflasi Malaysia adalah yang terendah dalam rantau Asia Tenggara.

Saya bentang fakta dan data. Data2 dari Bank Dunia, BNM dan Jabatan Perangkaan Malaysia. Link posting asal saya letak di bawah. Kalau ada yang menyangkal, mintak dia buktikan data sebaliknya. Yang kredibel. Bukan petik2 dari cytro atau influencer jembalang sahaja.

Description: ❎Yang paling di propagandakan, bursa saham kita teruk dalam masa 22 bulan. Tengokkan lah sekarang. Bila PM set2 mereka memerintah pula. Lagi teruk jadinya. Ringgit merosot paling teruk kini. Berbanding sebelumnya. Tiada pula yang hentam, jahanam Malaysia?

Description: ❎Ada yang spin, manifesto tak dikota. The thing is, mandat diberi 5 tahun, 22 bulan dijatuhkan. Mana la mereka sempat. BN dulu pun dapat mandat 5 tahun. Cuba buktikan semua manifesto PRU mereka kotakan? Banyaknya tak dibuat juga. Tak payah la nak kata.

Adakah saya rasa PH dulu tu perfect belaka? TIDAK sama sekali. Banyak benda yang tak best di mata.

Tapi untuk menidakkan fakta dan gantikan dengan auta. Hanya kerana nak menang propaganda. Saya rasa kita kena betulkan dan bersuara.

Politik ini memilih the lesser evil. Tiada satu pun yang maksum dan sempurna. Pilih mudarat kecil daripada yang besar. Untuk itu, tepuk dada tanya selera.

Yang penting buat keputusan berdasarkan fakta dan data. Bukan melalui auta dan propaganda.

Kita undi untuk negara. Bukan untuk mereka2.

Salam hormat,

Liyana Marzuki