KEJAP ADA KEJAP HILANG
Bagi yang tidak membaca Harakah Error 404.. cerita ni inilah yang lesap..
Aku sempat maki di status Twitter tadi pagi, mulanya nak print screen news yang Harakah tulis tu tapi lupa. Sekali RMS bilang news itu sudah lenyap di web HD.
Next time apa yg HD tulis fitnah mesti print screen. Bukan apa, saja simpan buat bukti paper haram jadah tu asyik tulis fitnah bagi orang bodoh dalam PAS tu percaya.
Dasar hati setan!
Pukimak tak pukimak Harakahdaily, itulah dia. Berani buat cerita fitnah tapi takut terima kenyataan... Anjirrr..!
Aku sempat maki di status Twitter tadi pagi, mulanya nak print screen news yang Harakah tulis tu tapi lupa. Sekali RMS bilang news itu sudah lenyap di web HD.
Next time apa yg HD tulis fitnah mesti print screen. Bukan apa, saja simpan buat bukti paper haram jadah tu asyik tulis fitnah bagi orang bodoh dalam PAS tu percaya.
Dasar hati setan!
Pukimak tak pukimak Harakahdaily, itulah dia. Berani buat cerita fitnah tapi takut terima kenyataan... Anjirrr..!
101 Projek: Kementerian Pengangkutan dahului senarai, beri tender dengan nilai terbesar RM4.47 bilion
Menurut Tengku Zafrul,
perolehan secara rundingan terus dibenarkan berdasarkan peruntukan sedia ada di
bawah Seksyen 6(1) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972). - Gambar fail
KUALA
LUMPUR: Kerajaan mendedahkan senarai
101 projek yang dikatakan diberi secara rundingan terus (RT) sewaktu
pentadbiran Pakatan Harapan dahulu.
Menteri
Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Kementerian
Pengangkutan mendahulu senarai sebagai pemberi tender paling besar dengan nilai
sebanyak RM4.47 bilion untuk empat projek.
Kementerian
Komunikasi dan Multimedia pula mendahului senarai sebagai pemberi projek paling
banyak, iaitu sebanyak 12 projek dengan jumlah keseluruhan bernilai RM380.1
juta.
Menurut
Tengku Zafrul, perolehan secara RT dibenarkan dengan kelulusan Kementerian
Kewangan, berdasarkan peruntukan sedia ada di bawah Seksyen 6(1) Akta Tatacara
Kewangan 1957 (Semakan 1972) dan pekeliling-pekeliling perbendaharaan yang
berkaitan.
“RT dibenarkan atas dasar proses perolehan
yang memenuhi salah satu atau lebih daripada syarat-syarat seperti - perolehan
bekalan dan perkhidmatan melibatkan keperluan mendesak, yang mana jika
perolehan tersebut tidak dilaksanakan dengan segera, ia boleh memudaratkan dan
menjejaskan perkhidmatan serta kepentingan negara.
“Keperluan penyeragaman bagi memastikan
kesesuaian penggunaan (compatibility) antara barangan sedia ada dengan barangan
baru yang diperoleh; dan satu punca bekalan atau perkhidmatan iaitu pengeluaran
produk atau penyediaan perkhidmatan hanya boleh dibekalkan daripada satu sumber
sahaja,” kata beliau dalam kenyataan yang diedarkan pada Rabu.
INILAH GAMAKNYA 101 PROJEK TU...UNTUK EDARAN SEGERA
Shahbudin Husin
Inilah senarai 101 projek runding terus mengikut kementerian dan lihatlah kementerian mana paling banyak memperolehinya.
Tapi kenapa MOF tidak sebut sekali nama 101 syarikat tersebut?
PH Mahu Bahas Menteri Langgar Kuarantin, Tapi Usul Ditolak Speaker
Pembangkang mengusulkan supaya
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali yang
melanggar perintah kuarantin selama 14 hari dibahaskan di Parlimen.
Usul itu dibuat oleh Ahli
Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menerusi satu surat yang dikemukakan
kepada Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun.
"Saya Ahli Parlimen Pasir
Gudang mohon mencadangkan agar Majlis Mesyuarat ini ditangguhkan mengikut Peraturan
Mesyuarat 18(1) untuk membahaskan berkenaan Menteri Perusahaan Perladangan dan
Komoditi, YB Ahli Parlimen Kuala Nerus yang pulang ke Malaysia dari negara
Turki poda 7hb Julai 2020 yang sepatutnya menjalani Perintah Kuarantin Wajib di
rumah selama 14 hari telah didapati melanggar perintah tersebut apabila pada 13
Julai 2020.
"Menteri berkenaan telah
hadir di persidangan Dewan Rakyat. Usul ini suatu perkara yang tertentu iaitu
berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan
Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh YB Ahli Parlimen Kuala Nerus yang merupakan
seorang menteri dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan," menurut usul itu.
Hassan juga menggesa supaya
usul itu segera dibahaskan kerana ia melibatkan isu kesihatan dan integriti
kerajaan.
"Usul ini juga usul yang
berkehendak disegerakan kerana Malaysia sekarang masih dalam PKPP. Malaysia
masih dalam usaha memerangi pandemik Covid-19.
"Kes-kes positif yang baru
masih direkodkan setiap hari. Kluster-kluster baru juga masih wujud.
"Usul ini juga melibatkan
kepentingan ramai kerana ia melibatkan pelaksanaan undang-undang Perkara (1)
Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa semua orang adalah sama rata dari
segi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi
undang-undang," katanya.
Pada masa sama, Hassan berharap
kerajaan tidak bersikap pilih kasih apabila kesalahan dilakukan oleh menteri.
"Ahli Parlimen Kuala Nerus
hanya didenda ringan iaitu dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 sahaja atas kesalahannya
melanggar perintah kuarantin manakala rakyat biasa yang melakukan kesalahan
yang sama telah dihukum berat dengan denda yang lebih tinggi termasuk hukuman
penjara.
"Malaysia sebuah negara
yang mengamalkan prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang
yang merupakan dua teras utama Rukun Negara tentu sekali tidak akan membenarkan
wujudnya sistem keadilan yang bersifat dua darjat. Satu set undang-undang untuk
rakyat jelata manakala satu set lagi untuk para VIP dan para menteri,"
katanya.
Bagaimanapun, Azhar menolak
usul tersebut, dengan alasan Khairuddin sudah dikenakan tindakan.
"Saya telah meneliti usul
yang dikemukakan oleh Yang Berhormat dan saya
dimaklumkan bahawa Yang
Berhormat Kuala Nerus telah dikompaun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan
laporan-laporan polis dibuat terhadap beliau yang mana sedang disiasat dan akan
dirujuk ke Jabatan Peguam Negara.
"Oleh yang demikian,
memandangkan intipati kandungan usul yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tidak
lagi menjadi sesuatu yang perlu disegerakan, makanya saya menolak usul Yang
Berhormat dalam kamar," katanya.
PH alu-alukan siasatan projek runding terus tetapi mesti adil, profesional
Pakatan Harapan (PH)
mengalu-alukan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang
membuka kertas siasatan berhubung 101 projek rundingan terus yang bernilai
RM6.61 bilion.
Namun bagi bekas Menteri
Kewangan, Lim Guan Eng, siasatan SPRM mestilah dijalankan dengan adil dan tidak
dijadikan sebagai alasan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk tidak
mendedahkan senarai penuh projek tersebut.
"Tidak ada masalah jika
SPRM mahu menjalankan kajian menyeluruh ke atas 101 projek rundingan terus
bernilai RM6.61 bilion yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan PH sekiranya
SPRM menjalankannya secara adil dan profesional.
"Lagipun kajian SPRM tidak
harus diperalatkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menghalang prinsip
akauntabiliti dan ketelusan, dengan menggunakan kajian SPRM sebagai alasan
untuk enggan mendedahkan senarai penuh projek dan syarikat penerimanya,"
katanya dalam kenyataan.
Guan Eng yang juga Ahli
Parlimen Bagan turut meluahkan rasa bimbang sekiranya SPRM bersikap berat
sebelah kerana tidak melakukan siasatan yang sama kepada kerajaan PN, ataupun
ketika zaman Barisan Nasional (BN).
"Kami risau akan wujud
masalah "antara dua darjat" di mana kajian SPRM hanya dijalankan ke
atas projek runding terus PH dan tidaknya ke atas projek di zaman BN dan PN.
"Kegagalan SPRM membuat
kajian ke atas projek runding terus kerajaan BN dan PN boleh menimbulkan
persepsi negatif "antara dua darjat" atau double standard.
"Kemelut "antara dua
darjat" menjadi kontroversi, di mana Menteri Perusahaan Perladangan dan
Komoditi melanggari kuarantin kendiri selama 14 hari dan dikompaun
"manja" hanya RM1,000, sedangkan mak cik warga emas berumur 72 tahun
dihadapkan ke mahkamah dan didenda RM8,000 serta penjara 1 hari.
Semoga SPRM boleh membuktikan
bahawa mereka tidak menjadi senjata politik mana-mana pihak dengan turut
menjalankan kajian menyeluruh terhadap PN dan BN, sama ada wujud unsur-unsur
rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa berhubung perkara ini,"
katanya.
Guan Eng juga menjelaskan
bagaimana projek runding terus ketika zaman PH dibuat hanya dengan pengecualian
tertentu seperti masa krisis atau bencana alam, isu berkepentingan nasional dan
melibatkan keselamatan negara (Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja
Malaysia) dan kepakaran khusus (one of a kind).
"Projek rundingan terus
dibenarkan dalam keadaan banjir ataupun penyakit COVID-19 dan untuk
menyegerakan kerja pemulihan dan penyelamatan, ataupun membeli suatu produk
tersendiri dan khusus seperti Microsoft Word Office, di mana tender terbuka
tidak boleh dijalankan.
"Contohnya, Feri Pulau
Pinang yang menghentikan perkhidmatan buat kali pertama sejak beroperasi 126
tahun. Projek rundingan terus boleh diluluskan dalam keadaan ini untuk
memulihkan perkhidmatan feri dengan segera," katanya.
Guan Eng sekali lagi menegaskan
bahawa PH masih berpegang kepada janji Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14
(PRU-14) berhubung projek runding terus.
"Sememangnya Kementerian
Kewangan PH mengamalkan sistem tender terbuka selaras dengan Manifesto PRU yang
menyatakan dalam Janji 23,"Kami akan memastikan sistem tender terbuka
digunakan dengan meluas dan telus, terutamanya untuk projek-projek besar".
"Dalam kata lain, tender
terbuka adalah asas perolehan tetapi dalam keadaan perlu, pengecualian boleh
diberikan kepada projek rundingan terus. Itulah sebabnya peratusan projek
runding terus sebanyak RM6.6 bilion ini hanya 1.4% daripada nilai keseluruhan
perolehan di bawah PH.
"Biar bicara fakta. Berani
kerana benar. Amar makruf nahi mungkar," katanya.
Kerajaan PN akui dana Tabung Harapan diguna untuk bayar hutang 1MDB
Kerajaan
Perikatan Nasional (PN) mengakui bahawa dana Tabung Harapan yang dilancarkan
oleh Pakatan Harapan (PH) digunakan untuk membayar hutang wang 1MDB.
Perkara itu
disahkan sendiri oleh Timbalan Menteri Kewangan 1, Abdul Rahim Bakri ketika
sesi jawab lisan menteri di Parlimen.
"Dana
Tabung Harapan sehingga 1 Disember 2019 telah berjumlah RM2, 05491.219.36 juta
termasuk faedah diperolehi dan digunakan untuk melunaskan sebahagian dari
hutang wang 1MDB.
"Namun
selaras dengan akta tertentu, segala maklumat dan rekod penyumbang kepada
Tabung Harapan melalui Maybank tidak dapat dihebahkan.
"Semua
penyumbang boleh memohon pengecualian cukai dan terpulang kepada mereka
sendiri," katanya di Dewan Rakyat.
Ahli
Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menganggap
kenyataan itu membuktikan bahawa tiada penyelewengan dibuat kepada dana Tabung
Harapan.
"Saya
berterima kasih kerana menteri yang memberikan jawapan penuh tanggungjawab yang
sekali gus menjelaskan Tabung Harapan diuruskan dengan telus dan cekap,
alhamdulillah.
"Tidak
ada secebis penyelewengan pun dalam Tabung Harapan ini," katanya.
Beliau juga
meminta supaya kerajaan mendedahkan kesemua 101 syarikat yang mendapat kontrak
secara runding terus ketika zaman pentadbiran PH.
"Selaras
dengan tanggungjawab dan ketelusan bagi menangani skandal 1MDB, adakah
kementerian bersedia juga untuk mengamalkan tanggunjawb dan ketelusan dalam
masa terdekat untuk mendedahkan projek yang dirunding secara terus.
"Boleh
jadi dibuat dalam tempoh 24 jam, dengan kekuatan Kementerian Kewangan, saya
fikir persoalan gampang ini boleh diuruskan kalau benar kerajaan berpegang
kepada prinsip tanggungjawab dan ketelusan," katanya.
GASAK SAMPAI TUMBANG : Khairuddin langgar SOP: KEADILAN Hulu Langat buat laporan polis
Kegagalan
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman
Razali melaksanakan Prosedur Operasi
Standard (SOP) mengkuarantin dirinya selepas pulang dari Turki dan dikenakan
pula kompaun serendah RM1,000, menyebabkan KEADILAN Cabang Hulu Langat membuat
laporan polis meminta satu siasatan penuh dilakukan ke atas menteri tersebut.
Menurut
Pemangku Ketua Cabang KEADILAN Hulu Langat, Rajendra Kumar a/l Munusamy, kesalahan
Khairuddin wajar disiasat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit 1988 secara telus dan tidak terhad kepada tindakan kompaun.
Sedangkan kes duluan (presedent), beberapa orang rakyat biasa telah dikenakan
denda yang tinggi atau dipenjara akibat kesalahan serupa.
"KEADILAN
Hulu Langat telah membuat laporan polis terhadap Menteri Perusahaan dan
Komoditi, Dr Mohd Khairuddin atas dakwaan melanggar SOP di bawah akta
Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia serta Majlis Keselamatan Negara
"Kami
mendesak agar pihak polis menjalankan siasatan terhadap beliau dan ahli
rombongannya yang mengadakan lawatan ke Turki pada tarikh 3 hingga 7 Julai
2020.
Beliau juga
didapati hadir ke sidang Parlimen pada 13 Julai 2020 tanpa menjalani tempoh
kuarantin 14 hari," kata Rajendra dalam satu kenyataan.
Sehubungan
itu, KEADILAN Hulu Langat mahu pihak polis mengambil tindakan segera dan biar
pun menteri terbabit telah dikenakan kompaun sebelum ini.
BERSATU ADALAH PARTI TOKSID. LEBIH BAIK UMNO JANGAN BEKERJASAMA DENGANNYA
Dalam konteks bekerjasama dengan lain-lain parti untuk menghadapi PRU akan datang, apakah pilihan yang terbaik buat UMNO?
Apakah bekerjasama dengan Pas melalui MN sudah merupakan pilihan yang mampu membolehkan UMNO kembali berkuasa dan menduduki semula kerusi Perdana Menteri?
Adakah dengan menjemput Bersatu menyertai MN suatu pilihan yang lebih baik buat UMNO atau ia hanya akan menjadikan percakaran sesama sendiri UMNO-Pas-Bersatu semakin sukar dielakkan?
Persoalan-persoalan ini bukan saja menjadi perbualan tanpa kesudahan di luar UMNO, malah di dalam UMNO dan di kalangan pemimpinnya sendiri pun tidak habis-habis mereka berbicara memperkatakannya.
Tidak dinafikan bahawa kerjasama UMNO dengan Pas sebenarnya sudah cukup baik dan mampu membolehkan MN memperolehi kuasa selepas PRU akan datang.
Kemenangan dalam beberapa PRK sebelum ini adalah bukti nyata hakikat tersebut.
Kalau perlu pun diusahakan lagi ialah membantu MCA dan MIC meningkat dan mengembalikan keyakinannya di kalangan pengundi bukan Melayu agar MN, kalau ditakdirkan berkuasa nanti, benar-benar mewakili komposisi rakyat Malaysia seluruhnya.
Pilihan UMNO untuk tidak menyertai PN yang ditaja oleh Muhyiddin Yassin dan hanya akan berada dalam PN sehingga habis penggal Parlimen PRU14 juga adalah keputusan yang tepat demi untuk memastikan kerusi Perdana Menteri kembali menjadi milik UMNO.
Jika UMNO menyertai PN, sudah tentulah ia terpaksa bersetuju mengekalkan lagi Muhyiddin sebagai Perdana Menteri untuk suatu tempoh yang lebih lama.
Cuma, meski Pas dikira rakan terbaik buat UMNO, masalah parti itu ialah ia kurang setia dan mudah rambang mata.
Lihat saja bagaimana keadaannya sekarang, sementara ia sudah ada jalinan ikatan dengan UMNO melalui MN, Pas nampaknya lebih cenderung kepada Bersatu dan Muhyiddin sejak kebelakangan ini.
Malah Pas juga setuju menjadi jawatankuasa penaja untuk Muhyiddin mendaftarkan PN secara sah.
Setujunya Pas bersama PN dilihat seolah-olah ingin membantu Bersatu dalam perolehan kerusi buat parti itu yang sebelum ini ia hanya melibatkan pengagihan antara UMNO dan Pas saja.
Tetapi, Pas tiada cita-cita untuk jadi Perdana Menteri dan Hadi Awang pun sedar beliau tidak mampu memikul tugas tersebut.
Dalam hal ini, kiranya UMNO setuju untuk Pas terus kekal berkuasa di Kelantan, Terengganu dan Kedah serta kerusi-kerusi Parlimen yang dimenanginya sekarang, terutama enam daripada lapan kerusi Parlimen yang ada di Terengganu, terus diperuntukkan kepada mereka, rasanya tiada masalah untuk Pas kembali setia sepenuh jiwa raga kepada UMNO dan MN.
Namun, dalam konteks UMNO, untuk apa berkongsi kerusi dengan Bersatu jika gabungan mereka dengan Pas sudah mampu selesa?
Mungkin kehadiran Bersatu tidak begitu menjejaskan Pas, tetapi sebagai rakan kongsi UMNO, Pas sepatutnya tahu ia akan menimbulkan masalah besar buat UMNO.
Masalah paling utama pastinya berkaitan kerusi-kerusi yang dipegang Kumpulan Hamzah Zainuddin yang menang atas tiket UMNO dalam PRU14 lalu, tetapi kemudian melompat menyertai Bersatu.
UMNO berkeras ingin mengambil kembali semua kerusi tersebut, tetapi Muhyiddin tentu mahukan ia menjadi milik Kumpulan Hamzah yang sekarang menjadi pendokong kuatnya.
Dalam hal ini, jika tiada Bersatu dalam soal pengagihan tersebut, bukankah ia lebih mudah buat UMNO, tidak saja untuk bertanding, malah untuk memenanginya dengan bantuan serta kerjasama daripada Pas?
Selain itu, dengan adanya Bersatu juga, hasrat UMNO untuk kembali merebut kerusi Perdana Menteri akan terhalang dengan sendirinya.
Jadi, apa relevannya Bersatu kepada UMNO?
Sebenarnya, Bersatu langsung tidak relevan kepada MN kerana bukan MN yang memerlukan Bersatu, tetapi Bersatulah yang jauh lebih memerlukan MN untuk menjamin kelangsungan hayat politik Muhyiddin.
Maka, senang cerita, lebih baiklah UMNO lupakan saja Bersatu sebagai rakan kongsi untuk menghadapi PRU15 akan datang.
Kehadiran Bersatu lebih banyak menyusahkan UMNO daripada menguntungkannya.
Lagi pula, dengan Muhyiddin dicop sebagai pengkhianat kepada Tun Mahathir Mohamad dan PH, Hamzah Zainuddin khianat kepada UMNO dan Azmin Ali pula khianat kepada PKR, Anwar Ibrahim dan PH, bergabungnya semua mereka itu dalam satu kumpulan telah menjadikan Bersatu sebuah parti toksid yang lebih baik dijauhi daripada didekati.
(Shahbudindotcom 26/08/2020)
101 PROJEK: NAK SEBUT 1 PUN ZAFRUL TAK BERANI?
101 projek: Nak sebut 1 pun Zafrul tak berani?
Ipohmali
Hari ini barisan pemimpin Pakatan Harapan terpaksa membuat sidang media di Parlimen minta Menteri Kewangan dedahkan senarai 101 Projek rundingan Terus.. Pelik sampai kena paksa untuk dedah.. bayangkan..Dah jadi Kerajaan takut nak dedah..Rafizi dulu sampai kena dakwa sebab Dedah skandal NFC..
Rupanya RM 6 Billion tu cuma 1-2% dari Jumlah Perolehan kerajaan yg diluluskan Kementerian kewangan…zaman BN lebih RM 100 billion tanpa tender terbuka dan rundingan terus.. Itu pun dari RM 6 billion atas sebab sebab khusus dan tertentu terutama menyentuh isu Keselamatan seperti ATM dan PDRM… begitu juga keperluan mendesak seperti pembinaan jambatan ketika banjir.. LGE masih pertahan PH laksana tender dan Projek secara telus..
Dulu dulu zaman PH.. Rafizi terus dedah jer..skandal NFC, Skandal Solar.. Skandal Pembekalan Internet kat YTL tanpa tender.. tu belum cerita kos LRT dan ECRL.. Ini nak sebut satu projek pun takut.. Bayangkan depa nak cari satu projek sabitkan Lim Guan Eng pun payah…
Jadi fahamkan sebab apa ketika Menteri Kewangan bankers cuba jawab..Shahidan Kasim..Mamak India Azeez Rahim cuba halang..Buat kecoh.. Kalau nak tahu, Itulah cara depa cipta Persepsi.. Perompak berlagak Alim..
Yang heran.. PAS pun sama Bdoh ditipu UMNO..Boleh percaya pulak dengan Penyamun dan Penyangak.. Tapi apa kita heran..Nabi dah Sebut.. Akhir zaman kelompok Ruwaibdhah dan Khawarij kita sendiri hari ini nampak depa mata.. 🙂
SALAHKAH RUNDING TERUS KEPADA NAFAS RM1.4 BILION?
Salahkah runding terus kepada NAFAS RM1.4 bilion?
Oleh: Pentadbir
Setakat ini hanya beberapa projek dapat diketahui diberi secara runding terus di zaman PH antaranya
-Tender Kementerian Pertanian pembekalan baja kepada NAFAS bernilai RM1.4 bilion bagi memastikan NAFAS milik bumiputera(Persatuan Peladang) terus dapat bernafas.
-Tender buku teks DLP PT3 untuk memenuhi keperluan terdesak, kritikal dan memastikan kelengkapan pembelajaran dapat disediakan.
-Juga kedengaran projek runding terus mencecah berbilion ringgit melibatkan MYEG dibawah KDN PH dahulu dan kini PM kerajaan tebuk atap. Samada ia betul atau salah wallahua’lam.
-Tender buku teks DLP PT3 untuk memenuhi keperluan terdesak, kritikal dan memastikan kelengkapan pembelajaran dapat disediakan.
-Juga kedengaran projek runding terus mencecah berbilion ringgit melibatkan MYEG dibawah KDN PH dahulu dan kini PM kerajaan tebuk atap. Samada ia betul atau salah wallahua’lam.
Selain projek di atas, beberapa projek yg dianugerahkan secara runding terus oleh kerajaan BN dahulu dan ia diteruskan oleh PH dengan pengurangan harga seperti
-Projek Bangunan Gunasama Persekutuan di Tunjung Kota Bharu berharga RM450 juta.
-121 buah projek infrastruktur berharga RM13.9 bilion diteruskan oleh PH dengan penjimatan kos sebanyak RM805.99 juta.
-Projek KKM bekalan ubat dan peralatan perubatan Pharmaniaga SDN BHD diterus bagi menjamin bekalan ubatan dan peralatan hospital tidak terputus disamping usaha mengubah tender secara beransur-ansur.
-121 buah projek infrastruktur berharga RM13.9 bilion diteruskan oleh PH dengan penjimatan kos sebanyak RM805.99 juta.
-Projek KKM bekalan ubat dan peralatan perubatan Pharmaniaga SDN BHD diterus bagi menjamin bekalan ubatan dan peralatan hospital tidak terputus disamping usaha mengubah tender secara beransur-ansur.
Tender rundingan terus sebenarnya dibenarkan oleh kerajaan melibatkan beberapa keadaan dan tertakluk kepada syarat tertentu seperti perolehan masa krisis atau bencana alam, perolehan yang berkepentingan nasional dan melibatkan keselamatan negara, kepakaran khusus yang diperlukan dan sebagainya. Tambahan pula, ia melibatkan keputusan Kabinet. Semua prosedur dipatuhi.
Lim Guan Eng telah mencabar Menteri Kewangan kerajaan tebuk atap PN dedahkan senarai penuh tender secara langsung (direct award) oleh PH, PN dan BN. Jangan sembunyi dan sorok-sorok. Kita tengok nanti siapa yang kantoi. Tengok kroni-kroni siapa yang dapat projek. Atau takut kalau terbongkar nanti bahawa YAB Perdana Menteri dan Menteri-menteri “Pengkhianat” pun ada minta tender “direct award” daripada Lim Guan Eng bekas Menteri Kewangan PH.
Jangan lupa kabor kepada ambo jika semua projek runding terus itu telah didedahkan…
HADI AWANG SEORANG OPORTUNIS
Hadi Awang seorang oportunis
Oleh: Redzuan RF8 Media
Tinta Merah
Hadi Awang, iaitu Presiden PAS telah lama melihat dan menyedari peluang baginya untuk menjadi Menteri Kabinet atau TPM adalah dengan bergabung dengan kerajaan BN / UMNO sahaja.
Langkah ini telah dimulakan Hadi pada tahun 2008 setelah BN kalah di Selangor dan di Perak. Di Perak, Hadi sendiri telah mengusulkan agar kerajaan gabungan UMNO + PAS diadakan dan MB adalah daripada UMNO. Kerana PM pada waktu tersebut dipegang oleh BN / UMNO. Namun usul tersebut telah ditentang sekeras-kerasnya oleh Mursyidul Am PAS, ATGNA sehingga ingin mengadakan Muktamar Khas PAS untuk membuang Hadi daripada PAS.
Hadi telah memikirkan dan mendapat akal, jika PAS selamanya menjadi pembangkang sudah pasti hasrat Hadi ingin menduduki kerusi kabinet atau jawatan TPM tidak akan tercapai selama mana tidak bergabung dengan UMNO.
Sehinggakan Hadi telah menuduh Kumpulan ATGNA (PAN) sebagai mereka yang mencipta fitnah terhadapnya dan kononnya ingin membunuh karakter Hadi untuk bergabung secara senyap-senyap dengan UMNO.
Sehinggalah era PRU-14 di mana Hadi telah sanggup bertindak sebagai “King Maker” supaya cita-cita beliau untuk menjadi TPM tercapai samada PAS menjadi kerajaan campuran dengan BN atau pun dengan kumpulan DAP, sebelum PH didaftarkan secara rasmi.
Setelah PRU-14, Hadi juga telah bertindak untuk menyokong Kerajaan Tun M jika usul undi tidak percaya diadakan di kalangan parti politik, kerana itulah juga peluang dan impian menggunung Hadi untuk menjadi TPM. Sehinggakan Hadi telah menandatangi surat bersumpah untuk menyokong Tun M.
Setelah ‘Sheraton Move’ melanda sebagai titik noda sejarah hitam negara Malaysia, Hadi juga telah bertindak untuk menyokong Kerajaan TSMY kerana ditawarkan sebagai TPM ke-2 jika ianya menjadi kenyataan. (Sekarang jawatan TPM tiada maka tiadalah TPM ke-2).
Maka setelah seronok berada di atas kerusi empuk baldu sebagai Menteri, Hadi dan pimpinan tertinggi PAS lain sudah mulai lupa dasar-dasar perjuangan asal PAS iaitu Islam sebagai Addin dan Hudud diibaratkan sebagai NYAWA PAS.
Tiada lagi kedengaran RUU 355 hendak dibentangkan di dalam Parlimen, juga tiada lagi himpunan RUU 355 walau pun Menteri Undang-Undang sekarang adalah Takiyuddin, ahli Parlimen Kota Bharu daripada parti PAS.
Malah Timbalan Menteri Agama daripada PAS sendiri memaklumkan, ianya tidak dapat dilakukan atau diluluskan di dalam Parlimen kerana pindaan RUU 355 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Negara.
Sekarang UMNO juga mulai resah, tidak senang duduk dengan tindak tanduk PAS yang sudah mulai seronok dengan kerajaan campuran TSMY sehingga bersetuju untuk menganggotai AJK Pakatan Nasional untuk didaftarkan secara rasmi akibat tawaran TSMY yang menarik ditawarkan kepada pemimpin PAS. Di mana jawatan TPM kelak akan menjadi milik Hadi sebagai TPM pertama jika PN masih menjadi kerajaan pusat yang memerintah di Putrajaya.
Inilah sebenarnya impian Hadi selama ini, bukannya Hudud seperti dongengan PAS selama ini. Di mana setelah dulunya Hadi cukup-cukup taksub menuduh UMNO sebagai kafir yang merupakan peluru atau modal PAS dalam politik. Sedangkan hakikatnya parti UMNO juga sama seperti parti PAS pada hari ini.
PAS sudah mulai berubah wajah setelah merasai nikmatnya GHANIMAH yang dikecapi setelah menjadi kerajaan pusat yang memerintah di Putrajaya.
Mungkinkah selepas ini jika diberikan peluang kedua untuk bersama dengan DAP sebagai kerajaan memerintah, PAS juga tidak kisah mengenainya. Dalil halal boleh dicari sepertimana sebelumnya PAS menghalalkan tahalul siyasi dengan DAP, sehingga dalil Hadi wajib meyokong / mengundi DAP sehingga kiamat dilafazkan.
Asalkan segala cita-cita Hadi untuk menjadi Menteri dan TPM tercapai dan seterusnya dalam situasi politik sebegini yang paling malang adalah 100% ahli PAS yang terbukti ditipu hidup-hidup sebagai MEWA dan ada juga yang ditipu sehingga mati di atas perjuangan yang palsu (Memali).
Inilah politik yang dahulunya PAS cukup menentang jika dipisahkan daripada agama atau pun mengikut kata pegangan UMNO adalah “agama suku, politik suku”.
Dedah senarai 101 projek runding terus kini jadi kata sepakat bekas Kabinet PH
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dicabar untuk mendedahkan senarai penuh mereka yang mendapat ‘nikmat istimewa’ berhubung pemberian 101 projek secara rundingan terus ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
Ia menjadi kata sepakat di kalangan Menteri Kabinet Pakatan Harapan (PH) apabila Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ketika itu turut membuat gesaan yang sama.
Atas ni apa pulak |
Tun Dr Mahathir berkata, pendedahan yang dilakukan Zafrul seolah-olah ingin menggambarkan bahawa proses rundingan terus adalah satu kesalahan dan tidak boleh dilakukan.
Menurutnya, rakyat berhak mendapatkan maklumat penuh tentang perincian projek bernilai RM6.61 bilion itu, terutama siapa yang mendapat nikmat tersebut.
“Sepatutnya Menteri Kewangan hendaklah dedah nama-nama mereka yang mendapat projek berkenaan supaya rakyat tahu siapa yang melakukan perbuatan ini.
“Kalaupun kata Tengku Zafrul bahawa projek rundingan terus ini adalah dibenar, tetapi pendedahannya seolah-olah ianya tidak dibenarkan dan merupakan satu kesalahan telah berlaku.
“Ini semua timbul banyak soalan kerana rakyat berhak dapat maklumat penuh tentang siapa yang dapat, projek di mana, nilai-nilai projek ini. Supaya kita dapat tentukan siapa yang mendapati nikmat istimewa ini,” katanya dalam satu muatnaik video di Facebook rasminya.
Pada Isnin, Tengku Zafrul dalam sidang Dewan Rakyat memberitahu, Kementerian Kewangan yang diterajui Lim Guan Eng sebelum ini telah meluluskan 101 projek bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus.
Sementara itu, Lim Guan Eng bersama bekas Menteri Kabinet PH dalam satu sidang media semalam turut menyatakan pendirian sama dan mencabar Tengku Zafrul untuk mendedahkan syarikat-syarikat yang mendapat tender berkenaan dan Menteri mana yang memohon secara rundingan terus.
“Kalau dia (Zafrul) nak buat tuduhan, bagi bukti dan fakta,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)