PATUTLAH H2O BERSUNGGUH KRITIK KERAJAAN MENJELANG KETUA-KETUA PARTI MENGHADAP AGONG BARU-BARU INI…


ANTARA PENGALAMAN PENAKUT HISHAMUDDIN NI KETIKA DEBAT MAHASISWA DI UKM,NKETIKA BELIAU MENJADI KETUA PEMUDA. SAKSI HIDUP DATO MAHFUZ OMAR DAN DR ZAHARUDDIN YANG KETIKA ITU MEMEGANG JAWATAN SEBAGAI YDP MAHASISWA ISLAM MALAYSIA, SI PENAKUT INI TIDAK HADIR.



Berdasarkan pengakuan Nazri Aziz bahawa dirinya adalah “mastermind” dalam mengumpul Akuan Bersumpah (SD) Ahli Parlimen BN untuk menyokong Hishammuddin Hussein, adalah jelas Menteri Luar Negeri itu sekarang ini sedang merancang sesuatu untuk dirinya.

Meskipun Nazri mengatakan usaha mengumpul SD itu bukan bertujuan menjatuhkan Mahiaddin Md Yasin atau untuk menjadikan Hishammuddin Perdana Menteri, tetapi orang yang faham tentang politik tentu tahu itulah matlamat akhir apa yang diusahakan Nazri itu.

Hishammuddin atau H2O kini telah menyerlahkan warna sebenar dirinya untuk menjadi Perdana Menteri melalui apa yang didedahkan Nazri itu.

Tidak mungkin Nazri melakukan usaha mengumpul SD itu tanpa restu atau kebenaran daripada H2O atau untuk tujuan bagi Tok Mat, Ismail Sabri atau KJ dijadikan Perdana Menteri.

Dengan pengakuan Nazri ini, maka fahamlah akhirnya kita mengapa sebelum ketua-ketua parti dijemput menghadap Yang Dipertuan Agong baru-baru ini, H2O tiba-tiba saja menulis dengan panjang lebar di websitenya mengkritik kerajaan dalam cara menguruskan pandemik Covid19.

Antara kritikannya, H2O menggesa kerajaan belajar daripada kesilapan lalu dalam usaha melawan wabak tersebut.


Beliau berkata, karenah birokrasi menghalang Malaysia daripada menerima bantuan negara luar, ketika rakyat negara kian gelisah dan letih menghadapi wabak itu, sambil melahirkan kebimbangan negara hilang keseimbangan antara mengutamakan kesihatan awam atau kepentingan ekonomi.

Kemudian, H2O juga mengkritik pelbagai desakan membuka Parlimen dengan meminta agar ia tidak digunakan sebagai medan merebut kuasa.

Sebagai menteri yang tidak pernah mengkritik kerajaan yang beliau sendiri ada di dalamnya, kemunculan kritikannya secara tiba-tiba itu memang sesuatu yang menghairankan.

Rupa-rupanya, hari ini baru kita faham semua itu ada kaitan dengan 25 SD Ahli Parlimen BN yang sudah ada dalam tangannya yang akan dipersembahkannya kepada Agong.

Menurut apa yang disebut Nazri, SD itu adalah sebagai persiapan sekiranya H2O dipanggil untuk menghadap Agong dan ia telah pun diserahkan kepada bekas Naib Presiden UMNO itu.

Pun begitu, atas kapasiti apa sebenarnya H2O boleh ada perasaan bahawa Agong akan memanggilnya menghadap, lalu dilakukan usaha mengumpul SD itu?

Apakah kerana isterinya seorang kerabat Pahang?

Patutlah juga H2O nampak bersungguh menolak Parlmen digunakan untuk peralihan kuasa kerana beliau sebenarnya lebih berharap kaedah SD untuk melantik Perdana Menteri baharu berikutan kemelut dan kedudukan Mahiaddin yang dipertikaikan.

Realitinya, H2O tiada sebarang jawatan atau kedudukan dalam UMNO setelah memilih enggan bertanding pada pemilihan UMNO 2018 lalu iaitu sebaik saja BN sudah hilang kuasa.

Namun demikian, setelah terbentuknya kerajaan PN dan beliau dilantik sebagai Menteri Luar Negeri, Zahid Hamidi kemudiannya telah melantik H2O sebagai Bendahari BN.

Melalui pendedahan Nazri hari ini, ternampak H20 cuba “main belakang” terhadap dua orang yang merupakan ketua kepadanya.

Pertama, H2O dilihat menikam Mahiaddin daripada belakang melalui gerakan mengumpul SD yang “dimastermind” oleh Nazri yang bertujuan untuk memungkinkan dirinya sendiri dilantik sebagai Perdana Menteri.

Kenapa dalam keadaan Perdana Menteri tergugat kedudukannya, SD yang dikumpul itu tidak ke arah mengukuhkan lagi sokongan 25 Ahli Parlimen terbabit kepada Mahiaddin?

Kedua, ini juga adalah perbuatan yang dilihat menikam Zahid Hamidi sendiri kerana SD itu menunjukkan 25 Ahli Parlimen terbabit hilang kepercayaan kepada Presiden UMNO dan Pengerusi BN.

Sebagai pemimpin UMNO yang tiada jawatan di peringkat hireaki kepimpinan Pusat, perbuatan mengumpul SD ini lebih tidak bermoral kerana ia dilakukan terhadap orang yang telah memberi H2O jawatan Bendahari dalam gabungan itu.

Dengan ciri-ciri sedemikian, selain pelbagai lagi gerakan yang menjadi bualan ramai tentang apa yang pernah dilakukannya dalam tempoh UMNO tiada kuasa dan ketika Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri sebelum terbentuknya kerajaan PN, cuba kita renung sejenak, sesuaikah H2O untuk ditonjolkan sebagai Perdana Menteri akan datang Malaysia? 

(ShahbudinHusin 23/06/2021)




DENGAR PENERANGAN BETAPA PEMBOHONGNYA PAS - 100 janji-janji pelawok PAS. Menjawab kenyataan Nassuruddin Daud konon P...


1) Carbon Kredit

2) Bercuti di New Zealand pakai duit GLC anak syarikat negeri

3) Tukar Mercedes waktu hasil negeri merudum

4) FDI paling tercorot dalam Malaysia

5) Teh tarik keluar dari kepala paip

6) Meluluskan kawasan balak dengan jayanya

7) Lulus bonus 50K untuk diri sendiri dalam DUN

Description: 😎Lulus naik gaji dalam DUN walaupun goyang kaki.

9) Walaun lari cari kerja negeri lain tapi balik mengundi air karat konon-konon nak selamat Isley

Yang masih scam

1) RUU355

2) MB kata nak letak jawatan kalau RUU355 tak di laksanakan

3) Kes Arwah Adib

4) Hapus arak

5) Hapus judi, siap makin bertambah jadi 22 kali

So thanks but no thanks. Simpan formula dan kongsi sesama negeri lebai sahaja.

Kalau boleh, tolong angkut walaun yang tak tahu bersyukur balik negeri demo smula.

 


NAK KAJI APA LAGI? BUKA SAJA PARLIMEN


Kata bekas Menteri Kewangan itu, Mahiaddin patut membenarkan Parlimen menentukan jalan keluar dari krisis yang melanda negara akibat kegagalannya sebagai Perdana Menteri dalam menangani pandemik COVID-19, kemelesetan ekonomi yang membawa kesusahan kepada pekerja dan perniagaan dan kehilangan keyakinan dan kepercayaan rakyat. Guan Eng menegaskan kelewatan sehari dalam membuka semula Parlimen akan menjadi satu hari yang hilang dalam usaha mencari penyelesaian.


Padam fatwa Amanat Hadi: Rakyat berhak diberi penjelasan-Takkan Menteri Agama buat diam pulak ?

 

Oleh Sheikh Umar Baghrib Ali

(Adun Paloh, Naib Pengerusi DAP Johor merangkap bekas pemuda PAS)

Saya merujuk berita sepertimana dilaporkan https://www.malaysiakini.com/news/579910 berhubung dakwaan memadam fatwa Amanah Hadi di laman sesawang JAKIM yang tular di Twitter baru-baru ini.

Sebagai seorang bekas ahli PAS yang pernah didoktrin dengan ‘Amanat Hadi’ untuk menjustifikasi perlawanan dengan UMNO, perkara seumpama ini pastinya membuatkan saya tertunggu-tunggu ulasan rasmi dari JAKIM. Bahkan, Majlis Fatwa Kebangsaan serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama sepatutnya turut memberikan penjelasan.

Berdasarkan pengalaman peribadi, Amanat Hadi telah memberi kesan besar khususnya dalam arena dakwah serta siyasah tanah air. Sebagai orang muda dalam PAS lebih 10 tahun dahulu, kami memahami bagaimana fenomena sembahyang 2 imam, tidak makan haiwan sembelihan mereka yang bersetuju dengan pemimpin UMNO, memperbaharui semula akad pernikahan dan sebagainya.

Amanat Hadi turut memberi impak terhadap budaya takfiri dikalangan masyarakat kita.

Saya mengharapkan penjelasan yang sewajarnya diberikan segera. Perkara ini juga penting khususnya setelah PAS mengambil sikap yang berbeza berbanding dahulu menerusi kerjasama dengan UMNO bagi membentuk kerajaan Perikatan Nasional pada masa ini.

Rakyat berhak diberi penjelasan. Bahkan ahli-ahli PAS, bekas-bekas ahli serta mereka yang pernah menerima tarbiyah PAS juga seharusnya mendapat penjelasan berkaitan duduk letaknya perkara ini bagi mengelakkan kekeliruan. 

HILANG ? HILANG P MANA ? TERUKNYA BILA BERKUASA...FATWA SESAT PUNG HILANG

 


HAMZAH RIE NA

May be an image of text that says "KENAPA AMANAT HADI DI PORTAL JAKIM 'GHAIB'? Tangan ghaib siapa arahkan padam? Tajuk Û8 e-SMAF e-Sumber Maklumat Fatwa Amanat Haji Abdul Hadi Kategori: Akidah Tahun: 2002 Status Pewartaan: Diwartakan Negeri: Melaka Keputusan Bahawa Amana Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah- (a) bercanggah dari segi ajaran Islam; (b) bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan Agamanya; dan (c) bercanggah dengan prinsip dakwah Islamiah. 2. Mana-mana orang Islam adalah dilarang (a) menyebar, mengajar, mempelajari dan mengamalkan amanat tersebut; dan (b) menjual, mencetak, mengedar, membeli atau memiliki amanat SR tersebut."


Sudah lama fatwa isytihar 'Amanat Hadi' sebagai sesat dan telah dipaparkan di portal JAKIM (e-Fatwa) SELAMA 19 TAHUN.

Tiba-tiba selepas PAS jadi kerajaan tebuk atap, e-Fatwa dah DIGHAIBKAN ??! Kenapa?

Sejak bila e-Fatwa dah ada 'EXPIRED DATE'?

JANGAN PERMAINKAN HUKUM SEBAB POLITIK !!

Boleh semak di sini:
http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/10708

Ini senarai Biro Politik UMNO – Ahmad Maslan By Wartawan MalaysiaGazette - 23 June 2021

 By Wartawan MalaysiaGazette - 23 June 2021


MGF23022020_MESYUARAT-MT-UMNO_19


Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan anggota-anggota Biro Politik UMNO terdiri daripada 26 orang.

Mereka ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan; tiga naib presiden, ketua wanita, ketua pemuda dan ketua puteri.

Selain itu, Setiausaha Agung UMNO dan Setiausaha Agung Barisan Nasional, Ketua Penerangan dan Bendahari UMNO, 13 pengerusi perhubungan negeri dan setiausaha kerja.

Ahmad berkata, Biro Politik UMNO telah mengadakan mesyuarat secara maya pada Ahad lalu, dihadiri seramai 25 orang kecuali Datuk Seri Mahdzir Khalid yang tidak sihat.

”Pagi Isnin 21/6/21 Presiden keluarkan kenyataan media berhubung keputusan mesyuarat 20/6.

”Style DS @DrZahidHamidi ialah keputusan besar dibuat secara bersama,” katanya.

Kenyataan beliau dipercayai kenyataan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim yang mempertikaikan kenapa Biro Politik UMNO memutuskan kerajaan perlu mengadakan sidang Parlimen dalam masa 14 hari dan bukan Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Menurutnya, PNBBC menyokong pengzahiran Agong mahu sidang Parlimen diadakan segera namun berpendapat ia perlu dibuat mengikut peraturan iaitu diberi tempoh selama 28 hari bagi membolehkan ahli Parlimen bersiap sedia dengan soalan dan cadangan bagi membantu kerajaan dalam menangani Covid-19.

Shahidan turut menyelar keputusan UMNO itu yang didakwanya seolah-olah melakukan ugutan apabila memberikan tempoh 14 hari untuk kerajaan membuka semula sidang Parlimen. – MG


Shahidan digesa jangan tembak dalam gelap, reka cerita kucar-kacirkan keadaan

 

Seorang Ahli Parlimen PKR menyifatkan pendedahan Shahidan Kassim berhubung gerakan mengumpul sokongan untuk Anwar Ibrahim sebagai dakwaan rambang yang semberono dan tidak patut dibuat ketika ini.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen PKR dan Umno tidak tahu mengenai kewujudan gerakan mengumpul sokongan untuk Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dilantik perdana menteri seperti didakwa Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berharap pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) itu tidak mengada-adakan cerita untuk mengkucar-kacirkan keadaan.“Shahidan adalah ketua ‘backbencher’ Ahli Parlimen PN di Parlimen, melindungi kerajaan PN adalah tugas nombor satu beliau.

“Cuma harap Shahidan tidak menembak dalam gelap…yang tak ada diada-adakan,” katanya kepada FMT.

Mengulas kewujudan usaha penjajaran baharu antara Umno dan Pakatan Harapan (PH), Hassan berkata, penjajaran baharu itu tidak sesuai dilaksanakan sekarang ketika negara bergelut dengan Covid-19.

“Kecuali jika dalam masa terdekat ini kerajaan PN tumbang kerana Muhyiddin Yassin hilang majoriti sebagai perdana menteri jika Ahli Parlimen Umno tarik sokongan kepadanya.”

Semalam, Shahidan dalam sidang media maya mendedahkan seorang Ahli Parlimen Umno mengaku menandatangani dokumen sokongan untuk Anwar dilantik sebagai perdana menteri.

Katanya, Ahli Parlimen itu memaklumkan beliau menandatangani dokumen sokongan itu 7 Jun lalu di hadapan Anwar dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi serta seorang “kenamaan”.

Sementara itu Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan pendedahan Shahidan berhubung gerakan mengumpul sokongan untuk Anwar sebagai dakwaan rambang yang semberono dan tidak patut dibuat ketika ini.

“Apa yang penting adalah Parlimen dibuka segera. Di Parlimen, semua perkara boleh dirungkai.”

Beliau bagaimanapun tidak menolak sekiranya penjajaran baharu cuba direalisasikan antara pimpinan tertinggi PH dan Umno.

“Saya setuju jika ia menjadi kenyataan kerana inilah perpaduan Melayu yang sebenar. DAP itu bukan semuanya Cina, PKR pula ada macam-macam bangsa. Setiap komponen itu ada kekuatannya. Waktu ini kita hanya nak selamatkan negara, nak bina semula negara.”

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz yang mengaku terlibat dalam gerakan mengumpul akuan bersumpah (SD) Ahli Parlimen Umno untuk menyokong bendahari Barisan Nasional, Hishammuddin Hussein sebagai jurucakap pakatan itu berkata: “Saya tak tahu-menahu, itu awak kena tanya tukang buat cerita, takkan dia nak menipu.”

Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman menyifatkan pendedahan mengenai gerakan mengumpul SD untuk Anwar sebagai berita baharu.

“Ia satu berita untuk saya. Saya tak tahu apa-apa mengenainya (SD untuk Anwar),” kata ringkas kepada FMT.

Perpecahan Umno kepada 3 ‘puak’ makin nyata, kata penganalisis

 

Padan muka Umno kerana memiliki penyokong yang bodo piang. Akhirnya Umno akan hancur menjadi parti yang akan melutut ditepi gantang. Punca utamanya Mahathir sejak 25 tahun dahulu . Ahli umno yang bodo dilantik menjadi ketua bahagian hanya kerana dia kaya raya dan tidak cerdik dalam akademik Kalau cersik pun setakat Khairy Jamaluddin .Bekas jaga pintu Pak Lah  Lain laian hangguk saja kerjanya dan salahkan cina DAP. Itu diketika Umno dah tak berkuasa, ahli umno fikir setakat itu sahaja.Kahkah..kah..apa  punya bodo...

elok la berkawan dengan walaun...lebih kurang ja piangnya.....


Seorang penganalisis politik berkata, Umno mungkin akan berdepan kekalahan sekali lagi dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya kepimpinan parti itu tidak diubah. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Perpecahan dalam Umno kepada tiga “puak” semakin jelas dan tidak lagi dapat dinafikan, kata penganalisis politik.

Ini susulan pendedahan Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz bahawa beliau sendiri berusaha mengumpulkan surat akuan bersumpah (SD) Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak yakin dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, malah memberi mandat kepada Hishammuddin Hussein untuk menjadi jurucakap jika dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia, Ahmad Atory Hussain berkata, tiga kumpulan yang berpecah itu membabitkan kluster mahkamah, puak penyokong Hishammuddin bersama 16 Ahli Parlimen dan kelompok yang menyokong penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih popular dengan panggilan Ku Li.

Tambahnya, gerakan mengumpul SD oleh Nazri juga adalah sebagai satu tekanan terbuka kepada Zahid supaya berundur daripada jawatannya dalam parti.

“Tindakan Nazri itu dianggap wajar kerana yang salah adalah Zahid sendiri yang melakukan tindakan menulis surat menyokong Anwar sebagai perdana menteri tanpa berunding dengan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.

“Beliau buat kerja secara berahsia walaupun menafikan dirinya terlibat,” katanya kepada FMT.

Tambahnya, tindakan Zahid menyokong Anwar itu turut dibantah oleh Ku Li yang menyarankan tindakan disiplin diambil terhadapnya.

“Lembaga disiplin tidak sepatutnya amalkan layanan dua darjat seperti dalam filem ‘Musang Berjanggut’ kerana ahli dan MKT Umno tentu marah dengan perbuatan Zahid,” kata Atory.

Gerakan dibuat Nazri itu tambahnya, juga adalah usaha menafikan percubaan mengangkat Anwar sebagai perdana menteri.

“Tindakan Nazri ini sebaliknya menyelamatkan hayat politik Muhyiddin Yassin sebagai PM buat sementara waktu sehingga beliau memohon Agong bubarkan Parlimen,” katanya.

Salawati Mat Basir dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula berpendapat, tekanan terbaru ke atas Zahid itu menampakkan dengan ketara bahawa beliau tidak lagi relevan untuk menerajui Umno apabila satu persatu isu timbul.

“Sepatutnya Zahid berundur dengan cara baik sebab beliau tidak lagi relevan untuk pimpin Umno, tapi ‘puak-puak lama’ masih lagi mempertahankan beliau atas sebab tertentu.

“Kalau tidak diubah kepimpinan dalam Umno, PRU (pilihan raya umum) nanti Umno mungkin akan berdepan sekali lagi kekalahan,” kata Salawati.

Sementara itu bekas ahli akademik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Azmi Hassan pula berkata, tindakan Nazri mengangkat Hishammuddin agak lemah berbanding usaha Zahid menyokong Anwar kerana Hishammuddin tidak mempunyai sokongan padu dalam parti.

Beliau turut mengakui berlakunya perpecahan dalam Umno untuk menentang Zahid.

“Tapi bagi saya, salah satunya kemungkinan kenapa berlaku perpecahan adalah kerana kepimpinan Zahid sendiri dikatakan agak goyah.

“Keprihatinan atau ketegasan Zahid itu ditagih sebenarnya, sebab itu ramai yang berani menongkah arus secara terang-terangan untuk melawan beliau,” katanya.

Azmi melihat tindakan Zahid memilih bekerjasama dengan Anwar lebih merupakan strategi politik kerana presiden PKR itu lebih popular berbanding pemimpin lain.

“Cuma (apabila) ia dilakukan di sebalik tabir, masalahnya kerana mereka tahu sensitiviti ahli Umno. Penyokong Umno kuat menolak Anwar, ini menyebabkan usaha kerjasama itu tidak boleh dilakukan secara terbuka.

“Bagaimanapun sama ada strategi Zahid-Anwar ini berjaya atau tidak, bergantung kepada bagaimana mereka melalui rintangan ini,” katanya.

Dalam pada itu, penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Azizuddin Mohd Sani tidak melihat ahli Umno begitu mudah menghukum Zahid walaupun pelbagai tekanan diberikan.

“Saya tidak nampak ahli-ahli Umno nak hukum presiden, status quo kekal,” katanya.

Sebelum ini, Nazri mendakwa 25 Ahli Parlimen BN tidak yakin dengan ketelusan Zahid untuk menjadi wakil mereka ketika menghadap Agong.

Ini kerana mereka kecewa dengan tindakan Zahid yang dikatakan mengemukakan surat sokongan Ahli Parlimen Umno kepada Anwar sebagai perdana menteri baharu sewaktu menghadap Agong pada September tahun lalu, katanya, menurut laporan Sinar Harian.

Nazri berkata, tindakan Zahid sebelum ini menimbulkan curiga mereka dan khuatir beliau (Zahid) akan mengulanginya.

“Berikutan itu kami bersetuju memberi mandat kepada Hishammuddin untuk menjadi jurucakap Ahli Parlimen BN bagi memberi penegasan sebenar bahawa kami tidak pernah dan tidak akan menyokong Anwar sebagai perdana menteri,” tambahnya.

Nazri menafikan SD itu bertujuan untuk menjatuhkan Muhyiddin Yassin atau menukar kerajaan.

KISAH YANG BENAR TENTANG KERAJAAN KUDETA.


May be an image of 1 person and text that says "Bumiputera businesses on brink death, Putrajaya told Augustin June23 Shares 453 an increase you here rop open, said, "The were DATANG 'Apply reality, simply you automatic assistance. had pplications llu that banks asking details PETALING JAYA: retail death" lack lockdown. their bleeding flow, ccounts death came warned that them survive brink people that retail total lockdown continued for another month at alone their Chinese business urged he government FMT, restrictions reality been that the sectors where 0 Malay businesses Covid- cases were few. adept remain Why "looking tested be made business. have bad omen us." cases he while scientific"


MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFF


Tepat kena pada enabler Kerajaan Melayu Isley terutama sekali Mutfi Serba Tahu; their blood is in your hands, Sir.

Berita ini merangkumi segala yang tak betul dengan Kerajaan Kudeta ( formally known as kerajaan beta)

1) Ramai peniaga SME Bumiputera tak dapat bantuan dari kerajaan. Habis tu Menteri Usahawan buat apa? MITI buat apa?

2) Okaylah tu kalau perniagaan Cina mati, kan itu Cina DAP, kan ini semua cita-cita golongan ruwaibidhah yang sokong kempen bidaah BMF? Eh kenapa pula 10 perniagaan Melayu pun turut mati? Nampak yang sebenarnya kita semua saling berkait antara satu sama lain di sebalik apa yang di fitnah oleh golongan ruwaibidah

3) Kes tinggi tapi testing rendah? Ini yang Anwar bising bab kesenjangan data. Macam mana positif rate dalam lingkungan 7% tapi testing makin hari makin berkurang hanya sebab nak nampak cantik dalam graph?

4) Baru tahu yang bukan senang nak apply moratoriumkan, nak buat camna, buat darurat pun tak boleh nak paksa bank, sebab Menteri Bankers sibuk jaga kepentingan bank dari rakyat

5) Well kita semua tahu yang lockdown ini kemungkinan besar akan di sambung sebab mana ada perancangan pun, doing the same thing everyday and expect different result.

6) 500K hilang kerja atau 1 juta hilang kerja does not makes any different. Its all just a statistic, janji mereka dapat cling on to the power

7) Itu yang pelik, kilang yang jadi punca kluster di benar buka. SME yang hanya 0.8% cluster tak boleh di buka, tak payah sains dan data, bab secure vaksin pun dok mai salah orang lain

 

LAMA HILANG-SEKALI KELUAR KOMEN YANG MURNI MURNI YA???

 


MUHD MUKHLIS

Lama berkhalwat dalam gua sekali keluar ini aje? Mana Islam terancam? Rakyat dah separuh mati, perniagaan semua dah lingkup, tegurpun sipi-sipi tak macam dulu. Bukankah ini kerajaan ala-ala Saddam idaman SSST? Kenapa merungut pula bila rahmat tak muncul seperti yang di sertu?


May be a Twitter screenshot of text that says "Tweet Dr ΜΑΖΑ official @realDrMAZA Kewujudan darurat tidak menghalang parlimen bersidang. Darurat dan parlimen boleh berlaku serentak. Kepentingan ordinan darurat bagi memudahkan banyak urusan KKM yang tdk boleh dilaksanakan tanpa ordinan darurat. Translate Tweet 11:12 AM Jun 23, 2021 Twitter Web App 24 Retweets 6 Quote Tweets 23 Likes"

KEH..KEH...APA KAITAN VATICAN DAN KEJATUHAN KOTA MELAKA-???

 

Panas! Lelaki ini tanya Hadi, apa kaitan Vatican dengan kejatuhan Melaka?

Panas! Lelaki ini tanya Hadi, apa kaitan Vatican dengan kejatuhan Melaka?

1- Jika Antivaksin dan ramai asatizah ramai berfantasi melawan anasir Illuminati, Dajjal.. Bagi kelompok Islamiyyin dan dikatakan Ulama cuba membawa Naratif sedang mempertahankan Islam dan Tanah air dari diancam oleh Evengalis Kristian sebagaimana perang Salib.. Tujuan mereka satu, Cuba menimbulkan Ketakutan dan Kebencian..

2- Maka tak hairan ada kelompok cerdik pandai, Cikgu, pendakwah membawa kebodohan membawa naratif Kristianisasi dalam urusan Muamalah dan Perniagaan seperti Atomy..Dan Ancaman agenda Komunis dan Kafir ketika menyemai kebencian dalam kempen BMF, sampaikan ada Mufti pun percaya Islam terancam.. Bagaimana mereka mainkan sentimen Agama dalam Siyasah, Begitu juga dalam Muamalah..

3- Otak orang PAS, ISMA dan pentaksub Zakir Naik ni sama jer.. Sudah lah cuba membawa sentimen kebencian.. Bawa Fakta pun salah… Apa kaitan dengan Vatican..Apalagi Perang salib.. tapi itulah wajah wajah kelompok pelampau dalam Agama..

Kalau dikata Ulama Dunia pun begitu teruk cara berfikir, Apalagi ustaz dibawah yang bawa riwayat anak derhaka disumpah jadi Ikan pari.. Atau mayat jadi babi..

4- Tu sebab tidak menghairankan Tun Mahathir dulu bertindak keras kepada kelompok seperti Ibrahim Libya cuba kononnya membawa Negara ini seperti pemerintahan Ulama kerana terpengaruh dengan Revolusi Iran dan kepimpinan Ulama seperti Ayatullah Khomeini..

5- Mereka cuba menjadikan urusan Politik sebagai urusan Aqidah sebagaimana kelompok Syiah dengan Kepercayaan mereka terhadap konsep Imamah.. Bagi aku Haji Hadi ini berfantasi seolah olah dia itu Mujaddid, atau Nabi untuk membawa Fantasinya sendiri.. Takda beza Hj Hadi dengan Abu Bakar El baghdadi..

6- Tak hairanlah , Cara yang sama dulu Haji Hadi melawan UMNO.. Untuk lawan UMNO, Maka dikatakan UMNO mempertahakan Undang2 Jahiliyyah, Perlembagaan Penjajah…Kononnya ketika itu dialah juara melawan Ashabiyah..Akhirnya dia lah junjung perlembagaan yg sama..

7- Tapi itulah.. Bila dah bersama UMNO, Bersama dengan kelompok Ashabiyah..dia teruk dari UMNO.. Bayangkan.. Bila bersama UMNO.. Fatwa dia sendiri pun dia boleh Padam.. agaknya watak Ulama macam ni yang bercambah hadis dan Riwayat palsu.. 🙂

Ipohmal

ROAD TO RUU355- AKHIRNYA KANTOI DI PERMULAAN JALAN.

 




Feb 2017, Perhimpunan RUU 355 di Padang Merbuk.

Perhimpunan yang dianjurkan PAS, disertai Pemimpin Tertinggi UMNO, termasuk Menteri Agama dari UMNO. Turut serta, Mufti Wilayah Persekutuan yg sangat disenangi dan disegani oleh segenap lapisan masyarakat Melayu-Islam kerana keilmuan dan zuhudnya.

Kehadiran ‘nama-nama penting’ ini terutama Menteri Agama & Mufti Wilayah, bagi mengukuhkan betapa Perhimpunan RUU355 Padang Merbuk ini sangat penting, seolah2 akan mencapai matlamatnya dlm masa terdekat.

Febuary 2017 – Mei 2018, satu jangkamasa 15 bulan antara Perhimpunan Padang Merbuk dengan PRU14.

Tempoh 15 bulan ini, Parlimen telah bersidang 4 kali. Jika dianalogikan perlawanan bolasepak, 4 kali mereka diberi SEPAKAN PENALTI. Kesemua sepakan penalti tiada yg menerjah jaring!

Kerana Perhimpunan Ruu355 Padang Merbuk itu diyakini akan mencapai matlamatnya dlm masa terdekat (Sidang Parlimen), maka mereka lantas memberi amaran “Mati, kami tanam Jirat Cina” jika tak sokong.

INI ISU UTAMA. Imbas dan kenangkan kembali, bagaimana ‘PANASNYA’ RUU355 diwar-warkan! Kuliah2 Maghrib-Isyak di Masjid2 begitu ‘panas’ mengecam sesiapa yg tidak sokong atau kritik RUU355.

Bahkan Mimbar2 Khutbah Jumaat juga tidak kurang panasnya! Ayat2 al-quran mengenai MUNAFIK dan mengambil kafir sebagai teman dibaca, dikupas, secara literal terjemahannya, seolah2 ahli2 parti dan penyokong bukan dari Bulan-Keris itu adalah golongan yg dimaksudkan dlm ayat2 tersebut! Ayat2 ini perihal MUNAFIK AKIDAH.

UMNO, kerana rasa terancam dan tergugat untuk PRU14, redha dgn tindakan itu. PA$ terus galak menghukum sesiapa sahaja yg tidak sokong!

Pendekkata pada masa itu, terutama Ahli2 AMANAH terasa amat terpukul dan terkesan dgn ‘gelombang panas’ dari parti hijau bulan ini – “MUNAFIK BERSAMA MUSUH ISLAM”

KINI, Penganjur Perhimpunan Padang Merbuk itu sudah jadi Kerajaan Persekutuan.

Mufti Wilayah orang Ganu yg hadir Perhimpunan itu sudah diangkat menjadi Menteri Agama. Wakil Parti Penganjur Padang Merbuk itu telah diangkat menjadi Menteri Undang2 dan Parlimen. Bahkan UMNO yg turut hadir dan sokong perhimpunan ada 9 Menteri dlm Kerajaan sekarang!

Pendekkata, 2 jawatan Menteri ini tiada halangan langsung untuk mereka bentang RUU355 di Parlimen. Lupakan Menteri Sawit & Mewa, kerana bidang nya setakat jaga Sawit, Getah dan Sungai!

Sekarang, mereka bercakap RUU355 bukan keutamaan. Ahli2 Parti yg bertanya, mereka tegur , “Itu bisikan Syaitan”.

Isunya, apabila orang lain tak buat Ruu355, kamu pantas melabel MUNAFIK MUSUH ISLAM!

Bila kamu diberi kuasa untuk buat, kamu sudah lupa apa yg kamu label kpd orang sebelum ini.

Sudah2 lah berpolitik melabel orang lain sebagai Musuh Agama!

Sumber: https://www.facebook.com/100005924764138/posts/1556713797869431/?d=n

 

SAMA MACAM AKHBAR HARAKAH...AKHIRNYA LEBAI HADI PADAM ISU KEJATUHAN KESULTANAN MELAKA

Fakta sejarah.

Vatican City tidak wujud sehinggalah tahun 1929. Penggunaan nama Vatican City digunakan untuk pertama kali di dalam Perjanjian Lateran yang ditandatangani pada 11 Februari 1929, iaitu 418 tahun setelah kejatuhan Melaka. Nama 'Vatican' digunakan sempena nama sebuah bukit 'Vaticanus' di pinggir Kota Rom.

Tempat di mana Vatican City berada sekarang dahulunya dipanggil St Peter Basilica. Tempat ini dulunya adalah kawasan kubur Kristian. Orang Kristian percaya St Peter, iaitu orang yang mengembangkan agama Kristian di Rom dikebumikan di situ. Sejak itu, ramai penganut Kristian mahu dikuburkan di situ dan tempat itu menjadi kawasan kubur yang besar dan terkenal serta sering dilawati.

Maka pengikut St Peter pun membina tugu peringatan di situ yang kemudiannya didirikan gereja di atasnya untuk meraikan kehadiran pelawat yang lebih ramai.

Pembinaan struktur Gereja St Peter di Vatican City yang ada hari ini bermula pada tahun 1506 dan hanya siap sepenuhnya pada tahun 1626. Ia mengambil masa 120 tahun untuk disiapkan menjadi seperti keadaannya hari ini.

Ini bermakna, ketika kerajaan Melaka jatuh pada 1511, gereja St Peter masih diperingkat awal pembinaanya dan Vatican City masih belum wujud.

//JamzuriArdani

 


HAMZAH RIE NA

Macam ni kah dipanggil ulama yg kerap kali kantoi berbohong pada rakyat ?

KAH.. KAH.. KAH.. bakpe padam Hok ni Ayohchik.

https://twitter.com/abdulhadia.../status/1407264548545994752

TAK KAN LEBAI NAK MENIPU !!

SR 


 May be an image of text that says "Abdul Hadi Awang @abdulhadiawang Kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511 diraikan di Kota Vatican (Vatican City), sekali gus menunjukkan betapa semangat penjajahan Barat melaksanakan Perang Salib agama) terhadap Islam. ranslate Macam mana nak raikan kejatuhan Kesultanan Melaka jika Kota Vatican belum wujud lagi? BERAPA BANYAK KALI NAK TIPU AYOHCHIK!! witter Web App February 11, 1929 Vatican City State was founded on 11 February 1929 following the signing of the Lateran Pacts between the Holy See and Italy. Located within Vatican City is the Apostolic Palace, the residence of the Pope. Manusia camni walaun gelar ulamak?"






INI PULA KATA ZAID

 May be a Twitter screenshot of 2 people and text that says "Zaid Ibrahim @zaidibrahim 3m Surat sumpah boleh lah digunakan tanda isteri pertama setuju kahwin saorang lagi; tapi nak pilih PM buat secara gentleman; angkat tangan diParlimen Zaid Ibrahim @zaidibrah... 48m Nazri is confused. BN MPs can individually vote for Hisham as PM; but to speak on behalf of BN has to be done by leaders of UMNO MCA and MIC( if MCA MIC still part of BN. 3 24"

“TOLAK PEMIMPIN UMNO YANG BERSUBAHAT DENGAN KERAJAAN DERHAKA TITAH RAJA”


 UMNO ditubuh pada tahun 1946 untuk lawan Malayan Union dan mempertahankan Raja-Raja Melayu serta kebebasan bangsa Melayu dan tanah air.

Antara dua daripada enam tunjang dan tujuan utama UMNO seperti termaktub dalam Fasal 3 perlembagaan UMNO ialah:

Fasal 3.2: Mendukung dan mempertahankan Raja Perlembagaan.


Fasal 3.4: Mempertahankan sistem demokrasi berparlimen.

Inilah asas dan tujuan UMNO wujud.

Maka ianya wajib bagi semua pemimpin dan ahli UMNO untuk bersuara pada saat titah Raja-Raja untuk menjaga kepentingan Rakyat yang sedang amat sengsara secara berpanjangan, diperlekehkan oleh pihak tertentu dan sistem demokrasi berparlimen telah diancam.

Yang masih membisu atau sudah bersekongkol dengan mereka yang derhaka pada Titah Raja-Raja dan sistem berparlimen demi kepentingan jawatan sendiri mungkin sudah tak minat lagi dengan perjuangan UMNO.

Maka mereka tidak patut dicalon lagi pada PRU akan datang.

Dan sekiranya mereka bertanding dalam pemilihan parti, semua ahli UMNO wajib tolak.

Sebab mereka tidak lagi berpaksikan tunjang perjuangan UMNO.

NAJIB RAZAK

Bekas Perdana Menteri.

Jangan putar belit tempoh 14 hari diberikan Umno, Puad beritahu Shahidan


Puad Zarkashi berkata, Shahidan Kassim membuat tuduhan serius bahawa tempoh 14 hari diberikan Umno kepada kerajaan PN adalah ugutan.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi meminta Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional, Shahidan Kassim tidak memutar belitkan tempoh 14 hari yang diberikan parti itu kepada kerajaan untuk membuka semula Parlimen.

Beliau berkata, Speaker Dewan Rakyat boleh memanggil Parlimen bersidang secepat mungkin tanpa memerlukan notis 28 hari seperti yang dinyatakan Shahidan semalam.

“Semua orang tahu Speaker perlu beri notis 28 hari untuk panggil sidang Parlimen. Itu adalah dalam keadaan normal, guna Peraturan Mesyuarat 11(2).

“Tetapi Speaker juga boleh panggil sidang Parlimen atas alasan ‘case of urgency’ guna Peraturan Mesyuarat 9(2)(a) dan sidang khas Parlimen guna Peraturan Mesyuarat 11(3).

“Apa komen Shahidan dalam Peraturan Mesyuarat 9(2)(a) dan 11(3) di atas? Jangan putar belit isu 14 hari,” katanya dalam catatan di Facebook.

Semalam Shahidan dilaporkan berkata, sebarang notis memanggil sidang Parlimen perlu dibuat dalam tempoh 28 hari, bukannya 14 hari seperti dibangkitkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Kenyataan Shahidan itu menyusul tempoh 14 hari yang diberikan Umno kepada kerajaan untuk memanggil Parlimen bersidang semula dan jika gagal berbuat demikian, parti itu akan mengadakan mesyuarat khas MKT bagi mengambil tindakan lanjut.

Puad berkata, tidak kira apa tafsiran mengenai tempoh 14 hari itu, Umno bertindak demi rakyat dan sejajar titah Yang di-Pertuan Agong untuk Parlimen bersidang secepat mungkin.

“Shahidan buat tuduhan serius bahawa 14 hari adalah ugutan. Apakah buat sidang media kecam parti bukan ugutan untuk hayat politik?” soalnya.

“Kerajaan PN terbukti gagal. Gagal buktikan darurat berkesan. Juga gagal buktikan gantung Parlimen berjaya kurangkan kes Covid-19.”

Nazri: Kerana isu ‘sokong’ Anwar, 25 Ahli Parlimen BN tak mahu Zahid jadi wakil bertemu Agong

 

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Mohamed Nazri Aziz mendakwa 25 Ahli Parlimen BN daripada 41 orang tidak yakin dengan ketelusan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sebagai wakil mereka untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Ini kerana mereka kecewa dengan tindakan Zahid yang dikatakan mengemukakan surat sokongan Ahli Parlimen Umno kepada Anwar sebagai perdana menteri baharu sewaktu menghadap Agong pada September 2020, katanya lapor Sinar Harian.

Menurut Nazri, mereka menandatangani surat akuan (SD) yang memberi mandat kepada seorang pemimpin Umno lain untuk menjadi jurucakap sekiranya dipanggil menghadap Agong.

Pemimpin Umno lain yang dimaksudkan itu adalah Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein.

“Saya boleh sahkan perkara itu kerana saya sendiri yang mengusahakannya sejak dua minggu lalu setelah kita dimaklumkan Yang di-Pertuan Agong akan memanggil ketua-ketua parti sekali lagi ke Istana Negara bermula 9 Jun lalu,” kata Nazri.

Nazri berkata, tindakan Zahid sebelum ini menimbulkan curiga mereka dan khuatir beliau (Zahid) akan mengulanginya.

“Berikutan itu kami bersetuju memberi mandat kepada Hishammuddin untuk menjadi jurucakap Ahli Parlimen BN bagi memberi penegasan sebenar bahawa kami tidak pernah dan tidak akan menyokong Anwar sebagai perdana menteri,” tambahnya.

Nazri menafikan SD itu bertujuan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin atau menukar kerajaan.

Menurutnya, SD itu sudah diserahkan kepada Hishammuddin, namun tidak pasti sama ada menteri luar negeri itu telah menyerahkannya (kepada Agong).

Nazri membuat pendedahan ini ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, yang mengakui ada usaha mengumpul SD dalam kalangan Ahli Parlimen bagi mendapatkan sokongan untuk mengambil alih kerajaan.